PESAKIT SKIZO & RASA CEMBURU
Beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai pesakit Skizofrenia ialah mereka ada rasa cemburu & sangat takut kehilangan tempat bergantung.
Subhanallah…segala puji bagi Allah
Sejak beberapa minggu ini mak saya kelihatan cemburu dengan layanan saya terhadap umi (mak mentua). Doktor psikiatri telah terangkan bahawa pesakit skizo amat takut kehilangan tempat bergantung. Tambahan pula, mak dah tinggal dengan saya sejak lebih dari 27 tahun lepas. Kebergangungan mak kepada saya sangat tinggi.
Pesakit skizo laksana anak kecil yang sangat takut berjauhan atau ditinggalkan ibunya.
Disebabkan umi pula jenis yang mudah menangis, mengeluh akan kesakitannya, overthinking & ada masa merasa diri tak disayangi oleh anak2nya, terutamanya jika anak2 tak datang menjenguknya beberapa hari, maka saya perlu kerap melayan umi & bercakap perkara2 yang positif bagi menenangkannya. Untuk info, mak mentua menghidap penyakit diabetes, masalah jantung tersumbat, paru2 berair & masalah buah pinggang (dialisis 3x/minggu). Mak akan berdiri di muka pintu bilik & perhatikan kami tiap kali saya melayan umi.
Kadang-kala umi minta diurut kerana semput.
So…kecemburuan mak mengakibatkan mak bertindak:
1. Mencuri makan makanan yang saya sediakan khas untuk umi sehingga habis.
2. Sangat susah hati kalau saya keluar sekejap sebab mak tak mahu melayan umi makan jika tiba waktu umi makan.
3. Kerap mengadu sakit kepala, badan & sebagainya kerana nak saya urut mak sepertimana saya urut umi.
4. Merengek nak saya bawa dia jalan-jalan. Mak pernah menangis ketika saya kata saya tak mahu bawa mak ke hospital sebab mak tak nak mandi. Kemudian mak mandi dalam keadaan saya tunggu mak di luar bilik mandi. Lepas mandi, mak ok & excited nak jalan-jalan.
5. Jika saya minta tolong angkat pakaian di jemuran, mak hanya memilih untuk mengangkat pakaiannya sahaja, yang selainnya mak tinggalkan.

Namun begitu, mak bukanlah membenci atau memarahi umi. Mak masih ambil berat tentang umi, contohnya bertanya sama ada umi dah makan atau belum, bila waktu umi perlu dialisis, siapa yang akan bawa umi pergi dialisis dan lain-lain.
Faham, kan…???
Itulah keadaan pesakit skizo. Mereka sekadar ingin mencuri perhatian. Walhal selama ni mereka ok sahaja dengan rutin harian mereka.
Malahan mak saya sudah dibiasakan dengan kami asingkan baju kotornya & mak basuh/lipat bajunya sendiri. Bukan setakat pakaian mak, pakaian anak2 juga sudah saya biasakan anak2 letak dalam bakul masing2 & basuh/urus sendiri sejak kecil hingga dewasa.
Jika dilihat dari sudut negatif, penjaga pesakit atau diri saya sendiri boleh turut sama jadi sakit mental atau naik darah hahaha. Honestly saya pun kadang-kala ada rasa stress & segera beristighfar/berselawat untuk menenangkan diri. Jika kita fahami skizo, kita (terutamanya saya) akan cuba sedaya upaya untuk memahami situasi. Lagi pun…beliau adalah mak saya, walaupun saya terpaksa memarahi mak, saya akan menangis & rasa bersalah pada mak. Always ada rasa; dalam ramai2 anak, mungkin sayalah yang paling banyak dosa dengan mak 😔🙏🏻.
Tindakan saya ke atas semua tingkahlaku mak ialah…layankan aje😆✌🏻. Kalau makanan dihabiskan oleh mak, saya order grab. So saya tak perlu memenatkan diri untuk masak berkali2. Kadang2 saya upah sahabat yang sudi masakkan untuk kami. Ada juga makanan yang saya sorok hehe.
Saya tegaskan di sini, seluruh ahli keluarga perlu tahu apa itu skizo. Kalau tak dapat nak lalui hidup bersama pesakit skizo, at least bantulah penjaga pesakit (caregivers) dari sudut lain. Contohnya tolong bawa ke hospital, bawa pesakit jalan2, belikan pakaian/makanan kesukaan mereka dan sebagainya. Alhamdulillah…adik-beradik perempuan saya, anak2 & anak2 saudara saya sangat mengambil berat akan perihal mak.
Pun begitu…sebenarnya kadang-kala pesakit yang bukan skizo pun ada tabiat2 yang menguji kesabaran. Terutamanya orang tua. Saya biasa mendengar luahan perasaan kawan2 yang menjaga ibubapa yang uzur; ada yang suka memerintah, bercakap kasar atau mencaci maki anak, suka melaga2kan anak menantu & sebagainya.
Saya masih ingat, lebih 10 tahun dahulu, 2 hari sebelum arwah nenek kepada suami saya meninggal dunia, beliau meminta saya masakkan bubur nasi. Apabila saya tiba di hospital, saya lihat ada 6 termos yang mengandungi bubur nasi di sisinya. Semua itu dihantar oleh anak cucu yang telah di telefon oleh arwah nenek. Itu menunjukkan, sebenarnya mereka sekadar nak perhatian & ingin diziarahi. It’s not about the food at all.
Apa yang nak saya sampaikan ialah…FAHAMILAH SKIZO!!
Bukan niat saya sengaja nak buka aib mak atau keluarga sendiri. I just want to send the message to the public about skizo.
Info tentang skizo sangat kurang di war2kan di Malaysia. Tipikal orang melayu, tak suka kongsi tentang masalah mental kerana sering menganggap ia satu aib. Sedangkan, mereka sebenarnya membahayakan orang lain sekiranya orang sekeliling tak tahu ada ahli keluarga merela yang mengalami masalah mental. Lebih parah lagi, ada yang akan cari bomoh instead of ke pakar psikiatri 🤦🏼♀️🤦🏼♀️🤦🏼♀️. Then, things become worst.
Berkongsi cerita atau cara tangani masalah adalah sesuatu yang penting. Ia pun, part of jalan dakwah dalam menyampaikan ilmu. Ilmu begini takkan dapat dari mana2 universiti sebaliknya, ia hanya akan dirasai melalui pengalaman penjaga pesakit.
Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”
Riwayat al-Bukhari (3461) dan al-Tirmizi (2669)
So…mari kita saling sampaikan ilmu.
Pesanan ikhlas saya, ikhlaskan diri dalam segala hal. In shaa Allah, Allah swt akan bantu mudahkan segala urusan kita.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Al Faqirah Zan Aizan💝
(Selasa, 5.11.2024)