DARI REBAH KE GAGAH

Pernah Patah Semangat?

Ya! Aku pernah!

Itu normal. Kita manusia biasa. Ada masa ok ada masa down. Asalkan jangan terus larut dalam kemurungan & patah semangat.

Apabila dikecewakan, cepat-cepatlah bangkit. Selagi kita berbuat baik & tidak berbuat jahat, anggaplah tohmahan & kata-kata nista itu sebagai motivasi. Jangan menyerah & pasrah seumur hidup.

Selalunya, seseorang jadi murung atau patah semangat akibat dijatuhkan oleh orang terdekat atau orang yang paling dia percaya/sayang. Mungkin sahaja selama ini dia menyangka orang terdekat menyokongnya 100% & merestui pencapaian yang dia hasilkan, tetapi rupa-rupanya disebaliknya.

Oleh sebab itu, kita perlu betulkan niat kita. Berbuat sesuatu hanya kerana Allah swt. Bukan kerana ingin meraih pujian & penghargaan manusia.

Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan…”

Jika diuji dengan tohmahan, cacian, makian, ejekan & provokasi, anggaplah itu sebagai ujian dari Allah swt untuk memperbaiki niat kita.

Aku juga di uji tetapi aku menganggap Allah swt telah mentarbiahku supaya memperbetulkan niatku.

Bukan bermakna aku tidak pernah berbuat sesuatu kerana Allah atau membelakangkan Allah, tetapi ada ketikanya aku pernah berusaha meraih cinta manusia manusia & membuatnya senang & bahagia.

Suatu waktu dahulu, aku sering menerima jemputan berbicara di pentas atau secara atas talian. Pelbagai topik diajukan & aku seronok berforum atau memberi nasihat kepada rami orang. Terutamanya saat aku menghasilkan beberapa buku digital (ebook), buku fizikal & terlibat dengan pelbagai aktiviti sosial/kebajikan. Malangnya, dek kerana semangatku dibunuh, aku telah menolak banyak jemputan & berhenti menulis malahan memadam banyak posting ilmiah di media sosial.

.

Forum di UMPSA Pekan 10.10.2026

.

3 tahun lepas, aku menerima ujian berat dalam hidupku. Rasa dunia seolah-olah berputar 180 darjah. Saat itu, pelbagai perkara mati dalam diriku.

Kemudian, di saat lemah itu aku dihenyak dengan kata-kata kesat, antaranya:

▶️”Kau kata kau yakin dengan Allah, tapi kenapa kau tak nak terima takdir?”

▶️ “Kononnya kau terpaling suci. Kau ahli syurga, sekarang kenapa tak boleh bersabar?”

▶️ “Tak guna kau berzikir beribu-ribu kali & sujud lama-lama tapi hati kau tak bersih. Kau berzikir bukan kerana Allah!”

▶️ “Kau ajar orang sabar. Suruh orang sentiasa tenang & ingat Allah tapi kau sebenarnya menempah kunci neraka”

Allahuakhbar…..


Lahawlawalaa quwwataillah billah….

Perasaan pada ketika itu adalah sedih sesedihnya. Seumpama ditusuk sembilu. Itulah punca semangatku ditidurkan seketika.

Siapa sahaja yang tidak patah semangat apabila dihenyak dengan kata-kata sebegitu?

Aku akui, iman aku lemah. Hanya dengan sedikit cacian, aku sudah goyah. Lalu, aku memberi ruang kepada diriku untuk bertenang & berehat.
Hampir 3 tahun aku membina semula kekuatan itu.

Apabila Allah menyapaku dengan kasih sayang. Satu persatu ujian aku berjaya lalui & Allah swt membalikkan segala balasan kepada orang yang menyakitiku.

Hanya dengan mengakui bahawa kekuatan yang sebenar datang dari Allah swt, kita akan faham bahawa manusia itu sebenarnya sangatlah lemah. Sebab itu, kita harus sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan kepada kita. Jangan sesekali bersandar kepada makhluk hatta pasangan hidup kita sendiri. Sebagai manusia biasa, kita semuanya lemah.

Selain dari itu, aku melawan rasa patah semangatku. Aku keluar, berguru & memohon doa dari ibu & guru serta orang sekeliling yang baik denganku.

Satu perkara yang mudah kita lupa ialah; KITA MUDAH FOKUS KEPADA 1 ORANG YANG MEMBENCI & MENYAKITI KITA TETAPI KITA TAK FOKUS KEPADA 1000 ORANG YANG MENYAYANGI & MENGHARGAI KITA. Itulah punca kita sentiasa dirundum kesedihan.

.

.

Sekarang, aku sudah mulai mengumpul semangat & bangkit. Bukan untuk berbangga diri tetapi untuk memberitahu dunia yang hidup kita ibarat roda, kadangkala kita di bawah & kadangkala kita di atas. Oleh itu, jangan takut dengan dugaan. Allah sentiasa ada dengan kita. Kita ingat Allah ketika senang, Allah pasti tak tinggalkan kita ketika kita susah.

.

Kitab La Tahzan sebagai panduan

.

“La tahzan innallaha ma’ana”
(لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا)
Surah At-Tawbah (9:40),
Yang bermaksud “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”

.

Bersama Dr. Lukman bin Mahmud (UUM)

.

Aku bersyukur kerana Allah swt meminjamkan kekuatan & kenikmatan ini. Perasaan bangkit semula adalah sesuatu yang indah. Malahan ia membawa 1001 kebahagiaan apabila dapat menyampaikan ilmu & menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain.

Subhanallah…akhirnya aku kembali mendapat semangat yang telah dipatahkan & ia menjadi lebih kuat dari yang sebelumnya.

.

VIDEO

.

VIDEO: keratan dari forum

.

Terima kasih Allah diatas nikmat Mu!

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersamaku dalam perjalanan yang berliku. Teruntuk suami yang meredhoi aku, anak-anak yang sentiasa menemani, ahli keluarga, guru-guru & sahabat handai yang sentiasa mendoakanku. Semoga Allah swt merahmati kalian di dunia & akhirat.

Posting ini bukan sekadar berkongsi rasa gembira tetapi mengharapkan agar pembaca yang sedang dirundum sedih dapat bangkit semula & tersenyum kepada dunia. Especially ladies yang pernah dilukai & direndahkan martabatnya. PLEASE FACE YOUR FEAR!

.

BANGKIT DARI REBAH KE GAGAH!

Percaya kepada kekuatan diri sendiri!

Be yourself & be strong!

Allah ada bersama kita.

.

Semoga Allah swt Rahmati Mereka Semua

.

Moga Allah swt sentiasa memandu kita dijalan yang Allah redho.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always:
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 16.10.2026

#penulis

#usahawan

#ibu

#isteri

Leave a Reply