PEJUANG ANXIETY (Part 5 ~ Last Part)

Assalamualaikum…

Apa khabar pejuang anxiety?
Semoga kalian baik-baik sahaja & bertambah kuat melalui hari-hari yang penuh cabaran. Teruslah bersemangat untuk sihat & keluar dari kepompong anxiety.

.

Mental Health Awareness

.

Subhanallah…perjalanan anxiety saya sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dari perkongsian Part 1 hingga 4, dan in shaa Allah ini adalah perkongsian TERAKHIR saya dalam journey anxiety. Saya tak mahu declare diri sembuh 100%, bimbang relapse atau ada sesuatu yang akan buat saya trigger kembali. Cukuplah jika mengatakan 90%, saya ok & doktor dah discharge saya dari rawatan.

Selawat Syifa (penyembuh)

.

Link Post PEJUANG ANXIETY sebelum ini:
4️⃣ https://saljuputih.blog/2026/02/03/pejuang-anxiety-part-4/
3️⃣ https://saljuputih.blog/2026/01/16/pejuang-anxiety-part-3/
2️⃣ https://saljuputih.blog/2025/12/02/pejuang-anxiety-part-2/
1️⃣ https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Setelah 3 bulan berlalu, selepas saya post PART 4 pada 3.2.2026, hari ini saya decided untuk menamatkan siri ini. Sempena bulan kesihatan mental sedunia.

Subhanallah….

Alhamdulillah…

Allahuakhbar….

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan syifa Nya kepada hamba Nya yang faqirah ini. Sebagai peringatan bersama, selain usaha yang saya lakukan untuk keluar dari masalah anxiety, saya konsisten makan ubat selama 6 bulan. Bak kata doktor psy, “Tak mahu berlaku relapse” kerana menurut doktor, tempoh remisi (remission) adalah selama 6 bulan, di mana tanda-tanda dan gejala anxiety berkurangan atau hilang sepenuhnya selepas rawatan.

Apa itu Remisi (remission)?
Ia bermakna keadaan pesakit sedang bertindak balas terhadap rawatan dan berada di bawah kawalan.

Saya akur kerana saya percaya kepada kepakaran doktor & saya menyaksikan bagaimana proses penyembuhan ibu saya yang menghidapi skizofrenia juga mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan ubat-ubatan & rawatan.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, banyak langkah yang saya ambil untuk menjaga kesihatan mental saya. Setelah pelbagai ujian diberi, saya berazam untuk bangkit & menjadikan mental saya lebih kuat. Saya tidak ingin terus lemah, ditindas & diambil kesempatan di atas kebaikan & kelembutan saya selama ini. Ia bukanlah dendam, tetapi sekadar membaiki kekurangan diri sendiri. Malahan saya tidak membalas apa-apa pun kepada mereka yang menyakiti & menyusahkan saya.

Antara langkah-langkah yang saya teruskan ialah:

1️⃣ Saya mengambil kursus Sijil Psikologi Islam di KPTI Al Insaniah Malaysia untuk lebih faham sistem otak, bagaimana ia boleh rosak & bagaimana ia boleh sembuh jika digabungkan rawatan secara saintifik & rawatan Islam iaitu dengan zikrullah & amalan harian. Alhamdulillah saya gembira hadir kelas dengan ilmu yang sangat bermanfaat dari tenaga pengajar bertauliah. Rakan-rakan sekelas juga merupakan circle baru yang saya rasa sangat bagus kerana tidak segan silu untuk berkongsi ilmu masing-masing. Ma shaa Allah, saya tamat pengajian pada bulan April 2026.

.

Alhamdulillah

.

2️⃣ Saya terima pelawaan untuk podcast bersama pihak Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA). Sebenarnya sejak saya melalui banyak masalah/dugaan bermula tahun 2023, saya menolak banyak jemputan berucap kerana timbulnya rasa rendah diri & pernah rasa ragu-ragu “Adakah apa yang saya cakap/sampaikan betul?”. Ini kerana, saya pernah di hentak dengan kata:
🔴 “Kau pandai nasihat orang, tapi kau sendiri tak sabar bila di uji!”,
🔴 “Kau berzikir siang malam tapi kau tak beriman!”,
🔴 “Kau ingat kau ahli syurga? Kau sebenarnya menempah kunci neraka!”
dan macam-macam lagi.
Itulah antara hal-hal yang menjadi pemula bagaimana mental saya mulai terganggu beberapa tahun dahulu. Tetapi, semua itu sudah berlalu & saya tidak ingin terperangkap di dalamnya. Saya telah memaafkan orang yang berkata demikian terhadap saya.

.

Podcast bersama UMPSA

.

Sila tonton podcast di link ini:
https://youtu.be/Lvj1T6l1bTo?si=QAVyDWveqY5w3i7H

Alhamdulillah…saya bersyukur ke hadrat Ilahi, setelah selesai podcast, saya dilantik sebagai Mentor Usahawan Siswa UMPSA. Ia menambahkan semangat saya untuk terus bangkit, berbakti kepada ummah! Itulah sinar Yang Maha Esa kurniakan setelah lama saya bersendirian meraba-raba dalam kegelapan.

.

Surat Lantikan dari UMPSA

.

3️⃣ Saya happy kan diri dengan apa yang saya suka bersama orang yang saya sayang & saya tahu orang tersebut ikhlas menyayangi saya. Dengan izin suami, saya travel bersama kakak saya ke Sarawak. Kami bersantai-santai di tepi pantai, shopping, manjakan diri ke spa & mengunjungi kawan-kawan saya. Berukhuwah di Sarawak untuk berkongsi kegembiraan & ilmu.

.

Kenangan Bercuti Bersama Kakak Ke 3 (Mac 2026)

.

{VIDEO} Selawat Adrikni 116 kali. Bersama rakan2 di Sarawak

.

Ukhuwah di Sarawak

.

4️⃣ Mengunjungi guru saya, Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, di Kuching Sarawak. Meminta nasihat, doa dari beliau & beliau mengijazahkan Zikir Penenang Hati untuk saya amalkan. Beliau umpama seorang bapa kepada saya. Apabila mengunjungi beliau & isteri, saya rasa tenang, selamat & diselimuti kasih sayang ibu bapa yang telah lama saya rindukan.

Dapatkan Zikir Penang Hati di link ini:
https://saljuputih.blog/2026/04/04/zikir-penenang-hati/

.

Bersama Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

.

5️⃣ Berkenaan hal kerja, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk baikpulih apa yang telah tercemar. Saya tidak ingin reputasi syarikat yang tercemar terus dipandang rendah oleh masyarakat. Saya dan suami telah membina empayar SKYBO sejak 25 tahun yang lalu. Saya tidak ingin ia dikuburkan oleh tangan-tangan manusia yang bergembira melihat kami jatuh. Tatkala ada gangguan/ugutan, saya tidak lagi berdiam diri malahan segera mengambil tindakan membuat report polis terhadap bekas pekerja saya. Alhamdulillah pada 1 Ramadhan 1447H (20.2.2026), suami saya telah datang semula ke pejabat Skybo & bertanya akan hal-hal kerja kepada pekerja saya. Saya gembira dengan kebangkitan semangat beliau yang sebelum ini “down”, seolah-olah tidak lagi ingin melihat bangunan tersebut sejak Februari 2025.

6️⃣ Saya berterus-terang dengan suami bahawa saya tidak mahu berjumpa dengan adik-adik ipar & biras yang pernah menyakiti hati saya, terutamanya sepanjang saya menjaga Almarhumah ibu mentua. Saya perlu menjaga mental saya. Bukan kerana saya membenci mereka, sekadar menjaga jarak agar tidak terluka lagi. Selama mereka menyakiti hati saya, saya tidak mendapat pembelaan dari suami. Saya tidak mahu merosakkan hati saya dengan membenci orang. Setiap hari saya berdoa agar Allah bersihkan hati saya & bantu saya agar memaafkan semua orang yang pernah menyakiti hati saya.

7️⃣ Saya terus aktif bersama rakan-rakan “Taman Syurga”. Saya pernah rimas, berpeluh-peluh & pening dalam majlis ilmu akibat anxiety. Saya challenge diri untuk hadir ke Majlis Syawal Sahabat La Tahzan di Kuala Lumpur. Saya kembali libatkan diri dalam majlis & cuba mengawal emosi agar tidak cemas & rimas seperti sebelum ini. Alhamdulillah saya mampu atasi semua itu dengan baik sehingga ke akhir majlis. Saya gembirakan diri bersama sahabat yang baik-baik di Kuala Lumpur, keluar sebentar dari rutin harian & menjauhkan diri sebentar dari suasana rumah & suami.

.

Majlis Syawal Sahabat La Tahzan

.

Bak kata anak perempuan saya “Sekali-sekala ummi kena berjauhan dengan abah” (kerana dulu pernah jadi isteri yang naif). Ia sesuatu yang sedih, tetapi luka yang terjadi masih dalam proses penyembuhan, maka kami lalui sahaja & membiarkan masa yang menyembuhkan saya. Saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja dengan kehendak Allah swt.

.

Be Strong! Face your Fear!

.

8️⃣ Saya aktifkan kembali group usrah on9 & menambah amalan harian. Ada zikir & selawat yang mungkin dahulunya saya jarang baca, saya mulai membaca secara bergilir-gilir setiap hari tanpa meninggalkan zikir yang biasa saya amalkan sebelum ini.
Antaranya:
💛 Membaca Wirdu Latif pagi & petang
💙 Membaca Hizb Bahr
💛 Membaca Doa Sheikh Ibrahim At Taimi setiap pagi
💙 Membaca Ratib Al Haddad & Ratib Al Attas yang dibaca selang sehari berlainan ratib
💛 Menambah bilangan muka surat bacaan Al Quran. Cuba habiskan 1 atau setengah juzuk 1 hari.
💙 Membaca Wirid Sakran pada waktu pagi & petang

.

Usrah On9

.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

(Allahumma salli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad)


“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad.”

Inilah yang membuatkan saya perlahan-lahan hilang segala simptom anxiety seperti yang saya tuliskan dalam PART 1. Saya bersemangat menceritakan kepada doktor psy yang merawat saya. Saya pasti beliau juga gembira dengan perkembangan saya.

.

Wasap dari Doctor Psy

.

Nasihat saya kepada rakan-rakan yang menghidap anxiety:
🖍️ jangan takut untuk melangkah keluar dari rasa itu!
🖌️ cuba & terus mencuba untuk bangkit & lawan semua perasaan
🖍️ elakkan overthinking dengan zikrullah & hauqalah. Zikir “La haula wa la quwwata illa billah” (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ) yang bermaksud tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT. Memang diakui, agak susah tapi kena cuba.
🖌️ abaikan cakap orang. Orang tak berada di tempat kita & takkan faham keadaan kita. Trust your psy doctor!
🖍️ jangan meluah pada orang yang tak mahu dengar atau tak faham kita. They will judge & underestimate us!
🖌️ trust the process. Jalan sembuh tidak mengambil masa 1 atau 2 hari. Sabar, sabar & sabar.
🖍️ cut sugar & caffeine. Exercise regularly supaya malam boleh tidur awal. Avoid main HP once dah ready nak tidur.

🖌️ love yourself more!

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua walaupun ia mungkin agak sensitif atau menyentuh perasaan sesetengah pihak. Tujuan saya ialah, saya ingin lebih ramai pejuang anxiety keluar dari masalah mental yang memerangkap mereka. Bukan semua orang mampu atau mendapat sokongan moral, so kita kena trust ourselves.

Kuatkan semangat & yakin boleh!

“La tahzan innallaha ma’ana” (لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا) “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
(Surah At-Taubah ayat 40)

Salam sayang dari saya.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 11.5.2026

#Penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

#MentorUMPSA

Leave a comment