
.
Kenapa susah nak move on?
Berapa lama nak betul-betul heal dari trauma?
Adakah sebab diri sendiri tak redho atau tak ikhlas memaafkan?
Semua soalan ini sering ditanya kepada mangsa pengkhianatan rumah tangga. Sama ada lelaki atau peempuan, sama sahaja keadaannya.
Mungkin orang lelaki (suami) kelihatan lebih kuat melawan emosi tetapi hakikatnya, orang lelaki juga ada perasaan. Bukan tidak sedih atau tiada trauma namun lelaki lebih mudah move on kerana dipandu oleh akal, bukan emosi. Berbanding wanita yang sentiasa melayan emosi & mudah menangis.
Bagi lelaki, jika berlaku kecurangan dari pihak isteri, mereka punya hak/kuasa untuk menceraikan isteri & memulakan hidup dengan pasangan baharu atau membawa diri ke tempat lain yang lebih selesa. Berbeza dengan wanita yang kebanyakannya tidak diceraikan tetapi terpaksa meneruskan hidup dengan pasangan curang yang meninggalkan 1001 trauma dalam hidup.
Trauma pengkhianatan ni salah satu pengalaman yang orang selalu cuba terangkan dengan terlalu mudah.
Dari luar, ia mungkin nampak macam masalah hubungan biasa. Sesuatu yang boleh diselesaikan dengan komunikasi, sempadan, atau masa.
Tapi bagi orang yang mengalaminya, ia jarang terasa semudah itu.
Bila kepercayaan dirosakkan oleh orang yang kita bergantung harap untuk rasa selamat secara emosi, sistem kita bukan saja merekodkan kekecewaan. Ia bertindak balas terhadap gangguan pada sesuatu yang jauh lebih dalam. Hubungan itu bukan sahaja bermakna, malah ia adalah sebahagian daripada cara kita memahami keselamatan, perhubungan, dan juga realiti.
Sebab itulah kesannya boleh terasa sangat mengelirukan.
Tak pelik kalau rasa sentiasa berjaga-jaga, asyik ulang balik detail dalam kepala, atau mula mempersoalkan persepsi sendiri tentang apa yang nyata. Ramai orang mula tanya soalan yang sebelum ni tak pernah terlintas, seperti sama ada mereka boleh percaya naluri sendiri atau sama ada mereka terlepas pandang sesuatu yang penting sepanjang masa.

.
Tindak balas ini bukan tanda yang anda keterlaluan. Ia adalah cara minda dan tubuh cuba dapatkan semula rasa stabil selepas sesuatu yang menjadi asas dalam hidup telah digoncang.
Memahami perkara ini tak akan buat sakit tu hilang, tapi ia boleh mula buatkan pengalaman anda terasa lebih masuk akal. Dan itu penting, sebab kejelasan adalah salah satu perkara pertama yang membantu orang bergerak ke arah penyembuhan.
Kalau ini mencerminkan apa yang anda rasa, anda tak keseorangan. Ada jalan ke depan, walaupun buat masa ni ia belum jelas.
Hakikatnya, trauma bukan sahaja disebabkan oleh pasangan yang curang atau setakat kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pemangsa, tetapi oleh orang sekeliling. Kadang kala orang sekeliling menganggap kata-kata mereka adalah gurauan tetapi ia menjadi hirisan di hati mangsa. Akan timbul rasa rendah diri dan mulai membandingkan kekurangan diri dengan orang yang masuk & merosakkan rumah tangga.
Lebih malang lagi jika kata-kata itu lahir dari lidah ahli keluarga sendiri, sahabat atau “penyondol”.
Contohnya:
1️⃣ Itu la…kau tak jaga badan. Sebab kau gemuk, suami kau cari perempuan lain.
▶️ Isteri auto rasa rendah diri & menyalahkan diri kerana tidak pandai menjaga badan. Dengan kata lain, “Body Shaming”.
2️⃣ Kau tak cukup seksi & tak pandai menggoda, sebab tu suami curang!
▶️ Ayat ini sangat menyakitkan hati walaupun ia keluar dari mulut sahabat baik dengan niat bergurau. Wanita akan auto rasa dirinya tak pandai menawan hati suami. Dialah punca hilang spark dalam rumah tangga, gagal memuaskan keinginan seks suami & pelbagai rasa lagi.
3️⃣ Kau terlalu alim, pakai bertutup litup sampai suami rasa kau macam ustazah!
▶️ Ini juga ayat membunuh jiwa. Sebab itu, bagi wanita yang lemah imannya akhirnya membuka aurat (especially tudung) selepas bercerai. Sebenarnya mereka tahu ia berdosa, tetapi kelukaan yang ditambah dengan penghinaan telah membuatkan jiwa rapuhnya hilang arah. Itulah bahayanya jika wanita tidak dipimpin dengan agama yang betul sejak kecil.
4️⃣ Kau terlalu utamakan anak, suami rasa terabai/sunyi!
▶️ Hasil dari kata-kata ini, anak jadi mangsa penderaan, melepaskan kemarahan atau diabaikan oleh ibunya. Bukan semua isteri mengutamakan anak, tetapi kebiasaannya suami tidak membantu dalam pengurusan rumah tangga. Segala kerja rumah & urusan menjaga anak terletak di bahu isteri. Akhirnya isteri kepenatan untuk melayan suami yang tiada peranan dalam rumah tangga selain memberikan nafkah. Nafkah batin yang difahami oelh suami ialah cukup setakat kepuasan seks, walhal ia merangkumi aspek yang luas contohnya menjaga emosi isteri, menggembirakan isteri, mengajar ilmu fardu ain & sebagainya yang melibatkan keperluan rohani.
5️⃣ Beria kau post/up status bahagia padahal suami duakan kau!
▶️ Ayat ini juga merupakan silent killer kepada mangsa pengkhianatan. Terutamanya jika diucapkan oleh penyondol. Menggambarkan kemenangan kepada penyondol. Ia mampu membuatkan jiwa rapuh seorang isteri rasa ditipu oleh suaminya sendiri. Ia juga menjadikan isteri hilang kepercayaan kepada suaminya. Perasaannya dipermainkan & dia seolah-olah syok sendiri. Inilah yang menjadikan ramai wanita menghapuskan segala kenangan sama ada gambar atau video bersama pasangan.
.
.
Begitulah dahsyatnya kesan pengkhianatan. Dan…inilah yang tidak difahami lelaki bergelar suami. Mereka menganggap, dengan ungkapan maaf & isteri memaafkan, segalanya telah selesai.
Seorang wanita memerlukan masa yang panjang untuk menyembuhkan luka hatinya. Hati wanita ibarat cermin kaca. Jika dicantumkan selepas pecah, ia takkan mencantumkan refleksi kepada cermin tersebut. Semua pantulan akan berpecah-pecah mengikut serpihan cermin itu.
Oleh itu, jangan hairan kenapa wanita susah nak move on. Jangan salahkan wanita jika mereka telah hilang kepercayaan kepada pasangannya walaupun suami telah meminta maaf & berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya.
Wahai wanita yang dikhianati, bagilah diri sendiri ruang & masa untuk sembuh. Jangan terburu-buru memaksa diri untuk memproses segalanya dengan emosi yang tercalar. Tetapi jangan juga biarkan diri terus larut dalam kesedihan.
Kesedihan berpanjangan akan merosakan tubuh. Akan mewujudkan pelbagai penyakit lain. Carilah jalan keluar dengan segera. Bahagiakan diri!
Bertenang & perlahan-lahan bangkit membina jiwa yang baru. Jiwa yang lebih kuat kebergantungan kepada Allah swt. Jiwa yang tidak lagi peduli akan kata-kata negatif orang. Jiwa yang tenang menerima takdir & ikhlas dalam redho Allah swt.
.
.
Buat suami yang mengkhianati, jika benar kau ingin menyelamatkan rumah tangga & meminta maaf dari isterimu, berusahalah untuk menyenangkan hatinya agar kembali tenang. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau seumur hidup. Cuba dan terus mencuba memenangi hati isterimu kembali sepertimana kau pernah cuba mendapatkannya sebelum berkahwin.
Semoga yang terluka terus sembuh & yang melukai menyembuhkan.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Sabtu, 19.9.2026/6 Rabi’ul akhir 1448H
**Credit to: Dr. Jake Porter for certain part of this article.