Posting berkenaan solat jamak al suri ini telah saya publish di FB saya (Zan Aizan) pada 12 Oktober 2024. Tetapi, untuk memudahkan rujukan kepada caregivers yang tiada FB, saya ulangsiar di blog ini.
Botol Air (spray) untuk ambil wuduk
Antara keindahan & anugerah yang Allah swt sediakan untuk pesakit & orang yang uzur atau dalam keadaan darurat adalah solak jamak al suri.
Boleh dilakukan solat jamak sekiranya terdapat keuzuran yang membolehkannya. Sakit itu adalah satu keuzuran dan bila terdapat kepayahan maka dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan solatnya. Ini merupakan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ishak. [Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/218]
Sakit itu adalah satu keuzuran dan apabila terdapat masyaqqah (kepayahan atau kesulitan) dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan di antara dua solat.
Solat jamak al suri adalah solat yang dilaksanakan seolah-olah jamak tapi sebenarnya pada waktu yang berlainan.
Contohnya: Solat Zohor di hujung waktu zohor & setelah siap solat zohor, masuknya waktu asar. Dalam keadaan wuduk yang masih belum terbatal, pesakit segera melaksanakan solat asar sebaik sahaja masuk waktu. Sama keadaannya bagi solat Maghrib & Isyak.
Oleh yang demikian, penjaga pesakit hendaklah membantu pesakit agar solatnya terjaga. Jika pesakit tak mampu mengambil wuduk, sediakan spray agar pesakit tak perlu turun dari katil untuk mengambil wuduk. Pesakit juga boleh bertayamum sekiranya terpaksa.
Jika pesakit terpaksa solat dalam keadaan baring, penjaga boleh bantu pesakit dengan bacaan2 dalam solat agar pesakit tak lupa bahawa beliau sedang di posisi apa contohnya sedang rukuk, i’tidal & sebagainya. Apabila solat baring, hanya gerakan mata yang dilakukan, kemungkinan pesakit akan lupa beliau sedang dalam posisi apa (rukuk atau sedang sujud).
Penjaga pesakit tolong spray wuduk
Sebagai contoh umi (mak mentua saya) yang sedang sakit, seboleh2nya beliau cuba solat duduk kerana jika beliau solat baring (menggunakan gerakan mata) beliau akan tertidur. So kalau saya sedang baca bacaan ketika sujud, gerakan mata umi memandang ke bawah, dikhuatiri pejam & terus lena hahaha.
Solat duduk. Sebaiknya katil diletakkan mengikut arah kiblat.
Beberapa tahun dulu, ketika mak saya mengalami enzima yang teruk, beliau juga melakukan solat jamak suri akibat kulit beliau yang tak boleh terkena air dengan kerap. Tetapi, dek kerana mak menghidapi skizo (orang skizo susah menukar jadual hidup), maka sekarang, walaupun mak dah sembuh dari enzima, mak masih melakukan solat jamak suri hehehe. Apa2 pun saya bersyukur sebab mak tak lupa untuk solat, walaupun bagi pesakit mental, solat bukan lagi kewajipan bagi mereka.
VIDEO: Ajarkan pesakit bacaan dalam solat
Penjaga pesakit perlu bersabar dalam menguruskan pesakit. Antara hikmahnya ialah, penjaga pesakit perlu solat di awal waktu kerana selepas itu, dia perlu bantu pesakit untuk solat. Jangan sampai penjaga yang tak sempat solat udah laaaa….
Solat itu adalah ibadah yang sangat dituntut. Ia tiang agama. Sebab itu, kita tak boleh meremehkan hal solat walaupun sakit.
Begitulah indahnya Islam. Sentiasa ada jalan agar solat terpelihara.
Jika penjaga pesakit bekerja & tiada di rumah pada waktu solat, usahakan untuk mencari orang yang boleh datang bantu ambilkan wuduk kepada pesakit. Tidak semestinya adik beradik atau saudara terdekat. Kita boleh minta tolong jiran, kawan-kawan, AJK surau terdekat, atau hire nurse berbayar.
VIDEO
Semoga Allah swt kurniakan kefahaman & kesabaran buat sesiapa sahaja yang sedang menjaga pesakit. Banyakkan zikrullah agar hati & emosi tenteram.
Posting ini hanyalah sebagai salah satu jalan untuk saya berkongsi ilmu kepada penjaga pesakit. Saya juga ingin abadikan kenangan & ilmu agar anak2 saya dapat rujuk di sini sekiranya saya yang sakit di hari tua nanti.
Tiadalah niat menunjuk2 bahawa sayalah yang TERPALING menjaga mak mentua yang sedang sakit. Maafkan saya.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah.
Love as always 💝Al Faqirah Zan Aizan💝 Sabtu, 12.10.2024
Pertama sekali saya tegaskan; saya bukan lawyer syariah atau keunselor rumah tangga.
Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri & pengamatan melalui pengalaman orang lain yang datang berjumpa saya untuk meminta khidmat nasihat atau sekadar menjadi pendengar kepada masalah rumah tangga mereka. Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 24 tahun & dikurniakan 4 orang cahaya mata. Dari segi ilmu rumah tangga yang sakinah, mawaddah, warahmah, saya rasa saya belum mempunyai rumah tangga yang sesempurna itu. Ada banyak onak duri yang telah & sedang dilalui.
Sebagai info tambahan, saya dibesarkan dalam family yang kucar-kacir & akhirnya menyebabkan ibu saya mengalami masalah mental (skizofrenia). Akibat dari seorang ayah yang baran & ada banyak masalah lain & ibu yang bertahan selama 23 tahun demi anak-anak. Tetapi saya sedaya upaya cuba membina jati diri saya supaya tidak terikut-ikut dengan persekitaran negatif sebagaimana saya dibesarkan. Sedaya upaya saya cuba baiki diri & membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang & didikan agama yang semampunya.
Boleh tonton perkongsian mengenai perjalanan hidup saya bersama ibu yang skizo & bagaimana beliau mula mendapat skizo di link youtube ini:
Kepada pembaca blog ini; sama ada anda setuju atau tidak dengan nasihat/pandangan saya, itu adalah pilihan masing-masing. Tiada paksaan untuk menerima pendapat ini, membenarkan atau menidakkannya. Berlapang dada & sebelum membuat sebarang keputusan, mohonlah petunjuk dari Allah swt terlebih dahulu. Saya tidak bertujuan menggalakkan perceraian tetapi lebih kepada ingin menyelamatkan susuk tubuh seorang wanita yang tangannya mampu menggoncang dunia.
Dalam beberapa tahun ini saya kerap didatangi oleh ibu/isteri muda (lingkungan usia 20an-30an), yang baru mendirikan rumah tangga & mempunyai anak-anak yang masih kecil. Mereka meminta khidmat nasihat tatkala terasa lelah menghadapi kerenah suami yang pelbagai kategori. Antaranya:
Kaki pukul atau psiko (rosakkan mental dengan percakapan/perbuatan contohnya pecahkan barang ketika marah, hempas pintu, mengherdik, menghina, menyumpah-nyumpah, menghina ahli keluarga, membanding-banding isteri dengan orang lain & sebagainya).
Kaki judi/game on9.
Terlibat dengan dadah/jenayah
Malas bekerja ataupun tidak membantu kerja rumah/jaga anak.
Curang atau kaki perempuan/berzina
Peminjam ALONG/CETI HARAM.
Culas dalam memberi nafkah.
Berpoligami secara sembunyi & menyakiti hati isteri yang sedia ada apabila rahsia terbongkar.
Hal ini bukanlah baru dialami selama 1 bulan atau 2 bulan perkahwinan, tetapi telah melayari bahtera perkahwinan antara 5-15 tahun.
Video: Ceramah pendek dari Gus Dewa
Pertama sekali, apabila diutarakan tentang perasaan sedih, marah, kecewa seorang isteri, saya akan bertanya;
“SEKARANG NI APA YANG KAMU NAK?
NAK TERUSKAN PERKAHWINAN ATAU NAK TAMATKAN? “
Hanya ada dua pilihan.
Mostly jawapan mereka ialah:
“Saya masih sayangkan suami saya”
Ataupun
“Saya nak bercerai tapi saya kesian kat anak2 saya”
Ataupun
“Saya tak nak bercerai, tapi saya nak suami saya berubah”
Begitulah….antara jawapan dari para isteri yang masih bersabar walaupun hatinya telah terluka. Ada juga yang was2, tak tahu apa yang mereka nak.
Mana-mana jawapan yang diberikan, saya tidak akan terus menyarankan mereka bercerai. Usahakan dulu dengan langkah-langkah berikut:
PERTAMA!
Saya bertanya:
1. Lihat dirimu, dah tutup aurat dengan sempurna? cukupkah solatmu, puasamu & amal ibadah wajibmu.
2. Bagaimana amalan sunatmu?
3. Bagaimana cara bercakap/melayan suami, ibu bapa & mentua?
Jika semuanya ok. Maka tambahlah amalanmu. Sebelum mengubah suamimu, ubah dirimu dahulu. Jika sudah sampai ke tahap stress melampau, saya akan minta mereka lakukan amalan ini:
Solat taubat, tahajjud, dhuha, istikharah & hajat setiap hari. Sebaiknya lakukan solat hajat cara Imam Ghazali atau Dato Dr Ismail Kamus seminggu sekali (seperti dalam gambar).
Baca Al Quran setiap hari.
Solat istikharah selama 40 hari untuk meminta petunjuk dari Allah swt sebelum membuat sebarang keputusan.
Istighfar, bertasbih & berselawat sekurang-kurangnya 1000 kali sehari. Paling mudah untuk dibaca ialah Selawat Jibril.
Baca Selawat Tafrijiyyah sebanyak 4444 kali (ikut tempoh kemampuan masing-masing)
Baca zikir “Ya Latif” sebanyak 33,333 kali (ikut tempoh kemampuan masing-masing)
Baca Ratib Al Attas setiap hari atau sebanyak 41 kali (jika mampu).
Dapatkan khidmat nasihat dari orang alim/ilmuan agama/guru yang mursyid/lawyer syariah.
Hadir ke majlis ilmu at least seminggu sekali.
Tenangkan diri & fokus dengan zikrullah, ia membantu mengurangkan kecelaruan emosi. Nak buat semua nasihat PERTAMA mungkin ambil masa 40 hari ke 3-4 bulan. Bergantung kepada tekad anda untuk merayu bersungguh-sungguh dengan Allah swt sebelum meneruskan ke nasihat KEDUA. Jika anda telah bersabar 5 ke 15 tahun, takkan tak boleh bersabar lagi beberapa bulan, berbicara dengan Allah. Bukankah begitu?
Solat Hajat KhususUntuk Hajat Besar
KEDUA!
Sekiranya semua yang di atas telah dilakukan tetapi anda masih rasa tersiksa dengan kehidupan rumahtangga anda, maka move to next step.
Sekiranya suami menyakiti dari sudut fizikal/pukul ataupun merosakkan emosi (psikologi), maka pergilah ke balai polis untuk buat report demi keselamatan diri & anak. Report tersebut boleh digunakan di mahkamah syariah sekiranya perlu.
Bagi isteri yang sudah burnt out akibat keganasan rumah tangga, segera dapatkan khidmat kaunseling di Jabatan Psikiatri. Ia penting untuk memelihara mental dalam membesarkan anak2. Ia juga boleh digunakan untuk permohonan fasakh, jika terkait.
Mengadu ke pejabat agama atau failkan kes ke mahkamah syariah. Sebelum memfailkan cerai, failkan dahulu permohonan rundingan/kaunseling rumah tangga. Jika gagal mendapat kesepakatan…buat tuntutan nafkah bagi semua anak dibawah usia 18 tahun. Bagi isteri yang dipoligamikan secara rahsia, buat tuntutan harta sepencarian, nafkah isteri & nafkah anak-anak. Jangan biarkan pengkhianatan suami memakan diri anda. STAND FOR YOUR RIGHT! Tiada istilah malu atau membuka aib jika anda ke mahkamah kerana di situ adalah tempat yang betul untuk menyelesaikan masalah.
Jika mampu, hire lawyer atau jika tak mampu pergilah ke Biro Guaman untuk membuat tuntutan fasakh atau tebus talak sekiranya anda teraniaya/digantung tak bertali/tak cukup nafkah zahir & batin. Setakat hari ini (tahun 2025) bayaran biro guaman adalah RM800.00.
Tak perlu mengadu di media sosial. Usahakan agar aibmu tidak dibuka. Barangkali apabila masalah anda selesai, anda akan bahagia semula & apa yang anda share di media sosial sudah tak boleh dipadam akibat di share/save oleh nitizen walaupun anda bukan selebriti.
Namun, masalah terbesar ialah dengan pendirian si isteri itu sendiri. Ada isteri yang tidak mahu melakukan nasihat PERTAMA tetapi terus menerus mengharapkan perubahan dari pihak suami. Ia agak susah…kerana anda sepatutnya yakin dengan ayat-ayat Allah bahawa itulah yang paling power dalam melembutkan hati suami & isteri. Paling tidak, melembutkan & menenangkan hati si isteri itu sendiri.
Masalah seterusnya ialah, si isteri tidak bersedia melakukan nasihat KEDUA. Mereka memberi alasan:
Kesian kat anak kalau bercerai.
Malu
Takut suami jadi lagi ganas. Padahal isteri akan dilindungi setelah ada pengaduan ke mahkamah. Ada kes yang si isteri boleh mohon dipisahkan tempat tinggal sementara prosiding mahkamah berjalan.
Tak bersedia jadi janda terutamanya suri rumah. Mereka bimbang akan masalah kewangan, tempat tinggal & nafkah anak-anak. Mereka belum sampai tahap percaya bahawa rezeki itu dari Allah swt, bukan dari suami. Mereka perlu tingkatkan ilmu tauhid!
Beberapa hal yang harus difahami ialah, walaupun perceraian adalah sesuatu yang Allah swt benci tetapi ia bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan dalam Islam. Boleh baca di link ini mengenai status hadith mengenai talak: 👇🏻👇🏻👇🏻
Apa yang nak saya tekankan ialah, ibu bapa yang membesarkan anak dalam rumah tangga toksik adalah lebih bahaya & merosakkan masa hadapan anak-anak. Saya sangat TIDAK BERSETUJU jika ada seorang isteri/ibu yang mempertahankan rumah tangga semata-mata kerana anak. Sedangkan anak-anak menyaksikan ibunya dipukul, dihina, diherdik, atau menangis saban hari akibat perbuatan ayahnya. Keadaan ini akan membuatkan emosi anak tercalar bahkan membenci ayahnya.
Trauma zaman kanak-kanak (childhood trauma) akan membuatkan anak-anak membesar dalam keadaan tidak sihat. Ada kemungkinan membuatkan anak yang kurang kasih sayang menjadi homoseksual (suka kepada sama jenis), menjadi kasar/ganas/baran, tidak mahu berkahwin, membenci ibu bapanya kerana membiarkan mereka membesar dalam keadaan begitu. Anak akan lebih mudah mencari tempat meluahkan perasaan kepada orang luar & wujudlah pelbagai masalah sosial.
Paling menyedihkan, apabila anak perempuan berkahwin & mendapat pasangan yang tidak faham akan traumanya & mempermainkan traumanya. Menyindir atau menjadikan ia satu bahan untuk menyakiti hati isteri. Semua itu akan merosakkan emosi si anak yang sedaya upaya cuba percaya bahawa rumah tangga bahagia itu wujud. Tetapi akhirnya dia dikecewakan jua. Ini mengakibatkan mereka hilang kepercayaan kepada lelaki atau institusi kekeluargaan.
Tolong buka minda anda, bahawa ada ramai wanita yang diceraikan atau menjadi balu akibat kematian suami mampu hidup sendiri malahan lebih bahagia membesarkan anak dengan tangan sendiri. Tetapi ada ramai wanita naif yang mati di tangan suaminya.
Ada isteri yang cuba membawa kes ke mahkamah syariah tetapi dihidu oleh suaminya, lalu suaminya memujuk dengan ayat-ayat simpati supaya tidak meneruskan kes. Maka, nasihat saya; STOP BEING SO NAIVE! Selagi tidak difailkan, suami takkan berubah mengikut perintah mahkamah. Anda perlukan orang berautoriti untuk menasihati suami yang ego. Terutamanya jika anda tiada ibu bapa, abang, bapa saudara atau keluarga yang mampu membela anda. TOLONG JANGAN PERCAYA DENGAN PUJUK RAYU LELAKI YANG MEROSAKKAN HIDUPMU! Orang yang anda cintai itu sedang memanipulasi diri anda kerana dia tahu kelemahan anda.
Kenali ciri-ciri yang ada pada pasangan anda
INGAT! CINTA ITU BUTA & MEMBUTAKAN!
Jika anda sudah sangat sakit akibat makan hati, terpaksa bergolok-bergadai barang kemas, kereta & semua harta milikanmu tetapi masih mengharapkan simpati dari suami, anda sebenarnya terperangkap dengan harapan & cinta palsu. Maka, buka minda & melangkahlah. Bina bahagiamu sendiri.
Islam tidak mengajar kehidupan rumah tangga itu adalah rumah tangga yang dibina untuk merosakkan seorang wanita. Lelaki sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri & anak2nya. Islam itu indah. Rumahtangga sepatutnya membahagiakan & kebahagiaan itu dibawa hingga ke syurga.
Isteri perlu taat kepada suami tetapi bukan taat membabi buta. Fahami tujuan berumah tangga & tanggungjawab sebagai suami & isteri.
Wahai para isteri yang dianiaya….
Hari ini, kita menyaksikan kekejaman dunia akibat ketiadaan ilmu agama yang baik & iman yang nipis. Berapa ramai isteri yang dibunuh, dijual sebagai pelacur, dirosakkan mentalnya sehingga gila, dicederakan dan sebagainya akibat mempunyai suami yang ego & tidak menyayangi isterinya.
Bangkitlah!
Berhenti menyalahkan diri sekiranya anda sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepenuhnya walaupun tidak sesempurna isteri para Nabi ﷺ. Ia bukan salah anda jika anda tidak mengahwini suami yang qawwam.
Hargai diri sendiri. Cari bahagia tanpa mengharapkan suami yang sememangnya tidak mencintaimu dari hati. Dia sekadar mencintaimu di bibir & untuk kepuasan seks semata-mata.
Fahami agama mengenai ilmu rumah tangga. Hadirlah ke majlis ilmu, cari guru yang mursyid supaya anda faham bahawa tuntutan sebenar dalam rumah tangga ialah seperti yang digariskan dalam Al Quran & Sunnah.
Jangan jadi mangsa keadaan semata-mata kerana malu menjadi janda & rasa tak yakin untuk hidup tanpa suami. In shaa Allah, mudah2han Allah akan gantikan dengan suami yang lebih baik.
Paling penting, jangan pula anda merosakkan atau mengganggu rumah tangga orang lain setelah status anda bertukar menjadi “ibu tinggal”. Hormati perasaan sesama wanita.
Setakat ini dahulu coretan & nasihat saya kepada isteri-isteri yang teraniaya (bukan isteri yang dengan sengaja mencari sebab untuk berpisah atau isteri yang curang/nusyuz). Fahami betul-betul apa yang ingin saya sampaikan. Pilihan adalah di tangan anda.
NAK BAHAGIA ATAU NAK DERITA?
Tepuk dada tanya iman & diri sendiri.
Bagi isteri yang diratukan oleh suami, bersyukurlah. Jangan kufur nikmat.
Diakhirnya, saya ulang sekali lagi saya bukan lawyer syariah atau perunding rumah tangga/kaunselor. Saya hanya insan biasa yang terbiasa dengan dugaan hidup yang pelbagai dari kecil hingga sekarang. Pengalaman mendewasakan saya.
Nasihat ini mungkin kelihatan jahat, tetapi inilah realiti hidup seorang wanita yang teraniaya. Saya simpati kepada mereka. Saya ingin mereka bangkit & kuat membina hidup agar lebih bermakna. Bahagia beribadah kerana Allah swt.
Entri kali ini adalah berkisarkan anugerah sebuah ketulusan hati sesama manusia. Bagaimana Allah swt menjauhkan aku dari orang yang menyakitkan hati & mengekalkan mereka yang ikhlas bersamaku.
Baru-baru ini aku berhajat untuk menziarahi anak ke 3 yang belajar di Madrasah Al Khairat Kuching Sarawak. Beliau akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November 2025. Beliau juga berhasrat untuk menamatkan pengajian di situ & pulang ke Kuantan pada awal tahun 2026. Hasrat ini disuarakan demi meringankan bebanku menguruskan kedua-dua ibu & ibu mentua di rumah serta hal-hal syarikat. Anak-anak tahu aku perlukan bantuan dalam urusan harianku. Oleh yang demikian, aku perlu memaklumkan kepada pihak sekolah berkenaan perancangan kami.
Syed Hud (anak ke 3) & Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, pengasas Madarasah Al Khairat, Kuching Sarawak
Segalanya bermula apabila aku bercadang untuk travel bersama anak ke 4 sahaja tetapi suami izinkan aku membawa bersama 2 orang staff yang setia bekerja bersama kami. Mereka ialah Kak Ros yang bekerja selama 16 tahun di syarikat Skybo Resources Sdn Bhd & Nur Zakiyyah yang telah membantuku di Seri Fesyen Sdn Bhd selama 12 tahun.
Subhanallah…aku sangat teruja nak ber holiday bersama mereka! Ini 1st time kami travel bertiga!
Kenapa mereka ini sangat aku hargai? Dan kalau boleh, ada banyak lagi hal yang nak aku bagi sebagai penghargaan kepada mereka. Namun kemampuanku terbatas.
Aku tidak mahu namakan ini sebagai company trip kerana sebelum ini kami sudah beberapa kali mengadakan family day bersama pekerja-pekerja yang lain. Aku namakan ini sebagai perjalanan ukhuwah bagi hati yang tulus & ikhlas. Mereka berdua setia di sisiku tatkala aku senang mahupun susah.
Ketika aku senang, mereka tidak meminta-minta atau mengambil kesempatan. Manakala ketika aku dijatuhkan ke titik hidup terendah, mereka tetap memberi kata-kata semangat & mengharungi kesusahan itu bersamaku. Dalam setiap nasihat, mereka tidak pernah menyalahkan takdir malahan sering menyebut “K Zan kuat! K Zan kuat!”. Seiring air mata kami yang sama-sama berderai.
Allahuakhbar….
Mereka tidak tahu, sebenarnya merekalah part of kekuatanku yang dikurniakan oleh Allah swt. Aku tidak mungkin mampu berdiri seperti hari ini tanpa mereka 😢😢😢.
Bergerak dari Kuantan pada 18.10.2025
Pada tahun 2021 hingga awal ke tahun 2025, rangkaian syarikat Skybo mengalami banyak perubahan pengurusan & akhirnya mencetuskan pelbagai masalah kewangan akibat kesilapan dalam pengurusan. Di awal tahun 2025, 98% pekerja meninggalkan syarikat dengan notis 24 jam atau kurang dari 2 minggu. Aku ditinggalkan tanpa sebarang info atau amanat untuk menyambung kerja-kerja terbengkalai yang ditinggalkan oleh pekerja-pekerja yang mengkhianati kami. Aku seolah-olah memulakan semula perniagaan yang ku bina bersama suami “start from zero”. Walhal perniagaan ini telah berjalan selama lebih dari 20 tahun. Tahun ini adalah tahun ke 24 bagi Skybo.
Pada ketika itu, pekerja tidak menerima gaji & suamiku telah berunding dengan mereka agar bersabar sehingga suamiku mendapat duit yang cukup untuk melunaskan gaji mereka. Malangnya, mereka tidak sabar & menyalahkan pihak syarikat. Lebih menyedihkan lagi, ada yang mengutuk & mengugut akan membuat laporan & saman terhadap kami. Walhal mereka tidak sedar bahawa pihak syarikat tidak perlu membayar gaji pekerja sekiranya pekerja meletakkan jawatan dengan notis kurang dari 2 bulan. Segelintir dari mereka berterusan menabur fitnah terhadap kami.
Apabila aku ingin bersemuka dengan pekerja dibahagian pengurusan & akaun, mereka menolak. Malahan mereka datang ke pejabat ketika ketiadaanku untuk mengambil barang-barang peribadi & pelbagai harta syarikat. Aku membuat report polis terhadap pekerja yang mengambil harta syarikat agar urusan melepaskan segala saman menjadi lebih mudah.
Yang kekal setia bersama kami ialah K Ros, Syed Amirul (penghidap cancer paru2 stage 4) & Babul (pekerja Bangladesh). Mereka ada sebab-sebab tersendiri untuk kekal bekerja bersama kami walaupun mereka juga belum menerima gaji pada ketika itu.
Alhamdulillah Ala kulli hal….
Hari pertama di Kuching, Sarawak
Report Polis terhadap salah laku pekerja
Pada tahun 2022, aku diminta supaya “tarik hand break” oleh suamiku terhadap pengurusan Skybo dengn alasan “Bagi peluang & kepercayaan kepada team baru yang mereka create untuk mengubah pengurusan syarikat”. Ya…aku hormati/akur & melepaskan tanggungjawab sebagai pengarah pengurusan & kewangan. Pada fahamanku, suamiku ada strategi yang lebih baik untuk memajukan syarikat.
VIDEO: Saat aku masuk office di awal tahun 2025
Selain dari masalah syarikat, aku juga pernah mengalami detik pilu dalam rumah tangga. Hampir 2 tahun aku mengambil masa mengubat hati & mencari jalan keluar dari semua masalah. Akibat dari itu, aku abaikan perniagaan Seri Fesyen Sdn Bhd.
Subhanallah….Maha Baiknya Allah, pada ketika itu segalanya diuruskan oleh Nur Zakiyyah. Aku serahkan semua hal kepadanya. Hanya Allah swt sebagai saksi kejujuran Nur mengemudi Seri Fesyen. Kami menangis bersama, kami ketawa bersama. Malahan Nur juga pernah beberapa kali melalui fasa gaji lambat. Aku juga pernah menjual barang kemasku demi kelangsungan perniagaan Seri Fesyen & belanja harianku. Tetapi akhirnya, dengan izin Allah swt, kami berjaya lalui semua itu.
Jalan-jalan waktu malam di Bandar Kuching
Bagiku, bandar Kuching adalah bandar yang tenang. Aku suka dengan keramahan & santunan sahabat-sahabat di Kuching. Asbab wujudnya group La Tahzan bimbingan Ustazah Muzayyanah Abdullah, sahabat La Tahzan berada di seluruh Malaysia & menyatukan kami dalam ukhuwah yang sihat. Aku bersyukur dengan kehadiran insan baik seperti Julida Amoh, Juliana Amoh, Aziah Langgie, Hana, Yani, K Dayang, Hana Yunus, Ani Drahaman & ramai lagi yang tak dapat aku senaraikan namanya di sini serta kawan-kawan anak-anakku. Mereka semua menyantuni aku seperti keluarga.
Di bandar ini juga, nasihat-nasihat dari Al Habib Muhammad bin Alwi Al Attas serta isteri beliau merupakan “ubat penenang bagi jiwa rapuhku”. Mereka seumpama ibu bapa yang menasihatiku dengan penuh kasih sayang.
Masjid Negeri Sarawak
Berukhuwah di Sarawak
Duhai hati…
(لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا) La Tahzan Innallah Ha Ma’anaa
“Jangan bersedih berlama-lamaan. Allah pasti mengirimkan orang baik kepadaku.” Itulah pujukan hatiku saban hari.
Aku terharu dengan ketulusan hati mereka yang sentiasa disisiku. Saat aku ditinggalkan, diabaikan, dibentak, dihina, difitnah oleh pelbagai golongan manusia, mereka berdua ini tetap teguh disisiku. Tetap membalut lukaku dengan kasih sayang.
Ziarah Buaya 🤣🤣🤣
Pada saat aku menulis ini, walaupun syarikat belum mendapat projek baru tetapi sekurang-kurangnya 75% dari masalah yang ditinggalkan telah ku selesaikan dengan bantuan mereka berdua. Walaupun ada harta yang perlu dilepaskan, namun ia tidaklah mengurangkan rezeki yang sedia ada. Allah pasti menggantikan semuanya dengan yang lebih baik.
ViDEO: BANGUNAN SKYBO YANG TERKINI
Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban
(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
(Surah Ar Rahman) yang bermaksud “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.
Ya…aku bersyukur dengan setiap apa yang Allah anugerahkan kepadaku. Tiada nikmat yang lebih baik selain dari menerima setiap ujian Allah swt dengan redho, tenang & ikhlas.
Pada tahun ini, syarikat SKYBO telah beroperasi selama 24 tahun manakala SERI FESYEN SDN BHD selama 15 tahun.
Hari terakhir di Kuching
Tulisan ini bukan berkenaan dengan kejayaan atau keluhan hati tetapi ia lebih kepada sebuah penghargaan kepada mereka yang menghargaiku. Lumrah hidup, ada pasang surutnya & ada ramai orang baik & toksik disekeliling kita. Tetapkan iman & banyakkan berdoa kepada Allah swt agar kita sentiasa berada di landasan hidup yang betul, yang diredhoi oleh Allah swt.
Pengajaran & ibrah yang boleh diambil dari perjalanan kisah ini ialah:
Hargai orang yang bersusah senang dengan kita dari awal, orang yang melihat jatuh bangun kita & tetap utuh mendoakan kita supaya terus maju.
Percayalah kepada pasangan hidup yang telah sanggup memulakan hidup dari zero to hero. Jangan sesekali melukakan hati orang yang ikhlas.
Elakkan mempercayai orang luar yang sentiasa mencanangkan kepincangan diri kita kepada orang lain.
Jangan bangga bila berada di atas kerana semuanya hanya pinjaman dari Allah swt. Kita boleh jatuh pada bila-bila masa.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Bimbang kejahatan yang sekali itu akan dibalas Allah swt asbab doa dari orang yang kita aniaya.
Banyakkan bersyukur instead of kufur nikmat.
Belajar dari kesilapan. Dalam perniagaan, jatuh bangun adalah normal. Namun, jangan ulang kesilapan pertama.
VIDEO: TRAVEL TO KUCHING
Setakat ini sahaja perkongsian entriku kali ini. Semoga Allah swt terus memberikan aku kekuatan meneruskan kehidupan dalam iman & taqwa yang lebih tinggi kepada Nya. Terima kasih kepada semua ahli keluarga, guru-guru & sahabat yang baik yang sentiasa bersamaku & tidak putus mendoakanku.
Moga Allah swt membalas semua kebaikan kalian dengan kebaikan yang lebih banyak.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Lov as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
Khamis, 23.10.2025 (coretan sempena birthday ke 20 anak gadisku hehe)
10.30pm….Sedar tak sedar, hari dah malam. Berakhirlah hujung minggu ku. Bersendirian melakukan pelbagai kerja rumah & menyantuni suami & anak bongsu yang training swimming.
Hantar anak bongsu training swimming
Korang pernah jumpa pesakit yang sentiasa nak pakai baju kurung setiap hari walaupun hanya berbaring di katil? Comel kan….
Hehehe…itulah umi, mak mentua saya. Something interesting about her! Sentiasa nak kelihatan cantik walaupun sakit.
Mungkin masa muda & sihatnya, umi suka pakai cantik2, so bila dah sakit, dia masih nak pakai baju cantik walaupun just berbaring sepanjang hari. Hanya sekali sekala pakai kain batik & t-shirt.
Unfortunately saya hanya berkesempatan ion baju umi pada hujung minggu. Itupun kalau tak de jemputan ke majlis atau tiada program NGO. Nak ion 10 pasang baju ambil masa hampir sejam & saya lakukan dalam keadaan berdiri. Lenguh juga la kaki hehehe.
Umi pula ada baju favourite. Walaupun ada banyak baju lain dalam almari, tetapi bila baju favourite dia tak de, umi tak nak pakai. Begitulah kerenahnya orang tua di penghujung usia. Saya layankan aje….✌🏻Nasib kita nanti, kita belum tahu. So jangan cakap lebih2, bimbang berbalik kepada diri sendiri.
Steam Ion banyak memudahkan kerja
Kalau hari kerja, saya banyak habiskan masa di pejabat, setelah selesai masak & laundry. Kadang2 sempat cuci lantai & uruskan hal2 kebersihan tempat kucing. Ada juga masanya saya pejam mata je, nanti free baru saya sapu makanan bersepah bawah meja tempat mak & umi makan.
.
.
.
.
Breakfast untuk umi
.
.
.
.
Ikan sweet sour untuk lunch umi & mak
.
.
.
.
Pakaian harian umi yang dah siap ion
.
Mak kandung saya pula, suka makan rempeyek/kerepek. So, di area sofa yang mak suka duduk akan sentiasa berteraburan dengan sisa makanan. Cara nak ringankan kepala bila balik kerja & nampak makanan bersepah, saya pejam mata & pujuk hati “Biarlah…settle down diri sendiri dulu, baru buat kerja rumah”. So saya akan terus masuk ke bilik, tukar pakaian & baring rehatkan diri.
Begitulah keadaan pesakit skizo. Mereka hidup seumpama kanak2 kecil. Walaupun berkali2 diajar makan rempeyek/kerepek/biskut beralaskan pinggan, tetapi mak tak nak. Kalau makan di meja, mak letak biakut atas meja tanpa beralaskan piring hahaha. So…redho aje lah.
Saya laundry baju umi hanya 2x seminggu. Pakaian dalam umi ada kesan darah akibat bahagian belakang umi luka, kesan garu. Kulit umi kering & gatal2. Umi akan garu & tak mahu letak losyen.
Dulu saya terpaksa rendam & berus kesan2 darah tersebut sebelum masukkan dalam washing machine. Sekarang saya jumpa pencuci “SPRAY N WASH” yang hanya perlu sembur di bahagian darah, biarkan beberapa minit & terus bilas. Darah akan hilang dari pakaian. Sape2 caregivers yang jaga pesakit ada masalah macam ni boleh la beli benda alah ni kat super market atau kedai hardware. It’s very helpful.
Highly recommended product
.
.
VIDEO: SPRAY N WASH
.
.
Atas faktor usia yang menghampiri 5 siri, keupayaan fizikal & mental saya semakin merundum. Di penghujug hari saya dah rasa exhausted. Kadang2 nak bercakap dengan orang pun rasa malas. Ada masanya saya silent kan phone, just drive & park tepi pantai, relax sambil baca buku. Saya juga abaikan group wasap bcoz saya dah malas nak ambil tahu banyak hal sekeliling. Saya yakin, kalau hal itu penting, Allah akan sampaikan kepada saya dengan cara Nya.
.
Silent phone, Relax & Baca buku tepi pantai. Lovely💝
.
.
Saya manusia biasa yang perlukan rehat & belaian. Atau at least ada orang yang sudi mendengar luahan hati saya. When comes to perihal mak mentua, kita tak boleh banyak mengadu kepada suami kerana itu adalah ibu kandungnya. Tiada anak yang suka mendengar komplen berkenaan ibunya.
Golongan caregivers seperti saya seolah2 tak boleh bersuara. Bila kami bersuara atau menzahirkan cadangan untuk membuka ruang adik beradik atau ipar bekerjasama, mereka akan cop kami sebagai mengeluh, marah atau menganggap kami tak ikhlas menyantuni pesakit. Once kami dah ambil tanggungjawab menjaga pesakit, ia seolah2 perjanjian seumur hidup yang tak boleh di ubah.
Saya jumpa ramai caregivers yang akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri akibat burnt out, penat & makan hati dengan sikap pesakit atau keluarga terdekat. Pesakit ada pelbagai kerenah & ada yang jenis mulut laser. Paling sedih, jika pasangan sendiri pun tak mahu mendengar luahan hati caregivers.
Hari ni (5.10.2025) umi warded due to semput. Terlebih makan makanan berkuah, minum air manis & makan buah2han. Apakan daya…saya tak boleh nak larang. Most of the time, saya di office. So tiada orang yang sanggup monitor umi 24/7. Umi pula kerap curi makan/minum. Bila saya kemas bilik umi, saya jumpa biji/sisa buah2han dalam bilik tidur umi.
Paling kecewa ialah bila diberitahu kepada orang sekeliling supaya tolong jaga makan umi bila bawa umi keluar, ayat mereka ialah “Ala…sekali sekala je”. Ataupun “Tak sampai hati tak nak bagi umi makan laicikang/ABC” Walhal, umi makan 2-3 kali seminggu. Apabila malam, umi akan semput & tak boleh tidur.
Bila keadaan umi semput, umi akan menangis & marah2. Saya & anak2 akan berjaga sambil mengurut umi menggunakan minyak panas. Sekarang, semua anak tiada di rumah. So, bila umi warded, saya menganggap itu adalah waktu rehat untuk saya. Umi lebih selamat & dijaga rapi di hospital.
Di red zone, ambil oksigen (5.10.2025)
Jika ada yang membaca catatan ini & menganggap ini adalah keluhan atau tanda tak ikhlas saya menyantuni umi, saya serahkan penilaian tersebut kepada Allah. Saya tak dapat membaca hati orang & saya tak mampu menutup mulut orang. Hobi saya adalah menulis & ia merupakan terapi bagi saya.
Jika ada pula yang mengejek bahawa saya terlalu beremosi, it’s ok…kalian tidak berada “In the same shoes with me”. Kalian takkan faham selagi tak melaluinya. Catatan ini, bukan bertujuan mendapatkan pujian atau rewards dari siapa2. Cukup sekadar ingin mencatat & ingin difahami bahawa saya manusia biasa, ada perasaan sedih, marah, happy & sebagainya. Saya juga bukan super woman yang boleh buat everything alone.
For me..it’s easy. Bila sampai masa yang saya rasa saya betul2 tak mampu bertahan lagi, saya akan angkat kaki meninggalkan segala2nya. Saya seorang yang sanggup mengubah hidup & memulakan hidup baru once ada sesuatu yang merumitkan hidup saya. Sesiapa yang kenal saya dari remaja, they knew what I meant. I did that 30 years ago. Saya terlahir dalam family yang sentiasa berpindah-randah. It’s not a big deal for me to start my new life in a new environment.
Apa2 pun, nasihat ini bukan untuk diri saya sendiri sahaja, tetapi untuk semua caregivers di seluruh dunia; Percayalah, Allah memilih kita kerana tahu kemampuan kita dalam menyantuni pesakit. Kita bukan orang baik tetapi Allah sedang cuba didik kita jadi lebih baik dari diri kita yang sebelum ini.
Kepada pasangan atau ahli keluarga pula, hargailah caregivers. Kalau tak mampu nak happy kan mereka, jangan sakiti hati mereka. Bimbang nanti caregivers burnt out & ion badan korang 😆✌🏻.
Especially kepada para suami…awas jika menyakiti hati isteri yang sanggup jaga ibu mu. Jangan sampai hatinya terguris. Bimbang “your egss” masak kena ion hahahaha…(jangan serius sangat, ok)
Jom dengar sikit ceramah dari Ustaz Kazim Elias 👇🏻👇🏻👇🏻: