Pembedahn Buang Rahim (HYSTERECTOMY )

Assalamualaikum warahmatullah

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Be Positive

.

Saya yakin ramai wanita dah melalui pengalaman ini due to fibroids, cancer, cysts dan sebagainya. Ia adalah salah satu prosidur biasa dalam perubatan & ikhtiar penyembuhan bagi masalah keperempuanan. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Tawakkal & serah semuanya kepada Allah swt.

Histerektomi adalah prosedur bedah untuk membuang rahim (uterus) secara total atau sebahagian, yang mengakibatkan berhentinya menstruasi dan hilangnya kemampuan untuk hamil. Operasi ini biasanya dilakukan untuk mengatasi fibroids, kanser, endometriosis, atau prolaps rahim yang tidak sembuh dengan perubatan alternatif.

.

{VIDEO} Masuk OT 22.4.2026

.

However, masih ramai yang kurang pengetahuan, kurang membaca, tidak mahu bertanya pendapat doktor/pakar malahan lebih percayakan mitos & akhirnya menjadi takut dengan cara rawatan ini.

Antara mitos-mitos yang mereka percaya selepas pembuangan rahim ialah:

1️⃣ Wanita kehilangan organ yang paling berharga iaitu tempat tinggalnya bayi/anak yang dikandung. Ia menyebabkan wanita menjadi wanita yang tak sempurna. Walhal semua itu adalah pinjaman Allah swt. Ada ramai wanita yang mempunyai rahim yang sihat tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. So tak perlu labelkan apa2 dengan setiap sesuatu yang Allah berkehendak. Kita tidak akan bersedih jika kita yakin bahawa semuanya Allah swt yang punya & Dia Yang Maha Mengatur hidup kita.

2️⃣ Suami/isteri akan hilang nafsu syahwat antara satu sama lain. Walhal nafsu syahwat tiada kena-mengena dengan rahim atau pangkal rahim. Secara umum, ini adalah fitrah manusia, namun syahwat akan menjadi negatif jika melampaui batas syariat dan tidak dikendalikan, yang berpotensi menimbulkan kemaksiatan. Nafsu suami adalah dari dirinya sendiri, bukan berdasarkan organ dalaman wanita.

3️⃣ Suami akan rasa lain/tak best bila “bersama” dengan isteri & menjerumus kepada curang/kahwin lain. Ini adalah mitos yang PALING ANEH, kerana jika anda belajar matapelajaran sains di sekolah menengah, kita diberitahu perihal organ dalaman manusia & fungsinya. Kenikmatan dalam jimak suami isteri bukan bergantung kepada ada rahim atau tidak. Yang penting, ia melalui saluran yang betul ketika melakukan persenyawaan.

Maka, disebabkan mitos-mitos ini, ramai wanita menolak pembuangan rahim & sanggup bertahan dengan sakit sehingga menjadi lebih mudharat. Paling menyedihkan, ada yang berakhir dengan cancer.

.

2 jenis masalah cyst berbeza

.

Kawalan nafsu syahwat & kesetiaan seorang suami adalah bergantung kepada tahap keimanan suami itu sendiri. Beberapa tahun lepas, saya sudah melalui fasa ujian dimana suami memilih menyelesaikan masalahnya dengan “caranya sendiri” ketika saya sedang strugle bleeding, sakit & berulang-alik ke hospital sendirian selama 3 bulan. Walaupun perit, saya dah redho dengan keputusan suami & berdamai dengan takdir. Bukan semua orang bertuah mempunyai suami yang mampu bersabar tatkala isterinya diuji dengan sakit & mampu setia. Saya tak perlu mengulas lanjut akan hal itu kerana semua itu telah berlalu & cukup memenatkan saya. Kini saya memilih untuk fokus kepada rawatan & kesihatan diri. Tolong jangan salahkan saya jika saya memilih untuk membahagiakan diri saya sendiri pula.

.

Organ Dalaman Wanita

.

Rawatan saya telah tertangguh pada awal tahun 2024 ketika ibu saya dihadiahi kanser kulit & menjalani 2 kali pembedahan memotong jari kakinya. So saya terpaksa tumpukan kepada penjagaan ibu yang turut menghidapi skizofrenia.
Selepas beberapa bulan, muncul pula ujian menyantuni almarhumah ibu mentua yang sakit kronik pada pertengahan tahun 2024 sehingga ke penghujung tahun 2025. Saya bertahan sehingga ibu mentua meninggal dunia.

Saya tidak menyalahkan takdir, malahan saya terima dengan redho. Semua ini telah mengajar saya supaya lebih tenang menerima ujian, satu demi satu dari Allah swt. Dalam tempoh tersebut, ada pelbagai hikmah yang Allah swt berikan. Saya belajar berhenti menjaga hati & perasaan orang lain apatah lagi jika pengorbanan saya tidak dihargai oleh orang terdekat. I need to love myself more!

Subhanallah….

Perlahan-lahan, saya berjaya bertatih keluar dari masalah anxiety.

Itulah yang saya lalui sebelum saya menjalani pembedahan. Sebab itu, saya tak berniat mewar-warkan perihal kesihatan saya kepada ramai kenalan. Cukup sekadar meminta doa dari guru-guru & sahabat rapat yang berfikiran positif serta terbuka. Saya tidak mahu keputusan saya terganggu.

.

Jangan Berhenti Berusaha

.

Ramai kenalan yang bertanya apa punca pembuangan rahim saya?

Dipendekkan cerita, saya mulai sakit bermula sekitar tahun 2020. Ramai bertanya “Kenapa saya tak kelihatan sakit selama 5 tahun ini?”.
Ya, kerana masalah kesihatan seperti ini bukanlah sakit yang terzahir oleh mata kasar. Hanya yang melaluinya atau ahli keluarga terdekat sahaja yang tahu. Selama ini, saya selalu bleeding dalam tempoh yang lama (lebih kurang 15-20 hari) & keluar darah dengan banyak. Ketika bleeding rasa sakit seolah-olah contraction (rasa sakit nak bersalin).

Dalam tempoh tersebut saya telah mendapatkan rawatan di Kuantan Specialist Hospital (KPJ) & pelbagai rawatan Islam merata-rata di dalam & luar negara. Saya tidak nafikan bahawa, ada rawatan/ubat yang mampu menghentikan darah buat seketika/beberapa bulan tetapi selepas itu masalah berulang kembali.

Saya bukan sejenis yang suka mencuba sebarang produk di pasaran walaupun dikatakan lulus KKM. Saya tidak mahu mengambil risiko ke atas diri sendiri sekiranya bertambah mudharat. Saya memilih rawatan dari doktor pakar & rawatan Islam secara ruqyah & amalan harian. Tetapi, semuanya atas izin Allah swt untuk menyembuhkan atau sebaliknya. Yang penting, saya telah berikhtiar sehabis daya.

Saya keep on tampil ke tengah masyarakat dengan senyuman & membahagiakan diri dengan pelbagai aktiviti supaya tidak terbawa-bawa dengan rasa sakit. Live must go on & bukan untuk ditangisi. Membahagiakan orang adalah salah satu terapi, mencapai kepuasan hati & menceriakan diri sendiri. So…why should I choose to be sad?

.

Motivate Ourselves

.

Subhanallah….
Selepas pembedahan, doktor memberitahu:

1️⃣ Terjadinya ENDOMETRIOSIS pada ovari kanan yang mana ia tidak kelihatan ketika camera dimasukkan atau ultra scan. However, cyst tersebut telah dibuang. Sama seperti ketika ovari kiri saya di buang pada tahun 2021.

3️⃣ Usus saya melekat-lekat pada bahagian belakang rahim. Ini juga tak dapat dilihat ketika scan.

3️⃣ Pangkal rahim saya bersaiz besar & mengalami radang/merah. Selain rahim, pangkal rahim saya juga telah dibuang.

4️⃣ Berlaku beberapa masalah pada lapisan rahim.

{video} Discharge from KPJ 26.4.26

.

Apa kesan utama selepas histerektomi?

Kesan utama ialah:
Tidak boleh mengandung & tiada haid tetapi belum menopause. Itu sahaja!

Alhamdulillah….setelah seminggu menjalani pembedahan, saya beransur segar. Walaupun doktor memaklumkan tempoh pemulihan mengambil masa selama 3 bulan, tetapi saya boleh berjalan perlahan-lahan dalam rumah & melakukan aktiviti harian yang basic/ringan.

Setakat hari ini, saya dijaga oleh suami & 2 anak lelaki. Adik-beradik & anak-anak saudara juga sangat komited memberi perhatian kepada saya sekaligus menguruskan ibu yang skizo. Mereka yang uruskan kerja-kerja rumah & sebagainya. Saya bersyukur dengan segala kurniaan & kenikmatan dari Allah swt.

Saya dinasihati supaya menjaga pemakanan dengan mengambil air suam yang banyak & sumber protin yang baik contohnya telur, ayam, ikan & daging serta vitamin C. Buah-buahan juga sangat digalakkan dalam tempoh pemulihan ini untuk mengelakkan sembelit.

Terdapat mitos yang mengatakan, selepas pembedahan, pesakit tidak boleh makan telur atau ayam. Malahan orang tua dahulu menggalakkan makan ikan haruan atau gamat. Namun, dari sudut kedoktoran, ikan haruan akan menyebabkan organ dalaman tidak akan sihat secara natural malahan organ akan melekat-lekat dibahagian dalam. Ia lebih membahayakan pesakit jika mengalami masalah kesihatan yang lain di masa depan. Doktor melarang saya makan 2 jenis makanan ini & sebarang supplements di pasaran.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ

Begitulah info mengenai histerektomi & perjalanan saya menerima anugerah dari Allah ini.

Pelbagai ujian & dugaan telah saya lalui. Saya bersyukur kerana selalu dipandang Allah swt. Walaupun ada hari perit & getir, setakat hari ini saya masih mampu melepasinya. Saya akan terus tersenyum kepada dunia. Tetaplah tersenyum ketika sedang sedih dan maafkan ketika dikecewakan, kerana Allah menyukai orang yang mampu bersabar ketika menghadapi cubaan.

Elakkan berkeluh-kesah kerana bukan hanya kita yang diuji. Ada ramai orang yang diuji dengan lebih berat dari kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat rezeki, kesihatan, keluarga/kawan yang baik & sebagainya. Tenangkan hati menerima ujian & kesakitan. Kuatkan semangat kerana Allah swt menguji setimpal dengan kemampuan kita.

Banyakkan selawat, zikir, istighfar & hauqalah.
Keep strong & happy!

.

Kata Motivasi

.

Doa yang baik-baik. Allah tak pernah pulangkan tangan yang menadah kepada Nya dalam keadaan kosong. Yakinlah, setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Terima kasih kepada semua yang datang menziarahi & menghadiahkan doa kepada saya.

.

Antara kenalan yang datang ziarah

.

Doakan saya terus sihat & wanita lain yang ada masalah kewanitaan menemui jalan penyembuhan dari Allah swt. Jangan takut dengan rawatan hospital & elakkan mempercayai mitos apatah lagi berubat dengan cara mensyirikkan Allah swt. Moga Allah pelihara iman kita semua. Mudah2han kita meninggal dunia dalan Islam & husnul khotimah.

Fi khairin wa luthfin wa’afiah

(فِي خَيْرٍ ولُطْفٍ وَعَافِيَةٍ)

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Isnin, 27 April 2026, 5.20petang

#penulis

#usahawan

#EbookAsianEmbassadorMSGA

#EbookSeniorAdvisorMSGA

#EbookAssociateMasterAdvisorMSGA

#EbookCertifiedTrainerMSGA

Leave a comment