BILAKAH SAAT SAKARATUL MAUT?

Assalamualaikum warahmatullah…

“Umi, kaki umi dah bersih. Dah takde keluping. Kalau tak…hari-hari Zan sapu losyen untuk hilangkan keluping.” Ujarku perlahan sambil mengusap betis kecil jenazah umi sebelum dikafankan.

“Ummi, hari ni hari last Zan pakaikan baju kat umi.” Bisikku tatkala mengemaskan kain kafan di tubuh umi.

Begitulah bicara terakhirku bersama umi, (Almarhumah Sharifah Nadzrah binti Syed Ahmad Al Hindwan) mak mentua tersayang yang aku tatang selama setahun 4 bulan 2 hari, menyantuninya seperti ibu sendiri. Kembali ke rahmatullah pada 3.12.2025 akibat komplikasi buah pinggang, jantung, darah tinggi & diabetes.

Air mata masih tak berhenti mengalir, hinggalah saat umi di bawa ke liang lahat. Ramai orang memelukku. Sama2 menitiskan air mata. Saudara-mara ucapkan terima kasih kepadaku kerana menjaga umi, walhal aku tidak cukup baik semasa berkhidmat untuk umi. Aku bukan penjaga yang sempurna. Mungkin lebih banyak dosaku terhadap umi yang aku tak ketahui. Moga Allah swt ampunkanku.

3.12.2025 jenazah umi setelah dikafankan

Sesungguhnya…ia adalah proses yang normal untuk kita melepaskan orang yang kita sayang kembali kepada Penciptanya. Tambahan pula, orang yang kita spend masa setiap hari selama bertahun-tahun. Sesedih mana pun, kita perlu redho untuk melepaskan mereka. Semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Semuanya milik Allah swt. Satu hari nanti, kita jua akan kembali kepada Nya.

Kepada penjaga pesakit, saya menulis di sini sebagai peringatan & pelajaran agar kalian santuni pesakit dengan baik. Perhatikan setiap perubahan dari hari ke hari. Apabila sampai masanya, akan keluar tanda-tanda kematian yang dikatakan bermula dari 100 hari terakhir. Boleh rujuk pelbagai kitab untuk tahu tanda-tanda yang lebih details. Saya bukanlah ahlinya untuk mengulas lanjut. Saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman sebagai diri yang fakir ilmu.

Setelah menjaga umi lebih dari setahun, saya mulai merasai setiap perubahan almarhumah umi dari hari ke sehari & dapat rasakan yang beliau semakin hampir dengan kematian. Dari segi tingkahlaku, percakapan, pemakanan & pola tidur serta pola kencingnya. Sebulan terakhir, semuanya membuatkan saya semakin sayang & rasa tak sanggup nak meninggalkan beliau walaupun untuk ke tempat kerja atau hal-hal lain.

Sebenarnya, saya juga pernah menghadap arwah datuk, nenek, ibu saudara kepada suami saya & nenek kepada suami saya saat mereka sakarat. Oleh itu, saya belajar dari ciri-ciri yang mereka tunjukkan di saat malaikat maut datang bertandang. Ia sangat menginsafkan, melihat bibir kekeringan & pesakit dalam keadaan yang sangat dahaga. Moga Allah swt ampun dosa-dosa kita semua & mati dalam keadaan husnul khotimah.

Boleh baca sharing saya menghadap saat sakarat ibu saudara keoada suami saya pada tahun 2022;

Wanita Dambaan Syurga

Berzikir menemankan umi tidur

Sejak mengenalpasti pelbagai perubahan pada diri umi:
1. saya mulai memasang bacaan Al Quran berhampiran tempat tidurnya (kerana umi kurang pendengaran) yang mana, sebelum ini saya pasang di ruangan lain dalam rumah.
2. Saya juga melayan setiap kehendaknya tanpa banyak bicara. Seboleh-bolehnya tidak mahu adanya rasa terkilan di kemudian hari.
3. Membaca selawat & zikir kepada makanan/minumannya agar mengalir ayat2 ruqyah yang mampu mengurangkan kesakitan kepada tubuh badannya.
4. Sentiasa solat hajat agar Allah swt mudahkan saat sakaratnya & ampunkan dosa2nya.
5. Sentiasa solat taubat & memohon kepada Allah swt ampunkan dosa2 yang tidak saya sengajakan semasa masa menguruskan umi & agar saya dikurniakan kekuatan & kesabaran dalam menyantuni umi.

VIDEO

Dengan izin Allah swt, 2 hari sebelum pemergian umi, saya telah bermimpi didatangi ibu kandung umi (dikenali sebagai almarhumah Tok Neng). Dalam mimpi tersebut, beliau menjemput saya ke rumah untuk makan2 bersama ramai ahli keluarga yang lain, kecuali umi. Beliau menyatakan kegembiraan beliau kerana saya menjaga umi & katanya selepas ini, saya tak perlu lagi bersusah-payah menjaga umi. Beliau akan mengambil alih tugas tersebut. 😔😔😔

Subhanallah….mungkin ia sekadar mimpi yang tidak membawa sebarang maksud. Tetapi menurut guru-guru saya yang mursyid, mimpi yang baik itu adalah bisyarah dari Allah swt. Maka teruslah kita bersangka baik kepada Allah swt tanpa bersandarkan kepada mimpi. Saya bukan orang alim seperti para salaf saleh yang boleh menganggap mimpi adalah mesej dari Allah swt. Saya hanya seorang manusia biasa yang iman lebih nipis dari kulit bawang.

Pada hari terakhir umi, disaat kaki umi mulai sejuk, saya memakaikan stoking & menyelimuti umi. Umi kemudiannya meminta sehelai lagi selimut kerana berasa semakin sejuk. Saya mulai membacakan Yaasin 1000 Syifa’, surah Al Mulk & Ratib Al Attas sambil mengusap2 tubuh umi. Sesekali, umi membuka mata & kemudian memejamkanya semula. Beberapa bahagian anggota tubuh mulai bergerak-gerak sendiri. Dari guru mursyid saya, Ustaz Hj Hod A Rahman telah mengijazahkan saya supaya membaca Yaasiin 1000 Syifa’ jika melihat pesakit sudah lama menderita sakit. Namun kita perlu redho dengan apa yang bakal Allah swt persembahkan selepas itu. Sama ada pesakit semakin sihat atau bertemu dengan Ilahi dalam keadaan yang lebih mudah. Yasiin 1000 syifa’ ini juga adalah ajaran dari Al Habib Alwi Al Maliki (Mekah).

Saya menghubungi keluarga & memaklumkan keadaan umi tatkala nafas umi mulai berbunyi kuat & seolah-olah nyawa berada di dadanya.

Yaasiin 1000 Syifa’

Didalam kitab DI BALIK TABIR KEMATIAN ada menceritakan perihal mimpi yang benar & ciri-ciri orang yang mendapat mimpi yang baik selain dari Rasulullah ﷺ.

Boleh rujuk pada keratan-keratan buku yang saya lampirkan di sini: 👇🏻👇🏻👇🏻

Keratan dari kitab Di Balik Tabir Kematian (1)

Keratan dari Kitab Di Balik Tabir Kematian (2)

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, jika anda adalah penjaga pesakit yang setiap hari menguruskan pesakit, nescaya anda akan menyaksikan perubahan demi perubahan terhadap pesakit yang semakin uzur. Antaranya:

  1. Perubahan warna kulit – kulit kelihatan tidak sihat
  2. Suhu badan menurun
  3. Malas melakukan aktiviti sosial – mereka tidak lagi bersemangat untuk berbual-bual, keluar makan, berjumpa orang, menonton tv & sebagainya.
  4. Banyak tidur
  5. Selera makan berkurangan (kadangkala pesakit akan makan extra beberapa hari terakhir setelah lama tak makan).
  6. Sakit di beberapa titik – Kemunculan kesakitan di beberapa titik pada badan atau kemunculan luka/kudis dekubitus.
  7. Kesukaran bernafas, termasuk tanda-tanda kematian yang paling biasa
  8. Berhalusinasi – Halusinasi boleh termasuk melihat diri sendiri dijemput oleh malaikat, dijemput oleh orang tersayang yang telah meninggal dunia, banyak haiwan liar menghampiri dan banyak lagi.
  9. Kegelisahan
  10. Pola kencing berubah

Oleh yang demikian, sebagai penjaga pesakit, anda perlu mencari ilmu menenangkan/menghadapi saat-saat kematian pesakit. Apabila anda mempunyai ilmu, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan ketika pesakit sedang sakarat, terutamanya jika anda bersendirian.

Saya melalui saat sakarat arwah umi bersendirian sebelum kedatangan ahli keluarga & sahabat handai.

VIDEO: Ustazah Hajah Muzayyanah Abdullah

Didalam kitab DI BALIK TABIR KEMATIAN ada pelbagai ilmu tentang saat-saat kematian yang boleh kita pelajari. Bacalah atau hadirlah mana-mana kuliah yang membicarakan tentang kitab ini.

Kitab Rujukan

Keadaan yang disukai pada orang yang menjelang ajal ialah ketenteraman & ketenangan. Dari lidahnya terucap dua kalimat syahadat & dari hatinya adalah dia bersangka baik dengan Allah swt. Sebab itu ahli keluarga digalakkan berada di sisi pesakit & membaca Al Quran.

Tentang bentuknya, maka Nabi s.a.w. telah bersabda:


“Perhatikanlah tiga hal pada orang yang tengah sakaratul maut. Jika keningnya berkeringat, berair kedua matanya, dan kering kedua bibirnya, bererti rahmat Allah telah turun kepadanya. Tetapi jika ia kelihatan seperti orang yang tercekik, memerah warna kulitnya, dan pucat kedua bibirnya, maka itu adalah akibat azab Allah kepadanya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)16 d
Dari Salman, tapi tidak shahih.

Tentang lidah yang lancar mengucapkan dua kalimat syahadat, itu adalah petanda yang baik. Abu Sa’id al-Khudri berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tuntunlah kepada orang-orang yang hendak mati dengan kalimat La ilaaha illallah.”

Disebutkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Hudzaifah, “Sesungguhnya kalimat tersebut akan menghapus kesalahan-kesalahan sebelumnya.”

Usman berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa mati dalam keadaan yakin bahawa tidak ada tuhan selain Allah, nescaya ia masuk syurga.”

Usman mengatakan, “Apabila seseorang menjelang ajalnya, maka ajarlah ia membaca kalimat La ilahaa illallah. Sebab, setiap orang yang mengakhiri hidupnya dengan kalimat tersebut, itu akan menjadi bekalnya menuju syurga.”

Alhamdulillah..ketika umi sedang sakarat, setelah beberapa kali saya menuntunkan bacaan talqin & Allah…Allah…Akhirnya umi mengucapkan “Allah….” Sebanyak 2 kali sebelum berhenti memberikan respond kepada panggilan saya.

Dari kitab PERINGATAN TENTANG UMUR INSAN dinyatakan apabila si pesakit mengalami sakit kuat, dan telah ternyata tanda-tanda hampir ajalnya, hendaklah kaum keluarganya memperhatikan keadaannya, hendaklah mereka mengingatkan kebajikan & kebaktiannya pada masa dahulu. Ingatkan juga akan luasnya rahmat Allah & keampunanNya kepada orang yang berdosa & kemaafanNya terhadap orang yang cuai. Inilah amalan yang biasa dilakukan oleh para salaf saleh terhadap orang yang sedang naza’. Moga pesakit yang sedang naza’ itu akan merasa lega apabila mendengar ucapan-ucapan seumpama itu.

Kitab Rujukan

Setelah pesakit mengucapkan talqin dengan betul (La illahaa ilallah), tak perlu minta pesakit mengucapkannya lagi, melainkan jika dia berkata-kata sesuatu yang lain. Barulah diulang lagi.

Bacalah Surah Yaasiin untuk memudahkan roh keluar dari jasad. Mati itu ada kesusahan & sakarat. Kita juga digalakkan membaca Al Quran sebanyak yang mungkin.

Apa yang patut dibuat terhadap orang yang sedang naza’?

Adalah sunat memiringkan orang yang naza’ ke kanannnya menghadap kiblat. Apabila terputus sahaja nafasnya, hendaklah kedua belah matanya ditutupkan kerana pemandangannya akan menoleh ke arah mana nyawa itu pergi.
Kemudian, segerakanlah urusan pengkebumiannya.

Guru saya, Ustazah Sharifah Hafsah Bana Hasan sentiasa mengingatkan kami agar membaca surah Al Mulk sebanyak yang mungkin ketika urusan memandikan & mengkafankan jenazah. In shaa Allah, mudah2han segala urusan si mati saat pengkebumian & bersama malaikat munkar & nakir akan dipermudahkan.

Ketika memandikan & mengkafankan jenazah, usaplah tubuhnya buat kali terakhir. Sentuhlah kulitnya kerana selepas ini kita tidak lagi dapat mencium tangan & wajahnya. Berbicaralah dengan jenazah, mohon ampun & maaf atau bercakaplah seolah-olah jenazah masih ada bersama kita. Sesungguhnya, roh si mati masih melihat apa yang sedang dilakukan oleh anak cucu mereka. Itulah yang saya lakukan tatkala memakaikan baju terakhir umi.

Kemudian, kami sekeluarga bersegera membahagikan juzuk bacaan Al Quran untuk menghadiahkan khataman Al Quran kepada almarhumah umi. Anak cucu mengambil bahagian membaca sejak pagi hingga khatam sebelum maghrib pada hari tersebut. Mudah-mudahan segala doa dari anak cucu yang soleh/hah menenangkan umi pada hari pertama di alam barzakh.

Keesokan harinya, kami meminta pelajar tahfiz datang ke rumah & mengkhatamkan Al Quran sekali lagi.

Majlis Tahlil & Khataman Al Quran

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan mengenai tanda-tanda sakratul maut yang perlu kita ketahui. Supaya kita sentiasa alert dengan mengingati mati & menambah amal. Melainkan si mati, mati mengejut tanpa ada sebarang penyakit atau tidak terlantar sakit. Itu adalah keadaan yang berbeza dengan tujuan penulisan ini.

Setelah si mati dikebumikan, sentiasalah berusaha untuk membaca tahlil & menghadiahkan khataman Al Quran kepada si mati. Jika tak mampu melakukan secara bersendirian, lakukanlah secara berjemaah.

Cubalah untuk hadir ke majlis ilmu sekerap mungkin & berguru dengan guru yang mursyid agar hati kita tidak kosong. Segala ilmu telah diajarkan dalam Islam dari ilmu kelahiran hinggalah ke saat kematian & seterusnya ke hari kiamat. Tidak ketinggalan, tentang syurga & neraka. Maka, kenapa kita masih lalai dengan dunia?

Marilah sama-sama kita saling mengingati antara satu sama lain tentang kematian. Mati itu pasti.

Umi dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi Kuantan

Moga perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua yang membaca.

Dah baca….jangan lupa like & subscribe blog ini.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Sabtu, 20.12.2025/29 Jamadil Akhir 1447H

Ibuku Skizofrenia (Part 9)

(BAWA MAK JUMPA DOKTOR PSIKIATRI)

HTAA 18 Disember 2025

Seusai turunkan mak di pintu hospital, aku mencari parking di luar kawasan hospital. Hujan agak lebat. Apabila dapat parking, aku duduk sekejap dalam kereta menunggu hujan reda.

Sebaik melangkah ke dalam lobby klinik pakar psikiatri aku mencari mak di tempat duduk, tetapi tiada. Aku segera ke kaunter pendaftaran.

Aku: “Encik, mak saya nama Kamaliah binti Mat Zin dah masuk jumpa doktor ke?”

Pegawai A: “Errr…belum rasanya” Sambil belek fail di tangan.

“Eh..ada fail Kamaliah pada engkau?” Tanya pegawai A kepada pegawai B

Pegawai B: “Tak de” Sambil rujuk fail di tangannya.

Pegawai C: “Haaa sudah! Entah2 patient dah lari!” (Bcoz keadaan ini biasa berlaku di klinik psy)

Aku: “Tak kan la…encik” Sambil gelak sebab tahu kelajuan mak berjalan lebih kurang 10km/jam.

“Mungkin ke tandas” Ucap pegawai A

Pegawai B segera berjalan ke setiap bilik. menjenguk di setiap tingkap kaca kecil pada pintu.

“Cik! Sini!” Jeritnya kepadaku.

Aku segera masuk ke bilik di mana doktor sedang berbual dengan mak.

Doktor: “Owh ini anak makcik? Dah dapat parking ye…”

Aku senyum menganggukkan kepala.

Conversation bermula antara aku & doktor.

Doktor: “Mak memang tinggal skali dengan cik ye?”

Aku: “Ye”

Doktor: “Cik kerja?”

Aku: “Kerja. Tapi kerja sendiri.”

Doktor: “Habis tu, kalau cik pergi kerja siapa jaga mak?”

Aku: “Mak duduk sorang kat rumah. Mak boleh urus diri sendiri”

Doktor menganggukkan kepala. Senyum ramah sambil mencatat nota.

Aku: “Doc, sekarang mak saya banyak tidur. Dah setahun lebih tak nak excercise & tak nak ikut saya pergi kelas2 agama macam dulu”

Doktor: “Ada beberapa faktor. Pertamanya faktor ubat. Saya tengok rekod, dose mak dah dinaikkan. Faktor ke 2, usia. Dalam usia macam ni, mak dah malas nak buat apa2 ditambah pula sebab makan ubat. Tapi tak pe, kita fokus pada skizo dia. Yang penting mak tak de bercakap sorang2 & berhalusinasi. Biar je dia macam ni”

Aku: “Ubat tu kena makan seumur hidup ke?”

Doktor: “Ye. Skizo takkan sembuh tapi kita bagi ubat untuk kawal dia”

Aku: “Dulu saya jaga mak mentua yang bed ridden. Masa tu mak selalu macam jeles, rasa macam saya bagi perhatian lebih kat mak mentua & mak buat macam2 hal. Tapi sekarang mak mentua dah meninggal.”

Doktor: “Ya..dia rasa cik tak sayang dia. Perhatian cik lebih kepada mak mentua. Sekarang cik kena pampered mak lebih. Bagi dia rasa cik sayang dia semula.”

Doktor: “Macam mana dengan aktiviti harian mak?”

Aku:”Mak susah mandi. Saya kena suruh mak mandi & shampoo, barulah mak mandi. Kadang2 berhari2 tak mandi sampai badan berbau. Normal ke macam tu?”

Doktor: “Ya…atas faktor usia. Orang normal pun boleh jadi macam tu. Kemungkinan mak akan dapat dimentia (nyanyuk) pun ada.”

Aku: “Owh….😔😔😔”

Doktor: “Ada apa2 lagi yang cik nak tanya?”

Aku: “Tak de dah..” (dalam hati tertanya2, kenapa doktor address aku dengan “cik” dia tak rasa ke aku lebih tua dari dia? kekekeke 🤪🤪🤪

Selesai urusan dengan doktor kira2 30 minit, kami ke kaunter semula untuk mengambil slip ubat & tarikh appointment.

Mak: “Mana slip ubat? Macam mana nak ambil ubat?”

Aku: “Ni mak…” Sambil tunjuk kertas yang mak pegang.

Mak: “Macam mana nak ambil ubat?”

Pegawai A: “Tak pe…ikut je anak tu” Sambil senyum & pandang aku.

Aku menarik tangan mak. Mak akur & ikut aku berjalan menuju ke farmasi.

VIDEO

Hujan renyai. Mula2 mak pegang payung sendiri & aku ekori mak dari belakang. Aku mengenakan jacket berpenutup kepala, so aku tak perlukan payung.

Aku: “Mak, tutup payung. Kita jalan bawah atap”

Mak: “Biarlah. Hari hujan!”

Aku: “Tapi kita jalan bawah atap, mak.”

Mak: “Emmhh…biarlah”

Aku ketawa…hahaha begitulah mentaliti orang skizo. Bila hujan kena guna payung. Di rumah, time hujan tak boleh on kipas/aircond. Hehehehe aku layankan sahaja kerenah mak. Kalau marah, nanti aku yang stress.

Begitulah kisahku dengan mak hari ni.

Sebenarnya dah lama aku tak follow mak ke hospital sejak jaga arwah mak mentua. Kakak memainkan peranan bawa mak ke hospital.

Alhamdulillah hari ni Allah swt izinkan aku bawa mak. Sebelum balik, aku bawa mak makan.

Mak baca doa makan

Hari ni juga merupakan hari ulang tahun arwah umi (mak mentua). Maha Baiknya Allah, menetapkan hari ini adalah hari majlis khatam hafazan 30jq anak saudaraku Muhammad Adam yang aku jaga dari kecil macam anak sendiri. Tetapi disebabkan aku bawa mak ke hospital, aku tak sempat hadir ke majlis khatamannya. Mujurlah kakakku (mak kandung Adam) dapat kelepasan dari Boss untuk hadir & suamiku juga free untuk hadir. Maka aku minta Adam niatkan khatamannya untuk almarhumah umi, Sharifah Nadzrah binti Syed Ahmad. Moga umi tenang di sana 🤲🏻🤲🏻🤲🏻. Sesungguhnya…aku rindu umi 😔😔😔.

Muhammad Adam Khatam 30jq Hafazan di Ribat Mustofa, Ktn Phg

Segala yang terbaik adalah dari Allah swt manakala segala khilaf & salah adalah dari diriku sendiri. Satu je aku nak pesan….siapapun mak kita & seberjaya mana pun kita, santuni mak ayah dengan baik hingga ke akhir hayat mereka.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Khamis, 18 Disember 2025

Nota kaki: Takkan la korang baca je…SUBSCRIBE la blog saya ni hehehe✌🏻✌🏻✌🏻

PEJUANG ANXIETY (Part 2)

Assalamualaikum warahmatullah

Sejak posting saya di FB pada hari saya “BURNT OUT”, ramai sahabat & keluarga jauh hubungi saya. Bertanya khabar & memberi kata-kata perangsang.

Link FB berkenaan saya “BURNT OUT”:
https://www.facebook.com/share/p/17bp7apccn/?mibextid=wwXIfr

Untuk beberapa hari, saya rasa malas melayan sebarang call atau wasap untuk apa-apa dengan ipar duai. Saya rasa kecewa dengan mereka. Rasanya cukuplah usaha saya untuk menyedarkan mereka agar terhindar menjadi anak derhaka.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah swt hadirkan ramai sahabat baik & prihatin yang membelai jiwa saya. Sungguh! Pada hari tersebut (27.11.2025) saya sangat down & sedih. Emosi terganggu kerana tak cukup tidur, penat fizikal dengan kerja2 rumah, mengangkat/dukung umi (mak mentua) ke bilik mandi 2-3 kali sehari setiap hari, penat emosi kerana rasa tiada sokongan dari suami atau ipar duai, ditambah dengan kerenah mak kandung yang skizo yang sentiasa perlukan perhatian setiap hari bila saya tumpukan perhatian yang lebih pada umi & rasa bersalah pada diri sendiri tentang banyak hal.

Bayangkan saya yang berskru di tulang belakang (L4 & L5) serta menggunakan titanium disc di S1 & S2, mengangkat umi seberat 34kg. Siapa yang sanggup? Tell me…orang sihat pun tak sanggup walaupun mereka bina badan setiap hari ke gym.

Keadaan Tulang Belakang Saya

Rentetan dari peristiwa itu, suami memujuk anak saudaranya (cucu lelaki sulung umi) supaya datang ke rumah & jagakan umi selama 2 hari. Suami sanggup membayar upah kepada anak saudaranya jika dia sanggup menjaga neneknya. Anak saudara sanggup & suami membayar upah RM100/hari. Pada kami, itu lebih baik daripada membayar caregivers/paramedik yang datang ke rumah dengan caj RM18/jam.

Saya juga meminta kakak saya datang mengambil mak saya & bawa ke rumahnya selama beberapa hari. Keesokkan harinya kami outstation & meninggalkan umi dalam jagaan cucunya. Namun saya dimaklumkan, abang ipar, adik ipar & isterinya turut datang membantu jaga umi pada hari ke 2.

Alhamdulillah…4 ke 5 orang mengambil alih tempat saya yang menjaga umi bersendirian setiap hari hehehe. Moga umi happy dengan kehadiran anak, cucu & menantunya.

Saya faham ramai yang simpati bila tengok saya burnt out. Saya sangat menghargai keperihatinan semua orang. Tak kurang juga yang menasihati saya agar LEBIH bersabar. Sebenarnya, membasahi diri selama lebih kurang setengah jam dalam hujan lebat sambil beristighfar sampai puas hati pada hari tersebut telah menenangkan sedikit diri saya. Saya rasa sejuk & akhirnya makan paracetamol kerana sakit kepala akibat kehujanan kihkihkih.

Subhanallah…..

Saya menghitung setiap detik dari saat umi sakit pada 15.7.2024 & datang ke rumah saya bersama beg pakaiannya.

“Ummi nak duduk sini” Kata umi ketika melangkah masuk ke rumah saya.

Saya sambut umi dengan baik. Saya pindahkan barang-barang anak & korbankan bilik anak untuk umi. Saya tiada masalah menerima umi walaupun dulu umi lari dari rumah saya setelah 6 bulan saya jaga umi sakit (hilang ingatan) pada tahun 2019. Akibat salah faham dari ipar duai, saya disalahkan sehingga menyebabkan umi lari tanpa notis dari rumah saya. Saya telah maafkan semua orang & tak pernah membalas apa2 kepada sesiapa pun.

Kini setelah 1 tahun 4 bulan saya menjaga umi sendirian, baru pertama kali saya burnt out.

Yes! Pertama kali! Bukan berkali-kali.

Mungkin juga kerana saya skip makan ubat anxiety selama beberapa hari atau atas faktor2 yang telah saya nyatakan di atas. Saya cuba kurangkan dos dengan tidak makan ubat setiap hari kerana ubat “HOVID-ESCITALOPRAM” membuatkan saya sangat mengantuk. Ia agak menyukarkan saya melakukan pelbagai urusan harian, terutamanya ketika menjaga umi.

Menurut doktor, ubat itu berfungsi untuk merehatkan & membaikpulih kecelaruan otak yang saya alami sejak beberapa tahun. So saya perlu makan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk mendapatkan result yang baik.

Maka tidak hairanlah saya tiba-tiba menjadi marah & burnt out pada saat anxiety saya menyerang. Keadaan inilah sebenarnya yang membuatkan saya takut dengan diri saya sendiri.

Info

Saya bukan seorang yang panas baran & tak suka marah-marah. Akan tetapi, jika trigger akan sesuatu hal yang melampau, saya mampu bertindak di luar kawalan. Contohnya memukul/mencederakan orang. Walaupun hal ini tidak selalu berlaku, tetapi ia pernah berlaku.

Ramai orang berkata “Ini kerana kelemahan iman”. Ya…benar. Saya tidak menolak statement itu kerana saya sedar, iman saya memang nipis & takkan setanding dengan keimanan Asiah isteri kepada Firaun.

Tetapi dari sudut psikologi, itulah yang telah saya terangkan dalam post pertama saya sebagai pejuang anxiety di link ini: 👇🏻👇🏻👇🏻

PEJUANG ANXIETY (Part 1)
https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/

Setelah anak saudara suami membantu menjaga umi selama 2 hari, saya meminta tolong maid jiran sebelah rumah untuk datang sekejap ketika saya nak mandikan umi. Saya tidak lagi mampu untuk mengangkat umi. Tulang belakang saya telah mulai sakit. Begitulah….tidak ada anak-anak umi yang sanggup datang setiap hari walaupun mereka tertanya-tanya macam mana saya mampu angkat & mandikan umi setiap hari.

Dalam tempoh 1 tahun 4 bulan 1 minggu umi berada di rumah saya: adik ipar no.3 pernah ambil umi selama 8 hari & bawa ke rumahnya. Pada ketika itu (Oktober 2024), saya sibuk dengan majlis maulid di sana sini (saya adalah mursyidah maulid), lalu saya minta tolong ipar2 untuk datang ke rumah sekejap untuk menemankan umi ketika ketiadaan saya. Tiba-tiba adik ipar memaklumkan mereka telah sediakan bilik di rumah masing-masing untuk umi. Adik ipar no.4 datang mengambil umi & membawa umi ke rumah adik ipar no.3. Saya diberitahu bahawa mereka ingin menjaga umi selama 2 minggu. Namun, pada hari ke 8, adik ipar no.3 & isterinya datang ke rumah saya & meninggalkan barang2 umi di luar rumah saya & memulangkan umi tanpa sepatah kata. Sehingga ke hari ini, mereka tidak lagi muncul untuk meneman/melayan umi di rumah saya. Hanya datang beberapa kali jika diminta untuk hantar/ambil umi ke/dari pusat dialisis.

Saya tidak lagi ingin menyorokkan cerita ini lagi, kerana apa yang ingin saya highlight kan; jika mereka burnt out hanya selama 8 hari menjaga umi, apatah lagi saya yang menjaga umi & mak kandung yang skizo selama bertahun-tahun. So…adalah logik bagi manusia biasa seperti saya untuk burnt out.

Begitulah yang dilabelkan betapa lemahnya iman kita….😔😔😔. Kita takkan mampu menjadi seperti Uwais Al Qarni yang menggendong ibunya dari Yaman ke Kota Makkah untuk menunaikan ibadah Haji.

Kini saya kembali makan ubat anxiety. Saya bimbang akan berlaku lebih banyak hal yang memudaratkan diri saya kerana saya berseorangan di rumah. Saya tiada support system yang kuat. Saya juga sudah tidak berminat untuk membincangkan apa-apa berkenaan giliran atau apa-apa sahaja berkenaan umi dengan suami atau ipar duai.

Suami sarankan saya menjalani fisioterapi untuk merawat diri saya & menyelesaikan masalah sakit pinggang. Saya jalani fisioterapi & banyakkan berbaring di rumah.

Saya cuba untuk bertenang. Meluahkan perasaan kepada orang yang saya selesa & percaya, hubungi doktor psikiatri & meluah perasaan, berbual-bual dengan anak perempuan yang berada di Mesir, bermain-main dengan kucing-kucing peliharaan & makan sedikit coklat untuk naikkan mood happy.

Hadapi & fahami anxiety

Saya tidak ke pejabat, saya juga lupakan sekejap hal2 bizz tudung bawal yang masih banyak belum terjual, saya tidak menghadiri kuliah agama mingguan yang biasa saya hadir. Saya tidak memasak, hanya beli makanan melalui grab food, saya tak excercise sebaliknya gantikan dengan sauna supaya tetap keluarkan peluh & detox diri. Apabila penat, saya tidur.

Tumpukan pada umi selama 2 minggu

Sesungguhnya…saya akui saya penat melalui semua ini. Bukan semata-mata kerana umi tetapi semua hal yang telah saya nyatakan dalam Part 1.

Hari ini, saya diserang anxiety lagi, ketika berseorangan menjaga umi yang tidak sedarkan diri & kelihatan nazak. Saya mulai berpeluh-peluh & kepala rasa berpusing-pusing walaupun saya duduk dalam bilik berhawa dingin. Saya cuba berhubung dengan keluarga, menghantar mesej/video keadaan mak mentua yang sedang nazak tetapi malangnya tidak mendapat response dari suami yang sentiasa set kan telefonnya dalam keadaan silent mood. Ia membuatkan saya menjadi bertambah kecewa & gagal mengawal “panic attack”.

Video: Saat umi sedang nazak

Menyedari diri diserang anxiety, saya segera menghubungi doktor psikiatri & minta nasihat. Alhamdulillah doktor respond dengan cepat.

Doktor sarankan saya buat “Deep Breath” & jangan biarkan diri saya berlapar.

Alhamdulillah lepas 20 minit saya rasa tenang & mulai fokus tindakan seterusnya untuk fokus jaga umi.

Segera berhubung dengan doktor psy

.

.

.

Teknik Pernafasan

Saya segera mengambil wuduk, solat dhuha, membaca Yaasiin 1000 Syifa’, Surah Al Mulk & Ratib Al Attas. Kemudian saya hubungi guru merangkap ibu saudara, meminta doa & nasihat dari beliau yang tinggi ilmu agamanya. Saya mulai tenang.

Yasiin 1000 Syifa’ ikhtiar penyembuh penyakit

Kemudian, kediaman saya dikunjungi oleh sahabat sekuliah & saudara mara yang ingin menziarahi umi. Di bahu mereka saya lepaskan lelah sambil menitiskan air mata. Semua itu menambahkan ketenangan saya.

Kemudian, umi di bawa ke hospital menggunakan ambulan yang di panggil oleh adik/abang ipar saya. Hati saya sangat sedih/sayu kerana jauh di sudut hati saya, saya tidak merelakannya. Saya sudah nemberitahu biras bahawa umi sedang sakarat, namun siapalah saya untuk mereka percaya. Saya dapat rasakan yang umi tidak akan kembali lagi ke tumah saya tatkala ambulan bergerak.

Ketika saya menulis blog ini, jam menunjukkan pukul 11.50 malam, Isnin 1.12.2025. Saya tidak boleh tidur kerana menunggu khabar berkenaan umi. Jantung saya berdebar-debar & hati saya tidak senang. Saya hanya mampu berdoa & berzikir. Menyerahkan sepenuhnya kepada Allah swt & memujuk hati untuk redho dengan semua yang berlaku.

Video: Bacaan Yaasiin 1000 Syifa’

Begitulah susahnya seorang pejuang anxiety mengawal emosi tatkala berseorangan. Semua hal ini tidak dilihat oleh orang lain dengan mata kasar. Ia berat…tetapi kita perlu lawan. Perlu sentiasa ingat pesan doktor & segera hubungi doktor jika panik.

Apa-apa pun yang berlaku, saya berazam untuk jaga umi sehingga ke akhir hayat SAYA!

Walaupun….

“SAYA RINDUKAN DIRI SAYA YANG DULU”
😔😔😔

Tidak ada yang saya harapkan dari kalian yang sudi membaca blog ini melainkan doa & doa & doa dari hati yang ikhlas.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Selasa, 2 Disember 2025 (tarikh post)

PEJUANG ANXIETY (Part 1)

Assalamualaikum warahmatullah

Ramai orang menganggap anxiety adalah penyakit baharu. Bila baca komen-komen nitizen di medsoc mengenai anxiety, ada yang anggap pesakit sekadar mengada-ngada, sedangkan pada zaman dahulu, tiada penyakit bernama anxiety. Tuduhan ini adalah berat bagi saya kerana anxiety bukanlah penyakit baharu & tidak boleh di buat-buat. Malahan, ada pesakit yang tidak tahu dia sebenarnya menghidap anxiety.

Gambar hiasan

Begitulah perihal masyarakat kita yang masih kurang pendedahan mengenai penyakit mental. Mereka juga malas membaca, malas belajar & lebih cenderung menolak kewujudan pelbagai penyakit mental. Bagi saya yang menjaga mak yang menghidapi skizofrenia selama 30 tahun, saya mula mengenali perihal penyakit mental ketika berusia 23 tahun. Sebelum itu, tiada pendedahan yang luas di media massa mengenai penyakit mental. Apa yang orang awam faham hanyalah “ORANG GILA” apabila dikaitkan dengan masalah mental. Rata-rata hanya terbayangkan
“TANJUNG RAMBUTAN” sebagai tempat pengumpulan orang gila.

Begitulah rendahkan tahap pemikiran masyarakat kita terutamanya orang melayu. Paling menyedihkan, apabila suami/isteri/keluarga sendiri tiada pengetahuan & menuduh pesakit sebagai orang tak beriman.

Apa itu anxiety?

Anxiety ialah rasa cemas yang normal tetapi boleh menjadi gangguan mental apabila ia tidak dapat dikawal, berterusan untuk tempoh yang lama, dan mengganggu aktiviti harian. Ia melibatkan perasaan takut atau bimbang yang berlebihan, yang boleh menyebabkan simptom fizikal seperti jantung berdebar dan sesak nafas, serta menjejaskan kualiti hidup seseorang. Apabila ia menjadi masalah yang serius, ia disebut sebagai gangguan kecemasan (anxiety disorder). 

Gambar hiasan

Perbezaan dengan rasa cemas biasa
• Rasa cemas biasa: Muncul dan hilang mengikut situasi atau pencetus, dan tidak menjejaskan kehidupan harian secara teruk. 

• Gangguan kecemasan: Rasa cemas yang intens, tidak terkawal, dan berterusan untuk tempoh yang lama (hari, minggu, atau bulan), mengganggu fungsi sosial, pekerjaan, atau pendidikan. 



Simptom umum gangguan kecemasan
• Rasa cemas atau takut yang berlebihan dan sukar dikawal.
• Jantung berdebar-debar.
• Sesak nafas.
• Gementar atau gegaran.
• Gangguan tidur.
• Sakit kepala, pening, atau sakit perut.
• Mudah lemas. 

Faktor yang menyumbang kepada gangguan kecemasan
• Trauma masa lalu seperti penderaan atau perundungan (bullying).
• Perubahan dalam aktiviti otak yang mengawal emosi.
• Ketidakseimbangan kimia di otak seperti serotonin dan noradrenalin.
• Faktor genetik, di mana risiko meningkat jika ahli keluarga mempunyai gangguan ini.
• Penggunaan dadah atau alkohol

Anxiety perlu dirawat sebelum pesakit menjadi lebih parah & mengakibatkan kemurungan (depression) atau penyakit yang lebih kronik seperti skizofrenia. Boleh baca perkongsian saya mengenai “Ibuku Skizofrenia” di entri ini:
https://saljuputihsite.wordpress.com/2019/11/24/ibundaku-skizofrenia/

Namun, ada golongan yang menyifatkan pesakit mental adalah golongan orang yang tak jaga solat, tak baca Quran atau tak berzikir. Itu adalah stigma masyarakat yang salah & paling penting untuk dibetulkan. Pernah tengok pesakit mental yang dahulunya merupakan seorang Al Hafiz? Atau seorang bilal masjid? Atau seorang cendiakawan yang cemerlang dalam pelajaran? Jika anda belum pernah jumpa, bermakna anda belum bercampur dengan masyarakat secara lebih luas & mungkin juga anda seorang yang tidak ambil cakna mengenai kesihatan mental. Jika hanya terkait dengan iman, bagaimana pula halnya dengan pesakit bukan Islam?

Apabila seseorang yang mengalami anxiety meminta nasihat dari seorang ilmuan agama atau asatizah, mereka akan dinasihati agar mengingati Allah swt, jaga solat, berzikir dan sebagainya. Nasihat itu tidak salah walaupun ia melukakan hati pesakit. Kerana asatizah menasihati mengikut kepakaran dalam bidangnya.

Amalkan doa ini

Namun, apabila pesakit mendapatkan rawatan dari doktor sakit mental atau psikiatri, doktor akan menerangkan pelbagai fungsi otak yang ada kerosakan akibat masalah-masalah yang disenaraikan di atas. Doktor akan fokus kepada bagaimana untuk membaikpulih fungsi bahagian otak yang terganggu melalui kaunseling atau ubat-ubatan. Semua ini adalah normal, kerana setiap doktor ada kepakaran masing-masing. Sama keadaannya apabila kita sakit jantung, kita akan jumpa pakar jantung. Kita juga ada pakar tulang untuk sakit tulang, pkar cancer, pakar saraf & sebagainya.

Gambar hiasan

Oleh itu, bukalah minda bahawa, berjumpa psikiatri bukan bermakna pesakit itu gila tetapi dia perlukan rawatan dari pakarnya. Anxiety boleh bersifat sementara. Sama keadaannya apabila kita macam kita demam, apabila makan ubat, kita akan sembuh.

Melalui pengalaman saya yang sedang menjalani rawatan anxiety, saya dapat rasakan banyak improvement setelah menjalani rawatan & pengambilan ubat. Saya pernah berjumpa pakar psikiatri pada tahun 2023 hingga awal tahun 2024. Saya makan ubat “ESPRAN 10mg” selama sebulan. Selepas itu, saya meneruskan rawatan hanya dengan sesi kaunseling tanpa ubat. Selepas beberapa bulan, saya menamatkan rawatan setelah rasa pulih.

Unfortunately ada banyak hal yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh 2 tahun lebih & ujian itu berturut-turut, satu demi satu. Ujian demi ujian datang bertubi-tubi & saya telah mencuba sedaya upaya untuk bertahan, tetap tersenyum kepada dunia & tidak meluah membabi buta. Saya sentiasa cuba hadapinya sendirian terlebih dahulu & jika penat berfikir saya akan minta nasihat dari guru agama saya. Saya tidak suka bercerita kepada ahli keluarga kerana tidak mahu membuatkan mereka risau & sedih. Suami juga bukanlah tempat yang sesuai untuk saya meluah. Jika anda membaca posting saya yang terdahulu di sini, saya telah cuba sedaya upaya untuk kuat & bertahan:

👇🏻👇🏻👇🏻

https://saljuputih.blog/2025/07/04/mengutip-cebisan-jiwa/

Namun, apakan daya saya sebagai seorang manusia biasa yang iman senipis kulit bawang, saya tewas. Saya tetap menunaikan solat 5 waktu, membaca Al Quran , berzikir & sebagainya namun, ia tidaklah semudah yang disangka untuk mengawal esmosi tanpa support system yang kuat. Saya hanyalah seorang wanita biasa yang perlukan belaian & kasih sayang dari orang sekeliling sama macam wanita berusia 40an yang lain.

Sebelum mendapatkan rawatan di psikiatri, saya telah mengalami simptom jantung berdebar laju, sentiasa berpeluh, lupa, resah gelisah & lain2. Paling menyusahkan ialah saya lupa banyak perkara malahan lupa nama kawan-kawan, tarikh-tarikh penting, rutin harian & amalan harian. Setelah membuat pemeriksaan jantung, ternyata jantung saya sihat & doktor menyarankan agar saya berjumpa kaunselor/psikiatrist. Selama 4 bulan selepas itu, saya cuba menenangkan diri secara alami dengan mengawal emosi, beriadah & zikrullah.

Apa sahaja yang tak saya buat?
Solat hajat, membaca Ratib Al Attas, membaca Selawat Tafrijiyyah, membaca Selawat Jibril, zikir Ya Latif dan lain-lain. Bukanlah dengan niat menunjuk-nunjuk amalan, tetapi itulah yang telah saya usahakan. Saya juga telah cuba healing ke pantai, beriadah/senaman, bercuti & sebagainya.

Doa menghilangkan Anxiety

Malangnya, kadar anxiety menjadi semakin teruk sehingga mengakibatkan saya:
1. Rasa rimas dalam keramaian/majlis. Badan akan jadi berpeluh2. Padahal dulu saya suka ke majlis ilmu malahan saya jadi penganjur majlis,
2. Kerap sakit kepala, bahu, perut, demam, sakit sendi & telinga sentiasa berdesing,
3. Mudah berpeluh & rasa panas terutamanya bila ada sesuatu yang membuatkan saya trigger, cthnya mmbc/menonton hal2 yang berkaitan yang pernah menyakitkan hati. Jantung juga berdebar kencang. Saya dah jalani full medical check up jantung ketika saya belum di diagnose sebagai anxiety. Boleh baca sharing saya di posting ini:

Mengutip Cebisan Jiwa


4. Mood tak stabil. Tiba-tiba rasa sedih & menangis tanpa sebab.
5. Cepat marah & gagal mengawal aksi spontan ketika marah.
6. Mudah terkejut & sentiasa rasa takut/tak selamat walau di mana saya berada terutamanya di rumah sendiri. Akibat trauma akan sesuatu hal yang pernah berlaku dulu. Paling takut mendengar pintu terhempas.
7. Rasa malas & hilang minat untuk buat aktiviti yang dahulunya saya suka. Menghadap komputer juga akan membuatkan saya rasa stress walhal itu adalah kerja yang biasa saya buat selama puluhan tahun.
8. Rasa tak selamat di rumah & sentiasa rasa nak keluar/lari dari rumah. Rumah is not my “Home Sweet Home”. Saya rasa my husband is not my protector anymore.
9. Rasa tak percaya kepada sesiapa pun. Kadang2 muncul overthinking yang membuatkan saya rasa orang nak anianya saya (walhal tak pun…)
10. Lupa. Paling menyedihkan, saya lupa bacaan amalan harian yang telah saya amalkan selama bertahun-tahun. Saya lupa doa selepas solat, saya confius sama ada saya dah solat atau belum, saya lupa cara baca zikir harian sehingga menyebabkan saya ambil masa berhari-hari untuk hafal semula, saya lupa semua nombor akaun peribadi atau syarikat & sebagainya. Pernah juga drive & lupa jalan. Beberapa kali pusing di jalan yang sama, stop sekejap & fikir semula saya sebenarnya nak ke mana.

10. Gerd – Masalah angin di perut, batuk & muntah-muntah.

Setelah menjalani sesi kaunseling, doktor menyarankan saya makan ubat. (Hovid-Escitalopram 10mg & Atenolol Normaten 50mg). Menurut doktor, fungsi Hipokampus saya mengalami sedikit kerosakan akibat pelbagai tekanan yang saya lalui sejak beberapa tahun kebelakangan ini & ada banyak “Anger Issues” yang saya alami. Kini saya faham, bagaimana permulaannya ibu saya mendapat skizofrenia. Bermula dari anxiety yang tak dirawat & akhirnya membawa akibat yang berkekalan kepada fungsi otak.

Ubat-ubatan anxiety

Hipokampus ialah struktur otak berbentuk seperti kuda laut yang terletak di lobus temporal dan memainkan peranan penting dalam memori dan pembelajaran. Ia berfungsi untuk menukar memori jangka pendek kepada jangka panjang, menyimpan memori tentang fakta dan peristiwa (memori eksplisit), serta memori tentang lokasi atau laluan (memori spasial). Kerusakan pada hipokampus boleh menyebabkan kehilangan memori yang serius.

Fungsi Utama Hipokampus
• Pembelajaran dan Memori: Mengolah dan menyimpan maklumat baharu serta menukar memori jangka pendek kepada jangka panjang.
• Memori Spasial: Membantu dalam orientasi dan navigasi, contohnya mengingati arah ke rumah atau laluan tertentu.
• Memori Eksplisit: Terlibat dalam ingatan fakta dan peristiwa yang boleh dinyatakan secara sedar.
• Sistem Limbik: Merupakan bahagian daripada sistem limbik yang terlibat dalam emosi, motivasi, dan tingkah laku. 

Kesan Kerosakan Hipokampus
• Masalah Ingatan: Kesukaran membentuk memori jangka panjang baharu, walaupun memori lama mungkin masih dapat diingati.
• Kehilangan Orientasi: Kesukaran mengenali tempat dan mengikuti arah.
• Penyakit: Kerosakan hipokampus sering dikaitkan dengan penyakit seperti penyakit Alzheimer, demensia, dan epilepsi. 

Gambar hiasan

Apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Anxiety bukan tiba2 wujud. Ia berlaku setelah seseorang itu memendam rasa terlalu lama. Berbulan-bulan, setahun atau 2 tahun bergantung kepada daya tahan individu itu sendiri.

Antara faktor utama saya mendapat anxiety ialah saya menyimpan/menahan kemarahan & tekanan melampau secara sendirian, terlalu lama (2 tahun lebih). Bermula dari:
1. masalah rumah tangga,
2. mental torture ketika rumah tangga bermasalah,
3. kehilangan kepercayaan kepada orang terdekat (suami, kawan, ex-staff)
4. tekanan akibat ibu kandung yang tiba-tiba kanser kulit ketika sedang bergelut dengan mengalami masalah rumah tangga,
5. ketika dalam proses membaikpulih rumah tangga, saya dipertanggungjawabkan menjaga mak mentua yang sakit tanpa bantuan/sokongan suami/ipar untuk menguruskan mak mentua contohnya mandikan, sediakan makanan, berjaga malam, bersihkan bilik tidur mak mentua disamping melakukan kerja-kerja rumah yang lain (tulang belakang saya tak kuat & saya minta suami carikan maid tetapi Allah swt belum izinkan),
6. tidak mendapat support & tiada pembantu untuk melakukan kerja rumah asas seperti laundry, memasak, mengemop lantai & sebagainya,
7. Terluka/kecewa akibat di sindir/diejek oleh ipar duai yang tidak mahu membantu menjaga mak mentua. Tiada giliran menjaga mak mentua, sedangkan saya juga menjaga ibu kandung yang skizofrenia & saya masih bekerja,
8. terpaksa bekerja semula setelah syarikat dianiaya oleh pekerja/sahabat suami & semua pekerja resign serentak, suami serahkan 90% urusan untuk saya urus/selesaikan pelbagai masalah syarikat,
9. Saya adalah tempat adik-beradik meluah & mengadu masalah.

Doktor memberitahu bahawa tubuh saya sudah tidak mampu menanggung beban yang saya galas. Tubuh/fizikal jadi penat akibat kerahan tenaga yang saya lalui & perasaan marah yang saya pendam. Akhirnya ia mengakibatkan saya kerap demam & sakit sendi.

Saya tidak punya tempat mengadu atau meluahkan perasaan. Saya tidak ada ayah, abang, kakak atau family yang menjadi suppot system saya. Walaupun ada ibu, ibu saya skizofrenia, sudah tentulah beliau bukan tempat saya mengadu nasib. Saya menghadapi segalanya bersendirian.

Tambahan pula, rentetan dari isu rumah tangga, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk meneruskan hidup bersama orang yang pernah melukai & mengguris hati saya. Segala kepercayaan mungkin susah untuk kembali lagi. Walaupun beliau telah meminta maaf & melayan saya dengan baik sekarang, segala trauma tidak mudah dihilangkan & segala kenangan pahit tak dapt dipadam dari memori sebegitu mudah. Seikhlasnya, saya maafkan but “DAMAGE HAD BEEN DONE”. However, I’m trying so hard to rebuild the relationships 😔😔😔.

Memaafkan tetapi tidak melupakan

Namun, hal ini tak dapat difahami oleh sesiapa pun selagi mereka tidak melaluinya. Malahan, mereka akan berkata “Kau tak redho dengan takdir” atau “Kau tak ikhlas memaafkan” atau “Kau tak beriman” atau “Kau tak terima qada & qadar” dan banyak lagi ayat-ayat begitu yang dilemparkan. Hanya Allah swt yang Maha Tahu apa yang tersirat dihati saya.

VIDEO: Belajarlah ilmu takdir. Jangan menyalahkan takdir atas kesalahan kita. Solat istikharah & minta pendapat orang berilmu sebelum buat keputusan.

It’s not easy to live in the house di mana kamu masih boleh nampak dengan jelas akan segala pertelingkahan yang pernah berlaku. Itulah sebabnya saya sentiasa rasa ingin keluar/pindah dari rumah tersebut. Saya masih tak dapat padamkan memori itu.

Begitulah….hidup seorang anxiety yang tidak difahami oleh sesiapa pun melainkan orang yang melaluinya atau pun doktor psikiatri.

Alhamdulillah, sekarang saya masih menjalani sesi kaunseling bersama doktor sakit mental & saya rasa lega kerana ada pendengar & penasihat bertauliah. Sedikit sebanyak, doktor mengajar saya untuk melepaskan beban di bahu & menjalani hidup dengan lebih tenang. Ubat-ubatan yang diberikan membantu saya tidur lebih awal & lena. Walaupun masih banyak effect anxiety yang belum pulih, saya percaya saya akan sembuh secara perlahan-lahan. Doktor sentiasa follow up & bertanya khabar. Saya rasa sedikit tenang.

Saya lebih suka bersendirian di pantai atau bersama anak-anak

Saya berharap, perkongsian ini membuka mata & minda masyarakat bahawa anxiety bukan sengaja di buat-buat. Kami, sebagai pesakit tidak pernah meminta untuk menghadapi semua ini. Tetapi Allah swt memilih kami supaya kami lebih mendekatkan diri kepada Nya. Allah swt juga memberitahu saya bahawa manusia bukanlah tempat untuk bersandar, sesiapa sahaja boleh melukakan perasaan kita. Luka yang disebabkan oleh orang tersayang adalah luka yang paling tajam & mungkin tidak akan sembuh. Bersandarlah hanya kepada Allah swt & fokus jaga kesihatan mental dengan tidak menafikan kepakaran pakar dalam bidang psikiatri.

Kepada mereka yang tega melukai hati & perasaan orang lain, sama ada dengan perbuatan atau kata-kata, ingatlah dunia ini berputar. Jika mangsa kalian tidak membalas, Allah swt pasti berikan balasan melalui orang lain atau cara Nya. Bersihkanlah hati. Ingatlah bahawa Allah swt itu tidak tidur & doa orang yang kalian anianya itu tiada hijabnya.

Buat semua penghidap anxiety, sayangi diri sendiri sebelum kita sayangi orang lain. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan psikiatri. Kita bukan gila, kita cuma perlukan rawatan yang betul. Percayalah, tidak ada orang yang benar-benar menyayangi kita setulusnya lebih dari kita sendiri. Kita jaga kita!

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Selasa, 11.11.2025

Catatan Seorang Caregivers

(Part 2)

Assalamualaikum warahmatullah

Hari ni (Isnin 3.11.2025) sudah masuk hari ke 14 umi (mak mentua) berada di hospital. Selain dari masalah penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi & penyakit-penyakit yang sedia ada, jantung & darah umi dijangkiti kuman. So kali ini, doktor tidak mengizinkan umi balik selagi masalah kuman tak diselesaikan.

Ini mengingatkan saya ketika umi mula-mula jatuh sakit pada tahun 2019. Lebih dari 2 minggu saya & anak perempuan menemani umi di hospital. Selepas itu, kami menjaga umi di rumah hampir 6 bulan sehingga umi betul-betul pulih ingatannya. Ketika itu, umi hilang ingatan akibat kekurangan garam dalam badan & lebihan gula. Pada masa itu, buah pinggang umi hanya rosak kurang dari 20%. Sekarang dah total “fail”.

Umi di Sultan Ahmad Shah Medical Centre Kuantan

Ironinya, umi kelihatan lebih segar berada di hospital & lebih berselera makan. Setiap kali saya datang pada waktu melawat tengah hari, umi sedang menikmati makan tengahari & ada sisa kuih-muih yang dibeli pada waktu pagi. Mungkin kerana di hospital ada ramai orang keliling berbanding di rumah, umi makan seorang diri.

Namun, dapat saya amati bahawa ingatan umi semakin merosot. Ada banyak hal yang umi lupa contohnya hari & masa. Terutamanya jika tidak diingatkan untuk solat. Saya berharap, umi solat 5 waktu di hospital.

3 hari lepas, ketika saya datang berziarah, umi menceritakan perihal beliau dimandikan oleh nurse setiap hari pada jam 5 petang. Katanya nurse tak benarkan umi ke bilik air sendirian, so umi kena tunggu nurse mandikan. Saya rasa gembira dengan servis yang disediakan oleh pihak hospital.

Ziarah bersama Pn Ida, jiran setaman

Semalam saya datang bersama suami. Sewaktu kami tiba, umi sedang tidur.

“Ummi demam ke?” Tanya saya tatkala umi bangun dari tidur.

“Tak la…” Jawab umi.

Ironinya, ketika abang ipar tiba, beliau memaklumkan yang umi demam kerana tidak mandi beberapa hari. Kemudian dimandikan sebanyak 2 kali pada hari ini untuk menyejukkan badan umi.

Hahaha….apakah cerita umi dimandikan setiap hari pada jam 5 petang itu benar?

Ziarah umi (Ahad 2.11.2025)

Sebenarnya, bagi sesiapa yang dah biasa menjaga orang tua, mereka akan faham tentang halusinasi. Ketika berada di rumah, umi juga sering bercerita kepada tetamu tentang hal-hal yang tidak berlaku contohnya umi tak makan berhari-hari, ada tetamu yang datang ziarah walhal tiada, umi tak pergi dialisis, umi warded selama 8 hari walhal hanya sehari & sebagainya. Tambahan pula, seperti yang telah saya tulis di awalnya, umi dah ada history hilang ingatan sementara pada tahun 2019.

Halusinasi adalah gangguan persepsi yang membuat seseorang mendengar, merasa, mencium, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Pada kondisi tertentu, halusinasi dapat mengakibatkan ancaman pada diri sendiri dan orang lain, contohnya ibu kandung saya yang menghidap skizofrenia.

Penyebab Munculnya Halusinasi

Halusinasi muncul akibat pelbagai faktor. Berikut ini adalah beberapa faktor paling umum yang dapat menyebabkan halusinasi:

  • Gangguan kejiwaan, seperti skizofrenia, delusi, demensia, dan depresi berat dengan gejala psikosis
  • Gangguan saraf dan otak, seperti penyakit Parkinson, migrain dengan aura, delirium, stroke, epilepsi, dan penyakit Alzheimer
  • Banyak mengambil alkohol dan ubat-ubatan terlarang, seperti kokain, amfetamin, dan heroin
  • Demam, terutama pada kanak2 atau orang tua
  • Gangguan tidur, seperti narkolepsi
  • Penyakit berat, seperti kegagalan fungsi ginjal atau gangguan hati stadium lanjut, HIV/AIDS, kanser otak
  • Cedera dibahagian kepala yang parah
  • Gangguan elektrolit, misalnya hiponatremia dan hipomagenesemia iaitu kondisi ketika kadar magnesium dalam darah berada di bawah batas normal, yaitu di bawah 1.8 mg/dL.
  • Efek pengambilan ubat-ubatan.

Ahad, 26.10.2025

Selain dari pesakit inginkan perhatian dari keluarga, mereka mengalami halusinasi. Ini adalah perkara biasa sekiranya di rumah, mereka mengadu tidak diberi makan oleh caregivers, selalu dimarahi, tidak dimandikan dan sebagainya. Hanya caregivers yang tahu keadaan sebenar. Sebab itu, pelawat atau ahli keluarga lain yang tidak menjaga pesakit tidak berhak untuk judge caregivers sembarangan.

Mereka sepatutnya menghargai penat lelah caregivers yang memberi perhatian penuh kepada pesakit. Malahan, ada ramai caregivers yang burnt out akibat ketidakcaknaan ahli keluarga yang lain dalam menyantuni pesakit. Terutamanya jika tiada giliran adik-beradik dalam menjaga mak/ayah yang sakit & tiada support dari segi kewangan.

Video; Pertanyaan umum

Maka tidak hairanlah jika ada caregivers yang tidak sanggup menjaga pesakit yang sudah tua atau nyanyuk. Caregivers akan sentiasa rasa dipinggirkan, difitnah oleh pesakit atau timbul perasaan tidak dihargai oleh pesakit. But, as a caregivers…kita hanya perlu abaikan semua itu bcoz kita ada ilmu, kita faham kondisi pesakit.

Saya bersyukur kerana umi mendapat rawatan yang baik di hospital. Jika di rumah, pemakanan umi tak dapat dikawal dengan baik akibat kedegilan umi sendiri & saya tidak dapat memantau pemakanan umi ketika saya keluar bekerja. Malangnya, saya tiada pembantu rumah untuk membantu saya menguruskan umi. Saya sentiasa berdoa, Allah swt buka pintu hati suami saya untuk mengambil pembantu rumah. Amin🤲🏻 hehehee 😁😁😁

Video: Susu umi berharga lebih kurang RM108.00/tin

Jika umi warded, anak/menantu yang lain akan datang lebih kerap melawat & menemankan umi berbanding ketika umi di rumah kami. Anak-anak juga akan lebih cakna tentang keperluan umi semasa di hospital. Ini memberikan ruang untuk saya berehat & boleh fokus kepada urusan kerja, diri sendiri & hal-hal lain.

Tidaklah bermakna saya tidak sudi menjaga umi, cuma sebagai manusia biasa, saya juga perlu waktu untuk diri sendiri. Hal ini tidak pernah diberi perhatian oleh sesiapapun, selama umi saya menjadi caregiver. Harap-harap tiada yang salah faham akan hal ini.

Semoga dipermudahkan rawatan umi & diberi syifa oleh Allah swt. Segala yang terbaik adalah dari Allah swt & yang cela itu adalah dari kita sendiri. Kita terima dengan redho.

Sayangilah ibu bapa ketika mereka masih hidup.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

(Isnin, 3.11.2025)

#Penulis

#Usahawan

#DutaAsiaEbookMSGA

#SeniorAdvisorMSGA

SOLAT JAMAK AL-SURI

(Khusus untuk pesakit/keadaan darurat)

Assalamualaikum warahmatullah

Posting berkenaan solat jamak al suri ini telah saya publish di FB saya (Zan Aizan) pada 12 Oktober 2024. Tetapi, untuk memudahkan rujukan kepada caregivers yang tiada FB, saya ulangsiar di blog ini.

Botol Air (spray) untuk ambil wuduk

Antara keindahan & anugerah yang Allah swt sediakan untuk pesakit & orang yang uzur atau dalam keadaan darurat adalah solak jamak al suri.

Boleh dilakukan solat jamak sekiranya terdapat keuzuran yang membolehkannya. Sakit itu adalah satu keuzuran dan bila terdapat kepayahan maka dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan solatnya. Ini merupakan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ishak.
[Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/218]

Sakit itu adalah satu keuzuran dan apabila terdapat masyaqqah (kepayahan atau kesulitan) dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan di antara dua solat.

Solat jamak al suri adalah solat yang dilaksanakan seolah-olah jamak tapi sebenarnya pada waktu yang berlainan.

Contohnya:
Solat Zohor di hujung waktu zohor & setelah siap solat zohor, masuknya waktu asar. Dalam keadaan wuduk yang masih belum terbatal, pesakit segera melaksanakan solat asar sebaik sahaja masuk waktu. Sama keadaannya bagi solat Maghrib & Isyak.

Oleh yang demikian, penjaga pesakit hendaklah membantu pesakit agar solatnya terjaga. Jika pesakit tak mampu mengambil wuduk, sediakan spray agar pesakit tak perlu turun dari katil untuk mengambil wuduk. Pesakit juga boleh bertayamum sekiranya terpaksa.

Jika pesakit terpaksa solat dalam keadaan baring, penjaga boleh bantu pesakit dengan bacaan2 dalam solat agar pesakit tak lupa bahawa beliau sedang di posisi apa contohnya sedang rukuk, i’tidal & sebagainya. Apabila solat baring, hanya gerakan mata yang dilakukan, kemungkinan pesakit akan lupa beliau sedang dalam posisi apa (rukuk atau sedang sujud).

Penjaga pesakit tolong spray wuduk

Sebagai contoh umi (mak mentua saya) yang sedang sakit, seboleh2nya beliau cuba solat duduk kerana jika beliau solat baring (menggunakan gerakan mata) beliau akan tertidur. So kalau saya sedang baca bacaan ketika sujud, gerakan mata umi memandang ke bawah, dikhuatiri pejam & terus lena hahaha.

Solat duduk. Sebaiknya katil diletakkan mengikut arah kiblat.

Beberapa tahun dulu, ketika mak saya mengalami enzima yang teruk, beliau juga melakukan solat jamak suri akibat kulit beliau yang tak boleh terkena air dengan kerap. Tetapi, dek kerana mak menghidapi skizo (orang skizo susah menukar jadual hidup), maka sekarang, walaupun mak dah sembuh dari enzima, mak masih melakukan solat jamak suri hehehe. Apa2 pun saya bersyukur sebab mak tak lupa untuk solat, walaupun bagi pesakit mental, solat bukan lagi kewajipan bagi mereka.

VIDEO: Ajarkan pesakit bacaan dalam solat

Penjaga pesakit perlu bersabar dalam menguruskan pesakit. Antara hikmahnya ialah, penjaga pesakit perlu solat di awal waktu kerana selepas itu, dia perlu bantu pesakit untuk solat. Jangan sampai penjaga yang tak sempat solat udah laaaa….

Solat itu adalah ibadah yang sangat dituntut. Ia tiang agama. Sebab itu, kita tak boleh meremehkan hal solat walaupun sakit.

Keterangan lanjut boleh dibaca di link ini:👇🏻

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1550-irsyad-al-hadith-ke-4-hadith-ibn-abbas-mengenai-jamak-solat-tanpa-musafir

Begitulah indahnya Islam. Sentiasa ada jalan agar solat terpelihara.

Jika penjaga pesakit bekerja & tiada di rumah pada waktu solat, usahakan untuk mencari orang yang boleh datang bantu ambilkan wuduk kepada pesakit. Tidak semestinya adik beradik atau saudara terdekat. Kita boleh minta tolong jiran, kawan-kawan, AJK surau terdekat, atau hire nurse berbayar.

VIDEO

Semoga Allah swt kurniakan kefahaman & kesabaran buat sesiapa sahaja yang sedang menjaga pesakit. Banyakkan zikrullah agar hati & emosi tenteram.

Posting ini hanyalah sebagai salah satu jalan untuk saya berkongsi ilmu kepada penjaga pesakit.
Saya juga ingin abadikan kenangan & ilmu agar anak2 saya dapat rujuk di sini sekiranya saya yang sakit di hari tua nanti.

Tiadalah niat menunjuk2 bahawa sayalah yang TERPALING menjaga mak mentua yang sedang sakit. Maafkan saya.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
Sabtu, 12.10.2024

#Usahawan

#Penulis

#DutaAsiaEbookMSGA

#SeniorAdviserEbookMSGA

BAHAGIA ATAU DERITA?

Assalamualaikum warahmatullah

Pertama sekali saya tegaskan; saya bukan lawyer syariah atau keunselor rumah tangga.

Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri & pengamatan melalui pengalaman orang lain yang datang berjumpa saya untuk meminta khidmat nasihat atau sekadar menjadi pendengar kepada masalah rumah tangga mereka. Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 24 tahun & dikurniakan 4 orang cahaya mata. Dari segi ilmu rumah tangga yang sakinah, mawaddah, warahmah, saya rasa saya belum mempunyai rumah tangga yang sesempurna itu. Ada banyak onak duri yang telah & sedang dilalui.

Sebagai info tambahan, saya dibesarkan dalam family yang kucar-kacir & akhirnya menyebabkan ibu saya mengalami masalah mental (skizofrenia). Akibat dari seorang ayah yang baran & ada banyak masalah lain & ibu yang bertahan selama 23 tahun demi anak-anak. Tetapi saya sedaya upaya cuba membina jati diri saya supaya tidak terikut-ikut dengan persekitaran negatif sebagaimana saya dibesarkan. Sedaya upaya saya cuba baiki diri & membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang & didikan agama yang semampunya.

Boleh tonton perkongsian mengenai perjalanan hidup saya bersama ibu yang skizo & bagaimana beliau mula mendapat skizo di link youtube ini:

https://youtu.be/QMuBDQUso6U?si=TAAoK4mjebQWiJH-

Kepada pembaca blog ini; sama ada anda setuju atau tidak dengan nasihat/pandangan saya, itu adalah pilihan masing-masing. Tiada paksaan untuk menerima pendapat ini, membenarkan atau menidakkannya. Berlapang dada & sebelum membuat sebarang keputusan, mohonlah petunjuk dari Allah swt terlebih dahulu. Saya tidak bertujuan menggalakkan perceraian tetapi lebih kepada ingin menyelamatkan susuk tubuh seorang wanita yang tangannya mampu menggoncang dunia.

Dalam beberapa tahun ini saya kerap didatangi oleh ibu/isteri muda (lingkungan usia 20an-30an), yang baru mendirikan rumah tangga & mempunyai anak-anak yang masih kecil. Mereka meminta khidmat nasihat tatkala terasa lelah menghadapi kerenah suami yang pelbagai kategori. Antaranya:

  1. Kaki pukul atau psiko (rosakkan mental dengan percakapan/perbuatan contohnya pecahkan barang ketika marah, hempas pintu, mengherdik, menghina, menyumpah-nyumpah, menghina ahli keluarga, membanding-banding isteri dengan orang lain & sebagainya).
  2. Kaki judi/game on9.
  3. Terlibat dengan dadah/jenayah
  4. Malas bekerja ataupun tidak membantu kerja rumah/jaga anak.
  5. Curang atau kaki perempuan/berzina
  6. Peminjam ALONG/CETI HARAM.
  7. Culas dalam memberi nafkah.
  8. Berpoligami secara sembunyi & menyakiti hati isteri yang sedia ada apabila rahsia terbongkar.

Hal ini bukanlah baru dialami selama 1 bulan atau 2 bulan perkahwinan, tetapi telah melayari bahtera perkahwinan antara 5-15 tahun.

Video: Ceramah pendek dari Gus Dewa

Pertama sekali, apabila diutarakan tentang perasaan sedih, marah, kecewa seorang isteri, saya akan bertanya;

“SEKARANG NI APA YANG KAMU NAK?

NAK TERUSKAN PERKAHWINAN ATAU NAK TAMATKAN? “

Hanya ada dua pilihan.

Mostly jawapan mereka ialah:

“Saya masih sayangkan suami saya”

Ataupun

“Saya nak bercerai tapi saya kesian kat anak2 saya”

Ataupun

“Saya tak nak bercerai, tapi saya nak suami saya berubah”

Begitulah….antara jawapan dari para isteri yang masih bersabar walaupun hatinya telah terluka. Ada juga yang was2, tak tahu apa yang mereka nak.

Mana-mana jawapan yang diberikan, saya tidak akan terus menyarankan mereka bercerai. Usahakan dulu dengan langkah-langkah berikut:

PERTAMA!

Saya bertanya:

1. Lihat dirimu, dah tutup aurat dengan sempurna? cukupkah solatmu, puasamu & amal ibadah wajibmu.

2. Bagaimana amalan sunatmu?

3. Bagaimana cara bercakap/melayan suami, ibu bapa & mentua?

Jika semuanya ok. Maka tambahlah amalanmu. Sebelum mengubah suamimu, ubah dirimu dahulu. Jika sudah sampai ke tahap stress melampau, saya akan minta mereka lakukan amalan ini:

  1. Solat taubat, tahajjud, dhuha, istikharah & hajat setiap hari. Sebaiknya lakukan solat hajat cara Imam Ghazali atau Dato Dr Ismail Kamus seminggu sekali (seperti dalam gambar).
  2. Baca Al Quran setiap hari.
  3. Solat istikharah selama 40 hari untuk meminta petunjuk dari Allah swt sebelum membuat sebarang keputusan.
  4. Istighfar, bertasbih & berselawat sekurang-kurangnya 1000 kali sehari. Paling mudah untuk dibaca ialah Selawat Jibril.
  5. Baca Selawat Tafrijiyyah sebanyak 4444 kali (ikut tempoh kemampuan masing-masing)
  6. Baca zikir “Ya Latif” sebanyak 33,333 kali (ikut tempoh kemampuan masing-masing)
  7. Baca Ratib Al Attas setiap hari atau sebanyak 41 kali (jika mampu).
  8. Dapatkan khidmat nasihat dari orang alim/ilmuan agama/guru yang mursyid/lawyer syariah.
  9. Hadir ke majlis ilmu at least seminggu sekali.

Tenangkan diri & fokus dengan zikrullah, ia membantu mengurangkan kecelaruan emosi. Nak buat semua nasihat PERTAMA mungkin ambil masa 40 hari ke 3-4 bulan. Bergantung kepada tekad anda untuk merayu bersungguh-sungguh dengan Allah swt sebelum meneruskan ke nasihat KEDUA. Jika anda telah bersabar 5 ke 15 tahun, takkan tak boleh bersabar lagi beberapa bulan, berbicara dengan Allah. Bukankah begitu?

Solat Hajat Khusus Untuk Hajat Besar

KEDUA!

Sekiranya semua yang di atas telah dilakukan tetapi anda masih rasa tersiksa dengan kehidupan rumahtangga anda, maka move to next step.

  1. Sekiranya suami menyakiti dari sudut fizikal/pukul ataupun merosakkan emosi (psikologi), maka pergilah ke balai polis untuk buat report demi keselamatan diri & anak. Report tersebut boleh digunakan di mahkamah syariah sekiranya perlu.
  2. Bagi isteri yang sudah burnt out akibat keganasan rumah tangga, segera dapatkan khidmat kaunseling di Jabatan Psikiatri. Ia penting untuk memelihara mental dalam membesarkan anak2. Ia juga boleh digunakan untuk permohonan fasakh, jika terkait.
  3. Mengadu ke pejabat agama atau failkan kes ke mahkamah syariah. Sebelum memfailkan cerai, failkan dahulu permohonan rundingan/kaunseling rumah tangga. Jika gagal mendapat kesepakatan…buat tuntutan nafkah bagi semua anak dibawah usia 18 tahun. Bagi isteri yang dipoligamikan secara rahsia, buat tuntutan harta sepencarian, nafkah isteri & nafkah anak-anak. Jangan biarkan pengkhianatan suami memakan diri anda. STAND FOR YOUR RIGHT! Tiada istilah malu atau membuka aib jika anda ke mahkamah kerana di situ adalah tempat yang betul untuk menyelesaikan masalah.
  4. Jika mampu, hire lawyer atau jika tak mampu pergilah ke Biro Guaman untuk membuat tuntutan fasakh atau tebus talak sekiranya anda teraniaya/digantung tak bertali/tak cukup nafkah zahir & batin. Setakat hari ini (tahun 2025) bayaran biro guaman adalah RM800.00.

Tak perlu mengadu di media sosial. Usahakan agar aibmu tidak dibuka. Barangkali apabila masalah anda selesai, anda akan bahagia semula & apa yang anda share di media sosial sudah tak boleh dipadam akibat di share/save oleh nitizen walaupun anda bukan selebriti.

Namun, masalah terbesar ialah dengan pendirian si isteri itu sendiri. Ada isteri yang tidak mahu melakukan nasihat PERTAMA tetapi terus menerus mengharapkan perubahan dari pihak suami. Ia agak susah…kerana anda sepatutnya yakin dengan ayat-ayat Allah bahawa itulah yang paling power dalam melembutkan hati suami & isteri. Paling tidak, melembutkan & menenangkan hati si isteri itu sendiri.

Masalah seterusnya ialah, si isteri tidak bersedia melakukan nasihat KEDUA. Mereka memberi alasan:

  1. Kesian kat anak kalau bercerai.
  2. Malu
  3. Takut suami jadi lagi ganas. Padahal isteri akan dilindungi setelah ada pengaduan ke mahkamah. Ada kes yang si isteri boleh mohon dipisahkan tempat tinggal sementara prosiding mahkamah berjalan.
  4. Tak bersedia jadi janda terutamanya suri rumah. Mereka bimbang akan masalah kewangan, tempat tinggal & nafkah anak-anak. Mereka belum sampai tahap percaya bahawa rezeki itu dari Allah swt, bukan dari suami. Mereka perlu tingkatkan ilmu tauhid!

Beberapa hal yang harus difahami ialah, walaupun perceraian adalah sesuatu yang Allah swt benci tetapi ia bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan dalam Islam. Boleh baca di link ini mengenai status hadith mengenai talak: 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2334-irsyad-al-hadith-siri-ke-256-talak-menggegarkan-arash-dan-dimurkai-allah

Apa yang nak saya tekankan ialah, ibu bapa yang membesarkan anak dalam rumah tangga toksik adalah lebih bahaya & merosakkan masa hadapan anak-anak. Saya sangat TIDAK BERSETUJU jika ada seorang isteri/ibu yang mempertahankan rumah tangga semata-mata kerana anak. Sedangkan anak-anak menyaksikan ibunya dipukul, dihina, diherdik, atau menangis saban hari akibat perbuatan ayahnya. Keadaan ini akan membuatkan emosi anak tercalar bahkan membenci ayahnya.

Trauma zaman kanak-kanak (childhood trauma) akan membuatkan anak-anak membesar dalam keadaan tidak sihat. Ada kemungkinan membuatkan anak yang kurang kasih sayang menjadi homoseksual (suka kepada sama jenis), menjadi kasar/ganas/baran, tidak mahu berkahwin, membenci ibu bapanya kerana membiarkan mereka membesar dalam keadaan begitu. Anak akan lebih mudah mencari tempat meluahkan perasaan kepada orang luar & wujudlah pelbagai masalah sosial.

Paling menyedihkan, apabila anak perempuan berkahwin & mendapat pasangan yang tidak faham akan traumanya & mempermainkan traumanya. Menyindir atau menjadikan ia satu bahan untuk menyakiti hati isteri. Semua itu akan merosakkan emosi si anak yang sedaya upaya cuba percaya bahawa rumah tangga bahagia itu wujud. Tetapi akhirnya dia dikecewakan jua. Ini mengakibatkan mereka hilang kepercayaan kepada lelaki atau institusi kekeluargaan.

Tolong buka minda anda, bahawa ada ramai wanita yang diceraikan atau menjadi balu akibat kematian suami mampu hidup sendiri malahan lebih bahagia membesarkan anak dengan tangan sendiri. Tetapi ada ramai wanita naif yang mati di tangan suaminya.

Ada isteri yang cuba membawa kes ke mahkamah syariah tetapi dihidu oleh suaminya, lalu suaminya memujuk dengan ayat-ayat simpati supaya tidak meneruskan kes. Maka, nasihat saya; STOP BEING SO NAIVE! Selagi tidak difailkan, suami takkan berubah mengikut perintah mahkamah. Anda perlukan orang berautoriti untuk menasihati suami yang ego. Terutamanya jika anda tiada ibu bapa, abang, bapa saudara atau keluarga yang mampu membela anda. TOLONG JANGAN PERCAYA DENGAN PUJUK RAYU LELAKI YANG MEROSAKKAN HIDUPMU! Orang yang anda cintai itu sedang memanipulasi diri anda kerana dia tahu kelemahan anda.

Kenali ciri-ciri yang ada pada pasangan anda

INGAT! CINTA ITU BUTA & MEMBUTAKAN!

Jika anda sudah sangat sakit akibat makan hati, terpaksa bergolok-bergadai barang kemas, kereta & semua harta milikanmu tetapi masih mengharapkan simpati dari suami, anda sebenarnya terperangkap dengan harapan & cinta palsu. Maka, buka minda & melangkahlah. Bina bahagiamu sendiri.

Islam tidak mengajar kehidupan rumah tangga itu adalah rumah tangga yang dibina untuk merosakkan seorang wanita. Lelaki sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri & anak2nya. Islam itu indah. Rumahtangga sepatutnya membahagiakan & kebahagiaan itu dibawa hingga ke syurga.

Isteri perlu taat kepada suami tetapi bukan taat membabi buta. Fahami tujuan berumah tangga & tanggungjawab sebagai suami & isteri.

Wahai para isteri yang dianiaya….

Hari ini, kita menyaksikan kekejaman dunia akibat ketiadaan ilmu agama yang baik & iman yang nipis. Berapa ramai isteri yang dibunuh, dijual sebagai pelacur, dirosakkan mentalnya sehingga gila, dicederakan dan sebagainya akibat mempunyai suami yang ego & tidak menyayangi isterinya.

Bangkitlah!

Berhenti menyalahkan diri sekiranya anda sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepenuhnya walaupun tidak sesempurna isteri para Nabi ﷺ. Ia bukan salah anda jika anda tidak mengahwini suami yang qawwam.

Hargai diri sendiri. Cari bahagia tanpa mengharapkan suami yang sememangnya tidak mencintaimu dari hati. Dia sekadar mencintaimu di bibir & untuk kepuasan seks semata-mata.

Fahami agama mengenai ilmu rumah tangga. Hadirlah ke majlis ilmu, cari guru yang mursyid supaya anda faham bahawa tuntutan sebenar dalam rumah tangga ialah seperti yang digariskan dalam Al Quran & Sunnah.

Jangan jadi mangsa keadaan semata-mata kerana malu menjadi janda & rasa tak yakin untuk hidup tanpa suami. In shaa Allah, mudah2han Allah akan gantikan dengan suami yang lebih baik.

Paling penting, jangan pula anda merosakkan atau mengganggu rumah tangga orang lain setelah status anda bertukar menjadi “ibu tinggal”. Hormati perasaan sesama wanita.

Setakat ini dahulu coretan & nasihat saya kepada isteri-isteri yang teraniaya (bukan isteri yang dengan sengaja mencari sebab untuk berpisah atau isteri yang curang/nusyuz). Fahami betul-betul apa yang ingin saya sampaikan. Pilihan adalah di tangan anda.

NAK BAHAGIA ATAU NAK DERITA?

Tepuk dada tanya iman & diri sendiri.

Bagi isteri yang diratukan oleh suami, bersyukurlah. Jangan kufur nikmat.

Diakhirnya, saya ulang sekali lagi saya bukan lawyer syariah atau perunding rumah tangga/kaunselor. Saya hanya insan biasa yang terbiasa dengan dugaan hidup yang pelbagai dari kecil hingga sekarang. Pengalaman mendewasakan saya.

Nasihat ini mungkin kelihatan jahat, tetapi inilah realiti hidup seorang wanita yang teraniaya. Saya simpati kepada mereka. Saya ingin mereka bangkit & kuat membina hidup agar lebih bermakna. Bahagia beribadah kerana Allah swt.

For me, saya juga mencipta kebahagiaan sendiri.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always

💝Al Faqirah Ummu Nuh💝

Sabtu, 25.10.2025

#usahawan

#penulisbuku

#penulisebook

#senioradviserMSGA

#dutaAseanMSGA

#pencatatnotakuliah

Ketulusan Hati Pengikat Ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullah

Entri kali ini adalah berkisarkan anugerah sebuah ketulusan hati sesama manusia. Bagaimana Allah swt menjauhkan aku dari orang yang menyakitkan hati & mengekalkan mereka yang ikhlas bersamaku.

Baru-baru ini aku berhajat untuk menziarahi anak ke 3 yang belajar di Madrasah Al Khairat Kuching Sarawak. Beliau akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November 2025. Beliau juga berhasrat untuk menamatkan pengajian di situ & pulang ke Kuantan pada awal tahun 2026. Hasrat ini disuarakan demi meringankan bebanku menguruskan kedua-dua ibu & ibu mentua di rumah serta hal-hal syarikat. Anak-anak tahu aku perlukan bantuan dalam urusan harianku. Oleh yang demikian, aku perlu memaklumkan kepada pihak sekolah berkenaan perancangan kami.

Syed Hud (anak ke 3) & Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, pengasas Madarasah Al Khairat, Kuching Sarawak

Segalanya bermula apabila aku bercadang untuk travel bersama anak ke 4 sahaja tetapi suami izinkan aku membawa bersama 2 orang staff yang setia bekerja bersama kami. Mereka ialah Kak Ros yang bekerja selama 16 tahun di syarikat Skybo Resources Sdn Bhd & Nur Zakiyyah yang telah membantuku di Seri Fesyen Sdn Bhd selama 12 tahun.

Subhanallah…aku sangat teruja nak ber holiday bersama mereka! Ini 1st time kami travel bertiga!

Kenapa mereka ini sangat aku hargai? Dan kalau boleh, ada banyak lagi hal yang nak aku bagi sebagai penghargaan kepada mereka. Namun kemampuanku terbatas.

Aku tidak mahu namakan ini sebagai company trip kerana sebelum ini kami sudah beberapa kali mengadakan family day bersama pekerja-pekerja yang lain. Aku namakan ini sebagai perjalanan ukhuwah bagi hati yang tulus & ikhlas. Mereka berdua setia di sisiku tatkala aku senang mahupun susah.

Ketika aku senang, mereka tidak meminta-minta atau mengambil kesempatan. Manakala ketika aku dijatuhkan ke titik hidup terendah, mereka tetap memberi kata-kata semangat & mengharungi kesusahan itu bersamaku. Dalam setiap nasihat, mereka tidak pernah menyalahkan takdir malahan sering menyebut “K Zan kuat! K Zan kuat!”. Seiring air mata kami yang sama-sama berderai.

Allahuakhbar….

Mereka tidak tahu, sebenarnya merekalah part of kekuatanku yang dikurniakan oleh Allah swt. Aku tidak mungkin mampu berdiri seperti hari ini tanpa mereka 😢😢😢.

Bergerak dari Kuantan pada 18.10.2025

Pada tahun 2021 hingga awal ke tahun 2025, rangkaian syarikat Skybo mengalami banyak perubahan pengurusan & akhirnya mencetuskan pelbagai masalah kewangan akibat kesilapan dalam pengurusan. Di awal tahun 2025, 98% pekerja meninggalkan syarikat dengan notis 24 jam atau kurang dari 2 minggu. Aku ditinggalkan tanpa sebarang info atau amanat untuk menyambung kerja-kerja terbengkalai yang ditinggalkan oleh pekerja-pekerja yang mengkhianati kami. Aku seolah-olah memulakan semula perniagaan yang ku bina bersama suami “start from zero”. Walhal perniagaan ini telah berjalan selama lebih dari 20 tahun. Tahun ini adalah tahun ke 24 bagi Skybo.

Pada ketika itu, pekerja tidak menerima gaji & suamiku telah berunding dengan mereka agar bersabar sehingga suamiku mendapat duit yang cukup untuk melunaskan gaji mereka. Malangnya, mereka tidak sabar & menyalahkan pihak syarikat. Lebih menyedihkan lagi, ada yang mengutuk & mengugut akan membuat laporan & saman terhadap kami. Walhal mereka tidak sedar bahawa pihak syarikat tidak perlu membayar gaji pekerja sekiranya pekerja meletakkan jawatan dengan notis kurang dari 2 bulan. Segelintir dari mereka berterusan menabur fitnah terhadap kami.

Apabila aku ingin bersemuka dengan pekerja dibahagian pengurusan & akaun, mereka menolak. Malahan mereka datang ke pejabat ketika ketiadaanku untuk mengambil barang-barang peribadi & pelbagai harta syarikat. Aku membuat report polis terhadap pekerja yang mengambil harta syarikat agar urusan melepaskan segala saman menjadi lebih mudah.

Yang kekal setia bersama kami ialah K Ros, Syed Amirul (penghidap cancer paru2 stage 4) & Babul (pekerja Bangladesh). Mereka ada sebab-sebab tersendiri untuk kekal bekerja bersama kami walaupun mereka juga belum menerima gaji pada ketika itu.

Alhamdulillah Ala kulli hal….

Hari pertama di Kuching, Sarawak

Report Polis terhadap salah laku pekerja

Pada tahun 2022, aku diminta supaya “tarik hand break” oleh suamiku terhadap pengurusan Skybo dengn alasan “Bagi peluang & kepercayaan kepada team baru yang mereka create untuk mengubah pengurusan syarikat”. Ya…aku hormati/akur & melepaskan tanggungjawab sebagai pengarah pengurusan & kewangan. Pada fahamanku, suamiku ada strategi yang lebih baik untuk memajukan syarikat.

VIDEO: Saat aku masuk office di awal tahun 2025

Selain dari masalah syarikat, aku juga pernah mengalami detik pilu dalam rumah tangga. Hampir 2 tahun aku mengambil masa mengubat hati & mencari jalan keluar dari semua masalah. Akibat dari itu, aku abaikan perniagaan Seri Fesyen Sdn Bhd.

Subhanallah….Maha Baiknya Allah, pada ketika itu segalanya diuruskan oleh Nur Zakiyyah. Aku serahkan semua hal kepadanya. Hanya Allah swt sebagai saksi kejujuran Nur mengemudi Seri Fesyen. Kami menangis bersama, kami ketawa bersama. Malahan Nur juga pernah beberapa kali melalui fasa gaji lambat. Aku juga pernah menjual barang kemasku demi kelangsungan perniagaan Seri Fesyen & belanja harianku. Tetapi akhirnya, dengan izin Allah swt, kami berjaya lalui semua itu.

Jalan-jalan waktu malam di Bandar Kuching

Bagiku, bandar Kuching adalah bandar yang tenang. Aku suka dengan keramahan & santunan sahabat-sahabat di Kuching. Asbab wujudnya group La Tahzan bimbingan Ustazah Muzayyanah Abdullah, sahabat La Tahzan berada di seluruh Malaysia & menyatukan kami dalam ukhuwah yang sihat. Aku bersyukur dengan kehadiran insan baik seperti Julida Amoh, Juliana Amoh, Aziah Langgie, Hana, Yani, K Dayang, Hana Yunus, Ani Drahaman & ramai lagi yang tak dapat aku senaraikan namanya di sini serta kawan-kawan anak-anakku. Mereka semua menyantuni aku seperti keluarga.

Di bandar ini juga, nasihat-nasihat dari Al Habib Muhammad bin Alwi Al Attas serta isteri beliau merupakan “ubat penenang bagi jiwa rapuhku”. Mereka seumpama ibu bapa yang menasihatiku dengan penuh kasih sayang.

Masjid Negeri Sarawak

Berukhuwah di Sarawak

Duhai hati…

(لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا) La Tahzan Innallah Ha Ma’anaa

“Jangan bersedih berlama-lamaan. Allah pasti mengirimkan orang baik kepadaku.” Itulah pujukan hatiku saban hari.

Aku terharu dengan ketulusan hati mereka yang sentiasa disisiku. Saat aku ditinggalkan, diabaikan, dibentak, dihina, difitnah oleh pelbagai golongan manusia, mereka berdua ini tetap teguh disisiku. Tetap membalut lukaku dengan kasih sayang.

Ziarah Buaya 🤣🤣🤣

Pada saat aku menulis ini, walaupun syarikat belum mendapat projek baru tetapi sekurang-kurangnya 75% dari masalah yang ditinggalkan telah ku selesaikan dengan bantuan mereka berdua. Walaupun ada harta yang perlu dilepaskan, namun ia tidaklah mengurangkan rezeki yang sedia ada. Allah pasti menggantikan semuanya dengan yang lebih baik.

ViDEO: BANGUNAN SKYBO YANG TERKINI

Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban

(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)

(Surah Ar Rahman) yang bermaksud “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.

Ya…aku bersyukur dengan setiap apa yang Allah anugerahkan kepadaku. Tiada nikmat yang lebih baik selain dari menerima setiap ujian Allah swt dengan redho, tenang & ikhlas.

Pada tahun ini, syarikat SKYBO telah beroperasi selama 24 tahun manakala SERI FESYEN SDN BHD selama 15 tahun.

Hari terakhir di Kuching

Tulisan ini bukan berkenaan dengan kejayaan atau keluhan hati tetapi ia lebih kepada sebuah penghargaan kepada mereka yang menghargaiku. Lumrah hidup, ada pasang surutnya & ada ramai orang baik & toksik disekeliling kita. Tetapkan iman & banyakkan berdoa kepada Allah swt agar kita sentiasa berada di landasan hidup yang betul, yang diredhoi oleh Allah swt.

Pengajaran & ibrah yang boleh diambil dari perjalanan kisah ini ialah:

  1. Hargai orang yang bersusah senang dengan kita dari awal, orang yang melihat jatuh bangun kita & tetap utuh mendoakan kita supaya terus maju.
  2. Percayalah kepada pasangan hidup yang telah sanggup memulakan hidup dari zero to hero. Jangan sesekali melukakan hati orang yang ikhlas.
  3. Elakkan mempercayai orang luar yang sentiasa mencanangkan kepincangan diri kita kepada orang lain.
  4. Jangan bangga bila berada di atas kerana semuanya hanya pinjaman dari Allah swt. Kita boleh jatuh pada bila-bila masa.
  5. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Bimbang kejahatan yang sekali itu akan dibalas Allah swt asbab doa dari orang yang kita aniaya.
  6. Banyakkan bersyukur instead of kufur nikmat.
  7. Belajar dari kesilapan. Dalam perniagaan, jatuh bangun adalah normal. Namun, jangan ulang kesilapan pertama.

VIDEO: TRAVEL TO KUCHING

Setakat ini sahaja perkongsian entriku kali ini. Semoga Allah swt terus memberikan aku kekuatan meneruskan kehidupan dalam iman & taqwa yang lebih tinggi kepada Nya. Terima kasih kepada semua ahli keluarga, guru-guru & sahabat yang baik yang sentiasa bersamaku & tidak putus mendoakanku.

Moga Allah swt membalas semua kebaikan kalian dengan kebaikan yang lebih banyak.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Lov as always

💝Al Faqirah Zan Aizan💝

Khamis, 23.10.2025 (coretan sempena birthday ke 20 anak gadisku hehe)

#Usahawan

#PenulisBuku

#PenulisBukuDigital

#DutaAsiaBukuDigitalMSGA

#SeniorAdviserMSGA

#PencatatNotaKuliah

Catatan Seorang Caregivers

(Part 1)

Ahad, 5 Oktober 2025

10.30pm….Sedar tak sedar, hari dah malam. Berakhirlah hujung minggu ku. Bersendirian melakukan pelbagai kerja rumah & menyantuni suami & anak bongsu yang training swimming.

Hantar anak bongsu training swimming

Korang pernah jumpa pesakit yang sentiasa nak pakai baju kurung setiap hari walaupun hanya berbaring di katil? Comel kan….

Hehehe…itulah umi, mak mentua saya. Something interesting about her! Sentiasa nak kelihatan cantik walaupun sakit.

Mungkin masa muda & sihatnya, umi suka pakai cantik2, so bila dah sakit, dia masih nak pakai baju cantik walaupun just berbaring sepanjang hari. Hanya sekali sekala pakai kain batik & t-shirt.

Unfortunately saya hanya berkesempatan ion baju umi pada hujung minggu. Itupun kalau tak de jemputan ke majlis atau tiada program NGO. Nak ion 10 pasang baju ambil masa hampir sejam & saya lakukan dalam keadaan berdiri. Lenguh juga la kaki hehehe.

Umi pula ada baju favourite. Walaupun ada banyak baju lain dalam almari, tetapi bila baju favourite dia tak de, umi tak nak pakai. Begitulah kerenahnya orang tua di penghujung usia. Saya layankan aje….✌🏻Nasib kita nanti, kita belum tahu. So jangan cakap lebih2, bimbang berbalik kepada diri sendiri.

Steam Ion banyak memudahkan kerja

Kalau hari kerja, saya banyak habiskan masa di pejabat, setelah selesai masak & laundry. Kadang2 sempat cuci lantai & uruskan hal2 kebersihan tempat kucing. Ada juga masanya saya pejam mata je, nanti free baru saya sapu makanan bersepah bawah meja tempat mak & umi makan.

.

.

.

.

Breakfast untuk umi

.

.

.

.

Ikan sweet sour untuk lunch umi & mak

.

.

.

.

Pakaian harian umi yang dah siap ion

.

Mak kandung saya pula, suka makan rempeyek/kerepek. So, di area sofa yang mak suka duduk akan sentiasa berteraburan dengan sisa makanan. Cara nak ringankan kepala bila balik kerja & nampak makanan bersepah, saya pejam mata & pujuk hati “Biarlah…settle down diri sendiri dulu, baru buat kerja rumah”. So saya akan terus masuk ke bilik, tukar pakaian & baring rehatkan diri.

Begitulah keadaan pesakit skizo. Mereka hidup seumpama kanak2 kecil. Walaupun berkali2 diajar makan rempeyek/kerepek/biskut beralaskan pinggan, tetapi mak tak nak. Kalau makan di meja, mak letak biakut atas meja tanpa beralaskan piring hahaha. So…redho aje lah.

Saya laundry baju umi hanya 2x seminggu. Pakaian dalam umi ada kesan darah akibat bahagian belakang umi luka, kesan garu. Kulit umi kering & gatal2. Umi akan garu & tak mahu letak losyen.

Dulu saya terpaksa rendam & berus kesan2 darah tersebut sebelum masukkan dalam washing machine. Sekarang saya jumpa pencuci “SPRAY N WASH” yang hanya perlu sembur di bahagian darah, biarkan beberapa minit & terus bilas. Darah akan hilang dari pakaian. Sape2 caregivers yang jaga pesakit ada masalah macam ni boleh la beli benda alah ni kat super market atau kedai hardware. It’s very helpful.

Highly recommended product

.

.

VIDEO: SPRAY N WASH

.

.

Atas faktor usia yang menghampiri 5 siri, keupayaan fizikal & mental saya semakin merundum. Di penghujug hari saya dah rasa exhausted. Kadang2 nak bercakap dengan orang pun rasa malas. Ada masanya saya silent kan phone, just drive & park tepi pantai, relax sambil baca buku. Saya juga abaikan group wasap bcoz saya dah malas nak ambil tahu banyak hal sekeliling. Saya yakin, kalau hal itu penting, Allah akan sampaikan kepada saya dengan cara Nya.

.

Silent phone, Relax & Baca buku tepi pantai.
Lovely
💝

.

.

Saya manusia biasa yang perlukan rehat & belaian. Atau at least ada orang yang sudi mendengar luahan hati saya. When comes to perihal mak mentua, kita tak boleh banyak mengadu kepada suami kerana itu adalah ibu kandungnya. Tiada anak yang suka mendengar komplen berkenaan ibunya.

Golongan caregivers seperti saya seolah2 tak boleh bersuara. Bila kami bersuara atau menzahirkan cadangan untuk membuka ruang adik beradik atau ipar bekerjasama, mereka akan cop kami sebagai mengeluh, marah atau menganggap kami tak ikhlas menyantuni pesakit. Once kami dah ambil tanggungjawab menjaga pesakit, ia seolah2 perjanjian seumur hidup yang tak boleh di ubah.

Saya jumpa ramai caregivers yang akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri akibat burnt out, penat & makan hati dengan sikap pesakit atau keluarga terdekat. Pesakit ada pelbagai kerenah & ada yang jenis mulut laser. Paling sedih, jika pasangan sendiri pun tak mahu mendengar luahan hati caregivers.

Hari ni (5.10.2025) umi warded due to semput. Terlebih makan makanan berkuah, minum air manis & makan buah2han. Apakan daya…saya tak boleh nak larang. Most of the time, saya di office. So tiada orang yang sanggup monitor umi 24/7. Umi pula kerap curi makan/minum. Bila saya kemas bilik umi, saya jumpa biji/sisa buah2han dalam bilik tidur umi.

Paling kecewa ialah bila diberitahu kepada orang sekeliling supaya tolong jaga makan umi bila bawa umi keluar, ayat mereka ialah “Ala…sekali sekala je”. Ataupun “Tak sampai hati tak nak bagi umi makan laicikang/ABC” Walhal, umi makan 2-3 kali seminggu. Apabila malam, umi akan semput & tak boleh tidur.

Bila keadaan umi semput, umi akan menangis & marah2. Saya & anak2 akan berjaga sambil mengurut umi menggunakan minyak panas. Sekarang, semua anak tiada di rumah. So, bila umi warded, saya menganggap itu adalah waktu rehat untuk saya. Umi lebih selamat & dijaga rapi di hospital.

Di red zone, ambil oksigen (5.10.2025)

Jika ada yang membaca catatan ini & menganggap ini adalah keluhan atau tanda tak ikhlas saya menyantuni umi, saya serahkan penilaian tersebut kepada Allah. Saya tak dapat membaca hati orang & saya tak mampu menutup mulut orang. Hobi saya adalah menulis & ia merupakan terapi bagi saya.

Jika ada pula yang mengejek bahawa saya terlalu beremosi, it’s ok…kalian tidak berada “In the same shoes with me”. Kalian takkan faham selagi tak melaluinya. Catatan ini, bukan bertujuan mendapatkan pujian atau rewards dari siapa2. Cukup sekadar ingin mencatat & ingin difahami bahawa saya manusia biasa, ada perasaan sedih, marah, happy & sebagainya. Saya juga bukan super woman yang boleh buat everything alone.

For me..it’s easy. Bila sampai masa yang saya rasa saya betul2 tak mampu bertahan lagi, saya akan angkat kaki meninggalkan segala2nya. Saya seorang yang sanggup mengubah hidup & memulakan hidup baru once ada sesuatu yang merumitkan hidup saya. Sesiapa yang kenal saya dari remaja, they knew what I meant. I did that 30 years ago. Saya terlahir dalam family yang sentiasa berpindah-randah. It’s not a big deal for me to start my new life in a new environment.

Apa2 pun, nasihat ini bukan untuk diri saya sendiri sahaja, tetapi untuk semua caregivers di seluruh dunia; Percayalah, Allah memilih kita kerana tahu kemampuan kita dalam menyantuni pesakit. Kita bukan orang baik tetapi Allah sedang cuba didik kita jadi lebih baik dari diri kita yang sebelum ini.

Kepada pasangan atau ahli keluarga pula, hargailah caregivers. Kalau tak mampu nak happy kan mereka, jangan sakiti hati mereka. Bimbang nanti caregivers burnt out & ion badan korang 😆✌🏻.

Especially kepada para suami…awas jika menyakiti hati isteri yang sanggup jaga ibu mu. Jangan sampai hatinya terguris. Bimbang “your egss” masak kena ion hahahaha…(jangan serius sangat, ok)

Jom dengar sikit ceramah dari Ustaz Kazim Elias 👇🏻👇🏻👇🏻:

Ceramah pendek dari Al Fadhil Ustaz Kazim Elias

.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always

💝Al Faqirah Ummu Nuh💝

Ahad, 5.10.2025/12 Rabi’ul akhir 1447H

IBUKU SKIZOFRENIA (Part 8)

Adab & Akhlak

.

.

.

Antara pesanan Hubabah Umm Muhammad Al Junaid dalam salah satu tausiah beliau di Kuantan pada 9hb & 10hb September 2025, ialah “Sebagai anak, apabila kamu berjalan bersama orang tuamu di siang hari, berjalanlah dibelakangnya. Apabila kamu berjalan di malam hari, berjalanlah di hadapannya”.

Tujuannya adalah, jika ada sebarang bahaya di siang hari kamu terlebih dahulu nampak & lindungi orang tuamu. Manakala di malam hari, bahaya mungkin datang dari belakang (kerana keadaan gelap, si anak yang memegang lampu), maka kamu lindungi orang tuamu agar jika diserang bahaya.

Kisahku kali ini…..

Kira2 jam 10.00 malam semalam, mak masuk ke bilik tidurku & remind suapaya aku bawa mak ke hospital esok.

“Ye…esok kita pegi, mak. Tiap2 hari mak cakap” Jawabku

“Eh..awak ingat ke? Mak rasa dah lama mak bagitau awak. Takut awak lupa” Balas mak. Beliau keluar Dari bilik meninggalkanku.

Aku pun berfikir “Sape yang lupa ni? Aku ke…..atau mak?” Hehehe 😆😆😆

Begitulah mak. Setiap hari akan cakap benda yang sama. Atas faktor usia & makan ubat skizo selama 24 tahun, maka otak mak jadi semakin lemah.

Tak dinafikan, kadang kala aku sendiri rasa penat melayan soalan yang sama setiap hari. Jika hilang sabar, terdetik juga rasa nak marah. Itulah bukti bahawa aku adalah manusia biasa. Aku punya perasaan kasih, sayang, marah, sedih & sebagainya.

Esoknya kami pun ke hospital. Selesai ambil ubat, mak teruja nak guna duit SARA & MY KASIH. Mak nak beli susu anlene.

“Jom pergi Tunas Manja” Usul mak (sebab kakakku selalu bawa mak ke pasaraya Tunas Manja).

“Kita pergi Pantai Selamat (nama pasaraya) je la..dah dekat sini” Jawabku

“Mana boleh guna My Kasih kat Pantai Selamat!” Jawab mak.

“Boleh!” Jawabku sepatah

Sebaik sahaja masuk ke pasaraya, mak meluru ke kaunter & bertanya sama ada boleh guna My Kasih di situ atau tidak.

“Boleh makcik. Pergi kaunter 1 sampai 4” Jawab pekerja di situ.

Begitulah….pesakit skizo sangat susah untuk mengubah rutin hidupnya. Mereka juga susah untuk mempercayai orang walaupun aku sebagai caregiver nya. Dalam family, mak paling percaya kepada anak sulungku.

(VIDEO) MAK BELI SUSU

Seusai keluar dari super market, mak kata mak dahaga, tetapi tak nak minum air mineral. Lalu aku bawa mak beli air Viral Chocolate di Cool Blog 😆.

(VIDEO) MAK BELI AIR

Tatkala lalu di stesen minyak, mak bertanya:

“Kenapa tak singgah Petronas?”

Aku tanya semula “Nak buat apa?”

Lantas mak menjawab “Isi minyak la…cukup ke minyak kereta untuk balik ke rumah?”

Aduhaiii….

Aku diam sahaja & terus memandu ke rumah.

“Mak takut minyak tak cukup. Nanti kereta mati tengah jalan”

Aku sudah faham. She’s showing her overthinking. Walhal jarak dari stesen minyak ke rumah hanyalah 5 minit sahaja. So aku diamkan sahaja.

Bila orang bertanya “Macam mana awak boleh sabar dengan mak?”

Honestly, aku bukanlah seorang yang begitu penyabar. Ada kala aku pun terrr marah mak & terkasar bahasa dengan mak. Sebab itu aku elakkan banyak bercakap dengan mak. Untuk elakkan aku terrr emosi, aku hanya diam & buat “bodo”.

Sama halnya dengan cara saya melayan mak mentua yang uzur.
Boleh baca dalam perkongsian yang lain di sini:
https://saljuputih.blog/2025/08/30/kisah-balang-air/

It’s not an easy journey but I’ve to face it.

Semua yang Allah swt kurniakan bersebab. Bak pesanan guru mursyidku, Ustazah Sharifah Hafsah “lalui sahaja dengan redho & ikhlas”. Nak capai tahap ikhlas menerima takdir tu susah. Hanya zikrullah yang mampu mendidik hati.

Al Fadhilah Ustazah Sharifah Hafsah berpesan agar mengamalkan zikir “La ilaha illallah” sebanyak 1000 kali sehari untuk mencapai tahap redho & ikhlas menerima takdir.

Manakala dalam pengajian kitab tauhid bersama Al Fadhil Ustaz Nik Bakri, beliau berpesan agar mengamalkan zikir “La ilaha illallah” sebanyak 1200 kali sehari selama 40 hari berturut2 untuk mencapai ketenangan hati & menerima takdir dengan tenang.

Kedua2 zikir ini bermanfaat yang hampir sama, yakni berkaitan hati. Namun, ia perlu diamalkan dengan istiqomah. Tahap redho & ikhlas menerima takdir itu tak boleh dicapai dalam masa 1 atau 2 atau 40 hari. Ia perlu diamalkan berulang2 kali, mungkin berbulan2 atau bertahun2, bergantung kepada tahap istiqomah individu itu sendiri & amal ibadah harian yang lain.

(VIDEO) BAWA MAK KE MAJLIS SELAWAT

Apa2 pun…aku juga masih dalam proses membaiki hati. Kehidupan diteruskan walaupun banyak ranjau yang perlu di lalui. Sentiasa didik hati mengingati Allah swt & mencintai Rasulullah saw. Moga kita semua sentiasa tetap dalam iman & Islam.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Khamis, 18 Rabi’ulawwal 1447H/11 September 2025