
.
Selamat menduduki UPKK kepada seluruh pelajar KAFA di Malaysia hari ini.
Good luck juga buat anakanda Syed Ahmad yang akan menduduki ujian hafazan Al Quran esok. (Credit to Ustaz Faris yang bagi video ni)
.
.
Semoga semua ibu bapa telah menetapkan goals untuk hantar anak belajar ke peringkat seterusnya & tahu hala tuju anak2 apabila dewasa.
Tidak mengapa sekiranya ada parents yang memilih tidak masukkan anak ke kelas kafa & mengambil UPKK. Ada ramai parents memasukkan anak ke sekolah cina, india, international dan sebagainya. Itu semua pilihan masing-masing. Semuanya ada pro & con. Tiada yang betul & tiada yang salah.
Ada parents yang begitu menekankan anak cemerlang UPKK semata-mata untuk mendapatkan tempat di SBP. Tetapi ilmu fardu ain tidak diterapkan kepada anak-anak sejak kecil malahan tidak diamalkan di rumah. Masih ramai kanak-kanak berusia 10-12 tahun yang tidak menunaikan solat 5 waktu atau berpuasa di bulan Ramadhan (bagi yang dah baligh).
Apa yang penting ialah, sebagai orang Islam, didikan agama terutamanya fardu ain perlu ditekankan di rumah. Pantauan ibu bapa terhadap solat & penghayatan Al Quran setiap hari bermula dari kecil, malahan sebaik-baiknya sejak dari dalam kandungan. Sebab itu ibu sangat ditekankan untuk ada ilmu agama yang baik dalam mendidik anak.
Ibu juga dikatakan madrasah (sekolah) pertama anak-anak.
.

.
Manakala bapa pula perlu mencari rezeki yang halalan toiyibban demi membentuk sahsiah isteri & anak-anak yang baik melalui rezeki yang diberkati.
Sepanjang saya memasukkan anak ke sekolah tahfiz & madrasah sejak 11 tahun lepas & terlibat secara langsung dengan pengurusan beberapa madrasah sejak 4 tahun lepas, saya dapati ramai ibu bapa yang dikenalpasti tidak mempunyai hala tuju terhadap masa hadapan anak-anak.
Bila ditanya:
▶️ Kenapa hantar anak masuk madrasah?
▶️ Sebab nak anak hafal quran.
▶️ Kenapa hantar anak ke sekolah swasta (international school)?
▶️ Sebab ada duit & nak anak selesa (sekolah private lebih selesa fasilitinya).
▶️ Kenapa hantar anak ke sekolah cina?
▶️ Sebab nak anak pandai cakap cina atau nak anak pandai math sebab sekolah cina lebih banyak homework.
Begitulah jawapan basic yang biasa diterima selain daripada pengaruh keluarga atau sebab ikut saranan kawan-kawan.
Bila ditanya lagi:
▶️ Lepas ni nak anak sambung belajar ke mana?
▶️ Belum fikir lagi. Tengoklah nanti macam mana…
Haaa begitulah….
Ada juga segelintir parents yang mempersoalkan hala tuju madrasah/sekolah tahfiz. Mereka hantar anak ke pusat tersebut tetapi ragu-ragu dengan hala tuju sekolah. Sepatutnya mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri, on the 1st place “Apa hala tuju mereka dalam mendidik anak & memilih sekolah?”.
Bagi parents yang menghantar anak ke sekolah kerajaan. Tiada pula yang mempersoalkan hala tuju sekolah tersebut. Majoriti just follow the flows.
Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ (atau dalam riwayat lain: وَيُمَجِّسَانِهِ)
Maksudnya:
“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Musyrik (Majusi).”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Masalah akan timbul di tengah jalan jika tiada hala tuju. Maka bermulalah parents pindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah yang lain sekiranya ada ketidakpuasan hati dengan pencapaian anak. Walhal parents itu sendiri tidak memahami sistem pembelajaran di sekolah tersebut atau jenis parents yang suka menyalahkan guru atau pihak sekolah.
Lebih malang lagi, ada parents yang tidak menyokong usaha guru bahkan, mendidik anak melanggar peraturan sekolah atau tidak menghormati guru. Itulah antara salah satu punca hilangnya keberkatan ilmu & anak menjadi susah untuk berjaya.
Oleh sebab itu, jadilah ibu bapa berilmu yang tahu hala tuju keluarganya. Tahu nak corakkan anak ke arah mana.
Buat research & rujuk dengan orang yang berpengetahuan/pengalaman agar tidak terkapai-kapai di tengah jalan.
Boleh juga baca di link ini sekiranya ingin mencorakkan anak ke bidang agama tanpa menduduki UPKK & SPM:👇🏻👇🏻👇🏻
LALUAN PELAJAR TAHFIZ/MADRASAH KE UNIVERSITI
Bila anak kurang berjaya dalam pelajaran, cari punca & baiki diri/niat ibu bapa itu terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
Bagi orang Islam, kita ada panduan dari Al Quran & Sunnah, so tak susah untuk kita ikut.
Hari ini, ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi tetapi terlupa mendidik anak dengan didikan agama yang baik. Maka timbullah macam-macam masalah sosial di kalangan remaja.
Bersama-sama kita fikirkan hala tuju diri kita & anak cucu kita. Moga kita semua berada tetap di jalan yang Allah redho.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah.
.

.
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 2/11.2026 (1 Jamadil Akhir 1448H)