Sabtu, 8 Dzulhijjah 1445H (waktu Malaysia)

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.
Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]
Hari ini adalah hari untuk merenung diri sendiri. Muhasabah diri.
Tanya diri kita soalan2 ni:
▶️ Banyaknya dosa kita dengan Allah. Adakah kita dah ikut semua perintah Allah?
- Kita abaikan perintah Allah. Allah suruh tutup aurat sempurna tapi kita tutup separuh2 dengan alasan kita bukan ustazah.
- Allah suruh orang lelaki solat berjemaah di masjid, tapi kita selalu lewat2kan solat & kadang2 tak sempat subuh.
- Allah suruh solat 5 waktu kau kata kau sibuk. Tak sempat nak solat waktu kerja. Akhirnya kau qada solat setiap hari.
- Allah suruh sedekah kau kata kau belum kaya. Tapi tupperware, baju, kasut, kerongsang, barabg kemas penuh almari.
- Dan macam2 lagi…
▶️ Allah kata “Minta dengan Aku, kau syirikkan Allah. Kau pegi minta dengan makhluk. Tak cukup pawang kampung, kau pergi bomoh Siam.
▶️ Bagaimana solat, puasa, zakat & haji (bagi yang mampu)?
- Cukupkah solat 5 waktu & solat di awal waktukah? Atau sentiasa jamak tak yah?
- Masih ada puasa yang tak berganti? Dah selesaikan fidyah? Ada add on dengan puasa sunat? Atau sekurang2nya masak untuk orang yang berpuasa?
- Zakat dah settle ke belum? Dah timbang barang kemas berkepuk2 bawah katil?
- Haji dah daftar ke belum? Dah ada niat & start kumpul duit? Atau memang rasa dah puas enjoy nanti baru nak g haji masa umur 69.5 thn?
▶️ Macam mana hubungan dengan keluarga, jiran & kenalan?
- Selalu rasa kitalah terpaling baik dalam keluarga?
- Kitalah terpaling banyak bagi sumbangan kat mak ayah bulan2?
- Kitalah yang paling bagus jaga mak ayah?
- Kitalah…kita….kita…seme kitalah yang terpaling tu…adik beradik lain seme tak bagus.
▶️ Kita maafkan orang atau berharap orang datang merayu minta maaf dengan kita? Selalu kluar ayat macam ni “Dia buat salah kat aku, dialah yang kena minta maaf! Bukan aku” atau “Aku takkan maafkan dia sampai bila2!” atau “See U at Padang Mahsyar!”
▶️ Macam mana kita didik anak?
- Ikut channel apa? Masih dengan nyanyian lagu jingle bell atau alunan ayat Al Quran/nasyid/qasidah memuji Allah?
- Anak dah baligh tapi masih tak tutup aurat. Sebab anak kita nampak lebih cantik tanpa tudung?
- Atau kita fikir…”Takpe, nnti dah kawin suami dia ajarlah dia pakai stoking”
▶️ Dah cari ilmu dengan hadir ke majlis ilmu/kuliah agama untuk baiki diri atau masih salahkan mak ayah sebab tak hantar kita ke sekolah agama sejak kecil? Akal letak mana? Jangan simpan akal dalam freezer lama sangat, keluarkan & panaskan dalam microwave!
Dan baaaaaanyakkkkk lagi soalan yang perlu kita tanya diri kita, tak terkecuali diri saya sendiri.
Fahami kepentingan & kelebihan hari tarwiyah selain dari berpuasa sunat. Ambil masa, duduk diam2 & zikir sambil merenung diri. Tak perlu merenung diri depan cermin. Nanti terperasan cantik pulak!

Pejam mata & feel the moment “You & Yourself”.
Dosa kita sebanyak buih dipantai…tak terhitung😔.
Bagi yang menunaikan ibadah haji, ada agensi yang ambil sunnah Nabi ﷺ dengan bergerak awal ke Mina sehari sebelum hari tarwiyah. Maka pada hari Tarwiyah, mereka merenung diri di Mina.
Ada agensi tidak buat begitu tetapi ia bukanlah satu kesalahan. Yang penting, para dhuyufurrahman faham akan rukun haji & makna2 setiap hari2 penting tersebut.
Jangan buat haji tanpa ilmu.
Rugi!
Begitulah…
Setiap dari kita bukan sempurna. Semua orang ada khilaf & dosa. Sama ada dosa dengan Allah atau sesama makhluk. Jangan lupa untuk minta maaf dengan orang yang pernah kita buat salah kerana walaupun kita berdoa di Padang Arafah sekalipun, Allah akan ampunkan doaa kita tapi dosa dengan orang belum tentu dimaafkan selagi kita tak minta maaf dengan orang tersebut.
Baiki hati, hiasi peribadi dengan ilmu, iman & amal.
Ampun maaf dari saya kepada semua yang mengenali diri saya.
Saya insan biasa yang tak terlepas dari dosa😔🙏🏻😢.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝













