Wanita Kuat

Nukilan buat wanita…

.

Jadilah Wanita Kuat

.

Wanita kuat bukan di uji sekali. Tetapi berkali-kali dari segenap sudut. Dia bukan rebah sekali tetapi dia bangkit berulang kali. Kenapa dia bangkit? Kerana Allah tahu dia kuat. Walaupun dia tidak terus bangkit, tetapi diakhirnya dia teguh berdiri.

Wanita kuat telah biasa ditinggalkan. Dia terlihat sunyi. Bersendirian bagi orang lain tetapi baginya, dia ada Allah ada bersamanya.

Wanita kuat bukanlah wanita yang terlihat tenang menghadapi dugaan tanpa ada titisan jernih dari matanya. Dia wanita biasa yang punya air mata untuk dicurahkan. Cuma air matanya sangat berharga untuk dijadikan tatapan umum. Dia hanya menangis bersama Rab nya. Dia hadiahi senyuman kepada dunia.

Wanita kuat tidak menidakkan dia perlu bahu unuk bersandar. Selagi berada di dunia, silaturrahim & ukhuwah yang baik adalah golongan sokongan untuk dia terus bertahan. Dia tidak sesekali menolak kehadiran insan-insan baik yang mampu menasihati & menenangkan jiwa.

Wanita kuat tidak melatah. Dia berilmu. Dia meraih panduan dari yang lebih berilmu darinya. Dia ada mualim/mah yang soleh/hah sebagai penasihat & pemberi tunjuk ajar. Agar dia tidak tersasar hujani anak panah. Dia berhati-hati memilih tempat mencurah rasa.

Wanita kuat tidak membalas dendam. Dia manfaatkan peluang doa mustajab yang dikurniakan kepadanya akibat penganiayaan untuk mendoakan kebaikan buat dirinya & orang yang menganiayainya. Dia tidak mengambil alih tugas Allah.

Wanita kuat terdidik keras. Walaupun dia terlihat lembut & lemah. Hatinya umpama sebiji kristal yang bercahaya. Jika diukir dengan cantik, cantiklah dia. Jika diukir menjadi tajam, ia bisa menjadi senjata yang memudharatkan lawannya.

Siapa wanita kuat itu?

Dialah wanita yang meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Tuhannya. Dia istiqomah dalam ibadahnya. Dia yakin dengan amal ibadah, semua itu bisa menjadi perisai dirinya. Dia yakin Allah akan makbulkan doa-doanya.

Mahukah kamu menjadi wanita kuat itu?
Persiapkan dirimu.
Jadilah wanita kuat yang berilmu, beriman & tidak gentar dihempas badai. Wanita kuat mampu bangkit & tetap utuh berdiri walaupun pernah lumpuh separuh tubuh.

Moga kamu sentiasa dalam peliharaan Yang Esa.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 27.2.2026/9 Ramadan 1447H

Kepenatan Isteri Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum warrahmatullah

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 25 usia perkahwinan & dikurniakan 4 orang cahaya mata (3 lelaki & 1 perempuan. Masing-masing berusia 24 tahun (lelaki), 21 tahun (perempuan), 18 tahun (lelaki) & 14 tahun (lelaki). Selain itu, saya juga membesarkan 2 orang anak saudara yang kini telah berusia 26 tahun (perempuan dah berkahwin) & 17 tahun (lelaki).

Tahun ini saya bersyukur kerana anak lelaki ke 3 yang berusia 18 tahun berada di rumah pada bulan Ramadan. Sejak anak-anak mulai bersekolah menengah, mereka jarang berada di rumah pada bulan Ramadan. Mereka bersekolah tahfiz. Apatah lagi setelah mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka melangkah lebih jauh dari keluarga.

.

.

Video: Santapan Sahur

.

.

Anak ke 3 Mengecat bilik tidur

.

.

Sebenarnya semua anak saya boleh memasak & melakukan kerja rumah. Mereka telah dididik dari kecil. Di madrasah juga mereka dibiasakan untuk memasak secara berjadual. Tahun ini, anak ke 3 diberi tugasan untuk menyediakan juadah sahur di rumah. Setelah 25 tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya saya menikmati saat bangun sahur dimana juadah sahur telah tersedia hehehe. Walhal, selama ini sayalah yang menyediakan segala-galanya. Sama seperti isteri/ibu yang lain seantero dunia.

.

.

Anak-anak di luar negara memasak

.

.

Sepanjang Ramadan 1447H, saya membaca banyak posting berkenaan kepenatan isteri/ibu muda (Gen Z) di bulan Ramadan yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan juadah sahur, mengejutkan suami & anak-anak, menjalankan rutin harian biasa di siang hari, ibadah & pada sebelah petangnya menyediakan juadah berbuka puasa pula. Ada yang kepenatan sehingga tidak mampu menunaikan solat terawih. Ditambah pula, sekiranya ada anak kecil yang perlu diuruskan tatkala suami keluar bekerja atau ke masjid.

Begitulah antara keluhan-keluhan yang dapat kita baca di media sosial.

.

.

Video: Anak ke 3 & ke 4 di dapur

.

.

Sebenarnya keadaan ini bukan baharu berlaku. Sefahaman saya, ini memang telah menjadi adat turun temurun ORANG MELAYU yang selalu meletakkan tugasan rumah tangga 100 peratus di bahu isteri. Walaupun dalam Islam tugas utama isteri adalah meliputi ketaatan kepada suami dalam kebaikan, menjaga kehormatan diri, menjaga harta dan rumah tangga suami, serta mendidik anak-anak. Tetapi, disebabkan cara hidup, cara didikan & persekitaran telah membuatkan seorang isteri itu rasa semua adalah tanggungjawabnya.

Hal ini boleh diubah tanpa perlu perdebatan tentang tanggungjawab sebenar suami atau isteri. Selepas berkahwin, pandai-pandailah menyusun hidup & menguruskan masa.

Jika di awal kawin, boleh dibincangkan tentang urusan rumah tangga, maka berbincanglah. Buat garis panduan tentang apa tugas-tugas boleh dibahagi atau diagih-agihkan. Terutamnaya jika isteri juga bekerja. Contohnya:

1. Jika isteri dah basuh/sidai baju, suami boleh tolong angkat & lipat atau gosok atau gantungkan/masukkan ke dalam almari.

2. Jika isteri dah memasak, suami boleh tolong kemaskan meja atau mencuci pinggan.

3. Jika isteri uruskan anak-anak kecil, suami boleh tolong sapu sampah, mop lantai & sebagainya.

4. Suami juga boleh tolong belikan barang dapur atau singgah ke pasar sambil balik dari kerja.

5. Ataupun suami isteri sama-sama ke pasar di hujing minggu & membeli stok makanan untuk seminggu.

Tetapi….itu semua atas budi bicara & perbincangan. Saya faham, bukan semua suami boleh dibawa bincang atau faham akan tugasan menguruskan rumah tangga. Ada suami yang memang tak tahu & perlu diberitahu satu persatu tentang apa yang perlu dibantu di rumah.

Tidak nafikan, suami saya juga bukan seorang yang mampu melakukan kerja-kerja rumah atau memasak. Malahan beliau sangat kekok apabila berada di dapur. Tetapi, saya tak kisah kerana beliau seorang yang rajin bekerja & berusaha mencari rezeki untuk keluarga, menyediakan segala keperluan, membiayai pendidikan anak-anak di sekolah yang baik, menguruskan keperluan anak-anak sewaktu anak kecil, menghantar/ambil anak ke sekolah & menggembirakan keluarga dengan membawa kami travel, umrah & haji, malahan sering bawa kereta saya untuk dibasuh, servis & sebagainya. So…nikmat yang mana lagi yang nak saya dustakan?

.

.

Suami sepatutnya belajar memasak masakan ibunya

.

.

Dari sudut yang lain, saya melihat family background suami, yang mana ibu mentua saya seorang yang merasakan dirinya wanita yang perlu menyiapkan segala keperluan keluarga. (Bukan berniat memburukkan, kita berlapang dada dengan cara didikan masing2). Sejak beliau tinggal bersama kami, saya melihat “childhood trauma”, dimana beliau sangat resah apabila ada pinggan kotor dalam sink. Beliau selalu cakap arwah ayahnya akan memarahi beliau & adik beradik perempuan jika tidak membersihkan dapur selepas makan. Begitu juga dengan urusan lain seperti mencuci pakaian. Mungkin atas faktor itu, saya dapati suami saya tidak mempedulikan hal-hal kerja dapur kerana beliau telah terdidik begitu sejak kecil (adik beradik suami semuanya lelaki).

Ibu mentua juga tidak suka dibantu ketika beliau memasak. (Saya tak kisah bab ni sebab rasa sebahagian besar wanita juga suka memasak dengan cara sendiri). Tetapi, saya TIDAK sependapat dengan arwah mak mentua (Bukan bergaduh. Hubungan kami baik sepanjang tinggal bersama). Saya akan halang beliau membasuh pinggan & mencuci pakaian dengan mengatakan “Anak-anak lelaki saya akan buatkan”. Lama kelamaan, ibu mentua saya faham & boleh terima keadaan itu.

.

.

Pesanan

.

.

Saya telah berusaha melatih anak membantu saya melakukan kerja rumah sejak anak sulung berusia 5 tahun. Apabila anak berusia 5-6 tahun, saya buat jadual untuk anak-anak. Paling utama ialah; jangan SURUH tetapi AJAK anak buat kerja rumah sama-sama. Saya sering katakan kepada anak-anak “Rumah ini rumah kita bersama, bukan rumah ummi seorang. So kita kena jaga kebersihan bersama-sama”.

Sikap tegas saya kadang-kadang buat anak menangis. Saya pernah membuang barang-barang anak yang bersepah, saya denda anak duduk di luar rumah beberapa jam & tak boleh makan jika tugasan yang diberi tak beres. Malahan, saya pernah membakar baju anak ke 2 kerana dia tidak membantu abangnya.

Begitu juga dengan rotan. Saya sediakan rotan di dapur, ruang tamu, bilik tidur & dalam kereta. Supaya senang dicapai bila anak bergaduh atau menyepahkan rumah/bilik. Semua anak cakap saya ibu yang garang.

Namun, ketika anak menginjak remaja, mereka tidak lagi dididik dengan keras. Mereka telah menjadi kawan saya. Kami pernah duduk bersama-sama & mengimbas segala apa yang berlaku sejak kecil. Segala denda & kemarahan saya untuk membentuk mereka menjadi seperti hari ini. Mereka ucapkan terima kasih & berharap agar saya akan mendidik anak-anak mereka pula nanti 🙄🙄🙄.

Apa yang nak saya sampaikan di sini ialah, IBU ADALAH MADRASAH PERTAMA ANAK-ANAK. Sepertimana yang telah saya nukilkan dalam buku saya “11 Tip Memadrasahkan Rumah”. Namun dalam buku tersebut, ia lebih kepada cara mendidik anak menunaikan solat, mencintai Al Quran, menghafal Al Quran & berpuasa sejak kecil.

.

.

Best Seller

.

.

My point is, MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA.

Sebagai isteri, kita takkan mampu mengubah suami jika suami tak berkehendak untuk mengubah dirinya. Kita akan jadi bertambah stress jika suami tak nak buat atau buat kerja dengan cara yang tak menepati cita rasa kita. Ada isteri yang cerewet; suami lipat baju tak ikut cara isteri, dia marah. Suami tak susun pinggan/cawan di tempat yang betul pun isteri marah. So…sebenarnya siapa yang salah? Bukan semua suami tak nak tolong tetapi sikap isteri itu sendiri yang membuatkan seorang suami rasa serba tak kena. Ini realiti yang ramai para isteri tak boleh terima.

Satu perkara lagi, suami dididik oleh ibunya sejak kecil hingga ke usia 20an-30an. Jangan berharap dalam tempoh 10-15 tahun perkahwinan kita dapat membentuk seorang suami hidup mengikut cara yang kita nak. Kita sendiri pun tak suka suami memaksa kita mengubah cara didikan yang kita terima dari ibu bapa kita. So…apa yang mampu seorang isteri lakukan ialah dengan bersabar, bersabar & bersabar serta berdoa yang baik-baik terhadap suami & didiklah anak-anak mengikut cara kita. Perbanyakkan zikir “Ya Latif” atau membaca ayat 19 dari surah Asy-Syura, agar hati kita, suami & anak sentiasa lembut.

.

.

Doa pelembut hati. Baca di ubun kepala anak ketika anak nyenyak tidur sebanyak 7x

.

.

Zikir Ya Latif

.

.

Menguruskan rumah tangga memang penat. Tetapi semua hal dalam rumah tangga adalah susunatur kita sendiri. Oleh itu, pandai-pandailah mengurus masa. Jangan terlalu stress untuk memperlihatkan rumah kita perfect. Sebagai isteri, perlu ada ilmu rumah tangga & bijak mengatur masa. Jangan banyak mengeluh, sebaliknya banyak berzikir.

.

.

Zikir Ramadan

.

.

Antara hal-hal yang perlu isteri fahami ialah:

1. It’s ok jika pinggan dibiarkan seketika, dibasuh selepas selesai solat terawih. Ajak anak-anak tolong.

2. It’s ok jika masak hanya 1 lauk utama & disampingkan dengan ulam & sambal waktu berbuka supaya tak penat nak sediakan pelbagai juadah.

3. It’s ok untuk masak lebih pada waktu berbuka & panaskan sahaja lauk yang sama pada waktu sahur.

4. It’s ok jika baju di basuh hanya 2-3 kali seminggu, bukan setiap hari.

5. It’s ok jika rumah hanya di mop seminggu sekali asalkan lantai tak terlalu kotor atau melekit-lekit.

6. It’s ok kalau anak-anak kecil tolong lipat kain tapi tak secantik/kemas. At least anak-anak dah tolong.

7. It’s ok untuk kamu tidur awal & bangun di sepertiga malam untuk melakukan solat terawih & qiam.

It’s ok hidup santai-santai….jangan terlalu fokus kepada kerja rumah semata-mata. Ada banyak hal lain yang perlu kita timbangkan dalam membentuk rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.

.

.

.

.

Antara tip-tip lain yang boleh isteri lakukan ialah:


1. Labelkan almari/rak atau tempat simpan barang supaya suami & anak senang nak ambil barang. Jika tidak, mereka akan bergantung kepada isteri/ibu untuk mencari barang keperluan.


2. Siapkan pes masakan untuk seminggu & frozenkan. Kalau malas, beli sahaja. So tak perlu nak kupas/blend/tumis bawang & segala awas masakan setiap kali nak masak.


3. Bersihkan ayam/ikan/daging di hujung minggu & pack secukupnya untuk 1 jenis masakan. So bila nak masak, keluarkan awal dari freezer.

.

Cara labelkan peralatan rumah & pack ikan/ayam untuk disimpan dalam freezer

.


4. Ubah trend memasak. Cuba masak di awal pagi untuk lunch & dinner supaya selepas tu x perlu masuk dapur beberapa kali sehari. Makanan di panaskan bila nak makan. Masa anak kecil2, saya masak sebelum subuh.


5. Ajar anak2 makan 1 main menu sahaja yang mengandungi zat yang cukup. Contohnya sup ayam yang dicampur dengan sayur. Atau gulai ikan berulamkan sayur. So, tak penat nak masak pelbagai lauk.


6. Didik anak makan apa yang ibu masak. Bukan ikut menu setiap anak. Anda akan sangat penat jika menjadi “ibu yang bertuankan anak”.


7. Didik anak uruskan pakaian sendiri by the age of 7-8 tahun termasuk pakaian sekolah.

.

.

Anak berusia 9 tahun sediakan pakaian sekolah disebelah malam

.

.

Dan ada macam-macam cara lagi yang ibu kena belajar didik anak. Bacalah buku ilmiah tentang ilmu rumah tangga atau hadir ke majlis ilmu.

Boleh juga baca post saya di Fb link ni:

https://www.facebook.com/share/1Agt14npKV/?mibextid=wwXIfr

Kita perlu faham, hidup berumah tangga itu adalah saling melengkapi bukannya tentang siapa yang paling perfect. Jangan juga rasa, hanya isteri yang kena buat itu ini sedangkan suami goyang kaki di rumah. Berbincang baik-baik & bersyukur dulu kerana ada suami yang baik. Yang memberi nafkah, yang tak memukul atau yang tak curang. Ada ramai lagi wanita yang bernasib malang di luar sana.

Fahami: masing-masing ada ego yang perlu diturunkan.

Wahai isteri, lebihkan membaca Al Quran, berselawat & berzikir agar kita mampu mengawal emosi. Bukan senang nak tenang. Lebihkan kebergantungan kepada Allah swt dalam menguruskan hidup. Jangan rasa bahawa, kitalah yang terpaling bagus menguruskan rumah tangga.

Jika penat, bagitahu suami & rehat. Tak perlu bermasam muka atau merajuk tanpa suami faham apa masalah sebenar.

Berlapang dada. Allah swt meletakkan seorang wanita sebagai seorang isteri/ibu ditempat yang sesuai dengan kemampuannya.

Sampai di sini sahaja bebelan saya untuk entri kali ini. Mohon maaf jika ada yang tak bersetuju dengan penyampaian saya. Saya bukan ibu yang sempurna, tetapi sentiasa set in mind; mendidik diri & anak-anak adalah seumur hidup.

Segala yang terbaik hanya dari Allah swt.

Sharing ini hanyalah sekadar untuk membimbing isteri/ibu muda yang lately mudah mengalah dengan kehidupan rumah tangga & akhirnya mengakibatkan perceraian. Bukan kerana rumah tangga saya terbaik atau tiada dugaan. Tetapi, kita perlu belajar sabar, sabar & sabar.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Khamis, 26.2.26/8 Ramadan 1447H

PEJUANG ANXIETY (Part 4)

Assalamualaikum sahabat pembaca…

Semakin hari semakin banyak kisah hidup yang menyayat hati yang berlaku disekeliling kita. Saya membaca pelbagai kisah yang menyentuh hati. Sudah tentu sedikit sebanyak, ia membuatkan saya triggered. Antaranya, seorang wanita yang menelan 30 biji pil akibat tekanan hidup setelah gagal mendapatkan nafkah dari bekas suami, kisah seorang suami bergelar doktor yang membunuh anak & isterinya, kisah anak yang membunuh ibunya & macam2 kisah yang kadang-kala tak tercapai di akal. Begitulah akibat tekanan hidup & akhirnya membawa kepada tekanan perasaan. Jika tidak dibendung, ia akan mengundang masalah yang lebih serius.

Saya telah menulis banyak mengenai KESEDARAN MASALAH MENTAL yang perlu diambil cakna oleh semua pihak. Di Malaysia, keperihatinan ini masih sangat kurang & masih ramai yang menafikan tentang rawatan mental. Hal ini telah saya nukilkan dalam post saya di PEJUANG ANXIETY (Part 1).

Dalam hidup ini, semua orang ada ujian masing-masing. Namun penerimaan ujian & cara hadapi berbeza-beza mengikut tahap iman, ilmu pengetahuan, amalan harian (ibadah) & sokongan dari orang sekeliling sama ada keluarga atau kawan-kawan.

Ada orang yang “KELIHATAN” baik-baik sahaja tetapi hidupnya penuh liku. Entah berapa banyak air mata yang tumpah selama berbulan-bulan tetapi dia cepat bangkit & melepaskan segalanya tanpa prejudis. Malahan dia segera memaafkan & menyerahkan segala urusan kepada Yang Esa. Dia tidak menghebohkan ceritanya kepada public tetapi memilih untuk menghadapi ujian dengan tenang serta meminta bantuan dari golongan profesional sahaja.

Ada orang yang mentalnya kuat, bukan kerana ilmu pengetahuan atau tahap pendidikan yang tinggi semata-mata tetapi kerana ia cepat sedar bahawa semua ujian datangnya dari Allah swt, maka dia segera kembali kepada Allah.

Ada orang yang mentalnya lemah, bukan juga semata-mata kerana imannya lemah tetapi keadaan persekitaraan yang tidak membantu ataupun ujiannya datang bertubi-tubi tanpa sempat dia menyelesaikannya satu persatu.

Oleh itu, kita tidak boleh samakan diri kita dengan sesiapa pun tatkala diuji. Apa yang kita boleh lakukan ialah, memberi nasihat, sokongan & doa. Sekiranya kita sudah menasihati sahabat/family kita tetapi dirinya sendiri yang tidak mahu menerima nasihat, maka kita tak perlu memaksa.

Bukankah Allah swt telah berfirman dalam ayat “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka”
Terjemahan sebahagian daripada surah Ar-Ra’d ayat 11.

.

.

Surah Ar Ra’d Ayat 11

.

.

Ayat ini menegaskan bahawa manusia perlu berusaha (ikhtiar) dan berdoa untuk mengubah nasib, sikap, atau keadaan diri sendiri sebelum Allah mengubah ketentuan-Nya. 

Intipati dan Maksud Ayat:

1. Tanggungjawab Manusia: Perubahan hidup (nasib) dimulakan oleh usaha manusia itu sendiri.

2. Kaitan Takdir dan Ikhtiar: Walaupun nasib adalah ketetapan Allah, manusia diberikan keupayaan untuk berusaha bagi memperbaiki keadaan.

3. Contoh Perubahan: Perubahan yang dimaksudkan merangkumi sikap mental, pemikiran, dan tingkah laku (meninggalkan maksiat, meningkatkan ibadah).

4. Keadilan Allah: Ayat ini menekankan bahawa Allah tidak menzalimi hamba-Nya, sebaliknya manusia yang perlu mengubah diri sendiri terlebih dahulu.

Saya juga tidak terlepas dari ujian. Sama seperti insan biasa yang lain. Jika nak dinilai dari segi ujian hidup, dari lahir hingga sekarang ujian tak pernah habis. Saya pernah kongsikan sedikit kisah dalam sesi bual bicara yang disiarkan oleh MARMA ASSOCIATION di link youtube ini:

https://youtu.be/QMuBDQUso6U?si=65NsWF9HB2YS2D7h

.

.

Ujian tidak berakhir selagi kita bernyawa. Saya juga telah terangkan punca saya mendapat anxiety dalam part 1 & 2. Manakala dalam part 3, saya terangkan bagaimana saya mulai bangkit melawan anxiety & langkah-langkah yang saya ambil.

Dalam kes seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan menelan 30 biji pil, di awal kisahnya saya ada tertengok di tiktok sharing beliau mengenai tuntutan nafkah setelah bercerai & beliau menang kes tersebut. Sayangnya, beliau tidak berhenti mewar2kan kisah hidup beliau di medsoc. Dengan keadaan mental & emosi yang tidak stabil, adalah lebih baik jika beliau menjauhkan diri dari media sosial & menyerahkan segala urusan kepada peguam. (Apa yang saya faham, wanita ini bekerjaya & berpendidikan tinggi). Selanjutnya, cukuplah jika beliau meluah kepada doktor psy yang merawat beliau. (Saya difahamkan beliau juga dalam rawatan psy), & tidak perlu try hard membuktikan kejayaan beliau di media sosial. Menjaga kerahsiaan adalah langkah yang lebih profesional. Entah di mana silapnya, mungkin tidak mendapat nasihat dari lawyer yang betul atau apa-apa sahaja…wallahu’alam.

Beliau juga harus belajar melepaskan orang/apa yang beliau sayang dengan ikhlas. Stop berharap apa-apa lagi bcoz semakin berharap kepada makhluk, ia semakin memakan diri. Jika dilihat dari sudut lain, ada orang yang lebih teruk nasibnya contohnya suri rumah yang diceraikan tanpa wang simpanan, rumah/harta yang dijual oleh bekas suami, dipukul sehingga cacat & sebagainya. Saya berdoa, semoga yang baik-baik buat beliau selepas ini & Allah memberi taufik, hidayah & inayah berterusan kepada beliau.

.

.

Video sekadar peringatan

.

.

Bukan bermakna saya tidak faham kedudukan mental/emosi beliau. Saya juga pernah melalui saat getir ujian rumah tangga & pernah ke mahkamah. Namun tak perlu saya ceritakan satu persatu kepada semua orang. Cukup saya katakan, kita serah semuanya kepada Allah swt. Ketika itu, tindakan pertama saya ialah diactivated akaun FB & instagram. Saya beruzlah, mengasingkan diri sebentar dari masyarakat. Berhubung dengan guru-guru & orang alim untuk meminta nasihat & doa. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt saya diberi jalan keluar walaupun agar getir sewaktu melaluinya.

Saya mengambil pendekatan MELEPASKAN, MEMAAFKAN & TERUS BERBUAT BAIK kepada orang yang menjahati saya. Saya membina prinsip baru; jika orang berbuat baik kepada saya, saya terima. Tetapi sekiranya kebaikan saya dipermainkan atau kebaikan yang diberikan sekadar untuk menutup sebuah penipuan, saya doakan agar Allah swt membayar cash segala perbuatan jahat mereka di dunia & mempamerkannya kepada saya supaya segala urusan saya & mereka selesai di dunia. Saya tidak ingin berlama-lamaan di Padang Masyar menunggu orang merangkak datang meminta maaf kepada saya. Dengan cara ini, hati saya lebih lapang.

Guru saya, Ustazah Fitrah Attareemiyyah mengajarkan agar saya amalkan membaca بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
sebanyak 800 kali sehari
untuk mendapatkan hati yang suluk. Yakni hati yang tidak mudah marah, cepat memaafkan & malas membesarkan perkara yang remeh. Ia membantu menenangkan fikiran.

.

.

Daurah Kitab Khulasah tahun 2020

.

.

Sepertimana yang saya nukilkan dalam entri saya di Part 3, saya telah blok/unfriend/unfollow semua orang yang pernah menyakitkan hati saya demi menjaga emosi & kesihatan mental saya. Setakat ini (selama 2 bulan saya berbuat demikian), ia berkesan bagi saya.

Ini kerana kita tidak ambil tahu lagi hal mereka & mereka juga tidak boleh tahu hal kita melainkan mereka follow menggunakan fake account atau mendengar cerita dari pihak lain. Yang pasti, kita sendiri TIDAK PERLU MENCARITAHU hal mereka. Kita tumpukan kepada diri kita sendiri.

Begitu juga dengan hal-hal yang menyakitkan hati, saya tidak mengulang cerita akan hal lama yang sama kepada sesiapa pun apatah lagi meluah di media sosial malahan memadamkan gambar/video yang membuatkan saya sedih. Selain di dalam peranti, saya membakar gambar fizikal. Pada hemat saya, media sosial bukan jalan penyelesaian masalah, malahan ia menambah masalah.

Kita tidak boleh nafikan, dalam ramai orang yang menyokong kita, ramai juga yang mentertawakan atau membenci kita. Secara tak langsung, di situlah wujudnya PENYAKIT AIN. Dan….kita takkan mampu menepis kata-kata buruk orang di media sosial. Betapa ramai manusia yang menggunakan akaun palsu semata-mata untuk menyakitkan hati orang dengan komen negatif.

Subhanallah…Alhamdulillah…

Saya baru pulang dari menziarahi anak yang belajar di Mesir. Saya berada di Mesir selama 10 hari. Ini juga adalah salah satu cara untuk menenangkan fikiran. Keluar sekejap dari rutin harian & menyibukkan diri sambil melepaskan rindu kepada anak. Saya bersyukur, kerana saya “rasa” suami saya sedang berusaha membaiki keadaan & menggembirakan saya. Walaupun ia mengambil masa untuk memulihkan & menstabilkan fikiran saya, tetapi saya juga sedang cuba berdamai dengan takdir.

Tak semestinya bercuti ke luar negara, dalam negara pun ok. Sekadar nak check in budget hotel 1-2 malam pun ok…untuk rehat. Ikut kemampuan masing2. Saya mengikut saranan doktor; “I need a break”. Dulu banyak trip terhalang kerana menyantuni almarhumah ibu mentua.

It’s like…I’m pushing the reset button!

.

.

(Egypt Trip 26.1.26-3.2.26)

.

.

Ketika berada di Mesir, salah seekor kucing kesayangan saya mati dalam rawatan di klinik. Sudah tentu saya sedih & menangis. Tetapi anak-anak segera memujuk & saya sendiri segera memujuk hati untuk lepaskan. Ia mudah bagi orang lain tetapi susah bagi golongan pencinta kucing. However….seperti yang saya sebutkan tadi “kita kena belajar melepaskan apa yang kita sayang”.

.

.

TAGO

.

.

Apa-apa pun…jangan skip makan ubat & sentiasa berhubung dengan doktor psy. Sebanyak mana amalan harian kita, namun ubat-ubatan adalah method yang penting untuk pemulihan otak kita. Jangan ego & berasa diri dah sembuh semudah itu. Hargai kepakaran doktor psy bertauliah yang bersusah payah menuntut ilmu psikologi demi membantu masyarakat.

Ingat, kita manusia, bukan robot! Kita perlukan belaian kasih sayang & support dari orang sekeliling yang baik & benar-benar bertauliah. Jangan cari perhatian di media sosial jika tak mampu menutup/melawan komen nitizen. Sayangi diri. Hargai nyawa yang Allah swt kurniakan. Hargai juga orang yang sentiasa support & mendoakan kebaikan buat kita. Jangan kerana hanya seorang manusia yang mengecewakan kita, kita abaikan 1000 orang yang baik dengan kita.

Moga dengan sharing ini, memberi inspirasi kepada pejuang anxiety lain untuk sembuh.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Selasa, 3.2.2026/15 Syaaban 1447H

.

.

.

Link post PEJUANG ANXIETY:

Part 1:
https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Part 2:
https://saljuputih.blog/2025/12/02/pejuang-anxiety-part-2/

Part 3:
https://saljuputih.blog/2026/01/16/pejuang-anxiety-part-3/

PEJUANG ANXIETY (Part 3)

Assalamualaikum warahmatullah

Salam Israk & Mikraj 1447H kepada semua.

Salam Israk Mikraj kepada semua

Alhamdulillah memasuki bulan ke 4 saya menerima rawatan anxiety & saya teruja nak kongsikan pengalaman/perkembangan saya sekarang. Walaupun saya belum sembuh sepenuhnya & masih makan ubat, but ada banyak hal yang buat saya “RELAX” & menenangkan hati/fikiran saya dalam tempoh sebulan lebih ini. Doktor telah mengurangkan dose ubat saya. Hanya makan Hovid Escitalopram 10mg sahaja, 1/2 biji sehari.

Sebelum itu, mari kita semak sharing saya di Part 1 & Part 2 supaya kita semua dapat bezakan corak penulisan awal saya dan sekarang.

Link Pejuang Anxiety Part 1:
https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Link Pejuang Anxiety Part 2:
https://saljuputih.blog/2025/12/02/pejuang-anxiety-part-2/

Subhanallah…..Dengan izin Allah swt saya yakin lebih ramai pejuang anxiety yang boleh sembuh jika mereka berkehendak. Ia susah! Sangat susah! Tapi kena cuba! Kena paksa diri untuk berubah & hadapi semuanya dengan berani! Lawan pelbagai perasaan negatif but SLOWLY…secara berperingkat & don’t push yourself too much. Hanya masa yang diperlukan agar kalian terus bersabar sebagai pilihan Allah swt untuk menerima ujian ini. So…bagi masa & ruang pada diri sendiri.

Let’s go to apa yang saya lalui dalam tempoh hampir 2 bulan ini. Masih ada beberapa simpton yang belum dapat saya atasi sepenuhnya, antaranya:

1. Terkejut. Saya masih mudah terkejut tetapi telah berkurangan rasa takut & panik. Dahulu, saya akan menangis bila terkejut. Sekarang saya cuma berdebar & cuba relax.

2. Masih trauma dengan bunyi pagar & pintu yang dihempas. Atas sebab sesuatu hal yang pernah berlaku antara saya & suami, saya pernah ada rasa takut bila dengar bunyi pagar dibuka tatkala suami balik ke rumah…sekarang saya cuba berdamai dengan takdir tetapi perasaan cuak tu masih ada walaupun tak seteruk dulu.

3. Masih rasa pening/rimas bila ke tempat orang ramai terutamanya ke mall atau majlis yang ada lagu/muzik yang kuat. Saya cuba atasi dengan hadir ke majlis bila dijemput tetapi tidak berlama-lamaan di situ. Segera keluar apabila simpton mulai datang. Saya tidak keluar membeli barang di pasaraya ketika hujung minggu atau peak hours. Saya juga akan keluar membeli barang bersama anak, tidak berseorangan.

Ke Mall bersama anak

4. Masih ada perasaan sedih tiba-tiba & menangis keseorangan tetapi saya segera cari aktiviti untuk aktifkan diri contohnya alihkan perabot rumah, tukar langsir, bermain dengan kucing, menonton video lucu & sebagainya.

5. Masih belum ada mood/keberanian untuk bersosial/bergaul macam dahulu tetapi paksa diri untuk hadir ke majlis ilmu yang dahulunya saya sentiasa hadir. Atas faktor pernah dimarahi & diperlekehkan kerana kerap pergi ke majlis ilmu, saya jadi takut nak ke majlis ilmu. Bimbang diri dilabel “TERPALING BERILMU” seperti dahulu oleh seseorang yang rapat dalam hidup saya 😔😔😔.

Kelas Tadabbur Al Quran 12.1.2026

.

.

Menghadiri Majlis Bacaan Yaasiin

.

.

6. Masih ada sedikit over thinking tentang beberapa hal. Akibat pernah ditipu berulang kali oleh orang terdekat, dikhianati oleh ramai orang, diejek oleh kenalan rapat akan hal-hal yang menjatuhkan maruah sebagai seorang isteri & majikan, maka ini agak susah untuk saya perbaiki. Saya percaya, saya perlukan masa yang lebih lama untuk “RESET” everything. But…saya cuba untuk husnudzon terhadap semua hal. Cuba & terus mencuba!

Serahkan segalanya kepada Yang Esa. Jangan tinggalkan solat tahajjud.

.

.

7. Lupa. Ya..masih banyak benda yang saya lupa & mudah terlupa. So, saya mencatat apa yag perlu saya buat setiap hari & set alarm di telefon. Jika keluar rumah, saya tampal sticker note dalam kereta agar saya tak lupa saya nak ke mana atau perlu beli barang.

However…..ada beberapa perkembangan yang saya anggap positif & I’m happy with that.

Antaranya:

1. Saya mengubah suasana rumah & menghias ruang-ruang yang dulunya saya gunakan warna suram kepada warna yang lebih cerah & ceria. Contohnya menukar langsir bilik tidur & mengubahsuai perabot dalam bilik tidur arwah mak mentua. Aura mak mentua masih terasa, hati masih sedih tatkala melihat barang-barang peninggalan arwah. Lalu saya ubah perabot & sentiasa wangikan bilik untuk menghilang bau yang membuatkan saya rindu akan arwah & bersedih. Begitu juga dengan ruang-ruang dalam rumah.

Ruang Bilik

2. Saya lepaskan barang-barang yang pernah membuatkan hati saya sakit, sedih, kecewa & sentiasa teringat akan segala peristiwa pilu dalam rumah tangga yang bergolak dahulu. Antaranya, saya jual kereta kesayangan saya yang saya dah guna selama 13 tahun.

3. Saya block semua nombor telefon & media sosial orang yang pernah menyakiti hati saya  termasuk adik-beradik dari mak lain & ibu tiri, ipar/biras & bekas pekerja. Saya maklumkan kepada suami bahawa saya tidak ingin berjumpa atau bersua muka dengan orang yang membuatkan hati saya luka, sedih atau marah. Saya bukan bertujuan memutuskan silaturrahim tetapi saya sekadar menjaga jarak, emosi & mental saya untuk seketika sementara saya dalam proses pemulihan. Jika ada keperluan, mereka masih boleh berhubung dengan suami & anak-anak saya.

4. Saya bagitau suami yang saya inginkan suasana berbeza dalam hidup. Atas keperluan kerja kami mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa hari dalam seminggu ke Kuala Lumpur, manakala beberapa hari lagi kami balik ke Kuantan kerana mak saya masih tinggal dengan kami & masih ada seorang anak bersekolah berasrama di Kuantan. Kakak mengambil alih tugas menjaga mak yang skizo ketika ketiadaan saya di Kuantan.

5. Saya beranikan diri menerima tawaran bercakap di public yang dah lama saya tinggalkan. Mungkin kerana pernah rasa malu kepada masyarakat, akibat ada beberapa pihak yang mencemuh saya, maka saya tolak banyak tawaran selama hampir 3 tahun kebelakangan ini. Tahun 2026 ini, saya bertekad untuk “GET BACK ON TRACK” & I did it!

Podcast di Pusat Perhubungan Aumni UMPSA pada 12.1.2026

.

.

.

Menyampaikan amanat kepada ibu bapa pada hari pendaftaran Madrasah Dar Al Misykah (10.1.2026)

6. Saya ubah penampilan diri. Memilih warna pakaian yang lebih ceria agar ia mempengaruhi mood & menambah excercise selain brisk walk. Saya follow pilates secara on9. Sekali sekala, saya manjakan diri ke spa seperti yang disarankan oleh doktor psy. Saya akui, saya perlu lebih hargai diri saya instead of terlalu tumpukan perhatian kepada orang lain.

Mini gym di rumah

.

.

Manjakan di ke Spa (sekadar gambar hiasan)

7. Saya PAKSA DIRI menambah amalan harian. Saya berpendapat, Allah swt inginkan saya lebih merapatkan diri kepadanNya. Mungkin amalan saya selama ini masih belum cukup untuk membersihkan hati saya & memantapkan iman saya. Setiap hari saya berdoa agar saya memaafkan semua orang yang menyusahkan & menyakiti hati saya.

Jika sebelum ini saya beristighfar sebanyak 1000 kali sehari, sekarang saya gandakan bacaan. Begitu juga dengan Selawat Tafrijiyyah yang dahulunya saya baca sebanyak 11 kali selepas solat, tetapi sekarang saya cuba mencapai bacaan at least 100 kali sehari. Saya tidak tinggalkan bacaan 100 kali sehari Selawat Aliyil Qadri kerana ia membantu menguatkan diri beribadah kepada Allah swt.

Berzikir bersama meow 😆

8. Saya segera hubungi doktor psy jika ada perasaan sedih/marah. Saya tidak ingin pendamkan lagi apa yang terbuku di hati seperti dahulu, selain mengadu kepada Allah swt. Segera lepaskan agar ia tak mengganggu fungsi otak seperti yang telah saya tulis dalam Pejuang Anxiety Part 1.

Saya tertarik dengan perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di link ini berkenaan anxiety yang hampir sama dengan apa yang saya nukilkan dalam Part 1. Bacalah…

https://www.facebook.com/share/p/1Fjgzw2vSt/?mibextid=wwXIfr

9. Saya makan dengan lebih teratur supaya tidak diserang gerd. Saya lebih menjaga pemakanan agar tidak mengakibatkan acid berkumpul di perut & menggangu tidur. Saya follow semua saranan doktor sama ada doktor psy atau pakar jantung (kerana saya ada masalah High Cholesterol due to genetic problems). Kita kenang kembali saat2 saya ada masalah jantung yang membuatkan saya mengambil rawatan jantung sebelum berjumpa doktor psy di link ni: 

https://saljuputih.blog/2025/07/04/mengutip-cebisan-jiwa/

Semua hal adalah berkait antara satu sama lain & satu demi satu rawatan telah saya lalui.

Jangan skip breakfast

10. Saya tidak lagi sentiasa berpeluh-peluh atau panas yang tidak menentu. Saya banyakkan minum air masak/kosong, mengawal pengambilan kopi & gula. This is the best achievement yang membuatkan saya happy sebab ia amat merimaskan jika sentiasa berpeluh & pakaian menjadi basah. Sekarang saya rasa lebih tenang & selesa. Tak perlu tukar pakaian berkali-kali sehari.

11. Perasaan marah juga sudah mulai terkawal & reda. Saya sentiasa praktikkan “Deep Breath” seperti yang disarankan oleh doktor psy.

Bekerja seperti biasa. Masih dalam proses membetulkan pelbagai salah laku yang dimanipulasikn oleh bekas pekerja.

.

Alhamdulillah….
Alhamdulillah….
Alhamdulillah….Segalanya dengan izin Allah swt.

Saya yakinkan diri saya yang saya akan sembuh dari anxiety disorder asalkan saya berkehendak & berusaha bersungguh-sungguh. Tambahan pula, saya masih diperingkat awal. Allah swt telah memilih saya melalui pelbagai ujian hidup & menghadapi pelbagai kerenah manusia. Walaupun ia memerlukan kesabaran yang tinggi & mengambil masa untuk melalui/menyelesaikan satu persatu, namun ada banyak doa saya yang telah Allah swt makbulkan.

(فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)

Bermaksud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Sepotong ayat yang diulang 31 kali dalam Surah Ar-Rahman, mengingatkan manusia dan jin tentang segala nikmat Allah swt di langit dan bumi, serta sebagai soalan retorik tentang pengingkaran terhadap nikmat tersebut, yang berkaitan dengan ciptaan Allah, siksa neraka, dan ganjaran syurga. Maka, wajiblah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt kurniakan.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ma shaa Allah……

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

(Hadith Riwayat Thabrani dan Daruquthni)

Oleh itu, saya berusaha menjadi manusia yang bermanfaat seperti dalam hadith.

Semoga perkongsian ini memberi semangat kepada pejuang anxiety yang lain untuk pulih. Tidak ada orang lain yang mampu mengubah diri kita jika kita sendiri tidak berusaha melakukan perubahan.

Ayuh!

Kita sihat bersama-sama demi menjadi khalifah di muka bumi yang sentiasa beribadah kepada Allah swt, patuh pada ajaran Nabi Muhammad saw & memberi manfaat kepada sesama khalifah yang lain.

Berusahalah mengubah diri ke arah yang lebih baik

.

.

.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always

💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 16 Jan 2026/27 Rejab 1447H

#ibuanak4

#usahawankecil

#penulis

#asianebookembassadormsga

#senioradvisormsga

BILAKAH SAAT SAKARATUL MAUT?

Assalamualaikum warahmatullah…

“Umi, kaki umi dah bersih. Dah takde keluping. Kalau tak…hari-hari Zan sapu losyen untuk hilangkan keluping.” Ujarku perlahan sambil mengusap betis kecil jenazah umi sebelum dikafankan.

“Ummi, hari ni hari last Zan pakaikan baju kat umi.” Bisikku tatkala mengemaskan kain kafan di tubuh umi.

Begitulah bicara terakhirku bersama umi, (Almarhumah Sharifah Nadzrah binti Syed Ahmad Al Hindwan) mak mentua tersayang yang aku tatang selama setahun 4 bulan 2 hari, menyantuninya seperti ibu sendiri. Kembali ke rahmatullah pada 3.12.2025 akibat komplikasi buah pinggang, jantung, darah tinggi & diabetes.

Air mata masih tak berhenti mengalir, hinggalah saat umi di bawa ke liang lahat. Ramai orang memelukku. Sama2 menitiskan air mata. Saudara-mara ucapkan terima kasih kepadaku kerana menjaga umi, walhal aku tidak cukup baik semasa berkhidmat untuk umi. Aku bukan penjaga yang sempurna. Mungkin lebih banyak dosaku terhadap umi yang aku tak ketahui. Moga Allah swt ampunkanku.

3.12.2025 jenazah umi setelah dikafankan

Sesungguhnya…ia adalah proses yang normal untuk kita melepaskan orang yang kita sayang kembali kepada Penciptanya. Tambahan pula, orang yang kita spend masa setiap hari selama bertahun-tahun. Sesedih mana pun, kita perlu redho untuk melepaskan mereka. Semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Semuanya milik Allah swt. Satu hari nanti, kita jua akan kembali kepada Nya.

Kepada penjaga pesakit, saya menulis di sini sebagai peringatan & pelajaran agar kalian santuni pesakit dengan baik. Perhatikan setiap perubahan dari hari ke hari. Apabila sampai masanya, akan keluar tanda-tanda kematian yang dikatakan bermula dari 100 hari terakhir. Boleh rujuk pelbagai kitab untuk tahu tanda-tanda yang lebih details. Saya bukanlah ahlinya untuk mengulas lanjut. Saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman sebagai diri yang fakir ilmu.

Setelah menjaga umi lebih dari setahun, saya mulai merasai setiap perubahan almarhumah umi dari hari ke sehari & dapat rasakan yang beliau semakin hampir dengan kematian. Dari segi tingkahlaku, percakapan, pemakanan & pola tidur serta pola kencingnya. Sebulan terakhir, semuanya membuatkan saya semakin sayang & rasa tak sanggup nak meninggalkan beliau walaupun untuk ke tempat kerja atau hal-hal lain.

Sebenarnya, saya juga pernah menghadap arwah datuk, nenek, ibu saudara kepada suami saya & nenek kepada suami saya saat mereka sakarat. Oleh itu, saya belajar dari ciri-ciri yang mereka tunjukkan di saat malaikat maut datang bertandang. Ia sangat menginsafkan, melihat bibir kekeringan & pesakit dalam keadaan yang sangat dahaga. Moga Allah swt ampun dosa-dosa kita semua & mati dalam keadaan husnul khotimah.

Boleh baca sharing saya menghadap saat sakarat ibu saudara keoada suami saya pada tahun 2022;

Wanita Dambaan Syurga

Berzikir menemankan umi tidur

Sejak mengenalpasti pelbagai perubahan pada diri umi:
1. saya mulai memasang bacaan Al Quran berhampiran tempat tidurnya (kerana umi kurang pendengaran) yang mana, sebelum ini saya pasang di ruangan lain dalam rumah.
2. Saya juga melayan setiap kehendaknya tanpa banyak bicara. Seboleh-bolehnya tidak mahu adanya rasa terkilan di kemudian hari.
3. Membaca selawat & zikir kepada makanan/minumannya agar mengalir ayat2 ruqyah yang mampu mengurangkan kesakitan kepada tubuh badannya.
4. Sentiasa solat hajat agar Allah swt mudahkan saat sakaratnya & ampunkan dosa2nya.
5. Sentiasa solat taubat & memohon kepada Allah swt ampunkan dosa2 yang tidak saya sengajakan semasa masa menguruskan umi & agar saya dikurniakan kekuatan & kesabaran dalam menyantuni umi.

VIDEO

Dengan izin Allah swt, 2 hari sebelum pemergian umi, saya telah bermimpi didatangi ibu kandung umi (dikenali sebagai almarhumah Tok Neng). Dalam mimpi tersebut, beliau menjemput saya ke rumah untuk makan2 bersama ramai ahli keluarga yang lain, kecuali umi. Beliau menyatakan kegembiraan beliau kerana saya menjaga umi & katanya selepas ini, saya tak perlu lagi bersusah-payah menjaga umi. Beliau akan mengambil alih tugas tersebut. 😔😔😔

Subhanallah….mungkin ia sekadar mimpi yang tidak membawa sebarang maksud. Tetapi menurut guru-guru saya yang mursyid, mimpi yang baik itu adalah bisyarah dari Allah swt. Maka teruslah kita bersangka baik kepada Allah swt tanpa bersandarkan kepada mimpi. Saya bukan orang alim seperti para salaf saleh yang boleh menganggap mimpi adalah mesej dari Allah swt. Saya hanya seorang manusia biasa yang iman lebih nipis dari kulit bawang.

Pada hari terakhir umi, disaat kaki umi mulai sejuk, saya memakaikan stoking & menyelimuti umi. Umi kemudiannya meminta sehelai lagi selimut kerana berasa semakin sejuk. Saya mulai membacakan Yaasin 1000 Syifa’, surah Al Mulk & Ratib Al Attas sambil mengusap2 tubuh umi. Sesekali, umi membuka mata & kemudian memejamkanya semula. Beberapa bahagian anggota tubuh mulai bergerak-gerak sendiri. Dari guru mursyid saya, Ustaz Hj Hod A Rahman telah mengijazahkan saya supaya membaca Yaasiin 1000 Syifa’ jika melihat pesakit sudah lama menderita sakit. Namun kita perlu redho dengan apa yang bakal Allah swt persembahkan selepas itu. Sama ada pesakit semakin sihat atau bertemu dengan Ilahi dalam keadaan yang lebih mudah. Yasiin 1000 syifa’ ini juga adalah ajaran dari Al Habib Alwi Al Maliki (Mekah).

Saya menghubungi keluarga & memaklumkan keadaan umi tatkala nafas umi mulai berbunyi kuat & seolah-olah nyawa berada di dadanya.

Yaasiin 1000 Syifa’

Didalam kitab DI BALIK TABIR KEMATIAN ada menceritakan perihal mimpi yang benar & ciri-ciri orang yang mendapat mimpi yang baik selain dari Rasulullah ﷺ.

Boleh rujuk pada keratan-keratan buku yang saya lampirkan di sini: 👇🏻👇🏻👇🏻

Keratan dari kitab Di Balik Tabir Kematian (1)

Keratan dari Kitab Di Balik Tabir Kematian (2)

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, jika anda adalah penjaga pesakit yang setiap hari menguruskan pesakit, nescaya anda akan menyaksikan perubahan demi perubahan terhadap pesakit yang semakin uzur. Antaranya:

  1. Perubahan warna kulit – kulit kelihatan tidak sihat
  2. Suhu badan menurun
  3. Malas melakukan aktiviti sosial – mereka tidak lagi bersemangat untuk berbual-bual, keluar makan, berjumpa orang, menonton tv & sebagainya.
  4. Banyak tidur
  5. Selera makan berkurangan (kadangkala pesakit akan makan extra beberapa hari terakhir setelah lama tak makan).
  6. Sakit di beberapa titik – Kemunculan kesakitan di beberapa titik pada badan atau kemunculan luka/kudis dekubitus.
  7. Kesukaran bernafas, termasuk tanda-tanda kematian yang paling biasa
  8. Berhalusinasi – Halusinasi boleh termasuk melihat diri sendiri dijemput oleh malaikat, dijemput oleh orang tersayang yang telah meninggal dunia, banyak haiwan liar menghampiri dan banyak lagi.
  9. Kegelisahan
  10. Pola kencing berubah

Oleh yang demikian, sebagai penjaga pesakit, anda perlu mencari ilmu menenangkan/menghadapi saat-saat kematian pesakit. Apabila anda mempunyai ilmu, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan ketika pesakit sedang sakarat, terutamanya jika anda bersendirian.

Saya melalui saat sakarat arwah umi bersendirian sebelum kedatangan ahli keluarga & sahabat handai.

VIDEO: Ustazah Hajah Muzayyanah Abdullah

Didalam kitab DI BALIK TABIR KEMATIAN ada pelbagai ilmu tentang saat-saat kematian yang boleh kita pelajari. Bacalah atau hadirlah mana-mana kuliah yang membicarakan tentang kitab ini.

Kitab Rujukan

Keadaan yang disukai pada orang yang menjelang ajal ialah ketenteraman & ketenangan. Dari lidahnya terucap dua kalimat syahadat & dari hatinya adalah dia bersangka baik dengan Allah swt. Sebab itu ahli keluarga digalakkan berada di sisi pesakit & membaca Al Quran.

Tentang bentuknya, maka Nabi s.a.w. telah bersabda:


“Perhatikanlah tiga hal pada orang yang tengah sakaratul maut. Jika keningnya berkeringat, berair kedua matanya, dan kering kedua bibirnya, bererti rahmat Allah telah turun kepadanya. Tetapi jika ia kelihatan seperti orang yang tercekik, memerah warna kulitnya, dan pucat kedua bibirnya, maka itu adalah akibat azab Allah kepadanya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)16 d
Dari Salman, tapi tidak shahih.

Tentang lidah yang lancar mengucapkan dua kalimat syahadat, itu adalah petanda yang baik. Abu Sa’id al-Khudri berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tuntunlah kepada orang-orang yang hendak mati dengan kalimat La ilaaha illallah.”

Disebutkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Hudzaifah, “Sesungguhnya kalimat tersebut akan menghapus kesalahan-kesalahan sebelumnya.”

Usman berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa mati dalam keadaan yakin bahawa tidak ada tuhan selain Allah, nescaya ia masuk syurga.”

Usman mengatakan, “Apabila seseorang menjelang ajalnya, maka ajarlah ia membaca kalimat La ilahaa illallah. Sebab, setiap orang yang mengakhiri hidupnya dengan kalimat tersebut, itu akan menjadi bekalnya menuju syurga.”

Alhamdulillah..ketika umi sedang sakarat, setelah beberapa kali saya menuntunkan bacaan talqin & Allah…Allah…Akhirnya umi mengucapkan “Allah….” Sebanyak 2 kali sebelum berhenti memberikan respond kepada panggilan saya.

Dari kitab PERINGATAN TENTANG UMUR INSAN dinyatakan apabila si pesakit mengalami sakit kuat, dan telah ternyata tanda-tanda hampir ajalnya, hendaklah kaum keluarganya memperhatikan keadaannya, hendaklah mereka mengingatkan kebajikan & kebaktiannya pada masa dahulu. Ingatkan juga akan luasnya rahmat Allah & keampunanNya kepada orang yang berdosa & kemaafanNya terhadap orang yang cuai. Inilah amalan yang biasa dilakukan oleh para salaf saleh terhadap orang yang sedang naza’. Moga pesakit yang sedang naza’ itu akan merasa lega apabila mendengar ucapan-ucapan seumpama itu.

Kitab Rujukan

Setelah pesakit mengucapkan talqin dengan betul (La illahaa ilallah), tak perlu minta pesakit mengucapkannya lagi, melainkan jika dia berkata-kata sesuatu yang lain. Barulah diulang lagi.

Bacalah Surah Yaasiin untuk memudahkan roh keluar dari jasad. Mati itu ada kesusahan & sakarat. Kita juga digalakkan membaca Al Quran sebanyak yang mungkin.

Apa yang patut dibuat terhadap orang yang sedang naza’?

Adalah sunat memiringkan orang yang naza’ ke kanannnya menghadap kiblat. Apabila terputus sahaja nafasnya, hendaklah kedua belah matanya ditutupkan kerana pemandangannya akan menoleh ke arah mana nyawa itu pergi.
Kemudian, segerakanlah urusan pengkebumiannya.

Guru saya, Ustazah Sharifah Hafsah Bana Hasan sentiasa mengingatkan kami agar membaca surah Al Mulk sebanyak yang mungkin ketika urusan memandikan & mengkafankan jenazah. In shaa Allah, mudah2han segala urusan si mati saat pengkebumian & bersama malaikat munkar & nakir akan dipermudahkan.

Ketika memandikan & mengkafankan jenazah, usaplah tubuhnya buat kali terakhir. Sentuhlah kulitnya kerana selepas ini kita tidak lagi dapat mencium tangan & wajahnya. Berbicaralah dengan jenazah, mohon ampun & maaf atau bercakaplah seolah-olah jenazah masih ada bersama kita. Sesungguhnya, roh si mati masih melihat apa yang sedang dilakukan oleh anak cucu mereka. Itulah yang saya lakukan tatkala memakaikan baju terakhir umi.

Kemudian, kami sekeluarga bersegera membahagikan juzuk bacaan Al Quran untuk menghadiahkan khataman Al Quran kepada almarhumah umi. Anak cucu mengambil bahagian membaca sejak pagi hingga khatam sebelum maghrib pada hari tersebut. Mudah-mudahan segala doa dari anak cucu yang soleh/hah menenangkan umi pada hari pertama di alam barzakh.

Keesokan harinya, kami meminta pelajar tahfiz datang ke rumah & mengkhatamkan Al Quran sekali lagi.

Majlis Tahlil & Khataman Al Quran

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan mengenai tanda-tanda sakratul maut yang perlu kita ketahui. Supaya kita sentiasa alert dengan mengingati mati & menambah amal. Melainkan si mati, mati mengejut tanpa ada sebarang penyakit atau tidak terlantar sakit. Itu adalah keadaan yang berbeza dengan tujuan penulisan ini.

Setelah si mati dikebumikan, sentiasalah berusaha untuk membaca tahlil & menghadiahkan khataman Al Quran kepada si mati. Jika tak mampu melakukan secara bersendirian, lakukanlah secara berjemaah.

Cubalah untuk hadir ke majlis ilmu sekerap mungkin & berguru dengan guru yang mursyid agar hati kita tidak kosong. Segala ilmu telah diajarkan dalam Islam dari ilmu kelahiran hinggalah ke saat kematian & seterusnya ke hari kiamat. Tidak ketinggalan, tentang syurga & neraka. Maka, kenapa kita masih lalai dengan dunia?

Marilah sama-sama kita saling mengingati antara satu sama lain tentang kematian. Mati itu pasti.

Umi dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi Kuantan

Moga perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua yang membaca.

Dah baca….jangan lupa like & subscribe blog ini.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Sabtu, 20.12.2025/29 Jamadil Akhir 1447H

Ibuku Skizofrenia (Part 9)

(BAWA MAK JUMPA DOKTOR PSIKIATRI)

HTAA 18 Disember 2025

Seusai turunkan mak di pintu hospital, aku mencari parking di luar kawasan hospital. Hujan agak lebat. Apabila dapat parking, aku duduk sekejap dalam kereta menunggu hujan reda.

Sebaik melangkah ke dalam lobby klinik pakar psikiatri aku mencari mak di tempat duduk, tetapi tiada. Aku segera ke kaunter pendaftaran.

Aku: “Encik, mak saya nama Kamaliah binti Mat Zin dah masuk jumpa doktor ke?”

Pegawai A: “Errr…belum rasanya” Sambil belek fail di tangan.

“Eh..ada fail Kamaliah pada engkau?” Tanya pegawai A kepada pegawai B

Pegawai B: “Tak de” Sambil rujuk fail di tangannya.

Pegawai C: “Haaa sudah! Entah2 patient dah lari!” (Bcoz keadaan ini biasa berlaku di klinik psy)

Aku: “Tak kan la…encik” Sambil gelak sebab tahu kelajuan mak berjalan lebih kurang 10km/jam.

“Mungkin ke tandas” Ucap pegawai A

Pegawai B segera berjalan ke setiap bilik. menjenguk di setiap tingkap kaca kecil pada pintu.

“Cik! Sini!” Jeritnya kepadaku.

Aku segera masuk ke bilik di mana doktor sedang berbual dengan mak.

Doktor: “Owh ini anak makcik? Dah dapat parking ye…”

Aku senyum menganggukkan kepala.

Conversation bermula antara aku & doktor.

Doktor: “Mak memang tinggal skali dengan cik ye?”

Aku: “Ye”

Doktor: “Cik kerja?”

Aku: “Kerja. Tapi kerja sendiri.”

Doktor: “Habis tu, kalau cik pergi kerja siapa jaga mak?”

Aku: “Mak duduk sorang kat rumah. Mak boleh urus diri sendiri”

Doktor menganggukkan kepala. Senyum ramah sambil mencatat nota.

Aku: “Doc, sekarang mak saya banyak tidur. Dah setahun lebih tak nak excercise & tak nak ikut saya pergi kelas2 agama macam dulu”

Doktor: “Ada beberapa faktor. Pertamanya faktor ubat. Saya tengok rekod, dose mak dah dinaikkan. Faktor ke 2, usia. Dalam usia macam ni, mak dah malas nak buat apa2 ditambah pula sebab makan ubat. Tapi tak pe, kita fokus pada skizo dia. Yang penting mak tak de bercakap sorang2 & berhalusinasi. Biar je dia macam ni”

Aku: “Ubat tu kena makan seumur hidup ke?”

Doktor: “Ye. Skizo takkan sembuh tapi kita bagi ubat untuk kawal dia”

Aku: “Dulu saya jaga mak mentua yang bed ridden. Masa tu mak selalu macam jeles, rasa macam saya bagi perhatian lebih kat mak mentua & mak buat macam2 hal. Tapi sekarang mak mentua dah meninggal.”

Doktor: “Ya..dia rasa cik tak sayang dia. Perhatian cik lebih kepada mak mentua. Sekarang cik kena pampered mak lebih. Bagi dia rasa cik sayang dia semula.”

Doktor: “Macam mana dengan aktiviti harian mak?”

Aku:”Mak susah mandi. Saya kena suruh mak mandi & shampoo, barulah mak mandi. Kadang2 berhari2 tak mandi sampai badan berbau. Normal ke macam tu?”

Doktor: “Ya…atas faktor usia. Orang normal pun boleh jadi macam tu. Kemungkinan mak akan dapat dimentia (nyanyuk) pun ada.”

Aku: “Owh….😔😔😔”

Doktor: “Ada apa2 lagi yang cik nak tanya?”

Aku: “Tak de dah..” (dalam hati tertanya2, kenapa doktor address aku dengan “cik” dia tak rasa ke aku lebih tua dari dia? kekekeke 🤪🤪🤪

Selesai urusan dengan doktor kira2 30 minit, kami ke kaunter semula untuk mengambil slip ubat & tarikh appointment.

Mak: “Mana slip ubat? Macam mana nak ambil ubat?”

Aku: “Ni mak…” Sambil tunjuk kertas yang mak pegang.

Mak: “Macam mana nak ambil ubat?”

Pegawai A: “Tak pe…ikut je anak tu” Sambil senyum & pandang aku.

Aku menarik tangan mak. Mak akur & ikut aku berjalan menuju ke farmasi.

VIDEO

Hujan renyai. Mula2 mak pegang payung sendiri & aku ekori mak dari belakang. Aku mengenakan jacket berpenutup kepala, so aku tak perlukan payung.

Aku: “Mak, tutup payung. Kita jalan bawah atap”

Mak: “Biarlah. Hari hujan!”

Aku: “Tapi kita jalan bawah atap, mak.”

Mak: “Emmhh…biarlah”

Aku ketawa…hahaha begitulah mentaliti orang skizo. Bila hujan kena guna payung. Di rumah, time hujan tak boleh on kipas/aircond. Hehehehe aku layankan sahaja kerenah mak. Kalau marah, nanti aku yang stress.

Begitulah kisahku dengan mak hari ni.

Sebenarnya dah lama aku tak follow mak ke hospital sejak jaga arwah mak mentua. Kakak memainkan peranan bawa mak ke hospital.

Alhamdulillah hari ni Allah swt izinkan aku bawa mak. Sebelum balik, aku bawa mak makan.

Mak baca doa makan

Hari ni juga merupakan hari ulang tahun arwah umi (mak mentua). Maha Baiknya Allah, menetapkan hari ini adalah hari majlis khatam hafazan 30jq anak saudaraku Muhammad Adam yang aku jaga dari kecil macam anak sendiri. Tetapi disebabkan aku bawa mak ke hospital, aku tak sempat hadir ke majlis khatamannya. Mujurlah kakakku (mak kandung Adam) dapat kelepasan dari Boss untuk hadir & suamiku juga free untuk hadir. Maka aku minta Adam niatkan khatamannya untuk almarhumah umi, Sharifah Nadzrah binti Syed Ahmad. Moga umi tenang di sana 🤲🏻🤲🏻🤲🏻. Sesungguhnya…aku rindu umi 😔😔😔.

Muhammad Adam Khatam 30jq Hafazan di Ribat Mustofa, Ktn Phg

Segala yang terbaik adalah dari Allah swt manakala segala khilaf & salah adalah dari diriku sendiri. Satu je aku nak pesan….siapapun mak kita & seberjaya mana pun kita, santuni mak ayah dengan baik hingga ke akhir hayat mereka.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Khamis, 18 Disember 2025

Nota kaki: Takkan la korang baca je…SUBSCRIBE la blog saya ni hehehe✌🏻✌🏻✌🏻

PEJUANG ANXIETY (Part 2)

Assalamualaikum warahmatullah

Sejak posting saya di FB pada hari saya “BURNT OUT”, ramai sahabat & keluarga jauh hubungi saya. Bertanya khabar & memberi kata-kata perangsang.

Link FB berkenaan saya “BURNT OUT”:
https://www.facebook.com/share/p/17bp7apccn/?mibextid=wwXIfr

Untuk beberapa hari, saya rasa malas melayan sebarang call atau wasap untuk apa-apa dengan ipar duai. Saya rasa kecewa dengan mereka. Rasanya cukuplah usaha saya untuk menyedarkan mereka agar terhindar menjadi anak derhaka.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah swt hadirkan ramai sahabat baik & prihatin yang membelai jiwa saya. Sungguh! Pada hari tersebut (27.11.2025) saya sangat down & sedih. Emosi terganggu kerana tak cukup tidur, penat fizikal dengan kerja2 rumah, mengangkat/dukung umi (mak mentua) ke bilik mandi 2-3 kali sehari setiap hari, penat emosi kerana rasa tiada sokongan dari suami atau ipar duai, ditambah dengan kerenah mak kandung yang skizo yang sentiasa perlukan perhatian setiap hari bila saya tumpukan perhatian yang lebih pada umi & rasa bersalah pada diri sendiri tentang banyak hal.

Bayangkan saya yang berskru di tulang belakang (L4 & L5) serta menggunakan titanium disc di S1 & S2, mengangkat umi seberat 34kg. Siapa yang sanggup? Tell me…orang sihat pun tak sanggup walaupun mereka bina badan setiap hari ke gym.

Keadaan Tulang Belakang Saya

Rentetan dari peristiwa itu, suami memujuk anak saudaranya (cucu lelaki sulung umi) supaya datang ke rumah & jagakan umi selama 2 hari. Suami sanggup membayar upah kepada anak saudaranya jika dia sanggup menjaga neneknya. Anak saudara sanggup & suami membayar upah RM100/hari. Pada kami, itu lebih baik daripada membayar caregivers/paramedik yang datang ke rumah dengan caj RM18/jam.

Saya juga meminta kakak saya datang mengambil mak saya & bawa ke rumahnya selama beberapa hari. Keesokkan harinya kami outstation & meninggalkan umi dalam jagaan cucunya. Namun saya dimaklumkan, abang ipar, adik ipar & isterinya turut datang membantu jaga umi pada hari ke 2.

Alhamdulillah…4 ke 5 orang mengambil alih tempat saya yang menjaga umi bersendirian setiap hari hehehe. Moga umi happy dengan kehadiran anak, cucu & menantunya.

Saya faham ramai yang simpati bila tengok saya burnt out. Saya sangat menghargai keperihatinan semua orang. Tak kurang juga yang menasihati saya agar LEBIH bersabar. Sebenarnya, membasahi diri selama lebih kurang setengah jam dalam hujan lebat sambil beristighfar sampai puas hati pada hari tersebut telah menenangkan sedikit diri saya. Saya rasa sejuk & akhirnya makan paracetamol kerana sakit kepala akibat kehujanan kihkihkih.

Subhanallah…..

Saya menghitung setiap detik dari saat umi sakit pada 15.7.2024 & datang ke rumah saya bersama beg pakaiannya.

“Ummi nak duduk sini” Kata umi ketika melangkah masuk ke rumah saya.

Saya sambut umi dengan baik. Saya pindahkan barang-barang anak & korbankan bilik anak untuk umi. Saya tiada masalah menerima umi walaupun dulu umi lari dari rumah saya setelah 6 bulan saya jaga umi sakit (hilang ingatan) pada tahun 2019. Akibat salah faham dari ipar duai, saya disalahkan sehingga menyebabkan umi lari tanpa notis dari rumah saya. Saya telah maafkan semua orang & tak pernah membalas apa2 kepada sesiapa pun.

Kini setelah 1 tahun 4 bulan saya menjaga umi sendirian, baru pertama kali saya burnt out.

Yes! Pertama kali! Bukan berkali-kali.

Mungkin juga kerana saya skip makan ubat anxiety selama beberapa hari atau atas faktor2 yang telah saya nyatakan di atas. Saya cuba kurangkan dos dengan tidak makan ubat setiap hari kerana ubat “HOVID-ESCITALOPRAM” membuatkan saya sangat mengantuk. Ia agak menyukarkan saya melakukan pelbagai urusan harian, terutamanya ketika menjaga umi.

Menurut doktor, ubat itu berfungsi untuk merehatkan & membaikpulih kecelaruan otak yang saya alami sejak beberapa tahun. So saya perlu makan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk mendapatkan result yang baik.

Maka tidak hairanlah saya tiba-tiba menjadi marah & burnt out pada saat anxiety saya menyerang. Keadaan inilah sebenarnya yang membuatkan saya takut dengan diri saya sendiri.

Info

Saya bukan seorang yang panas baran & tak suka marah-marah. Akan tetapi, jika trigger akan sesuatu hal yang melampau, saya mampu bertindak di luar kawalan. Contohnya memukul/mencederakan orang. Walaupun hal ini tidak selalu berlaku, tetapi ia pernah berlaku.

Ramai orang berkata “Ini kerana kelemahan iman”. Ya…benar. Saya tidak menolak statement itu kerana saya sedar, iman saya memang nipis & takkan setanding dengan keimanan Asiah isteri kepada Firaun.

Tetapi dari sudut psikologi, itulah yang telah saya terangkan dalam post pertama saya sebagai pejuang anxiety di link ini: 👇🏻👇🏻👇🏻

PEJUANG ANXIETY (Part 1)
https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Setelah anak saudara suami membantu menjaga umi selama 2 hari, saya meminta tolong maid jiran sebelah rumah untuk datang sekejap ketika saya nak mandikan umi. Saya tidak lagi mampu untuk mengangkat umi. Tulang belakang saya telah mulai sakit. Begitulah….tidak ada anak-anak umi yang sanggup datang setiap hari walaupun mereka tertanya-tanya macam mana saya mampu angkat & mandikan umi setiap hari.

Dalam tempoh 1 tahun 4 bulan 1 minggu umi berada di rumah saya: adik ipar no.3 pernah ambil umi selama 8 hari & bawa ke rumahnya. Pada ketika itu (Oktober 2024), saya sibuk dengan majlis maulid di sana sini (saya adalah mursyidah maulid), lalu saya minta tolong ipar2 untuk datang ke rumah sekejap untuk menemankan umi ketika ketiadaan saya. Tiba-tiba adik ipar memaklumkan mereka telah sediakan bilik di rumah masing-masing untuk umi. Adik ipar no.4 datang mengambil umi & membawa umi ke rumah adik ipar no.3. Saya diberitahu bahawa mereka ingin menjaga umi selama 2 minggu. Namun, pada hari ke 8, adik ipar no.3 & isterinya datang ke rumah saya & meninggalkan barang2 umi di luar rumah saya & memulangkan umi tanpa sepatah kata. Sehingga ke hari ini, mereka tidak lagi muncul untuk meneman/melayan umi di rumah saya. Hanya datang beberapa kali jika diminta untuk hantar/ambil umi ke/dari pusat dialisis.

Saya tidak lagi ingin menyorokkan cerita ini lagi, kerana apa yang ingin saya highlight kan; jika mereka burnt out hanya selama 8 hari menjaga umi, apatah lagi saya yang menjaga umi & mak kandung yang skizo selama bertahun-tahun. So…adalah logik bagi manusia biasa seperti saya untuk burnt out.

Begitulah yang dilabelkan betapa lemahnya iman kita….😔😔😔. Kita takkan mampu menjadi seperti Uwais Al Qarni yang menggendong ibunya dari Yaman ke Kota Makkah untuk menunaikan ibadah Haji.

Kini saya kembali makan ubat anxiety. Saya bimbang akan berlaku lebih banyak hal yang memudaratkan diri saya kerana saya berseorangan di rumah. Saya tiada support system yang kuat. Saya juga sudah tidak berminat untuk membincangkan apa-apa berkenaan giliran atau apa-apa sahaja berkenaan umi dengan suami atau ipar duai.

Suami sarankan saya menjalani fisioterapi untuk merawat diri saya & menyelesaikan masalah sakit pinggang. Saya jalani fisioterapi & banyakkan berbaring di rumah.

Saya cuba untuk bertenang. Meluahkan perasaan kepada orang yang saya selesa & percaya, hubungi doktor psikiatri & meluah perasaan, berbual-bual dengan anak perempuan yang berada di Mesir, bermain-main dengan kucing-kucing peliharaan & makan sedikit coklat untuk naikkan mood happy.

Hadapi & fahami anxiety

Saya tidak ke pejabat, saya juga lupakan sekejap hal2 bizz tudung bawal yang masih banyak belum terjual, saya tidak menghadiri kuliah agama mingguan yang biasa saya hadir. Saya tidak memasak, hanya beli makanan melalui grab food, saya tak excercise sebaliknya gantikan dengan sauna supaya tetap keluarkan peluh & detox diri. Apabila penat, saya tidur.

Tumpukan pada umi selama 2 minggu

Sesungguhnya…saya akui saya penat melalui semua ini. Bukan semata-mata kerana umi tetapi semua hal yang telah saya nyatakan dalam Part 1.

Hari ini, saya diserang anxiety lagi, ketika berseorangan menjaga umi yang tidak sedarkan diri & kelihatan nazak. Saya mulai berpeluh-peluh & kepala rasa berpusing-pusing walaupun saya duduk dalam bilik berhawa dingin. Saya cuba berhubung dengan keluarga, menghantar mesej/video keadaan mak mentua yang sedang nazak tetapi malangnya tidak mendapat response dari suami yang sentiasa set kan telefonnya dalam keadaan silent mood. Ia membuatkan saya menjadi bertambah kecewa & gagal mengawal “panic attack”.

Video: Saat umi sedang nazak

Menyedari diri diserang anxiety, saya segera menghubungi doktor psikiatri & minta nasihat. Alhamdulillah doktor respond dengan cepat.

Doktor sarankan saya buat “Deep Breath” & jangan biarkan diri saya berlapar.

Alhamdulillah lepas 20 minit saya rasa tenang & mulai fokus tindakan seterusnya untuk fokus jaga umi.

Segera berhubung dengan doktor psy

.

.

.

Teknik Pernafasan

Saya segera mengambil wuduk, solat dhuha, membaca Yaasiin 1000 Syifa’, Surah Al Mulk & Ratib Al Attas. Kemudian saya hubungi guru merangkap ibu saudara, meminta doa & nasihat dari beliau yang tinggi ilmu agamanya. Saya mulai tenang.

Yasiin 1000 Syifa’ ikhtiar penyembuh penyakit

Kemudian, kediaman saya dikunjungi oleh sahabat sekuliah & saudara mara yang ingin menziarahi umi. Di bahu mereka saya lepaskan lelah sambil menitiskan air mata. Semua itu menambahkan ketenangan saya.

Kemudian, umi di bawa ke hospital menggunakan ambulan yang di panggil oleh adik/abang ipar saya. Hati saya sangat sedih/sayu kerana jauh di sudut hati saya, saya tidak merelakannya. Saya sudah nemberitahu biras bahawa umi sedang sakarat, namun siapalah saya untuk mereka percaya. Saya dapat rasakan yang umi tidak akan kembali lagi ke tumah saya tatkala ambulan bergerak.

Ketika saya menulis blog ini, jam menunjukkan pukul 11.50 malam, Isnin 1.12.2025. Saya tidak boleh tidur kerana menunggu khabar berkenaan umi. Jantung saya berdebar-debar & hati saya tidak senang. Saya hanya mampu berdoa & berzikir. Menyerahkan sepenuhnya kepada Allah swt & memujuk hati untuk redho dengan semua yang berlaku.

Video: Bacaan Yaasiin 1000 Syifa’

Begitulah susahnya seorang pejuang anxiety mengawal emosi tatkala berseorangan. Semua hal ini tidak dilihat oleh orang lain dengan mata kasar. Ia berat…tetapi kita perlu lawan. Perlu sentiasa ingat pesan doktor & segera hubungi doktor jika panik.

Apa-apa pun yang berlaku, saya berazam untuk jaga umi sehingga ke akhir hayat SAYA!

Walaupun….

“SAYA RINDUKAN DIRI SAYA YANG DULU”
😔😔😔

Tidak ada yang saya harapkan dari kalian yang sudi membaca blog ini melainkan doa & doa & doa dari hati yang ikhlas.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Selasa, 2 Disember 2025 (tarikh post)

PEJUANG ANXIETY (Part 1)

Assalamualaikum warahmatullah

Ramai orang menganggap anxiety adalah penyakit baharu. Bila baca komen-komen nitizen di medsoc mengenai anxiety, ada yang anggap pesakit sekadar mengada-ngada, sedangkan pada zaman dahulu, tiada penyakit bernama anxiety. Tuduhan ini adalah berat bagi saya kerana anxiety bukanlah penyakit baharu & tidak boleh di buat-buat. Malahan, ada pesakit yang tidak tahu dia sebenarnya menghidap anxiety.

Gambar hiasan

Begitulah perihal masyarakat kita yang masih kurang pendedahan mengenai penyakit mental. Mereka juga malas membaca, malas belajar & lebih cenderung menolak kewujudan pelbagai penyakit mental. Bagi saya yang menjaga mak yang menghidapi skizofrenia selama 30 tahun, saya mula mengenali perihal penyakit mental ketika berusia 23 tahun. Sebelum itu, tiada pendedahan yang luas di media massa mengenai penyakit mental. Apa yang orang awam faham hanyalah “ORANG GILA” apabila dikaitkan dengan masalah mental. Rata-rata hanya terbayangkan
“TANJUNG RAMBUTAN” sebagai tempat pengumpulan orang gila.

Begitulah rendahkan tahap pemikiran masyarakat kita terutamanya orang melayu. Paling menyedihkan, apabila suami/isteri/keluarga sendiri tiada pengetahuan & menuduh pesakit sebagai orang tak beriman.

Apa itu anxiety?

Anxiety ialah rasa cemas yang normal tetapi boleh menjadi gangguan mental apabila ia tidak dapat dikawal, berterusan untuk tempoh yang lama, dan mengganggu aktiviti harian. Ia melibatkan perasaan takut atau bimbang yang berlebihan, yang boleh menyebabkan simptom fizikal seperti jantung berdebar dan sesak nafas, serta menjejaskan kualiti hidup seseorang. Apabila ia menjadi masalah yang serius, ia disebut sebagai gangguan kecemasan (anxiety disorder). 

Gambar hiasan

Perbezaan dengan rasa cemas biasa
• Rasa cemas biasa: Muncul dan hilang mengikut situasi atau pencetus, dan tidak menjejaskan kehidupan harian secara teruk. 

• Gangguan kecemasan: Rasa cemas yang intens, tidak terkawal, dan berterusan untuk tempoh yang lama (hari, minggu, atau bulan), mengganggu fungsi sosial, pekerjaan, atau pendidikan. 



Simptom umum gangguan kecemasan
• Rasa cemas atau takut yang berlebihan dan sukar dikawal.
• Jantung berdebar-debar.
• Sesak nafas.
• Gementar atau gegaran.
• Gangguan tidur.
• Sakit kepala, pening, atau sakit perut.
• Mudah lemas. 

Faktor yang menyumbang kepada gangguan kecemasan
• Trauma masa lalu seperti penderaan atau perundungan (bullying).
• Perubahan dalam aktiviti otak yang mengawal emosi.
• Ketidakseimbangan kimia di otak seperti serotonin dan noradrenalin.
• Faktor genetik, di mana risiko meningkat jika ahli keluarga mempunyai gangguan ini.
• Penggunaan dadah atau alkohol

Anxiety perlu dirawat sebelum pesakit menjadi lebih parah & mengakibatkan kemurungan (depression) atau penyakit yang lebih kronik seperti skizofrenia. Boleh baca perkongsian saya mengenai “Ibuku Skizofrenia” di entri ini:
https://saljuputihsite.wordpress.com/2019/11/24/ibundaku-skizofrenia/

Namun, ada golongan yang menyifatkan pesakit mental adalah golongan orang yang tak jaga solat, tak baca Quran atau tak berzikir. Itu adalah stigma masyarakat yang salah & paling penting untuk dibetulkan. Pernah tengok pesakit mental yang dahulunya merupakan seorang Al Hafiz? Atau seorang bilal masjid? Atau seorang cendiakawan yang cemerlang dalam pelajaran? Jika anda belum pernah jumpa, bermakna anda belum bercampur dengan masyarakat secara lebih luas & mungkin juga anda seorang yang tidak ambil cakna mengenai kesihatan mental. Jika hanya terkait dengan iman, bagaimana pula halnya dengan pesakit bukan Islam?

Apabila seseorang yang mengalami anxiety meminta nasihat dari seorang ilmuan agama atau asatizah, mereka akan dinasihati agar mengingati Allah swt, jaga solat, berzikir dan sebagainya. Nasihat itu tidak salah walaupun ia melukakan hati pesakit. Kerana asatizah menasihati mengikut kepakaran dalam bidangnya.

Amalkan doa ini

Namun, apabila pesakit mendapatkan rawatan dari doktor sakit mental atau psikiatri, doktor akan menerangkan pelbagai fungsi otak yang ada kerosakan akibat masalah-masalah yang disenaraikan di atas. Doktor akan fokus kepada bagaimana untuk membaikpulih fungsi bahagian otak yang terganggu melalui kaunseling atau ubat-ubatan. Semua ini adalah normal, kerana setiap doktor ada kepakaran masing-masing. Sama keadaannya apabila kita sakit jantung, kita akan jumpa pakar jantung. Kita juga ada pakar tulang untuk sakit tulang, pkar cancer, pakar saraf & sebagainya.

Gambar hiasan

Oleh itu, bukalah minda bahawa, berjumpa psikiatri bukan bermakna pesakit itu gila tetapi dia perlukan rawatan dari pakarnya. Anxiety boleh bersifat sementara. Sama keadaannya apabila kita macam kita demam, apabila makan ubat, kita akan sembuh.

Melalui pengalaman saya yang sedang menjalani rawatan anxiety, saya dapat rasakan banyak improvement setelah menjalani rawatan & pengambilan ubat. Saya pernah berjumpa pakar psikiatri pada tahun 2023 hingga awal tahun 2024. Saya makan ubat “ESPRAN 10mg” selama sebulan. Selepas itu, saya meneruskan rawatan hanya dengan sesi kaunseling tanpa ubat. Selepas beberapa bulan, saya menamatkan rawatan setelah rasa pulih.

Unfortunately ada banyak hal yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh 2 tahun lebih & ujian itu berturut-turut, satu demi satu. Ujian demi ujian datang bertubi-tubi & saya telah mencuba sedaya upaya untuk bertahan, tetap tersenyum kepada dunia & tidak meluah membabi buta. Saya sentiasa cuba hadapinya sendirian terlebih dahulu & jika penat berfikir saya akan minta nasihat dari guru agama saya. Saya tidak suka bercerita kepada ahli keluarga kerana tidak mahu membuatkan mereka risau & sedih. Suami juga bukanlah tempat yang sesuai untuk saya meluah. Jika anda membaca posting saya yang terdahulu di sini, saya telah cuba sedaya upaya untuk kuat & bertahan:

👇🏻👇🏻👇🏻

https://saljuputih.blog/2025/07/04/mengutip-cebisan-jiwa/

Namun, apakan daya saya sebagai seorang manusia biasa yang iman senipis kulit bawang, saya tewas. Saya tetap menunaikan solat 5 waktu, membaca Al Quran , berzikir & sebagainya namun, ia tidaklah semudah yang disangka untuk mengawal esmosi tanpa support system yang kuat. Saya hanyalah seorang wanita biasa yang perlukan belaian & kasih sayang dari orang sekeliling sama macam wanita berusia 40an yang lain.

Sebelum mendapatkan rawatan di psikiatri, saya telah mengalami simptom jantung berdebar laju, sentiasa berpeluh, lupa, resah gelisah & lain2. Paling menyusahkan ialah saya lupa banyak perkara malahan lupa nama kawan-kawan, tarikh-tarikh penting, rutin harian & amalan harian. Setelah membuat pemeriksaan jantung, ternyata jantung saya sihat & doktor menyarankan agar saya berjumpa kaunselor/psikiatrist. Selama 4 bulan selepas itu, saya cuba menenangkan diri secara alami dengan mengawal emosi, beriadah & zikrullah.

Apa sahaja yang tak saya buat?
Solat hajat, membaca Ratib Al Attas, membaca Selawat Tafrijiyyah, membaca Selawat Jibril, zikir Ya Latif dan lain-lain. Bukanlah dengan niat menunjuk-nunjuk amalan, tetapi itulah yang telah saya usahakan. Saya juga telah cuba healing ke pantai, beriadah/senaman, bercuti & sebagainya.

Doa menghilangkan Anxiety

Malangnya, kadar anxiety menjadi semakin teruk sehingga mengakibatkan saya:
1. Rasa rimas dalam keramaian/majlis. Badan akan jadi berpeluh2. Padahal dulu saya suka ke majlis ilmu malahan saya jadi penganjur majlis,
2. Kerap sakit kepala, bahu, perut, demam, sakit sendi & telinga sentiasa berdesing,
3. Mudah berpeluh & rasa panas terutamanya bila ada sesuatu yang membuatkan saya trigger, cthnya mmbc/menonton hal2 yang berkaitan yang pernah menyakitkan hati. Jantung juga berdebar kencang. Saya dah jalani full medical check up jantung ketika saya belum di diagnose sebagai anxiety. Boleh baca sharing saya di posting ini:

Mengutip Cebisan Jiwa


4. Mood tak stabil. Tiba-tiba rasa sedih & menangis tanpa sebab.
5. Cepat marah & gagal mengawal aksi spontan ketika marah.
6. Mudah terkejut & sentiasa rasa takut/tak selamat walau di mana saya berada terutamanya di rumah sendiri. Akibat trauma akan sesuatu hal yang pernah berlaku dulu. Paling takut mendengar pintu terhempas.
7. Rasa malas & hilang minat untuk buat aktiviti yang dahulunya saya suka. Menghadap komputer juga akan membuatkan saya rasa stress walhal itu adalah kerja yang biasa saya buat selama puluhan tahun.
8. Rasa tak selamat di rumah & sentiasa rasa nak keluar/lari dari rumah. Rumah is not my “Home Sweet Home”. Saya rasa my husband is not my protector anymore.
9. Rasa tak percaya kepada sesiapa pun. Kadang2 muncul overthinking yang membuatkan saya rasa orang nak anianya saya (walhal tak pun…)
10. Lupa. Paling menyedihkan, saya lupa bacaan amalan harian yang telah saya amalkan selama bertahun-tahun. Saya lupa doa selepas solat, saya confius sama ada saya dah solat atau belum, saya lupa cara baca zikir harian sehingga menyebabkan saya ambil masa berhari-hari untuk hafal semula, saya lupa semua nombor akaun peribadi atau syarikat & sebagainya. Pernah juga drive & lupa jalan. Beberapa kali pusing di jalan yang sama, stop sekejap & fikir semula saya sebenarnya nak ke mana.

10. Gerd – Masalah angin di perut, batuk & muntah-muntah.

Setelah menjalani sesi kaunseling, doktor menyarankan saya makan ubat. (Hovid-Escitalopram 10mg & Atenolol Normaten 50mg). Menurut doktor, fungsi Hipokampus saya mengalami sedikit kerosakan akibat pelbagai tekanan yang saya lalui sejak beberapa tahun kebelakangan ini & ada banyak “Anger Issues” yang saya alami. Kini saya faham, bagaimana permulaannya ibu saya mendapat skizofrenia. Bermula dari anxiety yang tak dirawat & akhirnya membawa akibat yang berkekalan kepada fungsi otak.

Ubat-ubatan anxiety

Hipokampus ialah struktur otak berbentuk seperti kuda laut yang terletak di lobus temporal dan memainkan peranan penting dalam memori dan pembelajaran. Ia berfungsi untuk menukar memori jangka pendek kepada jangka panjang, menyimpan memori tentang fakta dan peristiwa (memori eksplisit), serta memori tentang lokasi atau laluan (memori spasial). Kerusakan pada hipokampus boleh menyebabkan kehilangan memori yang serius.

Fungsi Utama Hipokampus
• Pembelajaran dan Memori: Mengolah dan menyimpan maklumat baharu serta menukar memori jangka pendek kepada jangka panjang.
• Memori Spasial: Membantu dalam orientasi dan navigasi, contohnya mengingati arah ke rumah atau laluan tertentu.
• Memori Eksplisit: Terlibat dalam ingatan fakta dan peristiwa yang boleh dinyatakan secara sedar.
• Sistem Limbik: Merupakan bahagian daripada sistem limbik yang terlibat dalam emosi, motivasi, dan tingkah laku. 

Kesan Kerosakan Hipokampus
• Masalah Ingatan: Kesukaran membentuk memori jangka panjang baharu, walaupun memori lama mungkin masih dapat diingati.
• Kehilangan Orientasi: Kesukaran mengenali tempat dan mengikuti arah.
• Penyakit: Kerosakan hipokampus sering dikaitkan dengan penyakit seperti penyakit Alzheimer, demensia, dan epilepsi. 

Gambar hiasan

Apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Anxiety bukan tiba2 wujud. Ia berlaku setelah seseorang itu memendam rasa terlalu lama. Berbulan-bulan, setahun atau 2 tahun bergantung kepada daya tahan individu itu sendiri.

Antara faktor utama saya mendapat anxiety ialah saya menyimpan/menahan kemarahan & tekanan melampau secara sendirian, terlalu lama (2 tahun lebih). Bermula dari:
1. masalah rumah tangga,
2. mental torture ketika rumah tangga bermasalah,
3. kehilangan kepercayaan kepada orang terdekat (suami, kawan, ex-staff)
4. tekanan akibat ibu kandung yang tiba-tiba kanser kulit ketika sedang bergelut dengan mengalami masalah rumah tangga,
5. ketika dalam proses membaikpulih rumah tangga, saya dipertanggungjawabkan menjaga mak mentua yang sakit tanpa bantuan/sokongan suami/ipar untuk menguruskan mak mentua contohnya mandikan, sediakan makanan, berjaga malam, bersihkan bilik tidur mak mentua disamping melakukan kerja-kerja rumah yang lain (tulang belakang saya tak kuat & saya minta suami carikan maid tetapi Allah swt belum izinkan),
6. tidak mendapat support & tiada pembantu untuk melakukan kerja rumah asas seperti laundry, memasak, mengemop lantai & sebagainya,
7. Terluka/kecewa akibat di sindir/diejek oleh ipar duai yang tidak mahu membantu menjaga mak mentua. Tiada giliran menjaga mak mentua, sedangkan saya juga menjaga ibu kandung yang skizofrenia & saya masih bekerja,
8. terpaksa bekerja semula setelah syarikat dianiaya oleh pekerja/sahabat suami & semua pekerja resign serentak, suami serahkan 90% urusan untuk saya urus/selesaikan pelbagai masalah syarikat,
9. Saya adalah tempat adik-beradik meluah & mengadu masalah.

Doktor memberitahu bahawa tubuh saya sudah tidak mampu menanggung beban yang saya galas. Tubuh/fizikal jadi penat akibat kerahan tenaga yang saya lalui & perasaan marah yang saya pendam. Akhirnya ia mengakibatkan saya kerap demam & sakit sendi.

Saya tidak punya tempat mengadu atau meluahkan perasaan. Saya tidak ada ayah, abang, kakak atau family yang menjadi suppot system saya. Walaupun ada ibu, ibu saya skizofrenia, sudah tentulah beliau bukan tempat saya mengadu nasib. Saya menghadapi segalanya bersendirian.

Tambahan pula, rentetan dari isu rumah tangga, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk meneruskan hidup bersama orang yang pernah melukai & mengguris hati saya. Segala kepercayaan mungkin susah untuk kembali lagi. Walaupun beliau telah meminta maaf & melayan saya dengan baik sekarang, segala trauma tidak mudah dihilangkan & segala kenangan pahit tak dapt dipadam dari memori sebegitu mudah. Seikhlasnya, saya maafkan but “DAMAGE HAD BEEN DONE”. However, I’m trying so hard to rebuild the relationships 😔😔😔.

Memaafkan tetapi tidak melupakan

Namun, hal ini tak dapat difahami oleh sesiapa pun selagi mereka tidak melaluinya. Malahan, mereka akan berkata “Kau tak redho dengan takdir” atau “Kau tak ikhlas memaafkan” atau “Kau tak beriman” atau “Kau tak terima qada & qadar” dan banyak lagi ayat-ayat begitu yang dilemparkan. Hanya Allah swt yang Maha Tahu apa yang tersirat dihati saya.

VIDEO: Belajarlah ilmu takdir. Jangan menyalahkan takdir atas kesalahan kita. Solat istikharah & minta pendapat orang berilmu sebelum buat keputusan.

It’s not easy to live in the house di mana kamu masih boleh nampak dengan jelas akan segala pertelingkahan yang pernah berlaku. Itulah sebabnya saya sentiasa rasa ingin keluar/pindah dari rumah tersebut. Saya masih tak dapat padamkan memori itu.

Begitulah….hidup seorang anxiety yang tidak difahami oleh sesiapa pun melainkan orang yang melaluinya atau pun doktor psikiatri.

Alhamdulillah, sekarang saya masih menjalani sesi kaunseling bersama doktor sakit mental & saya rasa lega kerana ada pendengar & penasihat bertauliah. Sedikit sebanyak, doktor mengajar saya untuk melepaskan beban di bahu & menjalani hidup dengan lebih tenang. Ubat-ubatan yang diberikan membantu saya tidur lebih awal & lena. Walaupun masih banyak effect anxiety yang belum pulih, saya percaya saya akan sembuh secara perlahan-lahan. Doktor sentiasa follow up & bertanya khabar. Saya rasa sedikit tenang.

Saya lebih suka bersendirian di pantai atau bersama anak-anak

Saya berharap, perkongsian ini membuka mata & minda masyarakat bahawa anxiety bukan sengaja di buat-buat. Kami, sebagai pesakit tidak pernah meminta untuk menghadapi semua ini. Tetapi Allah swt memilih kami supaya kami lebih mendekatkan diri kepada Nya. Allah swt juga memberitahu saya bahawa manusia bukanlah tempat untuk bersandar, sesiapa sahaja boleh melukakan perasaan kita. Luka yang disebabkan oleh orang tersayang adalah luka yang paling tajam & mungkin tidak akan sembuh. Bersandarlah hanya kepada Allah swt & fokus jaga kesihatan mental dengan tidak menafikan kepakaran pakar dalam bidang psikiatri.

Kepada mereka yang tega melukai hati & perasaan orang lain, sama ada dengan perbuatan atau kata-kata, ingatlah dunia ini berputar. Jika mangsa kalian tidak membalas, Allah swt pasti berikan balasan melalui orang lain atau cara Nya. Bersihkanlah hati. Ingatlah bahawa Allah swt itu tidak tidur & doa orang yang kalian anianya itu tiada hijabnya.

Buat semua penghidap anxiety, sayangi diri sendiri sebelum kita sayangi orang lain. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan psikiatri. Kita bukan gila, kita cuma perlukan rawatan yang betul. Percayalah, tidak ada orang yang benar-benar menyayangi kita setulusnya lebih dari kita sendiri. Kita jaga kita!

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Selasa, 11.11.2025

Catatan Seorang Caregivers

(Part 2)

Assalamualaikum warahmatullah

Hari ni (Isnin 3.11.2025) sudah masuk hari ke 14 umi (mak mentua) berada di hospital. Selain dari masalah penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi & penyakit-penyakit yang sedia ada, jantung & darah umi dijangkiti kuman. So kali ini, doktor tidak mengizinkan umi balik selagi masalah kuman tak diselesaikan.

Ini mengingatkan saya ketika umi mula-mula jatuh sakit pada tahun 2019. Lebih dari 2 minggu saya & anak perempuan menemani umi di hospital. Selepas itu, kami menjaga umi di rumah hampir 6 bulan sehingga umi betul-betul pulih ingatannya. Ketika itu, umi hilang ingatan akibat kekurangan garam dalam badan & lebihan gula. Pada masa itu, buah pinggang umi hanya rosak kurang dari 20%. Sekarang dah total “fail”.

Umi di Sultan Ahmad Shah Medical Centre Kuantan

Ironinya, umi kelihatan lebih segar berada di hospital & lebih berselera makan. Setiap kali saya datang pada waktu melawat tengah hari, umi sedang menikmati makan tengahari & ada sisa kuih-muih yang dibeli pada waktu pagi. Mungkin kerana di hospital ada ramai orang keliling berbanding di rumah, umi makan seorang diri.

Namun, dapat saya amati bahawa ingatan umi semakin merosot. Ada banyak hal yang umi lupa contohnya hari & masa. Terutamanya jika tidak diingatkan untuk solat. Saya berharap, umi solat 5 waktu di hospital.

3 hari lepas, ketika saya datang berziarah, umi menceritakan perihal beliau dimandikan oleh nurse setiap hari pada jam 5 petang. Katanya nurse tak benarkan umi ke bilik air sendirian, so umi kena tunggu nurse mandikan. Saya rasa gembira dengan servis yang disediakan oleh pihak hospital.

Ziarah bersama Pn Ida, jiran setaman

Semalam saya datang bersama suami. Sewaktu kami tiba, umi sedang tidur.

“Ummi demam ke?” Tanya saya tatkala umi bangun dari tidur.

“Tak la…” Jawab umi.

Ironinya, ketika abang ipar tiba, beliau memaklumkan yang umi demam kerana tidak mandi beberapa hari. Kemudian dimandikan sebanyak 2 kali pada hari ini untuk menyejukkan badan umi.

Hahaha….apakah cerita umi dimandikan setiap hari pada jam 5 petang itu benar?

Ziarah umi (Ahad 2.11.2025)

Sebenarnya, bagi sesiapa yang dah biasa menjaga orang tua, mereka akan faham tentang halusinasi. Ketika berada di rumah, umi juga sering bercerita kepada tetamu tentang hal-hal yang tidak berlaku contohnya umi tak makan berhari-hari, ada tetamu yang datang ziarah walhal tiada, umi tak pergi dialisis, umi warded selama 8 hari walhal hanya sehari & sebagainya. Tambahan pula, seperti yang telah saya tulis di awalnya, umi dah ada history hilang ingatan sementara pada tahun 2019.

Halusinasi adalah gangguan persepsi yang membuat seseorang mendengar, merasa, mencium, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Pada kondisi tertentu, halusinasi dapat mengakibatkan ancaman pada diri sendiri dan orang lain, contohnya ibu kandung saya yang menghidap skizofrenia.

Penyebab Munculnya Halusinasi

Halusinasi muncul akibat pelbagai faktor. Berikut ini adalah beberapa faktor paling umum yang dapat menyebabkan halusinasi:

  • Gangguan kejiwaan, seperti skizofrenia, delusi, demensia, dan depresi berat dengan gejala psikosis
  • Gangguan saraf dan otak, seperti penyakit Parkinson, migrain dengan aura, delirium, stroke, epilepsi, dan penyakit Alzheimer
  • Banyak mengambil alkohol dan ubat-ubatan terlarang, seperti kokain, amfetamin, dan heroin
  • Demam, terutama pada kanak2 atau orang tua
  • Gangguan tidur, seperti narkolepsi
  • Penyakit berat, seperti kegagalan fungsi ginjal atau gangguan hati stadium lanjut, HIV/AIDS, kanser otak
  • Cedera dibahagian kepala yang parah
  • Gangguan elektrolit, misalnya hiponatremia dan hipomagenesemia iaitu kondisi ketika kadar magnesium dalam darah berada di bawah batas normal, yaitu di bawah 1.8 mg/dL.
  • Efek pengambilan ubat-ubatan.

Ahad, 26.10.2025

Selain dari pesakit inginkan perhatian dari keluarga, mereka mengalami halusinasi. Ini adalah perkara biasa sekiranya di rumah, mereka mengadu tidak diberi makan oleh caregivers, selalu dimarahi, tidak dimandikan dan sebagainya. Hanya caregivers yang tahu keadaan sebenar. Sebab itu, pelawat atau ahli keluarga lain yang tidak menjaga pesakit tidak berhak untuk judge caregivers sembarangan.

Mereka sepatutnya menghargai penat lelah caregivers yang memberi perhatian penuh kepada pesakit. Malahan, ada ramai caregivers yang burnt out akibat ketidakcaknaan ahli keluarga yang lain dalam menyantuni pesakit. Terutamanya jika tiada giliran adik-beradik dalam menjaga mak/ayah yang sakit & tiada support dari segi kewangan.

Video; Pertanyaan umum

Maka tidak hairanlah jika ada caregivers yang tidak sanggup menjaga pesakit yang sudah tua atau nyanyuk. Caregivers akan sentiasa rasa dipinggirkan, difitnah oleh pesakit atau timbul perasaan tidak dihargai oleh pesakit. But, as a caregivers…kita hanya perlu abaikan semua itu bcoz kita ada ilmu, kita faham kondisi pesakit.

Saya bersyukur kerana umi mendapat rawatan yang baik di hospital. Jika di rumah, pemakanan umi tak dapat dikawal dengan baik akibat kedegilan umi sendiri & saya tidak dapat memantau pemakanan umi ketika saya keluar bekerja. Malangnya, saya tiada pembantu rumah untuk membantu saya menguruskan umi. Saya sentiasa berdoa, Allah swt buka pintu hati suami saya untuk mengambil pembantu rumah. Amin🤲🏻 hehehee 😁😁😁

Video: Susu umi berharga lebih kurang RM108.00/tin

Jika umi warded, anak/menantu yang lain akan datang lebih kerap melawat & menemankan umi berbanding ketika umi di rumah kami. Anak-anak juga akan lebih cakna tentang keperluan umi semasa di hospital. Ini memberikan ruang untuk saya berehat & boleh fokus kepada urusan kerja, diri sendiri & hal-hal lain.

Tidaklah bermakna saya tidak sudi menjaga umi, cuma sebagai manusia biasa, saya juga perlu waktu untuk diri sendiri. Hal ini tidak pernah diberi perhatian oleh sesiapapun, selama umi saya menjadi caregiver. Harap-harap tiada yang salah faham akan hal ini.

Semoga dipermudahkan rawatan umi & diberi syifa oleh Allah swt. Segala yang terbaik adalah dari Allah swt & yang cela itu adalah dari kita sendiri. Kita terima dengan redho.

Sayangilah ibu bapa ketika mereka masih hidup.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

(Isnin, 3.11.2025)

#Penulis

#Usahawan

#DutaAsiaEbookMSGA

#SeniorAdvisorMSGA

SOLAT JAMAK AL-SURI

(Khusus untuk pesakit/keadaan darurat)

Assalamualaikum warahmatullah

Posting berkenaan solat jamak al suri ini telah saya publish di FB saya (Zan Aizan) pada 12 Oktober 2024. Tetapi, untuk memudahkan rujukan kepada caregivers yang tiada FB, saya ulangsiar di blog ini.

Botol Air (spray) untuk ambil wuduk

Antara keindahan & anugerah yang Allah swt sediakan untuk pesakit & orang yang uzur atau dalam keadaan darurat adalah solak jamak al suri.

Boleh dilakukan solat jamak sekiranya terdapat keuzuran yang membolehkannya. Sakit itu adalah satu keuzuran dan bila terdapat kepayahan maka dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan solatnya. Ini merupakan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ishak.
[Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/218]

Sakit itu adalah satu keuzuran dan apabila terdapat masyaqqah (kepayahan atau kesulitan) dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan di antara dua solat.

Solat jamak al suri adalah solat yang dilaksanakan seolah-olah jamak tapi sebenarnya pada waktu yang berlainan.

Contohnya:
Solat Zohor di hujung waktu zohor & setelah siap solat zohor, masuknya waktu asar. Dalam keadaan wuduk yang masih belum terbatal, pesakit segera melaksanakan solat asar sebaik sahaja masuk waktu. Sama keadaannya bagi solat Maghrib & Isyak.

Oleh yang demikian, penjaga pesakit hendaklah membantu pesakit agar solatnya terjaga. Jika pesakit tak mampu mengambil wuduk, sediakan spray agar pesakit tak perlu turun dari katil untuk mengambil wuduk. Pesakit juga boleh bertayamum sekiranya terpaksa.

Jika pesakit terpaksa solat dalam keadaan baring, penjaga boleh bantu pesakit dengan bacaan2 dalam solat agar pesakit tak lupa bahawa beliau sedang di posisi apa contohnya sedang rukuk, i’tidal & sebagainya. Apabila solat baring, hanya gerakan mata yang dilakukan, kemungkinan pesakit akan lupa beliau sedang dalam posisi apa (rukuk atau sedang sujud).

Penjaga pesakit tolong spray wuduk

Sebagai contoh umi (mak mentua saya) yang sedang sakit, seboleh2nya beliau cuba solat duduk kerana jika beliau solat baring (menggunakan gerakan mata) beliau akan tertidur. So kalau saya sedang baca bacaan ketika sujud, gerakan mata umi memandang ke bawah, dikhuatiri pejam & terus lena hahaha.

Solat duduk. Sebaiknya katil diletakkan mengikut arah kiblat.

Beberapa tahun dulu, ketika mak saya mengalami enzima yang teruk, beliau juga melakukan solat jamak suri akibat kulit beliau yang tak boleh terkena air dengan kerap. Tetapi, dek kerana mak menghidapi skizo (orang skizo susah menukar jadual hidup), maka sekarang, walaupun mak dah sembuh dari enzima, mak masih melakukan solat jamak suri hehehe. Apa2 pun saya bersyukur sebab mak tak lupa untuk solat, walaupun bagi pesakit mental, solat bukan lagi kewajipan bagi mereka.

VIDEO: Ajarkan pesakit bacaan dalam solat

Penjaga pesakit perlu bersabar dalam menguruskan pesakit. Antara hikmahnya ialah, penjaga pesakit perlu solat di awal waktu kerana selepas itu, dia perlu bantu pesakit untuk solat. Jangan sampai penjaga yang tak sempat solat udah laaaa….

Solat itu adalah ibadah yang sangat dituntut. Ia tiang agama. Sebab itu, kita tak boleh meremehkan hal solat walaupun sakit.

Keterangan lanjut boleh dibaca di link ini:👇🏻

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1550-irsyad-al-hadith-ke-4-hadith-ibn-abbas-mengenai-jamak-solat-tanpa-musafir

Begitulah indahnya Islam. Sentiasa ada jalan agar solat terpelihara.

Jika penjaga pesakit bekerja & tiada di rumah pada waktu solat, usahakan untuk mencari orang yang boleh datang bantu ambilkan wuduk kepada pesakit. Tidak semestinya adik beradik atau saudara terdekat. Kita boleh minta tolong jiran, kawan-kawan, AJK surau terdekat, atau hire nurse berbayar.

VIDEO

Semoga Allah swt kurniakan kefahaman & kesabaran buat sesiapa sahaja yang sedang menjaga pesakit. Banyakkan zikrullah agar hati & emosi tenteram.

Posting ini hanyalah sebagai salah satu jalan untuk saya berkongsi ilmu kepada penjaga pesakit.
Saya juga ingin abadikan kenangan & ilmu agar anak2 saya dapat rujuk di sini sekiranya saya yang sakit di hari tua nanti.

Tiadalah niat menunjuk2 bahawa sayalah yang TERPALING menjaga mak mentua yang sedang sakit. Maafkan saya.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
Sabtu, 12.10.2024

#Usahawan

#Penulis

#DutaAsiaEbookMSGA

#SeniorAdviserEbookMSGA