Assalamualaikum warahmatullah
Salam Israk & Mikraj 1447H kepada semua.

Alhamdulillah memasuki bulan ke 4 saya menerima rawatan anxiety & saya teruja nak kongsikan pengalaman/perkembangan saya sekarang. Walaupun saya belum sembuh sepenuhnya & masih makan ubat, but ada banyak hal yang buat saya “RELAX” & menenangkan hati/fikiran saya dalam tempoh sebulan lebih ini. Doktor telah mengurangkan ubat saya. Hanya makan Hovid Escitalopram 10mg sahaja, 1/2 biji sehari.
Sebelum itu, mari kita semak sharing saya di Part 1 & Part 2 supaya kita semua dapat bezakan penulisan awal saya dan sekarang.
Link Pejuang Anxiety Part 1:
https://saljuputih.blog/2025/11/11/pejuang-anxiety-part-1/
Link Pejuang Anxiety Part 2:
https://saljuputih.blog/2025/12/02/pejuang-anxiety-part-2/
Subhanallah…..Dengan izin Allah swt saya yakin lebih ramai pejuang anxiety yang boleh sembuh jika mereka berkehendak. Ia susah! Sangat susah! Tapi kena cuba! Kena paksa diri untuk berubah & hadapi semuanya denga berani! Lawan pelbagai perasaan negatif but SLOWLY…secara berperingkat, don’t push yourself too much. Hanya masa yang diperlukan agar kalian terus bersabar sebagai pilihan Allah swt untuk menerima ujian ini. So…bagi masa & ruang pada diri sendiri.
Let’s go to apa yang saya lalui dalam tempoh hampir 2 bulan ini. Masih ada beberapa simpton yang belum dapat saya atasi sepenuhnya, antaranya:
1. Terkejut. Saya masih mudah terkejut tetapi telah berkurangan rasa takut & panik. Dahulu, saya akan menangis bila terkejut. Sekarang saya cuma berdebar & cuba relax.
2. Masih trauma dengan bunyi pagar. Atas sebab sesuatu hal yang pernah berlaku antara saya & suami, saya pernah ada rasa takut bila dengar bunyi pagar dibuka tatkala suami balik ke rumah…sekarang saya cuba berdamai dengan takdir tetapi perasaan cuak tu masih ada walaupun tak seteruk dulu.
3. Masih rasa pening/rimas bila ke tempat orang ramai terutamanya ke mall atau majlis yang ada lagu/muzik yang kuat. Saya cuba atasi dengan hadir ke majlis bila dijemput tetapi tidak berlama-lamaan di situ. Segera keluar apabila simpton mulai datang. Saya tidak keluar membeli barang di pasaraya ketika hujung minggu atau peak hours. Saya juga akan keluar membeli barang bersama anak, tidak berseorangan.

4. Masih ada perasaan sedih tiba-tiba & menangis keseorangan tetapi saya segera cari aktiviti untuk aktifkan diri contohnya alihkan perabot rumah, tukar langsir, bermain dengan kucing, menonton video lucu & sebagainya.
5. Masih belum ada mood/keberanian untuk bersosial/bergaul macam dulu tetapi paksa diri untuk hadir ke majlis ilmu yang dulunya saya sentiasa hadir. Atas faktor pernah dimarahi & diperlekehkan kerana pergi ke majlis ilmu, saya jadi takut nak ke majlis ilmu. Bimbang diri dilabel “TERPALING BERILMU” 😔😔😔.

6. Masih ada sedikit over thinking tentang beberapa hal. Akibat pernah ditipu berulang kali oleh orang terdekat, dikhianati oleh ramai orang, diejek oleh kenalan terdekat akal hal-hal yang menjatuhkan maruah sebagai seorang isteri & majikan, maka ini agak susah untuk saya perbaiki. Saya percaya, saya perlukan masa yang lebih lama untuk “RESET” everything.
However…..ada beberapa perkembangan yang saya anggap positif & I’m happy with that.
Antaranya:
1. Saya mulai mengubah suasana rumah & menghias ruang-ruang yang dulunya saya gunakan warna suram kepada warna yang lebih cerah & ceria. Contohnya menukar langsir bilik & mengubahsuai perabot dalam bilik tidur arwah mak mentua. Aura mak mentua masih terasa, hati masih sedih tatkala melihat barang-barang peninggalan arwah. Lalu saya ubah perabot & sentiasa wangikan bilik untuk menghilang bau yang membuatkan saya rindu akan umi & bersedih. Begitu juga dengan ruang-ruang dalam bilik tidur saya.

2. Saya lepaskan barang-barang yang pernah membuatkan hati saya sakit, sedih, kecewa & sentiasa teringat akan segala peristiwa pilu dalam rumah tangga. Antaranya, saya jual kereta kesayangan saya yang saya dah guna selama 13 tahun.
3. Saya block semua nombor telefon & media sosial orang yang pernah menyakiti hati saya termasuk adik-beradik, ipar/biras & bekas pekerja. Saya maklumkan kepada suami bahawa saya tidak ingin berjumpa atau bersua muka dengan orang yang membuatkan hati saya luka, sedih atau marah. Saya bukan bertujuan memutuskan silaturrahim tetapi saya sekadar menjaga jarak, emosi & mental saya untuk seketika sementara saya dalam proses pemulihan.
4. Saya bagitau suami yang saya inginkan suasana berbeza dalam hidup & kami mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa hari dalam seminggu ke Kuala Lumpur, manakala beberapa hari lagi kami balik ke Kuantan kerana mak saya masih tinggal dengan kami. Kakak mengambil alih tugas menjaga mak ketika ketiadaan saya di Kuantan.
5. Saya beranikan diri menerima tawaran untuk bercakap di public yang dah lama saya tinggalkan. Mungkin kerana pernah rasa malu kepada masyarakat, akibat ada beberapa pihak yahng mencemuh saya maka saya tolak banyak tawaran selama hampir 3 tahun kebelakangan ini. Tahun ini, 2026 saya bertekad untuk “GET BACK OK TRACK” & I did it!

6. Saya ubah penampilan diri. Memilih warna pakaian yang lebih ceria & start excercise. Sekali sekala, saya manjakan diri ke spa seperti yang disarankan oleh doktor psy. Saya akui, saya perlu lebih hargai diri saya sendiri instead of terlalu menumpukan perhatian kepada orang lain.

7. Saya paksa diri menambah amalan harian. Saya berpendapat, Allah swt inginkan saya lebih merapatkan diri kepadanNya. Mungkin amalan saya selama ini masih belum cukup untuk membersihkan hati saya & memantapkan iman saya. Setiap hari saya berdoa agar saya memaafkan semua orang yang menyusahkan & menyakiti hati saya.

8. Saya segera hubungi doktor psy jika ada perasaan sedih/marah. Saya tidak ingin pendamkan lagi seperti dahulu selain mengadu kepada Allah swt. Segera lepaskan agar ia tak mengganggu fungsi otak seperti yang telah saya tulis dalam Pejuang Anxiety Part 1. Saya juga tertarik dengan perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di link ini berkenaan anxiety yang hampir sama dengan apa yang saya nukilkan dalam Part 1. Bacalah….
https://www.facebook.com/share/p/1Fjgzw2vSt/?mibextid=wwXIfr
9. Saya makan dengan lebih teratur supaya tidak diserang gerd. Saya juga lebih menjaga pemakanan agar tidak mengakibatkan acid berkumpul di perut & menggangu tidur. Saya follow semua saranan doktor samada doktor psy atau pakar jantung (kerana saya ada masalah High Cholesterol due to genetic problems). Kita kenang kembali saat2 saya ada masalah jantung yang membuatkan saya mengambil rawatan jantung sebelum berjumpa doktor psy di link ni: https://saljuputih.blog/2025/07/04/mengutip-cebisan-jiwa/. Semuanya berkaitan & satu demi satu rawatan telah saya lalui.

10. Saya tidak lagi sentiasa berpeluh-peluh atau panas yang tidak menentu. Saya banyakkan minum air kosong, mengawal pengambilan kopi & gula. This is the best achievement yang membuatkan saya happy sebab ia amat merimaskan jika sentiasa berpeluh & pakaian menjadi basah. Sekarang saya rasa lebih tenang & selesa.
11. Perasaan marah juga sudah mulai reda. Saya sentiasa praktikkan “Deep Breath” seperti yang disarankan oleh doktor psy. Kemudian, menambah Istighfar agar hati lebih tenang.
Alhamdulillah….
Alhamdulillah….
Alhamdulillah….Segalanya dengan izin Allah swt.
Saya yakinkan diri saya yang saya akan sembuh dari anxiety disorder asalkan saya berkehendak & berusaha bersungguh-sungguh. Allah swt telah memilih saya melalui pelbagai ujian hidup & menghadapi pelbagai kerenah manusia. Walaupun ia memerlukan kesabaran yang tinggi & mengambil masa untuk melalui/menyelesaikan satu persatu, namun ada banyak doa saya yang telah Allah swt makbulkan.
(فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
bermaksud
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Sepotong ayat yang diulang 31 kali dalam Surah Ar-Rahman, mengingatkan manusia dan jin tentang segala nikmat Allah swt di langit dan bumi, serta sebagai soalan retorik tentang pengingkaran terhadap nikmat tersebut, yang berkaitan dengan ciptaan Allah, siksa neraka, dan ganjaran syurga. Maka, wajiblah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt kurniakan.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (Hadith Riwayat Thabrani dan Daruquthni)
Semoga perkongsian ini memberi semangat kepada pejuang anxiety yang lain untuk pulih. Tidak ada orang lain yang mampu mengubah diri kita jika kita sendiri tidak berusaha melakukan perubahan. Ayuh! Kita sihat bersama-sama demi menjadi khalifah di muka bumi yang sentiasa beribadah kepada Allah swt & memberi manfaat kepada sesama khalifah yang lain.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Ummu Nuh💝
Jumaat, 16 Jan 2026/27 Rejab 1447H