.

.
Hari ini, agak lama aku bermenung. Aku merenung kertas & fail yang bertimbun dihadapanku.
Semuanya fail lama. Data-data 3-4 tahun lepas. Data yang perlu aku proses semula untuk memperbetulkan kesilapan di bahagian kewangan syarikat.
.

.
Minggu lepas merupakan minggu yang sarat. Berurusan di KWSP & JPP sebagai wakil pekerja yang dianiaya majikan (bukan pekerjaku) & bawa mak yang skizofrenia/dementia berjumpa doktor pakar di HTAA. Serta start home schooling untuk mak.
.

.
.
Manakala hari ini berurusan dengan bahagian kewangan & LHDN. Semuanya membuatkan badanku lesu akibat otak yang penat. Aku cuba menganalisis tubuh dengan melakukan ujian penat & ternyata hasilnya MEMANG aku penat.
.

.

.
Hasbunallah wani’mal waqil…
Akhirnya aku berbisik kepada diri sendiri:
“Ya Allah, aku sebenarnya sudah penat. Aku saaaangat penat, Ya Allah ”
Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Perasaanku bercampur baur….
⁉️ Di mana silapnya?
⁉️ Siapa yang mulakan?
⁉️ Kenapa tiada seorang pun yang mahu mendengar nasihatku dahulu?
Bukan bermakna aku tak redho, tetapi terkilan kerana aku seolah-olah orang yang paling tak dihargai dalam semua hal, pada ketika itu.
Tetapi, Ya Allah…
Maha Baiknya Engkau,
memulangkan semuanya kepada ku walaupun dalam keadaan yang tidak aku jangkakan, tetapi Engkau tetap makbulkan doa-doaku.
Mereka yang mengkhianati aku, dibuktikan bersalah oleh Mu, Ya Allah.
Engkaulah hakim yang paling adil bagi semesta alam.
Aku teringat podcast Dato Alif Syukri di platform tiktok, yang mana, beliau menyesal kerana pernah memandang rendah terhadap isteri beliau yang akhirnya mengakibatkan beliau kehilangan puluhan juga ringgit. Bermakna, jutawan juga diuji.
Boleh tonton video atau terus ke link ni: https://vt.tiktok.com/ZSs269hRW/
.
.
Aku mengimbau sejarah, suatu ketika dahulu:
🚫 aku pernah dihalang masuk ke pejabatku sendiri. Mereka menukar kunci pejabat tanpa izin & pengetahuanku.
🚫 aku ditegah dari mencampuri urusan kewangan & sebagainya, kononnya idea aku old fashion.
🚫 aku dicabar bekerja seorang diri sekiranya aku tidak bersetuju dengan keputusan majoriti untuk mewujudkan team baru yang kononnya akan mengubah pentadbiran syarikat. Walhal syarikat itu telah aku usahakan bersama suami sejak 20 tahun yang lalu.
🚫 aku perlu bagi peluang kepada orang baru dalam tempoh setahun ke 2 tahun untuk memajukan syarikat. Padahal syarikat tidak mempunyai sebarang masalah pada ketika itu.
🚫 aku dilabelkan tak faham kerja/projek terkini & apa yang syarikat perlukan.
🚫 dan banyak lagi hal pengurusan yang diubahsuai oleh sahabat suamiku serta beberapa orang pekerja yang dipercayai oleh suamiku.
Walhal…akulah yang membangunkan syarikat ini bersama-samanya selama 20 tahun 😔😔😔.
.

.
Begitulah….jika dalam rumah tangga, ada orang ke 3 yang disebut penyondol merosakkan keharmonian keluarga; manakala dalam perniagaan, orang ke 3 adalah orang yang merosakkan perniagaan kami iaitu sahabat suamiku dan pekerja-pekerja yang tidak amanah.
.

.
Allahuakhbar….
Sebegitu besar kasih sayang Mu terhadapku, wahai Allah.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
Dan kini…mereka semua sudah lenyap. Meninggalkan pelbagai masalah kepadaku.
Aku dipertanggungjawabkan untuk selesaikan semua masalah.
Aku bermonolog sendiri:
“Apa dalam fikiran mereka sebenarnya, Ya Allah?”
“Sehitam itukah hati mereka, Ya Allah?”
“Adakah Engaku akan memberi hidayah kepada mereka, Ya Allah?”
Ramai sahabat bertanya:
“Kenapa kau masih di sini?”
“Kenapa kau sanggup menggalas tanggungjawab ini?”
“Kenapa kau tak tutup sahaja syarikat & melangkah lebih jauh?”
Malahan ada yang berkata “Kau betul-betul gila, Zan! Kalau aku jadi engkau, aku dah tinggalkan semuanya.”
Sedangkan aku punya pilihan:
A. membaikpulih semuanya
B. melangkah pergi & memulakan hidup baru
.

.
Tetapi aku merisikokan diri memilih A kerana aku ingin memperjuangkan apa yang telah aku usahakan selama lebih dari 23 tahun. Aku belum mahu menyerah. Aku juga tidak suka menutup perniagaan dalam keadaan bermasalah & berhutang. Setidak-tidaknya aku perlu selesaikan semua masalah sesama manusia.
Urusan tentang apa yang mereka lakukan terhadapku, aku serahkan kepada Allah swt. Allah lah yang selayaknya membalas.
Adakah aku bodoh?
Mungkin bagi sesetengah orang, ia betul, aku bodoh. Honestly kadang-kadang aku terpengaruh juga dengan bisikan syaitan yang mengatakan “AKU BODOH”. Tetapi jauh di sudut hatiku, bagiku yang bodoh itu ialah orang yang tidak mahu mendengar nasihatku dari awal. Malahan mengkhianati ku. Aku tidak mahu disamakan dengannya. Aku akan membalas pengkhianatan dengan kebaikan. So…aku tidak bodoh!
Dan…ternyata, akhirnya Allah bagi tarbiah terbaik buat dirinya.
Buat sahabat yang berniaga, jika ingin terjun ke dunia perniagaan, ilmu perniagaan perlu kukuh. Bukan sekadar mendapat ilmu melalui pergaulan & pengalaman semata-mata. Bukan juga sekadar menghadiri kursus pendek dari influencer.
Aku bersyukur mempunyai Diploma Pengurusan Perniagaan dari Uitm walaupun sijil aku dipandang rendah oleh orang lain. Aku juga pernah belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat di Uitm, menamatkan Master in Intergrated Project Management di UMPSA & akhirnya mengambil Sijil Psikologi Islam di Kolej KPTI Al Insaniah. Semua gabungan kelayakan inilah yang membantu aku membaikpulih syarikat yang ditinggalkan dalam keadaan serba bermasalah. Dari sudut projek yang terbengkalai, masalah dokumen yang hilang/berterabur & masalah kewangan. Lebih pentiing lagi, mengawal emosi yang bergejolak.
Subhanallah….Maha Suci Allah
Walaupun aku penat, tetapi aku bersyukur Allah swt masih memberi aku kekuatan dengan bantuan pekerja yang setia denganku serta doa dari orang baik disekelilingku. Semua ini membuatkan aku faham, circle yang kecil juga merupakan circle yang efektif jika mempunyai keikhlasan serta kejujuran dalam bekerja.
Hari ini…sudah hampir 2 tahun berlalu. Sudah masuk ke tahun ke 26 aku berada dalam dunia perniagaan yang mencabar. Aku pasti, Allah swt akan memberiku jalan keluar yang baik.
Aku mengutip sisa-sisa tenaga yang ada. Umurku makin berkurang. Tenaga juga makin down.
Sungguh!
Aku penat tetapi Allah belum izinkan aku berehat.
Aku redho.
Aku terima & lalui semuanya.
Aku tidak lari dari masalah.
Aku masih ber TAHAN kerana aku ber TUHAN.
Aku tahu, ada banyak hikmah dari tarbiah Mu ini.
Ini adalah MEHNAH, sebagai proses didikan (tarbiah) daripada Allah SWT untuk mematangkan diri, menghapuskan dosa, dan memupuk sifat sabar serta tawakal.
.

.
Kepada sesiapa yang membaca nukilanku ini, aku tinggalkan sedikit pesanan;
📍JANGAN PERNAH RASA DIRI TERBAIK.
📍SENTIASA RENDAHKAN HATI & JANGAN MENGKHIANATI ORANG YANG SENTIASA BERBUAT BAIK TERHADAPMU.
📍JAGA AMANAH ALLAH SEBAIK-BAIKNYA KERANA SEMUANYA MILIK ALLAH.
📍DUNIA IBARAT RODA, JANGAN SOMBONG BILA BERADA DI ATAS.
📍BELAJAR MINTA MAAF BILA DAH BUAT SALAH.
📍JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG SAMA.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan kekuatan ini walaupun aku hamba Mu yang sangat lemah. Walaupun aku lemah, perahuku ini tidak berundur, ia meluncur terus ke hadapan.
Tolong bimbing aku agar tetap berada dalam Islam & Iman. Amin
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Selasa, 24 November 2026
(Nukilan pada hari lahir anak ke 3)
Nota kaki: Terima kasih kerana sudi membaca, like & subscribe blog ini.