HARI TARWIYAH

Sabtu, 8 Dzulhijjah 1445H (waktu Malaysia)

Tempat Nabi Ibrahim as menyembelih anaknya Ismail as (di atas bukit berhampiran Mina)

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.

Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).

Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]

Hari ini adalah hari untuk merenung diri sendiri. Muhasabah diri.
Tanya diri kita soalan2 ni:

▶️ Banyaknya dosa kita dengan Allah. Adakah kita dah ikut semua perintah Allah?

  • Kita abaikan perintah Allah. Allah suruh tutup aurat sempurna tapi kita tutup separuh2 dengan alasan kita bukan ustazah.
  • Allah suruh orang lelaki solat berjemaah di masjid, tapi kita selalu lewat2kan solat & kadang2 tak sempat subuh.
  • Allah suruh solat 5 waktu kau kata kau sibuk. Tak sempat nak solat waktu kerja. Akhirnya kau qada solat setiap hari.
  • Allah suruh sedekah kau kata kau belum kaya. Tapi tupperware, baju, kasut, kerongsang, barabg kemas penuh almari.
  • Dan macam2 lagi…

▶️ Allah kata “Minta dengan Aku, kau syirikkan Allah. Kau pegi minta dengan makhluk. Tak cukup pawang kampung, kau pergi bomoh Siam.

▶️ Bagaimana solat, puasa, zakat & haji (bagi yang mampu)?

  • Cukupkah solat 5 waktu & solat di awal waktukah? Atau sentiasa jamak tak yah?
  • Masih ada puasa yang tak berganti? Dah selesaikan fidyah? Ada add on dengan puasa sunat? Atau sekurang2nya masak untuk orang yang berpuasa?
  • Zakat dah settle ke belum? Dah timbang barang kemas berkepuk2 bawah katil?
  • Haji dah daftar ke belum? Dah ada niat & start kumpul duit? Atau memang rasa dah puas enjoy nanti baru nak g haji masa umur 69.5 thn?

▶️ Macam mana hubungan dengan keluarga, jiran & kenalan?

  • Selalu rasa kitalah terpaling baik dalam keluarga?
  • Kitalah terpaling banyak bagi sumbangan kat mak ayah bulan2?
  • Kitalah yang paling bagus jaga mak ayah?
  • Kitalah…kita….kita…seme kitalah yang terpaling tu…adik beradik lain seme tak bagus.

▶️ Kita maafkan orang atau berharap orang datang merayu minta maaf dengan kita? Selalu kluar ayat macam ni “Dia buat salah kat aku, dialah yang kena minta maaf! Bukan aku” atau “Aku takkan maafkan dia sampai bila2!” atau “See U at Padang Mahsyar!”

▶️ Macam mana kita didik anak?

  • Ikut channel apa? Masih dengan nyanyian lagu jingle bell atau alunan ayat Al Quran/nasyid/qasidah memuji Allah?
  • Anak dah baligh tapi masih tak tutup aurat. Sebab anak kita nampak lebih cantik tanpa tudung?
  • Atau kita fikir…”Takpe, nnti dah kawin suami dia ajarlah dia pakai stoking”

▶️ Dah cari ilmu dengan hadir ke majlis ilmu/kuliah agama untuk baiki diri atau masih salahkan mak ayah sebab tak hantar kita ke sekolah agama sejak kecil? Akal letak mana? Jangan simpan akal dalam freezer lama sangat, keluarkan & panaskan dalam microwave!

Dan baaaaaanyakkkkk lagi soalan yang perlu kita tanya diri kita, tak terkecuali diri saya sendiri.

Fahami kepentingan & kelebihan hari tarwiyah selain dari berpuasa sunat. Ambil masa, duduk diam2 & zikir sambil merenung diri. Tak perlu merenung diri depan cermin. Nanti terperasan cantik pulak!

Muhasabah diri. Monologlah dengan diri sendiri disaksikan Allah swt.

Pejam mata & feel the moment “You & Yourself”.
Dosa kita sebanyak buih dipantai…tak terhitung😔.

Bagi yang menunaikan ibadah haji, ada agensi yang ambil sunnah Nabi ﷺ dengan bergerak awal ke Mina sehari sebelum hari tarwiyah. Maka pada hari Tarwiyah, mereka merenung diri di Mina.

Ada agensi tidak buat begitu tetapi ia bukanlah satu kesalahan. Yang penting, para dhuyufurrahman faham akan rukun haji & makna2 setiap hari2 penting tersebut.

Jangan buat haji tanpa ilmu.
Rugi!

Begitulah…
Setiap dari kita bukan sempurna. Semua orang ada khilaf & dosa. Sama ada dosa dengan Allah atau sesama makhluk. Jangan lupa untuk minta maaf dengan orang yang pernah kita buat salah kerana walaupun kita berdoa di Padang Arafah sekalipun, Allah akan ampunkan doaa kita tapi dosa dengan orang belum tentu dimaafkan selagi kita tak minta maaf dengan orang tersebut.

Baiki hati, hiasi peribadi dengan ilmu, iman & amal.

Ampun maaf dari saya kepada semua yang mengenali diri saya.
Saya insan biasa yang tak terlepas dari dosa😔🙏🏻😢.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝

RUANG SOLAT ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MASJIDIL HARAM & MASJID NABAWI

Assalamualaikum warahmatullah. Salam penuh kasih sayang dari bumi Madinah al Munawwarah. Sembah & salam ke atas Nabi saw.

Ketika menulis ini, al fakhirah Zan Aizan berada di bumi Madinah Al Munawwarah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Tahukah kalian bahawa terdapat ruangan OKU di Masjidil Haram yang terletak di tingkat 1, dihadapan klinik kecemasan & berhampiran dengan pintu/gate 88.

Ruang Solat OKU, Tingkat 1. Masjidil Haram

Jika anda masuk menggunakan gate 91, naik escalator ke tingkat 1 & berjalan ke kiri. Saya percaya ruangan ini ada banyak juga di tempat lain. Bagi yang bermasalah kesihatan ataupun berjalan menggunakan tongkat, cubalah cari walaupun tiada kad OKU.

Alhamdulillah dikebanyakan masa, saya solat & i’tikaf diruangan ini. Disini sangat aman…saya rasa tenang duduk disini.

Klinik kecemasan dalam Masjidil Haram
Klinik kecemasan dalam Masjidil Haram

Ramai orang tak percaya saya ada kad OKU hehehe. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan kad tersebut, malahan ia sebagai reminder/alarm kepada diri saya sendiri bahawa “pergerakan saya terbatas!”. Saya tak boleh terrrr over buat itu ini, berjalan, berlari macam org lain walaupun sekali sekala saya berjalan laju ala2 nak excercise 😁😁😁. Polis yang menjaga tempat OKU pun confius macam mana saya boleh ada kad OKU bila saya tunjuk sebelum masuk😬.

Saya telah menulis disini, bagaimana saya boleh bergelar seorang OKU: http://iamsaljuputih.blog/2019/10/17/me-prolapsed-intervertebral-disc-pid/

Kad OKU yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bagi orang yang tak mempunyai kad OKU tapi menggunakan tongkat atau wheelchair, boleh solat di sini juga. Pembantunya pun boleh duduk bersama. Malahan ada juga ibu bersama bayi/anak kecil yang duduk disini.

Video gambaran ruang OKU di Masjidil Haram

Ruangan ini lebih tenang & kurang orang. Maklumlah….ia agak jauh dari kaabah. Ramai wanita prefer nak solat dibahagian hadapan sebab nak nampak kaabah walaupun OKU atau bertongkat. Dalam beribadah, orang perempuan kena tahu dimana kedudukan terbaiknya seorang wanita. Sesungguhnya, banyak perkara yang telah digariskan dalam Islam, bahawa kedudukan kaum hawa tak boleh disamakan dengan orang lelaki.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Air zamzam diletakkan tinggi supaya mudah bagi orang yang menggunakan wheelchair mengambil air

Sebagai info tambahan, di Masjid Nabawi juga ada disediakan tempat OKU. Jika anda masuk melalui pintu 25 (bahagian perempuan) atau mana-mana pintu, tempat OKU kebiasaannya berada disebelah kiri berhampiran dengan bahagian saf paling hadapan. Ada polis wanita yang bertugas di palang masuk. Ia lebih selesa untuk jemaah yang menggunakan wheelchair beserta dengan penemannya. In shaa Allah, mudah-mudahan Allah swt permudahkan segala urusan kita dalam beribadah.

Begitulah juga keadaannya jika ingin masuk ke Raudhah. Ada laluan khas untuk yang berkerusi roda. Ia mudah & beruntunglah bagi orang yang berkhidmat menolak kerusi roda tersebut. Boleh solat & berdoa di dalam raudah dengan tenang.

Ramai yang solat menggunakan kerusi
Alhamdulillah, tenang diruangan yang lapang

Okey…Setakat ini sahaja info untuk Orang Kurang Berupaya ketika di Haramain. Selamat beribadah secara berhemah & penuh ni’mah.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Laluan Wheelchair ke Raudhah

Love as always
💝Zan Aizan💝
Ahad, 7.8.2022
Madinah Al Munawwarah

#travelloghaji1443h

#haji1443H

#haji2022

#dhuyufurrahman