(13.2.2025 – 17.2.2025)

Assalamualaikum warrahmatullah
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan rehlah ibadah ini terlaksana dengan lancar.
Subhanallah…pada asalnya tujuan rehlah ini hanyalah sekadar percutian biasa tetapi telah di olah menjadi percutian ibadah yang penuh pengisian ilmu, pengalaman & terjalinnya ukhuwah dengan rakan-rakan solehah di Sarawak.
Berikut adalah aktiviti sepanjang rehlah yang sarat dengan pelbagai pengisian rohani & perut 😂😂😂:
💝
💝
💝
Hari 1 (Khamis, 13.2.2025)
⁃ Bertolak dari Kuantan ke KLIA pada jam 6.30 pagi.
⁃ Kami dihantar oleh Dato’ Syed Burhannuddin (suami Zan) & Syed Hassan Al Kaff menggunakan 2 buah kereta ke KLIA.
⁃ Kami singgah makan pagi di R & R Gombak.
⁃ Tiba di KLIA jam 10.30am. Flight jam 12.20 tengah hari ke Kuching, Sarawak.
⁃ Tiba di Kuching, kami disambut oleh anak2 Zan & pelajar Madrasah Al Khairat.
⁃ Singgah makan tengah hari di Kedai Makan Tom Yam Goong, Kuching.
⁃ Check in Ustazah Homestay di Kampung Gita.
⁃ Selepas Isya’, kami menghadiri majlis maulid di Madrasah Al Khairat. Tausiah disampaikan oleh Ustazah Sh Hafsah binti Wan Abd Rahman, Pembimbing Muafakat Ta’lim Pahang (MTP).
⁃ Makan malam di madrasah dengan hidangan laksa sarawak & cendol gula apong yang sangat sedap.
⁃ Kami pulang ke homestay kira-kira jam 11.30 malam.

💝
💝
💝
Hari ke 2 (Jumaat, 14.2.2025)
⁃ Makan pagi di homestay, sebahagian dari kami berpuasa sempena Nisfu Syaaban.
⁃ Kami solat dhuha & solat tasbih di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Sebuah masjid yang besar & cantik. Kami sempat berbual-bual dengan Ketua Pengurusan Masjid & beliau sangat teruja dengan kedatangan rombongan kami.
⁃ Setelah itu, kami bersiar-siar di sekitar bandar Kuching & bergambar di Mercu Tanda Kuching (patung kucing).
⁃ Bagi yang tidak berpuasa, kami makan tengah hari di New Atmosferah Restaurant. Kami makan mee kolok & roti nan cheese.


⁃ Pada jam 2.30 petang hingga jam 7.00 petang, kami bersua muka dengan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas di Madrasah Al Khairat.
Antara tausiah yang disampaikan oleh Al Habib ialah:
⁃ Al Habib telah mengijazahkan selawat-selawat di dalam kitab karangan beliau, Kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah bermula dari halaman 66 hingga ke halaman 87. Beliau berpesan agar kami memperbanyakkan selawat kerana ia mempunyai Nur Muhammad saw. Al Habib menceritakan kisah seorang wali yang mengajar anak muridnya di dalam gelap tetapi dilihat oleh orang lain tempat itu bercahaya, asbab keberkatan selawat.
⁃ Al Habib memberi tausiah berkenaan darjat kedudukan wanita. Wanita lebih afdal berbanding lelaki. Wanita perlu disantuni, sepertimana dari Abu Hurairah RA yang mengutip sabda Rasulullah SAW sebagai berikut,
⁃ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ⁃
Artinya: “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR Al Bukhari dan Muslim).
- Seumpamanya, kita ada Ummul Quran yakni surah Al Fatihah yang mana ia disebut “ummu(ibu)” bukan “abbi(ayah)” Quran. Menunjukkan bahawa wanita/ibu lebih utama dari lelaki.
- Lelaki & wanita dilahirkan & disusukan oleh wanita. Oleh itu, ia merupakan peringatan kepada lelaki supaya jangan sombong & hormatilah wanita. Hakikatnya, lelaki harus berkhidmat kepada wanita (mencari nafkah, menjaga, mendidik dll).
- TANAH (ardun/muannas) di sifatkan sebgai wanita kerana ia tempat bercucuk tanam.
- UDARA adalah HAWA, jika tiada udara, kita akan mati.
- API disifatkan sebagai wanita “Aku Perempuan Yang Iri”. Apabila wanita iri, dia akan terbakar.
- AIR, Aku Adalah Ratu. Bermakna wanita harus dilayan dengan baik.
- Semua anasir ini melambangkan ibu. Ia bertujuan menghilangkan rasa sombong lelaki & mengenal diri. Siapa yang mengenal dirinya, dia mengenal Tuhannya.
Firman Allah SWT:
أَلَمْ نَخْلُقكُّم مِّن مَّآءٍۢ مَّهِينٍۢ
Maksudnya: “Bukankah Kami telah menciptakan kamu daripada setitis air yang hina dan lemah?”
(Surah al-Mursalat: 20)
⁃ Al Habib menceritakan tentang peristiwa-peristiwa ajaib hasil dari karamah para wali & orang alim.
⁃ Kami bersoal jawab pelbagai soalan bersama habib sehingga masing-masing berpuas hati dengan segala persoalan yang terbuku di hati selama ini.
⁃ Al Habib menyarankan kami membeli Kitab I’tikad Ahlussunnah Wal Jamaah, karangan K.H Sirajjuddin Abbas.

⁃ Setelah itu, kami pulang ke homestay & berbuka puasa dengan mee jawa serta kuih muih yang dibekalkan oleh Ummi Segaff (Isteri kepada Habib Muhammad Al Attas).
💝
💝
💝
Hari ke 3 (Sabtu, 15.2.2025)
⁃ Pada hari ini kami berpecah kepada 3 kumpulan.
⁃ Kumpulan 1: Zan & Hajar hiking ke Bengoh Dam bersama anak2 & pelajar madrasah Al Khairat. Kemudian kami makan tengah hari di Uni House.
Boleh tonton video keindahan Bengoh Dam Waterfall di link ni:
https://vt.tiktok.com/ZSMkmFTEH/
⁃ Kumpulan ke 2: K Yam & K Aya bersiar2 dia bandar Kuching sambil makan laksa sarawak & beli kek lapis bersama sahabat dari kelas selawat Kuantan, Makcik Tim yang telah berpindah & menetap di Kuching.
⁃ Kumpulan ke 3: Kak Siti & Kak Faridah bersiar-siar bersama Pn Julida Amoh, menghayati keindahan sekitar Gunung Santubong, Rumah Budaya, menyelusuri persisir pantai & membeli home made kek lapis.

⁃ Pada jam 3.00 petang, kami mengadakan usrah bersama rakan-rakan/kenalan di Sarawak di homestay. Tausiah disampaikan oleh Ustazah Sh Hafsah. Ustazah telah membaca syarah Ratib Al Attas, Doa Angin Ahmar & mengijazahkan Selawat Adrikni kepada sahabat yang hadir ke usrah. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn Julida Amoh yang menguruskan pertemuan ini.

⁃ Pada sebelah malam, kami makan malam di Eric Mualaf Chinese Food Restaurant & bersiar-siar di Water Front.

💝
💝
💝
Hari ke 4 (Ahad, 16.2.2025)
⁃ Kami keluar rumah pada jam 7.00 pagi & makan pagi di sebuah restoran sebelum meneruskan perjalanan.
⁃ Kami menghabiskan masa selama 3 jam di Pasar Serikin. Membeli belah souvenir & buah-buahan.
⁃ Seterusnya kami makan tengah hari di Telaga Air. Kawasan makanan hasil laut di muara pantai.
⁃ Kami solat jamak qasar zohor & asar di Masjid Darul Solihin Telaga Air.


⁃ Kami tiba di homestay pada jam 4.00 petang & merehatkan diri.
⁃ Kami makan malam di kedai Satay Kajang yang terletak di Metro City.

⁃ Sebelum melelapkan mata, kami sempat berkenalan dengan empunya homestay, Ustazah Hasmida yang merupakan seorang ustazah di sebuah sekolah di Kuching. Beliau berasal dari Negeri Kelantan & telah menetap di Kuching. Homestay yang mempunyai 5 bilik tidur beserta kolam renang ini sangat selesa. Kami sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan. Beliau juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta.

💝
💝
💝
Hari ke 5 (Isnin, 17.2.2025)
⁃ Seawal jam 8.00 pagi, kami keluar untuk makan pagi, membeli ikan terubuk & kek mita.
⁃ 10.30 pagi, kami ziarah wada ke Madrasah Al Khairat & bertemu sekali lagi dengan Habib Muhammad bin Alwi Al Attas. Al Habib menerangkan sistem pembelajaran di madrashnya & membawa kami melawat kelas-kelas harian di madrasah. Beliau juga menerangkan pencapaian pelajar-pelajar beliau yang telah lulus dari Universiti Al Ahqaff, Al Azhar & Unishams.
Madrasah ini merupakan madrasah yang mengajarkan pelbagai kitab (a’lim), menyediakan kelas hafazan/tasmik Al Quran walaupun pelajar tidak wajib menghafal Al Quran, menyediakan kelas SPM/STAM & menyediakan kelas persediaan ke Universiti Al Ahqaff & Al Azhar selepas pelajar tamat STAM.

Kemudian kami membaca doa perpisahan bersama Al Habib:

⁃ Pada jam 12.30 tengah hari, kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk pulang ke Semenanjung.
⁃ Kami selamat tiba di KLIA pada jam 6.20 petang & pulang ke Kuantan menaiki kereta. Kami tiba di Kuantan pada jam 1.00 pagi, Selasa 18.2.2025.

Subhanallah…segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan rehlah ini dengan mudah & seronok. Dalam safar ini kami lebih mengenali satu sama lain & sentiasa bergurau senda.
Ma shaa Allah…dengan perkumpulan kami yang kecil ini, kami sempat membaca Ratib Al Attas bersama-sama pada waktu pagi selepas subuh di homestay.
Saya selaku penganjur rehlah berasa terharu & sangat bersyukur kerana dengan izin Nya, mampu merealisasikan hasrat Ustazah Sh Hafsah membawa beberapa orang anak muridnya bertemu Habib Muhammah bin Alwi Al Attas, yang mana, kami telah belajar di Kuantan menggunakan kitab beliau sejak tahun 2014 & ada yang bermula pada tahun 2017. Manakala, Ustazah Sh Hafsah telah menyebarkan ilmu di sekitar Kuantan bermula pada tahun 2004.
Semoga kami semua dapat menambah ilmu, iman & amal dengan segala apa yang dipelajari.
Mudah-mudahan rehlah ibadah ini akan berterusan ke destinasi yang lain pula.
Jemput menonton video pendek rehlah kami di sini👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
Jgn Sekadar Menjadi Pencatat & Pembaca, Tetapi Jadilah Pengamal & Sebarkan. Semoga Kamu Beroleh Keberkatan Drpd Apa Yg Kamu Telah Usahakan.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
(Rabu, 19.2.2025)
#Penulis Bebas
#Penulis ebook & buku fizikal
#Duta Asia ebook MSGA
#Certified Advisor penulisan ebook MSGA
#Senior Advisor penulisan ebook MSGA











