Isnin, 30.3.2026
Pertemuan dengan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas & zaujah beliau, Umi Sri As Segaf sentiasa membuatkan saya seperti seorang anak yang pulang ke kampung halaman untuk mendapat restu & doa dari kedua ibu bapa.
Setiap kali ke Kuching, Sarawak, saya seronok & teruja untuk menziarahi kedua2 insan yang sangat istimewa di hati saya kerana ilmu & kasih sayang yang dicurahkan, membuatkan saya rasa saya ada ibu bapa yang sangat memahami isi hati anaknya.
.
.
.

.
.
Hanya dengan sapaan, pandangan mata & pelukan kasih sayang (berpelukan dengan dengan Umi Sri As Segaf), membuatkan hati yang resah jadi tenang. Seolah-olah segala isi hati telah tercurah dengan sendirinya tanpa perlu membuka bicara. Ajib sungguh ukhuwah ini.
Seusai berbicara tentang anak2 saya yang telah tamat pengajian di Madrasah Al Khairat, Habib Muhammad merenung saya dan berkata:
.
.

.
.
“Amalkan membaca wirid Imam Ali bin Hasan Al Attas. Biar hati lebih tenang menghadapi kerenah orang & jalani hidup dengan lebih baik. Kurang stress…” Sambil Habib mencapai kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah, karangan beliau sendiri. Beliau menyerahkan sebuah kitab kepada saya dan membuka halaman 58.
.
.

.
.
Lalu, beliau mulai mengajarkan saya akan bacaan wirid ini:
أَذْكاَرٌ الِسَيِّدِنَا الْإِمَامِ الْحَبِيْبِ عَلِيًِّ بْنِ حَسَن الْعَطَّاسْ
Zikir Imam Ali bin Hasan Al-Attas dibaca lepas salat subuh dan lepas asar atau maghrib.
-١- بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
(100 kali)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
-٢- اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
(100 kali)
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
-٣- اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(100 kali)
Wahai Tuhan cucurilah rahmatmu ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
-٤- لَا إِِِلٰهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ
(kali 100)
Tiada Tuhan yang sebenar disembah melainkan Allah.
-ه- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
(100 kali)
Maha suci Allah Yang Maha Agung dan kepujian baginya.
-٦- اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمَ وَأَسْأَلُهُ الْتَوْبَةَ وَالْمَغْفِرَةَ
(100 kali)
Aku meminta ampun pada Allah Yang Maha Agung dan aku mohon padaNya taubat dan pengampunan.
٧- اَللَّهُمَّ إِ نِّيْ أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنَّ تَغْفِرَلِيْ
وَتَرْحَمَنِيْ .
(100 kali)
Wahai Tuhan sesungguhnya aku memohon pada Mu perbuatan yang baik, dan meninggalkan kemungkaran (kejahatan), sayang kepada orang-orang miskin dan ampunilah bagi dosaku dan kasihanilah aku.
-٨- قُلْ هُوَ اللهُ أَ حَدٌ اللهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ
لَهُ كُفُوًا أَحَدْ .
(100 kali)
Katakanlah, Allah itu Esa. Allah tempat meminta (pertolongan) tiada la beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada suatu juapun yang menyerupai Nya.
-٩- حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْل .
(100 kali)
Cukuplah bagi kami Allah sebaik-baik
yang memelihara.
-١٠- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
(3 kali)
Wahai Tuhan cucurilah rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad Nabi yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis) dan ke atas keluarganya serta sahabat- nya.
Nota tambahan: Boleh juga dibaca dengan bilangan 10 kali sahaja. Tetapi jika semua zikir (dari no. ١ ke no.٩) dibaca sebanyak 10 kali, zikir terakhir (١٠) hendaklah dibaca sebanyak 10 kali juga.
Subhanallah….
Seperti yang saya jangkakan, Habib Muhammad sentiasa dapat membaca isi hati saya. Sememangnya, saya sangat mengharapkan doa & zikir untuk membaikpulih hati yang terasa kotor & tidak tenang. Terlalu banyak hal yang membuatkan hati saya goyah, sedih, marah & sebagainya. Air mata saya sudah kering, seumpama hati yang turut kering dek kerana pelbagai ujian dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan bermakna saya meninggalkan amalan yang sedia ada, tetapi saya akui, setiap kali dugaan datang, kita perlu top up amalan untuk menguatkan roh kita.
Dari situ saya belajar, jangan pernah rasa diri dah banyak ilmu & amal ibadah. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tak tahu.
Hati kita sangat rapuh. Terutamanya wanita. Mudah ikut emosi & lambat menggunakan akal ketika sedang galau.
Jika ada masalah, curhatlah kepada orang yang betul supaya kita sentiasa mendapat bimbingan yang baik di jalan yang Allah redho. Carilah guru mursyid yang sentiasa membimbing kita agar tidak tersasar dari landasan Islam.
Saya kongsikan amalan ini agar ia menjadi manfaat kepada sesiapa yang ingin mengamalkannya.
“Ajaztuka hadza kama ajazani syaikhi.”
Artinya, “Aku ijazahkan (ilmu) ini kepadamu, sebagaimana guruku telah mengijazahkan kepadaku.”
.
.

.
.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Sabtu, 15 Syawal 1447H
#penulis
#penulisebook
#pencatatnotakuliah
#Aseanebookambassadormsga