What movies or TV series have you watched more than 5 times?
None! I don’t watch tv
What movies or TV series have you watched more than 5 times?
None! I don’t watch tv
Are you superstitious?
I’m a kind investigator. Before judging or making any decisions I’ll do a lot research & acting like i’m very calm & cool while my brain is working.

Assalamualaikum warahmatullah
Perkongsian kali ini adalah mengenai ibadah wanita Tareem yang terlihat indah di mata saya, malahan memberikan seribu satu keinsafan kepada diri saya yang faqir & kurang ilmu. Yang mana, mereka benar-benar menjaga penampilan, peribadi, kehormatan & maruah diri agar susuk tubuh mereka tidak sedikit pun dilihat oleh lelaki ajnabi.
Ada perbezaan yang besar tentang cara hidup, cara ibadah & budaya di antara wanita Asia terutamanya di Malaysia dengan di Tareem, Hadralmawt Yaman. Wanita di Malaysia sinonim dengan memenuhi rumah Allah pada waktu siang & malam demi mencari ilmu & beribadah, bagi mereka yang berkelapangan (dengan izin suami) atau mereka yang diizinkan oleh suami asbab suami tidak mampu mengajarkan isteri Ilmu Fardu ain, Al Quran, Fiqh dan sebagainya. Begitu juga dengan waktu solat fardu, wanita Malaysia berbondong-bondong ke masjid/surau untuk merebut pahala solat berjemaah. Semua itu tidak ada salahnya, malahan itu adalah sesuatu yang baik sesuai dengan budaya & cara hidup masyarakat kita.
Berbeza dengan cara hidup wanita Tareem yang mana mereka tidak keluar bersendirian untuk sebarang urusan. Mereka akan keluar bersama mahram atau secara berkumpulan sesama wanita. Malahan, kita tidak akan nampak wanita Tareem membeli keperluan dapur ke pasar, menghantar anak ke sekolah, membeli-belah di mini market atau ke majlis ilmu pada waktu siang. Segala aktiviti membeli keperluan masakan/dapur dilakukan oleh kaum adam. Manakala mereka ke mini market khusus untuk wanita pada waktu malam. Begitu juga jika mereka ingin membeli pakaian, ada pusat khusus menjual pakaian wanita yang dibuka selepas waktu isyak & akan di tutup pada jam 9 malam.

Mereka ada pasar tani khas untuk wanita sahaja pada setiap hari selasa pagi yang hanya berjualan dalam tempoh kurang dari 3 jam. Ini menunjukkan, bahawa wanita Tareem tidak ada masa untuk berpeleseran atau menyimpang ke tempat lain tatkala mereka keluar membeli belah. Mereka hanya ke tempat tujuan & segera pulang ke rumah. Kita tidak akan nampak wanita Tareem melepak sambil minum kopi di mana-mana kedai. There’s no such a “ME TIME” seperti itu di Tareem.
Wanita Tareem akan menghadiri kuliah atau kelas keagamaan di madrasah wanita atau rumah-rumah hubabah ataupun rumah sahabat yang khusus dijadikan pusat pengajian. Ada guru wanita yang datang mengajar. Bagi mereka yang menghadiri kuliah yang dipimpin oleh Habib Umar bin Hafidz di Dar Zahra, mereka hanya boleh melihat Al Habib di screen besar sahaja. Tiada kelas bersemuka dengan para habib di Tareem bersama pelajar wanita.
Saya juga berkesempatan masuk ke Dar Zahra & mengikuti majlis maulid bersama Habib Umar bin Hafidz. Namun, saya hanya melihat Al Habib di screen yang di siarkan secara langsung (live) dari Darul Mustofa.

Kebanyakan aktiviti diadakan selepas waktu Maghrib. Maka tidak hairanlah jika kita hanya akan nampak susuk wanita di dalam jubah/furdah/khimar hitam berjalan menembusi kegelapan malam seusai solat Maghrib. Begitulah cara mereka menjaga kehormatan diri agar tidak dilihat oleh lelaki ajnabi.
Amazingly…ketika saya berkunjung ke Tareem, saya hanya menjumpai satu masjid yang mempunyai ruang solat wanita. Iaitu Masjid Muhdor. Selain itu, satu lagi masjid ialah di Seiyun, kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota Tareem. Mungkin ada masjid lain tetapi saya tidak sempat menziarahinya dalam kunjungan singkat saya yang hanya berada di Tareem selama 3 minggu sahaja.


Pun begitu, ruang solatnya terletak di sebelah masjid (bukan dalam masjid), yakni kami perlu keluar dari masjid melalui lorong di dalam masjid & keluar ke belakang masjid untuk ke ruang solat tersebut.

Kebanyakan masjid di Tareem tidak menyediakan ruang solat wanita atau tandas wanita. Ketika saya & rombongan ingin solat di sebuah masjid di Hauthoh, kami menunggu sehingga semua jemaah lelaki selesai solat & apabila kami masuk ke dalam masjid, penjaga masjid menutup pintu masjid supaya tiada lelaki masuk sewaktu kami berada di dalam masjid.
Begitu juga halnya ketika saya & keluarga mengunjungi Masjid Imam Al Haddad. Pintu masjid di kunci dari dalam oleh penjaga masjid untuk memberi keselesaan kepada kami solat & mandi di Kolam Telaga Syifa’. Alhamdulillah itu adalah rezeki kami sekeluarga yang mendapat keistimewaan menggunakan masjid tanpa kehadiran jemaah lain sesudah solat zohor.

Begitulah cara mereka menghidupkan ajaran Islam yang sebenar, yakni kaum adam lebih dituntut untuk solat berjemaah di masjid manakala rumah atau bilik tidur adalah sebaik-baik tempat beribadah bagi wanita.
Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا
Maksudnya:
“Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.
(Hadis riwayat Sunan Abi Daud, No. 570)
(Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:
يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ. قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya:
“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550)
(Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban)
Kedua-dua hadis ini menunjukkan bahawa tempat yang terbaik bagi seorang wanita menunaikan solat adalah di rumah. Maka jelas menerusi hadis ini, tidak berdosa jika wanita tersebut memilih untuk solat di rumah sahaja.
Ketika saya mengikuti pengajian bersama Habib Najmuddin Al Khered di Mekah (pada musim haji 2022), beliau berpesan agar para jemaah wanita TIDAK perlu berpusu-pusu merebut saf di hadapan KAABAH. Tempat terbaik bagi wanita yang ingin solat berjemaah di mana-mana masjid bersama jemaah lelaki adalah di saf yang paling belakang. Oleh sebab itulah pihak Masjidil Haram telah menyediakan ruang solat wanita yang jauh dari Kaabah, malahan kita tidak akan nampak Kaabah jika berada di ruang solat tersebut. Namun akibat kekurangan ilmu, maka ramai wanita tetap berebut-rebut untuk solat sebaris dengan jemaah lelaki dengan harapan ingin dekat dengan Kaabah. (Melainkan solat sunat di dataran sebelum sesudah tawaf & memulakan sa’i).
Dengan pengetahuan sebegini, saya sendiri mendapat kesedaran bahawa, betapa kita sepatutnya turut mempunyai rasa malu untuk tampil di hadapan lelaki ajnabi ketika di dalam rumah Allah, apatah lagi bergambar bersama para asatizah lelaki. Ini memang kerap dilakukan oleh para jemaah di Malaysia ketika menghadiri kuliah para ustaz 😔😔😔. Yang agak menyedihkan, ada juga segelintirnya yang berebut2 saf hadapan & booking tempat untuk rakan-rakan yang datang lewat. Semoga mereka di beri faham oleh Allah swt.
Allahuakhbar….
Subhanallah….
Mari kita kembali ke cerita di Kota Tareem….
Ironinya…didikan agama anak-anak di Tareem sangat baik. Hasil didikan dari seorang ibu yang solehah, ibu yang berilmu agama yang baik & tetap berada di rumah untuk mengurus keluarga dengan sempurna. Bersesuaian dengan Kota Tareem yang di gelar Kota Sejuta Wali, kita boleh melihat kanak-kanak di Tareem sentiasa dengan Al Quran di tangan atau jika mereka memegang handphone sekalipun, mereka sedang membaca/menghafal Al Quran. Mereka sangat beradab dengan orang tua. Sentiasa memberi salam, bersalaman & mencium tangan orang tua apabila berjumpa di jalanan.
Saya telah mengunjungi kediaman Habib Abdullah, salah seorang pensyarah di Universiti Al Ahqaf Tareem. Beliau mempunyai seorang anak OKU berusia 16 tahun. Ketika kami sampai ke kediaman beliau, isterinya segera membawa anak OKU tersebut berjumpa ibu saya yang berusia 72 tahun, meminta supaya mendoakan anaknya. Beliau meminta ibu saya meletakkan tangan di dada anaknya sambil berdoa. Begitu indah santunan mereka terhadap warga emas yang dianggap doa-doa orang tua akan dikabulkan oleh Allah swt.
Lebih mengujakan saya ialah, setiap rumah di Tareem mempunyai pintu masuk yang berbeza bagi wanita & lelaki. Ruang tamu juga diasingkan agar kaum wanita tidak dilihat oleh kaum adam. Jika hendak memanggil pasangan, mereka akan memberi isyarat dengan cara mengetuk pintu/dinding. Tiada jeritan nama isteri oleh suaminya jika berkehendakkan sesuatu contohnya minta air, tisu, makanan tambahan dan sebagainya. Merela juga tidak akan menyebut nama isteri masing-masing malahan akan menyebut dengan gelaran “UMMU….(nama anak sulung lelaki)”. Contohnya; bagi saya yang mempunyai anak sulung lelaki bernama Syed Nuh, maka mereka akan menyebut “UMMU NUH”, bermakna IBU KEPADA NUH. Begitulah cara mereka menyorokkan identiti para wanita di Tareem.
Jika mereka mengadakan majlis di rumah, mereka juga mengasingkan kehadiran antara tetamu lelaki & wanita. Para suami akan melayan tetamu lelaki tanpa bantuan isteri atau anak perempuan. Isteri & anak perempuan akan keluar ke tempat lain atau ke rumah lain untuk bersama dengan tetamu wanita. Lebih menarik lagi, dalam majlis yang hanya dihadiri oleh kaum wanita, mereka akan membuka niqab & jubah hitam mereka. Mereka memakai pakaian yang cantik disebalik jubah hitam tersebut. Wanita di Tareem turut ber make-up, memakai pakaian bewarna-warni, berhias & mewarnakan rambut sama seperti wanita normal yang lain. Cuma itu hanya akan dipertontonkan dalam majlis bersama wanita sahaja atau khusus berhias untuk suami mereka. Begitu indahnya kehidupan wanita Tareem. It was very exciting for me!
Bagi yang ingin berkahwin pula, majoritinya adalah atas pilihan keluarga atau dijodohkan oleh orang alim yang mengenali peribadi anak gadis atau anak terunanya. Mereka tidak akan melihat wajah bakal isteri (diberitahu oleh guru saya, Ustazah Fitrah Attareemiyah bahawa mereka melihat gambar bakal pengantin perempuan sahaja). Malahan, ketika upacara akad nikah, pengantin wanita tidak hadir di khalayak ramai untuk mendengar akad. Ada ruang khas lain menempatkan pengantin wanita & majlis keraiannnya diadakan di rumah yang berasingan dengan lelaki. Walaupun poligami adalah biasa di Tareem tetapi tidak semuanya hidup dalam cara tersebut. Jika berkahwin lebih dari satu, ia adalah untuk tujuan dakwah, membantu dahwah suami atau menjaga keturunan di kalangan ahlul bait. Bukan atas tiket nafsu semata-mata.

Begitulah kehidupan wanita Tareem yang terpelihara dari sebarang fitnah dunia. Mereka benar-benar mengamalkan cara hidup seperti Saidatina Fatimah Az Zahra’ r.a, puteri kesayangan Rasulullah ﷺ. Yang mana, sangat menjaga batang tubuhnya agar tidak dilihat lelaki ajnabi. Malahan meminta suaminya Saidina Ali bin Abi Talib mengebumikan beliau pada waktu malam serta diletakkan di dalam keranda agar tidak ada seorang pun melihat tubuh beliau yang telah dikafankan.
Ma sha Allah….
Subhanallah….
Semua pengalaman ini mengajar saya tentang erti malu yang tinggi & memberi kefahaman bahawa di mana kedudukan wanita itu yang sebaik-baiknya dalam beribadah. Mungkin agak kasar atau keterlaluan jika saya katakan bahawa dalam masyarakat kita masih ada wanita yang tidak faham akan hal ini.
Masih ramai yang berselisih pendapat tentang wanita perlu ke masjid atau tidak? Semua ini bergantung kepada niat. Jika suami mampu mengajar isteri tentang ilmu agama, maka berdiamlah di rumah & menuntut ilmu bersama suamimu. Solat sunat berjemaah bersama suami. Malahan, jika suami keluar solat fardu ke masjid, para isteri turut mendapat pahala jemaah tersebut walaupun solat di rumah. TETAPI…Jika suami tidak mampu mengajarkan ilmu agama kepada isterinya, maka hendaklah dia mengizinkan isterinya keluar menuntut ilmu atau mencari guru wanita datang ke rumah untuk mengajar isterinya.
Wanita perlu menjaga batasnya ketika keluar menghadiri kuliah ke masjid/surau. Sebaik2nya diadakan tirai diantara guru lelaki & pelajar wanita. Wanita tidak sepatutnya bergambar/selfie/welfie bersama asatizah lelaki. Hal-hal sebeginilah yang akan menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat kita pada hari ini.
Sayangnya…masih ramai yang teruja bergmbar bersama para ustaz dengan alasan untuk dijadikan kenangan. Kemudian mereka mempamerkannya di media sosial. Allahuakhbar….renungkan kembali wahai wanita yang ingin menjadi wanita solehah. Adakah kamu tahu sejauh mana solehahnya kamu?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد
Setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan perihal perjalanan mendidik jiwa ke Kota Tareem. Saya bersyukur kerana telah sampai ke Kota Suci itu dan mendapat inayah dari Allah swt dalam usaha saya mencari ilmu memperbaiki hati, membersihkan hati, menambahkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah swt serta meninggikan tawakkal kepada Nya. Saya berdoa agar saya akan sampai lagi ke Kota Tareem, kota yang sentiasa tersemat di hati & sanubari saya.
“Ya Tareem wa ahlaha”.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Fi khirin wa lutfin wa’afiah
Love as always
Al Faqirah Ummu Nuh (Zan Aizan)
Isnin, 10 Ramadhan 1446H/11 Mac 2025
#penulisBlog
#penulisBukuFizikalEbook
#pencatatNotaKuliah
Which animal would you compare yourself to and why?
Looks soft, nice, cute & friendly but I can create a storm once I get hurt or betrayed