IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM

BAB 3: TAKDIR YANG INDAH

Masih ingat ending BAB 2?
Ada yang tertanya-tanya orang yang melamar saya ye, hehehe….

Let’s proceed to the next journey!

Jom spill the tea…

Suatu hari yang bening,

“Abang nak kawin dengan Zan”

Saya terkedu diam.

.

Lelaki itu datang dari Kuala Lumpur. Seorang anggota badan beruniform berpangkat Major dalam tentera udara. Ketika itu, saya auto terbayang majlis perkahwinan ala-ala tentera, ada pertunjukan udara, ada asap warna-warni dilepaskan di udara & keluar tulisan “Happy Wedding” di udara. Wahhhh…cantiknya!

Hahaha begitulah angan-angan seorang anak gadis berusia 22 tahun pada ketika itu.

“Abang akan buka 1 petrol station untuk Zan jaga di Negeri Sembilan” (sebab dia orang N9)

Saya diam. Otak laju berfikir macam-macam.

Dihadapan saya bertimbun kertas & buku yang saya guna sebagai rujukan menyiapkan tesis. Pada ketika itu, saya buat kerja part time sebagai orang yang menyediakan bahan kepada pelajar di NATIONAL INSTITUTE OF PUBLIC ADMINISTRATION (INTAN), Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Hamba Allah yang melamar saya adalah salah seorang customer saya. Sepanjang proses menyiapkan tesis beliau, saya disediakan dengan komputer & printer untuk memudahkan kerja saya. Setiap minggu saya akan ke perpustakaan awam untuk cari bahan bagi tesis beliau. Zaman tu, kegunaan internet sangat terhad untuk access google & sebagainya. Sosial media juga belum wujud. Oleh itu, 2 bulan sekali beliau akan datang menemui saya untuk mengambil part of bahagian tesis beliau yang telah saya siapkan. Begitulah cara saya menambah pendapatan selain bekerja. Saya dibayar RM200.00/minggu untuk setiap bahan atau bahagian tesis yang saya siapkan.

“Mahu tak? Orang tua-tua kata, diam tanda setuju” Katanya lembut. Seorang lelaki yang berkulit putih ala-ala chinese look, sederhana tingginya & lembut percakapannya. Senyuman sentiasa terukir di bibir. Sangat mencairkan hati hehehe (tolong jangan menyampah, ok!). Disebabkan karakter beginilah perempuan naif mudah cair dengan lelaki.

Saya senyum & berkata “Tak nak. Saya tak sanggup melukakan hati isteri abang.”

Saya memanggilnya abang kerana usia beliau jauh lebih tua dari saya. Hampir 20 tahun perbezaan.

“Eh! Apasal pulak nak lukakan hati dia? Dia ok. Abang dah minta izin dengan dia. Lepas kawin, abang bawa Zan balik ke rumah & jumpa dia” Katanya bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba hati saya auto membenci lelaki itu.

“Kenapa lepas kahwin?” Saya bermonolog sendiri dalam hati. Jika sudah meminta izin isteri pertama untuk berpoligami, kenapa tak bawa saya berjumpa isterinya sekarang? Beginilah karakter lelaki curang. Pandai bermain kata-kata.

Sedangkan kami tiada sebarang hubungan serius. Hubungan kami hanya tertumpu kepada kerja-kerja penyiapan tesis sahaja. Kami baru berjumpa 3 kali untuk urusan tesis & selebih hanya bercakap melalui telefon.

Maka, bermulalah dialog beliau menjanjikan bulan & bintang kepada saya. Katanya beliau AKAN sediakan sebuah banglo & kereta untuk saya. Tak perlu lagi saya tinggal di bilik kecil bersama mak. Tak perlu lagi saya berjalan kaki atau naik bas ke mana-mana. Saya AKAN jadi manager kepada stesen minyak saya sendiri, saya AKAN dibawa menunaikan umrah setiap tahun & banyak lagi janji-janji manis yang ditaburkan. Menarik sungguh tawaran beliau!

Tetapi akhirnya….saya tetap menolak!

Beliau pulang dalam keadaan hampa. Tetapi saya berpuas hati menghampakan lelaki yang tergamak mengkhianati isterinya.

Itulah pertemuan terakhir kami & setakat itu sahaja tugasan saya membantunya menyiapkan tesis. Bermaksud, saya tidak siapkan tesis beliau hingga ke akhirnya. Our relationship was end!

Walaupun pada ketika itu saya belum berkahwin tetapi saya meletakkan diri saya di tempat seorang isteri & ibu yang sudah pasti terluka hatinya sekiranya suami menduakannya tanpa sebab yang jelas. Jika isteri telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna terhadap suaminya, kenapa perlu dikhianati?

Secara zahir, beliau terlihat sempurna diuruskan pakaian & keperluan oleh si isteri. Sebagai seorang tentera, yang sentiasa berpakaian kemas & segak, KEMUNGKINAN BESAR si isteri yang berusaha merapikan suaminya. Siapa yang basuh & iron baju untuk beliau kelihatan segak sepanjang masa? Bagaimana rasanya seorang isteri setelah berpenat lelah menguruskan keperluan suami & anak-anak serta kerja rumah yang lain tiba-tiba dikhianati suami?

.

.

Aduhhh…saya tak sanggup mengecewakan kaum sejenis saya. Saya juga rela menolak segala kemewahan yang dijanjikan demi maruah saya. Sehingga ke hari ini, saya masih hairan; bagaimana tergamaknya seorang wanita menghancurkan hati wanita yang lain?

Tambahan pula, pada ketika itu, saya masih dalam proses healing setelah putus cinta huhu….(untold story).

Saya meneruskan kehidupan seperti biasa. Hilanglah pendapatan tambahan saya sebanyak RM200.00 seminggu dari beliau. Tetapi saya percaya, rezeki dari Allah swt itu MAHA LUAS. Saya tak kisah & percaya Allah swt akan bantu mudahkan urusan hidup saya.

Saya sentiasa mencatu makanan harian saya. Saya limitkan perbelanjaan harian kepada tidak lebih dari RM5.00/hari.

Harga one way tambang bas untuk ke tempat kerja ialah RM0.60. Untuk pergi & balik kerja, saya perlukan RM1.20 setiap hari, oleh itu saya memilih untuk berjalan kaki sekiranya tidak panas/hujan. Jaraknya lebih kurang 8km. So saya boleh makan lebih sikit pada hari tersebut. Jika tidak, saya akan beli sekeping roti canai beharga RM0.60 untuk sarapan & makan malam dengan nasi berkuah, ditambah dengan sayur tanpa lauk ayam/ikan beharga RM1.00 setiap hari. Saya skip lunch kerana tempat kerja saya masih belum menyediakan bilik solat pada ketika itu. Oleh itu saya terpaksa berjalan kaki ke Masjid Negeri untuk solat zohor. 1 jam waktu rehat digunakan untuk berjalan pergi/balik ke masjid & solat. Alhamdulillah setelah beberapa ketika, akhirnya pihak syarikat sediakan bilik solat untuk saya (pada ketika itu, hanya saya seorang pekerja melayu/Islam di situ). Begitulah cara saya mengurus kewangan & kehidupan harian.

Subhanallah, selang beberapa bulan saya dinaikkan gaji. Lalu saya menyewa sebuah rumah kos rendah demi ingin memberikan kehidupan yang lebih selesa buat mak. Mak happy bila dapat bilik sendiri kerana rumah tersebut mempunyai 2 bilik. Selama hampir setahun, kami hidup tanpa perabut tetapi tenang.

Sehinggalah satu ketika, bilamana kakak saya ditukarkan dari Pejabat Daerah & Tanah Bera ke jabatan lain di Kuantan. Oleh kerana kakak belum dapat kuarters, maka kakak yang telah berkahwin, datang tinggal bersama kami. Saya kembali berkongsi bilik dengan mak untuk memberi ruang kepada kakak & suaminya tinggal bersama kami.

Kehidupan diteruskan dengan semakin baik. Saya & kakak berkongsi membiayai sewa rumah & sebagainya. Sehinggalah kakak melahirkan anak sulung. Saya menumpukan perhatian menjaga kakak semasa berpantang & mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak saudara saya yang diberi nama Fatihatul Munirah.

Setelah kakak selesai berpantang, kakak mencari pengasuh untuk menjaga anaknya. Maka, bertanya-tanyalah saya kepada jiran & kawan-kawan.

Salah seorang kawan lelaki saya bertanyakan ibunya & dipendekkan cerita, ibunya setuju untuk menjaga anak saudara saya. Dek kerana kasih sayang saya kepada si kecil Fatihatul Munirah, maka apabila pada minggu saya masuk kerja shif petang, saya akan jaga si kecil & hantar ke pengasuh pada waktu tengah hari sebelum saya masuk kerja.

Pada ketika itu, kawan lelaki tersebut telah mulai rapat dengan saya due to beliau menyambung belajar secara part time (kelas malam) di kolej tempat saya bekerja. Kami ada topik untuk bersembang dengan adanya anak saudara saya yang diasuh oleh ibu beliau.

Suatu hari saya telah dipanggil oleh 2nd boss yang berbangsa India tetapi berasal dari London. 1st boss seorang yang baik & pemurah. 2nd boss merupakan adik beliau.

“I heard you went to attend a job interview at another college.” Kata 2nd boss.

Ketika itu, Kolej Metropolitan baru dibuka di Kuantan. Temuduga terbuka diadakan pada hari ahad. Saya menerima panggilan temuduga tetapi saya tidak pergi kerana menghadiri kelas di Uitm pada hari tersebut.

“No. I didn’t.” Jawab saya ringkas.

“I know you’re lying. Many people reported you were attending the interview.” Bidas beliau.

Berlaku sedikit argument diantara kami kerana ada diantara rakan sekerja yang telah memfitnah saya. Pelbagai hal buruk & tidak benar telah dilaporkan. Diantaranya: 1st boss dikatakan terlalu baik dengan saya sehingga sanggup menyediakan sebuah bilik solat untuk saya.

Akhirnya….

“The door is open for you…” Ujar 2nd boss sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.

Saya bangun berdiri & berkata…”Alright, I’m leaving this college tomorrow.”

Pengurus pentadbiran & beberapa orang pensyarah memujuk saya supaya bertahan. Mereka bimbang akan pendaftaran peperiksaan LCCI di Jabatan Pendidikan Negeri yang biasanya diuruskan oleh saya. Tetapi saya yakin akan ada orang yang lebih baik dari saya akan menguruskannya.

Itulah penangan fitnah. Pelajaran bagi saya, dalam mana-mana organisasi, tak kira bangsa pasti ada dikalangan rakan sekerja yang tidak berpuas hati dengan kita & akan berusaha menjatuhkan kita. Mereka akan menggunakan pelbagai cara supaya kita tersingkir. Apa yang paling saya tidak suka ialah apabila bermain dengan sentimen agama. Sebab itu saya rela melepaskan jawatan sebagai Pegawai Peperiksaan (Exam Officer) yang telah saya sandang selama 3 tahun.

Maka berakhirnya kerjaya saya di kolej tersebut tanpa sebarang perancangan untuk saya bekerja di mana-mana tempat baru. Saya pulang ke rumah pada malam itu dengan hati yang sugul. Tidak tidur semalaman, berfikir tentang perancangan hari esok.

Kepada sahabat semua, jangan jadi seperti gunting dalam lipatan. Kainnya kelihatan elok & kemas tetapi koyak didalam akibat gunting tajam yang tersorok.

Sebuah pengkhianatan senyap, yang mana orang yang kita anggap kawan atau percaya, rupa-rupanya berniat jahat dan cuba mencelakakan kita.

Apa-apa pun saya rasa diri berjaya keluar & bebas dari orang toksik yang berusaha menusnahkan karier saya.

.

.

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 69 pada hari ini, saya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri yang berjaya memerdekakan diri dari pelbagai ujian, cabaran dan orang toksik. Walaupun perjalanan belum berakhir & masih ada cabaran tetapi sekurang-kurangnya saya lalui semuanya dengan baik dalam bimbingan Allah swt.

In shaa Allah….episod akan datang adalah episod hidup yang baharu, ditempat kerja baharu dan…..!

To be continued!
C U when I C U💝

Link ke episod sebelum ini:
BAB 1: KENANGAN RAYA DI ZAMAN PURBA
▶️ Fb ~ https://www.facebook.com/share/1EQpsiyGcK/?mibextid=wwXIfr

🔴 https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-1-kenangan-raya-di-zaman-purba/

BAB 2: KELUAR DARI TEMPURUNG
▶️ Fb ~ https://www.facebook.com/share/1D7N4crDq2/?mibextid=wwXIfr

🔴 https://saljuputih.blog/2026/08/21/ihdinas-sirotol-mustaqim-bab-2-keluar-dari-tempurung/

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 31 Ogos 2026

Leave a comment