Ibundaku Skizofrenia (Part 7)

{Happy 72th Birthday, Mak!}

Alhamdulillah….hari ni mak dikurniakan usia 72 tahun. Mak masih meneruskan rawatan skizo & keadaan mak adalah dalam kawalan.

{Rabu, 29.1.2025}

Alhamdulillah….

Saya bersyukur dengan usia yang Allah swt kurniakan & kesihatan mak yang baik. Walaupun mak skizo, tapi mak tiada sebarang penyakit kronik yang lain. Masalah cancer kulit mak pun dah lama selesai & tiada sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 1 tahun ini.

Saya sangat berterima kasih kepada kakak2 saya yang sentiasa bersama-sama dalam usaha menjaga mak. Semasa sesi bual bicara di FB Malaysia Relief Mind Association (Marma), ramai yang bertanya berkenaan peranan adik-beradik saya dalam membantu menguruskan mak. Subhanallah…peranan mereka sangat besar, sehingga saya rasa saya sangat terhutang budi kepada mereka.

Boleh tonton rakaman Perkongsian Caregivers Skizo (Sabtu, 30.11.2024) di sini 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/share/v/8xfJcDn7BUwZtYzu/?mibextid=K35XfP

Kakak sulung saya, berusia awal 50an sangat prihatin & berperanan macam mak kepada kami (adik2) sejak mak sakit 30 tahun lepas. Beliau sentiasa menjadi orang pertama yang datang ketika saya sakit atau bersalin. Beliau sangat suka memasak & makan hahaha. Beliau juga tidak ada masalah untuk tinggal di rumah saya ketika saya outstation. Beliau tak kekok untuk melakukan apa sahaja kerja rumah di rumah saya.

Selain itu, kakak sulung berperanan sebagai anak yang menyediakan keperluan pakaian buat mak. Walaupun beliau seorang suri rumah, tetapi beliau tidak lokek untuk menyediakan keperluan pakaian mak dari A to Z.

Malahan, beliau juga tak kisah untuk menjaga & menyediakan semua keperluan mak mentua saya ketika ketiadaan saya. Setiap kali saya outstaion, kakak lah orang pertama yang akan offer kan diri untuk datang bermalam di rumah saya, menjaga mak & mak mentua saya. Ini memberi ruang untuk saya bekerja di luar kawasan atau bercuti. Jika tidak, agak sukar untuk saya meninggalkan mak mentua yang uzur kerana saya tidak mempunyai pembantu rumah. (Sebelum ini mak selalunya tinggal di rumah kakak no.3 jika saya outstation.)

Amazingly, anak sulung beliau yang merupakan single mom sering menemani beliau & berperanan sebagai driver, tukang masak & melayan nenek2 ke kedai makan & beli barang keperluan harian. Anak saudara saya itu juga merupakan orang yang paling rajin melayan mak mentua saya pergi makan pagi & menghantar ke pusat dialisis.

{Dari kiri: Saya, Kakak Sulung & Kakak No.3}

Happy Birthday Mak! We love You!

Lain pula halnya dengan kakak ke 3 saya. Beliau merupakan penjawat awam. Buat masa sekarang, beliau bertugas di Pejabat Tanah & Galian sebagai kerani. So agak sukar untuk beliau meluangkan banyak masa dengan mak. Tetapi beliau akan datang ke rumah menziarahi mak selepas waktu kerja. Pada hujung minggu, beliau berperanan membawa mak keluar makan atau jalan2. Beliau juga akan ambil cuti untuk bawa mak ke hospital.

Selain tu, beliau ada tanggungjawab khas iaitu membeli susu, toiletaries & top up telefon mak setiap bulan hehehe. Walaupun ia nampak seperti tugas yang remeh, tetapi ia besar maknanya bagi saya. Semua kerjasama ini menyatukan kami bertiga.

{Kakak ke 3 & mak mentua saya}

Beliau juga sering melayan mak mentua saya. Kadang-kadang mak mentua saya minta beliau belikan buah-buahan atau kuih-muih. 24 tahun lepas, mak mentua saya pernah mengambil upah menjaga anak beliau ketika anaknya masih baby. Alhamdulillah…..ukhuwah mereka kekal hingga ke hari ini.

{Pada hari sambutan birthday mak}

Alhamdulillah….’ala kulli hal.

Allah mengurniakan adik-beradik yang baik kepada saya. Amazingly, mereka menganggap & melayan mak mentua saya sama seperti mak kandung.

Saya dapat melihat kegembiraan mak mentua yang dilayan seperti mak sendiri & kemesraan seperti keluarga sendiri. Apa yang paling menggembirakan ialah, jika kakak2 saya membeli pakaian untuk mak, mereka tak pernah lupa untuk belikan kepada mak mentua saya. Pendek kata, jika mak saya dapat sehelai tudung, mak mentua pasti dapat juga. I

love my lovely sisters!🫶🏻

Surat Al Isra ayat 24

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيٰنِيْ صَغِيْرًاۗ

Wakhfidl lahumâ janâḫadz-dzulli minar-raḫmati wa qur rabbir-ḫam-humâ kamâ rabbayânî shaghîrâ.

Artinya: Rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua (menyayangiku ketika) mendidik aku pada waktu kecil.”

Subhanallah,

Alhamdulillah,

Allahuakhbar….

Tiada yang baik dari diri saya sendiri tanpa bantuan Allah swt & sokongan adik-beradik dalam menjaga mak & mak mentua. Ada ramai orang yang tidak mendapat sokongan seperti ini & menjadi stress akibat keletihan fizikal & mental, tetapi Maha Baiknya Allah, saya tidak keseorangan.

Perkongsian ini saya nukilkan sebagai tanda penghargaan kepada suami kerana benarkan mak tinggal bersama kami, suami yang sentiasa melayan kakak2 saya dengan baik, kesudian kakak2, anak2 saya & anak2 saudara dalam semua hal yang kami lalui bersama. Semoga Allah swt menjaga silaturahim kami ini sehingga ke akhir hayat kami.

Ma shaa Allah….Sesuatu yang saya rasa sangat teruja dengan kebaikan kakak2 saya ialah, mereka sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan anak2 yang baik & sentiasa berbakti kepada mereka & rezeki yang tiba2 Allah hadirkan dari pelbagai sudut.

{Sambutan Birthday Mak pada 29.1.2025}

“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga,” — Surah al-A’raf:151

Kepada sahabat yang membaca nukilan ini, mohon doakan kami sentiasa bersatu hati menyantuni mak kami yang skizo & mak mentua yang menumpang kasih dengan adik-beradik saya. Moga Allah swt pelihara hati kami agar sentiasa saling berkasih-sayang & ikhlas menyantuni mak. Amin ya rabbal ‘alamin.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

Rabu, 29 Jan 2025/29 Rejab 1446H

Amalan Menguatkan Jiwa/Semangat & Menenangkan Hati Dalam Urusan Harian

Assalamualaikum warahmatullah

Perkongsian ini adalah susulan dari posting di FB Zan Aizan berkenaan rutin harian mengurus keluarga sambil belajar & bekerja. Ramai yang bertanya bagaimana saya mampu tidur pada jam 12 malam & bangun seawal 3 pagi & menguruskan segala urusan dengan tenang (honestly tetap ada hari ributnya).

Boleh baca FB di link ini:

https://www.facebook.com/share/19ijMphXy8/?mibextid=wwXIfr

Sebenarnya, susah untuk saya spesifikasikan apakah cara atau amalan yang boleh diamalkan. Bagi saya…it happened naturally & semuanya bermula dengan niat & izin Allah swt. Sebagai isteri & ibu, niatkan & fokus untuk mengurus keluarga dengan baik tanpa membandingkan perihal hidup kita dengan orang lain.

Amalan harian ini saya kongsikan sebagai panduan kepada sahabat/keluarga/orang awam (bagi golongan asatizah/orang alim, ilmunya/amalannya jauh lebih baik) terutamanya para isteri muda yang menguruskan rumah tangga & anak2 kecil.

Namun, perlu difahami, amalan sunat bukanlah wajib dilakukan sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada suami. Fahamilah bahawa, melayan suami & mendidik anak adalah ibadah. Oleh itu, untuk melakukan ibadah sunat, perlu mendapat redho suami & tidak membuatkan suami rasa tak selesa akibat si isteri asyik dengan ibadah. Jadilah isteri berilmu yang bijak mengatur masa & beribadah.

Antara amalan basic yang boleh saya sarankan untuk dilakukan ialah:

1. Membaca Al Quran sebanyak2nya setakat yang mampu setiap hari. Jangan ada hari tanpa Al Quran kecuali pada waktu uzur syari’e. 

2. Membaca zikir Tasbih Fatimah sebelum tidur.

Tasbih Fatimah

3. Membaca  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ sebanyak 800x/hari. Sama ada secara direct 800x (25 minit) atau berperingkat2 sepanjang hari. Bacaan ini adalah untuk menenangkan hati & mendapatkan hati yang suluk, yakni tenang, tak mudah marah, taknak ambil tahu banyak hal dunia/hal orang & mudah memaafkan.

4. Membaca Selawat Aliyyil Qadri sebanyak 20x/hari. Sama ada secara direct 20x atau 3x pada setiap waktu solat fardu & dicukupkan hingga 20x/hari pada bila2 masa. Amalan ini adalah untuk menguatkan diri beribadah.

Boleh ikuti Kaifiat & Faedah membaca selawat ini di link Youtube ini 👇🏻👇🏻👇🏻:

https://youtu.be/fXtuHsdyw1I?si=oopbi5p05GZPcrpV

5. Menghadiahkan Surah Al Fatihah kepada diri sendiri, suami & anak2 setiap hari. Jika ada anak yang nakal/degil, khususkan satu bacaan untuknya untuk lembutkan hatinya. Jika suami bermasalah, khususkan juga satu surah Al Fatihah kepada suami setiap hari.

6. Membaca Selawat Tafrijiyyah sebanyak yang mampu.

7. Membaca Istighfar sebanyak2nya setiap hari. Istighfar mampu keluarkan kita dari semua masalah.

8. Zikir harian lain yang mampu dilakukan (terpulang kepada individu & ajaran guru masing2).

Amalan solat sunat harian, jika mampu lakukan semua solat sunat Rawatib (qabliyyah & ba’diyyah), jika tak mampu tak mengapa. Boleh upgrade amalan dari masa ke semasa.

Lepas solat Isyak:

  1. Solat sunat taubat – 2 rakaat
  2. ⁠Solat sunat witir – 3 rakaat

Sebelum subuh:

  1. Solat sunat wuduk – 2 rakaat
  2. ⁠Solat sunat tahajjud – 2/4/6/8 rakaat
  3. ⁠Solat sunat hajat – 2 rakaat
  4. ⁠Solat sunat tasbih (jika tak mampu buat setiap hari, buat seminggu sekali atau sebulan sekali)

Waktu Dhuha:

  1. Solat Sunat Isyraq jika mampu
  2. Solat sunat Dhuha & Istikharah – 4 rakaat
    (Niatkan Dhuha & Istikharah di setiap 2 rakaat solat – {solat 2 in 1 yakni 2 niat dalam 1 solat 2 rakaat}.

Setiap malam jumaat (jika mampu):

  1. Solat sunat hajat khusus cara Dato Ustaz Ismail Kamus atau Imam Ghazali (khusus utk hajat besar atau doa utk diri sendiri/anak/suami)
Kaifiat Solat Sunat Khusus sekiranya ada hajat besar atau dalam kesulitan

Semua amalan harian ini adalah amalan yang agak simple & mudah dilakukan oleh orang awam, orang bekerja atau suri rumah yang sibuk dengan anak2 kecil. Bagi orang berilmu & ada banyak masa lapang, boleh lakukan lebih banyak amal ibadah mengikut kemampuan masing2.

Niatkan melakukan amal ibadah kerana mencari redho Allah swt, memudahkan segala urusan harian, diberikan istiqomah melakukannnya & dikurniakan hati yang tenang dalam segala hal. Mudah2han Allah swt mengangkat darjat kita dengan amalan yang istiqomah & menjadikan kita isteri solehah & ibu mithali yang berjaya mendidik anak di jalan yang Allah redho. In shaa Allah, dengan kebijaksanaan seorang ibu mengurus rumah tangga & mendidik anak berlandaskan zikrullah, maka Allah jadikan anak2 kita anak yang soleh/hah & musleh/hah.

Ada satu doa yang saya cipta sendiri sejak saya di sekolah menengah yang akan saya baca sebelum tidur. Malahan sehingga ke hari ini, saya masih membacanya. Doanya ialah:

“Ya Allah, tidurkanlah aku dengan segera & bangunkanlah aku di awal pagi dengan segera”

Doa ini saya baca supaya saya mudah untuk tidur tanpa perlu banyak berfikir sebelum tidur & mudah2han Allah swt bangunkan saya di awal pagi kerana ketika bersekolah menengah saya mentelaah di awal pagi. Akhirnya saya mengamalkan doa ini sehingga ke hari ini walaupun telah berusia hampir 50 tahun hehe.

Moga2 perkongsian ini bermanfaat. Harapannya, perkongsian amalan ini tidak menjadikan Al Faqirah Zan Aizan riak & bangga dengan amalan harian. Tidak sedikitpun dihati terdetik untuk berbangga dengan amalan.

Segala yang terbaik adalah dari Allah swt & yang khilaf/kurang adalah dari diri saya sendiri.

Fi khairin wa lutfin wa ‘afiah.

Love asl always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

Ahad, 26 Rejab 1446H

Prolapsed Intervertebral Disc (PID) {Part 2}

Assalamualaikum warrahmatullah

Posting ini adalah kesinambungan dari Part 1:

http://iamsaljuputih.blog/2019/10/17/me-prolapsed-intervertebral-disc-pid/

Asy Syaafi…..Allah Maha Penyembuh

Pada 20 Disember 2018 saya telah menjalani minor operation, yakni Suntikan Radiofrekuensi (RF Injection). Secara ringkasnya, teknik suntikan radiofrekuensi ini mengaplikasikan arus elektrik yang dihasilkan gelombang radio untuk memanaskan kawasan tisu saraf dan menghentikan isyarat sakit di kawasan tersebut. Ia mengunakan suatu bentuk jarum khas yang dipanggil elektrod yang diiringi kanula bagi membantu mengalirkan arus itu.

Susulan dari kisah pertama pembedahan tulang belakang yang saya jalani pada tahun 2012, saya telah melalui proses ke 2, 6 tahun selepas itu akibat kesilapan penjagaan kesihatan. Saya lasak dengan aktiviti hiking (masuk hutan) & memandu jarak jauh sendirian.

Sebelum tisu dibahagian tulang saya koyak, saya telah jatuh terduduk ketika hiking. Pada masa itu, kesakitannya tidak begitu ketara. So saya makan ubat tahan sakit beberapa hari.

Hiking di Hutan Bukit Pelindung

Beberapa minggu selepas itu, saya memandu dari Kuantan ke Yayasan Al Jenderami di Selangor (perjalanan lebih kurang 4-5 jam). Apabila tiba di Al Jenderami, saya kurang rehat (berbaring) kerana mengikuti pelbagai program seperti maulid, tausiah & sebagainya selama 3 hari.

Yayasan Al Jenderami, Selangor

Apabila saya pulang ke Kuantan (drive sendiri juga), tiba-tiba saya tak boleh berjalan atau bergerak. Terasa seperti belakang saya dihiris oleh sebilah pisau yang tajam. Walaubagaimanapun, disebabkan masih boleh berjalan menggunakan tongkat, maka saya telah menghadiri satu majlis ilmu yang telah saya rancang awal (drive lagi ke majlis tersebut).

Majlis Ilmu di Kuantan

Akhirnya…..saya JEM dan tak boleh berjalan lagi. Saya serta merta dibawa ke kecemasan KPJ.

Setelah melalui proses MRI, doktor mengambil keputusan untuk melakukan suntikan RF di tulang belakang saya.

Masuk ke OT

Doktor Yong Teng Choy, Pakar Orthopaedic di KPJ Kuantan. Telah menerangkan dengan panjang lebar supaya saya faham apa yang berlaku pada tubuh saya.

Pada tahun 2012, para jemaah doktor telah mengesahkan 6% kehilangupayaan & saya telah mendapat bayaran pampasan SOCSO. Saya juga telah disahkan kecacatan kekal fizikal & layak mempunyai kad OKU.

Kad OKU

However, saya bersyukur kerana masih dikurniakan nyawa, boleh beribadah dengan baik, berjalan, drive, travel serta dikelilingi keluarga & rakan2 yang sentiasa support saya. Terlalu banyak nikmat yang Allah swt kurniakan. Tak tersenarai jika nak dibandingkan dengan sedikit nikmat yg Allah tarik.

Saya kongsikan apa injury & rawatan saya supaya lebih ramai orang faham & tahu langkah penjagaan/pemulihan.

Lihat gambar 1:
Yang dimaksudkan dgn “Tisu Koyak”, ialah koyakan disekeliling disc. Annulus yang warna pink tu, benda alah tu la yang koyak. Manakala disc pula membengkak. Tengok pada report, ada 2 disc yang bengkak: L4/L5 & L5/S1.

{Gambar 1}

Lihat gambar 2:
Ini report doktor yang mana mengatakan saya masih belum mencapai tahap maximum improvement after 2 months operation. It’s take at least 6 months untuk sembuh sepenuhnya selepas suntikan RF jika tiada sebarang masalah lain dalam tempoh tersebut. However, injury yg sama boleh berulang at any time jika saya tak insaf heh heh heh.

{Gambar 2}

Lihat gambar 3:
Ini adalah 2 pasang skru yang dimasukkan pada tahun 2012. Manakala Disc di S1/S2 tu adalah Titanium Disc. Both skru & titanium disc are ok. Cuma, disebabkan itu, keadaan telah memaksa disc yang diatasnya bekerja…disc yang bekerja itulah yang terkoyak akibat mengambil alih tugas disc yang dibawahnya. Begitulah dengan kata mudahnya.

Bahasa perubatan, saya tak pandai😄😄.

{Gambar 3}

Allah Al Aliim…Allah Maha Mengetahui

Apa rawatan susulan selepas itu?

Saya menjalani rawatan fisio selama beberapa bulan. Saya diajar excercise untuk kuatkan otot di pinggang, rawatan laser & muscle tense. Dalam masa yang sama saya juga melakukan “Hidrotheraphy” yakni berjalan di dalam air. Hospital HTAA ada menyediakan rawatan ini tetapi agak susah untuk mendapatkan temujanji. Oleh itu, saya melakukannya sendiri di Kolam Renang Wisma Belia, Kuantan. Just berjalan dalam air…bukan berenang!

Selain itu, saya disarankan untuk mengayuh basikal at selama 20 minit sehari.

Senaman Fisio

Selain itu, saya mulai BRISK WALK. Berjalan at least 5000-7000 steps/session atau selama 1 jam (lebih kurang 3-4km). Ia bagus untuk kardio & kekalkan berat badan. Bagi orang yang ada masalah tulang belakang, mengekalkan berat badan yang ideal adalah sangat penting kerana, tulang belakang takkan mampu menampung berat badan yang berlebihan. Akibatnya pesakit akan jadi malas untuk bergerak. Maka berat badan menjadi semakin bertambah.

Puncak Bukit Pelindung

Alhamdulillah, sehingga sekarang (Januari 2025), saya masih mengekalkan Brisk Walk & sekali sekala hiking (berjalan mendaki bukit, bukan masuk hutan). Apa yang penting, jaga makan & tidak mengangkat barang berat. Saya juga kurangkan aktiviti memandu. Jika ada rasa sakit, saya akan berehat beberapa hari.

Boleh baca perkongsian saya yang lain disini, bagaimana keadaan saya yang kadang kala ada rasa sakit pinggang: 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/share/19qziW1oiA/?mibextid=wwXIfr

Namun, kerosakan saraf tetap ada. Ada masa & ketikanya, saya tidak mampu mengawal pergerakan jari jemari kaki akibat kerosakan saraf sejak 2012. Kadang kala, kaki menjadi kebas & krem. So..saya hanya mengurutnya perlahan-lahan atau meletakkan minyak panas.

Kesimpulannya…..This is me! I’m 3 years more to be 50’s.

Whatever happens I will always keep smiling & move on. Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Leave everything to Allah, insyaallah hati akan tenang. Tetap bersyukur & memandang semuanya dengan kebaikan, insyaallah.

Di Puncak Bukit Panorama, Sg. Lembing Kuantan

Bersama anak di Puncak Bukit pelindung

Sama2 kita perkukuhkan iman, sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah swt & berdoa agar sentiasa diberi kesihatan yang baik disepanjang hayat. Apa pun yang berlaku, niatkan nak sihat untuk tambahkan amal ibadah & istiqomah dengan ibadah & kebaikan.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

Sabtu, 18 Rejab 1446H

Damai di Kota Tarim

Subhanallah….pada tanggal 4 Oktober 2023 aku menjejakkan kaki ke Bumi Tarim, Hadralmaut Yaman bersama 4 orang anakku, ibuku & rombongan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang telah mengizinkan aku sampai ke Kota Sejuta Wali.

Demi Allah…aku telah menanam azam untuk ke Kota Tarim sejak tahun 2012, ketika anak sulungku bertemu Habib Umar bin Hafidz di Masjid KLCC & Habib Umar berkata kepadanya “Jumpa di Tarim”.

Sejak itu aku sering membaca doa “Ya Tarim wa ahlaha”

Sesungguhnya…

Allah swt telah mengaturkan perjalanan hidup yang indah disulami perlbagai liku buatku. Tatkala hati sedang galau, disaat itulah Allah izinkan aku tiba di kota penuh kedamaian ini.

Video: Keberangkatanku ke Tarim bersama anak-anak

Luar biasa…kota ini sangat luar biasa bagiku.

Walaupun aku sudah banyak menjelajah ke pelbagai negara, namun Kota Tarim sangat berbeza. Siapa yang pernah ke sana akan sentiasa merinduinya. Akan sentiasa rasa tak puas berada di situ. Akan sentiasa terbayang akan suasana Tarim & segala isinya.

Ma shaa Allah…kedamaiannya tak terdapat di tempat lain.

Aku masih ingat, ketika kakiku melangkah meninggalkan tanah airku, seolah-olahnya aku telah meninggalkan sebahagian dari diriku. Ku tinggalkan suami, keluarga, sahabat handai & harta bendaku demi perjalanan mensucikan hati ini. Apabila aku tiba di Kota Tarim, seolah-olahnya telah lahirnya diriku yang baharu.

Aku ke Kota Tarim dengan deraian air mata. Namun hatiku cekal untuk melangkah. Aku laksana seekor merpati yang terlepas dari sangkar & tak ingin pulang kembali ke sangkar emas itu. Aku ingin mencari redho Allah & membentuk ketenangan hatiku dalam rehlah itu.

Dari Malaysia aku transit di Doha, seterusnya ke Mesir & bermalam di Mesir. Keesokan harinya barulah bertolak ke Seiyun. Kemudian menaiki kereta ke Kota Tarim. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 hari.

Kota Tarim yang damai

Kota ini bukanlah kota berprestige tinggi atau maju seperti negara dunia ke 3. Ia kota yang masih jauh dari kemajuan. Kelajuan internet juga hanya setakat 3G sahaja. Tiada mall besar, tiada laluan keretapi laju seperti LRT dan lain-lain, tetapi semua keperluan hidup yang benar-benar kita perlukan ada di Tarim.

Amazingly…aku hidup dengan tenang tanpa media sosial selama berada di Kota Tarim. Terasa indahnya hidup jika kita tidak mencari berita dunia. Aku yakin, jika Allah berkehendakkan kita tahu akan sesuatu hal, ia akan sampai ke pengetahuan kita tanpa perlu kita mencarinya.

Pintu Masuk Utama Tarim

Kota Tarim adalah lubuk ilmu akhirat. Ia masih belum tercemar dengan anasir luar contohnya makanan fast food ataupun hiburan yang melalaikan. Berbanding dengan Kota Makkah & Madinah yang sudah wujudnya Starbuck, Mc D & KFC serta mall yang besar.

Video: Keunikan Kota Tarim

Pengunjung Kota Tarim sudah pastinya adalah insan terpilih yang benar-benar ingin menuntut ilmu akhirat & mendapatkan keberkatan para ulama’ & wali-wali di sana.

Aku melalui pelbagai pengalaman indah di sana. Malahan banyak ilmu yang aku perolehi ketika berziarah bersama Habib Muhammad bin Alwi Al Attas & rombongannya.

Ketenangannya & ketiadaan media hiburan membolehkan aku menumpukan kepada ibadah sendiri di rumah dengan lebih kusyuk. Anehnya, di kota ini aku mampu membaca Ratib Al Attas sebanyak 41 kali dalam masa 12 jam (amazingly aku hadiahkan bacaan tersebut buat diriku sendiri sempena hari lahirku pada 8 Oktober), membaca Selawat Tafrijiyyah sebanyak 4,444 kali, membaca zikir Ya Latif sebanyak 33,333 kali & lain-lain amalan harian. Bukan kerana aku bagus atau hebat tetapi bagiku, asbab dengan izin Allah swt & keberkatan Kota Sejuta Wali ini yang membolehkan aku mempunyai ruang untuk melaksanakan semuanya dengan tenang & aman.

Di kota ini aku belajar bahawa wanita itu perlu bersifat tenang, perbanyakkan zikrullah/amalan & berdiam di rumah untuk ibadah. Wanita tidak perlu terlalu menonjolkan diri di khalayak ramai & perlu ada sifat malu yang tinggi. Kerana itulah wanita di Tarim hanya keluar selepas waktu Maghrib untuk menghadiri majlis ilmu atau membeli-belah di pasar khas untuk wanita pada sebelah petang/malam. Wanita di Tarim di jaga & di hormati. Kemana mereka pergi, akan sentiasa dengan mahramnya atau berkumpulan sesama wanita.

Pintu masuk mini market khusus untuk wanita

Video: Pasar Tani Khusus Untuk Wanita.
Hanya 2 jam sahaja setiap pagi selasa

Di Kota Tarim juga aku belajar beberapa hal semasa menziarahi makam para wali & mendengar tausiah dari Habib Muhammad bin Alwi Al Attas serta Sharif Ahmad, mutawwif yang memimpin rombongan kami di Tarim. Hatiku yang galau terubat dengan tausiah mereka. Ketika itu, aku mencari jawapan, adakah aku isteri solehah yang berada di jalan yang benar atau sebaliknya. Ternyata aku menemui semua jawapan bagi persoalanku.

Antaranya ialah:

1. Isteri berhak memarahi suami jika suami melakukan kesalahan.

2. Ada seorang isteri yang solehah, isteri kepada seorang waliyullah, yakni Al Habib Hassan (makamnya berhampiran dengan makam Imam Abdullah Al Haddad) yang sangat sabar orangnya, tetapi akhirnya memarahi suaminya walaupun hanya sekali dalam seumur hidupnya.

3. Jika rumah tangga dilanda badai, suami hendaklah merujuk atau mendapatkan nasihat dari orang ‘alim. Contohnya seorang lelaki yang datang berjumpa dengan Sheikh Abu Bakar bin Salim, lalu Sheikh membacakan doa kepada secangkir kopi & memberikan kopi tersebut kepada isterinya melalui “tingkap ajaib” di rumah Sheikh Abu Bakar bin Salim, maka berdamailah mereka.

Rumah/Bilik Tidur Sheikh Abu Bakar bin Salim. Tingkap ajaib disebelah kanan.

4. Kemarahan seorang isteri terhadap suami, mampu mengangkat darjat suaminya. Diceritakan oleh Sharif Ahmad, ada seorang wali yang mana, orang bertawasul ke atas namanya walaupun beliau tidak mengetahui kewaliannya sendiri. Darjatnya diangkat asbab beliau dimarahi oleh isterinya setiap hari. Makamnya berada di Seiyun, Hadraulmawt.

Makam salah seorang wali wanita yang solat 1000 rakaat setiap hari.

Subhanallah…aku terkesima dengan semuanya. Kesimpulannya, seorang isteri yang solehah bukanlah yang sentiasa akur atau yang tidak boleh menegur/marah kepada suaminya jika suami berbuat salah. Malahan, asbab teguran isteri itu mampu menaikkan darjat si suami jika isterinya di pihak yang benar selagi mana isteri itu seorang yang beriman & sentiasa dalam keredhoan Allah swt.

Wanita Tarim juga berhias untuk suaminya di rumah & sebelum tidur. Kecantikan disebalik niqab & jubah hitam mereka hanya dipertontonkan untuk keluarga & suami sahaja. Begitu indah & tingginya maruah mereka dijaga dengan sempurna.

Berjalan di celahan rumah
Sheikh Abu Bakar bin Salim

Minum teh adalah wajib selepas makan tengah hari. Dikatakan, teh pekat & pahit adalah untuk mencairkan lemak haiwan (kambing/daging) yang kita makan. Makanan utama mereka adalah nasi arab & roti nan beserta sup atau masakan dari daging kambing. Ia sangat lazat bagiku.

Teh Panas

Nasi Arab

Selama 3 minggu berada di kota barakah ini, aku belajar membaiki hati. Ini kerana setiap lintasan hati, ia akan benar-benar terjadi. Bahkan dengan kemuliaan Kota Tarim, doa-doa yang dibaca juga mudah dimakbulkan.

Ketika aku menghadiri majlis maulid di Dar Zahra, aku telah dinasihati agar mematikan hand phone & dilarang sama sekali untuk merakam apa-apa aktiviti dalam Dar Zahra. Alhamdulillah…semua itu aku patuhi. Namun, sebaik sahaja KELUAR dari Dar Zahra, aku cuba untuk selfie untuk dijadikan kenangan.

Subhanallah…ajaibnya, gambar tersebut rosak sebaik sahaja aku tiba di rumah. Walhal selepas selfie, gambar tersebut elok. Peristiwa ini benar-benar membuatkan aku insaf & rasa malu dengan diri sendiri. Aku bermonolog sendiri “Kesucian Dar Zahra dijaga & adakah aku sedang cuba merosakkannya?” Moga Allah swt ampunkan aku.

Ma shaa Allah, sejak itu, aku dengan sendirinya hilang keinginan untuk berselfie atau memuat naik gambarku di media sosial. Semua itu menjadi tarbiah buat diriku.

Gambar selfie yang rosak

Ini adalah Program perjalanan di Hadramaut Yaman aku & rombongan

1) 4/10/2023 Hari Rabu

  • Sampai di Airport Seiyun
  • Berada di Kota Tarim
  • Berehat pada 4/10/2023 setelah ketibaan terlebih dahulu

2) 5/10/2023 Hari Khamis

  • Ziarah Tarim
  • Ziarah Zanbal
  • Maktabatul Ahgaff
  • Ziarah Jamiah Al-Ahgaff di Tarim
  • Ziarah Masjid-Masjid di Tarim
  • Menghadiri Maulid di Darul Mustofa malam Jumaat bagi jemaah lelaki
  • Menghadiri Maulid di Daruzzahra malam Jumaat bagi jemaah perempuan

3) 6/10/2023 Hari Jumaat

  • Berehat di Tarim
  • Solat Jumaat di Masjid Jamek Tarim

3) 7/10/2023 Hari Sabtu
-Ziarah Seiyun
-Ziarah Hautoh

  • Bermula Ziarah daripada Maseleh dan Husaisah Muhajir ila Allah Ahmad Bin Isa
    -Ribat di Seiyun
    -Masjid2 di Hautoh
    (ambil masa dari pagi sehingga waktu asar utk Ziarah Seiyun dan Hautoh)

4) 8/10/2023 Hari Ahad

  • Ziarah Do’an
  • Ziarah Huraidoh
  • Ziarah Habib Muhammad bin Soleh Alattas
  • Ziarah Ribat Fatah Huraidah bagi lelaki
  • Ziarah Ribat Ummahatul Mukminin bagi perempuan
  • Ziarah Maqam Habib Umar Bin Abdurrahman Al-Attas Sohiburratib
  • Ziarah Masyhad
    (Ziarah mengambil masa sehingga waktu Isyak)
    -Kembali ke Kota Tarim

4) 9/10/2023 Hari Isnin

  • Ziarah I’nat
  • Ziarah Qasam
  • Ziarah Nabiyallah Hud

5) 10/10/2023 Hari Selasa
-Bergerak ke Kota Mukalla
-Istirahat sehari

6) 11/10/2023 Hari Rabu – 13/10/2023 Hari Jumaat

  • Ziarah Habib Abdullah Baharun di kediaman beliau
  • Ziarah Habib Alwi bin Abdurrahman Alattas di kediaman beliau
  • Ziarah Hami
  • Ziarah Syihir

4) 14/10/2023 Hari Sabtu – 17/10/2023 Hari Selasa

  • Kembali ke Kota Tarim
    -Ziarah Ribat Tarim
    -Ziarah Kuliyyah Alwasatiyyah
    -Ziarah Habaib di Tarim
    -Beli barang2 ole2 utk bawa pulang ke Malaysia
  • 5) 18/10/2023-Hari Rabu – 19/10/2023 Khamis
  • -Ziarah Zanbal
  • -Ziarah Masjid-Masjid
  • 6) 20/10/1023 Jumaat
  • -Bertolak ke Jeddah

Alhamdulillah…terlalu banyak kenangan indah yang tak dapat aku coretkan di sini. Namun ada beberapa kisah yang telah aku nukilkan di FB Zan Aizan. Kalian boleh baca di sini:

https://www.facebook.com/share/1XmLxGbvCM/?

Anak-anak ku di Makam Imam Haddad

Pemandangan dari Makam Imam Muhajir di Seiyun

Setelah meninggalkan Kota Tarim, aku ke Makkah Al Mukarramah & Madinah Al Munawwarah untuk menunaikan umrah sebelum pulang ke tanah air.

Saat itu, aku seperti dilahirkan sebagai insan baru. Ada semangat baru dalam diriku & segala galauku seolah-olah telahku tinggalkan di Kota Tarim. Aku kembali ke tanah air untuk meneruskan perjuangan hidupku & kembali meniti liku-liku hidupku.

“Rohaizan was here

Sehingga ke saat ini, hatiku masih di Kota Tarim. Mudah-mudahan Allah swt izinkan aku ke Kota Tarim lagi. Amin…

Video: Tarim Di Hatiku

Fi khairin wa mutfin wa’afiah.

Love as always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

Jumaat, 10 Rejab 1446H/10 Januari 2025

Ovarian Cyst VS Sihir Pemisah

{3 biji Ovarian Cyst yang telah merosakkan ovari}

Throwback: Catatan on Khamis 17 Jun 2021

Day 9 after the operation.

Today, I just consulted my doctor & done with the dressings. Alhamdulillah everything was just fine. Thank you everyone who keeps texting me everyday, with the prayers & keeps sending me so much hugs & loves.
Hanya Allah swt yang selayaknya membalas segala-galanya.

Saya dinasihatkan untuk berehat for another 3 weeks. In shaa Allah slowly I will recover.

Everything happened so sudden.

Honestly saya sendiri tak sempat nak fikir apa2. Saya sihat sebelum ini & tiba2 sakit perut 2 hari sebelum operation. The next day, sakitnya merebak ke belakang. Until, sy pun confius: saya sebenarnya sakit perut atau sakit tulang belakang?


Akhirnya saya dibawa ke hospital oleh anak sulung saya (due to suami bekerja). The Doctor did the scan & decided for the operation to be done on the spot. On the same day, in the evening, due to one of the cyst dah pecah & dibimbangi kumannya merebak ke organ yang lain.

{Gambar selepas operation. Sakit tanda kasih sayang Allah swt}

However itu semua perancangan Allah Ya Bari Yang Maha Merancang. Merancang dan mengatur kejadian alam, merancang kehidupan manusia dan perjalanan seluruh makhluk di dunia ini. Perancangan dan pengaturan Nya sangat hebat dan sempurna.

Untuk beberapa minit sebaik sahaja doktor menyatakan kerosakan ovari kiri saya, sebagai manusia biasa terkejut & sedih. This is due to, saya baru sahaja scan 2 bulan sebelum ini & ovari saya sihat, malahan tidak terdapat any cyst around. Walaupun terasa agak pelik, tetapi saya segera melafazkan istifar & syukur kerana hanya satu sahaja ovari yg rosak. Masih ada satu lagi yang elok.

Syukur ke hadrat Ilahi, saya telah dikurniakan 4 orang cahaya mata & tidak berhajat untuk menambah zuriat. So…it’s ok if ovari di buang. Ia bukan masalah yang besar bagi saya.

Saya segera positifkan minda. Syukur kerana Allah swt telah meminjamkan ovari yang sihat selama 43 tahun. Kenapa saya perlu bersedih apabila sampai masanya untuk saya pulangkan hak Yang Esa. Semuanya milik Dia, siapa kita untuk mengeluh & bertanya kenapa begitu, kenapa begini?

Syukur juga, tatkala diberi ujian ini, atas hikmahnya MCO, suami & anak2 semuanya ada di sisi. Itu semua memberi kesan yang baik kerana saya yakin seluruh ahli keluarga telah menambahkan munajat masing2 kepada Allah swt asbab ujian ini. Beberapa jam selepas operation, dalam keadaan mabuk ubat saya dapat mendengar anak perempuan saya membaca yasin beramai2 secara zoom bersama kawan2nya pada lewat malam di hospital.

Sebelum ini, saya pernah menjalani operation secara laser untuk membuang ketumbuhan pada dinding rahim sebanyak 2 kali.


Tanpa disangka, beliau juga memohon doa dari para guru saya, Ustazah Sharifah Hafsah & Ustazah Muzayyanah Abdullah 😢. Beliau wasap dan mohon mereka doakan saya. Saya terharu dengan usaha si anak. Semoga anakanda Sharifah Zahraa’ membesar sebagai anak solehah.

{Anakanda Sharifah Zahraa’ menjalani kelas On9 hafazan Al Quran bersama ustazah di Ribat Az Zahra, Kuantan}

Keadaan selepas operation & kehabisan ubat bius memberi kesan yang sangat sakit. Sungguh, ia sakit! Tak dapat nak digambarkan keadaan sakit pada ketika itu.

Saya akui kesan operation agak kurang menyelesakan & kesakitannya mengambil masa beberapa hari. Namun itulah sebenarnya masa yang baik untuk menambah zikrullah. Dalam keadaan baring atau duduk, basahi lidah dengan zikrullah. Perbanyakkan Istighfar & Selawat.

{Bacaan Selawat Tibbiyyah (syifa) di pembaringan}

Walaupun ada diantara kenalan yang berkata:
➡️ “Awak sakit kerana kurang amalan”
➡️ “Tentu awak dah tak buat amalan2 yang awak tulis dulu, dermoid cyst saya pernah hilang/hancur dengan amalan bacaan ayat Al Quran & zikir. (rujuk pd link: http://iamsaljuputih.blog/2021/04/20/dermoid-cyst-hilang/)”
➡️ “Mesti sebab tak jaga makan dll”
➡️ dan banyak lagi….
Semuanya saya ambil positif. Ia teguran dr Allah. Muhasabah diri, amal ibadah kita hanya kita & Allah swt yang tahu. Saya tetap ucapkan syukur atas apa jua yang diperkatakan.

Kun Faya Kun (کُنْ فَیَکون ), itu kata Allah swt. Kita sebagai hamba Nya, hendaklah redho & mengakui kekuasaan Nya ke atas apa sahaja yang dikehendaki Nya.

{Setiap kejadian adalah dengan izin Nya}

🖌️🖍️🖌️🖍️🖌️🖍️🖌️🖍️🖌️🖍️🖌️🖍️🖌️🖍️🖌️🖍️

Catatan on this day….

Alhamdulillah, selepas operation, saya beransur sembuh. Beberapa bulan pertama saya masih tak melakukan kerja-kerja berat. Excercise pun setakat brisk walk sahaja.

Tapi, selepas itu, saya mulai kerap bleeding yang banyak & berpanjangan ketika haid & istihadah. Kadang-kala full sebulan saya bleeding. Ada ketikanya saya terpaksa menggunakan 1 paket pad untuk 1 hari. Lebih menyedihkan lagi ialah, fresh blood keluar seperti air ketika mengadakan hubungan kelamin. Itu mengakibatkan saya berulang-alik ke hospital & bertukar-tukar ubat. Namun masalah tetap tak selesai. Akibat ubat-ubatan & steroid, berat badan saya juga bertambah.

Pada tahun 2022, saya makan ubat pencegah haid agar saya dapat mengerjakan kerja-kerja haji dengan lebih selesa.

Akhirnya sehingga ke awal tahun 2024, setelah pelbagai ubat diberikan & ada juga certain ubat yang saya alergy, maka doktor memutuskan agar saya bersabar sahaja. Saya juga telah berjumpa dengan 3 orang doktor pakar sakit puan di 2 hospital berbeza, namun tiada penyelesaian. Salah seorang doktor pakar menyarankan agar saya membuang rahim kerana katanya, darah berpunca dari rahim tetapi setelah melakukan pelbagai ujikaji, rahim saya dalam keadaan sihat. So…I decided not to go for the operation.

Dalam masa yang sama, saya melakukan pelbagai amalan bacaan zikir & ratib untuk mengubati diri sendiri. Ada masa & ketikanya, darah hitam keluar membuak-buak dari rahim saya. Pernah juga darah stop kira-kira 2 bulan tetapi ia berulang semula. Antara amalan yang saya lakukan ialah:

{Amalan yang dilakukan sebelum berjumpa ustaz untuk rawatan Islam}

Untuk cara rawatan & bacaan zikir serta solat hajat yang lebih details, boleh jenguk ke blog saya di:

https://saljuputih.blog/2024/11/20/sembuh-dengan-zikrullah/

Akhirnya, pada akhir bulan Februari 2024, Dr. Suraya Arshad, AMZ (Obstetrics & Gynaecology) director of KPJ Kuantan, berkata “Saya dah tak tahu nak bagi ubat apa & saya tak nak operate kamu lagi sekali. Apa yang boleh saya katakan, ubatnya ialah…..SABAR”. Itulah kali terakhir saya berjumpa doktor & saya mengambil inisiatif berubat secara rawatan Islam. Saya mendapatkan rawatan dari Ustaz Sofi di Balok, Kuantan.

Sebelum bertemu perawat, saya telah didatangi penyihir & bomoh siam yang mengaku telah menyihir saya & suami melalui mimpi selama 2 minggu. Di awalnya, saya takut nak percaya & tak dapat nak pastikan sama ada ia betul atau tidak. Sehinggalah saya merujuk kepada seorang ustaz yang alim, Ustaz Uwais Al Qarni yang berpendidikan dari Darul Mustofa, Hadraulmawt Tarim, Yaman yang mana ustaz mengatakan, “Wasslm kak zan,, alhamdulillah ,, insha Allah saya pasti tu bisyarah yg baik u Kak Zan krn ia datang dari amalan n tawajuh kak zan terhadap Allah SWT,, moga Allah permudahkan kak zan n keluarga”

Subhanallah…Akhirnya Ustaz Sofi yang merawat saya mengatakan saya telah disihir sejak 2020 ketika pembuangan ketumbuhan pada dinding rahim & seterusnya ovari saya rosak secara tiba-tiba pada tahun 2021. Tujuan sihir adalah untuk merosakkan keharmonian rumah tangga. Dengan kata lainnya “Sihir Pemisah”. Akibat keadaan saya yang sentiasa bleeding, ia menimbulkan masalah kepada suami & akhirnya keharmonian rumah tangga kami terjejas.

Allahuakhbar….Setelah saya mendesak, Ustaz Sofi memberitahu orang yang menyihir saya & orang itu adalah orang yang sama hadir dalam mimpi saya walaupun saya tidak menceritakan perihal mimpi saya kepada Ustaz Sofi.

Ada banyak lagi simpton sihir pemisah lain yang boleh anda tonton channel youtube saya di sini:

https://youtu.be/beAfYznubxU?si=0GjJ59FiKbPIzT5O

Alhamdulillah setelah beberapa kali berubat dengan Ustaz Sofi, masalah haid & istihadah saya selesai sehingga ke saat saya menulis ini.

Allahuakhbar…tanpa saya sedar, saya telah disihir selama 3 tahun.

Walaupun saya sedih dengan keadaan ini, saya bersyukur kerana telah sembuh. saya doakan orang yang menyihir saya diberikan hidayah & sempat bertaubat sebelum bertemu Ilahi. Saya pasti, Allah swt akan membalas perbuatan jahatnya kepada saya. Saya tidak perlu mengambil kerja Allah.

Kepada sahabat2 yang mana sedang diuji dengan pelbagai penyakit, saya doakan agar kalian semua kekal dalam jagaan Allah swt, positifkan minda & tambah keimanan serta ketaqwaan kepada Pencipta kita. Segala penyakit & ujian datangnya dari Allah swt & ia sekaligus membuatkan kita semakin dekat dengan Allah swt.

Sama2 kita harungi dugaan dengan rasa syukur & redho. Orang sakit doanya maqbul & in shaa Allah diangkat darjatnya. Maka apabila kita diuji dengan kesakitan atau penganiayaan, banyakkanlah berdoa. Rebut peluang berdoa yang Allah hadiahkan. Doa yang baik, pasti Allah takkan membiarkan tangan kita turun dalam keadaan kosong.

Wallahualam.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

💞Love as always💞

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

(Isnin, 2.12.2024)

Sembuh Dengan Zikrullah

Assalamualaikum warahmatullah

Sebagai manusia biasa & hamba kepada yang Esa, kita tidak dapat lari dari pelbagai ujian penyakit. Sejak dahulu, terdapat pelbagai cara rawatan Islam sebelum munculnya ilmu sains yang semakin diperkembangkan. Walaupun perubatan moden diperlukan, namun perubatan secara membaca ayat Al Quran & zikir tidak boleh diketepikan.

Selain Ibnu Sina, ada ramai lagi ilmuan Islam yang terkenal dalam ilmu perubatan, antaranya Al Razi, Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi, Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd dan lain-lain.

Tanpa menolak cara perubatan moden atau kedoktoran, saya sekadar ingin berkongsi beberapa zikir, selawat & ayat Al Quran yang boleh kita amalkan sebagai ruqyah untuk diri sendiri. Sekiranya kita telah disahkan penyakit oleh pakar perubatan, jalanilah rawatan di hospital sebaiknya & makan ubat mengikut aturannya. Namun, sebagai orang Islam, tak salah untuk mengamalkan bacaan ruqyah sebagai ikhtiar & mempercepatkan proses kesembuhan.

Jika penyakit tidak sembuh walaupun telah mendapatkan rawatan di hospital, ikhtiarlah berjumpa perawat Islam yang betul disamping melakukan amalan harian sendiri di rumah. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat diubati melainkan mati.

Pada tahun 2007, saya pernah menjadi stokis jualan produk Annusyrah Malaysia Bhd yang mana ia adalah produk berasaskan air yang telah ditulis ayat-ayat Al Quran di atas pinggan putih menggunakan dakwat zafran. Dari situ, saya menuntut ilmu dari Ustaz Abdullah bin Mohd Yusof di Ulu Kinta, Perak mengenai ruqyah & cara perubatan Islam menggunakan ayat Al Quran. Selain dengan cara menulis, molekul air juga akan berubah jika dibacakan ayat-ayat Al Quran kepadanya. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pesakit atau mandikan pesakit.

Bermakna, setiap bacaan ayat Al Quran atau zikrullah hendaklah dibaca kepada air, ditempat yang sunyi (supaya tiada percampuran bunyi). Manakala ia hendaklah dilakukan dengan yakin & orang yang melakukan ruqyah itu hendaklah orang yang beriman; menjaga solat & amal ibadah, menutup aurat dengan sempurna & memiliki hati yang bersih (bebas dari hasad & sifat mazmumah).

Sejujurnya, saya bukan perawat. Saya sekadar berkongsi atas dasar pengamalan sendiri, pengalaman dari orang sekeliling dan ijazah dari guru-guru saya. Namun, wajiblah kita fahami bahawa Yang Maha Menyembuhkan adalah Allah swt. Kita sebagai hamba, perlu berusaha, berdoa & bertawakkal.

Saya pernah diuji dengan pelbagai penyakit. Antaranya:
1. Masalah tulang belakang. Boleh baca selanjutnya di link ini: http://iamsaljuputih.blog/2019/10/17/me-prolapsed-intervertebral-disc-pid/
2. 2 kali pembuangan ketumbuhan pada dinding rahim.
3. Pembuangan ovari kiri akibat cyst pecah & kerosakan ovari.
4. Istihadah berpanjangan selama beberapa tahun.
5. Di sihir. (Saya akan ceritakan bab penyembuhan dari sihir ini dalam tulisan yang lain)

Satu perkara yang perlu kita tahu ialah, semua amalan hendaklah dimulai dengan niat.


Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Antara amalan-amalan yang disarankan ialah:


1. Selawat Syifa – penyembuhan pelbagai penyakit & hendaklah diamalkan secara istiqomah.

Ada ketikanya mak mentua minta saya bacakan selawat & zikir untuknya


2. Selawat Tafrijiyyah – Amalan ini telah diijazahkan oleh mualimah saya, Ustazah Sharifah Hafsah binti Wan Abdul Rahman, Pembimbing Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP di Kuantan, Pahang. Hendaklah dibaca sebanyak 4,444 kali dengan niat penyembuhan. Cara bacaan adalah secara berjemaah ataupun bersendirian dalam tempoh tertentu mengikut kemampuan masing-masing.

Boleh tonton di link youtube ini, cara mendapatkan bacaan sebanyak 4,444 kali secara bersendirian: https://youtu.be/agfQn30HN_w?si=84rh3FVNTcLZgrXP


3. Zikir “YA LATIF” – Amalan ini telah diijazahkan oleh Umi Zaitun (Zaujah kepada Habib Mohsin Al Attas, Batu Pahat) semasa saya rehlah ke Surabaya bersama beliau pada tahun 2022. Dibaca sebanyak 33,333 kali mengikut tempoh & kemampuan masing-masing.

Fadhilat zikir Ya Latif


4. Wirin Sakran (Pendinding/Perisai) – Amalan ini telah diijazahkan oleh Ustazah Fitrah Attareemiyyah ketika daurah Kitab Khulasah pada tahun 2020. Dimulai dengan solat hajat 2 rakaat & dibaca sebanyak 7 kali pada air. Air tersebut digunakan untuk minum, mandi & disemburkan ke tempat tidur pesakit atau dalam rumah.

Rujuk link ini untuk bacaan Wirid Sakran: https://youtu.be/1TXZHxbrVAk?si=5UHNqPQw_yRnlmFm


5. Ratib Al Attas – Amalan ini telah diijazahkan oleh Ustazah Sharifah Hafsah sejak 2014 & saya telah bertalaqi bersama Habib Muhammad bin Alwi Al Attas pada tahun 2021 di Kuching, Sarawak. Hendaklah dibaca sebanyak 41 kali sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Dari Kitab PEMBUKA JALAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH, susunan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, “Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca ratib pada suatu tempat yang sunyi dengan berwuduk menghadap kiblat dan berniat apa yang dihajatinya, Isya Allah dimustajabkan Allah. Para salaf berkata ia amat mujarab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibaca sebanyak 41 kali.”

Antara keajaiban (dengan izin Allah swt) yang pernah berlaku setelah menbaca Ratib Al Attas ialah:

  1. Seorang wanita berusia 72 tahun yang berada di ICU & hampir di tidurkan, sihat semula & oksigennya tiba-tiba naik sebaik sahaja selesai para jemaah membaca ratib.
  2. Seorang wanita berusia 40an telah membaca ratib secara berseorangan dan telah hancur segala sihir yang berada dalam badannya. Menurut beliau, dadanya terasa seperti di tikam sewaktu membaca ratib tersebut.
  3. Seorang wanita yang mempunyai cysts & istihadah selama 3 tahun telah mengalami pendarahan hitam yang banyak sewaktu membaca ratib, tetapi darah tersebut berhenti & cyst nya hilang setelah membaca ratib.
  4. Seorang wanita yang mengalami ketumbuhan dalam rahim & akan menjalani pembedahan telah membaca ratib Al Attas di tanah suci & sekembalinya beliau ke tanah air, ketumbuhannya kecut & pembedahan dibatalkan.

Berikut adalah link bacaan Ratib Al Attas: https://youtu.be/ckeUnDhp-40?si=BaYSivdE6A4XnYcL

Kenangan ketika rehlah ibadah ke Kota Tarim, Hadraulmawt Yaman bersama Habib Muhammad bin Alwi Al Attas (Oktober 2023)


6. Yaasiin FadhilatUstazah Sharifah Hafsah telah mengajar kami & kami telah beberapa kali membaca di Kelas Kelas Selawat Muslimah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) sebagai ikhtiar penyembuh & hajat.

Sila rujuk di link ini untuk khaifiat membacanya: https://www.detik.com/jateng/berita/d-7204042/tata-cara-membaca-yasin-fadilah-lengkap-dengan-keutamaannya


7. Yaasiin 1000 Syifa – Saya telah bertalaqi & diijazahkan oleh Ustaz Haji Hod (Anak murid kepada Almarhum Datuk Harun Din) agar bacaan yaasiin 1000 syifa ini digunapakai untuk tujuan penyembuhan penyakit. Beliau merupakan seorang perawat secara rawatan Islam di Negeri Pahang. Dalam bacaan yaasiin ini terdapat pelbagai ayat syifa dari Al Quran yang akan diselang-selikan dengan bacaan Yaasiin. Ia sangat berkesan jika dikumpulkan seramai 40 orang & dibacakan dengan satu niat yang sama.

Talaqi Yaasiin 1000 Syifa bersama Ustaz Haji Hod di Jerantut, Pahang
Kitab Yaasiin 1000 Syifa’


8. Membaca Surah Al Baqarah dalam tempoh 24 jam. Ada seorang kenalan saya yang telah hilang cyst nya setelah mengamalkan pembacaan selama 6 bulan. Manakala Dermoid Cyst saya telah hilang dalam masa 2 bulan membaca surah ini setiap hari.

Boleh baca kisahnya di sini: https://saljuputih.blog/2021/04/20/dermoid-cyst-hilang/


9. Membaca Bismillah hirrohmanirrohim sebanyak 1,000 kali pada air hujan & air tersebut diberi minum kepada orang yang bodoh/masalah akal, in shaa Allah akan hilang kebodohannya. Ini juga telah ditulis dalam Kitab PEMBUKA JALAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH.

Basmallah


10. Membaca Ayat 21-24 Surah Al Hsyr sambil meletakkan tangan di atas kepala. Baik untuk migrain/kemurungan/sakit kepala dan sebagainya yang berkaitan dengan otak, saraf, demam & pelbagai penyakit lain.

Ayat 21-24 Surah Al Hasyr

Hal ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Qawanin Al-Fiqhiyah berikut:

وروينا حديثا مسلسلا في قراءة آخر سورة الحشر مع وضع اليد على الرأس إنها شفاء من كل داء إلا السام والسام هو الموت وقد جربناه مرارا عديدة فوجدناه حقا

“Kami meriwayatkan hadis musalsal saat membaca akhir surah Al-Hasyr dengan meletakkan tangan di atas kepala. Sesungguhnya hal itu merupakan obat dari setiap penyakit kecuali kematian. Kami telah mencobanya berulang-ulang dan kami temukan kebenarannya.”

(alQawaaniin al-Fiqhiyyah Li Ibn Jazzy hal 96) Yang dimaksud akhir surah Al-Hasyr dalam riwayat di atas.


11. Membaca Doa Ibrahim At Taimi. Sebaiknya ia dijadikan amalan harian terutamanya bagi orang yang terkena sihir atau santau.

Doa Ibrahim At Taimi


12. Membaca Maulid – Bait-bait syair dalam bacaan Maulid (tak kisah apa jenis maulid) adalah sangat baik & pada waktu Mahalul Qiam adalah waktu terbaik untuk berdoa bagi sebarang hajat atau kesembuhan penyakit.


13. Membaca Lailla haillallah, Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ atau Selawat Jibril & Istighfar, masing-masing sebanyak 1000 kali setiap hari. Semua zikir ini hendaklah dilakukan dengan istiqomah & yakin bahawa kesembuhan itu adalah dari Allah swt. Sesungguhnya Istighfar itu adalah tanda kita memohon ampun dari Allah swt. Mudah-mudahan dengan kesakitan yang diberikan, Allah swt ampunkan dosa-dosa kita.

Selawat Jibril


14. Bagi pesakit kanser, selepas solat fardu bacalah:
a) Surah Al Fatihah 1x
b) Surah Al Ikhlas 3x
c) Selawat 3x
d) Surah Al Fil 21x


Ini telah diamalkan oleh adik saya yang menghidapi Kanser Limforma & telah sembuh selepas beberapa tahun, disamping menjalani rawatan di hospital.

15. Doa Angin Ahmar. Doa ini boleh dibacakan kepada pesakit saraf atau stroke. Namun, sebaik-baiknya kita membaca doa ini sebagai amalan ketika sihat.

Nabi saw bersabda : 

“Bahawa barangsiapa membaca ‘ARihul Ahmar’, walaupun sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari Penyakit ‘ANGIN AHMAR atau STROKE’.”

Boleh ikut bacaan doa di link youtube ini: https://youtu.be/oCIJki6iseI?si=ORunzLcIqmxmwjsa

Sebenarnya ada banyak lagi ayat-ayat Al Quran atau amalan zikir untuk penyembuhan penyakit yang tak dapat saya senaraikan kesemuanya dalam posting ini. Amalan yang saya sarankan ini adalah amalan basic kepada orang awam, selain mendapatkan rawatan khusus dari perawat.

Kita perlu yakin & tidak putus asa dalam berikhtiar. Jika telah membaca semua yang di atas tetapi masih tidak sembuh, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah swt. Sudah pasti perancangan Allah swt adalah yang terbaik untuk kita.

Yang penting, jangan mengamalkan perubatan yang syirik. Haram meminta pertolongan dengan jin walau dalam apa keadaannya sekalipun. Dan perkara ini adalah tercela secara syara’.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan dalam posting ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah menurunkan ilmu kepada saya. Mudah-mudahan Allah swt panjangkan usia guru-guru saya & mengurniakan usia yang barakah buat mereka.

Semoga bermanfaat kepada semua. Bersama kita sembuh dengan zikrullah, in shaa Allah.

Wallahu’alam

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
Rabu, 18 Jamadil akhir 1446H

KEAKUAN DIRI

Pernah rasa down kerana diri sedang dijatuhkan oleh seseorang, walhal kita rasa kita adalah sebahagian dari orang yang menaikkan dia hingga berjaya?

Ikhlaskan diri, buat kebaikan kerana Allah bukan kerana makhluk

Adakalanya dalam situasi begini, kita perlu melihat dari perspektif berbeza.

Seolah2 saya laksana seorang penghidap disleksia, ada part yang saya lihat dari sudut yang terbalik dari kebiasaan.

Jika kita menekuni semula pengajian dari Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) Imam Ghazali, apa yang paling ditekankan ialah penyucian hati. Betapa pentingnya hati yang dijaga dengan penyucian iman.

Masih terngiang2 di telinga saya akan bait kata2 sang guru, Ustazah Fitrah Attareemiyyah yang menyebut:

1️⃣ Kita perlu sentiasa perbaharui niat & sentiasa beristighfar kepada Allah swt. Mohonlah pada Allah supaya Allah swt sentiasa menjaga hati kita daripada sifat-sifat yang dicela sehingga amalan-amalan kita tidak naik dan tidak hadir di depan Allah swt sedangkan kita ni orang mengerjakan solat, haji, umrah, puasa, yang mengeluarkan zakat, yang banyak bersedekah & yang berakhlak mulia.

2️⃣ Tapi sifat tercela yang ada dalam hati masih bersarang iaitu, sifat apa tu? Sifat takabbur, sifat ujub, sifat hassad, sifat riak dan sifat yang mana sifat dalam hati. Tidak ada belas kasihan pada mereka yang terkena bala bencana. Ataupun yang melakukan satu amalan kerana nak mendapatkan habuan. Bukan kerana Allah. Tapi kerana dunia.

Oleh itu…jika kita dalam situasi “merasa diri dijatuhkan”, kita sebenarnya meletakkan diri kita di mana?

Setinggi mana kita letakkan diri kita, hingga kita rasa kita jatuh dari tempat yang tinggi itu & sakit yang amat sangat?

Siapa yang angkat diri kita?
Adakah kita sendiri yang meletakkan diri sendiri ke satu tahap yang kita mahu?
Atau siapa?

Renungkan kembali….duduklah dengan tenang & beristighfarlah sebanyak 1000x.
Ustazah Sharifah Hafsah & Ustazah Muzayyanah Abdullah adalah antara guru saya yang berulang kali mengajak anak2 muridnya beristighfar, berselawat & mengulangi kalimah “LAILLAH HAILLALLAH” sebanyak 1000 kali sehari. In shaa Allah hati akan tenang & lembut.

Kenapa kita rasa sakit & rasa dijatuhkan?

Kerana KITA SENDIRI yang mengangkat diri kita.

Muhasabah diri….(termasuk diri saya sendiri)

Suatu ketika dulu, ketika usia di awal 20an-30an, saya juga pernah merasakan kesedihan & kepedihan kerana “RASA DIJATUHKAN” tetapi setelah menekuni ilmu, akhirnya saya faham bahawa kita TAK LAYAK rasa begitu kerana yang paling tinggi kedudukannya & paling Agung hanyalah Allah swt.

Sebagai hamba…kita sepatutnya meletakkan diri di tempat yang paling bawah & terus menunduk kepada Nya. Kenapa kita perlukan sanjungan manusia? Hebat sangatkah kita?

Lembutkan hati untuk sentiasa merasa diri berada di bawah dari orang lain. Perbanyakkan zikir “Ya Latif”. Mudah2han Allah swt memberi taufik, hidayah & inayah kepada kita.

Saya mengambil iktibar dari kisah salah seorang guru saya yang usianya mencecah 60an, beliau pernah merendahkan diri & bertanya kepada anak muridnya “Apa lagi yang perlu saya baiki tentang diri saya? Bagitahu saya, saya akan ikut saranan kamu jika ia baik.”

Subhanallah….
Pernahkah kita berbuat begitu?
Jatuhkah maruah seorang guru apabila beliau bertanya begitu kepada anak muridnya?

Tidak sama sekali, malahan darjatnya akan lebih diangkat di sisi Allah swt, in shaa Allah.

Dalam pengajian Fiqh Wanita baru2 ini, guru saya yang lain, yakni Ustazah Nurul Syahida telah mengajarkan satu doa:

هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي

“Hadza Min Fadhli Rabbi”

Doa ini merupakan ungkapan Nabi Sulaiman AS, yang bermaksud “Ini termasuk kurnia dari Tuhan-ku”.
Ungkapan ini terdapat dalam Al Quran surah An Naml ayat 40.

Tetapkan iman…semuanya dgn izin Allah swt

Bilakah masanya untuk kita membaca doa ini?

Ketika kita rasa diri penuh “KEAKUAN”.

Contohnya:

  1. Kalau bukan kerana doa mak, kamu takkan berjaya.
  2. Nasib baik aku sempat pegang rail tangga, kalau tak, mesti aku jatuh.
  3. Kalau bukan kerana aku, kau takkan famous.
    4 Akulah pencetus idea yang bernas ni.
  4. Akulah orang pertama yang buat kek perisa ni.
  5. Akulah orang yang sering dihubungi oleh orang2 berkenamaan sebagai rujukan.
  6. Kalau bukan kerana aku yang datang, tentu tak de orang tahu kau sedang sakit.
  7. Nasib baik aku baca doa kat depan Kaabah, kalau tidak tentu hajat kau Allah tak kabulkan.
  8. Akulah….
  9. Akulah….
  10. Akulah….

Begitulah seterusnya.

Betapa sombongnya kita dengan Allah swt.
Terlalu merasakan kitalah TERPALING dalam segala hal.
Nauzibillah min dzalik….

Dengan membaca doa di atas, kita baiki hati dengan mengakui bahawa semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt. Bukan kerana kita.

Allah Al Qadir…Yang Maha Berkuasa

Sahabat…..

Mari kita baiki hati. Tekunilah kitab Bidayatul Hidayah atau perbanyakkan zikrullah untuk baiki hati kita.

Kadangkala, Allah memberi teguran melalui kesedihan & dikebanyakan masa Allah memberi didikan dengan nikmat yang tidak kita syukuri.

Bersyukurlah kerana kita dipandang Allah swt & diberikan teguran untuk membersihkan hati, memperbaharui iman & menambahkan taqwa dalam diri kita.

Keikhlasan hati dapat digambarkan dengan cara penerimaan kita terhadap sesuatau nasihat/musibah/ujian/nikmat.
Adakah kita semakin ego & keras hati?
Atau kita semakin menunduk & bertaubat kepada Nya?

Ada dua perkara yang paling susah untuk diungkapkan dari hati yang tulus iaitu:

MAAF & TERIMA KASIH

Oleh itu….kita sama2 muhasabah diri.
Tepuk dada, tanyalah iman.

Saya bukan orang baik, saya berusaha untuk bersihkan hati & jadi baik, namun masih belum baik.

Wallahua’lam.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
Jumaat, 17 Safar 1446H

9 Hari Trip Umrah/Spain 2024

Travelogue Spain 2024

Alhamdulillah…Selepas ke Tarim & mengerjakan umrah pada bulan Oktober 2023, Allah rezekikan kami ke Baitullah sekali lagi sebelum ke Spain.

But…journey ke Tarim saya hanya upload ke FB Zan Aizan, tak dimasukkan ke blog ni. Kalian boleh baca di link:

https://www.facebook.com/share/o5t5sagkE1GFx7M4/?.

Ataupun tonton video di tiktok saya:

https://www.tiktok.com/@zanaizan8008?_t=8mjsJUdkOdr&_r=1 .

Permusafiran kami kali ini tak jauh beza dengan trip sebelum ni. Free & easy. Yang penting…jalan!

Hari Pertama: Sabtu 18.5.2024

⁃ Drive from Kuantan to KLIA. Flight at 5.35pm.

⁃ Saudi Airlines dr KLIA – JEDDAH (8 jam)

⁃ Naik teksi masuk Mekah guna Visa Pelancong & buat umrah. Pastikan anda dah daftar di apps NUSUK & booked slot. (11 jam transit)

⁃ Sempat solat Jamak Takhir Maghrib & Isyak, kemudian subuh di Masjidil Haram & bergerak balik semula ke airport Jeddah.

⁃ Fly dr Jeddah – Madrid (6 jam)

Alhamdulillah….Umrah 2024

Hari ke 2: Ahad 19.5.2024

⁃ 2.30 ptg sampai Madrid

⁃ Sewa kereta di airport (booked awal on 9 (RecordGo)

⁃ Check in homestay Ronda de Cala di Parcifico (Booked on9)

⁃ Masak & dinner

⁃ Rehat

Hari ke 3: Isnin 20.5.2024

⁃ Masuk El Retiro Park & berjalan kaki di Granvia

⁃ Mkn tgh hr di Al Quds, Granvia

⁃ Check in homestay di Adelfas

⁃ Pergi Santiago Bernavue Stadium (Real Madrid)

Hari ke 4: Selasa 21.5.2024

⁃ Masak & breakfast

⁃ Check out homestay & drive to Granada (lbh krg 424km/4hrs drive)

⁃ Singgah stadium Civitas Metropolitano

⁃ Singgah minum kopi di R&R

⁃ Check in homestay di Centro dekat ngan Al Hambra

⁃ Jln2 di Serallo Plaza

⁃ Masak nasi lemak & dinner

Hari ke 5: Rabu 22.5.2024

⁃ Drive to Galata (lbh krg 130km/1 hrs 45 minutes drive)

⁃ Singgah di empangan Velez de Benaudala

⁃ Solat di Centuro Cultural Andalusi de Malaga

⁃ Melawat Centro Historico, Roman Theatre kwsn sekitar

⁃ Balik semula ke homestay di Granada

⁃ Laundry, masak & dinner. Bawa barang masakan dari Msia cthnya santan serbuk, sambal nasi lemak, sardin, ayam kari dlm tin dll. Beras, telur, myk msk blh beli di Spain.

⁃ Rehat

Hari ke 6: Khamis 23.5.2024

⁃ Check out homestay

⁃ Melawat Al Hambra (kena beli tiket awal on9)

⁃ Lunch di Gradana, Shawarma King Halal

⁃ Solat di masjid Granada berhampiran dgn kedai makan

⁃ Drive to Seville (lbh krg 255km/3hrs drive)

⁃ Minum kopi di cafe Seville

⁃ Check in homestay

⁃ Rehat

Sejarah Perkembangan/Kejatuhan Islam Di Sepanyol
La Alhambra, Granada

Hari ke 7: Jumaat 24.5.2024

⁃ Check out homestay

⁃ Jalan sekitar Seville

⁃ Melawat Melawat Plaza Espana

⁃ Lunch di The Good Kebab

⁃ Drive to Cordoba

⁃ Melawat Mosque-Cathedral of Cordoba & Callahora Tower (seberang sungai)

⁃ Solat di Masjid/Surau Merced Gardens

⁃ Drive ke Madrid (lbh krg 535km/5hrs drive)

⁃ Singgah ladang bunga matahari & pokok zaitun

⁃ Minum di R & R

⁃ Check in Mariots Hotel

⁃ Rehat

Free & Easy Trip. Boleh singgah mana2…

Hari ke 8: Sabtu 25.5.2024

⁃ Breakfast & Check out Mariots hotel

⁃ Melawat Plaza de Toros (tempat lawan lembu guna kain merah😁)

⁃ Melawat Centro Cultural Islamico de Madrid (masjid & sekolah Islam)

⁃ Melawat Royal Palace

⁃ Makan di Restoran Malaysia. Owned by 3 Malaysian & 1 Indonesian.

⁃ Drive ke airport.

⁃ Flight cancelled & check in Compostela Suites. Free hotels, transportation & meals by Saudi Airlines.

⁃ Masak mamee & Rehat

Ada Restoran Masakan Malaysia di Madrid

Hari ke 9: Ahad 26.5.2024

⁃ Breakfast & check out suites

⁃ Naik shuttle bus ke airport.

⁃ Flight from Madrid-Jeddah-Malaysia at 1.00 noon.

⁃ Transit di Jeddah 6 jam.

Hari ke 10: Isnin 27.5.2024

⁃ Arrived KLIA at 4.00pm

⁃ Drive to Kuantan

⁃ Reach Home at 11.00pm

Hebatnya pesanan Imam as-Syafi’e tentang travel.

Merantaulah…

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam, tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu ada lima manfaat, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan kehidupan, memperoleh ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan ramai orang.

📘 Kitab Diwan as-Syafi’e, Oleh Imam as-Syafi’e

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

See U in next trip. Assalamualaikum.

Love as always: 💝Al Faqirah Zan Aizan💝

Ibundaku Skizofrenia (part 5)

MELEPASKAN & MEMBERI RUANG

Assalamualaikum warahmatullah

Kali ini sharing ku adalah bagaimana melepaskan & memberi ruang kepada ibuku agar dapat mengurangkan kegelisahan.

Kelmarin (Selasa, 28 Mac 2023), seusai tadarus di Dewan Kuliah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP), kami terus menuju ke sekolah anakku untuk menjemputnya pulang. Si anak yang berusia 11 tahun balik dari sekolah jam 1 tengah hari. Namun, dek kerana dia tidak mempunyai kawan di kawasan kejiranan kami, maka si anak akan meminta izin untuk balik lewat sedikit agar beliau ada masa untuk bermain chess bersama kawan- kawan di sekolah.

Sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk menjemputnya pulang lewat 1/2 jam atau 45 minit selepas waktu persekolahan.

Maka, pada hari tersebut, kami tiba di sekolah sekitar jam 1.30 tengah hari, Kebiasaannya aku menunggu 10-15 minit di dalam kereta sambil menghabiskan zikir-zikir harian. Bagiku, itulah moment penting untuk aku merehatkan diri setelah bekerja atau menyelesaikan pelbagi urusan dari pagi ke tengah hari.

Tetapi mak tak boleh menunggu. Setelah 5 minit berlalu, mak resah gelisah di dalam kereta. Berkali-kali memerhati satu-persatu kanak-kanak yang melangkah keluar dari pagar sekolah. Walaupun sudah diberitahu bahawa anakku akan keluar lewat sedikit, tapi mak tak boleh sabar. Sekejap keluar dari kereta & sekejap lagi masuk semula ke dalam kereta.

Setelah hampir 10 minit berlalu, akhirnya mak berjalan masuk ke kawasan sekolah. Aku lepaskan sahaja beliau agar beliau rasa puas hati.

Seketika kemudian, anakku datang ke kereta & memberitahu bahawa dia masih belum selesai bermain chess. Maklumlah, main chess memerlukan masa yang agak lama untuk menghabiskan satu set permainan. Aku menyarankan agar dia memberitahu sendiri kepada neneknya, agar neneknya menunggu beberapa minit lagi.

Setelah itulah, baharulah mak datang semula ke kereta & menunggu dengan tenang di dalam kereta.

Begitulah….apabila berada dalam situasi begini, kita boleh memberi ruang & melepaskan pesakit skizo mencari kebenaran akan kata-kata kita jika mereka tidak percaya kepada kita. Jangan paksa pesakit untuk terus menunggu & bersabar kerana mereka tidak boleh berada dalam keadaan tenang.

Bagi sesetengah orang (care taker), mereka akan rasa rimas (annoying) dalam melayan kerenah pesakit yang berterusan bertanya/mengomel dengan soalan-soalan yang sama berulang kali. Contohnya, mak asyik bertanya “Lambat lagi ke…?” atau “ Mana Ahmad ni…” ataupun “Laaa bukan Ahmad yang keluar (dari pagar sekolah), anak orang lain. Mana Ahmad?” dan sebagainya berulang-ulang kali.

Oleh sebab itulah, kita sebagai penjaga pesakit perlu mempertingkatkan tahap kesabaran. Semua ini adalah ujian kepada keimanan & kesabaran kita. Ujian yang lebih besar adalah kepada orang sihat yang menjaga pesakit.

Sebagai orang Islam, cara untuk meningkatkan kesabaran ialah dengan amalan zikir & selawat harian. Zikir boleh menenangkan hati. Jika kita fokus berzikir, kita tak perlu menjawab setiap pertanyaan pesakit. Bukan bermaksud untuk mengabaikan mereka, tetapi untuk mengelakkan kita menjadi marah & stress. Pesakit skizo akan tetap bertanya/mengomel berterusan tanpa memikirkan perasaan penjaga, kerana minda mereka tidak dapat di kawal.

Antara zikir harian yang aku amalkan ialah membaca “Selawat Tafrijiyyah” ataupun “Ya Latif” sebanyak 33,333 kali. Zikir Ya Latif ini boleh dihabiskan dalam masa 1 hari atau beberapa hari bergantung kepada kemampuan kita membacanya. Zikir ini telah diijazahkan oleh Ummi Zaitun (Balu kepada Habib Mohsin Al Attas, Batu Pahat) kepada Ustazah Sharifah Hafsah ketika kami Rehlah Ibadah ke Surabaya pada tahun 2022 & kemudiannya diijazahkan kepadaku oleh Ustazah Sharifah Hafsah.

Bacaan zikir Ya Latif 33,333 kali

Antara kelebihan zikir ini ialah ia mampu melembutkan hati kita, hati ahli keluarga (dengan niat & doa kita), memudahkan urusan harian, dengan izin Allah akan termakbul segala apa yang kita hajati & ganjaran/rezeki yang Allah swt kurniakan tanpa disangka-sangka. Ada pelbagai lagi kelebihan yang tak dapat nak disebutkan di sini. Boleh diamalkan & rasakan sendiri fadilhatnya setelah mengamalkannya.

Itulah antara cara aku menenangkan diri dalam melayan kerenah ibu. Diam & berzikir. Jangan banyak menjawab kata-kata ibu kerana ia boleh menegangkan situasi.

Berbalik kepada kisah mak tadi…akhirnya mak lega apabila anakku selesai main chess & kami pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah, mak tetap mengomel/komplen & anakku hanya mendiamkan diri. Alhamdulillah semua anak-anakku telah faham akan keadaan neneknya.

Buat sahabat yang menjaga ibu bapa yang sakit, bersabarlah dalam zikrullah. Sabar itu indah, di akhirnya Allah swt pasti memberikan ganjaran yang baik kepada orang yang sabar. Fasobrun Jamil.

Salam sayang dari ku. In shaa Allah kita berjumpa lagi dalam sharing yang lain, part 6.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always 💝Zan Aizan💝 (Khamis, 8 Ramadhan 1444H/30 Mac 2023)

#AizanCollections

#Asianebookambassador

#Ebooksenioradvisor

#pencatatnotakuliah

Ibundaku Skizofrenia (Part 4)

(Selasa, 14 Mac 2023)

Seperti biasa, saya temankan mak ke Pakar Psikiatri.

Saya kagum & respect dgn nurse yg bertugas di klinik pakar tersebut kerana sepanjang menunggu giliran, ada pelbagai kerenah insan2 istimewa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Menunggu Giliran
  • Ada yang boleh duduk diam & memerhati sekeliling,
  • ada yang ketawa sendirian,
  • ada yang berjalan berulang-alik,
  • ada yang kejap2 minum air tapi segelas tak habis2 & macam2.
    Semuanya nurse biarkan & tetap menyantuni setiap pesakit.

Alhamdulillah mak dah banyak improvement sejak mendapatkan rawatan di sini bermula pada tahun 2001 hingga sekarang. Pelbagai ubat doktor bagi secara berperingkat. Mak bosan juga menunggu giliran, tapi akhirnya mak ambil buku “IMPIANA” & belek2 tengok lanskap rumah. Menarik juga…hehehe

Saya masih ingat, ketika pertama kali ahli keluarga & orang terdekat mengetahui tindakan kami bawa mak ke pakar psikiatri, semuanya marah.
Pelbagai tohmahan saya terima. Ada yang kata:

  • saya anak derhaka kerana bawa mak ke hospital orang gila,
  • saya tak sayang mak kerana anggap mak gila,
  • saya memalukan keluarga,
  • saya buka aib keluarga & sebagainya.
    Namun..semua itu saya abaikan. Terbukti, berkat doa & pelbagai usaha mendekatkan diri kepada Allah swt, mak jauh lebih baik dari 20 tahun lepas. Semuanya dgn izin Allah swt.

Sebenarnya…pemikiran orang Malaysia sangat rendah tahap keterbukaannya tentang PSIKOLOGI & MASALAH MENTAL. Maaf cakap, terutamanya orang melayu.

Majoriti dalam masyarakat kita, tak mahu terima kenyataan bahawa kita perlukan nasihat dari pakar psikologi dalam menangani stress, trauma, anxiety & dll. Kita sendiri boleh sahaja merujuk kepada yang pakar jika kita sedar diperingkat awal bahawa kita sedang mengalami masalah mental/emosi.

Namun….sayangnya, majoriti orang lebih takut dikecam masyarakat & malu. Akhirnya penyakit bertambah serius & membahayakan orang sekeliling. Malahan ada yang berbunuh-bunuhan apabila sampai ke tahap halusinasi.

Selain daripada itu, pada saya, informasi & pendedahan tentang penyakit mental sangat kurang dihebahkan oleh pihak2 berautoriti di negara kita. Saya sendiri sering mendapatkan maklumat melalui google/youtube & saya lihat rakyat di negara luar tiada masalah untuk berkongsi tip/pengalaman cara menangani ahli keluarga yang ada mslh mental. Malahan buku2 yang ditulis dalam bahasa melayu juga sangat kurang.

“Entah siapa yang salah…ku tak tahu…” Eh ternyanyi pulak😆😆😆

Saya attached beberapa gambar2 buku yang saya beli & baca di rumah. Kebanyakannya, in English.

Nasihat saya yang faqir…bukalah minda. Jangan malu bertanya & dapatkan rawatan jika anda ada simptom sakit jiwa/mental. Ia bukanlah sesuatu yg memalukan untuk pergi ke pakar psikiatri. Saya sendiri kadang2 terasa saya nak berbual2 dengan pakar psikiatri hehehe. Tambahan pula, doktor yang merawat mak hari ni sangat lembut & berbudi bahasa.

Mengiring Mak Ke Klinik Pakar Psikiatri

Apa2 pun….bersihkan hati dgn zikrullah.
Be happy & don’t stress!

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Link What is Schizophrenia (Ibunda Ku Skizofrenia Part 1) https://iamsaljuputih.blog/2019/11/24/ibundaku-skizofrenia/

Love as always
💝Zan Aizan💝
Selasa, 14.3.2023, 21 Sya’ban 1444H