Assalamualaikum warahmatullah
.

.
Membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali sering diamalkan sebagai wirid atau doa. Ayat ini berkisar tentang kekuasaan dan pengetahuan Allah SWT terhadap segala ciptaan-Nya.
Amalan membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali biasanya diamalkan sebagai wirid atau doa khusus untuk kelancaran rezeki. Amalan ini berasal daripada petua atau ijazah para ulama nusantara dan guru-guru tarekat yang mengambil fadhilat daripada ayat tersebut, dan bukanlah daripada hadis sahih yang khusus daripada Nabi SAW.
Berikut adalah panduan ringkas amalan tersebut:
📍 Teks Ayat:
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِير
📍Ayat 14 Surah al-Mulk bermaksud: “Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus (urusan Pentadbiran-Nya), lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!”
📍Waktu Amalan: Lazimnya dibaca pada waktu malam (sebelum tidur) atau dijadikan amalan rutin harian untuk memohon kelancaran rezeki.
Amalan ini dilakukan dengan harapan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon petunjuk, dan bertawakal atas segala urusan rezeki yang diatur oleh-Nya.
Secara ringkasnya, tidak ada dalil khusus (hadis sahih atau ayat al-Quran) yang memerintahkan atau menetapkan amalan membaca ayat 14 Surah Al-Mulk sebanyak 14 kali secara spesifik untuk fadhilat tertentu.
Amalan ini dikategorikan sebagai amalan berasaskan tajribah (pengalaman para ulama terdahulu). Contohnya seperti yang disampaikan oleh KH. M Ridwan Baseri, diijazahkan oleh Abah Guru Sekumpul, membaca ayat 14 dari surah Al Mulk sebanyak 9 kali untuk mencapai hajat, mencari barang/orang hilang, in shaa Allah dengan izin Alalh swt akan dimunculkan petunjuk dalam mimpi.
Boleh tonton video yang disampaikan oleh KH. m Ridwan Baseri berkenaan amalan tersebut di link youtube ini: 👇🏻👇🏻👇🏻
https://youtu.be/Q-qioAIaxYQ?si=7lfTktusRKBNTpRl
Amalan membaca Surah Al-Mulk ayat 14 sebanyak 14 kali ini secara khusus diajarkan dan diijazahkan oleh Abah Guru Sekumpul (KH. Muhammad Zaini bin Abdul Ghani), ulama kharismatik yang sangat disayangi dari Martapura, Kalimantan Selatan.
Amalan rahsia ini bersambung rantaiannya daripada sanad guru-guru beliau, termasuk daripada Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani (ulama besar kota suci Mekah), yang mana amalan berasaskan bilangan asmaul husna dan pembuka mata hati ini bersumberkan kaedah para ulama tasawuf serta ahli hikmah terdahulu.
Di Mana Kedudukan Amalan Ini Ditemui?
- Kitab dan Catatan Majlis: Amalan ini dicatat oleh para anak murid beliau melalui silsilah nota kuliah (catatan majlis ta’lim) dan risalah amalan yang dihimpunkan daripada pengajian di Surau Al-Mushalla, Sekumpul.
- Kandungan Utama: Pengajaran utama Abah Guru Sekumpul dalam amalan ini menekankan kepada penghayatan sifat Allah Al-Latif (Maha Halus) dan Al-Khabir (Maha Mengetahui) yang terkandung di dalam ayat tersebut untuk menyelesaikan kebuntuan hidup.
Pesan Abah Guru Sekumpul Ketika Mengamalkannya
Ketika mengajarkan amalan-amalan zikir, beliau sering memberikan pesanan penting agar amalan tersebut membuahkan hasil:
- Menjaga Adab dan Akhlak: Amal ibadah dan zikir sukar meresap ke dalam hati jika seseorang itu tidak menjaga akhlaknya dengan ibu bapa, guru, dan sesama makhluk.
- Ikhlas Tanpa Paksaan: Membaca dengan hati yang tenang, bukan sekadar mengejar hitungan bilangan 14 kali semata-mana.
- Sangka Baik (Husnuzon): Sentiasa bersangka baik kepada aturan Allah kerana Allah Maha Halus (Al-Latif) dalam mengatur rezeki dan urusan hamba-Nya.
.

.
Ulama dan ahli hikmah menyarankan ayat ini diamalkan dengan kefahaman bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala rezeki, rahsia, dan keperluan hamba-Nya. Walaupun bilangan 14 kali itu adalah kaedah mujarrabah (cubaan yang menjadi) daripada pengalaman para guru agama, fadhilat surah Al-Mulk secara keseluruhan (30 ayat) sangat dianjurkan untuk dibaca setiap malam sebelum tidur sebagai pelindung daripada azab kubur.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai status dalil bagi amalan ini:
- Dalil Sahih Berkenaan Surah Al-Mulk secara Keseluruhan
Dalil daripada hadis sahih yang ada hanyalah menyentuh tentang kelebihan membaca keseluruhan Surah Al-Mulk (30 ayat), terutamanya sebelum tidur, sebagai pelindung daripada azab kubur. Nabi SAW bersabda:
“Satu surah dalam al-Quran yang mempunyai 30 ayat dapat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga dia diampunkan, iaitu surah al-Mulk.” (Riwayat Ibn Majah).
- Status Amalan Khusus Ayat 14 (14 Kali)
• Tiada Sandaran Hadis: Penetapan jumlah “14 kali” bagi “ayat 14” tidak datang daripada sunnah Nabi SAW.
• Amalan Mujarrabat / Kaedah Ulama: Kaedah pengulangan ayat tertentu dengan jumlah bilangan tertentu biasanya bersumberkan ijtihad, ilham, atau amalan para ulama tasawuf dan ahli hikmah yang mendapati amalan tersebut memberi kesan positif (seperti ketenangan hati atau kelancaran urusan).
• Tujuan Tadabbur: Pengulangan ayat ini (yang bermaksud “Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui?”) sangat baik untuk menghidupkan rasa tauhid dan keyakinan bahawa Allah Maha Mengetahui segala masalah dan isi hati kita. - Pandangan Hukum Agama
Para ulama umumnya mematgari perkara ini seperti berikut:
• Boleh Diamalkan: Harus untuk dibaca sebagai bentuk doa, zikir, atau tadabbur bagi menguatkan jiwa.
• Syarat Keyakinan: Kita tidak boleh menyakini bahawa bilangan “14 kali” itu adalah satu ketetapan syariat yang wajib atau mempunyai kuasa sakti tersendiri. Segala manfaat dan kelancaran rezeki datangnya mutlak daripada izin Allah SWT, bukannya daripada formula bilangan tersebut.
Hukum beramal dengan ilmu daripada ulama adalah wajib atau dituntut. Islam meletakkan konsep ilmu sebelum beramal (علم قبل العمل) bagi memastikan setiap ibadah sah dan diterima di sisi Allah.
Berikut adalah panduan ringkas mengenai hukum dan adab beramal dengan ilmu:
- Wajib: Bagi ilmu yang berkaitan dengan kefarduan (Fardhu Ain) seperti ibadah solat, puasa, dan akidah yang sahih.
- Sunat / Harus: Bagi ilmu berbentuk amalan sunat (Fardhu Kifayah atau sunat) yang disarankan oleh ulama muktabar.
- Keperluan: Mencontohi ulama adalah bukti kasih dan ittiba’ (mengikuti) sunnah Rasulullah SAW kerana mereka adalah pewaris para nabi.
Ia seumpama amalan lain, dibaca berulang kali yang diajarkan oleh para ulama terdahulu contohnya; membaca Ratib Al Attas sebanyak 41 kali bagi yang mempunyai hajat besar (dinyatakan dalam Kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah, susunan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, yakni juga merupakan salah seorang anak murid Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani.
.

.
Amalan lain yang diajarkan oleh para arifin terdahulu ialah membaca بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ sebanyak 800 kali sehari bagi mendapatkan hati yang suluk/bersih.
.

.
- Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya]
Rujuk teks penuh di sini: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/902-irsyad-al-hadith-siri-ke-179-ulama-umatku-umpama-nabi-bani-israil
.

.
Berbalik kepada pembacaan ayat 14 surah Al Mulk, berikut adalah fadhilat utama dan cara mengamalkan wirid ini:
Khasiat Utama Amalan
- Kelancaran Rezeki & Menghilangkan Kefakiran: Mengamalkan bacaan ini secara istiqamah dipercayai menjadi wasilah (jalan) untuk meluaskan pintu rezeki dan mendatangkan keberkatan dalam urusan kewangan.
- Memohon Petunjuk / Isyarat Melalui Mimpi: Sesiapa yang berada dalam kebuntuan, keraguan, atau ingin mengetahui perkara tersembunyi (seperti perbuatan sihir atau pengkhianatan) selalunya diberikan petunjuk oleh Allah.
- Ketenteraman Jiwa: Nama Allah Al-Latif (Maha Halus) di dalam ayat ini melembutkan hati yang keras dan menenangkan jiwa yang sedang berserabut atau cemas.
Kaedah Pengamalan:
1. Untuk Pembuka Rezeki (Amalan Harian)
- Dibaca 14 kali setiap kali selesai solat fardu (terutamanya Subuh atau Maghrib).
- Hebuskan pada tapak tangan dan sapu ke muka sambil memohon agar Allah mencukupkan segala keperluan hidup.
2. Untuk Memohon Petunjuk (Amalan Sebelum Tidur)
- Pastikan diri berada dalam keadaan berwuduk.
- Duduk menghadap kiblat, lalu bacakan ayat 14 ini sebanyak 14 kali sebelum melelapkan mata.
- Sertakan niat yang jelas di dalam hati (Contoh: “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk atau jalan keluar bagi masalah…”).
- Tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kanan (mengikut sunnah). Insya-Allah, petunjuk akan hadir sama ada melalui gerak hati yang kuat atau petunjuk mimpi.
Melalui pengalaman saya sendiri, saya telah menghidapi pelbagai masalah kewanitaan selama 6 tahun sejak tahun 2020 sehingga 2026. Saya sentiasa mengalami kesakitan melampau ketika pendarahan dalam tempoh yang panjang, haid tidak teratur, ketumbuhan, fibroid & cyst yang berulang-ulang di bahagian ovari & rahim serta keradangan di pangkal rahim. Kesan dari masalah ini, selain masalah kesihatan, saya mengalami masalah rumah tangga & hubungan yang tidak baik dengan suami. Saya sentiasa mendapatkan rawatan di Kuantan Specialist Hospital (KPJ). Saya telah menjalani pembedahan berkali-kali iaitu buang ovari kanan, buang ketumbuhan pada dinding rahim (2 kali), buang rahim & buang pangkal rahim dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang sama saya mendapatkan rawatan dari beberapa orang perawat Islam di merata-rata tempat dalam Malaysia & juga perawat (Habib Hussain bin Abdul Rahman Al Habsyi) dari Tarim, Hadramout Yaman.
.

.
Dalam tempoh tersebut, saya turut melakukan amalan membaca Ayat 14 dari surah Al Mulk sebanyak 14 kali setiap malam DISAMPING melakukan amalan lain, antaranya:
▶️ Solat hajat
▶️ Membaca Ratib Al Attas & Ratib Al Haddad
▶️ Membaca Wirid Sakran (pendiding)
▶️ Membaca 3 Qul setiap malam
▶️ Membaca Ayat Qursi setiap malam
▶️ Berzikir & Berselawat
.

.
Semua ini tidak dilakukan dalam masa sehari atau dua hari. Ia perlu dilakukan dengan ISTIQOMAH sekurang-kurangnya 44 hari atau lebih.
Dengan izin Allah swt, saya bermimpi selama 14 hari berturut-turut, didatangi oleh penyihir & bomohnya yang mengakui perbuatan mereka terhadap saya & menghantar sihir pemisah. Tetapi, ingin saya TEGASKAN bahawa, bukan semua mimpi adalah benar & ia tidak datang hanya dengan sekali mimpi. Biasanya mimpi berulang-ulang selama beberapa hari. Sebaik-baiknya, rujuklah mimpi tersebut kepada orang alim yang ahlinya untuk mentafsir/memastikan ia adalah benar-benar merupakan tawajjuh dari Allah swt.
Sekiranya mimpi kita benar, tidak perlu membalas perbuatan jahat tersebut. Cukuplah dengan berdoa kepada Allah swt agar diberikan hidayah atau balasan yang setimpal oleh Allah swt.
Harus diingat, semua ini adalah dengan IZIN ALLAH SWT, bukan kerana diri atau amalan kita. Bersihkan hati & bertawakkallah kepada Allah swt.
Apa-apa pun, langkah terbaik adalah mengamalkan bacaan KESELURUHAN Surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur untuk memperoleh fadhilat pelindung kubur yang sahih daripada hadis Nabi ﷺ .
Penafian (disclaimer):
Saya bukan ustazah atau perawat. Saya sekadar mengamalkan bacan ayat Al Quran, Selawat & Zikir sebagai amalan harian dan ikhtiar meruqyah diri sendiri. Semua amalan saya adalah dari bimbingan guru-guru mursyid:
1️⃣ Ustazah Sharifah Hafsah bana hasan
2️⃣ Ustazah Fitrah Attareemiyyah
3️⃣ Ustaz Zubair Malik
4️⃣ Habib Muhammad bin Alwi Al Attas
5️⃣ Habib Soleh bin Alwi Al Attas
6️⃣ Ummi Zaitun (balu kepada Habib Mohsin Al Attas)
7️⃣ Ustaz Uwais Al Qarni
8️⃣ Ustazah Hajah Muzayyanah binti Abdullah
9️⃣ Habib Umar Al Attas, Surabaya (Anak kp Habib Mohsin Al Attas)
1️⃣0️⃣ Syeikh Dr. Nik Bakri bin Nik Mat
Ada juga yang mengamalkan dengan cara begini (seperti dalam video). Tetapi saya belum pernah buat amalan ini 👇🏻👇🏻👇🏻
.
.
Tujuan posting ini hanyalah untuk membantu hamba-hamba Allah yang teraniaya, disihir, disantau & dikhianati yang mana perlu melakukan amalan harian secara peribadi selain mendapatkan rawatan untuk kesembuhan/kebaikan. Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari kejahatan makhluk.
Segala yang terbaik adalah dari Allah swt, segala khilaf & salah dalam posting ini adalah dari diri saya sendiri. Semoga amalan kita diredhoi & diterima Allah swt.
Wallahu’alam.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
(Sabtu, 6 Zulhijjah 1447H/23.5.26)