Alhamdulillah hari ini saya memulakan journey memulihkan saraf sebelah kiri badan yang terhimpit. Due to that, sebelah kiri badan saya menjadi lemah, tak mampu nak angkat barang, jari jemari tak kuat untuk pegang barang, jari kaki tiba-tiba krem/kebas, rasa tegang di tengkuk & selalu sakit kepala.
Setelah berjumpa doktor sejak sebulan lepas, makan ubat saraf & akhirnya saya mulai fisio sebelum go for further action such as MRI and others.
Sebelum memulakan fisio, therapist menyentuh bahagian badan saya yang bermasalah. Beliau mulai bertanya:
“Uish kenapa tegang sangat ni?”
“Bahagian ni ketat sangat”
“Datin buat apa? Saya tengok rekod lama, dulu tak macam ni”
“Ada angkat benda berat ke?”
“Dah berapa lama sakit? Ada pergi fisio kat tempat lain ke?”
Subhanallah….
Saya sebenarnya tak bercerita kepada doktor mengenai aktiviti saya sejak saya menjaga arwah ibu mentua, bagaimana sakit belakang & tengkuk saya bermula. Saya malas nak bercerita perihal saya menguruskan arwah mak mentua & sebagainya. Sedikit sebanyak ia sesuatu yang menyentuh hati & membuatkan saya sedih. Saya juga bimbang dianggap tak ikhlas atau terdetik di hati sendiri, semuanya berpunca dari ketidakmahiran saya dalam menguruskan pesakit. So, dalam penceritaan kepada doktor, saya hanya bercerita tentang kerja pejabat yang melibatkan penggunaan komputer yang banyak.
Tetapi akhirnya saya terpaksa bercerita, agar therapist faham & tahu apa yang patut dia buat.
“Sekejap datin, saya call doktor” Therapist memaklumkan kepada saya.
Saya baring terkulat-kulat menghadap lantai (face down).
Hampir 10 minit menunggu…beliau kembali mendapatkan saya.
“Datin, saraf ni terhimpit sebab angkat berat dengan cara yang salah & dah lama dibiarkan”
Beliau kemudiannya mengajarkan saya cara mengangkat pesakit bagi orang seperti saya yang sudah ada skru pada tulang belakang & titanium disc.
.

.
“Datin kena berdiri dalam keadaan satu kaki ke depan….melutut sedikit & kemudian angkat pesakit. Berat 30 kg bukan ringan. Bla bla bla….” Banyak lagi tip yang beliau berikan.
Kemudian terapi berjalan selama 2 jam.
Alhamdulillah saya rasa sedikit lega.
Ada beberapa cara excercise di ajar untuk saya lakukan di rumah.
“Datin kena sayang diri. Keupayaan datin dah tak sama dengan orang sihat. Kudrat nak mengangkat MIL yang 30kg tu sepatutnya kerja orang lelaki.” Tambahnya lagi.
“Tak ada orang lain yang tolong ke?” Beliau bertanya lagi.
“Ada.” Jawab saya sepatah, walaupun otak ligat berputar mengenangkan saat-saat kritikal arwah yang saya hadapi dahulu tanpa bantuan sesiapa.
Saya diam. Sambil menjalani fisio dengan rawatan infrared heating, elektromegnetik, muscle relief dan sebagainya.
.

.
Walaupun semua nasihat beliau betul, saya tidak ingin mengulas apa-apa. Saya tidak mahu membuka sebarang cerita perihal suka duka saya menjaga arwah MIL. MIL sudah tenang di alam sana. Saya anggap, sudah selesai tugas saya menyantuni beliau.
Sekarang saya ingin fokus kepada kesihatan saya. Saya sudah terlalu lama fokus kepada banyak hal & orang sekeliling sehingga mengabaikan diri.
Dahulu, walaupun saya penat menguruskan anak-anak, perihal rumah tangga & kerja hakiki, saya paksa diri untuk buat yang terbaik kepada suami & keluarga. Namun, sampai ke satu tahap, ada part yang akhirnya saya rasa tidak dihargai oleh orang terdekat. Malahan, saya disalahkan dalam beberapa hal akibat kekurangan/kelemahan diri saya.
So…tiadalah daya upaya saya lagi untuk menjadi insan terbaik atau sempurna di mata orang.
Setakat itulah kemampuan saya dengan segala usaha membentuk keluarga & mendidik anak-anak di jalan yang Allah redho. Saya adalah saya! Bukan superwoman yang mampu memuaskan hati semua orang.
Sekarang, saya perlu fokus kepada kesihatan mental & fizikal saya agar lebih mudah & selesa beribadah. Ketidakselesaan kadang-kala menjadikan ibadah kurang sempurna, badan lesu & sebagainya. Saya perlu belajar melepaskan beberapa hal & orang terdekat walaupun ia perit.
Kepada semua caregivers, jaga diri & mental masing-masing. Belajar akur bahawa tiada siapa akan sayang kita lebih dari diri kita sendiri. Tolong hargai diri sendiri. Kesihatan kita, kita yang kena cakna. Orang sekeliling tak kan faham.
Diakhirnya…bila kita sakit, kita ubati diri sendiri.
“Datin kena datang fisio 3 kali seminggu.” Ujar therapist di akhir sesi.
Saya angguk & senyum.
Selesai fisio, saya ke bilik air.
Merenung cermin besar di dinding.
Bertanya kepada diri sendiri,
“Zan…apa kau dah buat pada diri kau?” Lama saya merenung insan dalam cermin tersebut.
Lalu, saya senyum kepada beliau & berkata;
“I love myself. No one love me more than Allah did. I’m strong enough to face all the fears!”
Saya keluar dari bilik air, tekan lift naik ke tingkat 7 & melawat sahabat yang sakit. Berbual-bual menceriakan beliau.
Begitulah…sisa-sisa catatan seorang caregiver.
Moga menjadi iktibar kepada caregivers yang lain.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 10.4.2026