IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM (BAB 2: KELUAR DARI TEMPURUNG)

Konvokesyen 1997

.

Susulan post di FB ini, ramai yang minta saya sambung kisah selanjutnya👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/share/1FK6MoMV5n/?mibextid=wwXIfr

Link Blog: https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-1-kenangan-raya-di-zaman-purba/

Ada yang bertanya, saya kerja apa pada usia 17 tahun?

Macam mana saya sambung belajar?

Apa jadi dengan family saya?

So, saya decided untuk wujudkan part 2 of my story book. Begini kisahnya….

Selesai SPM saya bawa balik semua barang & buku dari asrama ke rumah ayah. But I’m not really welcome to be there due to ayah dah berkahwin lain. So saya tumpang tinggal di kuarters kerajaan yang mana kakak ke 3 tinggal bersama rakan sekerja kerana beliau baru start kerja sebagai typist di Pejabat Tanah & Daerah Bera.

Semasa menunggu result SPM, saya bekerja di sebuah pusat percetakan di Triang, Pahang. Jadi pekerja am, tukang susun kertas/kalendar. Bekerja laksana buruh kasar kerana setiap hari turun naik tangga angkat kertas seberat 3-5kg.

Setelah result SPM keluar, saya balik ke rumah ayah. Ketika itu ayah telah berkahwin & mempunyai seorang anak berusia 1 tahun. Saya menyatakan hasrat ingin belajar ke ITM (sekarang dikenali sebagai Uitm). Tetapi, ayah tidak bersetuju & menyarankan saya ke form 6. Syaratnya saya mesti tinggal dengan ayah. Saya menolak & akhirnya berlaku pertegangan urat antara kami. Ayah enggan memberi wang belanja sekiranya saya balik ke pangkuan emak atau ke ITM. Saya tetap dengan pendirian saya, lalu saya diusir oleh ibu tiri. Saya pulang semula ke rumah kakak. Saya mengurung diri, tak makan & menangis tanpa henti selama hampir 2 minggu. Barangkali, terlalu sedih diusir. Setiap hari kakak memujuk saya tetapi hati yang sedang retak masih tak mampu nak terima hakikat akan apa yang berlaku. Ibu di kampung langsung tidak tahu-menahu akan hal ini.

Setiap hari saya memujuk hati dengan membaca surah yasin. Ketika itu, saya rasa sangat bersyukur dengan didikan oleh warden asrama yang mana saya telah dipraktikkan dengan solat sunat tahajud, hafazan surah-surah lazim & surah yasin semasa di asrama.

Dengan izin Allah Yang Maha Memberi Kekuatan, tiba-tiba saya kembali bersemangat & segera mencari kerja di dada akhbar. Saya bertekad yang saya akan bekerja & cari duit sendiri untuk sambung belajar. Saya pasakkan pesanan mak “Cari ilmu! Cari ilmu! Cari ilmu! Mak takde harta nak bagi kamu” di hati, lalu saya berangkat ke Kuala Lumpur berseorangan dengan menaiki bas. Saya mohon kerja sebagai guru di sebuah tadika.

Malangnya, saya diitipu. Saya ditempatkan disebuah bilik dalam sebuah banglo yang kotor & creepy. Ada upacara seolah-olah berzikir tetapi pelik setiap malam. Sejenis ajaran sesat. Bercampur lelaki & perempuan sehingga ke pagi. Saya mengintai dari tingkat atas (saya tak dibenarkan turun), saya nampak mereka seolah-olah mabuk & muntah setelah minum sejenis air dari ketua mereka. Sangat mengerikan!

Setelah seminggu di situ….pada satu pagi sebelum subuh, tatkala semua orang masih pengsan/tidur, saya cuba melarikan diri dari tempat tersebut. Saya dihalang oleh seorang wanita ketika cuba memanjat pagar, tetapi akhirnya wanita itu lepaskan saya, malahan menghulurkan duit RM50.00 kepada saya. Beliau menyuruh saya segera pergi sebelum semua orang tersedar. Saya tak pasti siapa beliau, tetapi beliau jugalah yang menjemput saya di stesen bas ketika saya datang. Saya berlari dikeheningan pagi ke stesen bas. Saya balik semula ke rumah kakak di Temerloh.

Namun…dek kerana semangat masih membara. Saya cari kerja lagi & 2 minggu selepas itu, saya kembali semula ke Kuala Lumpur. Kakak melepaskan saya dengan berat hati. Tetapi apakan daya, saya perlukan gaji yang lebih besar untuk mengumpul duit demi menuntut ilmu.

Kali ini saya bekerja di sebuah pusat kanak-kanak di Bandar Baru Bangi. Kalau kalian masih ingat rancangan TV; K Yong/Kelab Nuri, di situlah pusat jagaan kanak-kanak yang saya bekerja terlibat dengan rancangan TV tersebut. Tugas saya ialah mengajar Bahasa Inggeris & menguruskan kanak-kanak special seperti masalah gagap, speech delay & tidak mampu membaca. Saya belajar perihal perkembangan awal kanak-kanak di situ. Salah seorang student personal coaching saya ialah anak lelaki kepada Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang pada ketika itu berusia 11 tahun (tahun 1996).

Semasa di Bangi, saya dipelawa menghadiri interview masuk ke ITM dengan tawaran jurusan Art & Design. Malangnya saya terlepas tarikh interview kerana surat sampai lambat ke rumah kakak saya di Bera. Saya redho & start dengan plan B.

Setelah hampir setahun bekerja, wang gaji saya sudah mencukupi untuk mendaftar & menyambung pelajaran. Saya dah buat reseach untuk masuk kolej yang ada twinning program dengan Universiti di UK. Saya melangkah ke Kolej IKIP Kuantan & apply loan dari Yayasan Pahang.

Setelah tamat peringkat sijil, datuk saya meninggal dunia. Oleh itu, saya terpaksa membawa mak dari kampung & tinggal bersama saya di Kuantan. Kami berkongsi bilik kecil yang saya sewa. Luas bilik lebih kurang 20ftx18ft dengan harga RM80/bulan. Sebelum itu, saya menyewa sebuah rumah kedai bersama beberapa orang rakan sekolej.

Atas budi bicara pihak kolej, saya tukar pengajian daripada full time kepada part time (kelas malam) supaya saya boleh bekerja. Alhamdulillah…Maha Baiknya Allah memudahkan saya mendapat kerja sebagai Kerani Akaun di pejabat syarikat caterer kolej IKIP. Siangnya saya bekerja & malamnya saya attend kelas hingga tamat peringkat Diploma Level 1 in Business Executive.

Setiap hari saya berulang-alik dengan berjalan kaki dari rumah ke tempat kerja & petangnya dari pejabat ke kolej kira-kira 20km/hari (pergi/balik). Sekarang baru saya terfikir, saya dah start brisk walk sejak 30 tahun lepas hehehe.

Suatu hari saya mendapat perkhabaran bahawa kediaman ayah & ibu tiri terbakar. Ayah dimasukkan ke HKL akibat melecur 99% tubuhnya. Bergegaslah saya menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ayah. Akibat kekurangan duit, saya berkampung di surau HKL beberapa hari. Ayah mendapat rawatan di HKL selama beberapa bulan & menjalani pembedahan plastik untuk menampal bahagian kulit yang melecur. Manakala, pada ketika itu ibu tiri saya tinggal di rumah ibunya. Mereka tinggal sehelai sepinggang. Saya turut menziarahi ibu tiri yang pada ketika itu baru melahirkan anak ke 2.

Hati bagai dirobek melihat sisa rumah terbakar yang total lost. Rumah papan, api lebih cepat merebak & kejadian berlaku pada waktu sahur. Tiada apa yang sempat diselamatkan melainkan sebuah kereta proton saga. Saya merenung dari kejauhan kesan rumah terbakar tersebut. Semua barang saya dari asrama telah musnah. Amazingly…saya terpandang akan naskah Al Quran yang saya baca setiap hari di asrama. Al Quran itu tidak terbakar, hanya kulit hard cover bahagian atas sahaja yang terbakar while isinya masih elok. Sayangnya…saya tak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian untuk mengambil Al Quran tersebut. Saya boleh nampak surah Al Fatihah dari kejauhan itu.

Saya pulang dengan menyimpulkan, ada mesej dari Allah swt untuk saya muhasabah diri.

Setelah selesai peringkat Diploma Level 1, saya teruja kerana menurut pihak kolej, Diploma Level 2 boleh disambung di London. Hati saya berkobar-kobar nak ke London!

Saya kirimkan gambar konvo kepada ayah kerana hanya mak & kakak yang datang ke majlis konvokesyen.

.

Kenangan 1997

.

Tapi berfikir pula, kalau saya ke London, macam mana dengan mak?
Siapa nak jaga mak?

Pada ketika itu, saya dah dapatkan mak pekerjaan di sebuah kilang plastik. Tugas mak cuma mengira plastik untuk di pack, 100 pcs each pack. Simpton skizo mak masih ada, tetapi terkawal. Ketika itu saya belum tahu mak menghidap skizofrenia.

Subhanallah…

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kuasa Allah swt itu luar biasa. Allah swt mudahkan saya untuk buat keputusan.

Tanpa diduga, berlaku kegawatan ekonomi pada penghujung tahun 1998 & semua pelajar tajaan Yayasan Pahang yang belajar di luar negara di bawa pulang ke Malaysia. Pihak IKIP juga menamatkan JV dengan Universiti di UK akibat kejatuhan ringgit. Automatically punahlah harapan saya ke London & kekallah saya berkhidmat jaga mak. Pengajian saya di Kolej IKIP terhenti disitu.

Selepas beberapa bulan, saya mengorak langkah melanjutkan pelajaran di ITM Cawangan Bukit Sekilau Kuantan secara PJJ (kelas hujung minggu). Saya bermonolog sendiri “Akhirnya aku dapat juga masuk ITM”.

Saya juga telah mendapat pekerjaan yang lebih baik di sebuah kolej swasta. Bermula sebagai seorang Librarian, akhirnya saya menjadi seorang Exam Officer. Bekerja dalam bilik tanpa tingkap & very P&C bcoz saya mengurus data student & kertas soalan peperiksaan. Saya rasa, saya seolah-olah bekerja dalam sebuah peti besi. No one is allowed to enter that room accept my boss. But, I love my job.

Langkah di teruskan, setelah lebih setahun bekerja di kolej tersebut, saya dapati pekerja diberi peluang untuk belajar secara percuma di kolej itu. So…saya grab the opportunity untuk mengambil short course iaitu Certificate in Business English selama 1 setengah tahun.

.

Top Secret is your secret

.

Bermulalah episod otak berputar seperti mesin basuh yang sedang keringkan baju kerana kelas Business English bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Manakala hujung minggu saya attend kelas Diploma in Business Admin di ITM bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

While…selepas jam 9.00 malam, saya beraktiviti main badminton bersama rakan sekerja. Entah dari mana saya dapat energy, saya sendiri pun hairan.

Sehinggalah ke satu masa….saya dilamar oleh seorang pemuda.
Siapa dia?

Jeng jeng jeng….

In shaa Allah…kisah ini akan bersambung lagi. Tunggulah beberapa bulan lagi, bila ada mood saya akan sambung lagi ke part 3✌🏻😬. Babai…..

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Rabu, 19.8.2026

#penulis

#penulisebook

#usahawan

#mentorUMPSA

Leave a comment