FADHILAT AYAT 14 SURAH AL MULK

Assalamualaikum warahmatullah

.

Ayat 14 Surah Al Mulk

.

Membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali sering diamalkan sebagai wirid atau doa. Ayat ini berkisar tentang kekuasaan dan pengetahuan Allah SWT terhadap segala ciptaan-Nya.

Amalan membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali biasanya diamalkan sebagai wirid atau doa khusus untuk kelancaran rezeki. Amalan ini berasal daripada petua atau ijazah para ulama nusantara dan guru-guru tarekat yang mengambil fadhilat daripada ayat tersebut, dan bukanlah daripada hadis sahih yang khusus daripada Nabi SAW.

Berikut adalah panduan ringkas amalan tersebut:


๐Ÿ“ Teks Ayat:

ุฃูŽู„ูŽุง ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู ู…ูŽู†ู’ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽุทููŠูู ุงู„ู’ุฎูŽุจููŠุฑ

๐Ÿ“Ayat 14 Surah al-Mulk bermaksud: “Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus (urusan Pentadbiran-Nya), lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!”

๐Ÿ“Waktu Amalan: Lazimnya dibaca pada waktu malam (sebelum tidur) atau dijadikan amalan rutin harian untuk memohon kelancaran rezeki.

Amalan ini dilakukan dengan harapan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon petunjuk, dan bertawakal atas segala urusan rezeki yang diatur oleh-Nya.

Secara ringkasnya, tidak ada dalil khusus (hadis sahih atau ayat al-Quran) yang memerintahkan atau menetapkan amalan membaca ayat 14 Surah Al-Mulk sebanyak 14 kali secara spesifik untuk fadhilat tertentu.

Amalan ini dikategorikan sebagai amalan berasaskan tajribah (pengalaman para ulama terdahulu). Contohnya seperti yang disampaikan oleh KH. M Ridwan Baseri, diijazahkan oleh Abah Guru Sekumpul, membaca ayat 14 dari surah Al Mulk sebanyak 9 kali untuk mencapai hajat, mencari barang/orang hilang, in shaa Allah dengan izin Alalh swt akan dimunculkan petunjuk dalam mimpi.

Boleh tonton video yang disampaikan oleh KH. m Ridwan Baseri berkenaan amalan tersebut di link youtube ini: ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://youtu.be/Q-qioAIaxYQ?si=7lfTktusRKBNTpRl

Amalan membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali ini secara khusus diajarkan dan diijazahkan oleh Abah Guru Sekumpul (KH. Muhammad Zaini bin Abdul Ghani), ulama kharismatik yang sangat disayangi dari Martapura, Kalimantan Selatan.

Amalan rahsia ini bersambung rantaiannya daripada sanad guru-guru beliau, termasuk daripada Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani (ulama besar kota suci Mekah), yang mana amalan berasaskan bilangan asmaul husna dan pembuka mata hati ini bersumberkan kaedah para ulama tasawuf serta ahli hikmah terdahulu.

Di Mana Kedudukan Amalan Ini Ditemui?

  • Kitab dan Catatan Majlis: Amalan ini dicatat oleh para anak murid beliau melalui silsilah nota kuliah (catatan majlis ta’lim) dan risalah amalan yang dihimpunkan daripada pengajian di Surau Al-Mushalla, Sekumpul.
  • Kandungan Utama: Pengajaran utama Abah Guru Sekumpul dalam amalan ini menekankan kepada penghayatan sifat Allah Al-Latif (Maha Halus) dan Al-Khabir (Maha Mengetahui) yang terkandung di dalam ayat tersebut untuk menyelesaikan kebuntuan hidup.

Pesan Abah Guru Sekumpul Ketika Mengamalkannya

Ketika mengajarkan amalan-amalan zikir, beliau sering memberikan pesanan penting agar amalan tersebut membuahkan hasil:

  1. Menjaga Adab dan Akhlak: Amal ibadah dan zikir sukar meresap ke dalam hati jika seseorang itu tidak menjaga akhlaknya dengan ibu bapa, guru, dan sesama makhluk.
  2. Ikhlas Tanpa Paksaan: Membaca dengan hati yang tenang, bukan sekadar mengejar hitungan bilangan 14 kali semata-mana.
  3. Sangka Baik (Husnuzon): Sentiasa bersangka baik kepada aturan Allah kerana Allah Maha Halus (Al-Latif) dalam mengatur rezeki dan urusan hamba-Nya.

.

Abah Guru Sekumpul (KH Muhammad Zaini bin Abdul Ghani) ialah seorang ulama Banjar yang sangat berpengaruh dan karismatik dari Martapura, Kalimantan Selatan

.

Ulama dan ahli hikmah menyarankan ayat ini diamalkan dengan kefahaman bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala rezeki, rahsia, dan keperluan hamba-Nya. Walaupun bilangan 14 kali itu adalah kaedah mujarrabah (cubaan yang menjadi) daripada pengalaman para guru agama, fadhilat surah Al-Mulk secara keseluruhan (30 ayat) sangat dianjurkan untuk dibaca setiap malam sebelum tidur sebagai pelindung daripada azab kubur.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai status dalil bagi amalan ini:

  1. Dalil Sahih Berkenaan Surah Al-Mulk secara Keseluruhan
    Dalil daripada hadis sahih yang ada hanyalah menyentuh tentang kelebihan membaca keseluruhan Surah Al-Mulk (30 ayat), terutamanya sebelum tidur, sebagai pelindung daripada azab kubur. Nabi SAW bersabda:

“Satu surah dalam al-Quran yang mempunyai 30 ayat dapat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga dia diampunkan, iaitu surah al-Mulk.” (Riwayat Ibn Majah).

  1. Status Amalan Khusus Ayat 14 (14 Kali)
    โ€ข Tiada Sandaran Hadis: Penetapan jumlah “14 kali” bagi “ayat 14” tidak datang daripada sunnah Nabi SAW.
    โ€ข Amalan Mujarrabat / Kaedah Ulama: Kaedah pengulangan ayat tertentu dengan jumlah bilangan tertentu biasanya bersumberkan ijtihad, ilham, atau amalan para ulama tasawuf dan ahli hikmah yang mendapati amalan tersebut memberi kesan positif (seperti ketenangan hati atau kelancaran urusan).
    โ€ข Tujuan Tadabbur: Pengulangan ayat ini (yang bermaksud “Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui?”) sangat baik untuk menghidupkan rasa tauhid dan keyakinan bahawa Allah Maha Mengetahui segala masalah dan isi hati kita.
  2. Pandangan Hukum Agama
    Para ulama umumnya mematgari perkara ini seperti berikut:
    โ€ข Boleh Diamalkan: Harus untuk dibaca sebagai bentuk doa, zikir, atau tadabbur bagi menguatkan jiwa.
    โ€ข Syarat Keyakinan: Kita tidak boleh menyakini bahawa bilangan “14 kali” itu adalah satu ketetapan syariat yang wajib atau mempunyai kuasa sakti tersendiri. Segala manfaat dan kelancaran rezeki datangnya mutlak daripada izin Allah SWT, bukannya daripada formula bilangan tersebut.

Hukum beramal dengan ilmu daripada ulama adalah wajib atau dituntut. Islam meletakkan konsep ilmu sebelum beramal (ุนู„ู… ู‚ุจู„ ุงู„ุนู…ู„) bagi memastikan setiap ibadah sah dan diterima di sisi Allah. 

Berikut adalah panduan ringkas mengenai hukum dan adab beramal dengan ilmu:

  • Wajib: Bagi ilmu yang berkaitan dengan kefarduan (Fardhu Ain) seperti ibadah solat, puasa, dan akidah yang sahih.
  • Sunat / Harus: Bagi ilmu berbentuk amalan sunat (Fardhu Kifayah atau sunat) yang disarankan oleh ulama muktabar.
  • Keperluan: Mencontohi ulama adalah bukti kasih dan ittiba’ (mengikuti) sunnah Rasulullah SAW kerana mereka adalah pewaris para nabi.

Ia seumpama amalan lain, dibaca berulang kali yang diajarkan oleh para ulama terdahulu contohnya; membaca Ratib Al Attas sebanyak 41 kali bagi yang mempunyai hajat besar (dinyatakan dalam Kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah, susunan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, yakni juga merupakan salah seorang anak murid Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani.

.

Kitab susunan zikir oleh Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

.

Amalan lain yang diajarkan oleh para arifin terdahulu ialah membaca ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู sebanyak 800 kali sehari bagi mendapatkan hati yang suluk/bersih.

.

Amalan salafussoleh/ulama pewaris Nabi ๏ทบ

.

  • Daripada Abi al-Dardaโ€™ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกูŽ ูˆูŽุฑูŽุซูŽุฉู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกูุŒ ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠููˆูŽุฑูู‘ุซููˆุง ุฏููŠู†ูŽุงุฑู‹ุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ู‹ุง ูˆูŽุฑูŽู‘ุซููˆุง ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ูŽุŒ ููŽู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฎูŽุฐูŽู‡ู ุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุจูุญูŽุธูู‘ ูˆูŽุงููุฑู

Maksudnya: โ€œSesungguhnya ulamaโ€™ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyakโ€. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arnaโ€™out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya]

Rujuk teks penuh di sini: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/902-irsyad-al-hadith-siri-ke-179-ulama-umatku-umpama-nabi-bani-israil

.

Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki, Mekah

.

Berbalik kepada pembacaan ayat 14 surah Al Mulk, berikut adalah fadhilat utama dan cara mengamalkan wirid ini:

Khasiat Utama Amalan

Kaedah Pengamalan:

1. Untuk Pembuka Rezeki (Amalan Harian)

  • Dibaca 14 kali setiap kali selesai solat fardu (terutamanya Subuh atau Maghrib).
  • Hebuskan pada tapak tangan dan sapu ke muka sambil memohon agar Allah mencukupkan segala keperluan hidup.

2. Untuk Memohon Petunjuk (Amalan Sebelum Tidur)

  • Pastikan diri berada dalam keadaan berwuduk.
  • Duduk menghadap kiblat, lalu bacakan ayat 14 ini sebanyak 14 kali sebelum melelapkan mata.
  • Sertakan niat yang jelas di dalam hati (Contoh: “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk atau jalan keluar bagi masalah…”).
  • Tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kanan (mengikut sunnah). Insya-Allah, petunjuk akan hadir sama ada melalui gerak hati yang kuat atau petunjuk mimpi.

Melalui pengalaman saya sendiri, saya telah menghidapi pelbagai masalah kewanitaan selama 6 tahun sejak tahun 2020 sehingga 2026. Saya sentiasa mengalami kesakitan melampau ketika pendarahan dalam tempoh yang panjang, haid tidak teratur, ketumbuhan, fibroid & cyst yang berulang-ulang di bahagian ovari & rahim serta keradangan di pangkal rahim. Kesan dari masalah ini, selain masalah kesihatan, saya mengalami masalah rumah tangga & hubungan yang tidak baik dengan suami. Saya sentiasa mendapatkan rawatan di Kuantan Specialist Hospital (KPJ). Saya telah menjalani pembedahan berkali-kali iaitu buang ovari kanan, buang ketumbuhan pada dinding rahim (2 kali), buang rahim & buang pangkal rahim dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang sama saya mendapatkan rawatan dari beberapa orang perawat Islam di merata-rata tempat dalam Malaysia & juga perawat (Habib Hussain bin Abdul Rahman Al Habsyi) dari Tarim, Hadramout Yaman.

.

(Isnin 4.5.26) Di Kuantan Specialist Hospital (KPJ). 2 minggu selepas operation buang rahim.

.

Dalam tempoh tersebut, saya turut melakukan amalan membaca Ayat 14 dari surah Al Mulk sebanyak 14 kali setiap malam DISAMPING melakukan amalan lain, antaranya:
โ–ถ๏ธ Solat hajat
โ–ถ๏ธ Membaca Ratib Al Attas & Ratib Al Haddad
โ–ถ๏ธ Membaca Wirid Sakran (pendiding)
โ–ถ๏ธ Membaca 3 Qul setiap malam
โ–ถ๏ธ Membaca Ayat Qursi setiap malam
โ–ถ๏ธ Berzikir & Berselawat

.

Beberapa Cara Solat Hajat

.

Semua ini tidak dilakukan dalam masa sehari atau dua hari. Ia perlu dilakukan dengan ISTIQOMAH sekurang-kurangnya 44 hari atau lebih.

Dengan izin Allah swt, saya bermimpi selama 14 hari berturut-turut, didatangi oleh penyihir & bomohnya yang mengakui perbuatan mereka terhadap saya & menghantar sihir pemisah. Tetapi, ingin saya TEGASKAN bahawa, bukan semua mimpi adalah benar & ia tidak datang hanya dengan sekali mimpi. Biasanya mimpi berulang-ulang selama beberapa hari. Sebaik-baiknya, rujuklah mimpi tersebut kepada guru yang mursyid/orang alim yang ahlinya untuk mentafsir/memastikan ia adalah benar-benar merupakan tawajjuh dari Allah swt.

.

Jawapan dari guru mursyid saya berkenaan mimpi 14 hari berturut-turut

.

Sekiranya mimpi kita benar, tidak perlu membalas perbuatan jahat tersebut. Cukuplah dengan berdoa kepada Allah swt agar diberikan hidayah atau balasan yang setimpal oleh Allah swt.

Harus diingat, semua ini adalah dengan IZIN ALLAH SWT, bukan kerana diri atau amalan kita. Bersihkan hati & bertawakkallah kepada Allah swt.

Apa-apa pun, langkah terbaik adalah mengamalkan bacaan KESELURUHAN Surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur untuk memperoleh fadhilat pelindung kubur yang sahih daripada hadis Nabi ๏ทบ .

Penafian (disclaimer):
Saya bukan ustazah atau perawat. Saya sekadar mengamalkan bacan ayat Al Quran, Selawat & Zikir sebagai amalan harian dan ikhtiar meruqyah diri sendiri. Semua amalan saya adalah dari bimbingan guru-guru mursyid:
1๏ธโƒฃ Ustazah Sharifah Hafsah bana hasan
2๏ธโƒฃ Ustazah Fitrah Attareemiyyah
3๏ธโƒฃ Ustaz Zubair Malik
4๏ธโƒฃ Habib Muhammad bin Alwi Al Attas
5๏ธโƒฃ Habib Soleh bin Alwi Al Attas
6๏ธโƒฃ Ummi Zaitun (balu kepada Habib Mohsin Al Attas)
7๏ธโƒฃ Ustaz Uwais Al Qarni
8๏ธโƒฃ Ustazah Hajah Muzayyanah binti Abdullah
9๏ธโƒฃ Habib Umar Al Attas & Ustazah Nur, Surabaya (Anak kepada Habib Mohsin Al Attas)
1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ Almarhum Ustaz Hj Hod (Yaasin 1000 Syifa)

1๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ Syeikh Dr. Nik Bakri bin Nik Mat

Ada juga yang mengamalkan dengan cara begini (seperti dalam video). Tetapi saya belum pernah buat amalan ini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

.

Video: Credit to Galeri Sunah Pak Munawer

.

Tujuan posting ini hanyalah untuk membantu hamba-hamba Allah yang teraniaya, disihir, disantau & dikhianati yang mana perlu melakukan amalan harian secara peribadi selain mendapatkan rawatan untuk kesembuhan/kebaikan. Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari kejahatan makhluk.

Segala yang terbaik adalah dari Allah swt, segala khilaf & salah dalam posting ini adalah dari diri saya sendiri. Semoga amalan kita diredhoi & diterima Allah swt.

Wallahuโ€™alam.

Fi khairin wa lutfin waโ€™afiah

Love as always
๐Ÿ’Al Faqirah Ummu Nuh๐Ÿ’
(Sabtu, 6 Zulhijjah 1447H/23.5.26)

PEJUANG ANXIETY (Part 5 ~ Last Part)

Assalamualaikumโ€ฆ

Apa khabar pejuang anxiety?
Semoga kalian baik-baik sahaja & bertambah kuat melalui hari-hari yang penuh cabaran. Teruslah bersemangat untuk sihat & keluar dari kepompong anxiety.

.

Mental Health Awareness

.

Subhanallahโ€ฆperjalanan anxiety saya sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dari perkongsian Part 1 hingga 4, dan in shaa Allah ini adalah perkongsian TERAKHIR saya dalam journey anxiety. Saya tak mahu declare diri sembuh 100%, bimbang relapse atau ada sesuatu yang akan buat saya trigger kembali. Cukuplah jika mengatakan 90%, saya ok & doktor dah discharge saya dari rawatan.

Selawat Syifa (penyembuh)

.

Link Post PEJUANG ANXIETY sebelum ini:
4๏ธโƒฃ https://saljuputih.blog/2026/02/03/pejuang-anxiety-part-4/
3๏ธโƒฃ https://saljuputih.blog/2026/01/16/pejuang-anxiety-part-3/
2๏ธโƒฃ https://saljuputih.blog/2025/12/02/pejuang-anxiety-part-2/
1๏ธโƒฃ https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Setelah 3 bulan berlalu, selepas saya post PART 4 pada 3.2.2026, hari ini saya decided untuk menamatkan siri ini. Sempena bulan kesihatan mental sedunia.

Subhanallahโ€ฆ.

Alhamdulillahโ€ฆ

Allahuakhbarโ€ฆ.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan syifa Nya kepada hamba Nya yang faqirah ini. Sebagai peringatan bersama, selain usaha yang saya lakukan untuk keluar dari masalah anxiety, saya konsisten makan ubat selama 6 bulan. Bak kata doktor psy, โ€œTak mahu berlaku relapseโ€ kerana menurut doktor, tempoh remisi (remission) adalah selama 6 bulan, di mana tanda-tanda dan gejala anxiety berkurangan atau hilang sepenuhnya selepas rawatan.

Apa itu Remisi (remission)?
Ia bermakna keadaan pesakit sedang bertindak balas terhadap rawatan dan berada di bawah kawalan.

Saya akur kerana saya percaya kepada kepakaran doktor & saya menyaksikan bagaimana proses penyembuhan ibu saya yang menghidapi skizofrenia juga mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan ubat-ubatan & rawatan.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, banyak langkah yang saya ambil untuk menjaga kesihatan mental saya. Setelah pelbagai ujian diberi, saya berazam untuk bangkit & menjadikan mental saya lebih kuat. Saya tidak ingin terus lemah, ditindas & diambil kesempatan di atas kebaikan & kelembutan saya selama ini. Ia bukanlah dendam, tetapi sekadar membaiki kekurangan diri sendiri. Malahan saya tidak membalas apa-apa pun kepada mereka yang menyakiti & menyusahkan saya.

Antara langkah-langkah yang saya teruskan ialah:

1๏ธโƒฃ Saya mengambil kursus Sijil Psikologi Islam di KPTI Al Insaniah Malaysia untuk lebih faham sistem otak:

๐Ÿ’Š bagaimana ia boleh rosak & bagaimana ia boleh sembuh jika digabungkan rawatan secara saintifik & rawatan Islam iaitu dengan makan ubat, zikrullah & amalan harian,

๐Ÿ’Š nak faham antara perbezaan gangguan mistik dengan masalah mental secara saintifik

๐Ÿ’Š kenapa masalah mental boleh menyebabkan gerd, sakit sendi & pelbagai masalah kesihatan yang lain

๐Ÿ’Š dan pelbagai lagi hal-hal menarik berkenaan otak manusia.

Alhamdulillah saya gembira hadir kelas dengan ilmu yang sangat bermanfaat dari tenaga pengajar bertauliah. Rakan-rakan sekelas juga merupakan circle baru yang saya rasa sangat bagus kerana tidak segan silu untuk berkongsi ilmu masing-masing. Ma shaa Allah, saya tamat pengajian pada bulan April 2026.

.

Alhamdulillah

.

2๏ธโƒฃ Saya terima pelawaan untuk podcast bersama pihak Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA). Sebenarnya sejak saya melalui banyak masalah/dugaan bermula tahun 2023, saya menolak banyak jemputan berucap kerana timbulnya rasa rendah diri & pernah rasa ragu-ragu โ€œAdakah apa yang saya cakap/sampaikan betul?โ€. Ini kerana, saya pernah di hentak dengan kata:
๐Ÿ”ด โ€œKau pandai nasihat orang, tapi kau sendiri tak sabar bila di uji!โ€,
๐Ÿ”ด โ€œKau berzikir siang malam tapi kau tak beriman!โ€,
๐Ÿ”ด โ€œKau ingat kau ahli syurga? Kau sebenarnya menempah kunci neraka!โ€
dan macam-macam lagi.
Itulah antara hal-hal yang menjadi pemula bagaimana mental saya mulai terganggu beberapa tahun dahulu. Tetapi, semua itu sudah berlalu & saya tidak ingin terperangkap di dalamnya. Saya telah memaafkan orang yang berkata demikian terhadap saya.

.

Podcast bersama UMPSA

.

Sila tonton podcast di link ini:
https://youtu.be/Lvj1T6l1bTo?si=QAVyDWveqY5w3i7H

Alhamdulillahโ€ฆsaya bersyukur ke hadrat Ilahi, setelah selesai podcast, saya dilantik sebagai Mentor Usahawan Siswa UMPSA. Ia menambahkan semangat saya untuk terus bangkit, berbakti kepada ummah! Itulah sinar Yang Maha Esa kurniakan setelah lama saya bersendirian meraba-raba dalam kegelapan.

.

Surat Lantikan dari UMPSA

.

3๏ธโƒฃ Saya happy kan diri dengan apa yang saya suka bersama orang yang saya sayang & saya tahu orang tersebut ikhlas menyayangi saya. Dengan izin suami, saya travel bersama kakak saya ke Sarawak. Kami bersantai-santai di tepi pantai, shopping, manjakan diri ke spa & mengunjungi kawan-kawan saya. Berukhuwah di Sarawak untuk berkongsi kegembiraan & ilmu.

.

Kenangan Bercuti Bersama Kakak Ke 3 (Mac 2026)

.

{VIDEO} Selawat Adrikni 116 kali. Bersama rakan2 di Sarawak

.

Ukhuwah di Sarawak

.

4๏ธโƒฃ Mengunjungi guru saya, Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, di Kuching Sarawak. Meminta nasihat, doa dari beliau & beliau mengijazahkan Zikir Penenang Hati untuk saya amalkan. Beliau umpama seorang bapa kepada saya. Apabila mengunjungi beliau & isteri, saya rasa tenang, selamat & diselimuti kasih sayang ibu bapa yang telah lama saya rindukan.

Dapatkan Zikir Penang Hati di link ini:
https://saljuputih.blog/2026/04/04/zikir-penenang-hati/

.

Bersama Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

.

5๏ธโƒฃ Berkenaan hal kerja, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk baikpulih apa yang telah tercemar. Saya tidak ingin reputasi syarikat yang tercemar terus dipandang rendah oleh masyarakat. Saya dan suami telah membina empayar SKYBO sejak 25 tahun yang lalu. Saya tidak ingin ia dikuburkan oleh tangan-tangan manusia yang bergembira melihat kami jatuh. Tatkala ada gangguan/ugutan, saya tidak lagi berdiam diri malahan segera mengambil tindakan membuat report polis terhadap bekas pekerja saya. Alhamdulillah pada 1 Ramadhan 1447H (20.2.2026), suami saya telah datang semula ke pejabat Skybo & bertanya akan hal-hal kerja kepada pekerja saya. Saya gembira dengan kebangkitan semangat beliau yang sebelum ini โ€œdownโ€, seolah-olah tidak lagi ingin melihat bangunan tersebut sejak Februari 2025.

6๏ธโƒฃ Saya berterus-terang dengan suami bahawa saya tidak mahu berjumpa dengan adik-adik ipar & biras yang pernah menyakiti hati saya, terutamanya sepanjang saya menjaga Almarhumah ibu mentua. Saya perlu menjaga mental saya. Bukan kerana saya membenci mereka, sekadar menjaga jarak agar tidak terluka lagi. Selama mereka menyakiti hati saya, saya tidak mendapat pembelaan dari suami. Saya tidak mahu merosakkan hati saya dengan membenci orang. Setiap hari saya berdoa agar Allah bersihkan hati saya & bantu saya agar memaafkan semua orang yang pernah menyakiti hati saya.

7๏ธโƒฃ Saya terus aktif bersama rakan-rakan โ€œTaman Syurgaโ€. Saya pernah rimas, berpeluh-peluh & pening dalam majlis ilmu akibat anxiety. Saya challenge diri untuk hadir ke Majlis Syawal Sahabat La Tahzan di Kuala Lumpur. Saya kembali libatkan diri dalam majlis & cuba mengawal emosi agar tidak cemas & rimas seperti sebelum ini. Alhamdulillah saya mampu atasi semua itu dengan baik sehingga ke akhir majlis. Saya gembirakan diri bersama sahabat yang baik-baik di Kuala Lumpur, keluar sebentar dari rutin harian & menjauhkan diri sebentar dari suasana rumah & suami.

.

Majlis Syawal Sahabat La Tahzan

.

Bak kata anak perempuan saya โ€œSekali-sekala ummi kena berjauhan dengan abahโ€ (kerana dulu pernah jadi isteri yang naif). Ia sesuatu yang sedih, tetapi luka yang terjadi masih dalam proses penyembuhan, maka kami lalui sahaja & membiarkan masa yang menyembuhkan saya. Saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja dengan kehendak Allah swt.

.

Be Strong! Face your Fear!

.

8๏ธโƒฃ Saya aktifkan kembali group usrah on9 & menambah amalan harian. Ada zikir & selawat yang mungkin dahulunya saya jarang baca, saya mulai membaca secara bergilir-gilir setiap hari tanpa meninggalkan zikir yang biasa saya amalkan sebelum ini.
Antaranya:
๐Ÿ’› Membaca Wirdu Latif pagi & petang
๐Ÿ’™ Membaca Hizb Bahr
๐Ÿ’› Membaca Doa Sheikh Ibrahim At Taimi setiap pagi
๐Ÿ’™ Membaca Ratib Al Haddad & Ratib Al Attas yang dibaca selang sehari berlainan ratib
๐Ÿ’› Menambah bilangan muka surat bacaan Al Quran. Cuba habiskan 1 atau setengah juzuk 1 hari.
๐Ÿ’™ Membaca Wirid Sakran pada waktu pagi & petang

.

Usrah On9

.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

(Allahumma salli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad)


“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad.”

Inilah yang membuatkan saya perlahan-lahan hilang segala simptom anxiety seperti yang saya tuliskan dalam PART 1. Saya bersemangat menceritakan kepada doktor psy yang merawat saya. Saya pasti beliau juga gembira dengan perkembangan saya.

.

Sesi wasap Dengan Doktor Psy

.

Dalam menangani isu kesihatan mental yang melibatkan anxiety disorder, ada 4 element yang perlu diambil kira dalam mengenalpasti puncanya.

Semasa sesi kaunseling terakhir bersama kaunselor/doktor psikiatri (face to face), ini adalah elemen-elemen yang disebutkan:

1๏ธโƒฃ Psikologi – Minda, mental & tingkah laku manusia
Elemen ini paling memainkan peranan kepada punca anxiety. Pesakit terlalu fokus kepada masalah, atau sebahagian kecil kekurangan diri/hidup sehingga merasakan masalahnya besar. Contohnya pesakit ada nikmat hidup sehingga mencapai tahap 90% sempurna tetapi pesakit lebih tertumpu kepada 10% yang kurang/tiada dalam hidupnya.

2๏ธโƒฃ Sosial – Pergaulan pesakit
Hal ini mengambil kira circle pesakit; dengan siapa dia berkawan, kepada siapa dia meluah perasaan, jenis golongan orang yang dia bercampur & sebesar mana circle pergaulan pesakit. Dari situ, boleh dilihat adakah pergaulan pesakit memainkan peranan dalam menyebabkan dia mendapat anxiety disorder.

3๏ธโƒฃ Fizikal – tubuh badan
Pesakit ada penyakit fizikal seperti gerd, gastrik, sakit sendi, kolestrol tinggi, tekanan darah rendah/tinggi & tidak dirawat dengan betul. Jika ada masalah kesihatan, pesakit perlu teruskan rawatan & makan ubat. Jangan abaikan kesihatan fizikal.

Sebagai contoh: Sebelum ini, saya ada masalah dibahagian rahim menyebabkan pendarahan yang banyak & HB jadi low. Ia mempengaruhi mood & fungsi otak & badan yang menjadi salah satu faktor penyebab anxiety. Setelah ovari & rahim saya dibuang, semua masalah pendarahan selesai.

4๏ธโƒฃ Spiritual – rohani
Pesakit perlukan bimbingan kerohanian dalam bentuk mempunyai guru agama yang memberi nasihat atau membimbing ke jalan Allah (bagi orang Islam). Pesakit perlu menjaga solat, membaca Al Quran & berzikir. Bagi yang bukan Islam, mereka juga perlu ada pengisian rohani mengikut cara agama masing-masing.

Semua elemen ini adalah penting untuk digabungkan dalam proses penyembuhan. Dari info yang disampaikan oleh doktor, saya faham sebab itu kita tidak boleh melabelkan orang yang mengalami masalah kesihatan mental sebagai ORANG TAK BERIMAN.

Oleh itu, kepada sahabat yang ada simptom anxiety, Tolong kenal pasti masalah tubuh & segeralah dapatkan rawatan. Jangan malu berjumpa doktor atau menganggap pusat rawatan psikiatri adalah semata-mata untuk orang gila.

Nasihat saya kepada rakan-rakan yang menghidap anxiety:
๐Ÿ–๏ธ jangan takut untuk melangkah keluar dari rasa itu!
๐Ÿ–Œ๏ธ cuba & terus mencuba untuk bangkit & lawan semua perasaan
๐Ÿ–๏ธ elakkan overthinking dengan zikrullah & hauqalah. Zikir “La haula wa la quwwata illa billah” (ู„ูŽุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู) yang bermaksud tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT. Memang diakui, agak susah tapi kena cuba.
๐Ÿ–Œ๏ธ abaikan cakap orang. Orang tak berada di tempat kita & takkan faham keadaan kita. Trust your psy doctor!
๐Ÿ–๏ธ jangan meluah pada orang yang tak mahu dengar atau tak faham kita. They will judge & underestimate us!
๐Ÿ–Œ๏ธ trust the process. Jalan sembuh tidak mengambil masa 1 atau 2 hari. Sabar, sabar & sabar.
๐Ÿ–๏ธ cut sugar & caffeine. Exercise regularly supaya malam boleh tidur awal. Avoid main HP once dah ready nak tidur.

๐Ÿ–Œ๏ธ love yourself more!

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua walaupun ia mungkin agak sensitif atau menyentuh perasaan sesetengah pihak. Tujuan saya ialah, saya ingin lebih ramai pejuang anxiety keluar dari masalah mental yang memerangkap mereka. Bukan semua orang mampu atau mendapat sokongan moral, so kita kena trust ourselves.

.

{VIDEO} My Healing Journey

.

Kuatkan semangat & yakin boleh!

โ€œLa tahzan innallaha ma’ana” (ู„ูŽุง ุชูŽุญู’ุฒูŽู†ู’ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ู…ูŽุนูŽู†ูŽุง) “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
(Surah At-Taubah ayat 40)

Salam sayang dari saya.

Fi khairin wa lutfin waโ€™afiah

Love as always
๐Ÿ’Al Faqirah Ummu Nuh๐Ÿ’
Isnin, 11.5.2026

#Penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

#MentorUMPSA

LALUAN PELAJAR TAHFIZ/MADRASAH KE UNIVERSITI

Saya sering membaca di media sosial berkenaan kerisauan ibu bapa yang berhajat menghantar anak ke sekolah tahfiz/madrasah tanpa pelajaran akademik. Walaupun sekarang ada banyak sekolah tahfiz professional contohnya Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Sek Men Imtiaz Yayasan Terengganu dan sebagainya tetapi pengambilan pelajar adalah terhad.

Perlu diingat, bahawa kemampuan setiap anak adalah tidak sama. Ada anak yang mampu belajar akademik beserta hafazan Al Quran & pelajaran agama yang lain, manakala ada anak yang hanya mampu fokus kepada akademik sahaja atau hafazan Al Quran semata-mata sebelum sampai tempoh matang untuk mempelajari ilmu lain. Semua potensi anak perlu dinilai oleh ibu bapa sebelum memilih sekolah menengah. Jangan sesekali menyamakan atau membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Kenali potensi anak, tentukan hala tuju anak & fahami minat/kemahiran anak untuk menentukan pilihan sekolah yang bersesuaian.

Tujuan entri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa yang bukan terdidik dari aliran agama supaya lebih faham akan laluan pelajar dari madrasah/tahfiz selepas menamatkan pelajaran di sekolah tersebut. Ramai ibu bapa yang rasa cukuplah setakat anak menghafal 30 juzuk Al Quran & setelah itu anak boleh mengajar di mana-mana madrasah atau sekolah kafa sebagai guru Al Quran. Itโ€™s actually a big misunderstanding ! Walaupun khatam hafazan atau shahadah 30 juzuk Al Quran, sebenarnya masih banyak ilmu agama yang lain yang perlu mereka pelajari.

Saya menulis berdasarkan pengalaman & pengetahuan sepanjang membesarkan anak & ilmu yang saya pelajari dari pelbagai guru dari madrasah berbeza.

Ma shaa Allahโ€ฆ.

Saya bersyukur kerana anak-anak saya & anak-anak saudara yang saya besarkan bersekolah di sekolah menengah/agama yang berbeza. Ada anak yang ke sekolah menengah tahfiz professional & ada anak yang fully tahfiz sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi & ada anak yang masuk ke madrasah yang menekankan ilmu kitab (โ€˜alim) tetapi menyediakan kelas SPM/STAM. Semua ini menjadikan minda saya lebih terbuka bahawa, terdapat pelbagai laluan untuk pelajar tahfiz/madrasah melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan atau luar negara.

Perbezaan antara sekolah TAHFIZ & MADRASAH ialah:

๐Ÿ’Ÿ TAHFIZ

Sekolah Tahfiz (Maahad Tahfiz):
๐Ÿ“ Fokus: Matlamat utama ialah melahirkan Huffaz (penghafal) Al-Quran 30 juzuk.
๐Ÿ“ Kurikulum: Tumpuan tinggi kepada hafalan, tasmik (semakan), dan tajwid.
๐Ÿ“ Jenis: Ada maahad tahfiz tulen (fokus al-quran sahaja) dan maahad tahfiz sains/integrasi yang menggabungkan akademik.
๐Ÿ“ Suasana: Lebih fokus kepada hafalan harian dalam persekitaran yang intensif.

๐Ÿ’Ÿ MADRASAH

๐Ÿ“ Fokus: Memperkukuh asas agama dan ilmu alat (bahasa Arab, feqah, tauhid, tafsir, hadis).
๐Ÿ“ Kurikulum: Lebih menyeluruh (talaqqi/kitab), tidak hanya tertumpu kepada hafalan.
๐Ÿ“ Tujuan: Memperbaiki diri dan mempelajari ilmu untuk kehidupan (fardu kifayah).
๐Ÿ“ Suasana: Pendekatan pengajian yang lebih tradisional dan menyeluruh.

๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท

Soalan-soalan yang biasa berlegar diminda ibu bapa ialah:

๐Ÿ–Œ๏ธ Apa laluan pelajar tahfiz/madrasah sama ada yang hafiz/zah atau โ€˜alim/mah sekiranya tidak belajar akademik seperti tahfiz professional?

๐Ÿ–Œ๏ธ Pelajar madrasah hanya boleh jadi ustaz/zah atau imam atau guru tahfiz sahaja ke?

๐Ÿ–Œ๏ธ Macam mana masa depan pelajar madrasah? Senang ke nak dapat kerja?

.

{Carta Aliran Laluan Pelajar Tahfiz}

.

Dalam carta aliran yang saya sertakan, kalian boleh tengok ke mana hala tuju pelajar tahfiz. Saya tak menyentuh perihal sekolah tahfiz professional atau sekolah menengah yang menyediakan kelas hafazan seperti MRSM Ulul Albab. Kerana laluan itu mudah, mereka dah ada SPM disamping pihak sekolah menjadikan pelajar sebagai Al Hafiz/zah.

Ada dua laluan berbeza iaitu:

๐Ÿ”ด LAUAN PERTAMA:


1๏ธโƒฃ Pelajar masuk ke madrasah/tahfiz setelah tamat sekolah rendah. Kenapa digalakkan sekolah rendah & ada kafa? Kerana sebaik-baiknya anak-anak diberi pendidikan awal, belajar ilmu basic tentang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya supaya mereka tidak terus buta ilmu duniawi apabila berada di alam universiti atau pekerjaan. Anak yang masuk ke sekolah berasrama ketika berusia 13 tahun, lebih matang & bersedia untuk berpisah dari keluarga.

2๏ธโƒฃ Setelah khatam/shahadah Al Quran di sekolah tahfiz, pelajar ambil SPM sebagai calon persendirian ataupun masuk ke mana-mana sekolah menengah ataupun masuk ke institusi yang menyediakan platform SPM contohnya Smart Tahfiz di Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang. Pelajar boleh ambil subjek sains, akaun, multimedia atau apa-apa sahaja bergantung kepada kemampuan & minat untuk sambung belajar dalam bidang apa, sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke bidang professional.

.

Saya juga mempunyai seorang anak saudara yang tamat madrasah & ke Smart Tahfiz, seterusnya ke UCYP mengambil Diploma Pengurusan Islam. Kini menjadi guru di sebuah sekolah rendah.

.

3๏ธโƒฃ Pelajar tamat SPM & masuk ke kolej/IPT dan pergi ke bidang professional seperti perbankan, akaun, elektrikal dan sebagainya.

4๏ธโƒฃ Bagi pelajar yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Universiti seperti Al Azhar Mesir, Al Ahgaf Yaman, Universiti di Jordan, Morocco dan lain-lain (cari info dlm website Universiti sebelum apply), hendaklah mempunyai sijil SPM atau SMA atau STAM. Soโ€ฆselepas selesai SPM/SMA boleh sambung STAM. Kelebihan mengambil STAM ialah mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam & memahirkan Bahasa Arab.

5๏ธโƒฃ Pelajar lulus IPT & kerja mengikut bidang yang dipilih. Mungkin jadi dentist, peguam, banker dan lain-lain. Kalau pelajar pilih bidang syariah, Usuluddin, Qiraat Al Quran & yang seangkatan dengannya, boleh jadi peguam syariah, pensyarah, pegawai di jabatan agama, mufti dan lain-lain. Tak semestinya jadi ustaz/zah.

.

Anak ke 3, Tamat SPM & diterima masuk ke Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Berhajat mengambil Degree Multimedia selepas tamat asasi.

.

๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ

๐Ÿ”ด LALUAN KEDUA:


1๏ธโƒฃ Pelajar masuk ke madrasah/tahfiz setelah tamat sekolah rendah.

2๏ธโƒฃ Setelah tamat pengajian di sekolah tahfiz/madrasah, pelajar menduduki APEL (tanpa SPM/SMA/STAM). Apel disediakan di beberapa Universiti tempatan antaranya Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), OUM, UTM, USM, UTHM, UKM, UITM & UMPSA.

3๏ธโƒฃ Pelajar tamat/lulus APEL & masuk ke kolej/IPT. Sebelum mohon universiti, tengok dulu requirement universiti tersebut. Ada universiti yang mewajibkan pelajar yang mohon bidang agama lulus Imtihan Qabul atau masuk kelas on9 (Bahasa Arab) yang disediakan oleh pihak umiversiti bagi memantapkan bahasa arab.

.

{Anak ke 2 Khatam Hafazan 30jq Al Quran}

.

๐Ÿ”ด Sebagai contoh:
Anak ke 2 saya, sekarang sedang belajar di Universiti Al Azhar. Beliau telah mengikuti kelas Imtihan Tahdid Mustawa bagi pelajar yang ingin belajar ke Universiti Al Azhar Mesir secara on9 dengan bayaran RM450.00/bulan. Kelas ini berlangsung selama lebih kurang 5-6 bulan (bergantung kepada tahap pelajar). Terdahulu, beliau telah belajar di sekolah tahfiz (Ribat Az Zahra, Balok Kuantan Pahang) selama 6 tahun sehingga khatam hafazan 30 juzuk Al Quran & mengambil Sijil Menengah Agama (SMA). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Madrasah Al Khairat, Kuching Sarawak & lulus STAM sebelum melangkah ke Universiti Al Azhar, Mesir. Permohonan untuk ke Universiti Al Azhar di buat atas talian melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Beliau TIDAK menduduki SPM.

Setelah permohonan lulus, maklumkan pendafataran ke Jabatan Agama Islam Negeri untuk pengurusan keberangkatan ke Kaherah, Mesir & menerima wang sumbangan & tiket penerbangan dari kerajaan Negeri Pahang. Ada juga pelajar yang meminta pihak JAIP membuat permohonan ke KPT bagi pihak mereka. Anak saya memilih untuk membuat permohonan sendiri ke KPT. Semua pelajar yang bedaftar dengan kerajaan negeri akan dihantar/diiring oleh pihak JAIP hingga ke Kaherah, Mesir.

Manakala, bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Ahgaff, Yaman, boleh baca di link ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://saljuputih.blog/2025/02/06/universiti-al-ahqaff-yaman-info-khusus-untuk-pelajar-malaysia-indonesia/

.

Anak Sulung (2 dari kiri, tanpa ridaโ€™) & rakan2 di Universiti Al Ahgaff, Tarim Yaman di tahun ke 4

.

4๏ธโƒฃ Pelajar lulus IPT & kerja mengikut bidang yang dipilih.

Setakat hari ini, saya melihat telah banyak sekolah tahfiz/madrasah mulai menyediakan kelas SPM dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri. Ia sesuatu yang baik kerana selagi kita hidup di bumi Malaysia, mahu atau tak mahu, sijil dalam negara sendiri diperlukan untuk pekerjaan & tauliah mengajar. Lagipun, tidaklah bermakna apabila kita menghantar anak ke sekolah tahfiz, kita meninggalkan 100% ilmu dunia. Both ilmu, perlu seimbang.

Nasihat bijak dari Luqman Al Hakim mengatakan:
โ€œBelilah akhiratmu dengan duniamu.โ€

Manakala, dalam Surah al-Qashash ayat 77:
โ€œDan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.โ€

Apa-apa pun, bagi ibu bapa yang memilih menghantar anak ke sekolah yang fully akademik, tidaklah dilabelkan sebagai ibu bapa yang tidak mendahulukan agama. Ilmu agama hendaklah bermula dari rumah. Soโ€ฆjika anak telah dididik dengan sempurna bab solat, puasa, bacaan Al Quran & sebagainya sejak kecil, tidaklah menjadi kesalahan memilih aliran professional. Yang penting, agamanya terjaga hingga ke liang lahad.

Setakat ini sahaja penerangan saya berkenaan laluan pelajar tahfiz/madrasah untuk melanjutkan pelajaran selepas selesai pengajian di tahfiz/madrasah.

๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ท

Sebagai ibu, saya belum sempurna dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Saya sekadar cuba sehabis mampu untuk mendidik diri sendiri & berharap kasih sayang Allah swt agar kami mampu ke syurga sekeluarga.

Subhanallahโ€ฆ

Hasil dari pengetahuan yang dianugerahkan Allah ini, saya menjadi penasihat kepada pegurusuan Madrasah Dar Al Misykah (Madrasah/tahfiz pelajar perempuan sahaja) di Kuantan, Pahang. Madrasah ini dikelolakan oleh Ustazah Sharifah Fairuz ben yahya, berkelulusan dari Dar Az Zahra, Tarim Hadralmawt, Ustazah Fasehah & beberapa orang asatizah dari madrasah tempatan. Ia telah beroperasi selama 3 tahun & mendapat kelulusan dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Pahang (MUIP).

.

Dar Al Misykah

.

Semoga entri ini memberi pendedahan kepada ibu bapa & membuka minda bahawa, pelajar tahfiz/madrasah juga sebenarnya mempunyai peluang untuk menyertai lapangan professional.

Semoga bermanfaat kepada ummah.

Fi khairin wa lutfin waโ€™afiah.

Love as always
๐Ÿ’Al Faqirah Ummu Nuh๐Ÿ’
Ahad, 10.5.2026

#penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

#mentorUsahawanUMPSA