Peranan Caregivers Mendidik Pesakit

Assalamualaikum sahabat yang sudi membaca.

Entry kali ini mungkin akan disalahanggap oleh segelintir pembaca. Mungkin ada yang menganggap aku membuka aib keluarga. Mungkin juga ada yang rasa aku tak perlu highlight akan hal seperti ini dalam masa aku berkhidmat menjaga ibu mentuaku yang uzur. Tetapi bagiku, aku sekadar ingin membimbing penjaga pesakit agar faham akan tanggungjawab apabila Allah swt telah memilih kita sebagai menjaga pesakit, walau siapapun mereka. Mungkin ada di kalangan kita yang menjaga isteri, suami, ibu, bapa atau anak yang sakit tetapi setakat menguruskan fizikal & hal makan minum pesakit tetapi mengabaikan keperluan rohani pesakit.

Penjaga pesakit berpendapat antara tugasan mereka ialah menyediakan makan, menyuap makan, memandikan pesakit, pembersihkan najis pesakit, mengurut, melayan borak & lain-lain keperluan fizikal sudah memadai. Ada yang lupa bahawa keperluan rohani adalah paling perlu diutamakan. Pesakit perlu dinasihatkan untuk redho & paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah swt.

Semua coretan ini, kelak adalah sebagai panduan & bimbingan buat anak-anakku jua.

Sejak Julai 2024 hingga Mac 2025 (9 bulan) aku menjaga ibu mentua yang disapa penyakit kerosakan buah pinggang, masalah jantung, diabetes & darah tinggi. Beliau sangat uzur dipermulaannya, hingga tak mampu berdiri atau menguruskan diri sendiri. Perlu dimandikan setiap hari & kadang-kadang didukung oleh anak-anakku akibat terlalu lemah untuk bergerak. Setelah beberapa bulan menjalani dialisis darah (3x seminggu), barulah beliau boleh bangun berjalan & menguruskan diri sendiri. Sayangnya….aku sedikit terkilan kerana dipermulaan sakit, beliau enggan menunaikan solat fardu, meninggalkan Al Quran & mengabaikan zikrullah. Akibatnya, beliau tidak tenang, sering mengeluh, sering kesedihan, rasa diri tak disayangi & susah tidur malam. Beliau juga menjadi cepat marah apabila badan lemah atau sakit.

Setelah di pujuk2 dengan lembut serta nasihat dari ramai ahli keluarga yang lain selama hampir 3 bulan, barulah beliau mulakan solat fardu. Namun masih belum terbuka hatinya untuk membaca Al Quran. Aku kehairanan kerana ibu mentuaku adalah seorang ahli ibadah & kariah masjid & sentiasa hadir ke kelas pengajian Al Quran/majlis ilmu ketika waktu sihatnya. Begitu besar ujian bagiku menjaga pesakit yang meninggalkan Allah swt ketika waktu sakitnya. Bagiku, ujian ini adalah untukku, bukan untuk ibu mentua yang sedang mengalami masalah kecelaruan emosi & hampir nyanyuk. Allah sedang mentarbiahku supaya aku berusaha mengembalikan hati nurani pesakit kepada Allah swt.

Dalam situasi ini:

1. berapa ramai penjaga pesakit yang tidak berbuat apa-apa apabila pesakit enggan solat & membaca Al Quran?

2. kenapa tak mampu menegur, mengajar atau membimbing pesakit sebelum beliau dijemput Ilahi? Terutamanya ibu/bapa sendiri/mentua.

3. adakah kalian yakin, pesakit akan pergi dahulu sebelum penjaga pesakit?

4. Tahukah kalian, bahawa ramai penjaga peakit yang dijemput Ilahi sewaktu menjaga pesakit? So apa peranan/bekalan kalian yang rasa diri sempurna & sihat?

Subhanallah….

Ketahuilah bahawa ajal maut di tangan Allah swt. Hidup & mati kita adalah dengan izin Nya. Kematian adalah dengan kehendak Allah bukan asbab penyakit semata-mata. Beringatlah….

Kun Faya Kun (کُنْ فَیَکون )

‘Kun’ bermaksud “jadilah” atau “terjadilah.” 

Segalanya dengan kehendak Allah swt

Pada tahun 2019, ibu mentua pernah sakit sehingga menyebabkan beliau hilang ingatan. Ketika itu, beliau menangisi diri yang lupa cara solat & membaca Al Quran. Aku mengambil masa 6 bulan menguruskan beliau & mengajar solat serta membaca Al Quran demi mengembalikan ingatan beliau. Alhamdulillah beliau sembuh seperti sediakala. Dan kini….beliau diuji lagi.

Kali ini agak berlainan kerana diri beliau sendiri yang hanyut dalam kelalaian. Sehingga akhirnya tubuh semakin lemah & emosi bercelaru. Beliau sering menangisi diri & marah-marah. Malahan tidak boleh tidur malam. Kesan jauh dari Al Quran. Sehingga, akhirnya aku terpaksa berkeras & bercakap kasar memaksa beliau membaca Al Quran. (Maafkan aku, ummi)

Video kata-kata tegasku kepada ibu mentua ketika beliau mengadu semput (angin medu) & tak boleh tidur pada jam 2 pagi

Bagiku, aku nukilkan semua ini dengan harapan sekiranya ada pesakit atau mungkin diriku sendiri yang diuji Allah dengan situasi begini (Nauzibillah mindzalik), siapapun yang menjagaku nanti akan berusaha agar pesakit tidak meninggalkan Allah. Kerana Allah tak pernah tinggalkan kita. Penjaga pesakit perlu berazam untuk membimbing pesakit agar sama-sama meninggal dalam husnul khotimah. Agar lidah mampu menyebut “Laa illa ha illallah..” di saat sakratul maut.

Tiada apa yang ku harapkan melainkan redho Allah swt. Aku ingin melihat ibu mentuaku terus kuat zahir & batin walaupun diuji dengan sedikit penyakit. Kita takkan mampu melawan penyakit tanpa kalam Allah swt. Sesungguhnya Al Quran itu mukjizat yang mengandungi syifa kepada pelbagai penyakit.

Aku menjadi saksi kepada ramai pesakit yang redho dengan ujian sakit, berada dalam keadaan segar & ceria asbab rajin membaca Al Quran ketika sakit. Ibu angkatku sendiri yang telah beberapa kali menukar bateri jantungnya, mampu khatam Al Quran setiap minggu dipembaringannya. Malahan beliau mampu berpuasa di bulan Ramadhan. Ma shaa Allah….Maha suci Allah, yang memilih hamba Nya sebagai hamba yang mengenal Rabb nya.

Alhamdulillah…sekarang ibu mentuaku telah mulai membaca Al Quran setiap pagi. Aku bersyukur dengan perubahan dirinya.

Subhanallah Walhamdulillah Walaa illa haillallah

Aku tidak menganggap ini sebagai kejayaanku sebagai penjaga pesakit. Sebaliknya, ini adalah ujian hati & keikhlasanku terhadap Allah swt dalam menyantuni ibu mentuaku. Tugas menjaga ibu mentua yang sakit bukanlah kewajipan seorang menantu tetapi apabila Allah swt telah memilih kita instead of anak-anak kandungnya sendiri, maka cubalah meraih pahala selagi mampu. Jika tak mampu, berterus-terang dengan suami & ipar, minta bantuan dari pihak lain untuk membantumu. Jangan biarkan diri stress & penat sendirian.

Dalam segala hal, apa yang ingin aku sampaikan ialah, jangan sekali-kali melupakan Allah. Sama ada dalam keadaan kita sihat/senang atau sedang sakit/susah. Sesungguhnya Allah tak pernah tinggalkan kita tetapi kita sering alpa & sombong dengan Allah.

Surah Al-Baqarah Ayat 186:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Ingatlah! Allah itu sedekat urat nadi di leher kita

Setakat ini dahulu catatan perjalananku menyantuni ibu mentuaku. Mudah2han Allah swt memberi kesabaran yang tinggi & sentiasa memelihara hatiku agar benar2 ikhlas melaksanakan tanggungjawab yang berat ini.

Aku hanya manusia biasa, seorang isteri & ibu kepada 4 orang anak yang pernah menangis, give up, sedih, marah, gembira dan sebagainya dalam tempoh menyantuni ummi ketika waktu sakitnya. Begitu juga dengan pelbagai ujian rumah tangga yang ku lalui dalam tempoh menyembuhkan beliau. Ada cebisan hati yang sedang kukutip & cantumi setelah disakiti & dikhianati, ada luka yang sedang kurawat setelah ditohmah oleh orang sekelilingku, ada jiwa yang sedang merapat dengan Rabb nya setelah diuji bertubi-tubi & ada roh yang ingin sekali mencapai ketenangan yang hakiki sebelum dia menutup mata.

Tetapi….aku tetap cuba utuh menjaga ibu mentuaku & memaafkan semua orang yang pernah menyakitiku. Sekiranya ada yang mempertikaikan keikhlasanku atau berkata buruk tentangku, aku serahkan segala urusan kepada Allah swt. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersamaku.

Doa untuk hati yang gundah gulana & keluar dari masalah

Wallahu’alam.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Nukilan hati: Al Faqirah Ummu Nuh

(Ahad, 13 April 2025/14 Syawal 1446H)

#penulisBuku

#pencatatNotaKuliah

#ibuAnak4

#isteriYgTakSempurna

Leave a comment