Fly again! To Perth, Australia with love!

Assalamualaikum warrah matullah & hai everyone!

Kali ini saya nak share experience kami sekeluarga with our trip to Perth, Australia recently. Percutian seperti kami ini sebenarnya biasa sahaja…..sesuai untuk golongan yang suka bergerak bebas, tidak terlalu mewah & tidak terlalu kemut 🤣🤣🤣. Kira2nya, percutian yang budget sederhana.

Actually ini adalah trip ke dua kami ke Perth. Bezanya dulu pada tahun 2014 saya & suami fly bersama-sama 3 orang anak kami. Manakala this time, we brought together my mom, mother in law & 2 orang anak berusia 10 thn & 6 thn. So….we have kids & warga emas, the trip should be bersesuaian dengan usia mereka.

This trip agak simple kerana kami tidak menggunakan sebarang khidmat dari mana2 travel agency. Actually, thats what we always did bila melancong. Kami tidak suka terikat dengan masa atau attach dengan aktiviti orang lain. What we did were:

1. Beli tiket awal. Search for the cheappest flight & the right date. To bring 6 persons in a trip, kenalah cari flight yang selesa & better all in. Tengok keadaan cuaca bcoz…..remember, kami membawa warga emas. Cuaca tak boleh too cool atau too hot. Nanti mereka tak sihat, kita tak kan enjoy the holiday. So kami pilih Malindo Air. Return flight was about RM1,200++/person. Bertolak pada 2.3.2018 & balik pada 8.3.2018. 7 days is good enough for us. Jangan lupa…get the visa too. Its online too & cost about RM30.00/person🤗

2. Log in to Airbnb untuk sewa rumah. Kami kan ramai…better to get a house dimana kami boleh memasak & laundry. There we go! Kami dapat sebuah rumah with 3 bedrooms & 3 bathrooms lengkap dengan semua keperluan memasak. Host nya pula seorang yang sangat prihatin. Pada hari yang cuaca agak panas….dia datang untuk refill mineral water dalam fridge kami. What a nice host! Harga? Was about RM300.00/day.

It’s highly recommended for those yang nak sewa rumah ni: Mr. Brian +61435002040 Address: 68A Wicca Street, Kewdale, WA 6106, Australia.

3. Kenderaan. Booked awal-awal & carilah yang boleh pick us at the airport. Mudah kan….we booked a big car which can fix 6 of us. Kereta murah & tak canggih pun tak pe, asalkan selesa. Harga pun lebih kurang RM1,500.00 untuk 7 hari tersebut.

4. Keperluan makanan. Wow! Itu yang ramai orang tak suka buat. Bcoz ramai yang anggap bila bercuti they should be relax. But for us….NO! Kami bawa beras, makanan kering such as mee, biskut, sardin, rempah ratus dan lain2 untuk saya memasak setiap hari. Barang2 basah seperti ayam, sayur & ikan pula boleh dibeli di pasar halal disana. Everyday saya akan mengambil masa 2 ke 3 jam untuk memasak diawal pagi for breakfast & lunch. Kemudian, when we start our journey…kami boleh singgah makan di mana2 sahaja yang kami rasa selesa. Especially di tepi pantai atau tasik. It’s a tradition bagi warga Australia untuk sentiasa picnic di mana2 sahaja yang ada ruang riadah. Bab makan….kami memang jimat sejimat2nya🤣🤣🤣 Lagi pun….confirm halal!

5. Macam mana nak jalan2 di sana? It’s easy as 1 2 3. As long as you can drive & ada driving license, ada internet data (beli sim card once you touch down at the airport) & faham penggunaan bahasa inggeris, no worries mike! Just guna je google search untuk cari tempat2 menarik yang ingin dilawati, then set your google maps on your smart phone. Start the car engine & drive sesuka hati korang. Minyak agak mahal jika di petrol pam yang terletak di bandar, so drive ke luar sikit untuk dapatkan yang cheaper. Mudahkan hahahaha

Antara tempat2 menarik yang kami lawati ialah:

1. Caversham Wildlife Park – pusat haiwan yang terkenal di Perth. Rasanya jika anda ambil mana2 pakej travel, mereka akan bawa anda ke sini juga.

2. Fremantle Harbour – Kawasan pelabuhan bot2 nelayan & bot2 mewah. Juga tempat makan seafood. Fremantle Market juga menjual pelbagai sayur2ran & buah2han yang murah.

3. Rockingham – Kawasan beachside yang sangat cantik. Kami beberapa kali ke sini untuk aktiviti mandi laut & berkelah. Pada waktu hujung minggu, pantainya dipenuhi pengunjung sehingga anda merasakan kemeriahannya seperti penduduk Perth sedang berpesta. Walhal mereka hanya berehat di hujung minggu bersama keluarga sahaja.

4. Mandurah – Juga kawasan pantai dimana terdapat banyak bot2 mewah. Disini juga disediakan cruise untuk pengunjung yang ingin melihat Dolphin di tengah lautan.

5. Big W – Emmm its just a mall untuk peminat barangan kaca seperti Corelle & Pirex. Harga memang sangat2 murah berbanding di Malaysia. Kelebihannya…mereka menjual pinggan mangkuk secara loose. Anda tak perlu membeli 1 set jika anda rasa anda hanya memerlukam pinggan/piring/cawan sahaja. We don’t have this in Malaysia. Semua kena beli 1 set kan….

6. Cohunu Koala Park – Sebuah zoo yang menempatkan lebih banyak koala berbanding caversham wildlife park. Disini juga terdapat haiwan2 lain yang agak seronok untuk menambah pengetahuan kanak2. Entry fee pun cheaper than Caversham.

7. Penguin Island – Sebut namanya sahaja anda sudah tahu ia tempat apa kan….pada tahun 2014, kami sudah ke sini & berpeluang bermain2 dengan beberapa ekor penguin liar. Namun pada kali ini, mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, tiada penguin yang kami temui. Anak2 hanya berpeluang melihat penguin peliharaan di tempat feeding show sahaja. But it was still fun sebab ada banyak burung & big lizard. Kebetulan pula anak bongsu saya peminat reptiles huhuhu

8. AQUA di Hillary Boat Harbour- lebih kurang macam Aquaria di KLCC. Banyak hidupan laut yang boleh dilihat secara live. Disebabkan saya sudah pernah masuk ke sini dahulu, so saya membawa ibu & ibu mertua saya berjalan di kawasan jualan pakaian & cenderahati di Sorento Quay Board Walk sahaja. Hanya suami & anak2 yang masuk. Save lagi beberapa ratus RM untuk harga tiket kan….hehehehe

9. Margaret River – Terdapatnya Ladang/kebun anggur – Kawasan biasa yang tersenarai dalam senarai favourite place, ia adalah kawasan untuk kita membeli anggur yang fresh dari ladang & ia berhampiran dengan kilang coklat The Margaret River Chocolate Company.

10. Pickering Brook – Ladang epal, pear, peach & sayur2ran…..dan anda dibenarkan memetik buah2han sendiri. Kami sangat enjoy disini. Dengan harga AUD25/baldi kami dapat menggembirakan both mothers & anak2 dengan meng eksplore kebun buah2han. Kebetulan pula terjumpa dengan owner kebun yang merupakan rakyat Malaysia! Jumpa orang sekampung wehhhh….sape tak happy🤣🤣🤣🤣

11. Rumah Allah – Masyaallah….tidak susah untuk bersolat di Perth. Kami singgah di pelbagai Masjid & bertemu dengan pelbagai bangsa orang Islam. Semuanya indah & baik bagi kami. Tiada alasan untuk meninggalkan solat walaupun bermusafir di negara yang agama rasminya bukan agama Islam. Tepuk dada tanyalah iman.

12. Kings Park & Botanic Garden – Anda boleh melihat keindahan bandar Perth dari puncak bukit ini.

13. Elizabeth Quay – Menyediakan cruise dari bandar Perth ke Fremantle & kawasan riadah yang indah. Disepanjang sungai juga terdapat hotel2 kecil & motel yang selesa jika ingin menginap di bandar.

14. Kedai souvenir – Yang murah adalah yang terdapat di Pusat Bandar Perth. Pelbagai barangan boleh didapati untuk dijadikan hadiah ataupun kenangan. Jika anda ingin membeli souvenir, elakkan membeli di pusat2 pelancongan tertentu kerana harganya agak mahal.

15. Oleh kerana suami saya peminat Harley Davidson….kami juga tidak melepaskan peluang visit ke outlet terbesar di Perth iaitu di Woodside Look, Beckenham. Walaupun motor harley dah tiada namun minat dah tertanam di sanubari🤣🤣🤣

Banyak lagi tempat2 menarik yang kami singgah disepanjang perjalanan. Maklumlah kami kan drive sendiri…. rasa nak singgah atau berpatah balik, bukan masalah bagi kami. Yang penting kami gunakan sepanjang hari untuk berjalan2. Keluar dari rumah sebaik sahaja selesai bersolat dhuha & akan balik selewatnya pada waktu maghrib. Malam….kami hanya berehat di rumah. Ibadah jangan lupa walaupun kita jauh diperantauan!

Begitulah perjalanan kami selama 7 hari diperantauan. Yang pasti saya & suami berpuas hati kerana kami dapat melihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu kami. Maklumlah ini 1st time mereka menjejakkan kaki ke negara OMPUTIH 😎😗😎😗😎😗

Satu perkara lagi….tips untuk nak save money: selain daripada masak sendiri & don’t go for shopping….kami juga wrap beg kami sendiri. Jika di airport, it will cost you about AUD11.00/bag. So pegi je lah mana2 supermarket, beli wrapping paper dengan harga AUD1.40 lepas tu rajin2kan diri untuk wrap bag anda for safety purposes. Mudah kan😃😃😃

Kami berharap agar perkongsian trip ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca yang ingin membawa kedua ibu bapa makan angin tetapi bimbangkan keselesaan atau pun mereka mungkin tidak sesuai mengikut trip yang terikat dengan masa. Apa yang anda perlukan ialah keberanian, wang (off course 😅😅) & paling penting ialah toleransi dengan pasangan.

Namun jika anda memang seorang jutawan @ hartawan….silakan untuk mengikuti sebarang private trip yang everything disediakan untuk anda.

Apa yang penting bagi saya & suami dalam setiap trip yang kami rancang ialah: kami happy & akan lebih happy jika dapat berbakti & menggembirakan hati orang tua kami. Hargai kedua ibu bapa sementara mereka ada. Jika tidak mampu bermusafir secara mewah, cubalah berbelanja seadanya.

Just a friendly reminder……Masa kita kecil, ibu bapa tak pernah berkira untuk bawa anak2 berjalan2 jika mampu….ataupun jika tak mampu sekali pun mereka bawa juga. Kita ni, kadang kala terlalu berkira2 dengan mereka walaupun kita mampu😢😢😢

Ustaz saya pernah berpesan “setiap kali bermusafir, niatlah dalam hati bahawa bermusafir itu juga adalah sunnah. Insyaallah ada ganjarannya apabila kita berjalan di bumi Allah swt yang luas ini.” Begitulah pesanan Ustaz Zubair Bin Malik yang saya sematkan dalam ingatan saya. By the way….sape tak suka melancong kan? Hehehehe

Sekian dari saya buat kali ini. Saya doakan rakan2 pembaca akan dimurahkan rezeki untuk menjelajah dunia suatu hari nanti.

See you in next trip!

Assalamualaikum✈🛩✈🛩✈🛩

Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 7)

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Salam sayang dari Ummu Syed Hud buat semua ibu bapa penyayang sekalian. Semoga anda semua berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt.

Ramai yang pm sy menanti khabar terkini Syed Hud. Afwan…..akibat kekangan masa diri saya sendiri & tidak banyak perkembangan terkini yang boleh di kongsi, maka saya biarkan sahaja masa berlalu buat beberapa ketika. Besides, saya perlu berikan masa kepada Syed Hud untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baru.

Alhamdulillah….dalam tempoh sebulan setengah di sekolah baru, kami melihat banyak perubahan positif dalam rutin harian Syed Hud. Setakat ini kami berpuas hati dengan tindakan kami memindahkan dia ke sekolah yang lebih hampir dengan rumah dan mengubah 80% daripada rutin hariannya. Antara perubahan positif yang saya maksudkan ialah:

1. Jarak sekolah & rumah yang dekat menjimatkan masa berulang alik ke sekolah. Oleh itu Syed Hud ada banyak masa untuk beriadah di waktu petang. Dengan riadah yang lebih, tenaga yang telah dikerah pada sebelah petang membolehkan dia lebih memberi perhatian semasa membuat homework pada waktu malam. Syed Hud juga dah alert dengan homework2nya.

2. Cikgu yang lebih tegas & oleh kerana dia masih belum biasa dengan cikgu2 tersebut…so Syed Hud lebih bimbang jika dia tidak menyiapkan homeworknya.

3. Dia telah dilantik menjadi Ketua Kelas. Maka ada sikap tanggungjawab yang muncul pada dirinya. Saya perhatikan dia lebih alert dengan waktu kedatangannya, kebersihan kelas, switch off lampu & kipas sebelum balik & cuba bertindak untuk memberi arahan kepada rakan2 sekelas. Dengan cara ini, sedikit sebanyak ia menghilangkan perasaan rendah diri & malu yang selalu bersarang dibenaknya. Confident level nya menjadi lebih tinggi. Sebelum ini, di sekolah lamanya…dia tidak pernah diberikan sebarang jawatan. Mungkin kerana itu dia merasakan dia tidak perlu menunjukkan sebarang tingkah laku sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu.

4. Jarak dari sekolah ke hospital UIA (OT) memudahkan saya mengambilnya keluar untuk terapi selama 1 jam & kembali semula ke sekolah.

Seterusnya…..✈✈✈✈

What happen to his spelling & vocabulary? Owh…there are so many practise yang saya perlu tumpukan kepadanya. Syukur ke hadrat Allah swt kerana so far…saya diberikan kesihatan yang baik & ruang waktu untuk sentiasa membantu every weakness yang dia ada. Saya telah memulakan latihan vocabulary & praktis menulis lebih banyak perkataan yang mempunyai huruf “b”. Remember….dari awal dulu saya dah mention….dia confius between “b” & “d”. How did it happen? Mari kita saksikan video ini 👇👇👇👇

Whats next? Syed Hud masih bermasalah untuk menulis dengan kemas…overall dia sudah boleh menulis & membaca dengan lancar cuma masih belum kemas. Oleh yang demikian, atas bantuan seorang rakan yang juga seorang tenaga pengajar yang sangat kreatif & prihatin terhadap anak2 muridnya, Cikgu Nadia telah membantu memudahkan urusan saya. I print out this “spacing hands”…thats what I called it🤣🤣🤣 supaya Syed Hud dapat menulis dengan lebih kemas & ada space between each words.

Beginilah cara penggunaanya….comelkan “tangan” tu 🤣🤣🤣

Suka saya ingatkan, Allah swt itu maha pengasih & maha penyayang. Setiap doa dari hamba2nya tidak pernah dipulangkan dengan tangan yang kosong. Setiap hari saya berdoa agar segala2nya dipermudahkan & hanya bantuan dari Allah swt yang saya dambakan setiap saat & waktu. Alhamdulillah….dengan penghijrahan Syed Hud ke Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, dia dipertemukan dengan guru kelas yang lebih berpengalaman. Cikgu Intan yang sangat prihatin & berpengalaman menangani pelbagai masalah kanak2 di sekolah telah menyarankan saya untuk membawa Syed Hud untuk melakukan pemeriksaan mata. Untuk sekian kalinya….perkara ini tidak pernah terlintas dihati kami kerana beliau tidak pernah menunjukkan ciri2 seorang yang rabun (kerana saya & anak sulung adalah rabun. Syed Hud juga aktif). Namun itu disarankan kerana Syed Hud masih bermasalah untuk menyalin apa2 dari whiteboard malahan dari buku teks.

Amazingly….kebetulannya semasa di OT beliau juga melakukan aktiviti menyalin tulisan daripada surat khabar & 70% adalah gagal menyalin dengan betul. What a coincidence!

Therefore…..kami telah menemui sebahagian daripada punca masalah pembelajaran Syed Hud selama ini.😔😔😔 Allah huakhbar!

Take it as a positive vibes…Allah swt sedang menunjukkan jalan kepada kami & akhirnya hasil daripada pemeriksaan by Optometrist di UIA…Syed Hud didapati mengalami masalah rabun dekat & rabun jauh. Both rabun which is abnormal untuk kanak2 yang berusia 9 tahun 2 bulan sepertinya. Itulah diantara punca2nya dia selalu agak slow menyalin apa2 yang ditulis di whiteboard semasa di sekolah atau menyiapkan tugasan dalam buku. Syed Hud mungkin gagal mengesan tahap rabun dekatnya untuk menganggar jarak apabila dia ingin menulis atau menyiapkan kerja2 sekolah. Akhirnya semua itu membuatkan dia hilang minat untuk membaca. Poor him 😢😢😢We wish we know it earlier huhu

However kami…as his parents, dalam kesedihan+terkejut menerima berita tersebut masih bersyukur kerana telah menemui sebahagian daripada punca masalahnya. Tanpa menyalahkan mana2 pihak….malahan lebih kepada menyalahkan diri kami sendiri kerana kurang alert tentang hal rabun ini….tetapi ingin saya kongsikan diantara kelemahan kecanggihan teknologi hari ini adalah….dengan wujudnya aplikasi Whatsapp….selama ini, apabila Syed Hud atau murid2 lain gagal menyalin apa2 yang tulis oleh guru di whiteboard, guru yang berusaha membantu pelajar akan mengambil gambar whiteboard & menghantar gambar tersebut ke group whatsapp ibu bapa. Dengan cara itu, pelajar boleh menyalinnya di rumah. Oleh itu…masalah kerja sekolah mungkin dapat diselesaikan namun masalah pada setiap individu (pelajar) itu tidak dapat dikenal pasti. Itu adalah dari sudut pemerhatian kami sebagai ibu bapa yang melalui pengalaman ini. Tambahan pula, selama ini Syed Hud memang telah dilevelkan sebagai seorang yang agak lambat menulis.

Masalah penglihatan ini masih dalam proses uji kaji. Masih banyak proses yang perlu Syed Hud lalui sebelum dia perlu menggunakan cermin mata. Namun…serta merta saya berikan Al Quran yang lebih besar pada malam itu & alhamdulillah dia mampu membaca dengan lebih lancar.

Begitulah keadaannya saban hari….semakin hari semakin banyak perkara yang dikenalpasti.

Walau apapun keadaannya…kami tidak akan berhenti berusaha membantu & support every aktiviti Syed Hud. Kami ingin dia tahu bahawa every body has their own specialty & tiadanya pilih kasih atau perbezaan kasih sayang diantara anak2 kami.

Kami bersyukur kerana dikurniakan anak yang sentiasa memberikan kami peluang untuk menambah ilmu parenting. Dia juga anak yang baik, tidak banyak meminta2 atau mengeluh2. Malahan untuk beberapa bulan ini dia juga agak kerap menunaikan solat2 fardu di surau. Walaupun dalam keadaan mata yang rabun, dia akan tetap mengayuh basikal ke surau samada pada waktu siang atau malam. Semuanya sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf kepada diri saya sendiri.😢😢😢

Insyaallah…semoga dengan adanya treatment untuk masalah penglihatan Syed Hud, akan ada lebih banyak perubahan positif dalam hidupnya.

Bersama kita doakan Syed Hud….amin.

Gambar: Syed Hud participate pada hari keceriaan kelas

Lets Drive To Krabi, Thailand

Assalamualaikum Warrahmatullah

Entri saya kali ini just untuk sharing experiences…nothing to show off sebab saya rasa ramai lagi sahabat2 diluar sana yang mempunyai pengalaman hebat dengan percutian masing2.

Saya just suka share experiences kerana saya tak mahu dengar ayat di kemudian hari: “laaaa kenapa ko tak bagitau awal2, bla bla…..” ataupun “kalau aku tahu awal2…..bla bla…” apabila any of my friends mempunyai sebarang masalah dalam trip diaorang. Saya akan menulis dengan ayat2 yang sempoi supaya korang yang membaca entri ini rasa santai & tak susah nak faham apa yang saya nak sampaikan. Its all about our long…long…. long…. journey from Kuantan, Pahang to Krabi, Thailand.

Route kami adalah from Kuantan-Terengganu-Kelantan-Check in di Golok-bermalam 1 night di Hatyai-2 nights di Krabi-Check out di Danok-1 night di Kedah-Penang-Perak-1 night di Shah Alam-drive back to Kuantan. All together lebih kurang 2000km drive. Travelling with 7 adults including 2 orang warga mas & 4 kids. Set mental awal2….its going to be fun along the way if you set your mind, you want to have fun! Tapi kalau anda rasa ia satu perjalanan yang menyusahkan, maka susahlah jadinya. Its all in your mind🤗🤗🤗jgn sesekali spoil kan mood anda!

Before travelling:

1. Cek dulu route perjalanan anda. Tengok traffic dan sebagainya.

2. Cek documentation anda especially passport, lesen memandu, geran original kenderaan kena bawa ye, roadtax & insurans kenderaan anda pastikan masih alive.

3. Buat search mengenai tempat yang anda nak tuju. Cuacanya, waktu peak hours, makanan, penginapan di situ, environment dan apa2 sahaja yang anda rasa berkaitan. Google & tanya rakan2 yang dah pernah ke sana.

4. Bawa semua keperluan yang anda rasa sesuai cthnya tilam/selimut nipis, bekalan makanan & ubat2tan.

5. Apa2 yang patutlah. Dah besar panjang kannnn….takkan saya nak senaraikan semuanya pulak hahaha

🚘Day 1 (Tuesday 19.12.2017)🚘

Kami bertolak dari Kuantan lebih kurang jam 9.30am. 2 buah tritton cukup untuk memuatkan kami seramai 11 orang. Kami (Saya sekeluarga 6 orang, mak saya, mak mertua & adik ipar sekeluarga 3 orang). Kami melalui LPT 2 Kuantan-Terengganu dan terus ke Kelantan. Alhamdulillah….biras saya yang sangat sweet telah menyediakan bekalan untuk kami lunch. So…kat situ banyak jugalah kami save cost untuk lunch. Nasi & ayam masak merah yang marvelous….nyummy! Sape tak makan memang rugi hehehe

Selesai makan & bersolat…kami drive lagi sehingga ke sempadan Golok. Oppsss lupa plak… sempat pulak adik ipar ku renew driving license dia di Kelantan sebab baru perasan yang lesennya dah meninggal hahaha. Dah alang2 tu, suami saya pun tumpang sekaki renew lesen dia pulak🤣🤣🤣

Sebelum melintasi sempadan…pastikan:

👉anda dah isi minyak kereta full tank sebab minyak kat Thailand mahal sikit.

👉Untuk persediaan ibu2 & anak2 kecil….bawa mereka ke tandas siap2. In case of anything, anda tak terkecoh2.

👉tukar sikit wang ringgit kp wang thailand di money exchange. Klu nak tukar selepas cross the border pun boleh juga. Then…custom check & declaration. Procedure biasa bila kita nak masuk mana2 negara pun.

Dah selesai semua tu, kami segera mendapatkan simcard Thailand untuk memudahkan urusan penggunaan internet terutamanya google maps & bank transaction. Kemudian barulah kami mula search for the hotel in Krabi & buat booking. Bukannya apa…incase x selesai di border, kami mungkin akan stay di kelantan dahulu. Itulah plan nya hehehe.

Jam 5.30pm start drive until lebih kurang jam 10.00malam, kami tiba di Hatyai. Masing2 dah penat especially abang2 sado yang dengan tekunnya memandu. So, kami check in di Hatyai sahaja. Cepat2 masuk agoda & booked hotel. Carilah hotel yg murah but convenience. Thats how when you travel with kids & warga mas. Relax & banyak berehat. Enjoy the scenery along the way.

🚘Day 2 (Rabu 20.12.2017)🚘

Selepas breakfast di Hatyai…kami sempat naik Tut Tut dalam masa tak sampai 10 minit pun…bayarlah dgn harga 100Bth (RM12.00). Saja nak bagi anak2 happy, merasa naik Tut Tut.

Then…..drive straight to Krabi. 5 jam perjalanan….stop untuk solat & isi minyak. As usual, bila travel bersama warga mas & kanak2 you must expect akan banyak pit stop, tambahan pulak MIL saya adalah pengidap diabetes.

Kami tiba di Krabi jam 3.30pm. Cari makan di sekitar pantai Ao Nang. Banyak makanan halal di situ. Sambil2 makan tu, kami looking for a villa yang boleh memuatkan kami semua. Alhamdulillah kami dapat sebuah villa 3 bilik with a private pool melalui airbnb. Harga sebuah villa adalah RM550.00/malam. Check in lewat petang & berehat.

Kami pengusaha homestay. Sebab itu kami lebih suka memilih untuk sewa homestay berbanding hotel. Daripada situ, kami boleh timba ilmu & melihat cara kendalian homestay di luar negara. Guess what….homestay yang kami dapat ni turut ambil wang cagaran berjumlah RM300.00. Di Malaysia, ramai pengusaha homestay yang tak ambil deposit & rakyat Malaysia pula masih ramai yang belum familiar dengan homestay style.

Sebelum check out….make sure kena kemas rumah dulu ye….

Malamnya kami keluar ke Tesco utk membeli barang2 masakan dan berjalan2 di Ao Nang Muslim Street berdekatan Masjid Ao Nang Al-Munuawarah. Banyak barang souvenir dijual disepanjang jalan dengan harga yang murah.

Disitu juga kami singgah ke sebuah travel agensi untuk menyewa sebuah bot bagi destinasi kami esok. Kami menyewa sebuah private bot dengan harga 7500Bth just sebuah bot yang memuatkan family kami sahaja. Bot akan ke destinasi yang kami pilih & menyediakan lunch pax. Ia bukanlah sebuah bot besar yang mewah but sesuailah utntuk kami sekeluarga. Bak kata husband saya “as long as we are together” 🤗🤗🤗 Actually untuk penyewaan bot tu, ada pelbagai pilihan lain…so pandai2lah anda membuat pilihan sendiri.

🚘Day 3 (Khamis 21.12.2017)🚘

Our journey start at 8.30am dr villa menuju ke pantai. Menaiki bot ke Pulau Koh Hong lebih kurang dalam 1/2 jam. Puas dilambung ombak & basah dgn limpahan air laut. Laut agak bergelora but it was fun for our kids. Sampai di lagoon yang sepatutnya ada ikan berkeliaran tetapi pada hari tersebut….tiada ikan pun di lagoon tersebut.🐋🐬🐟🐳

So…we move to Pulau Lao Lading, Nong Thale. Disitu tiada apa2 sangat yang menarik, hanya tempat berehat & makan bekalan yang dibawa. Alhamdulillah saya mendapat biras yang sangat rajin & pandai memasak. Selain daripada lunch pax yang disediakan oleh pihak agensi, kami juga membawa bekalan makanan sendiri. Sosej goreng, spegetti goreng dan biskut untuk bekalan sepanjang hari. Thanks to my darling Aizura Badrul yang bangun awal pagi untuk sediakan bekalan makanan untuk kami semua. 😗😗

Kemudian kami bergerak ke National Park di Pulau Koh Hong (bahagian hadapan lagoon tadi). Saya suka dengan penetapan oleh pihak pelancongan kerajaan Thailand kerana, di situ terdapat signboard larangan membawa minuman keras & alkhohol ke pantai tersebut. Walaupun 70% pengunjung terdiri daripada yang bukan beragama Islam tetapi, larangan tersebut tetap dipatuhi. Hatta cafe yang terdapat di pulau itu juga tiada menjual minuman keras. Alangkah baiknya jika di Malaysia juga mengamalkan cara sebegini di kawasan peranginan kita.

Di sinilah kami bersnorkling & bersuka ria di laut sepuas2nya. Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam 30 minit di situ. Sampai anak2 semuanya dah sun burnt walaupun pakai sun block 😆😆😆. As long as everybody happy….akhirnya pulang kembali ke daratan pada jam 3.30pm. Anak2 dan bapa2 continue swimming di private pool di villa pula. Such a very fun day!

Disebelah malamnya pula….kami merayau2 di sekitar pantai Ao Nang. Anak2 saya pula sempat ber ‘fish spa’.

🚘Day 4 (Jumaat 22.12.2017)🚘

Kami check out sebaik sahaja selesai breakfast. Kelebihannya menyewa villa ialah, kami boleh memasak. Roti telur, telur separuh masak, roti bakar & sosej goreng menjadi juadah pagi kami untuk hari itu. Believe me or not, biras saya siap bawa toaster tau. How caring she is hehehe. But once we start our journey, singgah juga ke kedai mencari nasi kerabu bagi memuaskan hati ibu mertua saya. Pulut mangga memang famous di sini. Rata2 kedai makan ada dijual walaupun kedai untuk makanan breakfast. Its my anak2 punya favourite.

Kami drive balik heading to Danok. Disepanjang perjalanan kami singgah bila rasa nak singgah. Sempat singgah beli nenas dengan harga 100Bth (RM12.00) untuk 7 biji nenas. Murah gilerrrr kannnn & singgah juga beli ikan masin. Singgah solat sewaktu mengisi minyak kereta dan meneruskan perjalanan ke Danok, sempadan Thailand & Kedah.

Alhamdulillah, ada pula sahabat dari Kedah yang turut bercuti di Danok & berbesar hati belanja kami makan di Danok sebelum cross the border. Mudah2han dimurahkan rezeki sahabat kami itu. Jalan2 one round di sekitar Danok & menyaksikan replika2 panda dll. Yang penting, ambik gambar banyak2🤣🤣🤣

Namun, agak leceh semasa nak check out keluar di imegresen Danok. Kereta beratur panjang & setiap penumpang perlu turun sewaktu nak cop passport.🤦🤦

Kami tiba di Alor Setar lebih kurang jam 9.00pm. Penat. So check in lagi di hotel. Masuk pula booking.com untuk mendapatkan rate yang murah hehe. Walaupun pada awalnya saya tersalah tarikh untuk check in tapi alhamdulillah akhirnya, kami dapat juga ‘family room’ untuk setiap orang pada malam tersebut di Hotel Seri Malaysia dengan harga RM160.00/room. Untuk keluarga kami, kami perlukan 3 bilik.

🚘Day 5 (Sabtu 23.12 2017)🚘

Drive lagi….bergerak dari Alor Setar menuju ke Pulau Pinang. Nak cari cendol, pasembur & jeruk Pak Ali je pun 🤣🤣🤣. Pada asalnya, kami bercadang nak bawa kenderaan menaiki feri merentasi laut tapi disebabkan GPS kami dah terlepas simpang masuk ke jeti, so kami ter drive terus di atas jambatan Pulau Pinang hehehe.

Selepas lunch di Penang, kami drive pula ke Perak. Dalam perjalanan, anak2 ternampak signboard Zoo Taiping. Its hard to say no to them bila sampai bab zoo ni sebab everybody loves animals. Maka….singgah pula layan2 anak2 masuk zoo walaupun ini adalah kali ke 3 kami ke sini. Selepas maghrib barulah kami drive menuju ke Pahang. Oppsss….sebelum sampai ke Pahang, jam dah almost 9.30pm & husband saya dah tak boleh buka mata😴😴😴. We stop at R&R Tapah & menikmati A&W sementara our drivers take a nap. Kat sini jugalah mak mertua saya terjumpa jirannya yang mengikuti rombongan kejiranan mereka on the way balik dari Langkawi😅😅😅 haha….whats a small world!

10.30pm….kereta bergerak meninggalkan Tapah. Disebabkan masing2 dah penat, maka pada malam tersebut kami semua bermalam di Shah Alam, Selangor. Tips jimat & menyambung silaturrahim: jika anda sampai di sesuatu tempat yang ada rumah saudara mara rapat & anda selesa dengan mereka, minta izin bermalam di rumah mereka walaupun dah lewat malam. Kerana itulah salah satu cara merapatkan silaturrahim & memberi peluang kepada anak2 anda untuk mengenali saudara mara. So…pada malam itu kami check in di rumah ibu saudara di Shah Alam. Save cost for the accomodation kan…🤗🤗🤗🏢🏢

🚘Day 6 (Ahad 24.12.2017)🚘

Awal pagi….kami keluar cuci mata ke Pasar Tani Shah Alam. Saja2 layan mak & mak mertua yang nak cari tudung/scarf. Kami seronok melihat mereka gembira dengan perjalanan ini. Yang penting, kami bertuah kerana sentiasa diberi peluang untuk bersama2 ibu kami.

After zohor….kami bergerak ke Kuantan. Walaupun dalam hati masing2 masih belum terasa nak balik, tapi kami set mind jugak untuk balik. Dalam perjalanan balik, singgah pula di Karak untuk makan durian. Emmm everybody was enjoying the durian except me. Saya tak makan durian huhuhu

Akhirnya….kami tiba juga di Kuantan, Pahang lebih kurang pada jam 7.00pm.

Alhamdulillah….mudah2han perjalanan kami diberkati Allah swt. Terima kasih kepada adik ipar & isteri serta ibu mertua yang sudi meluangkan masa, tenaga & wang dalam perjalanan yang indah ini. Saya suka melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mak mertua saya disepanjang perjalanan ini kerana kedua2 anak lelakinya sangat bertanggungjawab terhadap ummi mereka.

Saya juga sangat berpuas hati kerana mampu membawa mak saya dalam perjalanan ini. Insyaallah, kami akan merancang perjalanan yang lain jika diizinkan Allah swt. Semoga kami semua dipanjangkan usia untuk bermusafir bersama lagi.

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi berkata ,

ومن كان في السفر آذى هو مظنة الضجر حِسنَ الخلق، كان في الحضر أحسن خلقاً .وقد قيل : إذا أثنى على الرجل معاملوه بى الحضر ورفقاؤه في السفر فلا تشكوا في صلاحه .

“Barangsiapa yang ketika bersafar (bermusafir) mengalami kesusahan dan keletihan ia tetap berakhlak yang baik, maka ketika tidak bersafar ia akan beraklak lebih baik lagi. Sehingga dikatakan, jika seseorang dipuji muamalahnya ketika tidak bersafar dan dipuji muamalahnya oleh para teman safarnya, maka janganlah engkau meragukan kebaikannya.” (Mukhtashar Minhajul Qashidin 1/39, Syamilah)

Sekian, nukilan saya untuk entri ini. Terima kasih kepada mak mertua saya Sharifah Nadzrah, adik ipar saya Syed Khalid & isteri tercintanya Aizura Badrul diatas segala kerjasama kalian dalam bermusafir bersama kami. Mohon di maafkan apa jua khilaf kami & halalkan segala2nya disepanjang permusafiran kita.

Love is all around. I love my family😙😙😙😙

Wassalam.

Syed Hud & Occupational Theraphy Part 6

Assalamualaikum Warrahmatullah…

Salam sayang buat semua ibu bapa hebat yang bersungguh-sungguh membesar & mendidik anak dengan penuh kasih sayang. Semoga semuanya sentiasa diberi kesabaran yang tinggi dalam menangani apa jua dugaan yang Allah swt berikan.

Bertemu lagi kita diruangan ini untuk mengikuti perkembangan terkini anak kami Syed Hud yang masih lagi mengikuti Terapi Cara Kerja (OT) beserta dengan pelbagai aktiviti lain untuk perkembangan & keseimbangan daya berfikir beliau.

Semakin hari Syed Hud menunjukkan perkembangan yang positif walaupun agak perlahan. Selain daripada meneruskan appointment dengan pihak OT, dia juga di hantar untuk mengikuti kelas “Eye Level” yang mana merupakan salah satu cara menyeimbangi otaknya yang didiagnoskan sebagai terlebih aktif dibahagian kanan. Dia telah berada dalam kelas ini lebih kurang 6 bulan untuk memahirkan otaknya berfikir secara spontan dalam menyelesaikan permasalahan matematik.

Ujian pertama dijalankan keatas kemahiran berfikir Syed Hud untuk menyelesaikan masalah matematik simple & critical thinking. Hasil ujian pertama: skornya hanya 9/35 bagi bahagian A (simple calculation) & betul semua di bahagian B (critical thinking: penyesuaian gambar rajah & mix/match).

2 bulan selepas itu, untuk test yang ke dua…markahnya meningkat kepada 31/35 dibahagian A & still betul semua di bahagian B.

Pada hari ini….dimana artikel ini di tulis, Syed Hud baru sahaja selesai menduduki ujian Eye Level (level 6) dengan skor 98%. Yang mana menunjukkan dia hanya salah satu dibahagian A & still betul semua di bahagian B. Sebagai ibu bapa yang banyak berusaha & berdoa…alhamdulillah, kami bersyukur & berasa gembira dengan pencapaian Syed Hud, anak ke 3 kami yang sangat kami kasihi.

Namun…..tidak hanya dengan itu, dia juga sentiasa digalakkan untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang kami rasa berfaedah & sesuai dengan minatnya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah lebih menjurus kepada kreativiti beliau dalam reka cipta. Antaranya….Syed Hud akan menonton beberapa video di YOUTUBE dan mencuba aktiviti tersebut. Kami sentiasa menyokong minatnya kerana kami tahu dia bukanlah kanak2 yang ketagihan gadget atau televisyen. Beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan mengayuh basikal atau bermain outdoor.

Membuat slime menggunakan sabun pencuci tangan dan ubat gigi.

Video menunjukkan Syed Hud mencipta sebuah bot daripada barang2 recycle.

Selain daripada itu, kami juga menghantar beliau mengikuti bengkel robotik & agak mengagumkan apabila kami diberitahu dia merupakan pelajar pertama yang berjaya menyiapkan robot yang mempunyai connection secara bluetooth kepada komputer. Walaupun pada hakikatnya, beliau bukanlah seorang yang biasa menggunakan komputer/laptop.

Namun begitu…segala2nya masih dipantau oleh Doktor Pakar di Jabatan psikiatri UIA. Kami membawanya berjumpa doktor setiap 5 bulan sekali bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya untuk perkembangan beliau, selain meneruskan rawatan di OT, 2 minggu sekali.

Alhamdulillah….segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang lemah itu dari diri kita sendiri. Kami berharap, anak kami akan menunjukkan perkembangan yang lebih baik lagi selepas ini terutamanya dalam pelajarannya. Mudah2han tahun 2018 merupakan tahun yang lebih baik buat Syed Hud kerana kami membuat pelbagai perubahan baru untuk persekolah & aktiviti kokurikulumnya.

Doakan usaha kami ini berjaya.

Salam sayang buat semua ibu bapa penyayang diluar sana. Mudah2han bertemu lagi di siri yang ke 7 di tahun 2018.

Wassalam

Syed Hud & Occupational Theraphy Part 5

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang maha berkuasa keatas sesuatu yang dikehendakiNya.

Alhamdulillah, kami sekali lagi mengangkat tangan menadah kesyukuran kepada Mu ya Allah diatas rahmat & kasih sayang yang Engkau curahkan.

Kami masih didalam proses pemulihan cara kerja untuk anak kami Syed Hud Bin Syed Burhannuddin. Insyaallah dalam siri ke 5 ini kami kongsikan lagi improvement yang ditunjuk oleh Syed Hud hari demi hari.

Buat beberapa ketika dahulu….kami sentiasa membimbing dia untuk menghafal beberapa surah lazim sebagai permulaan dia untuk bergelar hafiz atau sekurang2nya boleh membacanya dalam solat. Begitu juga apabila tiba musim peperiksaan, setiap malam kami akan memastikan dia telah menghafal surah2 yang bakal di tanya pada waktu peperiksaan esoknya. Namun, kebanyakan surah2 yang telah dihafalnya tidak bertahan lama di ingatannya. Jika tiada sesi refresh…semuanya akan gone with the wind💨💨💨

It happens for many years….since he was 4 years old until 7 years old.

Allah itu maha penyayang….Dia sentiasa menguji kesabaran hamba2nya agar kita akan terus berusaha, berdoa & bertawakkal kepadaNya. Begitulah yang kami sifatkan apabila setelah usaha kami agak sia2 untuk beberapa tahun…akhirnya pada bulan oktober 2017 ini…kami boleh berasa gembira kerana Syed Hud telah berjaya menghafal 20 ayat daripada surah yaasiin dalam masa 2 hari. Tell me….ibu bapa mana yang tidak gembira dengan berita ini🤗🤗🤗….Kenapa kami memilih surah yaasiin? Kerana kami sering mengadakan atau menghadiri majlis tahlil & ini akan memudahkan Syed Hud untuk menyertai jemaah yang lain sewaktu bacaan yaasiin. Jika tidak, sebelum ini dia mempunyai perasaan rendah diri yang tinggi & mengambil jalan untuk menjauhkan diri daripada orang lain.

Bagaimana ini boleh berlaku? Saksikan video ini 👇👇

Inilah cara dia menghafal. Kanak2 yang aktif & ada banyak energy perlu teknik yang sebegini. Menurut therapist di OT, untuk memudahkan di focus sewaktu menyiapkan homework juga dia digalakkan untuk menggunakan gym ball ini. Please….jangan mengharapkan kanak2 yang otak kanannya aktif untuk duduk statik & menghafal. Dulu dia menghafal al quran dengan cara mendengar bacaan orang lain kerana dia tidak lancar untuk membaca sendiri (refer post saya part 1). Itulah salah satu kesilapan kami selama ini 😌😌😌

It is fun sebenarnya….kerana kami tahu dia tidak stress untuk melakukannya. Walaupun dengan ketiadaan kami disisinya, dia tetap mempunyai initiatif sendiri untuk menghafal. Alhamdulillah hasilnya….adalah seperti di dalam video yang seterusnya:

Selain daripada itu, therapist di OT juga memaklumkan kepada kami bahawa Syed Hud telah mula mempunyai tahap confident diri yang baik. Dia telah di letakkan bersama2 seorang kanak2 autism dalam satu sesi terapi & di sepanjang proses terapi dia mampu menguasai keadaan (leader).

Paling menarik ialah…..dia mampu mempengaruhi kanak2 tersebut untuk berbual & bermain dengannya serta mempunyai eye contact sewaktu berinteraksi dengannya. Tabarakallah….Allah swt maha penyayang & maha pengasih, menemukan dua insan yang saling tidak mengenali antara satu sama lain & masing 2 mempunyai specialty tersendiri tetapi boleh bergaul mesra dalam masa 1 jam yabg diberi. Secara tidak langsung, kanak2 autism tersebut kelihatan gembira untuk bermain bersama kawan barunya.

Mungkin atas faktor Syed Hud telah lancar membaca & menulis (tidak perlu mengeja lagi), maka di sekolah juga dia sudah berani ke depan. Kami amat berbangga apabila di maklumkan bahawa dia menyertai pertandingan melaungkan azan baru2 ini. Selama 3 tahun setengah dia bersekolah, dia tidak pernah menyertai sebarang pertandingan samada sukan atau kelab2 sekolah. Ini adalah disebabkan dia sering berasa rendah diri & kurang keyakinan diri. Walaupun dia tidak menang namun pada kami, itu bukan ukurannya. Yang penting kami tahu yang dia telah mulai menunjukkan banyak improvement sejak memulakan terapi 5 bulan yang lalu (2 minggu sekali).

Subhanallah maha suci Allah…..

Sesungguhnya benarlah Allah swt menguji hamba2nya setimpal dengan kemampuan mereka. Bersyukur kami sebagai ibu bapa kepada Syed Hud kerana terpilih untuk mempelajari ilmu hidup yang jarang2 ingin di ambil kisah oleh orang lain. Malahan, sehingga ke hari ini jika kami menyebut mengenai Terapi Cara kerja (Occupational Therapy) masih ramai ibu bapa yabg tidak tahu mengenainya.

Nasihat kami….carilah ilmu. Rujuk kepada yang pakar atau ibu bapa yang berpengalaman sekiranya kita nampak sesuatu yang abnormal dengan perkembangan anak2 kita. Ambil positif ke atas setiap teguran & pandangan orang sekeliling terhadap perlakuan anak kita. Semuanya berlaku dengan izin Allah swt.

Sampai setakat ini dahulu coretan saya buat kali ini. Moga2 Allah swt mengizinkan kami untuk terus berusaha bersama mendidik & membesarkan anak2 kami di jalan Allah swt. Insyaallah kita akan bersua lagi di siri yang ke 6.

Wallahualam.

7 Golongan Yang Akan Di Naungi Arasy: Tausiah Oleh Hubabah Ummu Salim

Assalamualaikum Warrahmatullah…..

Salam sayang buat semua muslimin & muslimah💖💖💖

Alhamdulillah…dengan izin Allah swt yang memberi kemudahan & ruang kepada ana serta beberapa orang ahli keluarga untuk hadir ke majlis ilmu bersama Hubabah Nur (Zaujah Habib Umar Al Hafidz) atau dikenali sebagai Ummu Salim Bin Hafidz dari Darr Az-Zahra, Hadraulmaut Yemen pada 25.10.2017 di Pusat Komuniti HAK (PKHAK) Sg Penchala, Wilayah Persekutuan KL. Tausiyah ini telah diterjemahkan oleh Ustazah Fatimah Jindan.

Diantara bait-bait nasihat yang disampaikan oleh hubabah adalah, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir & berselawat selain daripada amalan2 harian yang lain.

Hubabah juga memberi peringatan mengenai 7 golongan yang akan dinaungi arasy Allah swt pada saat ketibaan hari kiamat.

Namun sebelum itu, Hubabah menceritakan perihal Allah swt yang telah berbicara dengan syurga.

– Ramai penghuni syurga yang menyesal & ingin meningkatkan darjat kedudukannya di syurga walaupun telah berada di syurga.

– Ramai manusia yang berada di syurga menyesal kerana tidak banyak berzikir semasa didunia.

Allah swt bertanya kepada syurga:

🔎Kenapa mereka menyesal?

📍Kerana semasa didunia mereka telah membiarkan 1 saat tanpa zikir kepada Allah swt. Darjat manusia di syurga ditentukan melalui berapa banyak zikirnya semasa di dunia.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

– Ketahuilah, dengan mendengarkan (belajar) ilmu, kita akan mengetahui cara beribadah yang betul.

– Allah swt berfirman, jika seseorang itu berniat & inginkan kebaikan, maka Allah swt akan memberikan kefahaman dalam agama kepadanya.

– Manakala, syaitan itu pula akan sentiasa membuatkan kita berasa amalan kita sudah cukup bagus. Sekiranya kita mempunyai perasaan sedemikian maka hancurlah/sia-sia amal kita.

– Orang yang tahu & faham mengenai agama (Islam) akan tahu cara untuk memerangi dirinya sendiri

Hubabah berpesan lagi,

– Apabila kita mendengar nama nabi Muhammad saw disebut, bersegeralah kita berselawat kepada nabi junjungan kita. Kita akan tergolong dalam golongan orang yang lokek jika tidak berselawat kepada nabi saw.

– Jika seseorang insan itu memahami agama Islam yang sebenar, dia akan menyaksikan Allah swt setiap saat & sentiasa khusyuk dalam solatnya.

💟💛💟💛💟💛💟💛💟💛💟💛💟💛

– Allah swt bertanya kepada lagi kepada syurga:

🔎Untuk apa kamu disediakan?

📍 Lalu Syurga menjawab: ‘aku disediakan untuk orang yang kusyuk dalam solat’

Ditanya lagi….

🔎Maka….dimana letaknya khusyuk itu?

📍 Khusuk itu tempatnya dihati. Ketika seseorang itu sedang kusyuk, akan mengalirlah air matanya. Manakala orang yang tidak khusyuk pula membuktikan bahawa orang itu adalah orang yang celaka di sisi Allah swt. Sebagaimana disebut dalam hadith: ‘jika seseorang menangis kerana takut kepada Allah swt, maka keluarnya setitis air mata adalah lebih baik daripada dia bersedekah segunung emas’.

🕌🕋🕌🕋🕌🕋🕌🕋🕌🕋🕌🕋🕌🕋

Selanjutnya….Hubabah Nur menceritakan mengenai 7 orang yang akan dinaungi arasy Allah swt pada hari kiamat.

– Dalam hitungan Nabi saw, ada 7 orang yang akan dinaungi arasy Allah pada hari kiamat nanti:

1. Imam yang adil & termasuk wanita yang adil

✅Golongan wanita yang termasuk dalam imam yang adil adalah:
➡wanita yang berzikir kepada Allah swt lalu keluar air mata yang deras dari matanya.

➡Pemuda/pemudi yang tumbuh ketaatan dalam dirinya & imam yang adil: wanita yang memimpin rumah tangganya & merupakan imam setelah ketiadaan suaminya, wanita yang menguruskan kewangan rumah tangganya, serta menjaga pandangan daripada memandang yang haram (cthnya menonton tv, melihat aksi pelakon yang membuka aurat), manakala wanita yang membiarkan tayangan aurat akan dilaknat Allah swt.
➡Seorg ibu yang menjaga zikir, solat 5 waktu, menjaga rumah tangga untuk sentiasa berselawat kepada Nabi saw, menjaga bacaan Al Quran di dalam rumah, maka rumah tersebut akan dipandang seperti bintang & diliputi rahmat Allah swt. Akan diturunkan malaikat2nya serta Allah turunkan ketenangan. Malaikat juga turun berkumpulan2 sampai ke arash langit, akan turun juga rahsia2 kebesaran dari Allah swt.
➡ wanita digalakkan memperbanyakkan didalam rumahnya membaca ‘Lailahaillallah’.

Hubabah turut menyentuh berkenaan dengan iman:
🔎Dimana letaknya iman?

📍Jawapannya: Iman itu tempatnya dihati

🔎 Siapa orang yg beriman:

📍Jawapannya: Orang yang ketika disebut nama Allah swt, akan timbul rasa takut didalam hati mereka & ketika dibaca nama Allah swt akan bertambah rasa takutnya, sentiasa mendirikan solat, berinfak dengan nama Allah swt sehingga apa yg di infakkan oleh tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya, menjauhi hal2 yang membatalkan solat & berusaha untuk kusyuk dalam solat. Apabila mendapat rezeki yang diberi kepada mereka (wanita), mereka akan berinfak tanpa menghitung rezeki tersebut.

➡Bahkan diceritakan didalam hadith, seorang budak (hamba) yang tidak memiliki sesiapa dalam tanggungannya (anak & isteri), akan ditanya tentang apa yang dia pimpin…ditanya tentang hatinya, lisannya, tangannya, kakinya & kemaluannya. Maka jawapannya, dia merupakan pemimpin kepada jasadnya sendiri.

➡Perbanyakkanlah menginfak.

Diantara contoh infak:

– Menginfakkan kereta. Apa yang dimaksudkan dengan menginfakkan kereta? Membiarkan orang yang susah menaiki kereta untuk ke tempat yang baik adalah termasuk daripada zakat kereta.
– Manakala Infak Maknawi ialah seperti melibatkan diri & berkhidmat dengan majlis2 ilmu ataupun memberi kepada orang yang kurang bermampuan dan mengajarkan ilmu kepada orang yang kurang ilmu (bodoh).

Haqqo

Apa makna haqqo (berhak)?

Haqqo ialaha ada orang mukmin yang diberi keampunan oleh Allah swt. Org mukmin yang hakiki memilik darjat yang tinggi di sisi Allah swt & darjat yang tinggi. Hanya hamba yang betul2 berhak mendapat keredhaan Allah ialah mereka (حق)..

Haqqo ( حق) ialah = berhak ☺

➡Memperbanyakkan bacaan Al Quran.

Membaca Al Quran boleh memperbaharui iman. Jika Seorang wanita menerapkan hal2 yang diatas tadi…serta menambahkan bacaan didalam rumah & sentiasa mendirikan qiamulail & tidak meninggalkan solat fardu, solat berjemaah diwaktu isyak (dia akan tidur dalam jagaan Allah swt) & subuh, solat dhuha, zikir2, Allah swt akan sentiasa ingat kepadanya. Jika seseorang itu lupa untuk berzikir, maka orang tersebut akan dikuasi syaitan & sepanjang hari syaitan merupakan penemannya.

Pesan hubabah lagi…..
➡Bacalah ‘Laila hailallah al malikul haqqulmubin’ sebanyak 100x sehari. Insyaallah kita akan bebas dari kemunafikan & bebas siksa kubur.

Wanita juga di ingatkan agar….

➡Bersolat sunat 4 rakaat sebelum & selepas solat zohor. Ganjarannya, akan dijauhkan dari api neraka.
➡Manakala solat sunat 4 rakaat sebelum asar, ganjarannya pula ialah wanita akan tergolong dalam golongan imam yang adil
➡Melazimkan diri & keluarga mendekatkan diri kepada Allah swt kerana itu merupakan tanggungjawab seorang wanita.

Seterusnya…..

Berikut pula adalah diantara 6 lagi golongan yang dinaungi arasy Allah swt:

2. Seseorang yang duduk (berkhalwah/ zikir) sendirian lalu menangis apabila mengingati Allah
3. Pemuda yang beribadah kepada Allah swt
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah swt
5. Orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah tanpa tangan kirinya mengetahui akan hal tersebut
6. Lelaki yang apabila di ajak berbuat perkara2 yang tidak baik, lalu menolaknya dan berkata ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah swt’
7. Seseorang yang hatinya terikat dengan masjid

💟💛😢💟💛😢💟💛😢💟💛😢💟💛😢

Hubabah juga turut menambah penceritaan saat tibanya hari kiamat:

Dan ketika datangnya hari kiamat, semua benda yang berada di muka bumi akan hancur & bumi bersaksi akan kekuasaan Allah swt. Pada ketika itu, matahari adalah redup(gelap) tetapi bahang panas terasa sewenang2nya. Matahari semakin dekat dengan manusia tetapi keadaan semakin gelap. Namun, akan ada manusia yang ada nur/cahaya iaitu 7 golongan yang disebutkan tadi.
– Ketahuilah….Allah swt maha mendengar semuanya, Allah swt itu sebenarnya sangat dekat dengan kita. Hatta Allah swt maha melihat warna semut walaupun di dalam gelap. Namun, yakinlah…. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba2nya.

– Pada ketika itu, keringat manusia menitis sehingga ada yang mencapai paras 1/2 betisnya, ada yang sampai ke lututnya, pusatnya, dadanya, mulutnya malahan ada yang tenggelam didalam keringatnya sendiri. Tahap terkumpulnya keringat tersebut adalah tergantung kepada berapa banyak dosanya.

💝7 golongan ini ketika yang lain terendam dengan keringat, dia akan dikurniakan nur. Keadaan pada ketika itu adalah 1 hari bersamaan dengan 50 ribu tahun.

– Pada ketika itu juga, orang2 kafir meminta/merayu agar mereka segera dimasukkan ke neraka kerana tidak tahan dengan kepanasan pada waktu itu.

Makanya…..
Perbanyakkanlah amalan.

Insyaallah mudah2han kita semua tergolong dalam golongan yang dinaungi arasy Allah swt.

Sama2 kita doakan agar hubabah juga dilanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik serta diberikan rezeki datang ke Malaysia lagi untuk menyampaikan ilmu & membawa barakah kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

Catitan dari:

Hamba Allah Yang Fakir,

~Zan Aizan~

25 Oktober 2017

SYED HUD & OCCUPATIONAL THERAPY (Part 4)

Bismillah hirrohmanirrohim….

Susulan kaedah pembelajaran yang diubah khas untuk dia, Alhamdulillah……kami nampak perubahan dia walaupun tidaklah begitu drastik. Semuanya perlukan kesabaran yang tinggi & tekun. Seluruh ahli keluarga & guru2 memberikan komitmen untuk Syed Hud. Atas nasihat pakar, dia masih perlukan terapi at least for another 4-6 months.

Lihat gambar, wlpn dia masih tidak boleh duduk statik sewaktu belajar membaca Al Quran namun dia mampu membaca at least 3-4 muka surat sehari dalam satu sesi. Di permulaan sesi pembelajaran dia duduk diatas kerusi (gymball dia pecah & saya masih belum sempat menggantikan dgn yg baru. Ada msnya dia duduk diatas gymball)….kerusi pun terbaring juga…& akhirnya dia duduk diatas lantai. Sebelum ini, dia membaca beberapa lampiran juga tetapi secara berterusan. Namun selang beberapa hari, dia lupa & bacaannya perlu diulang lagi. Dia mengambil masa yang lama untuk sampai ke peringkat membaca Al Quran. Bermula dari usianya 4 tahun. Daripada bacaan Iqra…ditukar kepada Al Bagdadi…kemudian Iqra semula. Akhirnya…kami tahu he needs to be treated in a different way. Skrg dia baru shj berada di juzuk 4.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, ustaz yang mengajarnya juga merupakan seorang ustaz yg berpengalaman & sangat penyabar. Ustaz Rahman yang dulu merupakan guru kepada abang & kakaknya juga. (Yg dalam gambar & video tu adalah abangnya Syed Nuh, dia hanya bantu mengajar apbl balik bercuti shj. Tapi kelihatan sabar juga dgn kerenah adiknya tu 🤣🤣🤣)

Kebiasaannya, apabila dia selesai membaca 1 mukasurat, dia akan dibenarkan bermain dahulu atau melakukan sedikit excercise. He needs to release his extra energy. Setelah itu dia akan menyambung bacaan di mukasurat seterusnya. Jika tidak, 2nd page nanti dia tidak akan dapat focus. Begitulah seterusnya…

Suka saya ingatkan parents sekalian…cari punca kenapa ada anak2 yang tidak boleh focus waktu belajar & tangani masalah itu. Pergi kepada yang pakar & jalani terapi yang disarankan. Kenali anak anda. Jadilah ibu bapa yang prihatin.

“Semua yang baik itu dr Allah swt, yg cela itu dr diri kita sendiri. Wallahualam”

*will be sharing again…..😘

Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 3)

Assalamualaikum warrahmatullah…. Susulan daripada artikel part 1 & 2 sebelum ini…. Selain daripada menjalani terapi di OT, aktiviti fizikal yang lain juga perlu untuk kanak2 yang high creative thinking & over energy like him. Untuk calm down & mendidik dia focus sebentar, kami diberitahu agar dia diberikan slime atau tanah liat. Saya pernah melihat therapist di UIA menyembunyikan 8 biji guli didalam tanah liat & meminta Syed Hud untuk mengeluarkan kesemua guli2 tersebut. Dalam masa beberapa minit, dia focus dengan tenang mengeluarkan guli2 itu. Begitu juga apabila dia bermain slime, dia lebih focus & relax (berhati2 sebab takut slime jatuh & hancur). Dia juga berjaya memasukkan kembali slime ke dalam botol yang mana saiz lubangnya agak kecil (ada kanak2 lain yang gagal berbuat demikian). Kami juga diberitahu both aktiviti are good for motoring system kanak2 (I need to study more on this part, I don’t really understand hehe). Untuk aktiviti fizikal, swimming adalah senaman terbaik untuknya. You can see how calm he is bila berada didalam air setelah mengeluarkan seluruh tenaganya berenang berulang alik beberapa kali. I know, he’s not sleeping on the water but he can do that for several times. Tidak hairanlah dalam Islam juga menggalakkan anak2 kita diajar berenang. Selain daripada ia baik untuk paru2 & pembentukkan muscle, ia juga terapi untuk calm down.

Insyaallah he shows a lot of improvement 😍 #serahkanKepadaYangPakar

SYED HUD & OCCUPATIONAL THERAPHY (Part 2)

Alhamdulillah….progress yang sangat positif selepas 2 bulan theraphy (5-6 kali therapy). Disamping ke OT dia juga diteruskan dengan theraphy berenang & ‘eye level’. Banyak xtvt yg kami tumpukan kpnya skrg. Report dari Theraphist OT & doktor pakar psikiatri hari ini sangat menggembirakan kami & juga membangkitkan semangat kami untuk terus bersamanya dlm sgl proses mengimbangi daya pemikiran Syed Hud.

Ciptaan terbaru Syed Hud ialah satu lagi remote control untuk kereta control adiknya Syed Ahmad. Hasil kerja yang belum ada finishing yang kemas, but its functioning.

Yang pasti….dialah idola adiknya Syed Ahmad.

#OtakKananYangCreatif

Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 1)

Anak adalah anugerah dari Ilahi. Jangan sesekali bandingkan anak2 kita atau pilih kasih. Semua anak ada keistimewaan & kekurangan tersendiri. Sama macam mak ayah kita besarkan kita, begitulah juga sepatutnya kita membesarkan anak2 kita. Perhatian yang sama rata kepada setiap satu anak jika kita mempunyai lebih dari seorang anak. Jika mempunyai hanya seorang anak, maka berpada2lah dalam menjadikannya anak emas kita.😍😍

Entri ini agak panjang namun ia adalah untuk dikongsi bersama ibu bapa lain yang mungkin tidak pernah tahu apa itu “Occupational Therapy” (OT) atau Terapi Cara Kerja. Ia sebenarnya adalah terapi untuk pelbagai attitude/behavior terutamanya bagi kanak2. Kanak2 kan banyak ragam & kerenahnya…..each of them need different approach. Kadang kala kita rasa kita tahu how to handle anak kita, ayat yang biasa kita dengar ialah “dia anak saya, saya tahulah macam mana nak handle dia” ataupun “ala….biar jelah, lama2 nanti dia ok lah”. Begitulah selalunya, walhal perkara beginilah yang perlukan pemerhatian. So kita perlukan pakar jika kita gagal kenal pasti masalah anak2 kita. Kami akui kami jua agak lambat mendapatkan khidmat pakar namun its better late than never.

Saya suka berkongsi info kerana saya faham…ramai ibu bapa tidak mahu menerima hakikat apabila diberitahu bahawa anak mereka need special treatment. Lebih ramai lagi yang malu dan tak kurang juga yang marah apabila orang sekeliling keep complaining about their kids. Especially orang melayu (I’m sorry to say this, but this is the fact). Alhamdulillah, kami ibu bapa yang open mind & suka membuka mulut mencari info serta sentiasa bersedia dengan sebarang nasihat & kritikan drpd orang sekeliling. Ketahuilah jika 80% complaint & hanya 20% yang memuji behavior anak kita, yang 20% itu sbnrnya golongan yang sangat baik hati & sentiasa menjaga hati kita. Manakala yang 80% itu adalah golongan yang baik juga & really want to help us.

Untuk info semua, anak ke 3 kami Syed Hud yang berusia 9 tahun sedang menjalani treatment di OT UIA Kuantan dengan kos RM80/session but its free untuk pelajar sekolah kerajaan, actually hospital kerajaan pun ada khidmat ni & its free (ataupun hanya registration yang kena bayar, saya tak pasti) tapi que nya panjang. Kami sebagai ibu bapa yang pernah ada pengalaman membawa anak ke 4 kami dulu ke speech theraphy merasa bersyukur apabila mengenal pasti yang ank ke 3 kami juga perlukan special theraphy before its TOO LATE. Tiada specific kategori for him, hanya lebih kurang dalam kategory kanak2 yang “High Creative Thinking”. Overall dia sama macam kanak2 lain yang normal…tak banyak masalah sejak lahir hingga sekarang. Namun, ada certain part yang perlu diberi perhatian. Antaranya, part pembelajaran akademiknya yang tidak stabil. Kadang kala ada subject yang sangat cemerlang & tiba2 boleh drop jadi fail, begitulah sebaliknya. Kalau dizaman 80an & 90an, kanak2 begini akan diletakkan dikelas corot & tidak lagi mendapat perhatian di sekolah. They will be left out forever atau di labelkan sebagai pelajar nakal di sekolah. Oleh yang demikian, Kami telah membawanya berjumpa pakar psikiatri & Dislexia screening test sebelum mengenalpasti apakah treatment yang sesuai untuknya.

Antara perkara2 yg doktor pakar psikiatri highlight ialah:
1. Bagaimana Proses pembesarannya: dia skip all the proses, tidak meniarap, merangkak atau bertatih. Drpd berbaring selama 7 1/2 bulan, terus boleh bgn berjalan
2. Dia suka dibedung dr lahir hingga berusia 7 bulan. Hingga sekarang sentiasa berselimut wlpn tidak sejuk.
3. Tak banyak bercakap atau mengadu. Lebih suka buat hal sendiri
4. Tak stick to 1 interest. Suka cuba pelbagai perkara.
5. Cepat boring.

Bagaimana kami mengesan yang dia perlukan treatment:
1. Hasil drpd laporan beberapa orang guru, dia cepat hilang fokus dalam kelas.
2. Suka bermain bersendirian – ada comfort zone sendiri contohnya selesa berada dalam selimut walaupun tidak sejuk semasa menonton tv & sentiasa membuat sempadan kawasannya sendiri untuk bermain didalam rumah.
3. Mengasingkan diri dr kwn2 jika tidak selesa ada rakan yg memerhatikan dia buat sesuatu.
4. Boleh duduk setempat tetapi kelihatan tidak selesa selepas 20-30minit. Bermasalah untuk habiskan waktu belajar dalam kelas. Kelihatan resah gelisah.
5. Tidak suka membaca & kadang2 berpura2 tidak tahu membaca😬😬walaupun kurang lancar membaca pada usia 8thn namun dia pandai mencipta pelbagai permainan elektronik menggunakan pelbagai barangan yang terpakai. Sekarang dia dah lancar membaca.
6. Cepat lupa tentang apa yang dipelajari setiap hari (akibat tidak fokus).
7. Tidak suka dikawal. Apabila bersukan tidak suka terikat dengan sebarang tatatertib. Oleh itu dia paling suka swimming sebab boleh bergerak bebas dalam air.
8. Terlalu curious dengan tempat atau suasana baru. Akan survey sekeliling untuk pastikan keadaan selamat atau apa yang ada dikawasan tersebut.
8. Tidak terlalu attached dengan kawan2.
9. Aktif tetapi bukan hyper. Sentiasa berlari & melompat tetapi tidak mengusik/merosakkan barang2 orang lain.
10. Masih confius dengan huruf ‘b’ & ‘d’.
11. Confident level yang kadang kala rendah. Tidak suka persaingan.

Apa kelebihan2 yg dikenalpasti:
1. Boleh menghafal surah2 Al Quran dengan hanya mendengar bacaan tanpa melihat Al Quran. Apabila membaca Al Quran dengan cara melihat Al Quran, agak susah baginya.
2. Cenderung melakukan pelbagai experimen sains contohnya pelbagai permainan elektronik berlampu & bermotor.
3. Sangat independent. Jarang meminta bantuan untuk pengurusan kendiri.
4. Bermain outdoor. Kami anggap ianya istimewa kerana pada zaman ini kanak2 cenderung bermain play station atau gadget tetapi dia masih cenderung berbasikal atau berlari disekeliling taman perumahan kami.
5. Sentiasa cergas & bertenaga kerana otak kanannya aktif. Sentiasa berfikir…what’s next should be done🤔🤔🤔Dia seorang yang sentiasa sibuk😃😃banyak projek nak buat
6. Rajin melakukan kerja2 rumah contohnya membersihkan rumah kerana dia ada banyak energy. Tetapi tidak ingin dilihat oleh orang lain sewaktu membuat kerja2 tersebut. So, kadang2 dia mencuci rumah di tengah malam sewaktu semua orang sedang tidur.
7. Sangat kreatif dengan pelbagai barangan recycled cthnya botol, penutup botol, kotak & dll.
8. Akan asyik dengan origami. Berkemahiran membuat pelbagai origami dengan idea sendiri.

Apakah terapi yang dijalankan di OT:
1. Latihan membaca, menulis & mengira
2. Akan berikan masa beberapa minit untuk dia bermain sebelum start another assignment.
3. Tanah liat yang didalamnya diletakkan beberapa biji guli & dia dikehendaki mengeluarkan guli2 tersebut. He will get calm to take out semua guli tersebut.
4. Beri masa untuk bercerita tentang hobinya.
5. Sentiasa monitor one to one dengan setiap latihan 3m yang tersebut dlm no.1 diatas.

Apa nasihat pakar untuk terapi di rumah/sekolah:
1. Biarkan dia bebas bermain untuk melepaskan tenaganya yang banyak. Selagi dalam kawalan & tidak bermain benda2 yang bahaya.
2. Gunakan gym ball sebagai pengganti kerusi sewaktu dia duduk untuk menyiapkan kerja2 sekolah. Gym ball bergerak2, suite for him yang tak boleh duduk statik.
3. Layan xtvt experimennya…its good for his future. Jika di luar negara he may become like Albert Eistien but…this is Malaysia, sijil akademik je yg org pandang😩😩😩and we don’t have a special school untuk kanak2 berkemahiran seperti ini.
4. Utk lebih selesa, letakkan blanket/beg atas riba semasa belajar. Dia rasa lbh selamat apabila ada sesuatu yang attached to his body.
5. Elakkan banyak benda disekeliling yg boleh distract dia sewaktu belajar. Contohnya bunyi bising, permainan elektronik, rakan2 yang suka bercakap dll. Semua tu akan buat dia hilang fokus.
6. Belajar 20-30 minit kemudian lepaskan dia bermain atau melompat diatas trampolin 100x kemudian sambung belajar kembali.
7. Belajar di luar kelas/bilik. ‘Open air’
8. Excercise sebelum belajar.
9. Galakkan (reward) apabila dia berjaya siapkan sesuatu latihan.
10. Membaca one to one dgn lebih kerap.
11. Latihan menulis
12. Berikan dia tanah liat atau slime sebagai terapi penenang.

Tentu ramai pula yang tertanya2…why at the edge of 9 baru kami nak bawa terapi?

Actually sebelum ini kami telah cuba buat pelbagai perkara. Antaranya:
1. Tuisyen untuk perbaiki akademik. At the beginning he was ok but dia jadi bosan kerana teknik yang sama diguna pakai disekolah harian. (Dia kan needs special techniques 😆😆)
2. Hantar ke Eye level untuk seimbangkan otak kanan & kiri (masih hantar sampai sekarang).
3. Berkuda
4. Swimming seminggu sekali
5. Panggil ustaz mengajar mengaji di rumah one to one
6. Soccer kids untuk dia mengasah bakat & bergaul. At certain stage, he stopped.
7. Sentiasa pantau homework & hafazan surah2 lazim di rumah
8. Pelbagai supplement contohnya coklat minda & farmina.
9. Personal tuisyen di rumah

Yang pasti, doa kami tidak pernah putus. Begitu juga dengan ikhtiar kami. Sehinggalah kami tahu mengenai OT ini. Oleh itu, untuk ibu bapa yang lain, saya berharap entry ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kalian mengenai pentingnya terapi cara kerja oleh pakar OT untuk anak2 yang ada extra kelebihan.

Sentiasalah ambil positif setiap kritikan & teguran orang sekeliling mengenai anak2 kita. Setiap anak ada kelebihan & keistimewaan sendiri. Bukan kecemerlangan akademik semata2 yang menentukan kejayaan masa depan anak2. Buka minda & step out of the box. Bawa anak untuk treatment bukan bermakna anak kita cacat atau bermasalah. We just need those knowledge. Jangan malu & segan untuk bercerita tentang kekurangan anak2 anda kerana anda tidak tahu sebenarnya mereka semua ada kelebihan tersendiri.

Saya bersyukur kerana diberi peluang berada dalam Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa (PIANIS) yang membolehkan saya sentiasa berkongsi info bersama ibu bapa yang lain dan doktor2 pakar dari UIA. Ramai ibu bapa lain yang lebih besar dugaannya apabila anak2 mereka mengalami Down Sindrome, ADHD, Autism, Dislexia dan pelbagai masalah lain. Terima kasih juga kepada semua tenaga pengajar di Intergrated Islamic School especially Teacher Salmiah yang banyak membantu di sekolah. Alhamdulillah Allah swt sentiasa membuka jalan bagi orang yang berusaha.

Sekali lagi saya maklumkan disini…saya suka berkongsi info, bukan setakat info tentang kecemerlangan anak sahaja namun permasalahan & cara penyelesaian anak juga saya kongsikan agar ia sekurang2nya membuka minda ibu bapa lain. Tidak rugi jika kita sama2 manfaatkan ilmu yg ada. Salam sayang dari saya buat semua ibu bapa hebat diluar sana.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.