ISTERI YANG DICURANGI

Hari ni terasa nak makan aiskirm Ilaoilao.

Tapi….

Tiba2 buka socmed, merata2 orang post pasal suami curang dengan scandal tengah makan aiskrim ilaoilao dalam mall.

.

Gambar Hiasan

.

Huhuhu….terus hilang selera & potong mood.

Sedihnya saya tengok, isterinya sedang mengandung 😭. Apa2 pun..itu hal mereka. Siapa pun yang salah, saya tak perlu tahu atau ulas berkenaan rumah tangga orang.

Just…saya auto terbayang macam2 dalam kepala.
Ter flash back macam2 hal & kisah.

Saya PASTI, posting saya ini akan mendapat kecaman dari pelbagai pihak atau akan ada yang tak setuju, trigger, marah & sebagainya. Saya tidak menulis untuk mendapatkan sokongan atau judge dari sesiapa. Saya menulis atas dasar empati terhadap isteri yang dicurangi berpandukan pemerhatian, mendengar aduan/keluhan dari rakan2 & pengalaman sendiri.
So…tak perlu nak setuju dengan penulisan saya jika anda rasa ia tak bertepatan sama sekali.

Sebelum ini saya tak pernah mengulas mana2 isu curang artis or influencer. Bukan saya tak baca langsung, tapi tak mahu tahu lanjut perihal hidup orang. Bcoz, pada saya, kehidupan artis or influencer berbeza dengan cara hidup orang biasa macam kita. Mereka memang hidup dalam dunia glamor & majoritinya tak menjaga ikhtilat malahan tak menutup aurat dengan sempurna. Hubungan dengan lawan jantina tak terjaga dengan baik atau tak mengikut syariat Islam yang sepatutnya. So tiada yang pelik jika berlaku kecurangan dalam hidup mereka.

Bagi golongan orang biasa, yang kita nampak isterinya menutup aurat dengan sempurna, tidak viral di mana2 atau telah mendidik anak2 dengan baik, tetapi bernasib malang apabila dikhianati suami, ia adalah sangat menyentuh perasaan saya. Sakit di jiwa mereka itu, terasa sampai ke hati saya. Seolah2 dihiris dengan sebilah pisau tajam yang baru di asah.

Bagi saya, apa pun masalah atau kekurangan isteri, tidak sepatutnya dihukum dengan pengkhianatan. Tergamaknya seorang suami melukakan hati isteri yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seorang lelaki tatkala bersetuju menjadi isteri & meninggalkan keluarganya demi seorang lelaki yang bukan darah dagingnya. Malangnya, kepercayaan itu dihancurkan. Ironinya, sekali hancur, ia takkan percaya buat seumur hidupnya. Seumpamanya “Once broken, considered sold”.

Apa yang seorang suami rasa apabila curang?
Sebuah kemenangan?
Satu kejayaan?
Satu kebanggaan?
Wallahua’lam…
Hanya mereka yang pernah curang yang tahu jawapannya.

Apa punca curang?
Semuanya adalah berpunca dari iman yang rapuh. Jika seorang lelaki mampu menjaga pandangan & melawan nafsunya, datanglah bidadari dari syurga sekalipun, nescaya dia takkan tergoda.

Unfortunately, pada hari ini, kebanyakan kes curang yang kita lihat, ramai suami memilih perempuan yang lebih seksi dari isterinya, perempuan yang ber make up tebal malahan perempuan yang lebih jahil ilmu agama dari isterinya.

Kerana apa?
Kerana mereka (bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas) memerlukan keseronokan yang mana tidak dapat dipenuhi oleh isteri yang sudah faham agama. Contohnya setelah berkahwin & ada anak, isteri tidak lagi mahu menonton wayang, bersuka ria di khalayak ramai, melepak di kedai kopi berjam2 seperti zaman mudanya, sedangkan suami masih tidak mahu meninggalkan zaman seronoknya. Apa yang suami curang utamakan ialah, layanan, kemesraan, sentuhan badan ketika berbicara (tangan perempuan usap2/belai lelaki), suara menggoda & badan yang melentuk-liuk (gedik) ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.

Sebab itu, walaupun “IT TAKES TWO TO TANGO”, perempuan tetap ada peranan dalam isu curang. Mereka disebut HOME WRECKER, atau lebih famous dengan istilah PENYONDOL. Walaupun penyondol dikatakan istilah untuk perempuan yang meruntuhkan rumah tangga orang lain, namun, sekali rumah tangga tergoyah, ia takkan jadi sama seperti sebelumnya walaupun tidak bercerai.

Antara pesanan dalam tausiah Almarhumah Hubabah Ummu Zein (dari Tareem, Hadraulmawt) ketika beliau berkunjung ke Kuantan pada 24.8.2025:

  • Apabila lelaki & perempuan ajnabi saling berpandangan, senyum & saling bagi salam, mereka menjadi bertambah suka antara satu sama lain.
  • Memberi salam kepada perempuan ajnabi, hukumnya makhruh. Ia boleh jadi fitnah & akhirnya menjadikan mereka berjumpa & hukumnya haram.
  • Orang perempuan yang bertaqwa, dia akan menjawab dengan suara yang besar/kasar supaya lelaki tak nak sambung perbualan. Suara perempuan yang sengaja dilembut2kan (gedik) akan menarik perhatian lelaki.
  • Sekiranya menjawab dengan suara yang lembut, lelaki teruja untuk sambung perbualan kerana perempuan yang buka pintu kepada lelaki.

Curang tidak bermaksud semata-mata melakukan hubungan kelamin tanpa berkahwin. Ia bermula dengan pandangan mata, chat di wasap/tele atau call, saling mengenal, keluar berdua secara sembunyi2, berdua-duan ditempat yang sunyi/tersorok & akhirnya ke tempat tidur sama ada tanpa berkahwin ataupun berkahwin secara diam-diam di luar negara especially Thailand. Proses ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun, dengan harapan tidak diketahui oleh si isteri. So…selama hubungan berjalan, berapa banyak penipuan yang telah suami lakukan terhadap isterinya? Menipu untuk keluar, outstation & sebagainya. While, si home wrecker berseronok di atas kemenangannya menawan suami orang. Lebih parah lagi, dia dimewahkan dengan wang ringgit, melancong atau menginap di hotel mewah.

.

Gambar Hiasan

.

Nasihat saya kepada isteri yang dicurangi:
Selain kembali kepada Allah, pergilah ke mahkamah syariah. Dapatkan nasihat dari yang ahlinya. Selesaikan masalah dengan professional. Jika sekadar viralkan, kalian tidak akan dapat keluar dari masalah kalian.

Ketahuilah, jika suamimu telah beralih hati, kalian akan dianggap isteri yang tak sempurna bagi suami. Tatkala suami kantoi, 1001 keburukan isteri akan keluar satu persatu dari mulut suami untuk buat isteri rasa rendah diri, mental torture & isteri rasa bersalah. Sedangkan yang salah & curang itu adalah si suami. Lebih hebat lagi jika suami curang pandai memanipulasi si isteri yang naif. Itulah punca isteri menangis meratapi nasib berbulan-bulan atau bertahun-tahun & gagal bangkit.

Suami yang curang akan auto jadi terpaling ikut sunnah dengan mengeluarkan pelbagai dalil bab poligami. Kalian akan terkejut, bahawa suami yang selama ini biasa2 sahaja, tiba2 bertukar menjadi ustaz atau ulama’ jadian. Ini boleh di lihat di pelbagai socmed, apabila para suami berbicara bab poligami.

Bukan bermaksud saya menentang poligami, tetapi biarlah dengan cara yang betul tanpa menyakiti hati isteri & anak2.

Apa kesan pengkhianatan/curang?
⁃ Hilangnya kerukunan rumah tangga.
⁃ Isteri & anak2 hilang respect kepada suami/ayah.
⁃ Hilangnya barakah dalam rumah tangga.

Begitulah susahnya nak dapatkan tahap rumah tangga yang sakinah, mawaddah warahmah😔. Perjuangan perlu dari suami & isteri, bukan 1 pihak sahaja.

Wahai para isteri,
jika suamimu curang, isteri ada pilihan untuk memaafkan atau berpisah. Majoriti isteri memilih untuk berpisah demi menjaga kesihatan mental. Tetapi ada juga isteri yang memaafkan kesalahan pertama suaminya & meneruskan perkahwinan jika suaminya willing untuk berubah. Both situasi ada pro & con.

.

Gambar Hiasan

.

Jika memilih berpisah:
Selesaikan elok2 & mulakan jalan hidup masing2.

Jika memilih maafkan KESALAHAN PERTAMA & meneruskan perkahwinan:
Redho & jalani kehidupan seadanya. Mental isteri sudah terganggu. Akan wujud TRUST ISSUE yang berpanjangan, ungkit-mengungkit dan sebagainya. Isteri terpaksa kuatkan mental untuk memberi masa kepada diri sendiri hadam semuanya. Yakinlah, Allah akan balas semua perbuatan khianat suami terhadapmu.
Sekiranya suami ulangi kecurangan, maka tidak perlu lagi bersama. Kerana itu membuktikan bahawa suami seorang yang tidak amanah & tidak berpegang pada janji. Dia menjadikan curang sebagai hobinya & dia sudah tahu memanipulasi isterinya.
Please leave him & start your new life!

Apa2 pun, sebagai wanita/isteri, tolong jaga amal ibadah. Selagi kita mengingati Allah saat kita senang/sihat/bahagia, maka saat kita diberi ujian, Allah akan bantu kita.

Banyakkan membaca:

(لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ)
“La hawla wala quwwata illa billah”

Dan jangan tinggal SOLAT TAHAJJUD!

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Ahad, 12.4.2026

Leave a comment