(Skizo vs Dimentia)

.
Alhamdulillah…hari ini saya berkesempatan menyantuni mak ke Klinik Pakar Psikiatri.
Berhemah & sangat sopan gaya percakapan doktor muda yang sedang menghabiskan PHD hehehe. Moga Doktor Hasnil berjaya selesaikan PHD nya.
Ada seorang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dari UIA yang turut masuk ke bilik doktor untuk melihat cara doktor merawat pesakit & mendapatkan info melalui kaji selidik bersama pesakit & caregivers.
.

.
Paling kelakar apabila mak memberitahu pelajar tersebut bahawa mak tak dapat tidur sejak tahun 2007. Walhal, mak tidur 15-16 jam sehari hehehe. Saya hanya tersenyum mendengar jawapan mak sebelum mereka bertanya kepada saya & saya memperbetulkan statement mak.
Asbab mak sudah mempunyai tanda-tanda dimentia (nyanyuk), mak menjalani Cognitive Test. Beberapa soalan ditanya & mak disuruh melukis.
Tanda-tanda awal dimentia:
- Hilang ingatan jangka pendek. Setiap hari saya ajar mak on TV. Dah pelbagai cara dibuat tapi mak tetap lupa. So saya acah2 ajar mak seolah-olah 1st time mak jumpa remote setiap hari hehehe. Ataupun sebelum keluar bekerja saya dah on TV untuk mak walaupun mak masih tidur.
- Salah letak barang.
- Sukar melakukan tugas biasa. Mak tak suka mandi & selalunya selepas dimarahi, barulah mak mandi. Apabila doktor bertanya, “Kenapa makcik tak nak mandi?” Mak jawab “Saje je….” Hahahaha sesempoi itu mak jawab.
- Masalah bahasa dan komunikasi. Mak kurang faham bila kami bercakap. Contohnya tadi, saya suruh mak tunggu di farmasi sementara saya ambil kereta due to hari hujan, tapi mak berjalan merata-rata dalam kawasan hospital mencari saya. Sehinggalah saya call mak & pick up mak di tepi bilik mayat. (Jauh dari farmasi)
- Keliru masa dan tempat. Mak tak ingat jalan atau ke mana kakak saya pernah bawa pergi makan/jalan2.
- Perubahan emosi, mood, dan sosial. Dah lebih 2 tahun mak tak ikuti kelas Al Quran atau kelas zikir. Mak juga dah stop brisk walk. Mak suka menyendiri di rumah.
- Anxiety & selalu rasa tak selamat. Mak akan call saya yang sedang bekerja & anak saya yang sedang belajar di UNIQSAAS berulang kali, tanya kami di mana & tanya bila kami nak balik.
Sebelum ujian, doktor menyebut 3 jenis barang iaitu limau, bola & kertas. Kemudian doktor bertanya pelbagai soalan lain selama 4-5 minit. Di akhirnya, doktor tanya semula apakah 3 barang tadi. Ok…mak lulus part ni.
Ada banyak soalan yang mak boleh jawab dengan betul walaupun agak lambat memberikan jawapan. Contohnya: Berapakah jumlah 100 tolak 7? Hasil dari jawapan tersebut, tolak 7 lagi, kemudian tolak 7 lagi sehingga 5 kali tolakan. Kelihatan mak strugle mengira/congak & ada satu jawapan yang kurang tepat. Tetapi doktor suruh cuba sekali lagi sehingga mak dapat jawapan yang betul.
Mak gagal bahagian melukis. Doktor arahkan mak melukis jam pada kedudukan jam 11, 11 minit tetapi mak lukis jam 12, 15 minit.
Mak juga gagal meniru lukisan hexagon bertindih.
.

.
Mak juga gagal melakukan arahan yang mak baca sendiri. Arahannya “Sila tutup mata” tapi mak senyum pandang tepat ke muka doktor. Doktor pun ketawa.
Apabila disuruh menulis satu ayat perbuatan (kata kerja), mak tulis “Saya pergi periksa doktor”. Hahaha doktor ketawa lagi, sebab mak yang periksa doktor, bukan doktor yang periksa mak.
It’s such a sweet moment for me. Biasanya saya tengok anak ambil ujian masa kanak2, tetapi hari ni saya tengok mak yang ambil.
Seronok!
.
.
Antara langkah pengawalan dimentia yang disarankan oleh doktor ialah:
- Susun jadual harian supaya ada waktu untuk excercise & membaca buku/xtvt menulis.
- Buat crossword puzzle atau main saidina.
- Brisk walk pagi & petang.
- Berkebun.
- Dengar ceramah agama.
- Kurangkan tidur.
- Makan makanan seimbang & lebihkan omega 3.
Doktor masih tak nak start ubat dimentia untuk mak. Doktor nak tengok perkembangan mak selepas 6 bulan. Saya menyusun jadual harian mak. Harapnya mak akan ikut hehehe.
Begitulah perkembangan mak yang skizofrenia.
Semua ini adalah ujian untuk kami sebagai anak-anak. Bukan ujian untuk mak.
Sabarkah kami dalam menyantuni mak?
Hanya Allah swt tempat kami memohon petunjuk & bimbingan agar mampu menyantuni mak dengan baik sehingga ke akhir hayat.
Yang penting, kami masih punya mak, orang yang doanya mustajab. Tq Allah!
.

.
Moga catatan ini menjadi manfaat kepada caregivers yang lain. Bahawa pesakit skizo akan sampai ke stage dimentia setelah berpuluh tahun & atas faktor usia. Bersedialah dengan mental & hati yang tenang.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah.
Love as Always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Khamis, 8 Jamadil Akhir 1448H/19 Nov 2026