MARTABAT ISTERI/IBU KEPADA SAADAH ALAWIYYIN

Assalamualaikum wrh

Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya posting ini dianggap sensitif oleh sesetengah pihak. Terutamanya bagi Saadah Alawiyyin/yat yang ada diantaranya “MUNGKIN” tidak bersetuju dengan posting ini.

Saya menulis untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas agar isteri/ibu kepada Saadah Alawiyyin (bukan Sharifah) agar mereka tidak menjauhkan diri dari keluarga Saadah sekaligus mengakibatkan anak2nya terpisah dari cara hidup Ba’lawi.

Apa yang dimaksudkan dengan Saadah Alawiyyin?

Saadah Alawiyyin ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki nasab/jalur/keturunan dari “Rasulullah ﷺ”, Muhammad melalui cucu Baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi ﷺ iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.

Tonton di sini untuk lebih info:
Perbezaan Saadah, Bani Alawi, Alawiyyin & Alawiyyah:
https://youtu.be/DJqBq5j1Ngw?si=5egvABnvlpD9yNb7

Saya telah berkahwin dengan seorang Saadah Alawiyyin dari kabilah Al Khered sejak 2001. Usia perkahwinan kami sekarang ialah 24 tahun. Di awal perkahwinan, pada ketika itu saya pernah dipinggirkan apabila tidak dibenarkan masuk ke majlis Saadah yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pada ketika itu saya datang bersama suami, seorang anak lelaki berusia 5 tahun & seorang anak perempuan berusia 2 tahun. Saya tidak dibenarkan masuk ke bahagian wanita. Saya hadir tanpa ditemani oleh ibu mentua atau saudara mara dari keturunan Saadah. Namun akhirnya, dengan izin Allah swt, salah seorang AJK majlis mengenali saya & suami, lalu saya diizinkan masuk.

Anak2 di Makam Imam Al Haddad, Tareem (2023)

Selain dari itu, ada juga yang mengejek & merendah2kan saya. Antara kata-kata yang paling mengguris hati ialah “Awak dah rampas hak seorang Sharifah” (kerana saya berkahwin dengan SYED). Saya tidak bermaksud melabelkan semua Sharifah berperangai begini, bagi saya mereka yang berkata buruk adalah disebabkan kurang ilmu. Malahan ada ramai Saadah/Sharifah yang baik budi pekerti & menyantuni orang dengan ramah.

Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus hadir ke majlis Saadah & meneruskan azam untuk mendidik anak2 saya mengikut cara hidup yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ. Semua ejekan tersebut telah menaikkan semangat saya untuk lebih mendalami pelbagai ilmu agama agar saya mampu mendidik anak2 dengan sebaik2nya. Saya ingin Baginda Nabi ﷺ bergembira melihat anak cucu Baginda ﷺ berkembang tumbuh sebagai pewaris Nabi ﷺ dari segala sudut kehidupan.

Saya berpegang kepada kata2 “IBU ADALAH MADRASAH PERTAMA ANAK2NYA”.

Subhanallah, dengan izin Allah swt, pada tahun 2004, Al Habib Ahmad Semait & isteri telah datang ke Kuantan, Pahang & banyak mengajar saya tentang di mana kedudukan saya sebagai isteri atau ibu kepada Saadah. Kata Al Habib, selagi saya masih isteri kepada seorang Saadah/Syed, maka saya telah termasuk ke dalam kabilah/nasab Rasulullah ﷺ. Tambahan pula, saya telah melahirkan zuriat dari keturunan Saadah.

Makam Allahyarham Al Habib Ahmad Semait

“Kamu bertuah kerana berkahwin dengan SYED & melahirkan zuriat yang merupakan anak cucu Baginda Rasulullah ﷺ. Bukan semua orang terpilih untuk melahirkan anak cucu Baginda Nabi ﷺ. Even, Sharifah sekalipun tidak semuanya mempunyai zuriat dari keturunan Nabi ﷺ. Ini adalah AMANAH YANG BESAR kerana kamu telah termasuk dalam kabilah & melahirkan anak cucu Baginda Nabi ﷺ” Kata-kata keramat dari Umi Thahirah, Isteri kepada Almarhum Al Habib Ahmad Semait tersemat di sanubari saya sehingga ke saat ini.

“Tetapi…kamu mesti jaga amanah (anak2) ini berpandukan kepada apa yang Rasulullah ﷺ ajarkan. Jika seorang Saadah (Sharifah/Syed) hanya berbangga dengan keturunan/nasabnya tetapi tidak mempunyai amal ibadah yang baik/cukup serta tidak mendidik anak dengan baik, ia tidaklah membolehkan dia begitu mudah untuk masuk syurga” Tambah Umi Thahirah.

Almarhum Habib Ahmad Semait sering berulang-alik dari Singapura ke Kuantan sehingga Al Habib dijemput ilahi pada penghujung tahun 2006. Sepanjang tempoh itu, saya belajar banyak hal mengenai cara membawa diri dalam keluarga besar Saadah Alawiyyin.

Pada tanggal 7 Mac 2019, Hubabah Ummu Zein Al Juneid dari Tarim, Hadraulmawt telah berkunjung ke Kuantan. Sebuah majlis khusus untuk Saadah telah diadakan di Dewan Imam Al Haddad, Al Huda FC Kuantan. Almarhumah Sh Nurul Huda Al Baity telah menjemput saya ke majlis tersebut. Beliau sangat menyantuni saya sebagai ummu kepada keturunan Nabi ﷺ. Saya rindu akan beliau & sentiasa mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat Allah swt.

Alhamdulillah…dalam majlis tersebut, Hubabah Ummu Zein telah menerangkan beberapa hal berkenaan bagaimana menjaga anak perempuan Saadah Alawiyyin. Antara pesanan-pesanan Hubabah ialah:

Seorang ibu/bapa Saadah hendaklah menjaga anak perempuannya supaya tetap terjaga kehormatannya & hendaklah mengahwinkannya dengan seorang Saadah demi menjaga nasabnya.

MELAINKAN:


1. Anak perempuannya telah berkawan dengan seorang lelaki Ahwal (bukan Saadah) & tidak mampu menahan nafsu, maka mereka perlu dikahwinkan untuk mengelakkan zina.


2. Jika seorang Sharifah telah berusia 40 tahun & masih tidak ada dari kalangan Saadah yang meminang atau sesuai dijadikan suami, dia boleh dikahwinkan dengan Ahwal agar tidak terlambat mendapat zuriat.


3. Jika seluruh ahli keluarganya termasuk datuk/nenek/ibu saudara/bapa saudara/sepupu dan lain2 bersetuju & redho dia berkahwin dengan Ahwal, maka dia boleh berkahwin. Persetujuan keluarga adalah dengan tujuan supaya tiada pertikaian apabila berlaku masalah di kemudian hari.

Sejak itu, saya bertambah faham akan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri/ibu kepada Saadah. Sudah pasti ada hikmahnya Allah swt memilih saya masuk ke dalam kabilah Nabi ﷺ asbab perkahwinan. Sesungguhnya, saya bersyukur kerana walaupun saya tidak dilahirkan dalam keluarga Saadah tetapi Allah swt memilih saya sebagai seorang yang bernasabkan Rasulullah ﷺ .

Saya nasihati diri sendiri: “Saya perlu mempersiapkan diri dengan amal ibadah yang sempurna kerana Allah swt & untuk memudahkan saya mendidik anak2 di jalan yang Allah redho serta menggembirakan Baginda Rasulullah ﷺ”

Dengan kefahaman yang ada, sejak itu saya tidak lagi rasa kerdil untuk hadir ke mana2 majlis Saadah atau majlis ilmu. Saya persiapkan diri & bimbing anak2 agar tetap dengan segala ajaran berlandaskan Al Quran & As Sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi ﷺ.

Dengan izin Allah swt, saya berpeluang mendekatkan diri dengan beberapa orang soleh/hah untuk menambah ilmu di dada. Antara guru2 yang banyak mendidik saya dalam tempoh 20 tahun ini ialah:


1. Almarhum Habib Ahmad Semait, Singapura
2. Umi Thahirah Abdur Rahman, Singapura
3. Ustazah Sharifah Hafsah Bana Hasan, Kuantan Pahang
4. Ustazah Fitrah Attareemiyah, Tareem/Kuantan Pahang
5. Habib Muhammad bin Alwi Al Attas, Kuching Sarawak
6. Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Malaysia
7. Umi Zaitun (balu kepada Habib Mohsin Al Attas, Batu Pahat)
8. Habib Umar bin Mohsin Al Attas, Surabaya
9. Ustazah Nur Al Attas, Surabaya

Walaupun saya bukan orang berilmu atau orang alim, tetapi saya percaya anak2 saya masih berada di landasan yang betul dalam misi mencari redho Allah swt & menuju kepada Nya. Saya berdoa agar Allah swt menetapkan saya sekeluarga di jalan yang Allah redho.

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

Ma shaa Allah…Tabarakallah….dengan susunan yang indah & ketentuan Allah swt, pada tanggal 5/10/2023 (20 Rabiulawwal 1445H) saya & anak perempuan saya telah berpeluang ke Dar Al Faqih Al Muqaddam (kepunyaan Hubabah Ummu Zein) di Tarim, Hadraulmawt Yaman. Kami didoakan oleh Hubabah & turut berpeluang masuk ke bilik ibadah Saiyidina Faqih Al Muqaddam. Allahuakhbar….itulah kenangan indah yang tak mungkin dilupakan. Saya rasa seolah2 jodoh pertemuan kali ke 2 dengan Hubabah Ummu Zein di Tareem adalah atas hikmah yang baik & pasti untuk sesuatu yang mulia yang Allah swt nak sampaikan.

Telah saya coretkan segala kenangan di Facebook Link ini:, boleh baca di sini 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/share/1EpHdkyCP5/?mibextid=wwXIfr

Dar Al Faqih Al Muqaddam

Disclaimer:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Maha Baiknya Allah swt

Pada hari Ahad 24 Ogos 2025, Hubabah Ummu Zein sekali lagi datang ke Kuantan. Sekali lagi saya rasa teruja kerana beliau adalah di antara hubabah yang saya jumpa berkali2.

Pada siang hari, kami mengadakan majlis bersama muslimat yang dijemput secara umum. Lebih dari 100 orang muslimat hadir membanjiri ruang tausiah. Hubabah menyampaikan tausiah dengan gembira & ceria. Hubabah menyentuh bab aurat, kecantikan wanita yang perlu dijaga, tentang zina dan sebagainya.

Majlis Terbuka kepada Muslimat

Manakala, pada sebelah malam, majlis khusus untuk Saadah telah diadakan.

Majlis Khusus Untuk Saadah

Dipermulaan majlis, Hubabah kehairanan kerana jumlah kehadiran hanya 10% daripada majlis di siang hari. Setelah diterangkan bahawa majlis pada malam tersebut hanya untuk Saadah/Sharifah, lalu hubabah bertanya dengan nada yang sedikit tegas (bukan marah):

“KENAPA KAMU PISAHKAN SAADAH DARI PENCINTA NABI ﷺ ?”

Lantas, Hubabah menyambung dengan kisah di zaman Rasulullah ﷺ, yang mana, Baginda ﷺ pernah bertanya kenapa sahabat yang bernama SALMAN (Salman Al-Farisi) tidak masuk ke majlis Baginda ﷺ & para Saadah? Baginda menyuruh sahabat yang lain mencari Salman & bersabda “Pencinta Nabi (Salman) adalah ahli baitku (keluargaku)”. Baginda memuliakan pencinta Nabi ﷺ sehingga menganggap para muhibbin itu adalah dari kalangan keluarga Baginda ﷺ. Maka kita tidak boleh memisahkan Saadah dengan pencinta Rasulullah ﷺ.

Hubabah bertanya lagi “Adakah kamu fikir disebabkan nasab/keturunan kamu sebagai Sharifah membolehkan kamu meniti titian sirat bersama Saidatina Fatimah Az Zahra ra & terus masuk syurga?”

Hubabah langsung menjawab “La!” (Tidak)

“Walaupun kamu seorang Sharifah tetapi jika kamu tidak mempunyai amalan seperti Saidatina Fatimah Az Zahra’ ra, maka para pencinta Nabi ﷺ akan terlebih dahulu meniti titian sirat bersama Saidatina Fatimah Az Zahra’ ra & masuk syurga bersama beliau”

Selepas itu, Hubabah memberikan penerangan yang tegas agar para Saadah:

1. Tidak memisahkan pencinta Nabi ﷺ dengan Saadah.

2. Saadah tidak boleh berbangga dengan keturunan/nasab semata-mata tetapi tidak menjaga amal ibadahnya.

3. Segala amal ibadah seorang Saadah akan dikurniakan pahala dua kali ganda dari orang biasa tetapi dosanya juga akan dilipatgandakan dari orang biasa.

4. Seorang ibu kepada Sharifah hendaklah menjaga kehormatan anak perempuannya supaya tidak bebas bergaul & berkahwin dengan Ahwal. (Hubabah sekali lagi menerangkan hal yang sama seperti di atas berkenaan perkahwinan seorang Sharifah)

5. Lelaki Saadah dibenarkan/dibolehkan berkahwin dengan bukan Sharifah kerana ia tidak mengganggu nasab.

Jika kita membaca sirah , antara isteri Rasulullah yang bukan Sharifah ialah Saidatina Khadijah binti Khuwailid & Saidatina Aisyah binti Abu Bakar.

Antara hal2 lain berkenaan Saadah ialah berkenaan kedudukan/martabat seorang wanita yang bukan Sharifah tetapi telah mempunyai nasab kepada Rasulullah ﷺ asbab 3 hal:
1. Beliau telah berkahwin dengan seorang Saadah Alawiyyin.
2. Beliau telah melahirkan anak dari keturunan Baginda Nabi ﷺ.
3. Beliau telah menyusukan anak dari keturunan Baginda Nabi ﷺ.

{Edited/tambahan info on 2.10.2025 due to ada yang tidak faham apa yang disampaikan melalui penulisan di atas} 👇🏻👇🏻👇🏻

{Maksud perempuan yang berkawin dgn Ahlul bait dikatakan bernasab ke Baginda ﷺ, sebagai contoh isteri2 Baginda Nabi ﷺ iaitu Saidatina Khadijah ra & Saidatina Aisyah ra. Semua isteri Baginda ﷺ tidak boleh berkahwin dengan orang lain apatah ahwal selepas kewafatan Baginda ﷺ (Isteri2 Baginda saw tidak boleh berkahwin dengan orang lain bukan semata2 kerana nasab, tetapi itu adalah perintah Allah swt). Begitu juga halnya dengan wanita sekarang yang bukan sharifah, jika dia bercerai atau suaminya meninggal dunia & dia tiada zuriat dengan bekas suami tersebut, selepas itu jika dia berkawin dengan ahwal, maka terkeluarlah dia dari kabilah. Bukannya bermaksud “apabila dia berkawin dengan ahlul bait, dia automatik menjadi sharifah”.

Contoh lainnya, ibu susuan Rasulullah ﷺ iaitu Tsuwaibah Al Aslamiyah & Halimatun Sa’adiyah. Mereka bukan dari keturunan Baginda Nabi ﷺ tetapi asbab menyusukan Nabi ﷺ maka darjat mereka di angkat & masuk dalam kabilah/keluarga Nabi ﷺ.

Saat orang bacakan doa untuk “Nabi ﷺ & keluarga Baginda ﷺ”, maka doa itu adalah termasuk kepada orang yang termasuk dalam kabilah asbab dia adalah ibu susuan.

Sebaik-baiknya kita perbanyakkan membaca kitab sirah2 Nabi ﷺ dan mestilah berguru dengan guru yang mursyid tatkala menekuni kitab. Antara kita yang mashur ialah Kitab Syamail Muhammadiah.} (end of edited 2.10.2025)

Namun, tetaplah seorang wanita/isteri/ibu itu perlu memperbanyakkan amalannya sepertimana amalan Saidatina Fatima Az Zahra’ ra. Wanita akan diangkat darjatnya jika dia menjaga kehormatan dirinya, pakaiannya, pandangan matanya, amal ibadahnya & ketaatannya kepada suruhan Allah swt, Baginda Rasulullah ﷺ & menghormati suaminya.

Diakhirnya..Hubabah meminta maaf di atas ketegasan beliau berkenaan perihal Saadah & para pencinta Rasulullah saw. Kemudian Hubabah menyambung pengajian di siang hari berkenaan pemakaian niqab. (Akan ditulis dalam entri yang lain)

Selepas makan malam, Hubabah menambah sedikit nasihat kepada kami sebagai khudaimah majlis. Kata beliau “Saadah & Pencinta Nabi umpama tapak tangan & jari-jemari. Kalau kamu pisahkan/potong semua jarimu, kamu takkan dapat menggunakan tapak tanganmu untuk melakukan apa2”

Subahanallah…semua ini menjadi semakin jelas untuk kita fahami bahawa kita semua akan dinilai bergantung kepada amal ibadah kita. Kita akan masuk syurga dengan rahmat & kasih sayang Allah swt, bukannya asbab nasab semata-mata.

Saya sangat berharap, dengan penulisan ini, ramai wanita sama ada Saadah Alawiyyin ataupun tidak, lebih faham akan kedudukan diri masing2 di sisi Allah swt. Moga2 para wanita yang berkahwin dengan Saadah tahu bahawa mereka telah masuk ke dalam kabilah/mempunyai nasab kepada Baginda Nabi ﷺ & perlu mendidik anak2 sepertimana akhlak & cara hidup Saidatina Fatimah Az Zahra’ ra. Manakala wanita yang dilahirkan sebagai Sharifah tidak memandang rendah kepada yang tidak terpilih lahir dalam keluarga Saadah Alawiyyin.

Salah faham boleh membawa kepada perpecahan ataupun membuatkan orang awam takut untuk mendekati para Saadah. Rasulullah ﷺ telah berusaha menyatukan umat Baginda, maka janganlah kita menjadi berpuak-puak atau berpecah semata-mata kerana keturunan/nasab/kabilah.

Kita semua adalah wanita pilihan Allah swt & memegang amanah besar, iaitu mendidik anak cucu Baginda Nabi ﷺ. Bersyukurlah kerana kita adalah insan pilihan & jalankanlah amanah dengan berhemah. Baiki hati, tambahkan ibadah, hadir ke majlis ilmu & berdampinglah dengan orang soleh/hah agar kita menjadi wanita yang lebih faham agama.

Moga Allah swt redho dengan setiap apa yang kita lakukan di dunia & akhirat.

Disclaimer:

{Edited/info tambahan on 2.10.2025}👇🏻👇🏻

Blog ini telah di baca & di semak oleh Ustazah Sharifah Hafsah Bana Hasan (yang hadir ke majis saadah pada 24.8.2025), Pembimbing Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) & di baca juga oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebelum edited edition.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (Malaysia)

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as Always
💝Al Faqirah Ummu Nuh Al Khered💝
(Selasa, 2 Sept 2025/9 Rabi’ulawwal 1447H)

Leave a comment