IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM

BAB 3: TAKDIR YANG INDAH

Masih ingat ending BAB 2?
Ada yang tertanya-tanya orang yang melamar saya ye, hehehe….

Let’s proceed to the next journey!

Jom spill the tea…

Suatu hari yang bening,

“Abang nak kawin dengan Zan”

Saya terkedu diam.

.

Lelaki itu datang dari Kuala Lumpur. Seorang anggota badan beruniform berpangkat Major dalam tentera udara. Ketika itu, saya auto terbayang majlis perkahwinan ala-ala tentera, ada pertunjukan udara, ada asap warna-warni dilepaskan di udara & keluar tulisan “Happy Wedding” di udara. Wahhhh…cantiknya!

Hahaha begitulah angan-angan seorang anak gadis berusia 22 tahun pada ketika itu.

“Abang akan buka 1 petrol station untuk Zan jaga di Negeri Sembilan” (sebab dia orang N9)

Saya diam. Otak laju berfikir macam-macam.

Dihadapan saya bertimbun kertas & buku yang saya guna sebagai rujukan menyiapkan tesis. Pada ketika itu, saya buat kerja part time sebagai orang yang menyediakan bahan kepada pelajar di NATIONAL INSTITUTE OF PUBLIC ADMINISTRATION (INTAN), Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Hamba Allah yang melamar saya adalah salah seorang customer saya. Sepanjang proses menyiapkan tesis beliau, saya disediakan dengan komputer & printer untuk memudahkan kerja saya. Setiap minggu saya akan ke perpustakaan awam untuk cari bahan bagi tesis beliau. Zaman tu, kegunaan internet sangat terhad untuk access google & sebagainya. Sosial media juga belum wujud. Oleh itu, 2 bulan sekali beliau akan datang menemui saya untuk mengambil part of bahagian tesis beliau yang telah saya siapkan. Begitulah cara saya menambah pendapatan selain bekerja. Saya dibayar RM200.00/minggu untuk setiap bahan atau bahagian tesis yang saya siapkan.

“Mahu tak? Orang tua-tua kata, diam tanda setuju” Katanya lembut. Seorang lelaki yang berkulit putih ala-ala chinese look, sederhana tingginya & lembut percakapannya. Senyuman sentiasa terukir di bibir. Sangat mencairkan hati hehehe (tolong jangan menyampah, ok!). Disebabkan karakter beginilah perempuan naif mudah cair dengan lelaki.

Saya senyum & berkata “Tak nak. Saya tak sanggup melukakan hati isteri abang.”

Saya memanggilnya abang kerana usia beliau jauh lebih tua dari saya. Hampir 20 tahun perbezaan.

“Eh! Apasal pulak nak lukakan hati dia? Dia ok. Abang dah minta izin dengan dia. Lepas kawin, abang bawa Zan balik ke rumah & jumpa dia” Katanya bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba hati saya auto membenci lelaki itu.

“Kenapa lepas kahwin?” Saya bermonolog sendiri dalam hati. Jika sudah meminta izin isteri pertama untuk berpoligami, kenapa tak bawa saya berjumpa isterinya sekarang? Beginilah karakter lelaki curang. Pandai bermain kata-kata.

Sedangkan kami tiada sebarang hubungan serius. Hubungan kami hanya tertumpu kepada kerja-kerja penyiapan tesis sahaja. Kami baru berjumpa 3 kali untuk urusan tesis & selebih hanya bercakap melalui telefon.

Maka, bermulalah dialog beliau menjanjikan bulan & bintang kepada saya. Katanya beliau AKAN sediakan sebuah banglo & kereta untuk saya. Tak perlu lagi saya tinggal di bilik kecil bersama mak. Tak perlu lagi saya berjalan kaki atau naik bas ke mana-mana. Saya AKAN jadi manager kepada stesen minyak saya sendiri, saya AKAN dibawa menunaikan umrah setiap tahun & banyak lagi janji-janji manis yang ditaburkan. Menarik sungguh tawaran beliau!

Tetapi akhirnya….saya tetap menolak!

Beliau pulang dalam keadaan hampa. Tetapi saya berpuas hati menghampakan lelaki yang tergamak mengkhianati isterinya.

Itulah pertemuan terakhir kami & setakat itu sahaja tugasan saya membantunya menyiapkan tesis. Bermaksud, saya tidak siapkan tesis beliau hingga ke akhirnya. Our relationship was end!

Walaupun pada ketika itu saya belum berkahwin tetapi saya meletakkan diri saya di tempat seorang isteri & ibu yang sudah pasti terluka hatinya sekiranya suami menduakannya tanpa sebab yang jelas. Jika isteri telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna terhadap suaminya, kenapa perlu dikhianati?

Secara zahir, beliau terlihat sempurna diuruskan pakaian & keperluan oleh si isteri. Sebagai seorang tentera, yang sentiasa berpakaian kemas & segak, KEMUNGKINAN BESAR si isteri yang berusaha merapikan suaminya. Siapa yang basuh & iron baju untuk beliau kelihatan segak sepanjang masa? Bagaimana rasanya seorang isteri setelah berpenat lelah menguruskan keperluan suami & anak-anak serta kerja rumah yang lain tiba-tiba dikhianati suami?

.

.

Aduhhh…saya tak sanggup mengecewakan kaum sejenis saya. Saya juga rela menolak segala kemewahan yang dijanjikan demi maruah saya. Sehingga ke hari ini, saya masih hairan; bagaimana tergamaknya seorang wanita menghancurkan hati wanita yang lain?

Tambahan pula, pada ketika itu, saya masih dalam proses healing setelah putus cinta huhu….(untold story).

Saya meneruskan kehidupan seperti biasa. Hilanglah pendapatan tambahan saya sebanyak RM200.00 seminggu dari beliau. Tetapi saya percaya, rezeki dari Allah swt itu MAHA LUAS. Saya tak kisah & percaya Allah swt akan bantu mudahkan urusan hidup saya.

Saya sentiasa mencatu makanan harian saya. Saya limitkan perbelanjaan harian kepada tidak lebih dari RM5.00/hari.

Harga one way tambang bas untuk ke tempat kerja ialah RM0.60. Untuk pergi & balik kerja, saya perlukan RM1.20 setiap hari, oleh itu saya memilih untuk berjalan kaki sekiranya tidak panas/hujan. Jaraknya lebih kurang 8km. So saya boleh makan lebih sikit pada hari tersebut. Jika tidak, saya akan beli sekeping roti canai beharga RM0.60 untuk sarapan & makan malam dengan nasi berkuah, ditambah dengan sayur tanpa lauk ayam/ikan beharga RM1.00 setiap hari. Saya skip lunch kerana tempat kerja saya masih belum menyediakan bilik solat pada ketika itu. Oleh itu saya terpaksa berjalan kaki ke Masjid Negeri untuk solat zohor. 1 jam waktu rehat digunakan untuk berjalan pergi/balik ke masjid & solat. Alhamdulillah setelah beberapa ketika, akhirnya pihak syarikat sediakan bilik solat untuk saya (pada ketika itu, hanya saya seorang pekerja melayu/Islam di situ). Begitulah cara saya mengurus kewangan & kehidupan harian.

Subhanallah, selang beberapa bulan saya dinaikkan gaji. Lalu saya menyewa sebuah rumah kos rendah demi ingin memberikan kehidupan yang lebih selesa buat mak. Mak happy bila dapat bilik sendiri kerana rumah tersebut mempunyai 2 bilik. Selama hampir setahun, kami hidup tanpa perabut tetapi tenang.

Sehinggalah satu ketika, bilamana kakak saya ditukarkan dari Pejabat Daerah & Tanah Bera ke jabatan lain di Kuantan. Oleh kerana kakak belum dapat kuarters, maka kakak yang telah berkahwin, datang tinggal bersama kami. Saya kembali berkongsi bilik dengan mak untuk memberi ruang kepada kakak & suaminya tinggal bersama kami.

Kehidupan diteruskan dengan semakin baik. Saya & kakak berkongsi membiayai sewa rumah & sebagainya. Sehinggalah kakak melahirkan anak sulung. Saya menumpukan perhatian menjaga kakak semasa berpantang & mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak saudara saya yang diberi nama Fatihatul Munirah.

Setelah kakak selesai berpantang, kakak mencari pengasuh untuk menjaga anaknya. Maka, bertanya-tanyalah saya kepada jiran & kawan-kawan.

Salah seorang kawan lelaki saya bertanyakan ibunya & dipendekkan cerita, ibunya setuju untuk menjaga anak saudara saya. Dek kerana kasih sayang saya kepada si kecil Fatihatul Munirah, maka apabila pada minggu saya masuk kerja shif petang, saya akan jaga si kecil & hantar ke pengasuh pada waktu tengah hari sebelum saya masuk kerja.

Pada ketika itu, kawan lelaki tersebut telah mulai rapat dengan saya due to beliau menyambung belajar secara part time (kelas malam) di kolej tempat saya bekerja. Kami ada topik untuk bersembang dengan adanya anak saudara saya yang diasuh oleh ibu beliau.

Suatu hari saya telah dipanggil oleh 2nd boss yang berbangsa India tetapi berasal dari London. 1st boss seorang yang baik & pemurah. 2nd boss merupakan adik beliau.

“I heard you went to attend a job interview at another college.” Kata 2nd boss.

Ketika itu, Kolej Metropolitan baru dibuka di Kuantan. Temuduga terbuka diadakan pada hari ahad. Saya menerima panggilan temuduga tetapi saya tidak pergi kerana menghadiri kelas di Uitm pada hari tersebut.

“No. I didn’t.” Jawab saya ringkas.

“I know you’re lying. Many people reported you were attending the interview.” Bidas beliau.

Berlaku sedikit argument diantara kami kerana ada diantara rakan sekerja yang telah memfitnah saya. Pelbagai hal buruk & tidak benar telah dilaporkan. Diantaranya: 1st boss dikatakan terlalu baik dengan saya sehingga sanggup menyediakan sebuah bilik solat untuk saya.

Akhirnya….

“The door is open for you…” Ujar 2nd boss sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.

Saya bangun berdiri & berkata…”Alright, I’m leaving this college tomorrow.”

Pengurus pentadbiran & beberapa orang pensyarah memujuk saya supaya bertahan. Mereka bimbang akan pendaftaran peperiksaan LCCI di Jabatan Pendidikan Negeri yang biasanya diuruskan oleh saya. Tetapi saya yakin akan ada orang yang lebih baik dari saya akan menguruskannya.

Itulah penangan fitnah. Pelajaran bagi saya, dalam mana-mana organisasi, tak kira bangsa pasti ada dikalangan rakan sekerja yang tidak berpuas hati dengan kita & akan berusaha menjatuhkan kita. Mereka akan menggunakan pelbagai cara supaya kita tersingkir. Apa yang paling saya tidak suka ialah apabila bermain dengan sentimen agama. Sebab itu saya rela melepaskan jawatan sebagai Pegawai Peperiksaan (Exam Officer) yang telah saya sandang selama 3 tahun.

Maka berakhirnya kerjaya saya di kolej tersebut tanpa sebarang perancangan untuk saya bekerja di mana-mana tempat baru. Saya pulang ke rumah pada malam itu dengan hati yang sugul. Tidak tidur semalaman, berfikir tentang perancangan hari esok.

Kepada sahabat semua, jangan jadi seperti gunting dalam lipatan. Kainnya kelihatan elok & kemas tetapi koyak didalam akibat gunting tajam yang tersorok.

Sebuah pengkhianatan senyap, yang mana orang yang kita anggap kawan atau percaya, rupa-rupanya berniat jahat dan cuba mencelakakan kita.

Apa-apa pun saya rasa diri berjaya keluar & bebas dari orang toksik yang berusaha menusnahkan karier saya.

.

.

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 69 pada hari ini, saya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri yang berjaya memerdekakan diri dari pelbagai ujian, cabaran dan orang toksik. Walaupun perjalanan belum berakhir & masih ada cabaran tetapi sekurang-kurangnya saya lalui semuanya dengan baik dalam bimbingan Allah swt.

In shaa Allah….episod akan datang adalah episod hidup yang baharu, ditempat kerja baharu dan…..!

To be continued!
C U when I C U💝

Link ke episod sebelum ini:
BAB 1: KENANGAN RAYA DI ZAMAN PURBA
▶️ Fb ~ https://www.facebook.com/share/1EQpsiyGcK/?mibextid=wwXIfr

🔴 https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-1-kenangan-raya-di-zaman-purba/

BAB 2: KELUAR DARI TEMPURUNG
▶️ Fb ~ https://www.facebook.com/share/1D7N4crDq2/?mibextid=wwXIfr

🔴 https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-2-keluar-dari-tempurung/

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 31 Ogos 2026

IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM (BAB 2: KELUAR DARI TEMPURUNG)

Konvokesyen 1997

.

Susulan post di FB ini, ramai yang minta saya sambung kisah selanjutnya👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/share/1FK6MoMV5n/?mibextid=wwXIfr

Link Blog: https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-1-kenangan-raya-di-zaman-purba/

Ada yang bertanya, saya kerja apa pada usia 17 tahun?

Macam mana saya sambung belajar?

Apa jadi dengan family saya?

So, saya decided untuk wujudkan part 2 of my story book. Begini kisahnya….

Selesai SPM saya bawa balik semua barang & buku dari asrama ke rumah ayah. But I’m not really welcome to be there due to ayah dah berkahwin lain. So saya tumpang tinggal di kuarters kerajaan yang mana kakak ke 3 tinggal bersama rakan sekerja kerana beliau baru start kerja sebagai typist di Pejabat Tanah & Daerah Bera.

Semasa menunggu result SPM, saya bekerja di sebuah pusat percetakan di Triang, Pahang. Jadi pekerja am, tukang susun kertas/kalendar. Bekerja laksana buruh kasar kerana setiap hari turun naik tangga angkat kertas seberat 3-5kg.

Setelah result SPM keluar, saya balik ke rumah ayah. Ketika itu ayah telah berkahwin & mempunyai seorang anak berusia 1 tahun. Saya menyatakan hasrat ingin belajar ke ITM (sekarang dikenali sebagai Uitm). Tetapi, ayah tidak bersetuju & menyarankan saya ke form 6. Syaratnya saya mesti tinggal dengan ayah. Saya menolak & akhirnya berlaku pertegangan urat antara kami. Ayah enggan memberi wang belanja sekiranya saya balik ke pangkuan emak atau ke ITM. Saya tetap dengan pendirian saya, lalu saya diusir oleh ibu tiri. Saya pulang semula ke rumah kakak. Saya mengurung diri, tak makan & menangis tanpa henti selama hampir 2 minggu. Barangkali, terlalu sedih diusir. Setiap hari kakak memujuk saya tetapi hati yang sedang retak masih tak mampu nak terima hakikat akan apa yang berlaku. Ibu di kampung langsung tidak tahu-menahu akan hal ini.

Setiap hari saya memujuk hati dengan membaca surah yasin. Ketika itu, saya rasa sangat bersyukur dengan didikan oleh warden asrama yang mana saya telah dipraktikkan dengan solat sunat tahajud, hafazan surah-surah lazim & surah yasin semasa di asrama.

Dengan izin Allah Yang Maha Memberi Kekuatan, tiba-tiba saya kembali bersemangat & segera mencari kerja di dada akhbar. Saya bertekad yang saya akan bekerja & cari duit sendiri untuk sambung belajar. Saya pasakkan pesanan mak “Cari ilmu! Cari ilmu! Cari ilmu! Mak takde harta nak bagi kamu” di hati, lalu saya berangkat ke Kuala Lumpur berseorangan dengan menaiki bas. Saya mohon kerja sebagai guru di sebuah tadika.

Malangnya, saya diitipu. Saya ditempatkan disebuah bilik dalam sebuah banglo yang kotor & creepy. Ada upacara seolah-olah berzikir tetapi pelik setiap malam. Sejenis ajaran sesat. Bercampur lelaki & perempuan sehingga ke pagi. Saya mengintai dari tingkat atas (saya tak dibenarkan turun), saya nampak mereka seolah-olah mabuk & muntah setelah minum sejenis air dari ketua mereka. Sangat mengerikan!

Setelah seminggu di situ….pada satu pagi sebelum subuh, tatkala semua orang masih pengsan/tidur, saya cuba melarikan diri dari tempat tersebut. Saya dihalang oleh seorang wanita ketika cuba memanjat pagar, tetapi akhirnya wanita itu lepaskan saya, malahan menghulurkan duit RM50.00 kepada saya. Beliau menyuruh saya segera pergi sebelum semua orang tersedar. Saya tak pasti siapa beliau, tetapi beliau jugalah yang menjemput saya di stesen bas ketika saya datang. Saya berlari dikeheningan pagi ke stesen bas. Saya balik semula ke rumah kakak di Temerloh.

Namun…dek kerana semangat masih membara. Saya cari kerja lagi & 2 minggu selepas itu, saya kembali semula ke Kuala Lumpur. Kakak melepaskan saya dengan berat hati. Tetapi apakan daya, saya perlukan gaji yang lebih besar untuk mengumpul duit demi menuntut ilmu.

Kali ini saya bekerja di sebuah pusat kanak-kanak di Bandar Baru Bangi. Kalau kalian masih ingat rancangan TV; K Yong/Kelab Nuri, di situlah pusat jagaan kanak-kanak yang saya bekerja terlibat dengan rancangan TV tersebut. Tugas saya ialah mengajar Bahasa Inggeris & menguruskan kanak-kanak special seperti masalah gagap, speech delay & tidak mampu membaca. Saya belajar perihal perkembangan awal kanak-kanak di situ. Salah seorang student personal coaching saya ialah anak lelaki kepada Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang pada ketika itu berusia 11 tahun (tahun 1996).

Semasa di Bangi, saya dipelawa menghadiri interview masuk ke ITM dengan tawaran jurusan Art & Design. Malangnya saya terlepas tarikh interview kerana surat sampai lambat ke rumah kakak saya di Bera. Saya redho & start dengan plan B.

Setelah hampir setahun bekerja, wang gaji saya sudah mencukupi untuk mendaftar & menyambung pelajaran. Saya dah buat reseach untuk masuk kolej yang ada twinning program dengan Universiti di UK. Saya melangkah ke Kolej IKIP Kuantan & apply loan dari Yayasan Pahang.

Setelah tamat peringkat sijil, datuk saya meninggal dunia. Oleh itu, saya terpaksa membawa mak dari kampung & tinggal bersama saya di Kuantan. Kami berkongsi bilik kecil yang saya sewa. Luas bilik lebih kurang 20ftx18ft dengan harga RM80/bulan. Sebelum itu, saya menyewa sebuah rumah kedai bersama beberapa orang rakan sekolej.

Atas budi bicara pihak kolej, saya tukar pengajian daripada full time kepada part time (kelas malam) supaya saya boleh bekerja. Alhamdulillah…Maha Baiknya Allah memudahkan saya mendapat kerja sebagai Kerani Akaun di pejabat syarikat caterer kolej IKIP. Siangnya saya bekerja & malamnya saya attend kelas hingga tamat peringkat Diploma Level 1 in Business Executive.

Setiap hari saya berulang-alik dengan berjalan kaki dari rumah ke tempat kerja & petangnya dari pejabat ke kolej kira-kira 20km/hari (pergi/balik). Sekarang baru saya terfikir, saya dah start brisk walk sejak 30 tahun lepas hehehe.

Suatu hari saya mendapat perkhabaran bahawa kediaman ayah & ibu tiri terbakar. Ayah dimasukkan ke HKL akibat melecur 99% tubuhnya. Bergegaslah saya menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ayah. Akibat kekurangan duit, saya berkampung di surau HKL beberapa hari. Ayah mendapat rawatan di HKL selama beberapa bulan & menjalani pembedahan plastik untuk menampal bahagian kulit yang melecur. Manakala, pada ketika itu ibu tiri saya tinggal di rumah ibunya. Mereka tinggal sehelai sepinggang. Saya turut menziarahi ibu tiri yang pada ketika itu baru melahirkan anak ke 2.

Hati bagai dirobek melihat sisa rumah terbakar yang total lost. Rumah papan, api lebih cepat merebak & kejadian berlaku pada waktu sahur. Tiada apa yang sempat diselamatkan melainkan sebuah kereta proton saga. Saya merenung dari kejauhan kesan rumah terbakar tersebut. Semua barang saya dari asrama telah musnah. Amazingly…saya terpandang akan naskah Al Quran yang saya baca setiap hari di asrama. Al Quran itu tidak terbakar, hanya kulit hard cover bahagian atas sahaja yang terbakar while isinya masih elok. Sayangnya…saya tak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian untuk mengambil Al Quran tersebut. Saya boleh nampak surah Al Fatihah dari kejauhan itu.

Saya pulang dengan menyimpulkan, ada mesej dari Allah swt untuk saya muhasabah diri.

Setelah selesai peringkat Diploma Level 1, saya teruja kerana menurut pihak kolej, Diploma Level 2 boleh disambung di London. Hati saya berkobar-kobar nak ke London!

Saya kirimkan gambar konvo kepada ayah kerana hanya mak & kakak yang datang ke majlis konvokesyen.

.

Kenangan 1997

.

Tapi berfikir pula, kalau saya ke London, macam mana dengan mak?
Siapa nak jaga mak?

Pada ketika itu, saya dah dapatkan mak pekerjaan di sebuah kilang plastik. Tugas mak cuma mengira plastik untuk di pack, 100 pcs each pack. Simpton skizo mak masih ada, tetapi terkawal. Ketika itu saya belum tahu mak menghidap skizofrenia.

Subhanallah…

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kuasa Allah swt itu luar biasa. Allah swt mudahkan saya untuk buat keputusan.

Tanpa diduga, berlaku kegawatan ekonomi pada penghujung tahun 1998 & semua pelajar tajaan Yayasan Pahang yang belajar di luar negara di bawa pulang ke Malaysia. Pihak IKIP juga menamatkan JV dengan Universiti di UK akibat kejatuhan ringgit. Automatically punahlah harapan saya ke London & kekallah saya berkhidmat jaga mak. Pengajian saya di Kolej IKIP terhenti disitu.

Selepas beberapa bulan, saya mengorak langkah melanjutkan pelajaran di ITM Cawangan Bukit Sekilau Kuantan secara PJJ (kelas hujung minggu). Saya bermonolog sendiri “Akhirnya aku dapat juga masuk ITM”.

Saya juga telah mendapat pekerjaan yang lebih baik di sebuah kolej swasta. Bermula sebagai seorang Librarian, akhirnya saya menjadi seorang Exam Officer. Bekerja dalam bilik tanpa tingkap & very P&C bcoz saya mengurus data student & kertas soalan peperiksaan. Saya rasa, saya seolah-olah bekerja dalam sebuah peti besi. No one is allowed to enter that room accept my boss. But, I love my job.

Langkah di teruskan, setelah lebih setahun bekerja di kolej tersebut, saya dapati pekerja diberi peluang untuk belajar secara percuma di kolej itu. So…saya grab the opportunity untuk mengambil short course iaitu Certificate in Business English selama 1 setengah tahun.

.

Top Secret is your secret

.

Bermulalah episod otak berputar seperti mesin basuh yang sedang keringkan baju kerana kelas Business English bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Manakala hujung minggu saya attend kelas Diploma in Business Admin di ITM bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

While…selepas jam 9.00 malam, saya beraktiviti main badminton bersama rakan sekerja. Entah dari mana saya dapat energy, saya sendiri pun hairan.

Sehinggalah ke satu masa….saya dilamar oleh seorang pemuda.
Siapa dia?

Jeng jeng jeng….

In shaa Allah…kisah ini akan bersambung lagi. Tunggulah beberapa bulan lagi, bila ada mood saya akan sambung lagi ke part 3✌🏻😬. Babai…..

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Rabu, 19.8.2026

#penulis

#penulisebook

#usahawan

#mentorUMPSA

IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM (BAB 1: Kenangan Raya Di Zaman Purba)

My own space

Tiap kali Aidilfitri menjelma kita semua ada kenangan & kisah silam yang melintas di fikiran. Sama ada kisah sedih atau gembira.

Dahulu, masa zaman kanak-kanak (ala2 zaman purba sebab pemikiran manusia pada zaman tu masih ada yang tak open minded), saya membesar dalam suasana yang penuh diskriminasi. Walaupun ayah seorang guru tapi kami bukan hidup mewah. Berbanding dengan adik-beradik ayah yang lebih berpelajaran tinggi & berjawatan besar. Pada saya, bukan kerana taraf pendidikan, tetapi cara didikan keluarga ayah yang begitu & kekhilafan ayah dalam pengurusan kewangan, menjadikan kami seolah-olah serba kekurangan di mata orang yang lebih berada dari kami.

Saya membesar di luar bandar & kebanyakan tempat ayah berkhidmat adalah di kawasan kampung/felda. Bagi saya, saya happy dengan kehidupan & kawan2 saya di felda tetapi ada pihak yang memandang kami adik-beradik sebagai “anak orang kampung” yang kolot & tak moden.

Raya adalah time yang kami adik-beradik rasa tak happy sebab bukan tiap tahun dapat baju baru atau makanan yang best. Mak saya ambil upah menjahit tetapi kadang-kadang tak sempat siapkan baju anak-anak.

Pada masa tu, nak beli baju raya kena tunggu orang yang tempah baju kat mak bayar dulu. Tetapi kebanyakan orang bayar beberapa hari sebelum raya, so kami tak sempat beli kain untuk buat baju. Biasanya mak akan beli 4-5 meter kain untuk kami 3 beradik perempuan share (semua baju kami sedondon).

Ada sekali, mak berusaha siapkan baju saya pada malam raya. Pada masa tu, umur saya 7 tahun, zaman elektrik hanya ada beberapa jam sehari di kawasam felda. So, pada malam tu mak guna pelita untuk menjahit. Tanpa sedar, api pelita menyambar baju raya saya. So…baju tu tak dapat di pakai pada 1 Syawal. Of course..sebagai kanak-kanak normal, saya menangis tersesak-esak. Saya dah tak ingat saya pakai baju apa pada 1 Syawal tu.

Juadah raya juga ala kadar. Kalau ayah “ada mood” nak beli, akan ada rendang & lemang atas meja. Jika tidak, mak akan goreng nasi dengan kunyit tanpa awas lain. So nampak la nasi tu ala2 pulut kuning atau nasi minyak tanpa lauk hehehe.

Pernah juga mak saudara bagi baju terpakai kat kami adik-beradik. Tetapi pagi raya ayah marah. Ayah tak bagi pakai kerana tak mahu kelihatan tak mampu sediakan baju raya untuk kami. Ayah suruh pakai baju tahun lepas yang dah singkat. Kami akur sahaja.

Bila berziarah ke rumah orang kaya, kami adik-beradik tak dibenarkan duduk di atas sofa. Kami akan duduk terasing dari ahli keuarga yang lain (bukan semua keluarga begitu, ada juga yang baik). Kami makan atas lantai dengan amaran “Jangan ada sebutir pun nasi jatuh ke lantai”. Semua ini membuatkan kami rasa kami tak seronok beraya.

Sewaktu saya berusia 16 tahun, mak & ayah bercerai. Ayah dibuang kerja & masuk lokap akibat salah laku dalam kerjayanya. Mak pulang ke kampung & jual kuih. Sejak itu keluarga kami dipandang lebih rendah dari sebelumnya.

Saya menumpang hidup di rumah saudara yang kaya. (Kami adik-beradik semuanya terpisah. Tinggal di rumah orang & berasingan.)
Tetapi saya tidak dilayan dengan baik. Di bulan Ramadhan, saya hanya boleh makan setelah semua ahli keluarga tuan rumah selesai makan. Jika ada sisa makanan, alhamdulillah. Jika tak ada, air suam adalah satu-satunya menu berbuka atau sahur saya.

Honestly, saya pernah mencuri sekeping biskut di tengah malam kerana terlalu lapar setelah beberapa hari tak makan. Keesokan harinya, tuan rumah memanggil saya & berkata “Dalam rumah ni ada tikus. Tikus curi biskut malam tadi. Biskut hilang sekeping”. Saya tak pasti sama ada rumah tu ada cctv atau ada orang nampak atau memang tuan rumah sejenis yang mengira kepingan biskutnya. Wallahua’lam.

Sejak itu, saya mulai menahan lapar. Tetapi, akhirnya saya pengsan di dalam bilik stor yang saya di tempatkan di rumah mewah itu. Keesokan harinya, maid di rumah tersebut sedar ketiadaan kerana saya tidak keluar bersahur. Maid tersebut bagi saya makan nasi & sedikit sisa kuah yang beliau simpan untuk saya. Pada masa tu, saya sedar hati seorang maid lebih mulia dari orang kaya. Alhamdulillah Allah jaga saya, masih ada penghuni rumah yang simpati dengan saya.

Selepas raya saya bertekad keluar dari rumah tersebut kerana saya tak dibenarkan balik beraya bersama mak di kampung. Tuan rumah sangat marah & menegaskan agar saya tidak lagi menjejakkan kaki ke rumanhnya. Saya keluar tanpa linangan air mata…tetapi dengan pandangan seorang remaja 16 tahun yang sedang marah. Sejak itu, saya tak pernah kembali ke rumah itu.

Setelah beberapa tahun, tuan rumah jatuh sakit & saya datang menziarahi beliau ketika beliau sedang nazak. Diberitakan oleh anaknya, beliau telah lama sakit & sentiasa menyebut nama saya. Beliau minta maaf dengan saya & saya maafkan beliau. Selepas seminggu, beliau menghembuskan nafas terakhir.

Apabila saya mulai bekerja pada umur 17 tahun saya bertekad untuk hidup sendiri & tak mahu menumpang sesiapa lagi. Saya sewa sebuah bilik kecil yang boleh memuatkan sebuah tilam bujang & sedikit ruang untuk letak pakaian serta solat, berharga RM80/bulan. Sejak itu, saya ambil mak dari kampung & kami hidup di dalam bilik kecil itu selama beberapa tahun.

Saya bekerja sebagai kerani & pada waktu malam saya ajar anak jiran-jiran buat kerja sekolah dengan caj RM5/jam. Saya juga ambil upah siapkan tesis untuk pelajar master. Begitulah cara saya mencari duit untuk kelangsungan hidup.

Pada ketika itu, beberapa bulan sebelum raya, saya akan mula membeli baju raya untuk mak, kakak-kakak & anak saudara saya. 1 pasang 1 bulan. Berdikit-dikit sehingga selesai semua keperluan pada bulan Ramadhan. Saya happy dapat gembirakan keluarga saya.

Sekarang kehidupan saya jauh berbeza dengan dulu tetapi saya tetap sayang ahli keluarga saya & tetap beli keperluan raya untuk mereka. Kami semua dah bekerluarga & kami bersatu kembali.

Pengajaran dari kisah hidup saya ialah, tak kisahlah sama ada kita susah atau senang, keluarga tetap diutamakan. Tidak ada orang yang akan sayang kita seperti ahli keluarga & darah daging sendiri.

Jangan jadi orang sombong, kedekut atau bangga dengan kekayaan, kerana semua itu Allah yang punya. Semuanya hanya pinjaman kepada kita.

Buat lelaki bergelar suami: jangan terlibat dengan arak, judi & perempuan, kerana itu adalah perosak utama rumah tangga.

Alhamdulillah ayah saya telah kembali ke rahmatullah dengan baik setelah beliau kembali ke jalan Allah swt. Malahan sebelum ayah meninggal, ayah sempat mewakafkan (hasil duitnya & adik-beradik ayah) untuk menyiapkan sebuah surau di kampungnya. Surau itu masih digunakan sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah semuanya jadi kenangan yang perlu diambil sebagai ibrah. Bukan untuk saya membenci orang kaya atau hari raya.

Jaga Pandanganmu

Dahulu, masa mak belum skizo, mak selalu pesan “Cari ilmu! Cari ilmu! Cari ilmu! Mak takde harta nak bagi kamu” Benar kata mak, hanya dengan ilmu kita mampu meneruskan hidup walaupun penuh ranjau atau dicampak ke mana sahaja. Sama ada ilmu dunia atau dunia akhirat. Kedua-duanya sama penting. Walaupun adab lebih penting dari ilmu, kedua-duanya perlu seiring.

Antara hikmah dari apa yang saya lalui, saya jadi seorang yang sentiasa bersedia dengan “SURVIVAL MODE”. Di usia sekarang, pelbagai ujian datang menimpa, tanpa sedar saya auto ready untuk sebarang kemungkinan & yakin saya mampu melaluinya, Allah sentiasa ada dengan saya.

Buat sahabat yang gigih membaca, semoga kalian semua tidak menyalahkan takdir jika pernah hidup dalam cacian, makian atau hinaan. Orang beriman akan sentiasa yakin bahawa Allah swt sayang kita. Allah sentiasa ada dengan kita sama ada ketika kita senang atau susah. Cuma, kitalah yang lalai & selalu lupakan Allah.

Baiki diri & iman kita, mudah2han kita sentiasa dalam jagaan Allah swt.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Rabu, 11.3.2026

#penulis

#penulisebook

#usahawan

#mentorUMPSA

SUAMI CURANG: SIAPA YANG SALAH?

Dosa sendiri, sendiri tanggung

.

Saya ada seorang sahabat yang saya kenal peribadinya:

Dia seoranng isteri/ibu, ada 6 orang anak. Dari awal kahwin, dia bangun jam 3.30 pagi, berkhalwat dengan Allah, masak & siapkan kerja rumah sebelum suami & anak2 bangun. Lepas subuh, dia keluar hantar anak ke sekolah. Dia resign sebab nak tumpu kepada keluarga.

Ketika mereka buka bizz, dia bantu suami tanpa gaji. Kelek anak ke hulu ke hilir tanpa lelah. Sama-sama bersusah-payah dengan suami.

Dia ajar anak2 membaca/mengaji/menghafal Al Quran/solat & lead anak buat kerja sekolah sejak kecil. Sekarang ada beberapa orang anak yang jadi hafiz/zah & masuk Universiti.

Bila bizz berkembang, dia still buat semua rutin. Tiada maid atau driver walaupun kehidupan semakin baik/mewah.

Ketika mak mentua sakit, dia jaga hingga sembuh. Tetapi dia difitnah oleh ipar-iparnya & akhirnya mak mentua marah & lari dari rumahnya. Tapi bila mak mentua sakit semula, dia jaga lagi hingga mak mentuanya meninggal dunia.

Dia selalu ke majlis ilmu. Baiki diri dari semasa ke semasa selama puluhan tahun.

Setelah 22 tahun kahwin, dia sakit. Selama 3 bulan dia berulang-alik ke hospital sendirian kerana suaminya makin sibuk dengan bizz yang makin maju. Daripada suaminya bermula dengan pakai proton saga buruk hingga mampu beli new brand BMW X5. Dia mengurus diri yang sakit sendirian.

Suatu hari, dia dapat tahu suaminya curang/ada scandal beberapa tahun sebelumnya & berkahwin diam2 di Thailand. Kejayaan suami diraikan bersama perempuan yang dikatakan lebih muda, menggoda & manja. Hampir setiap hari mengusung wanita baru dengan BMW x5 nya.

Dia bertanya pada suaminya “Dimana silapnya?”

Suaminya kata “Selama 3 bulan dia sakit, suaminya tidak mendapat layanan yang baik darinya.” Suami menyalahkan dirinya. Segala usahanya terhadap keluarga selama 22 tahun tiada makna bagi suaminya. Hanya 3 bulan yang bermasalah menjadi asbab pengkhianatan dalam rumah tangga, padahal scandal telah bermula beberapa tahun sebelumnya.

Dia mungkin bukan isteri yang sempurna & ada buat salah, tapi dia tak curang. Dia bermunajat kepada Allah & muhasabah diri.

Disebabkan dia tiada ibu bapa tempat mengadu, dia minta nasihat dari guru-guru mursyidnya (lelaki/perempuan). Guru-gurunya yang alim & berpendidikan agama dalam bidang Syariah, Usuludin & Tasawur Islam berpendapat, dia tak bersalah, suaminya yang bersalah. Suami yang mengkhianati rumah tangga mereka. Walaupun berkahwin lain di luar negara tanpa izin isteri itu mungkin sah (mahkamah yang akan tentukan sah atau tidak) tetapi ia salah kerana menyakiti hati isteri, tambahan pula jika perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata. Semuanya berbalik kepada iman.

Bukan salah si isteri jika suami tertarik dengan perempuan yang make up tebal, pakaian seksi, pandai menggoda & free hair, sedangkan isteri seorang yang menutup aurat dengan sempurna, menjaga solat/puasa & tidak pernah membawa masuk lelaki ajnabi ke dalam rumah tanpa izin suaminya.

Sudah pasti dia sangat sedih dengan pengkhianatan suaminya & segala punca kesalahan diprovok oleh suami serta diletakkan dibahunya. Lalu memfailkan pelbagai tuntutan di mahkamah. Di mahkamah, suami disabitkan bersalah terhadap rumah tangganya, kerana curang & berkahwin di Thailand.

Untuk mengelakkan isu berpanjangan & merosakkan nama baik serta membayar denda, si suami menceraikan isteri yang dinikahi di Thailand tanpa mendaftarkan perkahwinan di Malaysia.

Tiba-tiba, kita digemparkan dengan pendapat seorang Prof pakar mata yang membuatkan orang marah & trigger.

Katanya:
“APA YANG BERLAKU (SUAMI CURANG), SAYA AMBIL TANGGUNGJAWAB. JANGAN SALAHKAN PASANGAN. KITA TANYA DIRI KITA, APAKAH YANG KITA BUAT MENYEBABKAN PASANGAN KITA MENCARI ORANG LAIN? BILA KITA LIHAT FAKTOR TU DALAM KITA, KITA UBAH DIRI KITA”
(Tonton video di minit ke 0.19)

.

Dari Sinar.fm

.

Begitu juga dengan statement terdahulu dari Prof yang sama “PEREMPUAN YANG MALANG ADALAH ADALAH PEREMPUAN YANG TERSALAH MEMILIH SUAMI”. Sedangkan bukan semua perempuan berkahwin tangkap muat. Ramai wanita yang solat istikharah sebelum memilih pasangan hidup. Ada juga yang dijodohkan oleh keluarga.

Pada pendapat saya…. kata2 Prof yang kurang mahir dalam menyusun bahasa membuatkan banyak hati terguris, terutamanya wanita yang pernah dicurangi. Prof adalah seorang pakar mata. Kepakaran Prof adalah mencerahkan penglihatan yang rabun. Beliau bukan agamawan atau pakar psikologi.

Sayangnya, Prof pakar untuk mata zahir tetapi Prof gagal melihat dengan mata hati & tak mampu menyampaikan maklumat melalui hati yang empati.

I’m sorry to say this. But this is the fact yang sangat mengguris hati wanita. Muhasabah diri tu betul/baik, tetapi menyalahkan/mempertangunggjawabkan isteri apabila suami curang adalah tidak wajar.

.

It’s hard to be alwyas husnudzon but we must try

.

Jika ingin bermain dengan sentimen agama: Nabi ﷺ telah mengangkat darjat wanita lebih dari 1400 tahun dahulu. Tolong jangan rendahkan martabat wanita yang baik/solehah.

Wanita adalah insan yang perlu dibimbing dengan agama, kasih sayang & kelembutan oleh seorang bapa/suami. Kenapa Prof meletakkan wanita sebagai mangsa yang perlu dipersalahkan diatas dosa suami yang curang & menyakiti hati isteri? Bukankah dosa masing-masing, masing-masing yang kena bertanggungjawab, minta maaf, bertaubat & tidak mengulanginya setelah bertaubat.

Isteri bukan cerminan suami. Begitu juga sebaliknya. Rujuklah semula kepada sirah Nabi contohnya Nabi Nuh a.s & isterinya serta kisah Asiah yang bersuamikan Firaun.

Sebaiknya, Prof bercakap dalam bidang kepakaran Prof sahaja atau diam lebih baik, jika tidak mampu menyusun bahasa dengan lebih baik.

Sebagai wanita, hati saya pun terguris.

Berikut merupakan beberapa ayat Al Quran berkenaan dosa yang dipertanggungjawbkan ke atas diri sendiri:

1️⃣ Surah Al-An’am (Ayat 164)

قُلْ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَبْغِى رَبًّۭا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَىْءٍۢ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌۭ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ١٦٤

Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

2️⃣ Surah Al-Isra’ (Ayat 15)

مَّنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وِزْرٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا


“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa sesat maka sesungguhnya dia sesat bagi kerugian dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain…”

3️⃣ Surah Al-Muddaththir (Ayat 38)

كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ ٣٨


“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya.”

Berbicaralah dengan hikmah, jangan sampai menyakiti perasaan orang lain & membangkitkan trauma kepada mangsa curang.

Jaga hati & jaga lidah. Semoga kita semua dalam jagaan Allah swt.

Wallahu’alam.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 31.7.026/15 Safar 1448H