MARTABAT ISTERI/IBU KEPADA SAADAH ALAWIYYIN

Assalamualaikum wrh

Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya posting ini dianggap sensitif oleh sesetengah pihak. Terutamanya bagi Saadah Alawiyyin/yat yang ada diantaranya “MUNGKIN” tidak bersetuju dengan posting ini.

Saya menulis untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas agar isteri/ibu kepada Saadah Alawiyyin (bukan Sharifah) agar mereka tidak menjauhkan diri dari keluarga Saadah sekaligus mengakibatkan anak2nya terpisah dari cara hidup Ba’lawi.

Apa yang dimaksudkan dengan Saadah Alawiyyin?

Saadah Alawiyyin ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki nasab/jalur/keturunan dari “Rasulullah ﷺ”, Muhammad melalui cucu Baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi ﷺ iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.

Tonton di sini untuk lebih info:
Perbezaan Saadah, Bani Alawi, Alawiyyin & Alawiyyah:
https://youtu.be/DJqBq5j1Ngw?si=5egvABnvlpD9yNb7

Saya telah berkahwin dengan seorang Saadah Alawiyyin dari kabilah Al Khered sejak 2001. Usia perkahwinan kami sekarang ialah 24 tahun. Di awal perkahwinan, pada ketika itu saya pernah dipinggirkan apabila tidak dibenarkan masuk ke majlis Saadah yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pada ketika itu saya datang bersama suami, seorang anak lelaki berusia 5 tahun & seorang anak perempuan berusia 2 tahun. Saya tidak dibenarkan masuk ke bahagian wanita. Saya hadir tanpa ditemani oleh ibu mentua atau saudara mara dari keturunan Saadah. Namun akhirnya, dengan izin Allah swt, salah seorang AJK majlis mengenali saya & suami, lalu saya diizinkan masuk.

Anak2 di Makam Imam Al Haddad, Tareem (2023)

Selain dari itu, ada juga yang mengejek & merendah2kan saya. Antara kata-kata yang paling mengguris hati ialah “Awak dah rampas hak seorang Sharifah” (kerana saya berkahwin dengan SYED). Saya tidak bermaksud melabelkan semua Sharifah berperangai begini, bagi saya mereka yang berkata buruk adalah disebabkan kurang ilmu. Malahan ada ramai Saadah/Sharifah yang baik budi pekerti & menyantuni orang dengan ramah.

Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus hadir ke majlis Saadah & meneruskan azam untuk mendidik anak2 saya mengikut cara hidup yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ. Semua ejekan tersebut telah menaikkan semangat saya untuk lebih mendalami pelbagai ilmu agama agar saya mampu mendidik anak2 dengan sebaik2nya. Saya ingin Baginda Nabi ﷺ bergembira melihat anak cucu Baginda ﷺ berkembang tumbuh sebagai pewaris Nabi ﷺ dari segala sudut kehidupan.

Saya berpegang kepada kata2 “IBU ADALAH MADRASAH PERTAMA ANAK2NYA”.

Subhanallah, dengan izin Allah swt, pada tahun 2004, Al Habib Ahmad Semait & isteri telah datang ke Kuantan, Pahang & banyak mengajar saya tentang di mana kedudukan saya sebagai isteri atau ibu kepada Saadah. Kata Al Habib, selagi saya masih isteri kepada seorang Saadah/Syed, maka saya telah termasuk ke dalam kabilah/nasab Rasulullah ﷺ. Tambahan pula, saya telah melahirkan zuriat dari keturunan Saadah.

Makam Allahyarham Al Habib Ahmad Semait

“Kamu bertuah kerana berkahwin dengan SYED & melahirkan zuriat yang merupakan anak cucu Baginda Rasulullah ﷺ. Bukan semua orang terpilih untuk melahirkan anak cucu Baginda Nabi ﷺ. Even, Sharifah sekalipun tidak semuanya mempunyai zuriat dari keturunan Nabi ﷺ. Ini adalah AMANAH YANG BESAR kerana kamu telah termasuk dalam kabilah & melahirkan anak cucu Baginda Nabi ﷺ” Kata-kata keramat dari Umi Thahirah, Isteri kepada Almarhum Al Habib Ahmad Semait tersemat di sanubari saya sehingga ke saat ini.

“Tetapi…kamu mesti jaga amanah (anak2) ini berpandukan kepada apa yang Rasulullah ﷺ ajarkan. Jika seorang Saadah (Sharifah/Syed) hanya berbangga dengan keturunan/nasabnya tetapi tidak mempunyai amal ibadah yang baik/cukup serta tidak mendidik anak dengan baik, ia tidaklah membolehkan dia begitu mudah untuk masuk syurga” Tambah Umi Thahirah.

Almarhum Habib Ahmad Semait sering berulang-alik dari Singapura ke Kuantan sehingga Al Habib dijemput ilahi pada penghujung tahun 2006. Sepanjang tempoh itu, saya belajar banyak hal mengenai cara membawa diri dalam keluarga besar Saadah Alawiyyin.

Pada tanggal 7 Mac 2019, Hubabah Ummu Zein Al Juneid dari Tarim, Hadraulmawt telah berkunjung ke Kuantan. Sebuah majlis khusus untuk Saadah telah diadakan di Dewan Imam Al Haddad, Al Huda FC Kuantan. Almarhumah Sh Nurul Huda Al Baity telah menjemput saya ke majlis tersebut. Beliau sangat menyantuni saya sebagai ummu kepada keturunan Nabi ﷺ. Saya rindu akan beliau & sentiasa mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat Allah swt.

Alhamdulillah…dalam majlis tersebut, Hubabah Ummu Zein telah menerangkan beberapa hal berkenaan bagaimana menjaga anak perempuan Saadah Alawiyyin. Antara pesanan-pesanan Hubabah ialah:

Seorang ibu/bapa Saadah hendaklah menjaga anak perempuannya supaya tetap terjaga kehormatannya & hendaklah mengahwinkannya dengan seorang Saadah demi menjaga nasabnya.

MELAINKAN:


1. Anak perempuannya telah berkawan dengan seorang lelaki Ahwal (bukan Saadah) & tidak mampu menahan nafsu, maka mereka perlu dikahwinkan untuk mengelakkan zina.


2. Jika seorang Sharifah telah berusia 40 tahun & masih tidak ada dari kalangan Saadah yang meminang atau sesuai dijadikan suami, dia boleh dikahwinkan dengan Ahwal agar tidak terlambat mendapat zuriat.


3. Jika seluruh ahli keluarganya termasuk datuk/nenek/ibu saudara/bapa saudara/sepupu dan lain2 bersetuju & redho dia berkahwin dengan Ahwal, maka dia boleh berkahwin. Persetujuan keluarga adalah dengan tujuan supaya tiada pertikaian apabila berlaku masalah di kemudian hari.

Sejak itu, saya bertambah faham akan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri/ibu kepada Saadah. Sudah pasti ada hikmahnya Allah swt memilih saya masuk ke dalam kabilah Nabi ﷺ asbab perkahwinan. Sesungguhnya, saya bersyukur kerana walaupun saya tidak dilahirkan dalam keluarga Saadah tetapi Allah swt memilih saya sebagai seorang yang bernasabkan Rasulullah ﷺ .

Saya nasihati diri sendiri: “Saya perlu mempersiapkan diri dengan amal ibadah yang sempurna kerana Allah swt & untuk memudahkan saya mendidik anak2 di jalan yang Allah redho serta menggembirakan Baginda Rasulullah ﷺ”

Dengan kefahaman yang ada, sejak itu saya tidak lagi rasa kerdil untuk hadir ke mana2 majlis Saadah atau majlis ilmu. Saya persiapkan diri & bimbing anak2 agar tetap dengan segala ajaran berlandaskan Al Quran & As Sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi ﷺ.

Dengan izin Allah swt, saya berpeluang mendekatkan diri dengan beberapa orang soleh/hah untuk menambah ilmu di dada. Antara guru2 yang banyak mendidik saya dalam tempoh 20 tahun ini ialah:


1. Almarhum Habib Ahmad Semait, Singapura
2. Umi Thahirah Abdur Rahman, Singapura
3. Ustazah Sharifah Hafsah Bana Hasan, Kuantan Pahang
4. Ustazah Fitrah Attareemiyah, Tareem/Kuantan Pahang
5. Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, Kuching Sarawak
6. Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Malaysia
7. Umi Zaitun (balu kepada Habib Mohsin Al Attas, Batu Pahat)
8. Habib Umar bin Mohsin Al Attas, Surabaya
9. Ustazah Nur Al Attas, Surabaya

Walaupun saya bukan orang berilmu atau orang alim, tetapi saya percaya anak2 saya masih berada di landasan yang betul dalam misi mencari redho Allah swt & menuju kepada Nya. Saya berdoa agar Allah swt menetapkan saya sekeluarga di jalan yang Allah redho.

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

Ma shaa Allah…Tabarakallah….dengan susunan yang indah & ketentuan Allah swt, pada tanggal 5/10/2023 (20 Rabiulawwal 1445H) saya & anak perempuan saya telah berpeluang ke Dar Al Faqih Al Muqaddam (kepunyaan Hubabah Ummu Zein) di Tarim, Hadraulmawt Yaman. Kami didoakan oleh Hubabah & turut berpeluang masuk ke bilik ibadah Saiyidina Faqih Al Muqaddam. Allahuakhbar….itulah kenangan indah yang tak mungkin dilupakan. Saya rasa seolah2 jodoh pertemuan kali ke 2 dengan Hubabah Ummu Zein di Tareem adalah atas hikmah yang baik & pasti untuk sesuatu yang mulia yang Allah swt nak sampaikan.

Telah saya coretkan segala kenangan di Facebook Link ini:, boleh baca di sini 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/share/1EpHdkyCP5/?mibextid=wwXIfr

Dar Al Faqih Al Muqaddam

Disclaimer:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Maha Baiknya Allah swt

Pada hari Ahad 24 Ogos 2025, Hubabah Ummu Zein sekali lagi datang ke Kuantan. Sekali lagi saya rasa teruja kerana beliau adalah di antara hubabah yang saya jumpa berkali2.

Pada siang hari, kami mengadakan majlis bersama muslimat yang dijemput secara umum. Lebih dari 100 orang muslimat hadir membanjiri ruang tausiah. Hubabah menyampaikan tausiah dengan gembira & ceria. Hubabah menyentuh bab aurat, kecantikan wanita yang perlu dijaga, tentang zina dan sebagainya.

Majlis Terbuka kepada Muslimat

Manakala, pada sebelah malam, majlis khusus untuk Saadah telah diadakan.

Majlis Khusus Untuk Saadah

Dipermulaan majlis, Hubabah kehairanan kerana jumlah kehadiran hanya 10% daripada majlis di siang hari. Setelah diterangkan bahawa majlis pada malam tersebut hanya untuk Saadah/Sharifah, lalu hubabah bertanya dengan nada yang sedikit tegas (bukan marah):

“KENAPA KAMU PISAHKAN SAADAH DARI PENCINTA NABI ﷺ ?”

Lantas, Hubabah menyambung dengan kisah di zaman Rasulullah ﷺ, yang mana, Baginda ﷺ pernah bertanya kenapa sahabat yang bernama SALMAN (Salman Al-Farisi) tidak masuk ke majlis Baginda ﷺ & para Saadah? Baginda menyuruh sahabat yang lain mencari Salman & bersabda “Pencinta Nabi (Salman) adalah ahli baitku (keluargaku)”. Baginda memuliakan pencinta Nabi ﷺ sehingga menganggap para muhibbin itu adalah dari kalangan keluarga Baginda ﷺ. Maka kita tidak boleh memisahkan Saadah dengan pencinta Rasulullah ﷺ.

Hubabah bertanya lagi “Adakah kamu fikir disebabkan nasab/keturunan kamu sebagai Sharifah membolehkan kamu meniti titian sirat bersama Saidatina Fatimah Az Zahra ra & terus masuk syurga?”

Hubabah langsung menjawab “La!” (Tidak)

“Walaupun kamu seorang Sharifah tetapi jika kamu tidak mempunyai amalan seperti Saidatina Fatimah Az Zahra’ ra, maka para pencinta Nabi ﷺ akan terlebih dahulu meniti titian sirat bersama Saidatina Fatimah Az Zahra’ ra & masuk syurga bersama beliau”

Selepas itu, Hubabah memberikan penerangan yang tegas agar para Saadah:

1. Tidak memisahkan pencinta Nabi ﷺ dengan Saadah.

2. Saadah tidak boleh berbangga dengan keturunan/nasab semata-mata tetapi tidak menjaga amal ibadahnya.

3. Segala amal ibadah seorang Saadah akan dikurniakan pahala dua kali ganda dari orang biasa tetapi dosanya juga akan dilipatgandakan dari orang biasa.

4. Seorang ibu kepada Sharifah hendaklah menjaga kehormatan anak perempuannya supaya tidak bebas bergaul & berkahwin dengan Ahwal. (Hubabah sekali lagi menerangkan hal yang sama seperti di atas berkenaan perkahwinan seorang Sharifah)

5. Lelaki Saadah dibenarkan/dibolehkan berkahwin dengan bukan Sharifah kerana ia tidak mengganggu nasab.

Jika kita membaca sirah , antara isteri Rasulullah yang bukan Sharifah ialah Saidatina Khadijah binti Khuwailid & Saidatina Aisyah binti Abu Bakar.

Antara hal2 lain berkenaan Saadah ialah berkenaan kedudukan/martabat seorang wanita yang bukan Sharifah tetapi telah mempunyai nasab kepada Rasulullah ﷺ asbab 3 hal:
1. Beliau telah berkahwin dengan seorang Saadah Alawiyyin.
2. Beliau telah melahirkan anak dari keturunan Baginda Nabi ﷺ.
3. Beliau telah menyusukan anak dari keturunan Baginda Nabi ﷺ.

{Edited/tambahan info on 2.10.2025 due to ada yang tidak faham apa yang disampaikan melalui penulisan di atas} 👇🏻👇🏻👇🏻

{Maksud perempuan yang berkawin dgn Ahlul bait dikatakan bernasab ke Baginda ﷺ, sebagai contoh isteri2 Baginda Nabi ﷺ iaitu Saidatina Khadijah ra & Saidatina Aisyah ra. Semua isteri Baginda ﷺ tidak boleh berkahwin dengan orang lain apatah ahwal selepas kewafatan Baginda ﷺ (Isteri2 Baginda saw tidak boleh berkahwin dengan orang lain bukan semata2 kerana nasab, tetapi itu adalah perintah Allah swt). Begitu juga halnya dengan wanita sekarang yang bukan sharifah, jika dia bercerai atau suaminya meninggal dunia & dia tiada zuriat dengan bekas suami tersebut, selepas itu jika dia berkawin dengan ahwal, maka terkeluarlah dia dari kabilah. Bukannya bermaksud “apabila dia berkawin dengan ahlul bait, dia automatik menjadi sharifah”.

Contoh lainnya, ibu susuan Rasulullah ﷺ iaitu Tsuwaibah Al Aslamiyah & Halimatun Sa’adiyah. Mereka bukan dari keturunan Baginda Nabi ﷺ tetapi asbab menyusukan Nabi ﷺ maka darjat mereka di angkat & masuk dalam kabilah/keluarga Nabi ﷺ.

Saat orang bacakan doa untuk “Nabi ﷺ & keluarga Baginda ﷺ”, maka doa itu adalah termasuk kepada orang yang termasuk dalam kabilah asbab dia adalah ibu susuan.

Sebaik-baiknya kita perbanyakkan membaca kitab sirah2 Nabi ﷺ dan mestilah berguru dengan guru yang mursyid tatkala menekuni kitab. Antara kita yang mashur ialah Kitab Syamail Muhammadiah.} (end of edited 2.10.2025)

Namun, tetaplah seorang wanita/isteri/ibu itu perlu memperbanyakkan amalannya sepertimana amalan Saidatina Fatima Az Zahra’ ra. Wanita akan diangkat darjatnya jika dia menjaga kehormatan dirinya, pakaiannya, pandangan matanya, amal ibadahnya & ketaatannya kepada suruhan Allah swt, Baginda Rasulullah ﷺ & menghormati suaminya.

Diakhirnya..Hubabah meminta maaf di atas ketegasan beliau berkenaan perihal Saadah & para pencinta Rasulullah saw. Kemudian Hubabah menyambung pengajian di siang hari berkenaan pemakaian niqab. (Akan ditulis dalam entri yang lain)

Selepas makan malam, Hubabah menambah sedikit nasihat kepada kami sebagai khudaimah majlis. Kata beliau “Saadah & Pencinta Nabi umpama tapak tangan & jari-jemari. Kalau kamu pisahkan/potong semua jarimu, kamu takkan dapat menggunakan tapak tanganmu untuk melakukan apa2”

Subahanallah…semua ini menjadi semakin jelas untuk kita fahami bahawa kita semua akan dinilai bergantung kepada amal ibadah kita. Kita akan masuk syurga dengan rahmat & kasih sayang Allah swt, bukannya asbab nasab semata-mata.

Saya sangat berharap, dengan penulisan ini, ramai wanita sama ada Saadah Alawiyyin ataupun tidak, lebih faham akan kedudukan diri masing2 di sisi Allah swt. Moga2 para wanita yang berkahwin dengan Saadah tahu bahawa mereka telah masuk ke dalam kabilah/mempunyai nasab kepada Baginda Nabi ﷺ & perlu mendidik anak2 sepertimana akhlak & cara hidup Saidatina Fatimah Az Zahra’ ra. Manakala wanita yang dilahirkan sebagai Sharifah tidak memandang rendah kepada yang tidak terpilih lahir dalam keluarga Saadah Alawiyyin.

Salah faham boleh membawa kepada perpecahan ataupun membuatkan orang awam takut untuk mendekati para Saadah. Rasulullah ﷺ telah berusaha menyatukan umat Baginda, maka janganlah kita menjadi berpuak-puak atau berpecah semata-mata kerana keturunan/nasab/kabilah.

Kita semua adalah wanita pilihan Allah swt & memegang amanah besar, iaitu mendidik anak cucu Baginda Nabi ﷺ. Bersyukurlah kerana kita adalah insan pilihan & jalankanlah amanah dengan berhemah. Baiki hati, tambahkan ibadah, hadir ke majlis ilmu & berdampinglah dengan orang soleh/hah agar kita menjadi wanita yang lebih faham agama.

Moga Allah swt redho dengan setiap apa yang kita lakukan di dunia & akhirat.

Disclaimer:

{Edited/info tambahan on 2.10.2025}👇🏻👇🏻

Blog ini telah di baca & di semak oleh Ustazah Sharifah Hafsah Bana Hasan (yang hadir ke majis saadah pada 24.8.2025), Pembimbing Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) & di baca juga oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebelum edited edition.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (Malaysia)

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as Always
💝Al Faqirah Ummu Nuh Al Khered💝
(Selasa, 2 Sept 2025/9 Rabi’ulawwal 1447H)

Kisah Balang Air

Kisah ni bukan baru berlaku semalam atau pagi tapi, beberapa minggu lepas.

Balang Air Minuman

Mak saya jatuh tergelincir di lantai dapur & mengakibatkan beliau tak boleh mengangkat tangannya selama hampir 2 minggu.

Macam mana mak boleh jatuh?

Kerana ada air minuman (air masak/mati) yang keluar dari balang air akibat paipnya tak ditutup dengan kemas oleh ibu mentua saya. (Saya menulis begini kerana memang mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah & mak mentua mengalami masalah saraf, so tangannya tak kuat & sentiasa terketar2)

Mak. Penghidap Skizofrenia

.💓

.💓

.💓

Mak Mentua. Penghidap penyakit buah pinggang, saraf, jantung & diabetes.

Saya tidak menyalahkan mak mentua di atas incident ini. Ini adalah khilaf saya & tindakan saya yang kurang bijak dalam menangani masalah.

Sebelum kejadian ini, saya pernah meletakkan balang air minuman di ruang tamu, berhampiran pintu bilik mak mentua. Tujuannya, supaya mak mentua akan lebih mudah/dekat nak ambil air.

Malangnya, pada suatu hari, elektrik terputus selama beberapa jam. Oleh itu kami tak boleh ambil air minuman menggunakan penapis air. Disebabkan mak saya skizo, beliau mengalami panik attack & trauma. Sejak itu, beliau top up air ke dalam balang air sehingga penuh setiap hari. Namun, ada satu malam di mana saya pun x pasti siapa yang tidak menutup paip air tersebut, maka air melimpah ke ruang tamu & membasahi carpet.

Keesokan harinya saya terpaksa mengemas rumah, mengemop, mengeluarkan carpet & menggantikan carpet baru di ruang tamu. Boleh bayangkan betapa banyak kerja yang saya kena buat akibat sebalang air?

Yes…it takes few hours untuk selesaikan masalah tersebut. After that…macam biasa sakit pinggang menyerang selama beberapa hari hehehe.

Lalu…saya alihkan balang air ke dapur pula. Di situlah mak saya jatuh tergolek akibat air yang mengalir yang saya ceritakan di awal tadi. Sama juga keadaannya, selain mak saya cedera, saya juga kena bersihkan lantai yang basah.

Masalahnya, bila dah capai mop, saya terrrrrmop seluruh ruang dapur, terrrrrcuci bilik air & terrrrrkemas peti sejuk huhuhu…sedar2 dah 3-4 jam saya mencuci ruang dapur & bilik air 😆😆😆.

Sejak itu, saya menyimpan balang air tersebut & meletakkan air ke dalam botol. Saya letak botol di tepi katil mak mentua. Tetapi mak mentua tak nak minum, tanpa sebab musabab yang pasti.

So..saya beli beberapa cartons air mineral sebagai standby jika berlaku masalah kepada penapis air.

Sediakan Makan Pagi Untuk Mak Mentua Sebelum Keluar Bekerja

Apa yang nak saya sampaikan di sini ialah, begitulah hal yang terjadi kepada penjaga pesakit. Ia bukan hanya tertumpu kepada pesakit tetapi kerja2 sampingan yang tak dapat dielakkan. Bukan salah pesakit, tetapi salah & kecuaian saya dalam menangani situasi.

Saya telah cuba menyenangkan keadaan tetapi ia jadi sebaliknya. Tambahan pula jika kita tidak ada pembantu atau orang lain yang boleh bantu kita uruskan kerja2 rumah. Nak tak nak, kita tiada pilihan bcoz itu rumah kita.

Pesanan saya, caregivers pun kena bijak berfikir. Bila nak buat sesuatu, kita kena fikir panjang akan kesan2 sesuatu tindakan. Menjaga orang tua, walaupun mereka berperangai kanak2 tetapi kita tak boleh marah mereka sebagaimana kita marah anak2 kita masa mereka kecil dahulu.
Nak pulak…mak mentua. Di telan mati mak, di luah kau sendiri yang mati😆😆😆.

So…kepada suami yang isterinya sanggup menjaga/mengurus mak mentua; “Hargailah! Jangan sakiti hati mereka apatah lagi berlaku curang. Bukan semua isteri yang pernah kau sakiti sanggup menghambakan diri kepada ibumu.”

Silap2 ditubanya mak mentua tu nanti hahaha.

Apa2 pun, posting ni bukan untuk mengeluh akan kepenatan menjaga pesakit tetapi, luahan perasaan atas kekecewaan/kecuaian diri sendiri. Moga menjadi pengajaran kepada orang lain.

Kadang2 asbab kesibukan kerja, saya abaikan semua kerja rumah & rasa lebih selesa berada di pejabat. Tambahan pula, semua anak2 telah keluar belajar jauh dari rumah.

Aku & Duniaku

Bila orang kata “RUMAHKU SYURGAKU” aku malas nak komen…sebenarnya sangatlah susah nak ke syurga sebab nak jaga hati, perasaan & keikhlasan dalam semua hal memerlukan pengorbanan.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
Sabtu, 30/8/2025

Mengutip Cebisan Jiwa

“Doktor, kenapa saya selalu ada abnormal heart rate, berpeluh2 & rasa ketar?”

“Kita buat test: ECG, Scan Jantung, Stress Test & pakai Holter Monitor for 3 days” Kata Dr Dato Tan Kien, Pakar Cardiologist & Physician, KPJ Kuantan.

Maka tak semena-mena, aku bermalam di hospital. Padahal aku datang ke hospital dalam keadaan sihat sahaja. Just ada hari2 tertentu aku alami abnormal heart rate, selalu berdebar-debar, berpeluh waktu berdebar & kadang-kadang rasa semput/penat & perut tak selesa.

Istirehat (24-26 Jun 2025)

After a week….

“From the result of all test, your heart is ok. Sekali sekala ada abnormal heart beat due to gerd & maybe you ada anxiety”
“Untuk GERD, I bagi you ubat tapi untuk stress, you’ve to cari solution. Maybe jumpa kaunselor, buat excercise yang lebih extreme such as berlari laju then berjalan, then lari lagi & sambung jalan. Ataupun you buat apa yang you suka such as baca buku, dengar muzik or apa2 yang buatkan you happy. You kena tingkatkan mood happy” Tambah Dr Dato Tan.

Beliau juga menerangkan tentang KARTISOL yakni hormon steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal. Ia memainkan peranan penting dalam tindak balas tubuh terhadap stress, membantu mengatur metabolisma, dan mengawal pelbagai fungsi tubuh yang lain. Due to stress, ada banyak fungsi badanku yang terganggu contohnya menjadi gerd, pertambahan berat badan mendadak, susah tidur, anxiety & semput.

Macam2 Test

Aku duduk sebentar sementara menunggu nurse siapkan bil. Aku bermonolog sendiri…
”Aku stress ke? Aku tak happy ke? What’s happening to my body?”

Aku merenug kembali segala aktivitiku sejak beberapa bulan ini. Owh….terlalu banyak yang aku tempuhi. Bukan sejak beberapa bulan lalu tetapi sejak beberapa tahun lalu. Masih ada trauma yang sedang aku perjuangkan.

By hook or by crook aku kena terima hakikat bahawa anxiety itu bukan sengaja wujud tiba2. Ia terjadi rentetan tekanan hidup yang bertubi-tubi dan bersambung-sambung sejak 2023 hingga sekarang. Hanya aku yang denial & melawan perasaan. Aku push diriku supaya terus kuat fizikal & mental.

Walhal…sesungguhnya body aku penat. Now, it’s the time untuk aku tarik hand break.

Pantai itu bergelora & selalu tak tenang,
tapi ramai orang ke pantai untuk cari ketenangan

Subhanallah…..Kenapa aku tak membelai diriku? Kenapa aku membiarkan segala luka memakan diri? Kenapa aku bunuh kegembiraanku yang dahulunya sentiasa mencipta aura segar kepada orang lain?

Kenapa….kenapa…kenapa…Aku lupa menyayangi diriku.

Selama ini aku fikir anxiety adalah masalah mental yang berkaitan dengan overthinking tetapi rupanya ia ada pelbagai punca lain.

“You’re actually stress tapi you tak sedar. Dengan bacaan kolestrol yang tinggi (8.1) pun dah ada chances untuk blok otak you. Please makan ubat & make yourself happy” Kata2 seorang doktor yang telah merawatku sejak 16 tahun lepas. Both of us know my family genetic problems yang mana hatiku boleh menghasilkan kolestrol sendiri. Blockage di otak adalah punca kematian almarhum ayahku, akibat kolestrol tinggi.

Now..kita explore pula punca & simpton anxiety. Baca selanjutnya mengenai simpton ANXIETY di sini:

https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/gangguan-kegelisahan/penyakit-anxiety-tanda/

Rawatan gerd

Aku senyum mendengar kata-kata dari Dr Dato Tan Kien. Aku akui aku tak sekuat mana untuk terus menerus menghadapi pelbagai hentakan dunia. Aku cuba jadi kuat, but actually aku adalah selemah-lemah hambaNya.

“Orang lain mungkin dah jadi gila, Zan. Tapi kau masih bertahan” Inilah ayat keramat dari beberapa orang yang mengenaliku dengan rapat, tahu & faham apa yang aku lalui sejak beberapa tahun lepas. Mereka nampak aku kuat, tetapi hanya Allah swt yang tahu kelemahan diriku.

Setelah menempuhi badai dalam rumah tangga selama hampir 2 tahun, hatiku yang luka masih belum sembuh. Dalam keadaan luka batin yang masih belum sembuh, tiba-tiba bertaut pula dengan kehadiran ibu mentua yang jatuh sakit & menginap di rumah kami. Walaupun ibu mentua adalah syurga buat kami sekeluarga tetapi keadaan jadi bercampur aduk kerana ibuku yang skizofrenia (masalah mental) juga perlukan perhatian.

Kemudian aku dilambung oleh pelbagai kerenah ipar duai yang tak membantu dalam penjagaan ibu mentua, malahan menyakiti hatiku pula dengan kata2 sinis mereka di medsoc. Tidakkah mereka tahu cara berterima kasih kepada orang yang menjaga ibu mereka?

Tak semena-mena muncul pula tsunami dalam perniagaan. 99% dari pekerjaku mengkhianati kami & berhenti kerja secara serentak. Segala usaha membangunkan perniagaan selama 24 tahun hampir musnah akibat kepercayaan yang dikhianati oleh sahabat2 suami & pekerja2 yang tidak berakal. Aku melihat bagaimana suamiku terduduk menyesali kesilapannya mempercayai orang yang salah. But…aku berjanji akan membantu suamiku membangunkan kembali legasinya, biarpun luka masih membalut hatiku.

Kerana apa?

Kerana Allah swt masih meletakkanku di sisinya walaupun aku telah cuba menjauhkan diri darinya. Demi Allah…aku redho.

Laporan Polis Terhadap Pekerja Yang Pecah Amanah

Pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku dari segenap sudut & dari orang yang aku percayai.

Kepada siapa lagi yang aku sandarkan kepercayaanku?

Tell me…manusia mana yang mampu melalui semua ini?

Semuanya butuh pemulihan segera dari tangan-tangan halusku. Tetapi…siapa yang membelaiku? Saat aku tersimpuh jatuh…Tiada pelukan jiwa buatku sehinggalah aku bangkit sendiri. Melawan dan melawan memperjuangkan kebenaran. Sendirian mengutip kekuatan anugerah dari Allah swt.

Ma shaa Allah….begitu caranya Allah mendidikku.

Seolah-olah Dia berkata
Lihatlah…..!
Lihatlah….!
Siapa di sisimu saat engkau di tinggalkan? Siapa di sisimu saat engkau tersungkur menyembah bumi dengan deraian air mata? Bukan suamimu! Bukan keluargamu! Bukan sahabat handaimu!

Tetapi…
Aku!
Aku!

Aku!
Hanya Aku yang setia bersamamu…!”


Begitulah pelukan halus dari Ar Rahman Ar Rahim buatku. Allahuakhbar….

Allah swt sedekat urat nadi di leher kita

Kini aku mengerti…mindaku penat. Fizikalku tak kuat walaupun aku cuba berlagak kuat. Aku cuba berpura-pura gembira. Aku tak mampu…tak mampu membohongi diri. Akhirnya, body sendiri yang bertindak balas.

Setelah 3 hari berenat, aku melangkah pulang meninggalkan hospital. Ada rasa sebak di dada tetapi tiada air mata yang mengalir. Barangkali ia sudah kering seusai aku membunuh jiwa lukaku dulu.

Maka sekarang aku faham, aku perlu mengutip kembali sisa-sisa kegembiraan yang tercicir di lautan jiwa. Mencantum kembali cebisan-cebisan kebahagiaan yang berselerak di sudut hati.

Aku ingin diriku yang baru. Yang lebih berani bersendirian, lebih bahagia & gembira dengan caraku sendiri. Dengan bimbingan & redho Allah swt.

Lantas….ku capai seutas tasbih kecil buat penenang jiwa yang gundah. Ingin sekali membelai kembali jiwa rapuhku. Aku berselawat sebentar.

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

Subhanallah…seusai tiba di rumah, aku mendapat catatan nota dari anakanda tersayang, seorang puteri penyejuk hati.

Katanya “Ummi, baca ni setiap kali ummi nak buat kerja”

Nota kecil pengubat jiwa

Maksud kata2 si anak yang akan berangkat ke Mesir:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan diberkati segala amalan.
Saya sayang kamu, ummi saya.”

Aku hadiahkan sebuah senyuman buat diriku, yang sudah lama tak ku hadiahi senyuman sambil berkata:


“Zan..You were born to be a fighter! Keep on fighting! Never give up! BUT LOVE YOURSELF BEFORE YOU LOVE OTHERS”

VIDEO: I’ve To Be Strong!!!

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Sabtu, 5 Julai 2025
9 Muharam 1447H

JANGKA HAYAT RUMAH TANGGA BUKAN LAMBANG KEBAHAGIAAN

Jika ditanya soalan ini kepada saya, saya memutuskan bahawa panjangnya jangka hayat sesebuah rumah tangga bukan lambang kebahagiaan. Walaupun usia perkahwinan melepasi 20, 30, 40 tahun, namun ramai yang hidup dengan mati rasa atau sekadar menjalankan tanggungjawab masing-masing demi anak atau atas sebab-sebab tertentu yang lain.

Namun tak dinafikan, ramai juga pasangan yang benar-benar bahagia disepanjang usia perlahwinan. Jika dilanda ombak sekali-sekala, itu adalah normal. Berkat kesabaran & sikap tolak ansur maka tidak mustahil wujud pasangan yang hidup bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan.

Sabar adalah kunci dalam rumah tangga

Saya berpendapat begini dengan melihat contoh dalam masyarakat & orang terdekat dalam hidup saya & rumah tangga saya sendiri. Dalam kehidupan berumahtangga, ada pasang surutnya. Tidak semuanya indah seperti yang digambarkan dalam drama atau novel cinta.

Apa yang penting ialah:

1. sebuah kejujuran yang priceless,

2. kesetiaan yang tulus,

3. kasih sayang yang ikhlas &

4. rasa ihsan kepada pasangan jika pasangan mempunyai kekurangan atau jatuh sakit.

Dari situlah wujudnya sakinah mawaddah warahmah. Jika rumahtangga tidak diterajui dengan iman, malahan nafsu semata-mata maka hilanglah keberkatan dalam rumahtangga tersebut.

3 elemen penting dalam perkahwinan

Berikut adalah contoh-contoh rumah tangga yang bertahan bertahun-tahun tetapi tidak bahagia:

Contoh 1:
Kedua pasangan tidak bahagia, sering bergaduh & sentiasa dalam masalah kewangan tetapi usia perkahwinan menjangkau lebih 20 tahun demi anak. Mereka bercerai setelah anak dewasa kerana anak tidak lagi memerlukan perhatian ibu bapa atau telah berpindah ke tempat lain. Anak-anak memilih untuk membela nasib ibu & membawa ibu tinggal bersama mereka. Saya membesar dalam keluarga sebegini.

Contoh 2:
Ada pasangan yang berpoligami tetapi salah seorang isteri tidak bahagia atau diabaikan. Kebiasaannya isteri pertama, tetapi beliau memilih untuk bertahan atas faktor dimadukan ketika berusia 40an atau 50an. Lalu mereka memilih untuk membiarkan suami mereka berbahagia bersama pasangan baru/muda manakala mereka beruzlah mendekatkan diri kepada Allah swt. Golongan ini tidak menuntut cerai, redho & teruskan perkahwinan tanpa kasih sayang seorang suami. Diakhirnya, ada suami yang kembali kepada isteri pertama setelah melepaskan isteri yang lain. Terutamanya apabila si suami jatuh sakit atau menjadi susah akibat kerugian dalam perniagaan, hanya isteri yang setia yang sanggup jaga. Manakala isteri muda takkan sanggup bersusah payah dengan suaminya.

Contoh 3:
Ada pasangan yang memilih buat hal masing2 tetapi sebab tak nak anak2 berpisah sekiranya bercerai, maka mereka buat perjanjian yang masing-masing menjalani haluan masing-masing asalkan tetap tinggal serumah. Hal ini dilarang dalam agama Islam, tetapi dek kerana kejahilan ilmu agama maka keadaan ini wujud dalam masyarakat kita.

Saya mengenali pasangan yang mempunyai anak OKU. Mereka hanya bertahan demi menguruskan anak OKU kerana si isteri perlukan kudrat/kekuatan suami untuk mengangkat/memegang/menguruskan anak istimewa tersebut. Tetapi mereka buat perjanjian agar masing-masing bebas dengan urusan hidup masing-masing sama ada di dalam atau di luar rumah. Nauzubillah….

Contoh 4:
Isteri ditinggalkan oleh suami bertahun-tahun atau suami dipenjarakan atas kesalahan jenayah, tetapi isteri tidak pernah menuntut fasakh ke mahkamah. Setelah bertahun-tahun, suaminya kembali & mereka meneruskan kehidupan berumahtangga seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini adalah level isteri solehah yang tahap kesabarannya luar biasa.

Lebih menyedihkan lagi, ada pasangan yang saya kenal berpisah puluhan tahun. Si isteri tidak pernah menuntut fasakh dan telah berkahwin di Thailand dengan pasangan baru. Setelah lebih 10 tahun, suaminya kembali & mahkamah syariah memutuskan bahawa mereka masih sah sebagai suami isteri manakala perkahwinan barunya adalah tidak sah. Allahuakhbar…Moga kita dijauhi dari kejahilan agama.

Contoh 5:
Setelah usia perkahwinan melebihi 10, 15, 20 tahun, suami/isteri curang tetapi pasangan memilih untuk memaafkan & kembali menerima pasangan yang telah curang itu walaupun hatinya sudah tawar. Perkahwinan diteruskan sekadar menjalankan tanggungjawab masing2 atas dasar mengenangkan budi/kebaikan-kebaikan pasangan selama mereka berkahwin. Maka mereka bertahan bertahun-tahun dalam rumah tangga yang hambar. Apabila sampai 1 stage yang kemuncak, si isteri akan memfailkan cerai kerana tahu, hidup sendirian adalah lebih baik daripada hidup dalam rumah tangga yang hambar.

Contoh 6:
Pasangan jatuh sakit kronik contohnya koma, lumpuh, stroke & lain-lain. Pasangan yang sihat memilih untuk menjaga pasangan yang sakit walaupun hidupnya tersiksa, tidak cukup makan pakai, kesihatan dirinya sendiri terabai & sebagainya. Mereka bertahan bertahun-tahun sehingga pasangan yang sakit itu sihat kembali atau meninggal dunia. Usia perkahwinan mungkin menjangkau 15 ke 20 tahun atau lebih.

Contoh 7:

Golongan ini adalah isteri tersembunyi yang berkahwin secara rahsia & menjadi isteri ke 2, 3 atau ke 4. Akibat kejahilan suami yang tidak jujur dalam perkahwinan, maka kewujudan mereka dirahsiakan. Mereka hidup bertahun-tahun sebagai isteri tetapi dijadikan tempat melempias nafsu semata-mata. Ada yang hanya berjumpa dengan suaminya seminggu atau sebulan sekali atau pada waktu-waktu tertentu demi mengelakkan daripada perkahwinan mereka diketahui oleh isteri pertama. Golongan ini tidak boleh mempamerkan suami mereka kepada umum contohnya hadir bersama ke majlis keluarga & sebagainya. Anak-anak mereka juga tidak mendapat kasih sayang & perhatian yang cukup dari ayahnya. Lebih malang lagi, ada yang tidak mendaftarkan perkahwinan di luar negara ke majlis agama Islam di Malaysia & mereka tidak mempunyai hak sebagai isteri di Malaysia. Mereka seolah-olah perempuan simpanan yang sah untuk digauli oleh suami mereka. Tetapi mereka sanggup hidup begitu. Adakah mereka bahagia?

Kesimpulannya, apabila kita melihat jangka hayat rumah tangga sebuah perkahwinan yang panjang, tak perlu membuat spekulasi bahawa mereka adalah pasangan paling ideal/serasi/romantik di dunia. Kehidupan setiap orang berbeza-beza dugaannya. Apa yang dipertontonkan dengan mata kasar adalah tidak sama dengan hakikat sebenar.

Fokuslah kepada rumah tangga sendiri. Carilah redho Allah swt dalam melayari kehidupan berumahtangga. Hanya dengan hidup berlandaskan Al Quran & sunnah akan menyelamatkan kita dari merosakkan institusi perkahwinan kita.

Kepada para isteri sekalian, jalan menuju syurga itu susah. Walaupun dijanjikan syurga kepada wanita solehah seperti yang diberitahu dalam hadis ini:

Daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya).”
(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Keluarga Sakinah

Begitu juga kepada para suami, jika gagal mendidik isteri di jalan yang ditetapkan agama, maka syurga itu juga bukan milik mereka.

Dr Muhammad Zuhaili memberi takrifan nusyuz di dalam kitabnya: “Nusyuz bermaksud derhaka dan kebiasaannya dilakukan oleh wanita. Seseorang perempuan nusyuz itu ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Selain itu, nusyuz bagi suami ke atas isterinya adalah meninggalkan tanggungjawabnya serta menyakiti pasangannya”.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)
Firman Allah SWT:

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا

Maksudnya: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya)
(Surah al-Nisa’, 128)

Boleh baca selanjutnya di:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – IRSYAD HUKUM SIRI KE-371: NUSYUZ BAGI SEORANG SUAMI

Suami wajib mendidik isteri tentang agama
(ilmu fardu ain, fiqh, tauhid dll)

Bersama kita hidup dalam syariat Allah swt.

Tulisan ini adalah secara umum sahaja & tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Sejujurnya usia perkahwinan saya sendiri akan menjangkau ke tahun 24 pada 6/5/2025. Namun ia bukanlah seindah pelangi di sepanjang tempoh tersebut. Pelangi itu pernah hilang & apabila ia muncul kembali, warnanya tidak lagi secerah dahulu. Ribut & tsunami juga pernah melanda. Namun, tidaklah bermakna saya tak bahagia, saya jalani seadanya. Selagi Allah swt meletakkan saya di sisi suami, saya berdamai dengan takdir. Itulah yang dinamakan asam garam rumah tangga. Hanya doa & munajat yang mampu dipanjatkan kehadrat Sang Pencipta agar kami sekeluarga sentiasa dalam redho Allah swt.

Bahagia itu kita yang cipta. Macam mana caranya? Bergantung kepada kefahaman agama, tahap mengenal Allah swt & tahap keimanan masing-masing. Yang penting, jadilah orang yang jujur, ikhlas & pandai menjaga hati/perasaan orang yang kita sayang.

Kita sama-sama belajar meletakkan Allah swt & Rasulullah ﷺ di dalam hati. In shaa Allah kehidupan akan lebih tenang. Jika sekali-sekala hati tak tenang, itu normal. Kerana kita manusia biasa.

Wallahu’alam

Fi kahirin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Ahad, 4 Mei 2025

#ibuanak4

#isteriyangfaqir

#24yrsofmarriage

Peranan Caregivers Mendidik Pesakit

Assalamualaikum sahabat yang sudi membaca.

Entry kali ini mungkin akan disalahanggap oleh segelintir pembaca. Mungkin ada yang menganggap aku membuka aib keluarga. Mungkin juga ada yang rasa aku tak perlu highlight akan hal seperti ini dalam masa aku berkhidmat menjaga ibu mentuaku yang uzur. Tetapi bagiku, aku sekadar ingin membimbing penjaga pesakit agar faham akan tanggungjawab apabila Allah swt telah memilih kita sebagai menjaga pesakit, walau siapapun mereka. Mungkin ada di kalangan kita yang menjaga isteri, suami, ibu, bapa atau anak yang sakit tetapi setakat menguruskan fizikal & hal makan minum pesakit tetapi mengabaikan keperluan rohani pesakit.

Penjaga pesakit berpendapat antara tugasan mereka ialah menyediakan makan, menyuap makan, memandikan pesakit, pembersihkan najis pesakit, mengurut, melayan borak & lain-lain keperluan fizikal sudah memadai. Ada yang lupa bahawa keperluan rohani adalah paling perlu diutamakan. Pesakit perlu dinasihatkan untuk redho & paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah swt.

Semua coretan ini, kelak adalah sebagai panduan & bimbingan buat anak-anakku jua.

Sejak Julai 2024 hingga Mac 2025 (9 bulan) aku menjaga ibu mentua yang disapa penyakit kerosakan buah pinggang, masalah jantung, diabetes & darah tinggi. Beliau sangat uzur dipermulaannya, hingga tak mampu berdiri atau menguruskan diri sendiri. Perlu dimandikan setiap hari & kadang-kadang didukung oleh anak-anakku akibat terlalu lemah untuk bergerak. Setelah beberapa bulan menjalani dialisis darah (3x seminggu), barulah beliau boleh bangun berjalan & menguruskan diri sendiri. Sayangnya….aku sedikit terkilan kerana dipermulaan sakit, beliau enggan menunaikan solat fardu, meninggalkan Al Quran & mengabaikan zikrullah. Akibatnya, beliau tidak tenang, sering mengeluh, sering kesedihan, rasa diri tak disayangi & susah tidur malam. Beliau juga menjadi cepat marah apabila badan lemah atau sakit.

Setelah di pujuk2 dengan lembut serta nasihat dari ramai ahli keluarga yang lain selama hampir 3 bulan, barulah beliau mulakan solat fardu. Namun masih belum terbuka hatinya untuk membaca Al Quran. Aku kehairanan kerana ibu mentuaku adalah seorang ahli ibadah & kariah masjid & sentiasa hadir ke kelas pengajian Al Quran/majlis ilmu ketika waktu sihatnya. Begitu besar ujian bagiku menjaga pesakit yang meninggalkan Allah swt ketika waktu sakitnya. Bagiku, ujian ini adalah untukku, bukan untuk ibu mentua yang sedang mengalami masalah kecelaruan emosi & hampir nyanyuk. Allah sedang mentarbiahku supaya aku berusaha mengembalikan hati nurani pesakit kepada Allah swt.

Dalam situasi ini:

1. berapa ramai penjaga pesakit yang tidak berbuat apa-apa apabila pesakit enggan solat & membaca Al Quran?

2. kenapa tak mampu menegur, mengajar atau membimbing pesakit sebelum beliau dijemput Ilahi? Terutamanya ibu/bapa sendiri/mentua.

3. adakah kalian yakin, pesakit akan pergi dahulu sebelum penjaga pesakit?

4. Tahukah kalian, bahawa ramai penjaga peakit yang dijemput Ilahi sewaktu menjaga pesakit? So apa peranan/bekalan kalian yang rasa diri sempurna & sihat?

Subhanallah….

Ketahuilah bahawa ajal maut di tangan Allah swt. Hidup & mati kita adalah dengan izin Nya. Kematian adalah dengan kehendak Allah bukan asbab penyakit semata-mata. Beringatlah….

Kun Faya Kun (کُنْ فَیَکون )

‘Kun’ bermaksud “jadilah” atau “terjadilah.” 

Segalanya dengan kehendak Allah swt

Pada tahun 2019, ibu mentua pernah sakit sehingga menyebabkan beliau hilang ingatan. Ketika itu, beliau menangisi diri yang lupa cara solat & membaca Al Quran. Aku mengambil masa 6 bulan menguruskan beliau & mengajar solat serta membaca Al Quran demi mengembalikan ingatan beliau. Alhamdulillah beliau sembuh seperti sediakala. Dan kini….beliau diuji lagi.

Kali ini agak berlainan kerana diri beliau sendiri yang hanyut dalam kelalaian. Sehingga akhirnya tubuh semakin lemah & emosi bercelaru. Beliau sering menangisi diri & marah-marah. Malahan tidak boleh tidur malam. Kesan jauh dari Al Quran. Sehingga, akhirnya aku terpaksa berkeras & bercakap kasar memaksa beliau membaca Al Quran. (Maafkan aku, ummi)

Video kata-kata tegasku kepada ibu mentua ketika beliau mengadu semput (angin medu) & tak boleh tidur pada jam 2 pagi

Bagiku, aku nukilkan semua ini dengan harapan sekiranya ada pesakit atau mungkin diriku sendiri yang diuji Allah dengan situasi begini (Nauzibillah mindzalik), siapapun yang menjagaku nanti akan berusaha agar pesakit tidak meninggalkan Allah. Kerana Allah tak pernah tinggalkan kita. Penjaga pesakit perlu berazam untuk membimbing pesakit agar sama-sama meninggal dalam husnul khotimah. Agar lidah mampu menyebut “Laa illa ha illallah..” di saat sakratul maut.

Tiada apa yang ku harapkan melainkan redho Allah swt. Aku ingin melihat ibu mentuaku terus kuat zahir & batin walaupun diuji dengan sedikit penyakit. Kita takkan mampu melawan penyakit tanpa kalam Allah swt. Sesungguhnya Al Quran itu mukjizat yang mengandungi syifa kepada pelbagai penyakit.

Aku menjadi saksi kepada ramai pesakit yang redho dengan ujian sakit, berada dalam keadaan segar & ceria asbab rajin membaca Al Quran ketika sakit. Ibu angkatku sendiri yang telah beberapa kali menukar bateri jantungnya, mampu khatam Al Quran setiap minggu dipembaringannya. Malahan beliau mampu berpuasa di bulan Ramadhan. Ma shaa Allah….Maha suci Allah, yang memilih hamba Nya sebagai hamba yang mengenal Rabb nya.

Alhamdulillah…sekarang ibu mentuaku telah mulai membaca Al Quran setiap pagi. Aku bersyukur dengan perubahan dirinya.

Subhanallah Walhamdulillah Walaa illa haillallah

Aku tidak menganggap ini sebagai kejayaanku sebagai penjaga pesakit. Sebaliknya, ini adalah ujian hati & keikhlasanku terhadap Allah swt dalam menyantuni ibu mentuaku. Tugas menjaga ibu mentua yang sakit bukanlah kewajipan seorang menantu tetapi apabila Allah swt telah memilih kita instead of anak-anak kandungnya sendiri, maka cubalah meraih pahala selagi mampu. Jika tak mampu, berterus-terang dengan suami & ipar, minta bantuan dari pihak lain untuk membantumu. Jangan biarkan diri stress & penat sendirian.

Dalam segala hal, apa yang ingin aku sampaikan ialah, jangan sekali-kali melupakan Allah. Sama ada dalam keadaan kita sihat/senang atau sedang sakit/susah. Sesungguhnya Allah tak pernah tinggalkan kita tetapi kita sering alpa & sombong dengan Allah.

Surah Al-Baqarah Ayat 186:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Ingatlah! Allah itu sedekat urat nadi di leher kita

Setakat ini dahulu catatan perjalananku menyantuni ibu mentuaku. Mudah2han Allah swt memberi kesabaran yang tinggi & sentiasa memelihara hatiku agar benar2 ikhlas melaksanakan tanggungjawab yang berat ini.

Aku hanya manusia biasa, seorang isteri & ibu kepada 4 orang anak yang pernah menangis, give up, sedih, marah, gembira dan sebagainya dalam tempoh menyantuni ummi ketika waktu sakitnya. Begitu juga dengan pelbagai ujian rumah tangga yang ku lalui dalam tempoh menyembuhkan beliau. Ada cebisan hati yang sedang kukutip & cantumi setelah disakiti & dikhianati, ada luka yang sedang kurawat setelah ditohmah oleh orang sekelilingku, ada jiwa yang sedang merapat dengan Rabb nya setelah diuji bertubi-tubi & ada roh yang ingin sekali mencapai ketenangan yang hakiki sebelum dia menutup mata.

Tetapi….aku tetap cuba utuh menjaga ibu mentuaku & memaafkan semua orang yang pernah menyakitiku. Sekiranya ada yang mempertikaikan keikhlasanku atau berkata buruk tentangku, aku serahkan segala urusan kepada Allah swt. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersamaku.

Doa untuk hati yang gundah gulana & keluar dari masalah

Wallahu’alam.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Nukilan hati: Al Faqirah Ummu Nuh

(Ahad, 13 April 2025/14 Syawal 1446H)

#penulisBuku

#pencatatNotaKuliah

#ibuAnak4

#isteriYgTakSempurna

Indahnya Ibadah Wanita Tareem

Pintu masuk Kota Tareem

Assalamualaikum warahmatullah

Perkongsian kali ini adalah mengenai ibadah wanita Tareem yang terlihat indah di mata saya, malahan memberikan seribu satu keinsafan kepada diri saya yang faqir & kurang ilmu. Yang mana, mereka benar-benar menjaga penampilan, peribadi, kehormatan & maruah diri agar susuk tubuh mereka tidak sedikit pun dilihat oleh lelaki ajnabi.

Ada perbezaan yang besar tentang cara hidup, cara ibadah & budaya di antara wanita Asia terutamanya di Malaysia dengan di Tareem, Hadralmawt Yaman. Wanita di Malaysia sinonim dengan memenuhi rumah Allah pada waktu siang & malam demi mencari ilmu & beribadah, bagi mereka yang berkelapangan (dengan izin suami) atau mereka yang diizinkan oleh suami asbab suami tidak mampu mengajarkan isteri Ilmu Fardu ain, Al Quran, Fiqh dan sebagainya. Begitu juga dengan waktu solat fardu, wanita Malaysia berbondong-bondong ke masjid/surau untuk merebut pahala solat berjemaah. Semua itu tidak ada salahnya, malahan itu adalah sesuatu yang baik sesuai dengan budaya & cara hidup masyarakat kita.

Berbeza dengan cara hidup wanita Tareem yang mana mereka tidak keluar bersendirian untuk sebarang urusan. Mereka akan keluar bersama mahram atau secara berkumpulan sesama wanita. Malahan, kita tidak akan nampak wanita Tareem membeli keperluan dapur ke pasar, menghantar anak ke sekolah, membeli-belah di mini market atau ke majlis ilmu pada waktu siang. Segala aktiviti membeli keperluan masakan/dapur dilakukan oleh kaum adam. Manakala mereka ke mini market khusus untuk wanita pada waktu malam. Begitu juga jika mereka ingin membeli pakaian, ada pusat khusus menjual pakaian wanita yang dibuka selepas waktu isyak & akan di tutup pada jam 9 malam.

Tiada wanita yang kelihatan pada waktu siang

Mereka ada pasar tani khas untuk wanita sahaja pada setiap hari selasa pagi yang hanya berjualan dalam tempoh kurang dari 3 jam. Ini menunjukkan, bahawa wanita Tareem tidak ada masa untuk berpeleseran atau menyimpang ke tempat lain tatkala mereka keluar membeli belah. Mereka hanya ke tempat tujuan & segera pulang ke rumah. Kita tidak akan nampak wanita Tareem melepak sambil minum kopi di mana-mana kedai. There’s no such a “ME TIME” seperti itu di Tareem.

Wanita Tareem akan menghadiri kuliah atau kelas keagamaan di madrasah wanita atau rumah-rumah hubabah ataupun rumah sahabat yang khusus dijadikan pusat pengajian. Ada guru wanita yang datang mengajar. Bagi mereka yang menghadiri kuliah yang dipimpin oleh Habib Umar bin Hafidz di Dar Zahra, mereka hanya boleh melihat Al Habib di screen besar sahaja. Tiada kelas bersemuka dengan para habib di Tareem bersama pelajar wanita.

Saya juga berkesempatan masuk ke Dar Zahra & mengikuti majlis maulid bersama Habib Umar bin Hafidz. Namun, saya hanya melihat Al Habib di screen yang di siarkan secara langsung (live) dari Darul Mustofa.

Habib Umar bin Hafidz

Kebanyakan aktiviti diadakan selepas waktu Maghrib. Maka tidak hairanlah jika kita hanya akan nampak susuk wanita di dalam jubah/furdah/khimar hitam berjalan menembusi kegelapan malam seusai solat Maghrib. Begitulah cara mereka menjaga kehormatan diri agar tidak dilihat oleh lelaki ajnabi.

Amazingly…ketika saya berkunjung ke Tareem, saya hanya menjumpai satu masjid yang mempunyai ruang solat wanita. Iaitu Masjid Muhdor. Selain itu, satu lagi masjid ialah di Seiyun, kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota Tareem. Mungkin ada masjid lain tetapi saya tidak sempat menziarahinya dalam kunjungan singkat saya yang hanya berada di Tareem selama 3 minggu sahaja.

Masjid Muhdor

Ruang Solat Wanita di Masjid Muhdor

Video adzan di Masjid Muhdor

Pun begitu, ruang solatnya terletak di sebelah masjid (bukan dalam masjid), yakni kami perlu keluar dari masjid melalui lorong di dalam masjid & keluar ke belakang masjid untuk ke ruang solat tersebut.

Laluan ke ruang solat wanita

Kebanyakan masjid di Tareem tidak menyediakan ruang solat wanita atau tandas wanita. Ketika saya & rombongan ingin solat di sebuah masjid di Hauthoh, kami menunggu sehingga semua jemaah lelaki selesai solat & apabila kami masuk ke dalam masjid, penjaga masjid menutup pintu masjid supaya tiada lelaki masuk sewaktu kami berada di dalam masjid.

Begitu juga halnya ketika saya & keluarga mengunjungi Masjid Imam Al Haddad. Pintu masjid di kunci dari dalam oleh penjaga masjid untuk memberi keselesaan kepada kami solat & mandi di Kolam Telaga Syifa’. Alhamdulillah itu adalah rezeki kami sekeluarga yang mendapat keistimewaan menggunakan masjid tanpa kehadiran jemaah lain sesudah solat zohor.

Masjid Imam Al Haddad

Begitulah cara mereka menghidupkan ajaran Islam yang sebenar, yakni kaum adam lebih dituntut untuk solat berjemaah di masjid manakala rumah atau bilik tidur adalah sebaik-baik tempat beribadah bagi wanita.

Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
 
صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksudnya:
“Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.

(Hadis riwayat Sunan Abi Daud, No. 570)
(Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:
 
يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ. قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya:

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550)
(Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban)


 
Kedua-dua hadis ini menunjukkan bahawa tempat yang terbaik bagi seorang wanita menunaikan solat adalah di rumah. Maka jelas menerusi hadis ini, tidak berdosa jika wanita tersebut memilih untuk solat di rumah sahaja.

Ketika saya mengikuti pengajian bersama Habib Najmuddin Al Khered di Mekah (pada musim haji 2022), beliau berpesan agar para jemaah wanita TIDAK perlu berpusu-pusu merebut saf di hadapan KAABAH. Tempat terbaik bagi wanita yang ingin solat berjemaah di mana-mana masjid bersama jemaah lelaki adalah di saf yang paling belakang. Oleh sebab itulah pihak Masjidil Haram telah menyediakan ruang solat wanita yang jauh dari Kaabah, malahan kita tidak akan nampak Kaabah jika berada di ruang solat tersebut. Namun akibat kekurangan ilmu, maka ramai wanita tetap berebut-rebut untuk solat sebaris dengan jemaah lelaki dengan harapan ingin dekat dengan Kaabah. (Melainkan solat sunat di dataran sebelum sesudah tawaf & memulakan sa’i).

Dengan pengetahuan sebegini, saya sendiri mendapat kesedaran bahawa, betapa kita sepatutnya turut mempunyai rasa malu untuk tampil di hadapan lelaki ajnabi ketika di dalam rumah Allah, apatah lagi bergambar bersama para asatizah lelaki. Ini memang kerap dilakukan oleh para jemaah di Malaysia ketika menghadiri kuliah para ustaz 😔😔😔. Yang agak menyedihkan, ada juga segelintirnya yang berebut2 saf hadapan & booking tempat untuk rakan-rakan yang datang lewat. Semoga mereka di beri faham oleh Allah swt.
Allahuakhbar….

Subhanallah….

Mari kita kembali ke cerita di Kota Tareem….

Ironinya…didikan agama anak-anak di Tareem sangat baik. Hasil didikan dari seorang ibu yang solehah, ibu yang berilmu agama yang baik & tetap berada di rumah untuk mengurus keluarga dengan sempurna. Bersesuaian dengan Kota Tareem yang di gelar Kota Sejuta Wali, kita boleh melihat kanak-kanak di Tareem sentiasa dengan Al Quran di tangan atau jika mereka memegang handphone sekalipun, mereka sedang membaca/menghafal Al Quran. Mereka sangat beradab dengan orang tua. Sentiasa memberi salam, bersalaman & mencium tangan orang tua apabila berjumpa di jalanan.

Saya telah mengunjungi kediaman Habib Abdullah, salah seorang pensyarah di Universiti Al Ahqaf Tareem. Beliau mempunyai seorang anak OKU berusia 16 tahun. Ketika kami sampai ke kediaman beliau, isterinya segera membawa anak OKU tersebut berjumpa ibu saya yang berusia 72 tahun, meminta supaya mendoakan anaknya. Beliau meminta ibu saya meletakkan tangan di dada anaknya sambil berdoa. Begitu indah santunan mereka terhadap warga emas yang dianggap doa-doa orang tua akan dikabulkan oleh Allah swt.

Lebih mengujakan saya ialah, setiap rumah di Tareem mempunyai pintu masuk yang berbeza bagi wanita & lelaki. Ruang tamu juga diasingkan agar kaum wanita tidak dilihat oleh kaum adam. Jika hendak memanggil pasangan, mereka akan memberi isyarat dengan cara mengetuk pintu/dinding. Tiada jeritan nama isteri oleh suaminya jika berkehendakkan sesuatu contohnya minta air, tisu, makanan tambahan dan sebagainya. Merela juga tidak akan menyebut nama isteri masing-masing malahan akan menyebut dengan gelaran “UMMU….(nama anak sulung lelaki)”. Contohnya; bagi saya yang mempunyai anak sulung lelaki bernama Syed Nuh, maka mereka akan menyebut “UMMU NUH”, bermakna IBU KEPADA NUH. Begitulah cara mereka menyorokkan identiti para wanita di Tareem.

Jika mereka mengadakan majlis di rumah, mereka juga mengasingkan kehadiran antara tetamu lelaki & wanita. Para suami akan melayan tetamu lelaki tanpa bantuan isteri atau anak perempuan. Isteri & anak perempuan akan keluar ke tempat lain atau ke rumah lain untuk bersama dengan tetamu wanita. Lebih menarik lagi, dalam majlis yang hanya dihadiri oleh kaum wanita, mereka akan membuka niqab & jubah hitam mereka. Mereka memakai pakaian yang cantik disebalik jubah hitam tersebut. Wanita di Tareem turut ber make-up, memakai pakaian bewarna-warni, berhias & mewarnakan rambut sama seperti wanita normal yang lain. Cuma itu hanya akan dipertontonkan dalam majlis bersama wanita sahaja atau khusus berhias untuk suami mereka. Begitu indahnya kehidupan wanita Tareem. It was very exciting for me!

Bagi yang ingin berkahwin pula, majoritinya adalah atas pilihan keluarga atau dijodohkan oleh orang alim yang mengenali peribadi anak gadis atau anak terunanya. Mereka tidak akan melihat wajah bakal isteri (diberitahu oleh guru saya, Ustazah Fitrah Attareemiyah bahawa mereka melihat gambar bakal pengantin perempuan sahaja). Malahan, ketika upacara akad nikah, pengantin wanita tidak hadir di khalayak ramai untuk mendengar akad. Ada ruang khas lain menempatkan pengantin wanita & majlis keraiannnya diadakan di rumah yang berasingan dengan lelaki. Walaupun poligami adalah biasa di Tareem tetapi tidak semuanya hidup dalam cara tersebut. Jika berkahwin lebih dari satu, ia adalah untuk tujuan dakwah, membantu dahwah suami atau menjaga keturunan di kalangan ahlul bait. Bukan atas tiket nafsu semata-mata.

Kedai Jus Strawberry di Tareem

Begitulah kehidupan wanita Tareem yang terpelihara dari sebarang fitnah dunia. Mereka benar-benar mengamalkan cara hidup seperti Saidatina Fatimah Az Zahra’ r.a, puteri kesayangan Rasulullah ﷺ. Yang mana, sangat menjaga batang tubuhnya agar tidak dilihat lelaki ajnabi. Malahan meminta suaminya Saidina Ali bin Abi Talib mengebumikan beliau pada waktu malam serta diletakkan di dalam keranda agar tidak ada seorang pun melihat tubuh beliau yang telah dikafankan.
Ma sha Allah….

Subhanallah….

Semua pengalaman ini mengajar saya tentang erti malu yang tinggi & memberi kefahaman bahawa di mana kedudukan wanita itu yang sebaik-baiknya dalam beribadah. Mungkin agak kasar atau keterlaluan jika saya katakan bahawa dalam masyarakat kita masih ada wanita yang tidak faham akan hal ini.

Masih ramai yang berselisih pendapat tentang wanita perlu ke masjid atau tidak? Semua ini bergantung kepada niat. Jika suami mampu mengajar isteri tentang ilmu agama, maka berdiamlah di rumah & menuntut ilmu bersama suamimu. Solat sunat berjemaah bersama suami. Malahan, jika suami keluar solat fardu ke masjid, para isteri turut mendapat pahala jemaah tersebut walaupun solat di rumah. TETAPI…Jika suami tidak mampu mengajarkan ilmu agama kepada isterinya, maka hendaklah dia mengizinkan isterinya keluar menuntut ilmu atau mencari guru wanita datang ke rumah untuk mengajar isterinya.

Wanita perlu menjaga batasnya ketika keluar menghadiri kuliah ke masjid/surau. Sebaik2nya diadakan tirai diantara guru lelaki & pelajar wanita. Wanita tidak sepatutnya bergambar/selfie/welfie bersama asatizah lelaki. Hal-hal sebeginilah yang akan menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat kita pada hari ini.

Sayangnya…masih ramai yang teruja bergmbar bersama para ustaz dengan alasan untuk dijadikan kenangan. Kemudian mereka mempamerkannya di media sosial. Allahuakhbar….renungkan kembali wahai wanita yang ingin menjadi wanita solehah. Adakah kamu tahu sejauh mana solehahnya kamu?

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

Setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan perihal perjalanan mendidik jiwa ke Kota Tareem. Saya bersyukur kerana telah sampai ke Kota Suci itu dan mendapat inayah dari Allah swt dalam usaha saya mencari ilmu memperbaiki hati, membersihkan hati, menambahkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah swt serta meninggikan tawakkal kepada Nya. Saya berdoa agar saya akan sampai lagi ke Kota Tareem, kota yang sentiasa tersemat di hati & sanubari saya.

“Ya Tareem wa ahlaha”.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

Fi khirin wa lutfin wa’afiah

Love as always

Al Faqirah Ummu Nuh (Zan Aizan)
Isnin, 10 Ramadhan 1446H/11 Mac 2025

#penulisBlog

#penulisBukuFizikalEbook

#pencatatNotaKuliah

Catatan Rehlah Ibadah ke Kuching, Sarawak 2025

(13.2.2025 – 17.2.2025)

Assalamualaikum warrahmatullah

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan rehlah ibadah ini terlaksana dengan lancar.

Subhanallah…pada asalnya tujuan rehlah ini hanyalah sekadar percutian biasa tetapi telah di olah menjadi percutian ibadah yang penuh pengisian ilmu, pengalaman & terjalinnya ukhuwah dengan rakan-rakan solehah di Sarawak.

Berikut adalah aktiviti sepanjang rehlah yang sarat dengan pelbagai pengisian rohani & perut 😂😂😂:

💝

💝

💝

Hari 1 (Khamis, 13.2.2025)


⁃ Bertolak dari Kuantan ke KLIA pada jam 6.30 pagi.
⁃ Kami dihantar oleh Dato’ Syed Burhannuddin (suami Zan) & Syed Hassan Al Kaff menggunakan 2 buah kereta ke KLIA.
⁃ Kami singgah makan pagi di R & R Gombak.
⁃ Tiba di KLIA jam 10.30am. Flight jam 12.20 tengah hari ke Kuching, Sarawak.
⁃ Tiba di Kuching, kami disambut oleh anak2 Zan & pelajar Madrasah Al Khairat.
⁃ Singgah makan tengah hari di Kedai Makan Tom Yam Goong, Kuching.
⁃ Check in Ustazah Homestay di Kampung Gita.
⁃ Selepas Isya’, kami menghadiri majlis maulid di Madrasah Al Khairat. Tausiah disampaikan oleh Ustazah Sh Hafsah binti Wan Abd Rahman, Pembimbing Muafakat Ta’lim Pahang (MTP).
⁃ Makan malam di madrasah dengan hidangan laksa sarawak & cendol gula apong yang sangat sedap.
⁃ Kami pulang ke homestay kira-kira jam 11.30 malam.

💝

💝

💝

Hari ke 2 (Jumaat, 14.2.2025)


⁃ Makan pagi di homestay, sebahagian dari kami berpuasa sempena Nisfu Syaaban.
⁃ Kami solat dhuha & solat tasbih di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Sebuah masjid yang besar & cantik. Kami sempat berbual-bual dengan Ketua Pengurusan Masjid & beliau sangat teruja dengan kedatangan rombongan kami.
⁃ Setelah itu, kami bersiar-siar di sekitar bandar Kuching & bergambar di Mercu Tanda Kuching (patung kucing).
⁃ Bagi yang tidak berpuasa, kami makan tengah hari di New Atmosferah Restaurant. Kami makan mee kolok & roti nan cheese.

Masjid Jamek Negeri Sarawak


⁃ Pada jam 2.30 petang hingga jam 7.00 petang, kami bersua muka dengan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas di Madrasah Al Khairat.

Antara tausiah yang disampaikan oleh Al Habib ialah:
⁃ Al Habib telah mengijazahkan selawat-selawat di dalam kitab karangan beliau, Kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah bermula dari halaman 66 hingga ke halaman 87. Beliau berpesan agar kami memperbanyakkan selawat kerana ia mempunyai Nur Muhammad saw. Al Habib menceritakan kisah seorang wali yang mengajar anak muridnya di dalam gelap tetapi dilihat oleh orang lain tempat itu bercahaya, asbab keberkatan selawat.
⁃ Al Habib memberi tausiah berkenaan darjat kedudukan wanita. Wanita lebih afdal berbanding lelaki. Wanita perlu disantuni, sepertimana dari Abu Hurairah RA yang mengutip sabda Rasulullah SAW sebagai berikut,


⁃ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Artinya: “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR Al Bukhari dan Muslim).

  • Seumpamanya, kita ada Ummul Quran yakni surah Al Fatihah yang mana ia disebut “ummu(ibu)” bukan “abbi(ayah)” Quran. Menunjukkan bahawa wanita/ibu lebih utama dari lelaki.
  • Lelaki & wanita dilahirkan & disusukan oleh wanita. Oleh itu, ia merupakan peringatan kepada lelaki supaya jangan sombong & hormatilah wanita. Hakikatnya, lelaki harus berkhidmat kepada wanita (mencari nafkah, menjaga, mendidik dll).
  • TANAH (ardun/muannas) di sifatkan sebgai wanita kerana ia tempat bercucuk tanam. 
  • UDARA adalah HAWA, jika tiada udara, kita akan mati. 
  • API disifatkan sebagai wanita “Aku Perempuan Yang Iri”. Apabila wanita iri, dia akan terbakar. 
  • AIR, Aku Adalah Ratu. Bermakna wanita harus dilayan dengan baik.
  • Semua anasir ini melambangkan ibu. Ia bertujuan menghilangkan rasa sombong lelaki & mengenal diri. Siapa yang mengenal dirinya, dia mengenal Tuhannya.

Firman Allah SWT:

أَلَمْ نَخْلُقكُّم مِّن مَّآءٍۢ مَّهِينٍۢ

Maksudnya: “Bukankah Kami telah menciptakan kamu daripada setitis air yang hina dan lemah?”
(Surah al-Mursalat: 20)


⁃ Al Habib menceritakan tentang peristiwa-peristiwa ajaib hasil dari karamah para wali & orang alim.
⁃ Kami bersoal jawab pelbagai soalan bersama habib sehingga masing-masing berpuas hati dengan segala persoalan yang terbuku di hati selama ini.
⁃ Al Habib menyarankan kami membeli Kitab I’tikad Ahlussunnah Wal Jamaah, karangan K.H Sirajjuddin Abbas.

⁃ Setelah itu, kami pulang ke homestay & berbuka puasa dengan mee jawa serta kuih muih yang dibekalkan oleh Ummi Segaff (Isteri kepada Habib Muhammad Al Attas).

💝

💝

💝

Hari ke 3 (Sabtu, 15.2.2025)


⁃ Pada hari ini kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Kumpulan 1: Zan & Hajar hiking ke Bengoh Dam bersama anak2 & pelajar madrasah Al Khairat. Kemudian kami makan tengah hari di Uni House.

Boleh tonton video keindahan Bengoh Dam Waterfall di link ni:

https://vt.tiktok.com/ZSMkmFTEH/


Kumpulan ke 2: K Yam & K Aya bersiar2 dia bandar Kuching sambil makan laksa sarawak & beli kek lapis bersama sahabat dari kelas selawat Kuantan, Makcik Tim yang telah berpindah & menetap di Kuching.


Kumpulan ke 3: Kak Siti & Kak Faridah bersiar-siar bersama Pn Julida Amoh, menghayati keindahan sekitar Gunung Santubong, Rumah Budaya, menyelusuri persisir pantai & membeli home made kek lapis.

Kumpulan berpecah kepada 3


⁃ Pada jam 3.00 petang, kami mengadakan usrah bersama rakan-rakan/kenalan di Sarawak di homestay. Tausiah disampaikan oleh Ustazah Sh Hafsah. Ustazah telah membaca syarah Ratib Al Attas, Doa Angin Ahmar & mengijazahkan Selawat Adrikni kepada sahabat yang hadir ke usrah. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn Julida Amoh yang menguruskan pertemuan ini.


⁃ Pada sebelah malam, kami makan malam di Eric Mualaf Chinese Food Restaurant & bersiar-siar di Water Front.

💝

💝

💝

Hari ke 4 (Ahad, 16.2.2025)


⁃ Kami keluar rumah pada jam 7.00 pagi & makan pagi di sebuah restoran sebelum meneruskan perjalanan.
⁃ Kami menghabiskan masa selama 3 jam di Pasar Serikin. Membeli belah souvenir & buah-buahan.
⁃ Seterusnya kami makan tengah hari di Telaga Air. Kawasan makanan hasil laut di muara pantai.
⁃ Kami solat jamak qasar zohor & asar di Masjid Darul Solihin Telaga Air.

Pasar Serikin

Telaga Air


⁃ Kami tiba di homestay pada jam 4.00 petang & merehatkan diri.
⁃ Kami makan malam di kedai Satay Kajang yang terletak di Metro City.

Satay Kajang di Kuching


⁃ Sebelum melelapkan mata, kami sempat berkenalan dengan empunya homestay, Ustazah Hasmida yang merupakan seorang ustazah di sebuah sekolah di Kuching. Beliau berasal dari Negeri Kelantan & telah menetap di Kuching. Homestay yang mempunyai 5 bilik tidur beserta kolam renang ini sangat selesa. Kami sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan. Beliau juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta.

Ustazah Homestay

💝

💝

💝

Hari ke 5 (Isnin, 17.2.2025)


⁃ Seawal jam 8.00 pagi, kami keluar untuk makan pagi, membeli ikan terubuk & kek mita.
⁃ 10.30 pagi, kami ziarah wada ke Madrasah Al Khairat & bertemu sekali lagi dengan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas. Al Habib menerangkan sistem pembelajaran di madrashnya & membawa kami melawat kelas-kelas harian di madrasah. Beliau juga menerangkan pencapaian pelajar-pelajar beliau yang telah lulus dari Universiti Al Ahqaff, Al Azhar & Unishams.

Madrasah ini merupakan madrasah yang mengajarkan pelbagai kitab (a’lim), menyediakan kelas hafazan/tasmik Al Quran walaupun pelajar tidak wajib menghafal Al Quran, menyediakan kelas SPM/STAM & menyediakan kelas persediaan ke Universiti Al Ahqaff & Al Azhar selepas pelajar tamat STAM.

Di Madrasah Al Khairat

Video: Sistem Pembelajaran Bahasa Arab di Madrasah Al Khairat

Kemudian kami membaca doa perpisahan bersama Al Habib:

Doa Perpisahan


⁃ Pada jam 12.30 tengah hari, kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk pulang ke Semenanjung.
⁃ Kami selamat tiba di KLIA pada jam 6.20 petang & pulang ke Kuantan menaiki kereta. Kami tiba di Kuantan pada jam 1.00 pagi, Selasa 18.2.2025.

Hari balik ke Semenanjung

Subhanallah…segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan rehlah ini dengan mudah & seronok. Dalam safar ini kami lebih mengenali satu sama lain & sentiasa bergurau senda.

Ma shaa Allah…dengan perkumpulan kami yang kecil ini, kami sempat membaca Ratib Al Attas bersama-sama pada waktu pagi selepas subuh di homestay.

Saya selaku penganjur rehlah berasa terharu & sangat bersyukur kerana dengan izin Nya, mampu merealisasikan hasrat Ustazah Sh Hafsah membawa beberapa orang anak muridnya bertemu Habib Muhammah bin Alwi Al Attas, yang mana, kami telah belajar di Kuantan menggunakan kitab beliau sejak tahun 2014 & ada yang bermula pada tahun 2017. Manakala, Ustazah Sh Hafsah telah menyebarkan ilmu di sekitar Kuantan bermula pada tahun 2004.

Semoga kami semua dapat menambah ilmu, iman & amal dengan segala apa yang dipelajari.

Mudah-mudahan rehlah ibadah ini akan berterusan ke destinasi yang lain pula.

Jemput menonton video pendek rehlah kami di sini👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

Video Rehlah Ibadah

Jgn Sekadar Menjadi Pencatat & Pembaca, Tetapi Jadilah Pengamal & Sebarkan. Semoga Kamu Beroleh Keberkatan Drpd Apa Yg Kamu Telah Usahakan.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
(Rabu, 19.2.2025)

#Penulis Bebas

#Penulis ebook & buku fizikal

#Duta Asia ebook MSGA

#Certified Advisor penulisan ebook MSGA

#Senior Advisor penulisan ebook MSGA