IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM (BAB 2: KELUAR DARI TEMPURUNG)

Konvokesyen 1997

.

Susulan post di FB ini, ramai yang minta saya sambung kisah selanjutnya👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/share/1FK6MoMV5n/?mibextid=wwXIfr

Link Blog: https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-1-kenangan-raya-di-zaman-purba/

Ada yang bertanya, saya kerja apa pada usia 17 tahun?

Macam mana saya sambung belajar?

Apa jadi dengan family saya?

So, saya decided untuk wujudkan part 2 of my story book. Begini kisahnya….

Selesai SPM saya bawa balik semua barang & buku dari asrama ke rumah ayah. But I’m not really welcome to be there due to ayah dah berkahwin lain. So saya tumpang tinggal di kuarters kerajaan yang mana kakak ke 3 tinggal bersama rakan sekerja kerana beliau baru start kerja sebagai typist di Pejabat Tanah & Daerah Bera.

Semasa menunggu result SPM, saya bekerja di sebuah pusat percetakan di Triang, Pahang. Jadi pekerja am, tukang susun kertas/kalendar. Bekerja laksana buruh kasar kerana setiap hari turun naik tangga angkat kertas seberat 3-5kg.

Setelah result SPM keluar, saya balik ke rumah ayah. Ketika itu ayah telah berkahwin & mempunyai seorang anak berusia 1 tahun. Saya menyatakan hasrat ingin belajar ke ITM (sekarang dikenali sebagai Uitm). Tetapi, ayah tidak bersetuju & menyarankan saya ke form 6. Syaratnya saya mesti tinggal dengan ayah. Saya menolak & akhirnya berlaku pertegangan urat antara kami. Ayah enggan memberi wang belanja sekiranya saya balik ke pangkuan emak atau ke ITM. Saya tetap dengan pendirian saya, lalu saya diusir oleh ibu tiri. Saya pulang semula ke rumah kakak. Saya mengurung diri, tak makan & menangis tanpa henti selama hampir 2 minggu. Barangkali, terlalu sedih diusir. Setiap hari kakak memujuk saya tetapi hati yang sedang retak masih tak mampu nak terima hakikat akan apa yang berlaku. Ibu di kampung langsung tidak tahu-menahu akan hal ini.

Setiap hari saya memujuk hati dengan membaca surah yasin. Ketika itu, saya rasa sangat bersyukur dengan didikan oleh warden asrama yang mana saya telah dipraktikkan dengan solat sunat tahajud, hafazan surah-surah lazim & surah yasin semasa di asrama.

Dengan izin Allah Yang Maha Memberi Kekuatan, tiba-tiba saya kembali bersemangat & segera mencari kerja di dada akhbar. Saya bertekad yang saya akan bekerja & cari duit sendiri untuk sambung belajar. Saya pasakkan pesanan mak “Cari ilmu! Cari ilmu! Cari ilmu! Mak takde harta nak bagi kamu” di hati, lalu saya berangkat ke Kuala Lumpur berseorangan dengan menaiki bas. Saya mohon kerja sebagai guru di sebuah tadika.

Malangnya, saya diitipu. Saya ditempatkan disebuah bilik dalam sebuah banglo yang kotor & creepy. Ada upacara seolah-olah berzikir tetapi pelik setiap malam. Sejenis ajaran sesat. Bercampur lelaki & perempuan sehingga ke pagi. Saya mengintai dari tingkat atas (saya tak dibenarkan turun), saya nampak mereka seolah-olah mabuk & muntah setelah minum sejenis air dari ketua mereka. Sangat mengerikan!

Setelah seminggu di situ….pada satu pagi sebelum subuh, tatkala semua orang masih pengsan/tidur, saya cuba melarikan diri dari tempat tersebut. Saya dihalang oleh seorang wanita ketika cuba memanjat pagar, tetapi akhirnya wanita itu lepaskan saya, malahan menghulurkan duit RM50.00 kepada saya. Beliau menyuruh saya segera pergi sebelum semua orang tersedar. Saya tak pasti siapa beliau, tetapi beliau jugalah yang menjemput saya di stesen bas ketika saya datang. Saya berlari dikeheningan pagi ke stesen bas. Saya balik semula ke rumah kakak di Temerloh.

Namun…dek kerana semangat masih membara. Saya cari kerja lagi & 2 minggu selepas itu, saya kembali semula ke Kuala Lumpur. Kakak melepaskan saya dengan berat hati. Tetapi apakan daya, saya perlukan gaji yang lebih besar untuk mengumpul duit demi menuntut ilmu.

Kali ini saya bekerja di sebuah pusat kanak-kanak di Bandar Baru Bangi. Kalau kalian masih ingat rancangan TV; K Yong/Kelab Nuri, di situlah pusat jagaan kanak-kanak yang saya bekerja terlibat dengan rancangan TV tersebut. Tugas saya ialah mengajar Bahasa Inggeris & menguruskan kanak-kanak special seperti masalah gagap, speech delay & tidak mampu membaca. Saya belajar perihal perkembangan awal kanak-kanak di situ. Salah seorang student personal coaching saya ialah anak lelaki kepada Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang pada ketika itu berusia 11 tahun (tahun 1996).

Semasa di Bangi, saya dipelawa menghadiri interview masuk ke ITM dengan tawaran jurusan Art & Design. Malangnya saya terlepas tarikh interview kerana surat sampai lambat ke rumah kakak saya di Bera. Saya redho & start dengan plan B.

Setelah hampir setahun bekerja, wang gaji saya sudah mencukupi untuk mendaftar & menyambung pelajaran. Saya dah buat reseach untuk masuk kolej yang ada twinning program dengan Universiti di UK. Saya melangkah ke Kolej IKIP Kuantan & apply loan dari Yayasan Pahang.

Setelah tamat peringkat sijil, datuk saya meninggal dunia. Oleh itu, saya terpaksa membawa mak dari kampung & tinggal bersama saya di Kuantan. Kami berkongsi bilik kecil yang saya sewa. Luas bilik lebih kurang 20ftx18ft dengan harga RM80/bulan. Sebelum itu, saya menyewa sebuah rumah kedai bersama beberapa orang rakan sekolej.

Atas budi bicara pihak kolej, saya tukar pengajian daripada full time kepada part time (kelas malam) supaya saya boleh bekerja. Alhamdulillah…Maha Baiknya Allah memudahkan saya mendapat kerja sebagai Kerani Akaun di pejabat syarikat caterer kolej IKIP. Siangnya saya bekerja & malamnya saya attend kelas hingga tamat peringkat Diploma Level 1 in Business Executive.

Setiap hari saya berulang-alik dengan berjalan kaki dari rumah ke tempat kerja & petangnya dari pejabat ke kolej kira-kira 20km/hari (pergi/balik). Sekarang baru saya terfikir, saya dah start brisk walk sejak 30 tahun lepas hehehe.

Suatu hari saya mendapat perkhabaran bahawa kediaman ayah & ibu tiri terbakar. Ayah dimasukkan ke HKL akibat melecur 99% tubuhnya. Bergegaslah saya menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ayah. Akibat kekurangan duit, saya berkampung di surau HKL beberapa hari. Ayah mendapat rawatan di HKL selama beberapa bulan & menjalani pembedahan plastik untuk menampal bahagian kulit yang melecur. Manakala, pada ketika itu ibu tiri saya tinggal di rumah ibunya. Mereka tinggal sehelai sepinggang. Saya turut menziarahi ibu tiri yang pada ketika itu baru melahirkan anak ke 2.

Hati bagai dirobek melihat sisa rumah terbakar yang total lost. Rumah papan, api lebih cepat merebak & kejadian berlaku pada waktu sahur. Tiada apa yang sempat diselamatkan melainkan sebuah kereta proton saga. Saya merenung dari kejauhan kesan rumah terbakar tersebut. Semua barang saya dari asrama telah musnah. Amazingly…saya terpandang akan naskah Al Quran yang saya baca setiap hari di asrama. Al Quran itu tidak terbakar, hanya kulit hard cover bahagian atas sahaja yang terbakar while isinya masih elok. Sayangnya…saya tak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian untuk mengambil Al Quran tersebut. Saya boleh nampak surah Al Fatihah dari kejauhan itu.

Saya pulang dengan menyimpulkan, ada mesej dari Allah swt untuk saya muhasabah diri.

Setelah selesai peringkat Diploma Level 1, saya teruja kerana menurut pihak kolej, Diploma Level 2 boleh disambung di London. Hati saya berkobar-kobar nak ke London!

Saya kirimkan gambar konvo kepada ayah kerana hanya mak & kakak yang datang ke majlis konvokesyen.

.

Kenangan 1997

.

Tapi berfikir pula, kalau saya ke London, macam mana dengan mak?
Siapa nak jaga mak?

Pada ketika itu, saya dah dapatkan mak pekerjaan di sebuah kilang plastik. Tugas mak cuma mengira plastik untuk di pack, 100 pcs each pack. Simpton skizo mak masih ada, tetapi terkawal. Ketika itu saya belum tahu mak menghidap skizofrenia.

Subhanallah…

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kuasa Allah swt itu luar biasa. Allah swt mudahkan saya untuk buat keputusan.

Tanpa diduga, berlaku kegawatan ekonomi pada penghujung tahun 1998 & semua pelajar tajaan Yayasan Pahang yang belajar di luar negara di bawa pulang ke Malaysia. Pihak IKIP juga menamatkan JV dengan Universiti di UK akibat kejatuhan ringgit. Automatically punahlah harapan saya ke London & kekallah saya berkhidmat jaga mak. Pengajian saya di Kolej IKIP terhenti disitu.

Selepas beberapa bulan, saya mengorak langkah melanjutkan pelajaran di ITM Cawangan Bukit Sekilau Kuantan secara PJJ (kelas hujung minggu). Saya bermonolog sendiri “Akhirnya aku dapat juga masuk ITM”.

Saya juga telah mendapat pekerjaan yang lebih baik di sebuah kolej swasta. Bermula sebagai seorang Librarian, akhirnya saya menjadi seorang Exam Officer. Bekerja dalam bilik tanpa tingkap & very P&C bcoz saya mengurus data student & kertas soalan peperiksaan. Saya rasa, saya seolah-olah bekerja dalam sebuah peti besi. No one is allowed to enter that room accept my boss. But, I love my job.

Langkah di teruskan, setelah lebih setahun bekerja di kolej tersebut, saya dapati pekerja diberi peluang untuk belajar secara percuma di kolej itu. So…saya grab the opportunity untuk mengambil short course iaitu Certificate in Business English selama 1 setengah tahun.

.

Top Secret is your secret

.

Bermulalah episod otak berputar seperti mesin basuh yang sedang keringkan baju kerana kelas Business English bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Manakala hujung minggu saya attend kelas Diploma in Business Admin di ITM bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

While…selepas jam 9.00 malam, saya beraktiviti main badminton bersama rakan sekerja. Entah dari mana saya dapat energy, saya sendiri pun hairan.

Sehinggalah ke satu masa….saya dilamar oleh seorang pemuda.
Siapa dia?

Jeng jeng jeng….

In shaa Allah…kisah ini akan bersambung lagi. Tunggulah beberapa bulan lagi, bila ada mood saya akan sambung lagi ke part 3✌🏻😬. Babai…..

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Rabu, 19.8.2026

#penulis

#penulisebook

#usahawan

#mentorUMPSA

IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM (BAB 1: Kenangan Raya Di Zaman Purba)

My own space

Tiap kali Aidilfitri menjelma kita semua ada kenangan & kisah silam yang melintas di fikiran. Sama ada kisah sedih atau gembira.

Dahulu, masa zaman kanak-kanak (ala2 zaman purba sebab pemikiran manusia pada zaman tu masih ada yang tak open minded), saya membesar dalam suasana yang penuh diskriminasi. Walaupun ayah seorang guru tapi kami bukan hidup mewah. Berbanding dengan adik-beradik ayah yang lebih berpelajaran tinggi & berjawatan besar. Pada saya, bukan kerana taraf pendidikan, tetapi cara didikan keluarga ayah yang begitu & kekhilafan ayah dalam pengurusan kewangan, menjadikan kami seolah-olah serba kekurangan di mata orang yang lebih berada dari kami.

Saya membesar di luar bandar & kebanyakan tempat ayah berkhidmat adalah di kawasan kampung/felda. Bagi saya, saya happy dengan kehidupan & kawan2 saya di felda tetapi ada pihak yang memandang kami adik-beradik sebagai “anak orang kampung” yang kolot & tak moden.

Raya adalah time yang kami adik-beradik rasa tak happy sebab bukan tiap tahun dapat baju baru atau makanan yang best. Mak saya ambil upah menjahit tetapi kadang-kadang tak sempat siapkan baju anak-anak.

Pada masa tu, nak beli baju raya kena tunggu orang yang tempah baju kat mak bayar dulu. Tetapi kebanyakan orang bayar beberapa hari sebelum raya, so kami tak sempat beli kain untuk buat baju. Biasanya mak akan beli 4-5 meter kain untuk kami 3 beradik perempuan share (semua baju kami sedondon).

Ada sekali, mak berusaha siapkan baju saya pada malam raya. Pada masa tu, umur saya 7 tahun, zaman elektrik hanya ada beberapa jam sehari di kawasam felda. So, pada malam tu mak guna pelita untuk menjahit. Tanpa sedar, api pelita menyambar baju raya saya. So…baju tu tak dapat di pakai pada 1 Syawal. Of course..sebagai kanak-kanak normal, saya menangis tersesak-esak. Saya dah tak ingat saya pakai baju apa pada 1 Syawal tu.

Juadah raya juga ala kadar. Kalau ayah “ada mood” nak beli, akan ada rendang & lemang atas meja. Jika tidak, mak akan goreng nasi dengan kunyit tanpa awas lain. So nampak la nasi tu ala2 pulut kuning atau nasi minyak tanpa lauk hehehe.

Pernah juga mak saudara bagi baju terpakai kat kami adik-beradik. Tetapi pagi raya ayah marah. Ayah tak bagi pakai kerana tak mahu kelihatan tak mampu sediakan baju raya untuk kami. Ayah suruh pakai baju tahun lepas yang dah singkat. Kami akur sahaja.

Bila berziarah ke rumah orang kaya, kami adik-beradik tak dibenarkan duduk di atas sofa. Kami akan duduk terasing dari ahli keuarga yang lain (bukan semua keluarga begitu, ada juga yang baik). Kami makan atas lantai dengan amaran “Jangan ada sebutir pun nasi jatuh ke lantai”. Semua ini membuatkan kami rasa kami tak seronok beraya.

Sewaktu saya berusia 16 tahun, mak & ayah bercerai. Ayah dibuang kerja & masuk lokap akibat salah laku dalam kerjayanya. Mak pulang ke kampung & jual kuih. Sejak itu keluarga kami dipandang lebih rendah dari sebelumnya.

Saya menumpang hidup di rumah saudara yang kaya. (Kami adik-beradik semuanya terpisah. Tinggal di rumah orang & berasingan.)
Tetapi saya tidak dilayan dengan baik. Di bulan Ramadhan, saya hanya boleh makan setelah semua ahli keluarga tuan rumah selesai makan. Jika ada sisa makanan, alhamdulillah. Jika tak ada, air suam adalah satu-satunya menu berbuka atau sahur saya.

Honestly, saya pernah mencuri sekeping biskut di tengah malam kerana terlalu lapar setelah beberapa hari tak makan. Keesokan harinya, tuan rumah memanggil saya & berkata “Dalam rumah ni ada tikus. Tikus curi biskut malam tadi. Biskut hilang sekeping”. Saya tak pasti sama ada rumah tu ada cctv atau ada orang nampak atau memang tuan rumah sejenis yang mengira kepingan biskutnya. Wallahua’lam.

Sejak itu, saya mulai menahan lapar. Tetapi, akhirnya saya pengsan di dalam bilik stor yang saya di tempatkan di rumah mewah itu. Keesokan harinya, maid di rumah tersebut sedar ketiadaan kerana saya tidak keluar bersahur. Maid tersebut bagi saya makan nasi & sedikit sisa kuah yang beliau simpan untuk saya. Pada masa tu, saya sedar hati seorang maid lebih mulia dari orang kaya. Alhamdulillah Allah jaga saya, masih ada penghuni rumah yang simpati dengan saya.

Selepas raya saya bertekad keluar dari rumah tersebut kerana saya tak dibenarkan balik beraya bersama mak di kampung. Tuan rumah sangat marah & menegaskan agar saya tidak lagi menjejakkan kaki ke rumanhnya. Saya keluar tanpa linangan air mata…tetapi dengan pandangan seorang remaja 16 tahun yang sedang marah. Sejak itu, saya tak pernah kembali ke rumah itu.

Setelah beberapa tahun, tuan rumah jatuh sakit & saya datang menziarahi beliau ketika beliau sedang nazak. Diberitakan oleh anaknya, beliau telah lama sakit & sentiasa menyebut nama saya. Beliau minta maaf dengan saya & saya maafkan beliau. Selepas seminggu, beliau menghembuskan nafas terakhir.

Apabila saya mulai bekerja pada umur 17 tahun saya bertekad untuk hidup sendiri & tak mahu menumpang sesiapa lagi. Saya sewa sebuah bilik kecil yang boleh memuatkan sebuah tilam bujang & sedikit ruang untuk letak pakaian serta solat, berharga RM80/bulan. Sejak itu, saya ambil mak dari kampung & kami hidup di dalam bilik kecil itu selama beberapa tahun.

Saya bekerja sebagai kerani & pada waktu malam saya ajar anak jiran-jiran buat kerja sekolah dengan caj RM5/jam. Saya juga ambil upah siapkan tesis untuk pelajar master. Begitulah cara saya mencari duit untuk kelangsungan hidup.

Pada ketika itu, beberapa bulan sebelum raya, saya akan mula membeli baju raya untuk mak, kakak-kakak & anak saudara saya. 1 pasang 1 bulan. Berdikit-dikit sehingga selesai semua keperluan pada bulan Ramadhan. Saya happy dapat gembirakan keluarga saya.

Sekarang kehidupan saya jauh berbeza dengan dulu tetapi saya tetap sayang ahli keluarga saya & tetap beli keperluan raya untuk mereka. Kami semua dah bekerluarga & kami bersatu kembali.

Pengajaran dari kisah hidup saya ialah, tak kisahlah sama ada kita susah atau senang, keluarga tetap diutamakan. Tidak ada orang yang akan sayang kita seperti ahli keluarga & darah daging sendiri.

Jangan jadi orang sombong, kedekut atau bangga dengan kekayaan, kerana semua itu Allah yang punya. Semuanya hanya pinjaman kepada kita.

Buat lelaki bergelar suami: jangan terlibat dengan arak, judi & perempuan, kerana itu adalah perosak utama rumah tangga.

Alhamdulillah ayah saya telah kembali ke rahmatullah dengan baik setelah beliau kembali ke jalan Allah swt. Malahan sebelum ayah meninggal, ayah sempat mewakafkan (hasil duitnya & adik-beradik ayah) untuk menyiapkan sebuah surau di kampungnya. Surau itu masih digunakan sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah semuanya jadi kenangan yang perlu diambil sebagai ibrah. Bukan untuk saya membenci orang kaya atau hari raya.

Jaga Pandanganmu

Dahulu, masa mak belum skizo, mak selalu pesan “Cari ilmu! Cari ilmu! Cari ilmu! Mak takde harta nak bagi kamu” Benar kata mak, hanya dengan ilmu kita mampu meneruskan hidup walaupun penuh ranjau atau dicampak ke mana sahaja. Sama ada ilmu dunia atau dunia akhirat. Kedua-duanya sama penting. Walaupun adab lebih penting dari ilmu, kedua-duanya perlu seiring.

Antara hikmah dari apa yang saya lalui, saya jadi seorang yang sentiasa bersedia dengan “SURVIVAL MODE”. Di usia sekarang, pelbagai ujian datang menimpa, tanpa sedar saya auto ready untuk sebarang kemungkinan & yakin saya mampu melaluinya, Allah sentiasa ada dengan saya.

Buat sahabat yang gigih membaca, semoga kalian semua tidak menyalahkan takdir jika pernah hidup dalam cacian, makian atau hinaan. Orang beriman akan sentiasa yakin bahawa Allah swt sayang kita. Allah sentiasa ada dengan kita sama ada ketika kita senang atau susah. Cuma, kitalah yang lalai & selalu lupakan Allah.

Baiki diri & iman kita, mudah2han kita sentiasa dalam jagaan Allah swt.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Rabu, 11.3.2026

#penulis

#penulisebook

#usahawan

#mentorUMPSA

SUAMI CURANG: SIAPA YANG SALAH?

Dosa sendiri, sendiri tanggung

.

Saya ada seorang sahabat yang saya kenal peribadinya:

Dia seoranng isteri/ibu, ada 6 orang anak. Dari awal kahwin, dia bangun jam 3.30 pagi, berkhalwat dengan Allah, masak & siapkan kerja rumah sebelum suami & anak2 bangun. Lepas subuh, dia keluar hantar anak ke sekolah. Dia resign sebab nak tumpu kepada keluarga.

Ketika mereka buka bizz, dia bantu suami tanpa gaji. Kelek anak ke hulu ke hilir tanpa lelah. Sama-sama bersusah-payah dengan suami.

Dia ajar anak2 membaca/mengaji/menghafal Al Quran/solat & lead anak buat kerja sekolah sejak kecil. Sekarang ada beberapa orang anak yang jadi hafiz/zah & masuk Universiti.

Bila bizz berkembang, dia still buat semua rutin. Tiada maid atau driver walaupun kehidupan semakin baik/mewah.

Ketika mak mentua sakit, dia jaga hingga sembuh. Tetapi dia difitnah oleh ipar-iparnya & akhirnya mak mentua marah & lari dari rumahnya. Tapi bila mak mentua sakit semula, dia jaga lagi hingga mak mentuanya meninggal dunia.

Dia selalu ke majlis ilmu. Baiki diri dari semasa ke semasa selama puluhan tahun.

Setelah 22 tahun kahwin, dia sakit. Selama 3 bulan dia berulang-alik ke hospital sendirian kerana suaminya makin sibuk dengan bizz yang makin maju. Daripada suaminya bermula dengan pakai proton saga buruk hingga mampu beli new brand BMW X5. Dia mengurus diri yang sakit sendirian.

Suatu hari, dia dapat tahu suaminya curang/ada scandal beberapa tahun sebelumnya & berkahwin diam2 di Thailand. Kejayaan suami diraikan bersama perempuan yang dikatakan lebih muda, menggoda & manja. Hampir setiap hari mengusung wanita baru dengan BMW x5 nya.

Dia bertanya pada suaminya “Dimana silapnya?”

Suaminya kata “Selama 3 bulan dia sakit, suaminya tidak mendapat layanan yang baik darinya.” Suami menyalahkan dirinya. Segala usahanya terhadap keluarga selama 22 tahun tiada makna bagi suaminya. Hanya 3 bulan yang bermasalah menjadi asbab pengkhianatan dalam rumah tangga, padahal scandal telah bermula beberapa tahun sebelumnya.

Dia mungkin bukan isteri yang sempurna & ada buat salah, tapi dia tak curang. Dia bermunajat kepada Allah & muhasabah diri.

Disebabkan dia tiada ibu bapa tempat mengadu, dia minta nasihat dari guru-guru mursyidnya (lelaki/perempuan). Guru-gurunya yang alim & berpendidikan agama dalam bidang Syariah, Usuludin & Tasawur Islam berpendapat, dia tak bersalah, suaminya yang bersalah. Suami yang mengkhianati rumah tangga mereka. Walaupun berkahwin lain di luar negara tanpa izin isteri itu mungkin sah (mahkamah yang akan tentukan sah atau tidak) tetapi ia salah kerana menyakiti hati isteri, tambahan pula jika perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata. Semuanya berbalik kepada iman.

Bukan salah si isteri jika suami tertarik dengan perempuan yang make up tebal, pakaian seksi, pandai menggoda & free hair, sedangkan isteri seorang yang menutup aurat dengan sempurna, menjaga solat/puasa & tidak pernah membawa masuk lelaki ajnabi ke dalam rumah tanpa izin suaminya.

Sudah pasti dia sangat sedih dengan pengkhianatan suaminya & segala punca kesalahan diprovok oleh suami serta diletakkan dibahunya. Lalu memfailkan pelbagai tuntutan di mahkamah. Di mahkamah, suami disabitkan bersalah terhadap rumah tangganya, kerana curang & berkahwin di Thailand.

Untuk mengelakkan isu berpanjangan & merosakkan nama baik serta membayar denda, si suami menceraikan isteri yang dinikahi di Thailand tanpa mendaftarkan perkahwinan di Malaysia.

Tiba-tiba, kita digemparkan dengan pendapat seorang Prof pakar mata yang membuatkan orang marah & trigger.

Katanya:
“APA YANG BERLAKU (SUAMI CURANG), SAYA AMBIL TANGGUNGJAWAB. JANGAN SALAHKAN PASANGAN. KITA TANYA DIRI KITA, APAKAH YANG KITA BUAT MENYEBABKAN PASANGAN KITA MENCARI ORANG LAIN? BILA KITA LIHAT FAKTOR TU DALAM KITA, KITA UBAH DIRI KITA”
(Tonton video di minit ke 0.19)

.

Dari Sinar.fm

.

Begitu juga dengan statement terdahulu dari Prof yang sama “PEREMPUAN YANG MALANG ADALAH ADALAH PEREMPUAN YANG TERSALAH MEMILIH SUAMI”. Sedangkan bukan semua perempuan berkahwin tangkap muat. Ramai wanita yang solat istikharah sebelum memilih pasangan hidup. Ada juga yang dijodohkan oleh keluarga.

Pada pendapat saya…. kata2 Prof yang kurang mahir dalam menyusun bahasa membuatkan banyak hati terguris, terutamanya wanita yang pernah dicurangi. Prof adalah seorang pakar mata. Kepakaran Prof adalah mencerahkan penglihatan yang rabun. Beliau bukan agamawan atau pakar psikologi.

Sayangnya, Prof pakar untuk mata zahir tetapi Prof gagal melihat dengan mata hati & tak mampu menyampaikan maklumat melalui hati yang empati.

I’m sorry to say this. But this is the fact yang sangat mengguris hati wanita. Muhasabah diri tu betul/baik, tetapi menyalahkan/mempertangunggjawabkan isteri apabila suami curang adalah tidak wajar.

.

It’s hard to be alwyas husnudzon but we must try

.

Jika ingin bermain dengan sentimen agama: Nabi ﷺ telah mengangkat darjat wanita lebih dari 1400 tahun dahulu. Tolong jangan rendahkan martabat wanita yang baik/solehah.

Wanita adalah insan yang perlu dibimbing dengan agama, kasih sayang & kelembutan oleh seorang bapa/suami. Kenapa Prof meletakkan wanita sebagai mangsa yang perlu dipersalahkan diatas dosa suami yang curang & menyakiti hati isteri? Bukankah dosa masing-masing, masing-masing yang kena bertanggungjawab, minta maaf, bertaubat & tidak mengulanginya setelah bertaubat.

Isteri bukan cerminan suami. Begitu juga sebaliknya. Rujuklah semula kepada sirah Nabi contohnya Nabi Nuh a.s & isterinya serta kisah Asiah yang bersuamikan Firaun.

Sebaiknya, Prof bercakap dalam bidang kepakaran Prof sahaja atau diam lebih baik, jika tidak mampu menyusun bahasa dengan lebih baik.

Sebagai wanita, hati saya pun terguris.

Berikut merupakan beberapa ayat Al Quran berkenaan dosa yang dipertanggungjawbkan ke atas diri sendiri:

1️⃣ Surah Al-An’am (Ayat 164)

قُلْ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَبْغِى رَبًّۭا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَىْءٍۢ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌۭ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ١٦٤

Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

2️⃣ Surah Al-Isra’ (Ayat 15)

مَّنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وِزْرٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا


“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa sesat maka sesungguhnya dia sesat bagi kerugian dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain…”

3️⃣ Surah Al-Muddaththir (Ayat 38)

كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ ٣٨


“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya.”

Berbicaralah dengan hikmah, jangan sampai menyakiti perasaan orang lain & membangkitkan trauma kepada mangsa curang.

Jaga hati & jaga lidah. Semoga kita semua dalam jagaan Allah swt.

Wallahu’alam.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 31.7.026/15 Safar 1448H

Woman Of Honor

(Jadilah Wanita Bermaruah)

Apa nak buat kalau dapat tahu suami curang/nikah diam-diam?

Dear wise wife!

Sakit!
Pasti sangat sakit rasanya!
But, sabar dulu!
Pasti ada hikmahnya.

.

Jadilah Wanita Bermaruah

.

Janji Allah SWT itu pasti!
Setiap ujian atau musibah yang diberikan membuktikan bahawa kita sebenarnya mampu menghadapinya, dan Allah tidak sekali-kali menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberikan beban di luar batas kemampuan manusia.

Perkara ini telah ditegaskan secara jelas di dalam Al-Quran melalui firman-Nya:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)

Jom bertenang & follow tip berikut:

1️⃣ Bagi masa pada diri sendiri bertenang. Duduk berzikir/solat. Jangan bercakap dengan sesiapa beberapa hari. Anda tak tahu siapa musuh dalam selimut. Kawan-kawan/family suami bukan lagi orang yang anda boleh percaya.

2️⃣ Kalau suami cakap/explain apa-apa, anda diam. Dia di fasa membenarkan apa yg dia buat, rasa dirinya tak buat salah, dia ada hak sebagai suami & mencari salah anda. Ada banyak cerita/alasan yang dia dah reka/prepare dari awal. Remember…He had plan everything & he will spin it. Suami akan auto jadi ustaz jadian yang akan keluarkan ayat-ayat Al Quran berkenaan sunnah Nabi ﷺ. Anda akan dilabelkan isteri yang tak redho, tak beriman & tak terima qada & qadar. So…hadap je dulu.

.

Suami yang baik akan menjaga perasaan isterinya

.

3️⃣ Kalau ada tempat berteduh yang lain, minta izin dengan suami untuk keluar dari rumah seketika. Balik ke rumah mak ayah atau orang yang betul-betul boleh dipercayai. Kalau tak ada, bersendirianlah ditempat yang selamat untuk anda beribadah. Menangis & komunikasi dengan Allah swt.

4️⃣ Jangan salahkan diri sendiri. Yang berkhianat & curang adalah suami anda. Bukan anda! Jangan bodohkan diri sendiri mengakui kecurangan berpunca dari anda. Melainkan anda memang seorang isteri yang tak bertanggungjawab pada Allah swt & keluarga. Jika anda dah jalankan tanggungjawab anda, be proud of yourself.

.

VIDEO: Ustaz Azhar Idrus

.

5️⃣ Jangan serang penyondol. Selesaikan urusan dengan suami anda terlebih dahulu. Jangan viralkan penyondol, bcoz anda akan disaman. Penyondol akan auto jadi “play victim”. Ingat! Penyondol takkan rasa bersalah malah dia akan menyalahkan takdir.

6️⃣ LEPASKAN suami kepada penyondol SEKETIKA. Biar dia enjoy sebab itu pilihan dia. Suami memang menunggu saat itu, selama ni dia dah bersusah-payah berahsia & menipu anda, sekarang dia dah dapat lesen. Biarkan dia meraikan kejayaan sementaranya. Jangan buat diri anda nampak murah. Sementara dia enjoy tu, anda mulakan beberapa “LANGKAH” lain & fokus pada kesihatan diri & anak.

7️⃣ Mulai rakam suara/video setiap janji palsunya atau layanannya terhadap anda. Jangan percaya apa-apa yang keluar dari lidahnya. Dalam fasa ini, akan ada banyak janji manis & cerita yang berubah-ubah dari pencurang. Anda dah banyak ditipu selama ini, so layan dulu penipuan dia. Anda tidak bodoh akibat di tipu, sebaliknya anda adalah isteri yang baik & naif. Bagi dia rasa dia menang dulu! Anda akan menang kemudian! Save semua rakaman di tempat selamat contohnya private album di FB atau telegram channel.

.

Kenali karektor pasangan anda

.

8️⃣ Selesaikan urusan dengan suami anda. Nak berperang, berperanglah di rumah. It’s ok jika sesekali anda nak lepaskan perasaan marah terhadap suami. Tidak perlu mencari tahu hal tentang penyondol. Elakkan memviralkan sebarang video/gambar pergaduhan anda. Simpan semuanya sebagai bukti di mahkamah.

9️⃣ Pergi ke pejabat agama terdekat & dapatkan nasihat. Jangan malu kerana anda tidak dianggap membuka aib, sebaliknya anda pergi ke tempat yang betul. Jangan minta nasihat di media sosial. Kalau boleh, deactivate sementara semua medsoc anda. Nasihat nitizen akan membuatkan fikiran anda jadi lebih kusut & susah untuk buat keputusan.

1️⃣0️⃣ Jika suami mulai bersikap buruk/memukul/berkeras/maki/ugut, buat laporan polis. Protect diri & anak-anak. Berhenti jadi isteri yang naif & patuh membuta tuli. Report tersebut boleh digunakan di mahkamah.

Kalau anda terlalu sress hingga mengganggu rutin harian & tak mampu handle anak-anak kecil, jumpa kaunselor/psychiatrist. Take care of your mental health too.

.

Video: Petikan ceramah Ustaz Abdul Somad

.

1️⃣1️⃣ Jika suami sudah bernikah secara rahsia, pergi ke mahkamah syariah. Dapatkan khidmat nasihat. Buka fail tuntutan harta sepencarian, nafkah isteri & anak-anak. Kalau bersetuju dengan poligami, tetapkan hari giliran. Jika mampu, upah peguam. Jika tak mampu, guna biro guaman. Tak perlu ajak suami, anda boleh pergi failkan berseorangan. Suami curang tak suka ke mahkamah bcoz dia rasa malu dengan kesalahan dia. Ego dia tinggi & dia tak nak mengaku dia salah. So…just do it! Anda tak salah!

Hilangkan stigma “PERGI KE MAHKAMAH UNTUK BERCERAI” semata-mata. Sebenarnya mahkamah syariah adalah tempat terbaik untuk para isteri mendapatkan pembelaan terutamanya jika yang sudah tidak ada wali sebagai pendamai rumah tangga yang bermasalah.

1️⃣2️⃣ Jangan minta cerai serta-merta. Selesaikan tuntutan yang dibuat terlebih dahulu. Jika tak dapat kerjasama dari suami apabila dipanggil ke mahkamah, baru move to the next step sama ada nak cerai fast track, mohon fasakh & lain-lain (depends on case masing-masing).

1️⃣3️⃣ Jika suami pujuk, jangan tarik/tutup kes mahkamah. (Bcoz nak tunggu dipanggil ke mahkamah, ambil masa sebulan atau lebih). Hadir ke mahkamah terlebih dahulu. Di fasa ini, suami akan berbuat baik kepada anda atau mengugut anda supaya tidak perlu ke mahkamah (due to terkejut bila dapat surat dari Mahkamah). Please stand on your decision! Kerana anda perlu pembelaan dari pihak yang betul. Jangan takut, anda tidak akan dikasari di mahkamah bcoz dalam fasa ni suami akan bercakap baik-baik & pura-pura menangis di hadapan pegawai agama/lawyer/hakim. Trust me, it happened!

1️⃣4️⃣ Berhati-hati dalam setiap tindakan. Sebaik-baiknya elakkan hal-hal yang boleh membuatkan suami caj anda sebagai isteri nusyuz. It’s ok untuk berlakon sebagai “isteri solehah” sementara prosiding berjalan. Kata kuncinya ialah “SABAR”. Dalam fasa ini, anda akan sakit hati but kena sabarrrrrrr!

1️⃣5️⃣ Jika TERPAKSA bercerai, teruskan. Jangan terpedaya dengan ayat “Isteri bertahan demi anak”. Anda perlu fokus kepada diri sendiri, kesihatan mental & fizikal anda. Jika keadaan memaksa, perceraian bukan pengakhiran hidup. Anak-anak akan lebih kuat membesar dengan ibu yang berani & kuat, bukan bersama ayah yang pengecut. Anak akan auto hilang respect kat ayah mereka. Anda tak perlu explain apa-apa kepada anak. Keep on the +ve vibes to raise your kids, tak perlu buruk-burukkan ayah mereka. Move on & bina hidup baru!

.

Buku Inspirasi Yang Elok Dibaca

.

1️⃣6️⃣ Jangan bersedih berlama-lamaan atau menunjukkan kelemahan diri kepada suami & penyondol. Penyondol akan happy dengan keadaan anda kalau dia tahu anda sedih. Dia rasa dia menang. So…be strong! Set in mind “Penyondol cuma dapat sisa anda!”

.

Video: My mesej kepada semua wanita

.

1️⃣7️⃣ Teruskan berdoa & lakukan solat taubat, tahajud, hajat & istikharah. Minta petunjuk & jalan keluar dari Allah swt. Allah swt akan bantu isteri teraniaya yang sabar & berserah kepada Allah. Teruskan menjadi wanita solehah! Minta doa dari ibu bapa atau mentua (if only anda ada mentua yang baik & support anda).

.

In shaa Allah…masalah anda akan selesai!

Good luck, ladies!

Pesanan ini tidak terpakai untuk semua keadaan. Anda perlu sesuaikan dengan tahap kecurangan suami, jenis masalah rumah tangga masing-masing & tahap keimanan anda. Apa yang penting, jangan bertindak melulu. Be an honor & professional woman. Jangan rendahkan diri sama taraf dengan suami yang curang & penyondol yang tak berakal.

I’m not a lawyer.
I’m just an ordinary woman, a mother of 4.
Hanya seorang wanita yang ingin membantu wanita teraniaya yang lain.

“Wanita terlahir dengan kekuatan luar biasa yang mampu bertahan dan berjuang walau diuji dengan pelbagai kesukaran.
Setiap kali seorang wanita berdiri untuk dirinya sendiri, dia sebenarnya berdiri untuk semua wanita.”

.

Video: Berterima kasih kepada Allah yang mengujimu

.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 6 Muharram 1448H

🔴 Dah baca, belanjalah saya like & subscribe blog ni hehe. Tq🫶🏻

FADHILAT AYAT 14 SURAH AL MULK

Assalamualaikum warahmatullah

.

Ayat 14 Surah Al Mulk

.

Membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali sering diamalkan sebagai wirid atau doa. Ayat ini berkisar tentang kekuasaan dan pengetahuan Allah SWT terhadap segala ciptaan-Nya.

Amalan membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali biasanya diamalkan sebagai wirid atau doa khusus untuk kelancaran rezeki. Amalan ini berasal daripada petua atau ijazah para ulama nusantara dan guru-guru tarekat yang mengambil fadhilat daripada ayat tersebut, dan bukanlah daripada hadis sahih yang khusus daripada Nabi SAW.

Berikut adalah panduan ringkas amalan tersebut:


📍 Teks Ayat:

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِير

📍Ayat 14 Surah al-Mulk bermaksud: “Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus (urusan Pentadbiran-Nya), lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!”

📍Waktu Amalan: Lazimnya dibaca pada waktu malam (sebelum tidur) atau dijadikan amalan rutin harian untuk memohon kelancaran rezeki.

Amalan ini dilakukan dengan harapan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon petunjuk, dan bertawakal atas segala urusan rezeki yang diatur oleh-Nya.

Secara ringkasnya, tidak ada dalil khusus (hadis sahih atau ayat al-Quran) yang memerintahkan atau menetapkan amalan membaca ayat 14 Surah Al-Mulk sebanyak 14 kali secara spesifik untuk fadhilat tertentu.

Amalan ini dikategorikan sebagai amalan berasaskan tajribah (pengalaman para ulama terdahulu). Contohnya seperti yang disampaikan oleh KH. M Ridwan Baseri, diijazahkan oleh Abah Guru Sekumpul, membaca ayat 14 dari surah Al Mulk sebanyak 9 kali untuk mencapai hajat, mencari barang/orang hilang, in shaa Allah dengan izin Alalh swt akan dimunculkan petunjuk dalam mimpi.

Boleh tonton video yang disampaikan oleh KH. m Ridwan Baseri berkenaan amalan tersebut di link youtube ini: 👇🏻👇🏻👇🏻

https://youtu.be/Q-qioAIaxYQ?si=7lfTktusRKBNTpRl

Amalan membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali ini secara khusus diajarkan dan diijazahkan oleh Abah Guru Sekumpul (KH. Muhammad Zaini bin Abdul Ghani), ulama kharismatik yang sangat disayangi dari Martapura, Kalimantan Selatan.

Amalan rahsia ini bersambung rantaiannya daripada sanad guru-guru beliau, termasuk daripada Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani (ulama besar kota suci Mekah), yang mana amalan berasaskan bilangan asmaul husna dan pembuka mata hati ini bersumberkan kaedah para ulama tasawuf serta ahli hikmah terdahulu.

Di Mana Kedudukan Amalan Ini Ditemui?

  • Kitab dan Catatan Majlis: Amalan ini dicatat oleh para anak murid beliau melalui silsilah nota kuliah (catatan majlis ta’lim) dan risalah amalan yang dihimpunkan daripada pengajian di Surau Al-Mushalla, Sekumpul.
  • Kandungan Utama: Pengajaran utama Abah Guru Sekumpul dalam amalan ini menekankan kepada penghayatan sifat Allah Al-Latif (Maha Halus) dan Al-Khabir (Maha Mengetahui) yang terkandung di dalam ayat tersebut untuk menyelesaikan kebuntuan hidup.

Pesan Abah Guru Sekumpul Ketika Mengamalkannya

Ketika mengajarkan amalan-amalan zikir, beliau sering memberikan pesanan penting agar amalan tersebut membuahkan hasil:

  1. Menjaga Adab dan Akhlak: Amal ibadah dan zikir sukar meresap ke dalam hati jika seseorang itu tidak menjaga akhlaknya dengan ibu bapa, guru, dan sesama makhluk.
  2. Ikhlas Tanpa Paksaan: Membaca dengan hati yang tenang, bukan sekadar mengejar hitungan bilangan 14 kali semata-mana.
  3. Sangka Baik (Husnuzon): Sentiasa bersangka baik kepada aturan Allah kerana Allah Maha Halus (Al-Latif) dalam mengatur rezeki dan urusan hamba-Nya.

.

Abah Guru Sekumpul (KH Muhammad Zaini bin Abdul Ghani) ialah seorang ulama Banjar yang sangat berpengaruh dan karismatik dari Martapura, Kalimantan Selatan

.

Ulama dan ahli hikmah menyarankan ayat ini diamalkan dengan kefahaman bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala rezeki, rahsia, dan keperluan hamba-Nya. Walaupun bilangan 14 kali itu adalah kaedah mujarrabah (cubaan yang menjadi) daripada pengalaman para guru agama, fadhilat surah Al-Mulk secara keseluruhan (30 ayat) sangat dianjurkan untuk dibaca setiap malam sebelum tidur sebagai pelindung daripada azab kubur.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai status dalil bagi amalan ini:

  1. Dalil Sahih Berkenaan Surah Al-Mulk secara Keseluruhan
    Dalil daripada hadis sahih yang ada hanyalah menyentuh tentang kelebihan membaca keseluruhan Surah Al-Mulk (30 ayat), terutamanya sebelum tidur, sebagai pelindung daripada azab kubur. Nabi SAW bersabda:

“Satu surah dalam al-Quran yang mempunyai 30 ayat dapat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga dia diampunkan, iaitu surah al-Mulk.” (Riwayat Ibn Majah).

  1. Status Amalan Khusus Ayat 14 (14 Kali)
    • Tiada Sandaran Hadis: Penetapan jumlah “14 kali” bagi “ayat 14” tidak datang daripada sunnah Nabi SAW.
    • Amalan Mujarrabat / Kaedah Ulama: Kaedah pengulangan ayat tertentu dengan jumlah bilangan tertentu biasanya bersumberkan ijtihad, ilham, atau amalan para ulama tasawuf dan ahli hikmah yang mendapati amalan tersebut memberi kesan positif (seperti ketenangan hati atau kelancaran urusan).
    • Tujuan Tadabbur: Pengulangan ayat ini (yang bermaksud “Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui?”) sangat baik untuk menghidupkan rasa tauhid dan keyakinan bahawa Allah Maha Mengetahui segala masalah dan isi hati kita.
  2. Pandangan Hukum Agama
    Para ulama umumnya mematgari perkara ini seperti berikut:
    • Boleh Diamalkan: Harus untuk dibaca sebagai bentuk doa, zikir, atau tadabbur bagi menguatkan jiwa.
    • Syarat Keyakinan: Kita tidak boleh menyakini bahawa bilangan “14 kali” itu adalah satu ketetapan syariat yang wajib atau mempunyai kuasa sakti tersendiri. Segala manfaat dan kelancaran rezeki datangnya mutlak daripada izin Allah SWT, bukannya daripada formula bilangan tersebut.

Hukum beramal dengan ilmu daripada ulama adalah wajib atau dituntut. Islam meletakkan konsep ilmu sebelum beramal (علم قبل العمل) bagi memastikan setiap ibadah sah dan diterima di sisi Allah. 

Berikut adalah panduan ringkas mengenai hukum dan adab beramal dengan ilmu:

  • Wajib: Bagi ilmu yang berkaitan dengan kefarduan (Fardhu Ain) seperti ibadah solat, puasa, dan akidah yang sahih.
  • Sunat / Harus: Bagi ilmu berbentuk amalan sunat (Fardhu Kifayah atau sunat) yang disarankan oleh ulama muktabar.
  • Keperluan: Mencontohi ulama adalah bukti kasih dan ittiba’ (mengikuti) sunnah Rasulullah SAW kerana mereka adalah pewaris para nabi.

Ia seumpama amalan lain, dibaca berulang kali yang diajarkan oleh para ulama terdahulu contohnya; membaca Ratib Al Attas sebanyak 41 kali bagi yang mempunyai hajat besar (dinyatakan dalam Kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah, susunan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, yakni juga merupakan salah seorang anak murid Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani.

.

Kitab susunan zikir oleh Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

.

Amalan lain yang diajarkan oleh para arifin terdahulu ialah membaca بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ sebanyak 800 kali sehari bagi mendapatkan hati yang suluk/bersih.

.

Amalan salafussoleh/ulama pewaris Nabi ﷺ

.

  • Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya]

Rujuk teks penuh di sini: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/902-irsyad-al-hadith-siri-ke-179-ulama-umatku-umpama-nabi-bani-israil

.

Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki, Mekah

.

Berbalik kepada pembacaan ayat 14 surah Al Mulk, berikut adalah fadhilat utama dan cara mengamalkan wirid ini:

Khasiat Utama Amalan

Kaedah Pengamalan:

1. Untuk Pembuka Rezeki (Amalan Harian)

  • Dibaca 14 kali setiap kali selesai solat fardu (terutamanya Subuh atau Maghrib).
  • Hebuskan pada tapak tangan dan sapu ke muka sambil memohon agar Allah mencukupkan segala keperluan hidup.

2. Untuk Memohon Petunjuk (Amalan Sebelum Tidur)

  • Pastikan diri berada dalam keadaan berwuduk.
  • Duduk menghadap kiblat, lalu bacakan ayat 14 ini sebanyak 14 kali sebelum melelapkan mata.
  • Sertakan niat yang jelas di dalam hati (Contoh: “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk atau jalan keluar bagi masalah…”).
  • Tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kanan (mengikut sunnah). Insya-Allah, petunjuk akan hadir sama ada melalui gerak hati yang kuat atau petunjuk mimpi.

Melalui pengalaman saya sendiri, saya telah menghidapi pelbagai masalah kewanitaan selama 6 tahun sejak tahun 2020 sehingga 2026. Saya sentiasa mengalami kesakitan melampau ketika pendarahan dalam tempoh yang panjang, haid tidak teratur, ketumbuhan, fibroid & cyst yang berulang-ulang di bahagian ovari & rahim serta keradangan di pangkal rahim. Kesan dari masalah ini, selain masalah kesihatan, saya mengalami masalah rumah tangga & hubungan yang tidak baik dengan suami. Saya sentiasa mendapatkan rawatan di Kuantan Specialist Hospital (KPJ). Saya telah menjalani pembedahan berkali-kali iaitu buang ovari kanan, buang ketumbuhan pada dinding rahim (2 kali), buang rahim & buang pangkal rahim dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang sama saya mendapatkan rawatan dari beberapa orang perawat Islam di merata-rata tempat dalam Malaysia & juga perawat (Habib Hussain bin Abdul Rahman Al Habsyi) dari Tarim, Hadramout Yaman.

.

(Isnin 4.5.26) Di Kuantan Specialist Hospital (KPJ). 2 minggu selepas operation buang rahim.

.

Dalam tempoh tersebut, saya turut melakukan amalan membaca Ayat 14 dari surah Al Mulk sebanyak 14 kali setiap malam DISAMPING melakukan amalan lain, antaranya:
▶️ Solat hajat
▶️ Membaca Ratib Al Attas & Ratib Al Haddad
▶️ Membaca Wirid Sakran (pendiding)
▶️ Membaca 3 Qul setiap malam
▶️ Membaca Ayat Qursi setiap malam
▶️ Berzikir & Berselawat

.

Beberapa Cara Solat Hajat

.

Semua ini tidak dilakukan dalam masa sehari atau dua hari. Ia perlu dilakukan dengan ISTIQOMAH sekurang-kurangnya 44 hari atau lebih.

Dengan izin Allah swt, saya bermimpi selama 14 hari berturut-turut, didatangi oleh penyihir & bomohnya yang mengakui perbuatan mereka terhadap saya & menghantar sihir pemisah. Tetapi, ingin saya TEGASKAN bahawa, bukan semua mimpi adalah benar & ia tidak datang hanya dengan sekali mimpi. Biasanya mimpi berulang-ulang selama beberapa hari. Sebaik-baiknya, rujuklah mimpi tersebut kepada guru yang mursyid/orang alim yang ahlinya untuk mentafsir/memastikan ia adalah benar-benar merupakan tawajjuh dari Allah swt.

.

Jawapan dari guru mursyid saya berkenaan mimpi 14 hari berturut-turut

.

Sekiranya mimpi kita benar, tidak perlu membalas perbuatan jahat tersebut. Cukuplah dengan berdoa kepada Allah swt agar diberikan hidayah atau balasan yang setimpal oleh Allah swt.

Harus diingat, semua ini adalah dengan IZIN ALLAH SWT, bukan kerana diri atau amalan kita. Bersihkan hati & bertawakkallah kepada Allah swt.

Apa-apa pun, langkah terbaik adalah mengamalkan bacaan KESELURUHAN Surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur untuk memperoleh fadhilat pelindung kubur yang sahih daripada hadis Nabi ﷺ .

Penafian (disclaimer):
Saya bukan ustazah atau perawat. Saya sekadar mengamalkan bacan ayat Al Quran, Selawat & Zikir sebagai amalan harian dan ikhtiar meruqyah diri sendiri. Semua amalan saya adalah dari bimbingan guru-guru mursyid:
1️⃣ Ustazah Sharifah Hafsah bana hasan
2️⃣ Ustazah Fitrah Attareemiyyah
3️⃣ Ustaz Zubair Malik
4️⃣ Habib Muhammad bin Alwi Al Attas
5️⃣ Habib Soleh bin Alwi Al Attas
6️⃣ Ummi Zaitun (balu kepada Habib Mohsin Al Attas)
7️⃣ Ustaz Uwais Al Qarni
8️⃣ Ustazah Hajah Muzayyanah binti Abdullah
9️⃣ Habib Umar Al Attas & Ustazah Nur, Surabaya (Anak kepada Habib Mohsin Al Attas)
1️⃣0️⃣ Almarhum Ustaz Hj Hod (Yaasin 1000 Syifa)

1️⃣1️⃣ Syeikh Dr. Nik Bakri bin Nik Mat

Ada juga yang mengamalkan dengan cara begini (seperti dalam video). Tetapi saya belum pernah buat amalan ini 👇🏻👇🏻👇🏻

.

Video: Credit to Galeri Sunah Pak Munawer

.

Tujuan posting ini hanyalah untuk membantu hamba-hamba Allah yang teraniaya, disihir, disantau & dikhianati yang mana perlu melakukan amalan harian secara peribadi selain mendapatkan rawatan untuk kesembuhan/kebaikan. Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari kejahatan makhluk.

Segala yang terbaik adalah dari Allah swt, segala khilaf & salah dalam posting ini adalah dari diri saya sendiri. Semoga amalan kita diredhoi & diterima Allah swt.

Wallahu’alam.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
(Sabtu, 6 Zulhijjah 1447H/23.5.26)

PEJUANG ANXIETY (Part 5 ~ Last Part)

Assalamualaikum…

Apa khabar pejuang anxiety?
Semoga kalian baik-baik sahaja & bertambah kuat melalui hari-hari yang penuh cabaran. Teruslah bersemangat untuk sihat & keluar dari kepompong anxiety.

.

Mental Health Awareness

.

Subhanallah…perjalanan anxiety saya sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dari perkongsian Part 1 hingga 4, dan in shaa Allah ini adalah perkongsian TERAKHIR saya dalam journey anxiety. Saya tak mahu declare diri sembuh 100%, bimbang relapse atau ada sesuatu yang akan buat saya trigger kembali. Cukuplah jika mengatakan 90%, saya ok & doktor dah discharge saya dari rawatan.

Selawat Syifa (penyembuh)

.

Link Post PEJUANG ANXIETY sebelum ini:
4️⃣ https://saljuputih.blog/2026/02/03/pejuang-anxiety-part-4/
3️⃣ https://saljuputih.blog/2026/01/16/pejuang-anxiety-part-3/
2️⃣ https://saljuputih.blog/2025/12/02/pejuang-anxiety-part-2/
1️⃣ https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Setelah 3 bulan berlalu, selepas saya post PART 4 pada 3.2.2026, hari ini saya decided untuk menamatkan siri ini. Sempena bulan kesihatan mental sedunia.

Subhanallah….

Alhamdulillah…

Allahuakhbar….

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan syifa Nya kepada hamba Nya yang faqirah ini. Sebagai peringatan bersama, selain usaha yang saya lakukan untuk keluar dari masalah anxiety, saya konsisten makan ubat selama 6 bulan. Bak kata doktor psy, “Tak mahu berlaku relapse” kerana menurut doktor, tempoh remisi (remission) adalah selama 6 bulan, di mana tanda-tanda dan gejala anxiety berkurangan atau hilang sepenuhnya selepas rawatan.

Apa itu Remisi (remission)?
Ia bermakna keadaan pesakit sedang bertindak balas terhadap rawatan dan berada di bawah kawalan.

Saya akur kerana saya percaya kepada kepakaran doktor & saya menyaksikan bagaimana proses penyembuhan ibu saya yang menghidapi skizofrenia juga mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan ubat-ubatan & rawatan.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, banyak langkah yang saya ambil untuk menjaga kesihatan mental saya. Setelah pelbagai ujian diberi, saya berazam untuk bangkit & menjadikan mental saya lebih kuat. Saya tidak ingin terus lemah, ditindas & diambil kesempatan di atas kebaikan & kelembutan saya selama ini. Ia bukanlah dendam, tetapi sekadar membaiki kekurangan diri sendiri. Malahan saya tidak membalas apa-apa pun kepada mereka yang menyakiti & menyusahkan saya.

Antara langkah-langkah yang saya teruskan ialah:

1️⃣ Saya mengambil kursus Sijil Psikologi Islam di KPTI Al Insaniah Malaysia untuk lebih faham sistem otak:

💊 bagaimana ia boleh rosak & bagaimana ia boleh sembuh jika digabungkan rawatan secara saintifik & rawatan Islam iaitu dengan makan ubat, zikrullah & amalan harian,

💊 nak faham antara perbezaan gangguan mistik dengan masalah mental secara saintifik

💊 kenapa masalah mental boleh menyebabkan gerd, sakit sendi & pelbagai masalah kesihatan yang lain

💊 dan pelbagai lagi hal-hal menarik berkenaan otak manusia.

Alhamdulillah saya gembira hadir kelas dengan ilmu yang sangat bermanfaat dari tenaga pengajar bertauliah. Rakan-rakan sekelas juga merupakan circle baru yang saya rasa sangat bagus kerana tidak segan silu untuk berkongsi ilmu masing-masing. Ma shaa Allah, saya tamat pengajian pada bulan April 2026.

.

Alhamdulillah

.

2️⃣ Saya terima pelawaan untuk podcast bersama pihak Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA). Sebenarnya sejak saya melalui banyak masalah/dugaan bermula tahun 2023, saya menolak banyak jemputan berucap kerana timbulnya rasa rendah diri & pernah rasa ragu-ragu “Adakah apa yang saya cakap/sampaikan betul?”. Ini kerana, saya pernah di hentak dengan kata:
🔴 “Kau pandai nasihat orang, tapi kau sendiri tak sabar bila di uji!”,
🔴 “Kau berzikir siang malam tapi kau tak beriman!”,
🔴 “Kau ingat kau ahli syurga? Kau sebenarnya menempah kunci neraka!”
dan macam-macam lagi.
Itulah antara hal-hal yang menjadi pemula bagaimana mental saya mulai terganggu beberapa tahun dahulu. Tetapi, semua itu sudah berlalu & saya tidak ingin terperangkap di dalamnya. Saya telah memaafkan orang yang berkata demikian terhadap saya.

.

Podcast bersama UMPSA

.

Sila tonton podcast di link ini:
https://youtu.be/Lvj1T6l1bTo?si=QAVyDWveqY5w3i7H

Alhamdulillah…saya bersyukur ke hadrat Ilahi, setelah selesai podcast, saya dilantik sebagai Mentor Usahawan Siswa UMPSA. Ia menambahkan semangat saya untuk terus bangkit, berbakti kepada ummah! Itulah sinar Yang Maha Esa kurniakan setelah lama saya bersendirian meraba-raba dalam kegelapan.

.

Surat Lantikan dari UMPSA

.

3️⃣ Saya happy kan diri dengan apa yang saya suka bersama orang yang saya sayang & saya tahu orang tersebut ikhlas menyayangi saya. Dengan izin suami, saya travel bersama kakak saya ke Sarawak. Kami bersantai-santai di tepi pantai, shopping, manjakan diri ke spa & mengunjungi kawan-kawan saya. Berukhuwah di Sarawak untuk berkongsi kegembiraan & ilmu.

.

Kenangan Bercuti Bersama Kakak Ke 3 (Mac 2026)

.

{VIDEO} Selawat Adrikni 116 kali. Bersama rakan2 di Sarawak

.

Ukhuwah di Sarawak

.

4️⃣ Mengunjungi guru saya, Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, di Kuching Sarawak. Meminta nasihat, doa dari beliau & beliau mengijazahkan Zikir Penenang Hati untuk saya amalkan. Beliau umpama seorang bapa kepada saya. Apabila mengunjungi beliau & isteri, saya rasa tenang, selamat & diselimuti kasih sayang ibu bapa yang telah lama saya rindukan.

Dapatkan Zikir Penang Hati di link ini:
https://saljuputih.blog/2026/04/04/zikir-penenang-hati/

.

Bersama Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

.

5️⃣ Berkenaan hal kerja, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk baikpulih apa yang telah tercemar. Saya tidak ingin reputasi syarikat yang tercemar terus dipandang rendah oleh masyarakat. Saya dan suami telah membina empayar SKYBO sejak 25 tahun yang lalu. Saya tidak ingin ia dikuburkan oleh tangan-tangan manusia yang bergembira melihat kami jatuh. Tatkala ada gangguan/ugutan, saya tidak lagi berdiam diri malahan segera mengambil tindakan membuat report polis terhadap bekas pekerja saya. Alhamdulillah pada 1 Ramadhan 1447H (20.2.2026), suami saya telah datang semula ke pejabat Skybo & bertanya akan hal-hal kerja kepada pekerja saya. Saya gembira dengan kebangkitan semangat beliau yang sebelum ini “down”, seolah-olah tidak lagi ingin melihat bangunan tersebut sejak Februari 2025.

6️⃣ Saya berterus-terang dengan suami bahawa saya tidak mahu berjumpa dengan adik-adik ipar & biras yang pernah menyakiti hati saya, terutamanya sepanjang saya menjaga Almarhumah ibu mentua. Saya perlu menjaga mental saya. Bukan kerana saya membenci mereka, sekadar menjaga jarak agar tidak terluka lagi. Selama mereka menyakiti hati saya, saya tidak mendapat pembelaan dari suami. Saya tidak mahu merosakkan hati saya dengan membenci orang. Setiap hari saya berdoa agar Allah bersihkan hati saya & bantu saya agar memaafkan semua orang yang pernah menyakiti hati saya.

7️⃣ Saya terus aktif bersama rakan-rakan “Taman Syurga”. Saya pernah rimas, berpeluh-peluh & pening dalam majlis ilmu akibat anxiety. Saya challenge diri untuk hadir ke Majlis Syawal Sahabat La Tahzan di Kuala Lumpur. Saya kembali libatkan diri dalam majlis & cuba mengawal emosi agar tidak cemas & rimas seperti sebelum ini. Alhamdulillah saya mampu atasi semua itu dengan baik sehingga ke akhir majlis. Saya gembirakan diri bersama sahabat yang baik-baik di Kuala Lumpur, keluar sebentar dari rutin harian & menjauhkan diri sebentar dari suasana rumah & suami.

.

Majlis Syawal Sahabat La Tahzan

.

Bak kata anak perempuan saya “Sekali-sekala ummi kena berjauhan dengan abah” (kerana dulu pernah jadi isteri yang naif). Ia sesuatu yang sedih, tetapi luka yang terjadi masih dalam proses penyembuhan, maka kami lalui sahaja & membiarkan masa yang menyembuhkan saya. Saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja dengan kehendak Allah swt.

.

Be Strong! Face your Fear!

.

8️⃣ Saya aktifkan kembali group usrah on9 & menambah amalan harian. Ada zikir & selawat yang mungkin dahulunya saya jarang baca, saya mulai membaca secara bergilir-gilir setiap hari tanpa meninggalkan zikir yang biasa saya amalkan sebelum ini.
Antaranya:
💛 Membaca Wirdu Latif pagi & petang
💙 Membaca Hizb Bahr
💛 Membaca Doa Sheikh Ibrahim At Taimi setiap pagi
💙 Membaca Ratib Al Haddad & Ratib Al Attas yang dibaca selang sehari berlainan ratib
💛 Menambah bilangan muka surat bacaan Al Quran. Cuba habiskan 1 atau setengah juzuk 1 hari.
💙 Membaca Wirid Sakran pada waktu pagi & petang

.

Usrah On9

.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

(Allahumma salli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad)


“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad.”

Inilah yang membuatkan saya perlahan-lahan hilang segala simptom anxiety seperti yang saya tuliskan dalam PART 1. Saya bersemangat menceritakan kepada doktor psy yang merawat saya. Saya pasti beliau juga gembira dengan perkembangan saya.

.

Sesi wasap Dengan Doktor Psy

.

Dalam menangani isu kesihatan mental yang melibatkan anxiety disorder, ada 4 element yang perlu diambil kira dalam mengenalpasti puncanya.

Semasa sesi kaunseling terakhir bersama kaunselor/doktor psikiatri (face to face), ini adalah elemen-elemen yang disebutkan:

1️⃣ Psikologi – Minda, mental & tingkah laku manusia
Elemen ini paling memainkan peranan kepada punca anxiety. Pesakit terlalu fokus kepada masalah, atau sebahagian kecil kekurangan diri/hidup sehingga merasakan masalahnya besar. Contohnya pesakit ada nikmat hidup sehingga mencapai tahap 90% sempurna tetapi pesakit lebih tertumpu kepada 10% yang kurang/tiada dalam hidupnya.

2️⃣ Sosial – Pergaulan pesakit
Hal ini mengambil kira circle pesakit; dengan siapa dia berkawan, kepada siapa dia meluah perasaan, jenis golongan orang yang dia bercampur & sebesar mana circle pergaulan pesakit. Dari situ, boleh dilihat adakah pergaulan pesakit memainkan peranan dalam menyebabkan dia mendapat anxiety disorder.

3️⃣ Fizikal – tubuh badan
Pesakit ada penyakit fizikal seperti gerd, gastrik, sakit sendi, kolestrol tinggi, tekanan darah rendah/tinggi & tidak dirawat dengan betul. Jika ada masalah kesihatan, pesakit perlu teruskan rawatan & makan ubat. Jangan abaikan kesihatan fizikal.

Sebagai contoh: Sebelum ini, saya ada masalah dibahagian rahim menyebabkan pendarahan yang banyak & HB jadi low. Ia mempengaruhi mood & fungsi otak & badan yang menjadi salah satu faktor penyebab anxiety. Setelah ovari & rahim saya dibuang, semua masalah pendarahan selesai.

4️⃣ Spiritual – rohani
Pesakit perlukan bimbingan kerohanian dalam bentuk mempunyai guru agama yang memberi nasihat atau membimbing ke jalan Allah (bagi orang Islam). Pesakit perlu menjaga solat, membaca Al Quran & berzikir. Bagi yang bukan Islam, mereka juga perlu ada pengisian rohani mengikut cara agama masing-masing.

Semua elemen ini adalah penting untuk digabungkan dalam proses penyembuhan. Dari info yang disampaikan oleh doktor, saya faham sebab itu kita tidak boleh melabelkan orang yang mengalami masalah kesihatan mental sebagai ORANG TAK BERIMAN.

Oleh itu, kepada sahabat yang ada simptom anxiety, Tolong kenal pasti masalah tubuh & segeralah dapatkan rawatan. Jangan malu berjumpa doktor atau menganggap pusat rawatan psikiatri adalah semata-mata untuk orang gila.

Nasihat saya kepada rakan-rakan yang menghidap anxiety:
🖍️ jangan takut untuk melangkah keluar dari rasa itu!
🖌️ cuba & terus mencuba untuk bangkit & lawan semua perasaan
🖍️ elakkan overthinking dengan zikrullah & hauqalah. Zikir “La haula wa la quwwata illa billah” (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ) yang bermaksud tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT. Memang diakui, agak susah tapi kena cuba.
🖌️ abaikan cakap orang. Orang tak berada di tempat kita & takkan faham keadaan kita. Trust your psy doctor!
🖍️ jangan meluah pada orang yang tak mahu dengar atau tak faham kita. They will judge & underestimate us!
🖌️ trust the process. Jalan sembuh tidak mengambil masa 1 atau 2 hari. Sabar, sabar & sabar.
🖍️ cut sugar & caffeine. Exercise regularly supaya malam boleh tidur awal. Avoid main HP once dah ready nak tidur.

🖌️ love yourself more!

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua walaupun ia mungkin agak sensitif atau menyentuh perasaan sesetengah pihak. Tujuan saya ialah, saya ingin lebih ramai pejuang anxiety keluar dari masalah mental yang memerangkap mereka. Bukan semua orang mampu atau mendapat sokongan moral, so kita kena trust ourselves.

.

{VIDEO} My Healing Journey

.

Kuatkan semangat & yakin boleh!

“La tahzan innallaha ma’ana” (لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا) “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
(Surah At-Taubah ayat 40)

Salam sayang dari saya.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 11.5.2026

#Penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

#MentorUMPSA

LALUAN PELAJAR TAHFIZ/MADRASAH KE UNIVERSITI

Saya sering membaca di media sosial berkenaan kerisauan ibu bapa yang berhajat menghantar anak ke sekolah tahfiz/madrasah tanpa pelajaran akademik. Walaupun sekarang ada banyak sekolah tahfiz professional contohnya Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Sek Men Imtiaz Yayasan Terengganu dan sebagainya tetapi pengambilan pelajar adalah terhad.

Perlu diingat, bahawa kemampuan setiap anak adalah tidak sama. Ada anak yang mampu belajar akademik beserta hafazan Al Quran & pelajaran agama yang lain, manakala ada anak yang hanya mampu fokus kepada akademik sahaja atau hafazan Al Quran semata-mata sebelum sampai tempoh matang untuk mempelajari ilmu lain. Semua potensi anak perlu dinilai oleh ibu bapa sebelum memilih sekolah menengah. Jangan sesekali menyamakan atau membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Kenali potensi anak, tentukan hala tuju anak & fahami minat/kemahiran anak untuk menentukan pilihan sekolah yang bersesuaian.

Tujuan entri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa yang bukan terdidik dari aliran agama supaya lebih faham akan laluan pelajar dari madrasah/tahfiz selepas menamatkan pelajaran di sekolah tersebut. Ramai ibu bapa yang rasa cukuplah setakat anak menghafal 30 juzuk Al Quran & setelah itu anak boleh mengajar di mana-mana madrasah atau sekolah kafa sebagai guru Al Quran. It’s actually a big misunderstanding ! Walaupun khatam hafazan atau shahadah 30 juzuk Al Quran, sebenarnya masih banyak ilmu agama yang lain yang perlu mereka pelajari.

Saya menulis berdasarkan pengalaman & pengetahuan sepanjang membesarkan anak & ilmu yang saya pelajari dari pelbagai guru dari madrasah berbeza.

Ma shaa Allah….

Saya bersyukur kerana anak-anak saya & anak-anak saudara yang saya besarkan bersekolah di sekolah menengah/agama yang berbeza. Ada anak yang ke sekolah menengah tahfiz professional & ada anak yang fully tahfiz sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi & ada anak yang masuk ke madrasah yang menekankan ilmu kitab (‘alim) tetapi menyediakan kelas SPM/STAM. Semua ini menjadikan minda saya lebih terbuka bahawa, terdapat pelbagai laluan untuk pelajar tahfiz/madrasah melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan atau luar negara.

Perbezaan antara sekolah TAHFIZ & MADRASAH ialah:

💟 TAHFIZ

Sekolah Tahfiz (Maahad Tahfiz):
📍 Fokus: Matlamat utama ialah melahirkan Huffaz (penghafal) Al-Quran 30 juzuk.
📍 Kurikulum: Tumpuan tinggi kepada hafalan, tasmik (semakan), dan tajwid.
📍 Jenis: Ada maahad tahfiz tulen (fokus al-quran sahaja) dan maahad tahfiz sains/integrasi yang menggabungkan akademik.
📍 Suasana: Lebih fokus kepada hafalan harian dalam persekitaran yang intensif.

💟 MADRASAH

📍 Fokus: Memperkukuh asas agama dan ilmu alat (bahasa Arab, feqah, tauhid, tafsir, hadis).
📍 Kurikulum: Lebih menyeluruh (talaqqi/kitab), tidak hanya tertumpu kepada hafalan.
📍 Tujuan: Memperbaiki diri dan mempelajari ilmu untuk kehidupan (fardu kifayah).
📍 Suasana: Pendekatan pengajian yang lebih tradisional dan menyeluruh.

🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷

Soalan-soalan yang biasa berlegar diminda ibu bapa ialah:

🖌️ Apa laluan pelajar tahfiz/madrasah sama ada yang hafiz/zah atau ‘alim/mah sekiranya tidak belajar akademik seperti tahfiz professional?

🖌️ Pelajar madrasah hanya boleh jadi ustaz/zah atau imam atau guru tahfiz sahaja ke?

🖌️ Macam mana masa depan pelajar madrasah? Senang ke nak dapat kerja?

.

{Carta Aliran Laluan Pelajar Tahfiz}

.

Dalam carta aliran yang saya sertakan, kalian boleh tengok ke mana hala tuju pelajar tahfiz. Saya tak menyentuh perihal sekolah tahfiz professional atau sekolah menengah yang menyediakan kelas hafazan seperti MRSM Ulul Albab. Kerana laluan itu mudah, mereka dah ada SPM disamping pihak sekolah menjadikan pelajar sebagai Al Hafiz/zah.

Ada dua laluan berbeza iaitu:

🔴 LAUAN PERTAMA:


1️⃣ Pelajar masuk ke madrasah/tahfiz setelah tamat sekolah rendah. Kenapa digalakkan sekolah rendah & ada kafa? Kerana sebaik-baiknya anak-anak diberi pendidikan awal, belajar ilmu basic tentang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya supaya mereka tidak terus buta ilmu duniawi apabila berada di alam universiti atau pekerjaan. Anak yang masuk ke sekolah berasrama ketika berusia 13 tahun, lebih matang & bersedia untuk berpisah dari keluarga.

2️⃣ Setelah khatam/shahadah Al Quran di sekolah tahfiz, pelajar ambil SPM sebagai calon persendirian ataupun masuk ke mana-mana sekolah menengah ataupun masuk ke institusi yang menyediakan platform SPM contohnya Smart Tahfiz di Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang. Pelajar boleh ambil subjek sains, akaun, multimedia atau apa-apa sahaja bergantung kepada kemampuan & minat untuk sambung belajar dalam bidang apa, sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke bidang professional.

.

Saya juga mempunyai seorang anak saudara yang tamat madrasah & ke Smart Tahfiz, seterusnya ke UCYP mengambil Diploma Pengurusan Islam. Kini menjadi guru di sebuah sekolah rendah.

.

3️⃣ Pelajar tamat SPM & masuk ke kolej/IPT dan pergi ke bidang professional seperti perbankan, akaun, elektrikal dan sebagainya.

4️⃣ Bagi pelajar yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Universiti seperti Al Azhar Mesir, Al Ahgaf Yaman, Universiti di Jordan, Morocco dan lain-lain (cari info dlm website Universiti sebelum apply), hendaklah mempunyai sijil SPM atau SMA atau STAM. So…selepas selesai SPM/SMA boleh sambung STAM. Kelebihan mengambil STAM ialah mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam & memahirkan Bahasa Arab.

5️⃣ Pelajar lulus IPT & kerja mengikut bidang yang dipilih. Mungkin jadi dentist, peguam, banker dan lain-lain. Kalau pelajar pilih bidang syariah, Usuluddin, Qiraat Al Quran & yang seangkatan dengannya, boleh jadi peguam syariah, pensyarah, pegawai di jabatan agama, mufti dan lain-lain. Tak semestinya jadi ustaz/zah.

.

Anak ke 3, Tamat SPM & diterima masuk ke Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Berhajat mengambil Degree Multimedia selepas tamat asasi.

.

🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸

🔴 LALUAN KEDUA:


1️⃣ Pelajar masuk ke madrasah/tahfiz setelah tamat sekolah rendah.

2️⃣ Setelah tamat pengajian di sekolah tahfiz/madrasah, pelajar menduduki APEL (tanpa SPM/SMA/STAM). Apel disediakan di beberapa Universiti tempatan antaranya Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), OUM, UTM, USM, UTHM, UKM, UITM & UMPSA.

3️⃣ Pelajar tamat/lulus APEL & masuk ke kolej/IPT. Sebelum mohon universiti, tengok dulu requirement universiti tersebut. Ada universiti yang mewajibkan pelajar yang mohon bidang agama lulus Imtihan Qabul atau masuk kelas on9 (Bahasa Arab) yang disediakan oleh pihak umiversiti bagi memantapkan bahasa arab.

.

{Anak ke 2 Khatam Hafazan 30jq Al Quran}

.

🔴 Sebagai contoh:
Anak ke 2 saya, sekarang sedang belajar di Universiti Al Azhar. Beliau telah mengikuti kelas Imtihan Tahdid Mustawa bagi pelajar yang ingin belajar ke Universiti Al Azhar Mesir secara on9 dengan bayaran RM450.00/bulan. Kelas ini berlangsung selama lebih kurang 5-6 bulan (bergantung kepada tahap pelajar). Terdahulu, beliau telah belajar di sekolah tahfiz (Ribat Az Zahra, Balok Kuantan Pahang) selama 6 tahun sehingga khatam hafazan 30 juzuk Al Quran & mengambil Sijil Menengah Agama (SMA). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Madrasah Al Khairat, Kuching Sarawak & lulus STAM sebelum melangkah ke Universiti Al Azhar, Mesir. Permohonan untuk ke Universiti Al Azhar di buat atas talian melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Beliau TIDAK menduduki SPM.

Setelah permohonan lulus, maklumkan pendafataran ke Jabatan Agama Islam Negeri untuk pengurusan keberangkatan ke Kaherah, Mesir & menerima wang sumbangan & tiket penerbangan dari kerajaan Negeri Pahang. Ada juga pelajar yang meminta pihak JAIP membuat permohonan ke KPT bagi pihak mereka. Anak saya memilih untuk membuat permohonan sendiri ke KPT. Semua pelajar yang bedaftar dengan kerajaan negeri akan dihantar/diiring oleh pihak JAIP hingga ke Kaherah, Mesir.

Manakala, bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Ahgaff, Yaman, boleh baca di link ni 👇🏻👇🏻👇🏻:
https://saljuputih.blog/2025/02/06/universiti-al-ahqaff-yaman-info-khusus-untuk-pelajar-malaysia-indonesia/

.

Anak Sulung (2 dari kiri, tanpa rida’) & rakan2 di Universiti Al Ahgaff, Tarim Yaman di tahun ke 4

.

4️⃣ Pelajar lulus IPT & kerja mengikut bidang yang dipilih.

Setakat hari ini, saya melihat telah banyak sekolah tahfiz/madrasah mulai menyediakan kelas SPM dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri. Ia sesuatu yang baik kerana selagi kita hidup di bumi Malaysia, mahu atau tak mahu, sijil dalam negara sendiri diperlukan untuk pekerjaan & tauliah mengajar. Lagipun, tidaklah bermakna apabila kita menghantar anak ke sekolah tahfiz, kita meninggalkan 100% ilmu dunia. Both ilmu, perlu seimbang.

Nasihat bijak dari Luqman Al Hakim mengatakan:
“Belilah akhiratmu dengan duniamu.”

Manakala, dalam Surah al-Qashash ayat 77:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Apa-apa pun, bagi ibu bapa yang memilih menghantar anak ke sekolah yang fully akademik, tidaklah dilabelkan sebagai ibu bapa yang tidak mendahulukan agama. Ilmu agama hendaklah bermula dari rumah. So…jika anak telah dididik dengan sempurna bab solat, puasa, bacaan Al Quran & sebagainya sejak kecil, tidaklah menjadi kesalahan memilih aliran professional. Yang penting, agamanya terjaga hingga ke liang lahad.

Setakat ini sahaja penerangan saya berkenaan laluan pelajar tahfiz/madrasah untuk melanjutkan pelajaran selepas selesai pengajian di tahfiz/madrasah.

🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷

Sebagai ibu, saya belum sempurna dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Saya sekadar cuba sehabis mampu untuk mendidik diri sendiri & berharap kasih sayang Allah swt agar kami mampu ke syurga sekeluarga.

Subhanallah…

Hasil dari pengetahuan yang dianugerahkan Allah ini, saya menjadi penasihat kepada pegurusuan Madrasah Dar Al Misykah (Madrasah/tahfiz pelajar perempuan sahaja) di Kuantan, Pahang. Madrasah ini dikelolakan oleh Ustazah Sharifah Fairuz ben yahya, berkelulusan dari Dar Az Zahra, Tarim Hadralmawt, Ustazah Fasehah & beberapa orang asatizah dari madrasah tempatan. Ia telah beroperasi selama 3 tahun & mendapat kelulusan dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Pahang (MUIP).

.

Dar Al Misykah

.

Semoga entri ini memberi pendedahan kepada ibu bapa & membuka minda bahawa, pelajar tahfiz/madrasah juga sebenarnya mempunyai peluang untuk menyertai lapangan professional.

Semoga bermanfaat kepada ummah.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Ahad, 10.5.2026

#penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

#mentorUsahawanUMPSA

Pembedahn Buang Rahim (HYSTERECTOMY )

Assalamualaikum warahmatullah

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Be Positive

.

Saya yakin ramai wanita dah melalui pengalaman ini due to fibroids, cancer, cysts dan sebagainya. Ia adalah salah satu prosidur biasa dalam perubatan & ikhtiar penyembuhan bagi masalah keperempuanan. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Tawakkal & serah semuanya kepada Allah swt.

Histerektomi adalah prosedur bedah untuk membuang rahim (uterus) secara total atau sebahagian, yang mengakibatkan berhentinya menstruasi dan hilangnya kemampuan untuk hamil. Operasi ini biasanya dilakukan untuk mengatasi fibroids, kanser, endometriosis, atau prolaps rahim yang tidak sembuh dengan perubatan alternatif.

.

{VIDEO} Masuk OT 22.4.2026

.

However, masih ramai yang kurang pengetahuan, kurang membaca, tidak mahu bertanya pendapat doktor/pakar malahan lebih percayakan mitos & akhirnya menjadi takut dengan cara rawatan ini.

Antara mitos-mitos yang mereka percaya selepas pembuangan rahim ialah:

1️⃣ Wanita kehilangan organ yang paling berharga iaitu tempat tinggalnya bayi/anak yang dikandung. Ia menyebabkan wanita menjadi wanita yang tak sempurna. Walhal semua itu adalah pinjaman Allah swt. Ada ramai wanita yang mempunyai rahim yang sihat tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. So tak perlu labelkan apa2 dengan setiap sesuatu yang Allah berkehendak. Kita tidak akan bersedih jika kita yakin bahawa semuanya Allah swt yang punya & Dia Yang Maha Mengatur hidup kita.

2️⃣ Suami/isteri akan hilang nafsu syahwat antara satu sama lain. Walhal nafsu syahwat tiada kena-mengena dengan rahim atau pangkal rahim. Secara umum, ini adalah fitrah manusia, namun syahwat akan menjadi negatif jika melampaui batas syariat dan tidak dikendalikan, yang berpotensi menimbulkan kemaksiatan. Nafsu suami adalah dari dirinya sendiri, bukan berdasarkan organ dalaman wanita.

3️⃣ Suami akan rasa lain/tak best bila “bersama” dengan isteri & menjerumus kepada curang/kahwin lain. Ini adalah mitos yang PALING ANEH, kerana jika anda belajar matapelajaran sains di sekolah menengah, kita diberitahu perihal organ dalaman manusia & fungsinya. Kenikmatan dalam jimak suami isteri bukan bergantung kepada ada rahim atau tidak. Yang penting, ia melalui saluran yang betul ketika melakukan persenyawaan.

Maka, disebabkan mitos-mitos ini, ramai wanita menolak pembuangan rahim & sanggup bertahan dengan sakit sehingga menjadi lebih mudharat. Paling menyedihkan, ada yang berakhir dengan cancer.

.

2 jenis masalah cyst berbeza

.

Kawalan nafsu syahwat & kesetiaan seorang suami adalah bergantung kepada tahap keimanan suami itu sendiri. Beberapa tahun lepas, saya sudah melalui fasa ujian dimana suami memilih menyelesaikan masalahnya dengan caranya sendiri ketika saya sedang strugle bleeding, sakit & berulang-alik ke hospital sendirian selama 3 bulan. Walaupun perit, saya dah redho dengan keputusan suami & berdamai dengan takdir. Bukan semua orang bertuah mempunyai suami yang mampu bersabar tatkala isterinya diuji dengan sakit & mampu setia. Alhamdulillah fasa itu telah membuka mata hati saya bahawa sesungguhnya hanya Allah swt & Rasulullah saw yang patut diletakkan ditempat tertinggi di hati seorang isteri. Saya tak perlu mengulas lanjut akan hal itu kerana semua itu telah berlalu & cukup memenatkan saya. Kini saya memilih untuk fokus kepada rawatan & kesihatan diri. Tolong jangan salahkan saya jika saya memilih untuk membahagiakan diri saya sendiri pula.

.

Organ Dalaman Wanita

.

Rawatan saya telah tertangguh pada awal tahun 2024 ketika ibu saya dihadiahi kanser kulit & menjalani 2 kali pembedahan memotong jari kakinya. So saya terpaksa tumpukan kepada penjagaan ibu yang turut menghidapi skizofrenia.
Selepas beberapa bulan, muncul pula ujian menyantuni almarhumah ibu mentua yang sakit kronik pada pertengahan tahun 2024 sehingga ke penghujung tahun 2025. Saya bertahan sehingga ibu mentua meninggal dunia.

Saya tidak menyalahkan takdir, malahan saya terima dengan redho. Semua ini telah mengajar saya supaya lebih tenang menerima ujian, satu demi satu dari Allah swt. Dalam tempoh tersebut, ada pelbagai hikmah yang Allah swt berikan. Saya belajar berhenti menjaga hati & perasaan orang lain apatah lagi jika pengorbanan saya tidak dihargai oleh orang terdekat. I need to love myself more!

Subhanallah….

Perlahan-lahan, saya berjaya bertatih keluar dari masalah anxiety.

Itulah yang saya lalui sebelum saya menjalani pembedahan. Sebab itu, saya tak berniat mewar-warkan perihal kesihatan saya kepada ramai kenalan. Cukup sekadar meminta doa dari guru-guru & sahabat rapat yang berfikiran positif serta terbuka. Saya tidak mahu keputusan saya terganggu.

.

Jangan Berhenti Berusaha

.

Ramai kenalan yang bertanya apa punca pembuangan rahim saya?

Dipendekkan cerita, saya mulai sakit bermula sekitar tahun 2020. Ramai bertanya “Kenapa saya tak kelihatan sakit selama 5 tahun ini?”.
Ya, kerana masalah kesihatan seperti ini bukanlah sakit yang terzahir oleh mata kasar. Hanya yang melaluinya atau ahli keluarga terdekat sahaja yang tahu. Selama ini, saya selalu bleeding dalam tempoh yang lama (lebih kurang 15-20 hari) & keluar darah dengan banyak. Ketika bleeding rasa sakit seolah-olah contraction (rasa sakit nak bersalin).

Dalam tempoh tersebut saya telah mendapatkan rawatan di Kuantan Specialist Hospital (KPJ) & pelbagai rawatan Islam merata-rata di dalam & luar negara. Saya tidak nafikan bahawa, ada rawatan/ubat yang mampu menghentikan darah buat seketika/beberapa bulan tetapi selepas itu masalah berulang kembali.

Saya bukan sejenis yang suka mencuba sebarang produk di pasaran walaupun dikatakan lulus KKM. Saya tidak mahu mengambil risiko ke atas diri sendiri sekiranya bertambah mudharat. Saya memilih rawatan dari doktor pakar & rawatan Islam secara ruqyah & amalan harian. Tetapi, semuanya atas izin Allah swt untuk menyembuhkan atau sebaliknya. Yang penting, saya telah berikhtiar sehabis daya.

Saya keep on tampil ke tengah masyarakat dengan senyuman & membahagiakan diri dengan pelbagai aktiviti supaya tidak terbawa-bawa dengan rasa sakit. Live must go on & bukan untuk ditangisi. Membahagiakan orang adalah salah satu terapi, mencapai kepuasan hati & menceriakan diri sendiri. So…why should I choose to be sad?

.

Motivate Ourselves

.

Subhanallah….
Selepas pembedahan, doktor memberitahu:

1️⃣ Terjadinya ENDOMETRIOSIS (jenis Cyst) pada ovari kanan yang mana ia tidak kelihatan ketika camera dimasukkan atau ultra scan. However, cyst tersebut telah dibuang. Sama seperti ketika ovari kiri saya di buang pada tahun 2021.

3️⃣ Usus saya melekat-lekat pada bahagian belakang rahim. Ini juga tak dapat dilihat ketika scan.

3️⃣ Pangkal rahim saya bersaiz besar & mengalami radang/merah. Selain rahim, pangkal rahim saya juga telah dibuang akibat ketumbuhan.

4️⃣ Ada ketumbuhan dalam lapisan rahim & ada fibroid dalam rahim.

.

Gambar A adalah Rahim & Pangkal Rahim. Gambar B adalah cyst yang tumbuh pada ovari.

.

{video} Discharge from KPJ 26.4.26

.

Apa kesan utama selepas histerektomi?

Kesan utama ialah:
Tidak boleh mengandung & tiada haid tetapi belum menopause. Itu sahaja!

Alhamdulillah….setelah seminggu menjalani pembedahan, saya beransur segar. Walaupun doktor memaklumkan tempoh pemulihan mengambil masa selama 3 bulan, tetapi saya boleh berjalan perlahan-lahan dalam rumah & melakukan aktiviti harian yang basic/ringan.

Setakat hari ini, saya dijaga oleh suami & 2 anak lelaki. Adik-beradik & anak-anak saudara juga sangat komited memberi perhatian kepada saya sekaligus menguruskan ibu yang skizo. Mereka yang uruskan kerja-kerja rumah & sebagainya. Saya bersyukur dengan segala kurniaan & kenikmatan dari Allah swt.

Saya dinasihati supaya menjaga pemakanan dengan mengambil air suam yang banyak & sumber protin yang baik contohnya telur, ayam, ikan & daging serta vitamin C. Buah-buahan juga sangat digalakkan dalam tempoh pemulihan ini untuk mengelakkan sembelit.

Terdapat mitos yang mengatakan, selepas pembedahan, pesakit tidak boleh makan telur atau ayam. Malahan orang tua dahulu menggalakkan makan ikan haruan atau gamat. Namun, dari sudut kedoktoran, ikan haruan akan menyebabkan organ dalaman tidak akan sihat secara natural malahan organ akan melekat-lekat dibahagian dalam. Ia lebih membahayakan pesakit jika mengalami masalah kesihatan yang lain di masa depan. Doktor melarang saya makan 2 jenis makanan ini & sebarang supplements di pasaran.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ

Begitulah info mengenai histerektomi & perjalanan saya menerima anugerah dari Allah ini.

Pelbagai ujian & dugaan telah saya lalui. Saya bersyukur kerana selalu dipandang Allah swt. Walaupun ada hari perit & getir, setakat hari ini saya masih mampu melepasinya. Saya akan terus tersenyum kepada dunia. Tetaplah tersenyum ketika sedang sedih dan maafkan ketika dikecewakan, kerana Allah menyukai orang yang mampu bersabar ketika menghadapi cubaan.

Elakkan berkeluh-kesah kerana bukan hanya kita yang diuji. Ada ramai orang yang diuji dengan lebih berat dari kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat rezeki, kesihatan, keluarga/kawan yang baik & sebagainya. Tenangkan hati menerima ujian & kesakitan. Kuatkan semangat kerana Allah swt menguji setimpal dengan kemampuan kita.

Banyakkan selawat, zikir, istighfar & hauqalah.
Keep strong & happy!

.

Kata Motivasi

.

Doa yang baik-baik. Allah tak pernah pulangkan tangan yang menadah kepada Nya dalam keadaan kosong. Yakinlah, setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Terima kasih kepada semua yang datang menziarahi & menghadiahkan doa kepada saya.

.

Antara kenalan yang datang ziarah

.

Doakan saya terus sihat & wanita lain yang ada masalah kewanitaan menemui jalan penyembuhan dari Allah swt. In shaa Allah, dengan izin Allah swt, selepas ini tiada lagi masalah darah haid/istihadah yang panjang & menyakitkan. Mudah-mudahan kita semua dapat melakukan ibadah dengan lebih baik & sempurna. Jangan takut dengan rawatan hospital & elakkan mempercayai mitos apatah lagi berubat dengan cara mensyirikkan Allah swt. Moga Allah pelihara iman kita semua. Mudah2han kita meninggal dunia dalan Islam & husnul khotimah.

Fi khairin wa luthfin wa’afiah

(فِي خَيْرٍ ولُطْفٍ وَعَافِيَةٍ)

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 27 April 2026, 5.20petang

#penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

TIP BANGKIT DARI UJIAN

Kata-kata Motivasi

.

Siapa yang hidupnya tak di uji?
Jawapannya: Tiada!

Semua orang ada ujian hidup. Malahan ujian silih berganti. Settle masalah A, datang pula masalah B, C, D & seterusnya. Bak kata pelakon watak Rohani dalam filem Madu 3; “Sampai abang Jamil mampus!”.

Ramai orang nampak ujian dalam bentuk miskin, sakit, susah, dikhianati, difitnah, ditipu & pelbagai hal negatif. Sebenarnya, kesenangan & kekayaan juga adalah ujian. Malahan ia lebih susah untuk ditangani berbanding musibah/ujian yang susah.

Ada orang menjadi kufur nikmat tatkala dikurniakan kemewahan & pangkat. Dia semakin jauh dari Allah & lalai dalam ibadahnya demi mengejar syurga dunia. Tetapi bagi orang yang di uji dengan susah, dia makin meminta dari Allah & merintih menyerahkan nasib kepada Nya.

Bagaimana kita menghadapi ujian?

Syukur, sabar, redho & ikhlas!

4 perkataan yang senang diungkap tetapi susah nak buat. Ramai yang rasa diri terpaling di uji & lupa memandang kepada golongan yang lebih besar ujiannya. Apabila di uji, dia hanya melihat dirinya sahaja & mulai menjauhi diri dari masyarakat & membuatkan otaknya sempit untuk berfikir lebih jauh/luas. Lebih malang lagi, menyalahkan orang sekeliling. Tetapi bila dinasihati, dia akan melafazkan ayat “Aku redho”.

Persoalannya; “Are you sure you are REDHO?”

Surah Al-Baqarah: 155-157 (Ujian, Sabar, dan Ganjaran):
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bagi orang yang di uji, menangislah jika mahu. Luahkan segala perasaan yang terbuku. Tak salah untuk meratapi. Tetapi jangan berlama-lamaan. Segeralah mencari jalan keluar.

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah:

1. Beruzlah seketika (beberapa hari/minggu) untuk bersama Rab mu. Zikir yang boleh diamalkan ialah “Ya Latif” supaya hatimu lembut untuk menerima “hadiah” dari Tuhan mu, zikir “Ya Qawwi” supaya kamu kuat untuk bangkit & mencari jalan keluar, Selawat supaya mendapat syafaat dari Baginda Nabi ﷺ , hadiahkan surah Al Fatihah kepada diri sendiri supaya hati lebih tenang/lembut dan sebagainya.

.

Zikir Ya Latif

.

2. Luahkan, minta pendapat & doa dari ibu bapa/guru yang mursyid atau orang yang berilmu agama yang baik untuk mendapat nasihat yang menenangkan jiwa & penuh hikmah. Sebab itu pentingnya hadir ke majlis ilmu & mempunyai guru yang mursyid. Jangan terus luahkan kepada sahabat walaupun dia sahabat karib anda. Kenapa? Kerana sahabat karib akan sama-sama beremosi dengan anda asbab rasa sayang & kasih kepada sahabatnya. Walaupun anda belum tentu di pihak yang betul, sahabat baik selalunya akan berpihak kepada anda. Akhirnya, dua-dua ke laut. Faham maksud saya? Moga diberi faham.

3. Cari nasihat professional jika ia melibatkan masalah penyakit, hal kerja, rumah tangga atau penipuan tentang wang dan sebagainya. Jangan minta nasihat di media sosial atau dari yang bukan ahlinya. Golongan professional yang saya maksudkan ialah peguam, doktor, pegawai bank & sebagainya. Hati-hati dengan nasihat makcik bawang atau ahli mitos. Lebih parah lagi jika terjebak dengan golongan yang mensyirikkan Allah swt.

4. Jangan serta-merta menyalahkan diri atau rasa rendah diri, sehingga anda benar-benar tahu punca masalah. Jika ia benar berpunca dari diri sendiri, maka akui & bertaubatlah. Apapun ujiannya, anggap diri bertuah kerana Allah sedang memandang kita & memberi peluang kepada kita kembali kepada Nya. Surah Al-Baqarah: 286 (Ujian Sesuai Kemampuan)
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”

5. Kuatkan semangat. Sesudah mendapat nasihat & doa, mulai melangkah. Jangan menyerah tanpa usaha. Tawakkal tidak bermakna kita duduk & menunggu miracle berlaku. Kitalah yang perlu memulakan perjalanan hidup yang baru. Ubah mind set & keluar dari tempurung. Cari circle baru yang baik & beriman. Berhenti mengharapkan ihsan orang. Buktikan kita ber Tuhan & yakin bahawa Allah swt akan memberikan jalan keluar terbaik jika kita kental & berusaha.

.

Sahabat La Tahzan

.

6. Teruskan berdoa. Walaupun sudah memulakan langkah, jangan berhenti berdoa, Solat Hajat, Solat Taubat, Solat Istikharah, Solat Tahajjud & sebagainya. Upgrade amalan harian contohnya, jika biasanya kita solat dhuha 2 rakaat, tambahlah menjadi 2, 6 atau 8 rakaat.

.

Bacalah Al Quran Setiap Hari

.

7. Bersedekah. Walaupun kita mungkin sedang di uji dengan masalah kewangan, jangan kedekut. Allah menjanjikan balasan sekurang-kurangnya 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, bahkan lebih bagi mereka yang ikhlas, dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api, harta tidak akan berkurang dengan sedekah, sebaliknya bertambah keberkatannya. Sedekah menjadi pelindung pada hari kiamat. Tak perlu sedekah dengan wang ringgit yang banyak, at least RM1.00/hari & jadikan ia sebagai sedekah subuh ataupun apa sahaja yang kita mampu.

8. Jaga hubungan silaturrahim terutamanya dengan ibu bapa, mentua & ukhuwah sesama keluarga & sahabat.

9. Jaga jarak dengan orang yang melemahkan semangat, merendahkan kita & menyakiti hati kita secara berterusan. It’s ok to block contact, wasap & semua socmed mereka buat sementara waktu. Bukan untuk memutuskan silaturrahim tetapi untuk menjaga emosi & mental sendiri terlebih dahulu. Abaikan orang yang tidak menyokong malahan berterusan mengutuk & menjatuhkan kita. Ingat, orang terdekatlah yang tahu kelemahan diri kita & bagaimana dia mahu memanipulasi kita. Plese be wise & strong!

Saya tahu Depression, Anxiety, Skizofrenia & sebagainya wujud. Tetapi jika diri ada kesedaran awal & orang sekeliling dah tolong macam2, maka kenapa diri sendiri tak nak tolong diri sendiri? (Melainkan dari awal tiada orang tolong).

.

Doa Keluar Dari Masalah

.

Sebenarnya ada banyak lagi tip yang boleh dilakukan apabila di beri ujian & bagaimana untuk keuar dari ujian tersebut. Ia bergantung kepada jenis ujian, cara penerimaan & kehendak diri sendiri. Saya sekadar memberikan sebahagian kecil tip yang saya amalkan sendiri. Yakin sahaja, setiap ujian ada hikmahnya.

Jika anda memilih untuk terus berduka, silakan!

Jika anda memilih untuk bangkit, maka bangkitkah!

Usah berkeluh-kesah & menyalah orang itu & ini, asbab kekurangan diri, asbab tiada kewangan yang cukup atau asbab tidak ada orang yang memahami anda. Itu semua hanyalah bisikan iblis yang telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat.

Ingat!
Bukan hanya kita yang diuji dengan sakit, ahli keluarga yang sakit, kehilangan orang tersayang, jatuh muflis atau kehilangan harta benda, ditipu/dicurangi/dikhianati/difitnah & sebagainya. Keluarlah ke dunia nyata & saksikan puluhan ribu manusia yang lebih besar ujiannya tetapi memilih untuk tetap kuat & membesarkan Allah swt.

Kenapa saya menulis begini?
Kerana saya telah melalui pelbagai ujian hidup sama seperti orang lain. Berkali-kali jatuh & bangun. Pernah menangis & tak makan berbulan-bulan, pernah meratapi pengkhianatan orang terdekat, pernah di fitnah, dihenyak rapat ke muka bumi, pernah hilang orang tersayang, pernah homeless, pernah sakit, pernah mengemis demi sebuah ihsan & macam-macam lagi.

Namun, saya memilih untuk bangkit & tetap menghadiahkan senyuman kepada dunia.

Maka…anda memilih apa?
Tepuk dada, tanya iman.

Surah At-Taubah ayat 40:
La Tahzan Innallaha Ma’ana (لا تحزن إن الله معنا), yang bermaksud, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”.

Fi khairin wa luthfin wa’afiah (فِي خَيْرٍ ولُطْفٍ وَعَافِيَةٍ)

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Ahad, 1 Dzulkaedah 1447H

.

Buku-Buku Yang Telah Saya Hasilkan

.

#penulis

#MSGAAseanEbookEmbassador

#MSGASeniorAdvisor

#MSGACertifiedTrainerEvenchiseEbookstore

#MSGACertifiedAdvisor

ISTERI YANG DICURANGI

Hari ni terasa nak makan aiskirm Ilaoilao.

Tapi….

Tiba2 buka socmed, merata2 orang post pasal suami curang dengan scandal tengah makan aiskrim ilaoilao dalam mall.

.

Gambar Hiasan

.

Huhuhu….terus hilang selera & potong mood.

Sedihnya saya tengok, isterinya sedang mengandung 😭. Apa2 pun..itu hal mereka. Siapa pun yang salah, saya tak perlu tahu atau ulas berkenaan rumah tangga orang.

Just…saya auto terbayang macam2 dalam kepala.
Ter flash back macam2 hal & kisah.

Saya PASTI, posting saya ini akan mendapat kecaman dari pelbagai pihak atau akan ada yang tak setuju, trigger, marah & sebagainya. Saya tidak menulis untuk mendapatkan sokongan atau judge dari sesiapa. Saya menulis atas dasar empati terhadap isteri yang dicurangi berpandukan pemerhatian, mendengar aduan/keluhan dari rakan2 & pengalaman sendiri.
So…tak perlu nak setuju dengan penulisan saya jika anda rasa ia tak bertepatan sama sekali.

Sebelum ini saya tak pernah mengulas mana2 isu curang artis or influencer. Bukan saya tak baca langsung, tapi tak mahu tahu lanjut perihal hidup orang. Bcoz, pada saya, kehidupan artis or influencer berbeza dengan cara hidup orang biasa macam kita. Mereka memang hidup dalam dunia glamor & majoritinya tak menjaga ikhtilat malahan tak menutup aurat dengan sempurna. Hubungan dengan lawan jantina tak terjaga dengan baik atau tak mengikut syariat Islam yang sepatutnya. So tiada yang pelik jika berlaku kecurangan dalam hidup mereka.

Bagi golongan orang biasa, yang kita nampak isterinya menutup aurat dengan sempurna, tidak viral di mana2 atau telah mendidik anak2 dengan baik, tetapi bernasib malang apabila dikhianati suami, ia adalah sangat menyentuh perasaan saya. Sakit di jiwa mereka itu, terasa sampai ke hati saya. Seolah2 dihiris dengan sebilah pisau tajam yang baru di asah.

Bagi saya, apa pun masalah atau kekurangan isteri, tidak sepatutnya dihukum dengan pengkhianatan. Tergamaknya seorang suami melukakan hati isteri yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seorang lelaki tatkala bersetuju menjadi isteri & meninggalkan keluarganya demi seorang lelaki yang bukan darah dagingnya. Malangnya, kepercayaan itu dihancurkan. Ironinya, sekali hancur, ia takkan percaya buat seumur hidupnya. Seumpamanya “Once broken, considered sold”.

Apa yang seorang suami rasa apabila curang?
Sebuah kemenangan?
Satu kejayaan?
Satu kebanggaan?
Wallahua’lam…
Hanya mereka yang pernah curang yang tahu jawapannya.

Apa punca curang?
Semuanya adalah berpunca dari iman yang rapuh. Jika seorang lelaki mampu menjaga pandangan & melawan nafsunya, datanglah bidadari dari syurga sekalipun, nescaya dia takkan tergoda.

Unfortunately, pada hari ini, kebanyakan kes curang yang kita lihat, ramai suami memilih perempuan yang lebih seksi dari isterinya, perempuan yang ber make up tebal malahan perempuan yang lebih jahil ilmu agama dari isterinya.

Kerana apa?
Kerana mereka (bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas) memerlukan keseronokan yang mana tidak dapat dipenuhi oleh isteri yang sudah faham agama. Contohnya setelah berkahwin & ada anak, isteri tidak lagi mahu menonton wayang, bersuka ria di khalayak ramai, melepak di kedai kopi berjam2 seperti zaman mudanya, sedangkan suami masih tidak mahu meninggalkan zaman seronoknya. Apa yang suami curang utamakan ialah, layanan, kemesraan, sentuhan badan ketika berbicara (tangan perempuan usap2/belai lelaki), suara menggoda & badan yang melentuk-liuk (gedik) ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.

Sebab itu, walaupun “IT TAKES TWO TO TANGO”, perempuan tetap ada peranan dalam isu curang. Mereka disebut HOME WRECKER, atau lebih famous dengan istilah PENYONDOL. Walaupun penyondol dikatakan istilah untuk perempuan yang meruntuhkan rumah tangga orang lain, namun, sekali rumah tangga tergoyah, ia takkan jadi sama seperti sebelumnya walaupun tidak bercerai.

Antara pesanan dalam tausiah Almarhumah Hubabah Ummu Zein (dari Tareem, Hadraulmawt) ketika beliau berkunjung ke Kuantan pada 24.8.2025:

  • Apabila lelaki & perempuan ajnabi saling berpandangan, senyum & saling bagi salam, mereka menjadi bertambah suka antara satu sama lain.
  • Memberi salam kepada perempuan ajnabi, hukumnya makhruh. Ia boleh jadi fitnah & akhirnya menjadikan mereka berjumpa & hukumnya haram.
  • Orang perempuan yang bertaqwa, dia akan menjawab dengan suara yang besar/kasar supaya lelaki tak nak sambung perbualan. Suara perempuan yang sengaja dilembut2kan (gedik) akan menarik perhatian lelaki.
  • Sekiranya menjawab dengan suara yang lembut, lelaki teruja untuk sambung perbualan kerana perempuan yang buka pintu kepada lelaki.

Curang tidak bermaksud semata-mata melakukan hubungan kelamin tanpa berkahwin. Ia bermula dengan pandangan mata, chat di wasap/tele atau call, saling mengenal, keluar berdua secara sembunyi2, berdua-duan ditempat yang sunyi/tersorok & akhirnya ke tempat tidur sama ada tanpa berkahwin ataupun berkahwin secara diam-diam di luar negara especially Thailand. Proses ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun, dengan harapan tidak diketahui oleh si isteri. So…selama hubungan berjalan, berapa banyak penipuan yang telah suami lakukan terhadap isterinya? Menipu untuk keluar, outstation & sebagainya. While, si home wrecker berseronok di atas kemenangannya menawan suami orang. Lebih parah lagi, dia dimewahkan dengan wang ringgit, melancong atau menginap di hotel mewah.

.

Gambar Hiasan

.

Nasihat saya kepada isteri yang dicurangi:
Selain kembali kepada Allah, pergilah ke mahkamah syariah. Dapatkan nasihat dari yang ahlinya. Selesaikan masalah dengan professional. Jika sekadar viralkan, kalian tidak akan dapat keluar dari masalah kalian.

Ketahuilah, jika suamimu telah beralih hati, kalian akan dianggap isteri yang tak sempurna bagi suami. Tatkala suami kantoi, 1001 keburukan isteri akan keluar satu persatu dari mulut suami untuk buat isteri rasa rendah diri, mental torture & isteri rasa bersalah. Sedangkan yang salah & curang itu adalah si suami. Lebih hebat lagi jika suami curang pandai memanipulasi si isteri yang naif. Itulah punca isteri menangis meratapi nasib berbulan-bulan atau bertahun-tahun & gagal bangkit.

Suami yang curang akan auto jadi terpaling ikut sunnah dengan mengeluarkan pelbagai dalil bab poligami. Kalian akan terkejut, bahawa suami yang selama ini biasa2 sahaja, tiba2 bertukar menjadi ustaz atau ulama’ jadian. Ini boleh di lihat di pelbagai socmed, apabila para suami berbicara bab poligami.

Bukan bermaksud saya menentang poligami, tetapi biarlah dengan cara yang betul tanpa menyakiti hati isteri & anak2.

Apa kesan pengkhianatan/curang?
⁃ Hilangnya kerukunan rumah tangga.
⁃ Isteri & anak2 hilang respect kepada suami/ayah.
⁃ Hilangnya barakah dalam rumah tangga.

Begitulah susahnya nak dapatkan tahap rumah tangga yang sakinah, mawaddah warahmah😔. Perjuangan perlu dari suami & isteri, bukan 1 pihak sahaja.

Wahai para isteri,
jika suamimu curang, isteri ada pilihan untuk memaafkan atau berpisah. Majoriti isteri memilih untuk berpisah demi menjaga kesihatan mental. Tetapi ada juga isteri yang memaafkan kesalahan pertama suaminya & meneruskan perkahwinan jika suaminya willing untuk berubah. Both situasi ada pro & con.

.

Gambar Hiasan

.

Jika memilih berpisah:
Selesaikan elok2 & mulakan jalan hidup masing2.

Jika memilih maafkan KESALAHAN PERTAMA & meneruskan perkahwinan:
Redho & jalani kehidupan seadanya. Mental isteri sudah terganggu. Akan wujud TRUST ISSUE yang berpanjangan, ungkit-mengungkit dan sebagainya. Isteri terpaksa kuatkan mental untuk memberi masa kepada diri sendiri hadam semuanya. Yakinlah, Allah akan balas semua perbuatan khianat suami terhadapmu.
Sekiranya suami ulangi kecurangan, maka tidak perlu lagi bersama. Kerana itu membuktikan bahawa suami seorang yang tidak amanah & tidak berpegang pada janji. Dia menjadikan curang sebagai hobinya & dia sudah tahu memanipulasi isterinya.
Please leave him & start your new life!

Apa2 pun, sebagai wanita/isteri, tolong jaga amal ibadah. Selagi kita mengingati Allah saat kita senang/sihat/bahagia, maka saat kita diberi ujian, Allah akan bantu kita.

Banyakkan membaca:

(لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ)
“La hawla wala quwwata illa billah”

Dan jangan tinggal SOLAT TAHAJJUD!

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Ahad, 12.4.2026