TIP BANGKIT DARI UJIAN

Kata-kata Motivasi

.

Siapa yang hidupnya tak di uji?
Jawapannya: Tiada!

Semua orang ada ujian hidup. Malahan ujian silih berganti. Settle masalah A, datang pula masalah B, C, D & seterusnya. Bak kata pelakon watak Rohani dalam filem Madu 3; “Sampai abang Jamil mampus!”.

Ramai orang nampak ujian dalam bentuk miskin, sakit, susah, dikhianati, difitnah, ditipu & pelbagai hal negatif. Sebenarnya, kesenangan & kekayaan juga adalah ujian. Malahan ia lebih susah untuk ditangani berbanding musibah/ujian yang susah.

Ada orang menjadi kufur nikmat tatkala dikurniakan kemewahan & pangkat. Dia semakin jauh dari Allah & lalai dalam ibadahnya demi mengejar syurga dunia. Tetapi bagi orang yang di uji dengan susah, dia makin meminta dari Allah & merintih menyerahkan nasib kepada Nya.

Bagaimana kita menghadapi ujian?

Syukur, sabar, redho & ikhlas!

4 perkataan yang senang diungkap tetapi susah nak buat. Ramai yang rasa diri terpaling di uji & lupa memandang kepada golongan yang lebih besar ujiannya. Apabila di uji, dia hanya melihat dirinya sahaja & mulai menjauhi diri dari masyarakat & membuatkan otaknya sempit untuk berfikir lebih jauh/luas. Lebih malang lagi, menyalahkan orang sekeliling. Tetapi bila dinasihati, dia akan melafazkan ayat “Aku redho”.

Persoalannya; “Are you sure you are REDHO?”

Surah Al-Baqarah: 155-157 (Ujian, Sabar, dan Ganjaran):
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bagi orang yang di uji, menangislah jika mahu. Luahkan segala perasaan yang terbuku. Tak salah untuk meratapi. Tetapi jangan berlama-lamaan. Segeralah mencari jalan keluar.

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah:

1. Beruzlah seketika (beberapa hari/minggu) untuk bersama Rab mu. Zikir yang boleh diamalkan ialah “Ya Latif” supaya hatimu lembut untuk menerima “hadiah” dari Tuhan mu, zikir “Ya Qawwi” supaya kamu kuat untuk bangkit & mencari jalan keluar, Selawat supaya mendapat syafaat dari Baginda Nabi ﷺ , hadiahkan surah Al Fatihah kepada diri sendiri supaya hati lebih tenang/lembut dan sebagainya.

.

Zikir Ya Latif

.

2. Luahkan, minta pendapat & doa dari ibu bapa/guru yang mursyid atau orang yang berilmu agama yang baik untuk mendapat nasihat yang menenangkan jiwa & penuh hikmah. Sebab itu pentingnya hadir ke majlis ilmu & mempunyai guru yang mursyid. Jangan terus luahkan kepada sahabat walaupun dia sahabat karib anda. Kenapa? Kerana sahabat karib akan sama-sama beremosi dengan anda asbab rasa sayang & kasih kepada sahabatnya. Walaupun anda belum tentu di pihak yang betul, sahabat baik selalunya akan berpihak kepada anda. Akhirnya, dua-dua ke laut. Faham maksud saya? Moga diberi faham.

3. Cari nasihat professional jika ia melibatkan masalah penyakit, hal kerja, rumah tangga atau penipuan tentang wang dan sebagainya. Jangan minta nasihat di media sosial atau dari yang bukan ahlinya. Golongan professional yang saya maksudkan ialah peguam, doktor, pegawai bank & sebagainya. Hati-hati dengan nasihat makcik bawang atau ahli mitos. Lebih parah lagi jika terjebak dengan golongan yang mensyirikkan Allah swt.

4. Jangan serta-merta menyalahkan diri atau rasa rendah diri, sehingga anda benar-benar tahu punca masalah. Jika ia benar berpunca dari diri sendiri, maka akui & bertaubatlah. Apapun ujiannya, anggap diri bertuah kerana Allah sedang memandang kita & memberi peluang kepada kita kembali kepada Nya. Surah Al-Baqarah: 286 (Ujian Sesuai Kemampuan)
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”

5. Kuatkan semangat. Sesudah mendapat nasihat & doa, mulai melangkah. Jangan menyerah tanpa usaha. Tawakkal tidak bermakna kita duduk & menunggu miracle berlaku. Kitalah yang perlu memulakan perjalanan hidup yang baru. Ubah mind set & keluar dari tempurung. Cari circle baru yang baik & beriman. Berhenti mengharapkan ihsan orang. Buktikan kita ber Tuhan & yakin bahawa Allah swt akan memberikan jalan keluar terbaik jika kita kental & berusaha.

.

Sahabat La Tahzan

.

6. Teruskan berdoa. Walaupun sudah memulakan langkah, jangan berhenti berdoa, Solat Hajat, Solat Taubat, Solat Istikharah, Solat Tahajjud & sebagainya. Upgrade amalan harian contohnya, jika biasanya kita solat dhuha 2 rakaat, tambahlah menjadi 2, 6 atau 8 rakaat.

.

Bacalah Al Quran Setiap Hari

.

7. Bersedekah. Walaupun kita mungkin sedang di uji dengan masalah kewangan, jangan kedekut. Allah menjanjikan balasan sekurang-kurangnya 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, bahkan lebih bagi mereka yang ikhlas, dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api, harta tidak akan berkurang dengan sedekah, sebaliknya bertambah keberkatannya. Sedekah menjadi pelindung pada hari kiamat. Tak perlu sedekah dengan wang ringgit yang banyak, at least RM1.00/hari & jadikan ia sebagai sedekah subuh ataupun apa sahaja yang kita mampu.

8. Jaga hubungan silaturrahim terutamanya dengan ibu bapa, mentua & ukhuwah sesama keluarga & sahabat.

9. Jaga jarak dengan orang yang melemahkan semangat, merendahkan kita & menyakiti hati kita secara berterusan. It’s ok to block contact, wasap & semua socmed mereka buat sementara waktu. Bukan untuk memutuskan silaturrahim tetapi untuk menjaga emosi & mental sendiri terlebih dahulu. Abaikan orang yang tidak menyokong malahan berterusan mengutuk & menjatuhkan kita. Ingat, orang terdekatlah yang tahu kelemahan diri kita & bagaimana dia mahu memanipulasi kita. Plese be wise & strong!

Saya tahu Depression, Anxiety, Skizofrenia & sebagainya wujud. Tetapi jika diri ada kesedaran awal & orang sekeliling dah tolong macam2, maka kenapa diri sendiri tak nak tolong diri sendiri? (Melainkan dari awal tiada orang tolong).

.

Doa Keluar Dari Masalah

.

Sebenarnya ada banyak lagi tip yang boleh dilakukan apabila di beri ujian & bagaimana untuk keuar dari ujian tersebut. Ia bergantung kepada jenis ujian, cara penerimaan & kehendak diri sendiri. Saya sekadar memberikan sebahagian kecil tip yang saya amalkan sendiri. Yakin sahaja, setiap ujian ada hikmahnya.

Jika anda memilih untuk terus berduka, silakan!

Jika anda memilih untuk bangkit, maka bangkitkah!

Usah berkeluh-kesah & menyalah orang itu & ini, asbab kekurangan diri, asbab tiada kewangan yang cukup atau asbab tidak ada orang yang memahami anda. Itu semua hanyalah bisikan iblis yang telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat.

Ingat!
Bukan hanya kita yang diuji dengan sakit, ahli keluarga yang sakit, kehilangan orang tersayang, jatuh muflis atau kehilangan harta benda, ditipu/dicurangi/dikhianati/difitnah & sebagainya. Keluarlah ke dunia nyata & saksikan puluhan ribu manusia yang lebih besar ujiannya tetapi memilih untuk tetap kuat & membesarkan Allah swt.

Kenapa saya menulis begini?
Kerana saya telah melalui pelbagai ujian hidup sama seperti orang lain. Berkali-kali jatuh & bangun. Pernah menangis & tak makan berbulan-bulan, pernah meratapi pengkhianatan orang terdekat, pernah di fitnah, dihenyak rapat ke muka bumi, pernah hilang orang tersayang, pernah homeless, pernah sakit, pernah mengemis demi sebuah ihsan & macam-macam lagi.

Namun, saya memilih untuk bangkit & tetap menghadiahkan senyuman kepada dunia.

Maka…anda memilih apa?
Tepuk dada, tanya iman.

Surah At-Taubah ayat 40:
La Tahzan Innallaha Ma’ana (لا تحزن إن الله معنا), yang bermaksud, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”.

Fi khairin wa luthfin wa’afiah (فِي خَيْرٍ ولُطْفٍ وَعَافِيَةٍ)

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Ahad, 1 Dzulkaedah 1447H

.

Buku-Buku Yang Telah Saya Hasilkan

.

#penulis

#MSGAAseanEbookEmbassador

#MSGASeniorAdvisor

#MSGACertifiedTrainerEvenchiseEbookstore

#MSGACertifiedAdvisor

Leave a comment